Sunday, May 14, 2017

228. BERTARUNG DENGAN PEDANG DILUBANG KUBUR


Disebabkan wasiat dari Mat Sulih sendiri yang meminta supaya dia dikebumikan dengan pedangnya sekali apabila rneninggal dunia, maka anaknya terpaksalah melakukannya. Mat Sulih yang meninggal dunia setelah mengidap sakit lelah dikebumikan bersama dengan pedangnya yang dikatakan ditemui tercancang pada sebatang pohon nangka di kebunnya.
Mat Sulih memberitahu dia telah bermimpi seorang lelaki tua berjubah putih memberitahu dia mengenai pedang tersebut. Keesokan harinya dia terus ke kebunnya seperti yang dipesankan oleh orang tua berjubah putih itu didalam mimpinya. Memang benar sepertimana mimpinya, Mat Sulih menjumpai pedang tersebut tercancang di perdu pohon nangka.
Kalau mahu dikatakan pedang itu sudah bertahun-tahun tercancang di situ, keadaan nya tidaklah berkarat. Pedang tersebut masih ketihatan berkitat semasa ditemui oleh Mat Sulih. Setelah pedang itu disimpannya baik-baik, dia bermimpi menemui lagi orang tua berjubah putih itu. Orang tua berkenaan menyuruhnya supaya mengasap kemenyankan pedang tersebut pada setiap malam Jumaat, di samping dibungkus dengan kain kuning.
Segala pesanan yang diberikan oleh orang tua berjubah putih yang ditemuinya di dalam mimpi itu, dipatuhi oleh Mat Sulih. itulah peristiwa yang dialami oleh Mat Sulih, sebelum dia digelar pendekar oleh penduduk-penduduk kampung di Batu Sangkar.
Dengan memiliki pedang berkenaan, Mat Sulih mula disegani oleh penduduk-penduduk kampung. Pernah satu ketika dia dilanggar oleh lori sampai terpelanting ke seberang jalan, tetapi tidak ada pun kesan-kesan luka di badannya. Pemandu lori itu terpaksa melutut di kakinya meminta maaf supaya Mat Sulih tidak mempengapakan dia.
"Lain kali, kau mesti berhati-hati kalau memandu lori !" Mat Sulih mengeraskan suara. Sekalipun hati-nya marah akibat terhumban jauh setelah dilanggar lori, tetapi dia dapat juga mengawal perasaan marahnya apabila pemandu lori itu sudah melutut meminta maaf.
 Kampung-kampung sekitar Batu Sangkar tahu mengenai Mat Sulih yang kebal itu. Dia juga meninju seekor kerbau dengan penumbuknya, tiba-tiba saja kerbau itu mati dengan sekali tinju saja. Masa ini kerbau jantan Sutan Malih tiba-tiba saja naik minyak setelah puas berkubang di baruh kampung. Kebetulan pula Sutan Malih sedang berbual-bual dengan Mat Sulih mengenai kincir air untuk mengairkan sawah mereka.
Semasa kerbau jantan itu menerkam sempat juga Mat Sulih me-notak Sutan Malih, menyebabkan tanduk runcing kerbau tersebut menyambar bahagian perut Mat Sulih. Dia terpelanting sebaik saja hujung tanduk kerbau itu menusuk ke perutnya, dengan tidak sedikit pun tercedera. Kemudian cepat-cepat Mat Sulih bangun mahu mengawal kerbau sedang ganas itu.
Melihatkan keadaan demikian Sutan Malih memekik meminta tolong dari orang-orang kampung membantu Mat Sulih. Empat lima orang kampung yang. datang untuk membantu sebaik mendengar jeritan Sutan Malih, tidak berani mara setelah melihat kerbau berkenaan menerkam bertalu-talu ke arah Mat Sulih. Disebabkan tidak tahu lagi apa harus dibuat, maka Mat Sulih pun menumbuk kepala kerbau itu dengan tangannya.
Sekaligus kerbau itu menggelupur mati tidak sempat disembelih lagi.
"Maafkan aku, Sutan" katanya kesal melihat kerbau Sutan Malih terkejang tidak bergerak.
"Apa boleh buat, dia tak nak mati halal" keluh Sutan Malih kerana dia sendiri tidak menduga kejadian itu boleh berlaku.
Kegagahan Mat Sulih juga menjadi kemegahan penduduk-penduduk kampungnya, kerana lain-lain kampung di Batu Sangkar itu tidak berani mengganggu. Sebut saja nama Mat Sulih mereka sudah tidak berani lagi mahu bertindak liar. Kalau berlaku kejadian mencuri pun kampung mereka tidak akan diganggu. Malah pemuda-
pemuda dari kampung lain juga tidak berani menggoda gadis-gadis dari kampung mereka.
Mat Sulih pernah memberi ingatan kepada seorang pemuda yang ingin mengganggu anak gadis di kampungnya, "Kalau kamu berhajat masuk meminang. Jangan cuba memikat-mikat, kerana anak dara kami masih ada emak ayahnya!"
"Wah, ada juga Si Jalak di sini ye…..” sindir pemuda tersebut mengejek Mat Sulih. Kemudian dia mengerling, kawan-kawan Mat Sulih yang berdiri tidak jauh di belakangnya. "Apa, Si Jalak berani berkokok kerana ramai ke?" dia tertawa untuk menyakiti Kati Mat Sulih.
"Sarang tebuan jangan dijolok!" jerkah Mat Sulih menggertap bibir. Belum sempat Mat Sulih meneruskan cakapnya pemuda itu menghunus parang berkilat lantas menetak tangannya sendiri. Kawan-kawan Mat Sulih gerun melihat pemuda tersebut menetak tangannya tetapi tidak memberi kesan langsung. Ternyata dia memang kebal, dan sanggup menerima siapa saja lawannya.
"Kalau kau dah menjual, aku juga sanggup membeli" lantas Mat Sulih melompat ke hadapan pemuda berkenaan. Sepantas kilat pula pemuda itu menetak Mat Sulih, tetapi Mat Sulih tidak mengelak. Dia menangkap mata parang pemuda berkenaan diramas-ramasnya hingga menjadi debu.
Terkejut pemuda itu rnelihat kehebatan Mat Sulih. Sebelum tidak pernah berhadapan dengan seorang lawan pun seperti Mat Sulih.
 "Abang ni siapa?" tanya pemuda itu terketar-ketar ketakutan.
"Aku Mat Sulih, siapa pula kau...?" soal Mat Sulih menunjal jari telunjuk ke dahi pemuda berkenaan.
"Aku Barumin dari kampung seberang" jelasnyai kesal kerana telah bersikap keterlaluan. "Aku pernah dengar nama Abang. Kalau boleh aku mahu berguru dengan Abang…”itulah detik mulanya dia berkenalan dengan Barumin.
Selepas itu Barumin menjadi muridnya yang setia. Sehinggalah Mat Sulih menikah dengan isterinya Marunah, dia tetap terkenal dengan sikap garangnya. Bagaimanapun dia tidaklah mencari musuh, sebaliknya mempertahankan kampungnya saja dari gangguan orang-orang luar. Kadangkala orang-orang luar memang sering menggunakan ilmu pukau untuk mencuri harta orang-orang kampung. Ada juga yang berani mencabul wanita-wanita termasuk isteri orang. Malah Mak Jiyan yang sudah berumur 45 tahun itu juga diperkosa oleh orang-orang yang tidak bertanggungjawab
Kepalang marahnya Mat Sulih mendengar kakak sepupunya Mak Jiyan diperkosa orang!
Sebaik saja diberitahu mengenai Mak Jiyan diperkosa, malamnya Mat Sulih berkumpul di rumah janda berkenaan bersama orang-orang kampung. Memang orang-orang kampung mahu melihat apakah hendak dilakukan oleh Mat Sulih.
"Binatang 1" gerutu Mat Sulih bila kenangkan kakak sepupunya yang berumur 45 tahun itu diperkosa orang. "Memang tak ada hati perut, tak kira muda ke tua..." katanya mengomel marah.
Malam itu Mat Sulih membakar kemenyan. Bila Mat Sulih sudah membakar kemenyan mengasapkan pedangnya, sudah tentulah mangsanya tidak dapat lagi melarikan diri. Tidak ada siapa pun pendekar yang mampu rnenentang Mat Sulih selagi pedang tersebut ada di tangannya.
Dia mengasapkan pedang yang berkilat itu hingga asap kemenyan berbulun-bulun itu bagaikan meresap ke besi pedang. Tidak ada kesan karat sedikit pun pada mata pedang yang sudah ditemui oleh Mat Sulih sejak umurnya belasan tahun. Pada hal pedang itu ditemuinya di tengah kawasan luas tercancang pada pohon nangka di kebunnya.
"Ke sini kau...!" seru Mat Sulih mengayak-ngayak pedangnya pada asap kemenyan berbulun-bulun.
Tidak lama kemudian orang-orang kampung terperanjat apabila seorang lelaki bertubuh pendek gemuk, termengah-mengah naik ke rumah. Mereka cam bahawa lelaki itu datang dari kampung lain, bukannya penduduk di kampung mereka.
"Kenapa kau...?" soal Mat Sulih merenung tepat muka lelaki tersebut.
"Itu, itu pedang melayang mahu memenggal leher saya" ujar lelaki berkenaan ketakutan sambil menunjukkan jari telunjuk ke udara. Tetapi mereka yang ada di rumah Mak Jiyan tidak melihat apa-apa pun ke arah yang di tunjuki oleh lelaki tersebut.
"Ohhh, kau yang memperkosa Mak Jiyan!" Mat Sulih bingkas bangun merentap rambut lelaki itu.
Terketar-ketar lelaki itu mengakui perbuatan terkutuknya memper-kosa Mak Jiyan.
"Saya berjanji akan mengahwininya...saya berjanji..." katanya bila didesak oleh Mat Sulih supaya menikahi Mak Jiyan yang jauh lebih tua umur darinya. Lelaki itu Tumin berusia baru 20 tahun saja terpaksa bernikah dengan Mak Jiyan yang boleh dipanggilnya emak itu.
Tumin juga mengaku dia menggunakan ilmu pukaunya menjalankan kegiatan mencuri di kampung-kampung dalam Batu Sangkar itu. Tetapi semenjak dia dibayangi oleh pedang Mat Sulih ke mana saja perginya, maka dia terus bertaubat tidak mahu lagi melakukan perbuatan mencuri itu. Apalagi setelah bernikah dengan Mak Jiyan, dia langsung tidak mahu lagi menuntut ilmu-ilmu yang tidak bermenafaat itu.
Ketika ini orang-orang kampung begitu menggeruni Mat Sulih. Apa saja perintah Mat Sulih mereka semua mematuhinya. Mereka mengharapkan Mat Sulih melindungi mereka dari gangguan kecurian, perkosaan, atau apa saja ilmu hitam yang menakutkan. Semakin hari semakin bertambah keyakinan orang-orang kampung terhadap pedang kepunyaan Mat Sulih. Mereka percaya pedang tersebut jelmaan dari wali-wali yang dihadiahkan kepada Mat Sulih untuk menjaga kampung halaman mereka.
"Kau salah Mat Sulih..?”nasihat Aji Malim bapa saudaranya yang dikenali sebagai guru agama di kampung lain. "Kau tak boleh bergantung kepada pedang kau tu untuk menjamin keselamatan penduduk-penduduk kapung..." katanya supaya Mat Sulih berhenti dari menerima bayaran dari orang-orang kampung sebagai upahan menjaga keselamatan rumahtangga mereka.
"Pak Tua jaga madarasah Pak Tua saja, jangan campur urusan aku" sahut Mat Sulih tersinggung dengan teguran bapa saudaranya Aji Malim.
Sejak itu Aji Malim tidak lagi mahu campur tangan dengan sikap Mat Sulih. Dia bukan saja menerima bayaran kepada sesiapa saja yang mahukan perlindungan darinya, malah dia sudah berani menuntut bayaran sekiranya lewat dijelaskan. Orang-orang kampung yang yakin dengan kesaktian pedang kepunyaan Mat Sulih itu tidak berani membantah. Malah mereka menjadi bimbang sekiranya dimarahi oleh Mat Sulih.
Barumin yang sudah menjadi muridnya yang setia juga mengingatkan orang-orang kampung bahawa pedang Mat Sulih akan mencari mereka sekiranya enggan membayar harga perlindungan. Hingga Sutan Malih mengadu kepada Marunah isteri Mat Sulih mengenai kesulitan mahu membayar upah perlindungan itu.
Marunah juga menasihati Mat Sulih supaya tidak lagi meminta upah perlindungan dari orang-orang kampung, tetapi Barumin menjelaskan apakah faedah nya Mat Sulih melindungkan orang-orang kampung kalau dengan percuma. "Abang Sulih boleh tak menerirna upah perlindungan tetapi janganlah orang orang kampung menyusahkan Abang Sulih, kalau mereka ditimpa apa-apa bahaya" ujar Barumin membantah nasihat yang diberikan oleh Marunah.
"Kakak tengok sendiri Mak Jiyan yang di perkosa, kenapa mesti mengadu pada Abang Sulih?" soal Barumin lagi.
Tersengih-sengih Mat Sulih mendengar kata-kata Barumin yang mengungkit-ngungkit jasanya kepada orang-orang kampung selama ini. Pedang yang dimilikinya adalah kegunaan dirinya saja, tetapi orang-orang kampung juga mengharapkan pertolongan dari pedangnya juga. Kalau tidak kerana pedang-nya sudah tentu kampungnya akan diganggu oleh orang-orang jahat dari kampung-kampung berdekatan.
Tetapi siapa saja yang mengganggu kampungnya tentu akan diekori oleh pedang tersebut seperti halnya Tumin yang berani menggunakan ilmu pukau untuk memperkosa Mak Jiyan. Orang tua berjubah putih itu sentiasa menjelma bila setiap kali Mat Sulih mengasapnya dengan kemenyan. Pedang itu melayang-layang mengancam siapa saja yang berani mengganggu penduduk-penduduk kampung yang meminta pertolongan dari Mat Sulih.
Oleh itu tidak ada sebab mengapa Mat Sulih tidak mahu meminta upah dari mereka. Sejak dia menerima upah, Mat Sulih tidak perlu lagi ke sawah atau ke kebun. Barumin akan menguruskan semua hasil upahan yang dikutip dari orang-orang kampung sama ada padi, jagung, kelapa dan sebagainya. Mat Sulih tidak perlu lagi berjemur di tengah panas untuk menyara hidup keluarganya.
Sutan Malih yang mengadukan hal kelakuan Mat Sulih kepada Aji Malim juga tiba-tiba saja ditemui mati terduduk di perdu pokok pisang di kebun nya. Matanya terberlalak seperti orang ketakutan, kerana mukanya seolah-olah terperanjat. Orang-orang kampung dapat mengagak sudah tentulah pedang kepunyaan Mat Sulih melayang-layang di udara hendak mengancamnya.
"Itu pedang jelmaan dari wali-wali" beritahu Barumin kepada orang-orang kampung. "Tentu ada sesuatu kelebihan pada Abang Sulih, maka wali-wali memberikan pedang tersebut kepadanya. Tentu ada amalan-amalan yang telah dibuat oleh Abang Sulih yang memuaskan hati wali-wali sebelum pedang itu dijelmakan kepadanya..." Barumin mengingatkan orang-orang kampung supaya tidak menentang apa saja kemahuan Mat Sulih. Dia juga mengingatkan tentang kejadian yang menimpa Sutan Malih kerana mengadukan halnya kepada Aji Malim.
Sewaktu Aji Malim sedang membaca Quran di tengah madarasahnya pada suatu malam, tiba-tiba sebilah pedang melayang-layang berligar di kepalanya. Aji Malim membiarkan saja pedang tersebut berligar-ligar seperti mengancam nya. Aji Malim terhenti sebentar memerhatikan pedang tersebut melayang berligar-ligar.
"Nampaknya, kau niat salah dengan aku" sebaik saja Aji Malim berkata demikian, sekaligus pedang itu tertusuk ke dadanya. Cepat-cepat pula Tok Aji menerpa ke arah gurunya yang menekan-nekan dada.
"Kenapa Tok Malim?" Tok Aji cemas tidak tahu punca.
"Huh, ada orang nak niat salah" kata-nya menahan kesakitan akibat tertusuk mata pedang. Tetapi Tok Aji tidak melihat apa-apa pun yang tertusuk di dada gurunya Aji Malim.
Kemudian Tok Aji mendengar dengan jelas Aji Malim membacakan Hasbiallahhu walnik-mal-wakil nikmal-mauia walnikmal-nasir sehingga 70 kali. Tok Aji juga ikut sama membacakan nya dengan menambahkan ayat lain sebanyak 7 kali. Selepas itu Tok Aji melihat gurunya pulih seperti sediakala dari kesakitan yang menyesak di dadanya, tetapi sebenarnya Aji Malim mencabutkan pedang yang tertusuk di dadanya lalu melontarkan ke dada seorang lelaki berjubah putih yang berdiri di pintu madarasah.
Tiga hari kemudian nya barulah Marunah datang memberitahu Aji Malim mengenai Mat Sulih mengidap sesak nafas sejak tiga malam sebelumnya. Tetapi Aji Malim memberitahu bercampur pilu, "Aku dah nasihatkan Mat Sulih, supaya tinggalkan kerja itu semua..."
"Saya juga dah puas nasihatkan dia, Pak Tua" jeias Marunah kesal dengan sikap suaminya.
Bagiamanapun Aji Malim terpaksa juga ke rumah Mat Sulih sejauh dua batu jaraknya dari kampungnya. Tok Aji juga ikut sama mengiringkan gurunya Aji Malim.
Sampai saja mereka di rumah Mat Sulih nasib mereka agak malang kerana Mat Sulih hanya beberapa minit saja meninggal dunia. Tidak sempatlah Marunah menatap wajah suaminya tatkala lelaki itu menghembuskan nafasnya. Namun semua orang. orang kampung yang ada di sisinya mendengar dengan jelas wasiat Mat Sulib supaya mayatnya dikebumikan bersama pedangnya sekali.
Anaknya, Kaban terpaksa memenuhi wasiat ayahnya untuk menanamkan pedang itu. Bagaimanapun, Mat Sulih juga mengingatkan Kaban supaya menggalikan semula kuburnya selepas tiga hari dikebumikan, kerana kemungkinan dia akan pulih semula dari penyakit sesak nafasnya. Apa yang diwasiatkan oleh Mat Sulih itu, Kaban percaya adalah atas nasihat lelaki berjubah putih yang ditemui oleh ayahnya di dalam mimpi setiap kali ayahnya menyeru lelaki berkenaan dalam serapahnya.
Oleh itu Aji Malim terpaksalah menurut saja kemahuan Kaban, kerana ianya merupakan wasiat yang harus dihormati. Orang-orang kampung juga mengkebumikan jenazah Mat Sulih yang dikenali sebagai seorang pendekar yang kebal serta mempunyai kesaktian dengan adanya pedang jelmaan yang dimilikinya.
Semasa jenazah Mat Sulih dibawa ke kubur, dia dikebumikan di sebelah kubur ayahnya itu abang Aji Malim. Tetapi orang yang mengkebumikannya menjadi heran kerana mayat tersebut tidak dapat dimasukkan kerana ternyata liang lahadnya sempit serta pendek. Pada halnya ukuran yang mereka buat memang dipanjangkan sejengkal dari ukuran bujuran tubuh jenazah itu.
Terpaksalah jenazah dinaikkan semula ke tebing untuk meman-jangkan lagi liang lahad nya. Setelah liang lahad ditebuk sejengkal lagi, jenazah Mat Sulih tidak juga boleh dimasukkan ke liang lahad tersebut. Malah semakin pendek lagi hinggakan lutut jenazah juga terpaksa dibengkokkan. Tiga kali mereka mengulangi menebuk liang lahad untuk dipanjangkan sejengkal di kepala dan di kaki, tetapi jenazah tidak juga dapat dimasukkan kerana bertambah sempit dan pendek.
"Jangan menentang kuasa Allah SWT..." Aji Malim berdiri di atas tebing kubur. "Kalau mahu kebumikan dengan balk, buangkan pedang yang dikapankan sama, kalau tidak kebumikanlah macam itu saja" katanya memerhatikan orang ramai yang mula gelisah dengan kejadian tersebut. Kaban tetap berkeras mahu menanamkan pedang tersebut bersama jenazah ayah nya. Dia yakin ayahnya akan hidup semula kalau dikebumikan bersama pedang tersebut.
"Ini wasiat ayah..." beritahu mendongak Aji Malim sebaik saja dia melombang ke lubang kubur untuk membantu memasukkan jenazah ayahnya ke dalam liang lahad. "Kita tak boleh mungkir dengan wasiat orang mati" katanya masih berkeras juga mahu menanamkan pedang berkenaan bersamaan jenazah ayahnya. Barumin juga bersetuju dengan Kaban mahu menanamkan pedang itu bersama jenazah Mat Sulih.
"Terpulanglah pada kalian" ujar Aji Malim tenang dengan keadaan yang mendebarkan orang-orang kampung itu. "Janganlah ditangguh lagi, kebumikanlah sekalipun lututnya terpaksa dibengkokkan" dia mengalah dengan kemahuan Kaban yang berkeras mematuhi wasiat ayahnya.
Disebabkan semakin ditebuk liang lahad, tetapi semakin sempit dan pendek, mahu tidak mahu Kaban terpaksa juga mengkebumikan jenazah ayah nya dalam keadaan lututnya bengkok. Kepala jenazah juga tersendal kuat kerana tidak ada ruang yang lapang, hingga lehernya juga terteleng sedikit. Namun Kaban berpuas hati kerana jenazah itu dapat juga dimasukkan ke dalam liang lahad.
Setelah dikebumikan Aji Malim sendiri membacakan talkin. Kira-kira jam 6.00 petang barulah upacara mengkebumikan jenazah Mat Sulih selesai. Kira-kira tujuh langkah orang ramai meninggalkan kubur, mereka terdengar bunyi papan liang lahad bagai diketuk kuat beberapa kali.
Kira-kira lima minit bunyi papan gendeng liang lahad itu bunyi diketuk kuat, ianya senyap sepi semula. Barulah mereka semua meneruskan perjalanan balik semula ke rumah. Aji Malim bersama Tok Aji tidaklah terus balik ke rumahnya kerana jauh dari kampung berkenaan sejauh dua batu. Mereka bermalam dulu di rumah Marunah. Lagi pun Marunah sendiri meminta Aji Mahal supaya berdoa dan bertahlil dulu pada malam tersebut.
Sebaik saja maghrib, mereka yang tinggal berhampiran dengan tanah perkuburan mendengar bunyi papan liang lahad itu berdebuk-debuk dipukul. Di dalam keheningan senja itu sayup-sayup terdengar bunyi rintihan dari arah tanah perkuburan tersebut. Barumin dan Tumin tidak bertangguh menyerbu ke rumah Marunah memberitahu kejadian tersebut kepada Kaban.
Malam itu juga Kaban bersama Barumin dan Tumin ke kubur Mat Sutih mahu mempastikan kejadian tersebut. Bagaimanapun mereka tidak berani untuk sampai ke kubur, kerana dari jauh mereka melihat seolah-olah api menyala dari atas kubur Mat Sulih.
"Agaknya, ayah akan hidup semula dalam masa tiga hari lagi" bisik Kaban penuh harapan.
"His, mana kau tau?' soal Barumin serba salah.
"Ayah cakap pada aku. Katanya jangan cemas kalau dengar apa-apa di kuburnya dalam masa tiga hari" jelas Kaban tagi meyakinkan dua orang murid setia ayahnya itu.
"Dia tidak pesan pun pada aku..." beritahu Barumin semacam kesal kerana gurunya tidak memberikan wasiat tersebut ke padanya.
"Ah, tentu dia cakap dengan anaknya!" kata Tumin mengejek Barumin.
Dari jauh mereka melihat api menyala kira-kira satu kaki dari bumi di atas kubur. Mereka bertiga terus mara mahu mempastikan apakah api yang sebenarnya di atas kubur Mat Sulih. Sebaik saja mereka mahu hampir terasa ribut kencang bertiup menolak mereka supaya jauh dari kawasan perkuburan, menyebabkan timbul perasaan gerun di hati Kaban.
"Kita balik dulu, esok saja kita tengok" kata Kaban menarik bahu Tumin. Tetapi Barumin berkeras mahu melihatnya juga sekali pun dia berseorang diri saja.
Sepeninggalan Kaban dan Tumin, Barumin terus juga meranduk ribut kencang ke kubur Mat Sulih dengan harapan dialah yang menerima pedang warisan dari Mat Sulih. Sementara Kaban dan Tumin terus balik memberitahu kepada Aji Malim mengenai kejadian yang dilihatnya.
Semalaman itu sayup-sayup mereka mendengar dari kawasan perkuburan bunyi papan gendeng liang lahad diketuk kuat, diselang seli dengan jeritan merintih-rintih. Sepanjang malam itu pula Aji Malim mengajak Tok Aji, Kaban dan Tumin sama-sama membacakan tahlil serta membaca Yassin.
Esoknya Kaban bersetuju dengan cadangan Aji Malim untuk menggali semula kubur Mat Sulih. Orang-orang kampung yang sama-sama mendengar kejadian di kawasan tanah perkuburan pada sebelah malamnya juga bersetuju. Sebaik saja mereka sampai di tanah perkuburan, mereka terperanjat melihat Barumin tertiarap di atas kubur dengan seluruh badannya melecur bagaikan terbakar disambar api.
"AstaghafaruIlahul azzimmm " keluh Aji Malim sambil meminta sebahagian yang lain menguruskan mayat Barumin yang rentung di atas kubur Mat Sulih. Sementara sebahagian lagi menggali semula kubur Mat Sulih.
Setelah kubur Mat Sulih digali, mereka dapati pedang Mat Sulih bergulung seperti kertas dilipat-lipatkan, sementara jenazah Mat Sulih sendiri leper bagaikan tikar terhampar. Kain kapannya juga bercaing-caing seperti rumput dimamah lembu.
"Kita tak boleh buat apa-apa lagi" ujar Aji Malim lantas menyu-ruh dikambuskan semula. Kemudian dia membacakan Yasin dan menyiramkan air tersebut di atas tanah kubur. Dia juga memesankan kepada Kaban dan Tumin supaya mengulangi kubur Mat Sulih tiga kali maghrib sambil membacakan Yassin di atas kubur-nya.
"Itulah, cerita anak saudara guru Tok Aji, semasa di Batu Sangkar, di Sumatera dulu" beritahu Tok Aji kepada saya, sewaktu kami berihat-rihat di madarasahnya. Memang saya suka mendengar cerita Tok Aji semasa dia berada di kampung halamannya sebelum berhijrah ke sini.