Sunday, September 3, 2017

243.SUMPAH WANITA MANDI MALAM

Air berpusar macam berlubuk dibawah jeram memang jernih hingga ikan nampak berenang di celah batu. Tetapi di kawasan berlubuk itu daun-daun kering terapung disebabkan tidak terus hanyut kehilir. Di situ kerap kali Mat Dabin ternampak perempuan mandi berkemban.
Tetapi perempuan itu akan hilang entah kemana asal sahaja di hendap dekat di sebalik belukar. Sudah beberapa kali Mat Dabin melintas tetakala mengembala kambing tersermpak perempuan berkemban itu mandi di situ. Kadang kala duduk berjuntai kaki di atas batu jeram sebelum terjun ke tengah air.
Memang Mat Dabin tidak berniat langsung mahu mengendap. Apa sangat dengan perempuan mandi berkemban, kerana di mana sahaja mereka akan turun ke sungai berkemban. Kadang-kala mandi di telaga juga mereka berkemban sekalipun berlindung di sebalik daun kelapa kering dibuat dinding.
Perkara perempuan mandi berkemban memang sudah menjadi kebiasaan di dalam kampung. Baik anak gadis, balk isteri orang, balk nenek yang sudah tua mereka akan mandi berkemban juga. Tetapi di jeram pinggir hutan itu siapa pula perempuan mandi berkemban di situ?
Jarang orang-orang kampung datang ke situ kalau takat mahu mandi air jeram. Lainlah mereka yang masuk ke hutan mencari rotan atau damar, memang melalui kawasan jeram berkenaan. Mat Dabin juga meranduk kawasan padang rumput berhampiran jeram berkenaan disebabkan menggembala kambing.
"Jangan kamu nak mengarut, Dabin!" ejek Omar Lekeh disebabkan kawannya selalu sangat berangan-angan. Kadangkala Mat Dabin beritahu mahu masuk jauh ke hutan disebabkan tidak larat mahu gembala kambing.
"Aku nampak sendiri perempuan to mandi," ujar Mat Dabin tersengih-sengih apabila kenang sudah beberapa kali terserempak perempuan mandi berkemban di situ.
"Kalau ada tentu puaka air!" beritahu Omar Lekeh biar kawannya tidak ungkit sangat mengenai terserempak perempuan di jeram pinggir hutan. Siapa lagi perempuan mandi di jeram berkenaan kalau bukan puaka air yang menjelma?
Meremang juga bulu roma Mat Dabin apabila diberitahu mengenai puaka air menjelma bagaikan perempuan mandi berkemban. Manalah tahu perempuan itu akan bertukar menjadi ular sawa lantas membelitnya hingga tidak boleh bergerak Iangsung.
Puaka air bukan boleh dipercayai sangat. Bila-bila sahaja menunggu mangsa biar mudah dapat diperang-kap. Tetapi belum pernah pula sesiapa di dalam kampung diganggu puaka air di kawasan jeram berkenaan. Apabila Mat Dabin menjengah di kawasan berlubuk itu seringkali dia nampak kuntum-kuntum bunga terapung di permukaan air. Sebab itu Mat Dabin sendiri sebut tempat berkenaan kawasan lubuk bunga.
Semenjak Mat Dabin beritahu mengenai lubuk bunga, seisi kampung juga sebut tempat berkenaan lubuk bunga. Bukanlah dalam sangat air bertakung pada Iubuk bunga itu, malah ikan berenang di celah batu juga boleh kelihatan. Tetapi airnya memang berpusar disebab-kan lantunan dari jeram di atas tertampan pada batu besar tersergam di sebelah bawah.
"Onyang Liyah selalu mandi di jeram bunga tu," Pak Tukun ingatkan Mat Dabin disebabkan selalu sangat mengendap ke situ mahu menjengah perempuan ber-kernban tengah mandi.
Seisi kampung tahu mengenai Onyang Liyah akan turun mandi asal sahaja bulan mengambang penuh. Kadangkala di telaga belakang rumah mereka juga jelmaan  Onyang Liyah akan mandi hingga berdecau-decau air pada tengah malam. Keesokan pagi mereka akan melihat selonggok bunga-bunga di tepi telaga sisa air mandi Onyang Liyah.
Cepat-cepat Pak Tukun desak timba sahaja telaga buangkan semua air bekas mandi Onyang Liyah. Kadangkala mereka kambus sahaja kerana bimbang membawa mudarat selepas telaga berkenaan dijadikan tempat mandi jelmaan Onyang Liyah. Setelah dihalau Pawang Manang baru jelmaan Onyang Liyah tinggalkan kampung halaman.
Semenjak mereka tidak dengar lagi mengenai jelmaan Onyang Liyah tiba-tiba sahaja Mat Dabin terserempak perempuan berkemban mandi di lubuk bunga. Siapa lagi mandi di lubuk berkenaan kalau bukan jelmaan Onyang Liyah yang sudah tidak dapat gunakan telaga di dalam kampung?
Kalau tidak disebabkan Sidin Tengkak mengidap benguk di leher sampai membengkak sebesar tombong kelapa selepas minum air di telaga, memang mereka tidak bimbang apa-apa. Tetapi Sidin Tengkak berdegil juga gunakan air di telaga setelah terserempak bunga berlonggok sisa Onyang Liyah mandi tatkala bulan mengambang penuh. Tidak sampai seminggu Sidin Tengkak berasa Ioya tekak hingga benguk membengkak di leher.
Berbulan-bulan Sidin Tengkak mengidap hingga selera makan juga terganggu. Asal sahaja menjamah nasi sudah tentu akan terjeluih muntah. Terpaksa Sidin Tengkak menahan lapar kerana bimbang akan termuntah-muntah hingga terasa isi perut ikut sama melambak keluar.
Memang dia tidak sangka pun boleh menanggung kesakitan demikian apabila berdegil gunakan juga air dalam telaga. Ke mana lagi dia mahu cedok air kalau bukan telaga di baruh rumah. Sengaja dia berdegil tidak mahu menimba buangkan air di dalam tenaga, setelah Onyang Liyah mandi tatkala bulan mengambang penuh. Apa sangat dengan Onyang Liyah mandi di telaga berkenaan kalau takat jelmaan yang tidak boleh difihat dengan mata kasar. 
Apabila Sidin Tengkak mengidap benguk lantas sahaja dia menemui Pawang Manang. Siapa lagi boleh diharapkan kalau bukan Pawang Manang yang memang tahu mengenai Onyang Liyah. Masakan jelmaan Onyang Liyah boleh mengelak kalau Pawang Manang tunjukkan asal usulnya. Sudah tentu Onyang Liyah malu setelah diungkit asal usul tatkala menjelma menumpang mandi di telaga orang-orang kampung.
Sebaik sahaja Sidin Tengkak tunjukkan benguk di leher, Pawang Manang sudah dapat mengagak disebabkan minum air telaga sisa mandi jelmaan Onyang Liyah. Dia sudah ingatkan siapa sahaja di dalam kampung supaya timba buangkan air di dalam telaga sekiranya jelmaan Onyang Liyah gunakan tempat menumpang mandi. Asal sahaja berlonggok bunga sampai tujuh jenis di tebing telaga, memang jelmaan itu mandi di situ.
Setelah diusap-usap oleh Pawang Manang benguk yang membengkak di leher Sidin Tengkak, lantas dijentiknya tiga kali. Kemudian dia menyuruh bancuh nila dengan kapur bersama limau diperah. Pawang Manang hembuskan tiga kali pada nila dibancuh itu dengan membacakan:
"Mah embun seratus sembilan puluh, setitik asal kau jadi embun, tanah segenggam asal kau jadi, datang di rimba raya balik kau ke rimba saya, datang di olak jeram balik kau ke olak jeram, jangan kau derhaka pada pawang sembilan, hu..."
Tiga pagi berturut-turut Sidin Tengkak sapukan nila dibancuh kapur dengan limau diperah itu baru benguk yang membengkak seruh. Kesal sangat Sidin Tengkakkerana berdegil gunakan air di dalam telaga selepas jadi sisa mandi Onyang Liyah. Terus sahaja dikambusnya telaga berkena-. an biar jangan digunakan langsung. Biar digali telaga yang lain sahaja supaya tidak bimbang apa-apa digunakan seisi keluarga.
Pawang Manang satu-L,satunya yang tahu mengenai Onyang Liyah menjelma menumpang mandi asal sahaja bulan mengambang penuh. Dia sudah diberitahu oleh Pak Lasah mengenai neneknya Onyang Liyah hilang semasa bersalinkan ayahnya Malim Aguk. Terpaksa Pak Lasah memelihara Malim Aguk yang masih bayi disebabkan ayah-nya Tok Gasik lumpuh seluruh badan.
Seisi kampung menjadi kelam kabut disebabkan mereka tidak melihat pun mayat Onyang Liyah sekira-nya terbujur mati. Memang Pak Lasah satu-satunya tempat Tok Gasik menggan-tung harapan setelah tidak siapa pun pedulikan dia. Seisi kampung tahu sangat sikap garangnya melayani Onyang Liyah asal sahaja kalah berjudi sabung ayam.
Setelah terkejang lurnpuh tidak bermaya, Pak Lasah terpaksa juga membantu. Lagi pun dia kenangkan Malim Aguk yang masih bayi memerlukan perlindungan. Tetapi Tok Gasik juga tidak bertahan lama. Dia menutup mata rapat-rapat sebelum Malim Aguk membesar. Sebab itu Pak Lasah terpaksa menjaga Malim Aguk sama macam anaknya sendiri. Setelah Malim Aguk dewasa pun sengaja dikahwinkan dengan anaknya Siti Basiyah.
Terkejut juga Malim Aguk apabila diminta berkahwin dengan Siti Basiyah yang disangka adiknya sendiri. Sebab itu terpaksa juga Pak Lasah beritahu mengenai emaknya Onyang Liyah hilang setelah mengalami tumpah darah akibat ditunjal kepala oleh ayahnya Tok Gasik. Sebaik sahaja diberitahu mengenai emaknya hilang tidak diketahui tempat lantas sahaja Malim Aguk bernekad mahu mencari.
Tentu emaknya melarikan diri bersembunyi kerana bimbang ayahnya akan men-jejaki dirinya. Sekalipun ditegah oleh Pak Lasah dan Mak Inyut, dia tetap berkeras mahu menjejaki emaknya. Biarlah sudah bertahun-tahun emaknya tidak menjengah muka, dia tetap akan ke kampung halaman emaknya. Manalah tahu emaknya menetap di situ tidak mahu lagi menemui keluarga yang ditinggalkan.
Lama Malim Aguk meranduk hutan sebelum sampai ke kampung halaman emaknya, tetapi siapa pun tidak mengenali Onyang Liyah. Tatkala mengikut Tok Gasik memang dia yatim piatu yang bergantung harapan pada emak saudaranya. Semasa Onyang Liyah menggembala kambing dia terserempak dengan Tok Gasik, yang datang ke kampungnya mahu menyabung ayam.
Memang emak saudaranya tidak ralat melepaskan Onyang Liyah, disebabkan sudah lama dia mahu usir sahaja Onyang Liyah dari rumahnya. Kalau tidak kenang Tok Ketua sudah ingatkan supaya pelihara Onyang Liyah baik-baik, memang sudah lama dia usir sahaja.
Tetapi Tok Gasik berubah perangai setelah berkahwin dengan Onyang Liyah. Dia bertukar menjadi garang setelah berhenti Ielah terus minum air di jeram. Selepas minum tiba-tiba sahaja Tok Gasik merasa pitam. Terpaksa dipapah batik oleh kawannya Soneh Gebeng setelah menemui Tok Gasik tersandar tidak bertenaga pada batu jeram.
Apabila diberitahu oleh Soneh Gebeng mengenai Tok Gasik ditemui tersandar pitam kepala di batu jeram, Onyang Liyah cemas juga. Semenjak itu Tok Gasik mula tuduh Soneh Gebeng sering berulang datang ke rumahnya tatkala turun ke gelanggang sabung ayam. Mudah sahaja dia memberang kalau Onyang Liyah cuba membantah apa sahaja kemahuannya. Sebab itu Onyang Liyah terpaksa mematuhi perintah Tok Gasik kerana bimbang dia akan terus menuduh Soneh Gebeng.
Setelah tidak dapat menjejaki emaknya di kampung halaman peninggalan, Malim Aguk tetap berkeras tidak akan jejak kaki balik menemui isterinya. Dia sudah nekad mahu menjejaki emaknya sampai ke mana sekalipun. Masakan emaknya tiba-tiba sahaja hilang hingga tidak diketahui. Lainlah kalau emaknya terkejang mati tentu seisi kampung sempat kebumikan dengan sempurna.
Apabila dia melalui lorong ditumbuhi buluh tebal hingga memanjang bagaikan terowong, terus Malim Aguk menyusur masuk. Dia tidak bimbang apa-apa tersesat di tengah hutan sekalipun. Malim Aguk tahu mengenai puaka yang akan mengganggu sekiranya mahu berdepan. Cubalah, puaka atau jembalang tanah menghalang Iangkahnya. Bila-bila Malim Aguk akan tusuk dengan keris besi kursani di tangannya.
Bukan mudah dia menempa keris berkenaan, hingga terpaksa mencari sembilan jenis besi disepuh ke api. Empat puluh empat malam keris tersebut ditapakan setelah disimah darah kambing hitam. Malim Aguk melihat sendiri kilau cahaya besi kursani memancar di tengah kegelapan malam terus bersatu dengan mata keris. Sebab itu jangan siapa sahaja puaka cuba menentang kilauan cahaya besi' kursani yang sudah bersatu dengan mata kerisnya.
Tatkala melalui terowong di celah rumpun buluh bertaup itu, Malim Aguk jejak kaki di kawasan lapang di kelilingi pokok nibung meliar. Di celah pokok nibung meliar itulah dia melihat pondok tersergam bertiangkan pokok nibung hidup. Segera dikuisnya hujung keris ke tanah menyebabkan seorang perempuan tua menjengah pada tingkap.
"Kamu cari siapa ke sini, nak?" tegur perempuan tua itu ramah sebaik sahaja melihat Malim Aguk tercegat di tengah halaman.
"Aku nak cari emak aku, Onyang Liyah!" terus sahaja Malim Aguk menyahut dengan mengisar hulu keris yang sudah disisip semula ke pinggang.
Terdiam perempuan itu apabila diberitahu mengenai Onyang Liyah. Sewaktu dia mengisar tapak tangannya, sekali gus angin menderu seolah-olah ribut kencang tetapi pokok-pokok nibung yang tumbuh meliar tidak pula dipuput angin. Sebaik sahaja deru angin berhenti, Malim Aguk melihat perempuan muda menaiki pedati melayang di udara dengan ditarik sembilan lelaki bertanjul tali di leher.
Tidak bertangguh Malim Aguk menghunus keris terus dikibas ke udara menyebabkan kilauan besi kursani menyinar macam kilat memancar. Tiba-tiba sahaja kilauan itu memintas pedati yang dinaiki perempuan muda berkenaan hingga tersangkut di celah pokok-pokok nibung yang tumbuh rapat.
"Kamu puaka berlaki sembilan, jangan nak permainkan aku!" bentak Malim Aguk memegang kukuh keris besi kursani.
"Kenapa kamu yang datang, kerana aku tak panggil kamu!" seru perempuan tua yang tercegat di atas pondok. Marah benar dia apabila tiba-tiba sahaja puaka berlaki sembilan itu terjongol menunggang pedati di udara dengan ditarik sembilan lelaki yang tertanjul leher dengan tali itu.
Apabila dihembus oleh perempuan tua itu, lantas sahaja pedati berkenaan tercampak ke udara menjadi asap berpusar. Cepat-cepat perempuan tua itu meminta maaf disebabkan gementar melihat keris besi kursani di tangan Malim Aguk. Dia mengakui dirinya Puteri Sembilan y'ang melarikan Onyang Liyah setelah meng-alami tumpah darah berterusan. Siapa pun tidak datang menjengah semasa Onyang Liyah bertambah teruk disebabkan Tok Gasik terus turun ke gelanggang sabung ayam.
Sengaja dia biarkan pelesit hutan menjelma macam Onyang Liyah semasa Pak Lasah datang menjengah setelah bayinya langsing menangis. Kalaulah Tok Gasik tidak berkeras memarahi Onyang Liyah tatkala balik dari sabung ayam, nescaya pelesit hutan akan berundur juga.
"Sekarang masa Onyang Liyah?" jerkah Malim Aguk terus menghambur mencekak rambut perempuan tua itu direntapnya turun ke tanah.
"Onyang Liyah to adik kami, janganhah buat kami macam ni," gerutu perempuan tua itu terkial-kial disebabkan rambutnya dipuntal kuat oleh Malim Aguk.
"Jangan nak bohong dengan aku!" semakin keras Malim Aguk tonyohkan muka perempuan tua itu ke tanah.
"Kami tak bohong, tapi lepaskan kami dulu," rayu perempuan tua itu terkial-kial disebabkan rambutnya berbelit kuat pada tangan Malim Aguk.
Tatkala Malim Aguk mahu tusukkan hujung keris ke dada perempuan tua itu dia terdengar bunyi batuk bergaung di udara. Kemudian dia melihat asap memutih ber-lingkar pada pucuk rumpun nibung terus sampai ke perdu. Asap yang berbentuk lembaga perempuan itu meminta Malim Aguk lepaskan Puteri Sembilan yang ditonyoh muka ke tanah.
Dia mengaku di depan Malim Aguk mengenai dirinya Onyang Liyah yang sudah bersatu dengan Puteri Sembilan. Dia ingatkan Malim Aguk supaya tidak terpedaya dengan pelesit hutan yang menjadi sahabat Puteri Sembilan sebelum mereka berpisah. Terpaksa Puteri Sembilan putuskan sahabat dengan pelesit hutan disebabkan menganiaya Onyang Liyah.
"Tidak sama pelesit hutan dengan Puteri Sembilan, Malim Aguk," ujar jelmaan asap Onyang Liyah.
Sebaik sahaja Malim Aguk melepaskan perempuan tua itu, tidak bertangguh asap yang melenggang-Ienggang berpusar pada tubuhnya. Sekali gus pula perempuan tua itu menjelma menjadi Onyang Liyah. Setelah diperhatikan oleh Malim Aguk susuk tubuh perempuan itu memang sama seperti diberitahu oleh Mak Inyut.
Segera Malim Aguk mahu memeluk Onyang Liyah, tetapi cepat-cepat dia berundur. Dia ingatkan mengenai keris besi kursani itu akan musnahkan dirinya sekiranya tersentuh. Lantas dia beritahu Malim Aguk mengenai Puteri Sembilan memang jelmaan bunian yang boleh membantu siapa sahaja bidan tatkala menyambut bayi. Bimbang sangat dia sekiranya pelesit hutan akan menjelma hingga menuduh Puteri Sembilan mengganggu keluarga mereka.
Sebab itu dia ingatkan Malim Aguk supaya rebus daun sembung wap pada sesiapa sahaja mengalami tumpah darah semasa bersalin biar pelesit hutan bercempera lari. Puteri Sembilan sudah pantangkan pelesit hutan tidak mendekati wap daun sembung supaya Onyang Liyah cam keturunannya. Onyang Liyah akan hambat pelesit hutan sekiranya cuba mengganggu keturunan dia.
"Kalau Onyang Liyah mandi di telaga, tandanya pelesit hutan yang mandi!" jelas Pawang Manang beritahu mengenai pesan ayahnya Malim Baguk setelah balik semula ke rumah.
Dia hanya beritahu mengenai Onyang Liyah mandi di telaga biar seisi kampung segera timba buang air di telaga. Tentu pelesit hutan sudah bercempera mandi di dalam telaga ber-kenaan. Sebab itu Onyang Liyah tandakan dengan bunga-bunga berlonggok di tebing telaga biar anak cucunya beringat buangkan air di dalam telaga dengan tidak bertangguh.
Kalau tidak dibuang nescaya mereka akan teguk air sisa mandi pelesit hutan yang berendam sepanjang malam. Memang mereka tidak pernah melihat jelmaan Onyang Liyah mandi tatkala bulan mengambang penuh. Tetapi Pawang Manang dapat mengagak pelesit hutan akan bercempera mandi di telaga selepas Onyang Liyah menumpang mandi di situ.
Sebab itu Pawang Manang gunakan keris besi kursani peninggalan ayahnya biar kilau cahayanya memancar ke udara Iaksana kilat tatkala petir berdentam. Dia akan bakar kemenyan menunggu bulan mengam-bang penuh biar Onyang Liyah mandi di telaga dalam kampung. Pawang Manang menyeru Onyang Liyah men-jelma bersama Puteri Sembilan apabila keris besi kursani dicancang di depan-nya.
Setelah merasakan bulu romanya meremang segera Pawang Manang menyeru:
Hai nenek berlidah putih, aku tahu asal kau jadi, melompat engkau ke batu, batu yang putih, melompat engkau ke kayu, kayu yang putih, marl kau melompat ke besi kursani, di situ pantang kau sampai ke anak cucu, hu...
Sekali gus Onyang Liyah menggeliat-geliat di tengah asap memutih bagaikan Iidah tengah menjilat di mana-mana. Apabila asap memutih itu bersatu dengan perempuan tua bongkok, tiba-tiba sahaja dia berubah menjadi perempuan muda mengeluh panjang menatap muka Pawang Manang.
"Jangan nenek ganggu penduduk kampung ni," tutur Pawang Manang mengisar hulu keris peninggalan ayahnya.
"Aku tahu kamu anak Malim Aguk," sahut Onyang Liyah mengerling keris besi kursani di tangan Pawang Manang. Dia cam keris besi kursani yang pernah digenggang oleh Malim Aguk. Memang dia tidak boleh mendekati Pawang Manang kerana bimbang disinggahi keris berkenaan.
"Dulu Malim Aguk benarkan nenek tumpang mandi di telaga dalam kampung," ujar Pawang Manang apabila kenang ayahnya minta Onyah Liyah mandi di telaga dalam kampung asal sahaja bulan mengambang penuh. "Sekarang Malim Aguk dah tak ada, tak payah nenek mandi di kampung ni," tegasnya semacam memberi amaran.
"Kamu tak sukakan pada aku ke?" terharu benar Onyang Liyah apabila dia diusir oleh Pawang Manang.
"Kalau nenek mandi di telaga, pelesit hutan akan tumpang sama!" beritahu Pawang Manang ingatkan jelmaan itu yang tidak berupaya menghalang pelesit hutan mengganggu orang-orang kampung.
"Pelesit hutan to musuh aku," jelasnya macam per-tahankan diri tidak mahu dituduh sengaja mahu meng-ganggu orang -kampung.
"Dunia nenek dengan kami tak sama, baliklah nenek ke hutan!" Pawang Manang mengusap hulu keris besi kursani sampai kilaunya menyilau ke mata Onyang Liyah.
"Sampai hati kamu halau aku," semakin terharu Onyang Liyah apabila Pawang Manang berkeras tidak benar-kan dia menjelma mandi di telaga orang-orang kampung.
"Pawang Manang tidak peduli sama ada nenek atau pelesit hutan!" tegas Pawang Manang terus memberi amaran. "Siapa sahaja mandi di telaga orang kampung akan menerima padah keris besi kursani ini," dia tetap tidak mengalah dengan keputusan-nya disebabkan tidak dapat membezakan di antara Onyang Liyah dengan pelesit hutan.
Manalah dia tahu mengenai bunga-bunga selonggok di tebing telaga sama ada Onyang Liyah bersiram mandi atau pelesit hutan mengambil kesempatan. Tatkala Malim Aguk meminta jelmaan emaknya mandi di telaga sewaktu bulan mengambang penuh sekadar mahu bertemu Onyang Liyah. Malim Aguk tahu kalau bunga tujuh jenis berbau harum memang jelmaan emaknya Onyang Liyah mandi di telaga.
Telaga mandi Onyang Liyah juga disediakan di bawah pokok bunga kemboja putih. Sengaja Malim Aguk campakkan tahi besi ke dalam telaga biar pelesit hutan tidak dapat menyelam ke dasar. Kalau pelesit hutan gagahi juga terjun ke dalam telaga nescaya api akan marak menyambar setelah tahi besi diasap dengan kemenyan oleh Malim Aguk.
Tetapi Pawang Manang tidak sama dengan ayahnya. Perkara Onyang Liyah mandi di telaga tidak penting langsung kepadanya, kerana dia tidak harapkan apa-apa. Biarlah jelmaan itu mandi di olak jeram sama dengan pelesit hutan. Dia akan lentang siapa sahaja jelmaan kalau mengganggu penduduk kampung.
Memang Malim Aguk beritahu dia mengenai pelesit hutan setelah melanggar syarat Puteri Sembilan supaya tidak mandi di olak *am. Tatkala amalkan mandi bunga biar paras muka ,sentiasa muda, Suri sudah dlingatkan oleh Puteri Sembilan supaya tidak menjamah urnbut nibung atau mandi di olak jeram.
Semasa mandi bunga di telaga tengah malam bulan mengambang penuh, Puteri Sembilan menjelma di depannya. Lantas sahaja ditusukkan susuk mestika embun pada dahi Suri. Semenjak susuk mestika embun ditusukkan itulah Suri mudah sahaja memikat mana-mana lelaki sampaikan Pandak lelaki tarnpan di dalam kampung juga menaruh hati.
Bukan takat tampan sahaja, malah Pandak juga tangkas memencak silat. Apabila Pandak masuk meminang mudah sahaja diterima oleh keluarga Suri. Lama mereka berkahwin, hairan juga Pandak disebabkan isterinya tidak dimakan usia. Suri sentiasa kelihatan muda laksana anak gadis perawan. Apa lagi. Suri tidak pernah melahirkan anak menyebabkan susuk badan-nya tidak banyak berubah.
Tahu sangat Pandak mengenai isterinya berpantang tidak mahu menjamah umbut nibung yang menjadi kegemarannya. Asal sahaja ke hutan memang Pandak akan membawa balik umbut nibung. Biarlah isterinya tidak mahu menjamah dia tetap akan masak putih umbut nibung berkenaan.
Tatkala menemani suaminya ke hutan, Suri sengaja duduk melepaskan penat di tebing jeram. Ketika inilah Pandak merasa pitam terus terjatuh ke tengah air jeram berolak. Disebabkan bimbang keselamatan suaminya segera Suri terjun mengheret Pandak ke tepi. Sebaik sahaja Pandak pulih daripada pitam, terkejut dia apabila melihat wajah isterinya menjadi hodoh.
Kulit tubuh Suri juga berkedut-kedut menyebabkan Pandak terpegun tidak bercakap apa-apa. Akibat terkejut melihat wajah isterinya yang terlalu hodoh, Pandak terkejang mati menahan gelora perasaan yang bergejolak. Marah benar Suri dengan keadaan dirinya setelah melanggar pantang itu. Tidak bertangguh dia meratah umbut nibung yang ditebang suaminya di tengah hutan.
"Kalau kau mahu kelihatan cantik, kamu tak boleh dilihat manusia!" tiba-tiba sahaja Suri dikejutkan suara bergema di sebalik batu jeram.
"Apa guna cantik kalau tak boleh balik ke kampung?" gerutu Suri memberanikan hati seolah-olah membantah desakan suara yang memujuknya.
Ketika ini jelmaan Puteri Sembilan terawang-awang di udara menyuruhnya balik juga ke kampung untuk selamatkan mayat Pandak. Tetapi Suri berkeras tidak akan balik ke kampung dalam keadaan kulit mukanya berkedut hingga berjuntai-juntai laksana perca kain tergantung.
Dalam saat inilah suara di sebalik batu jeram menyuruh dia terjun semula ke tengah olak air, sekalipun Puteri Sembilan melarangnya. Disebabkan marah terhadap Puteri Sembilan lantas sahaja Suri terjun semula ke dalam air jeram berolak. Tujuh kali dia menyelam keadaannya pulih tidak berkedut langsung.
Sekali gus pula Puteri Sembilan melayang tinggalkan Suri di tengah air setelah dia mengambil keputusan mematuhi kemahuan suara yang bergema di sebalik batu jeram berkenaan. Dia tidak boleh menghalang setelah jembalang tanah di sebalik batu jeram itu mempengaruhi Suri.
Sebaik sahaja Puteri Sembilan menghilang lantas lembaga hitam berbulu tubuh menjelma di atas batu. Dia mengakui dirinya penghulu jembalang lantas mendesak Suri melayaninya kalau mahu kekalkan wajahnya sentiasa cantik. Dalam keadaan kesal Suri terpaksa menuruti kemahuan lembaga hitam berbulu tubuh itu.
Tatkala batik meninggalkan kawasan jeram penghulu jembalang ingatkan dia mestilah berkahwin sampai sembilan suami sekiranya mahu kekalkan wajahnya sentiasa cantik. Semenjak kejadian itulah Suri terpaksa berkahwin sampai sembilan orang suami serentak.
Siapa sahaja tidak boleh mengejeknya disebabkan bersuami sampai sembilan orang. Asal sahaja mengejek sudah tentu akan menggelepar macam ayam disembelih leher. Seisi kampung akan menerima padah kalau cuba musuhi Suri hingga perut menjadi busung macam buntil tersendat.
Memang suami Suri tidak membantah apa-apa apabila dia bergilir-gilir ke rumah suaminya yang lain. Mereka tidak peduli apa pun ejekan orang kampung asal sahaja tidak ditinggalkan oleh Suri. Perkara Suri bersuam. sembilan tidak penting sangat kepada mereka, tetapi mereka tidak mahu bereng-gang lagi dengan perempuan itu.
Masakan mereka boleh membantah sekalipun leher ditanjul tali tatkala ditinggalkan di rumah. Tetapi orang-orang kampung tidak tertahan lagi dengan sikap Suri yang menyebabkan sesiapa sahaja memusuhi perempuan itu akan dirasuk pelesit sampai meracau-racau. Setelah diberitahu pada Tok Pendita yang bertapa jauh di hutan, dia menyuruh orang-orang kampung membakar rambut setiap senja.
Tujuh malam berturut-turut mereka membakar rambut dengan menyerakkan lada hitam di sekeliling rumah tiba-tiba sahaja kampung mereka diserbu ribut kencang dengan kilat sambar menyambar. Sampai santak pagi ribut kencang itu berterusan, mereka sekadar mendengar jerit Suri tidak ketahuan. Tetapi tidak siapa pun berani menjengah setelah Tok Pendita ingatkan mereka supaya tidak keluar dari rumah.
Apabila menjelang pagi baru mereka menjengah setelah ribut kencang tidak lagi menyerbu. Tatkala menjengah ke rumah Suri mereka melihat pohon-pohon kayu tumbang bertupang tindih. Rumah Suri terperosok di bawah pokok-pokok tumbang itu. Tidak ada mayat Suri bersama suaminya ditemui di bawah runtuhan rumah yang terperosok ditimpa pokok-pokok kayu tumbang itu.
 Di beberapa penjuru mereka melihat beberapa ekor belalang berterbangan. Tetapi Tok Pendita beritahu mengenai Suri sudah disumpah menjadi pelesit hutan disebabkan sudah dikuasai jembalang tanah. Semenjak Suri tidak kelihatan lagi di kampung, mereka tidak peduli lagi mengenai perempuan berkenaan.
"Pawang Manang tahu asal usul pelesit hutan!" ujar Pawang Manang ingatkan Onyang Liyah mengenai Suri yang terjerumus dengan kemahuan jembalang tanah di olak jeram. "Sebab itu nenek pun balik semula pada Puteri Sembilan!" tegasnya member' it:, isyarat supaya Onyang Liyah berundur.
Terharu benar Onyang Liyah mematuhi kemahuan Pawang Manang setelah menyuruhnya berundur dari kampung halaman. Dia tidak mahu pelesit hutan mengambil kesempatan sekiranya Onyang Liyah mandi di telaga orang-orang kampung. Asal sahaja perempuan mandi malam di telaga tatkala bulan mengam-bang penuh, nescaya Pawang Manang akan biarkan kilau besi kursani menyambar Iaksana petir berdentam.
Tahu sangat Pawang Manang tatkala Sidin Tengkak mengidap benguk di leher selepas gunakan air telaga, memang gangguan pelesit hutan. Masakan Onyang Liyah menjelma di tengah kampung setelah diusir jauh ke pinggir jeram. Tentu pelesit hitam tidak akan bertahan di situ sekiranya Onyang Liyah masih terconggok di situ.
Sebab itu Mat Dabin mengajak Omar Lekeh ikut sama mengendap sekiranya perempuan berkemban mandi di jeram berkenaan. Kalau Onyang Liyah berkemban mandi tentu menunggu bulan mengambang penuh tengah malam. Dia akan siram dengan air bunga tujuh jenis sampai berbau harum.
"Jangan kamu cari geruh," Pak Tukun ingatkan anak saudaranya Mat Dabin yang berkeras sangat mahu mengendap.
Tidak lama selepas itu Pak Tukun beritahu orang-orang kampung Mat Dabin tldak balik ke rumah semasa menggembala kambing. Sewaktu kambing-kambing-nya balik ke kandang, Pak Tukun hairan fasal Mat Dabin Ildak kelihatan. Apabila mereka menjengah ke kawasan jeram, tidak ada kesan apa-apa sekiranya Mat Dabln tersungkur Iemah di celah batu.
Mengeluh pendek Pawang Manang apabila didesak Pak Tukun mencari Mat Dabin. Bukan mudah dia mahu memberitahu Pak Tukun, kalau Mat Dabin sendiri tidak mahu lagi menjengah muka balik ke kampung.
"Betulkah ustaz, Mat Dabin to hilang kerana berkahwin dengan bunian?" ujar Surip Lantun menatap muka saya apabila kenang kejadian yang menimpa Mat Dabin.
Saya tidak menyahut apa-apa, sekalipun Surip Lantun jelaskan Malim Saban yang beritahu demikian. Dia tahu mengenai Malim Saban abangnya memang tidak sama dengan Pawang Manang, sekalipun mereka keturunan pawang berkena-an. Tetapi abangnya sekadar agakkan sahaja Mat Dabin hilang setelah beberapa kali mengendap bunian mandi di olak jeram berkenaan.

"Ustaz percaya dengan kejadian macam tu?" Hasbul pula mendesak lantas mengerling ke arah Tukimin. Saya hanya tersengih-sengih sahaja apabila Tukimin mengangkat bahu mencebek bibir.