Tuesday, November 7, 2017

252. JERITAN HALUS DI RIMBUNAN POKOK


TERMENUNG panjang keluarga Anjang Liman disebabkan penat lelah sejak berminggu-minggu semuanya hancur berkecai. Majlis ken-duri kahwin anak-nya Marsunah tergendala akibat kekecohan di penanggah menular sampai
ke khemah tetamu.

Perkara majlis kahwin itu berlangsung juga akad nikah anaknya Marsunah dengan Bahari masih tidak memuaskan hatinya, disebabkan tetamu tidak dapat menjamah hidangan. Sudah menjadi kebiasaan pendudu-penduduk kampung majlis kenduri kahwin mesti menjamu tetamu dengan hidangan. Setidak-tidaknya seekor lembu perlu ditumbangkan biar majlis benar-benar meriah.

Tetapi kemeriahan yang diharapkan itu hanya meninggalkan kesan luka di hati yang tidak dapat dilupakan seumur hidup. Lembu jantan peliharaan Marsunah yang ditumbangkan, tiba-tiba sahaja berulat setelah direndang di dalam kuali . Di celah-celah daging sudah dilapah itu ulat melintuk-lintuk sekalipun kuah rendang tengah menggelegak.

Cepat-cepat Uda Mahani yang memasak rendang membertahu Anjang Limah fasal ulat melintuk-lintuk di celah daging. Terlalu banyak ulat melintuk lintuk macam pacat di hujung rumput Geli geleman mereka yang memasak di penanggah melihat daging yang dimasak rendang berubah menjadi lisut busuk macam Iimau kecut.

"Macam mana nak huat ni, Mahani" gerutu Anjang Limah menahan sebak dada disebabkan terlalu terharu.

"Akupun tak tahu nak buat apa, anjang," sahut Uda Mahani mengeluh panjang kerana bimbang juga dia akan dituduh tidak boleh diharap. Keluarga Anjang Limah sudah harapkan dia memasak rendang di penanggah, tetapi daging menjadi busuk berulat.

Hairan juga Uda Mahani fasal daging lembu siap disiang itu merah segar sebelum dimasukkan ke dalam kuali. Dia sendiri yang mencekup daging tersebut dari dalam besen dimasukkan ke kuali tengah masak kuah. Bagaimana pula tiba tiba sahaja tengah kuah panas menggelegak itu ulat yang menjelma di celah daging tidak terjejas Iangsung?

"Kerja setan", rungut Pak Mijan sebaik sahaja menjengah kuali terjerang di penanggah. Kecewa sangat dia dengan kejadian yang menimpa keIuarganya tatkala berlangsung majlis kenduri kahwin. Lama sangat dia menggembala lembu jantan tengah naik tanah itu yang dibela semata-mata menunggu hari perkahwinan anak gadisnya Marsunah.

Semuanya menjadi sia-sia. Seekor lembu yang ditumbangkan tiba-tiba sahaja sekawah daging berulat busuk. Tetamu yang dijemput datang tidak dapat menjamah hidangan disebabkan nasi di kawah juga tidak dapat dimasak. Bergantung beras yang ditanak semuanya berderai tidak boleh dihidangkan Iangsung.

"Apalah salah aku ni, Mahani," tersengguk-sengguk Anjang Limah memaut bahu Uda Mahani meluahkan rasa sebaknya.

"Salah Anjang tak ada, tapi orang sengaja iri hati!" sahut Uda Mahani memengertap bibir terlalu marah dengan kejadian tersebut

Pitam juga Anjang Limah tidak dapat menahan rasa terharu yang menyebak di dada. Cepat-cepat pula Pak Mijan memapah isteri nya naik ke rumah.
Anjang Limah di baringkan di tengah rumah dengan mulut seracau-racau tidak menentu apabila kenangkan kejadian yang menimpa majlis kenduri kahwin anak nya itu

Semenjak pagi lagi adiknya Nyok Sidik sudah memberitahu dia fasal bakul berisi beras melompat tatkala Ucu Besah mahu membawanya  ke bilik air. Beras yang su dah disukat itu perlu dibasuh dahulu sebelum dimasukkan ke kawah yang terjerang di tungku. Semasa Ucu Besah menyukat beras di guni tidak pula laku kejadian ganjil. Hanya sewaktu dia mahu mengangkat ke bilik air, tiba-tiba sahaja bakul tersebut melompat seolah-olah mengelak daripada dicapai oleh Ucu Besah.

Asal sahaja diterkam bakul berkenaan melompat jauh daripada jangkauan. Terjerit Ucu Besah ketakutan menyebabkan dia terlatah-Iatah di tengah rumah dapur. Tetapi mereka yang berceratuk di ruang dapur hanya terkekeh-kekeh sahaja ketawa kerana menyangka Ucu Besah sengaja mahu bergurau.

Apabila diberi tahu kepada Nyok Sidik, tidak bertangguh diamenerpa ke rumah dapur. Dia berdiri di pintu dapur dia lantas membacakan Ayatul Kursi dengan dihembus ke kanan dan ke kiri. Kemudian diulangi lagi dan dihembus ke hadapan dan ke belakang. Dia membaca seterusnya di hembuskan ke atas dan ke bawah. Setelah membacakan Ayatul Kursi lantas dihembuskan ke dada, tidak bertangguh dia mengetukkan jari telunjuk ke bibir bakul..

Tiga kali diketukkan jari telunjuk di bibir bakul, barulah bakul tidak melompat bagaikan katak di tengah paya. Ucu Besah membawanya ke bilik air membasuh beras sebelum dimasukkan kedalam kawah. Sehingga jam 12.00 tengah hari nasi di kawah tidak juga masak. Setiap kali dikacau dengan sudit, beras nya timbul dengan air sekadar mendidih.

"Beritahu pada Nyok Sidik," laung Ucu Besah menggamit beberapa orang perempuan yang memasak di penanggah.

"Hah, niat salah nampaknya ni!" gerutu Nyok Sidik sebaik sahaja menjengah ke penanggah. Terkejut juga dia melihat kawah terjerang Iebih dua jam tetapi nasi masih tidak masak. Mahu dituduh perbuatan orang mengenainya, memang Nyok Sidik tidak tahu siapa musuh abang iparnya Pak Mijan.

Tidak pula diketahuinya sama ada pernah lelaki lain masuk meminang Marsunah. Kalau Pak Mijan menolak pinangan, mungkin lelaki berkenaan sengaja membalas denndam. Tergamak pula lelaki iitu melakukan perbuatan demikian semata-mata mahu memuaskan  perasaan dendam yang berpanjangan.

Apa sangatlah disebutkan Marsunah, walhal dl dalam kampung mareka ramai gadis cantik yang menawan hati. Sekiranya Pak Mijan menolak pinangan, lelaki berkenaan boleh merisik ke mana sahaja. Tentulah kerja sia-sia melepaskan dendam hanya disebabkan pinangan ditolak

Tetapi sebelum Bahari memang tidak ada sesiapapun masuk meminang Marsunah. Seingat-ingat Pak Mijan dan Anjang Limah cuma Bahari satu-satunya yang masuk meminang tatkala habis menuai di bendang. Hanya selepas habis menuai sahaja mereka tetapkan majlis kenduri kahwin diadakan, kerana padi tengah penuh di kepuk

. "Memang tak ada siapa pun masuk meminang selain daripada Bahari," jelas Pak Mijan terharu dengan kejadian yang menimpa keluarganya.

"Apa pula tujuan mereka hanya adanya abang?" tutur Nyok Sidik perlahan seolah-olah mati akal hingga buntu fikiran tidak menentu.

"Agaknya mimpi Limahkah...?" Iantas Pak Mijan teringatkan rungutan isterinya fasal mimpi yang berulang dua tiga malam.

"Anjang Limah mimpi macam mana?" soal Nyok Sidik membetulkan sandar belakangnya ke dinding menghadap Anjang Limah terkejang di tengah rumah.

Tertunduk Pak Mijan apabila kenangkan isterinya memberitahu fasal mimpi yang dialaminya. Tersengih-sengih Pak Mijan menyindir disebabkan isterinya percaya sangat dengan mimpi.

Kenapa pula dia mesti tunduk dengan mimpi isterinya yang didatangi orang tua perempuan menghalang Marsunah supaya tidak dinikahkan?


Siapa perempuan tua kurus dengan rambut mengerbang tidak teruna itu mahu mencampuri urusan keluarganya? Kalau perempuan tua itu wujud di tengah kehidupannya Pak Mijan akan haIau mentah-mentah disebabkan berani menghalang.

Perkara nikah kahwin adalah urusan Allah yang menetapkan jodoh pertemuan. Tidak ada sebab dia mesti tunduk dengan mimpi yang hanya khayal tidur isterinya sahaja.

Cubalah perempuan tua kurus itu menjelma di hadapannya, nescaya dia akan jengkal muka macam menolak sampah di meja! Pak Mijan tidak peduli, sama ada perempuan tua kurus itu jembalang atau puaka yang mahu mengancam. Dia akan jerkah kalau berhadapan di mana-mana pun.

"Ah, mimpi bukannya boleh percaya," tegas Pak Mijan mengingatkan isterinya yang murung sejak bermimpi didatangi oleh perempuan tua kurus rambut putih mengerbang.

"Kadangkala mimpi to untuk jadi pedoman," sahut Anjang Limah tetap berkeras, tetapi tidak tergamak mahu membatalkan perkahwinan Marsuna

Dia sendiri tidak tahu punca, kenapa perempuan tua kurus itu tidak suka Marsunah dinikahkah dengan Bahari.? Apa pula urusan perempuan tua kurus berkenaan sampai mahu mencampur urusan mereka sekeluarga.

"Habis, awak mahu perkahwinan Marusnah dibatal kan?" sengaja Pak Mijan mahu menquji hati isterinya.

"Tidaklah sampai begitu," lantas Anjang Limah menyahut dengan mencebek bibir. "Setidak-tidaknya kita kena ikhtiar juga supaya tak berlaku perkara buruk," katanya mendesak Pak Mijan mencari bomoh supaya menepung tawar keliling rumah sebelum majlis kenduri dilangsungkan

Disebabkan mahu memuaskan hati Anjang Limah, terpaksalah Pak Mijan menjemput Ulung Simat menepung tawar. Ucu Besah yang sediakan daun setawar, mulai lengkuas dan beras kunyit.  Biiar Ulung Simat halaukan semua puaka jembalang yang mahu mengganggu. Mereka percaya Ulung Simat satu-satunya dukun di dalam kampung yang mampu menghalang gangguan puaka jembalang yang mengancam.

Tetapi Pak Mijan bukanlah terpengaruh sangat fasal gangguan puaka jembalang yang mahu menggagalkan majlis perkahwinan anaknya. Dia sekadar memenuhi kemahuan isterinya setelah bermimpi didatangi perempuan kurus itu.

Sewaktu menepung tawar keliling rumah, Ulung Simat beberapa kali menggeleng kepala tatkala beras kunyit ditabur di kaki tiang. Setiap kali dia campakkan beras kunyit terasa pada Ulung Simat seolah-olah tangannya menyentuh busut jantan di tengah belukar. Tetapi dia sengaja sembunyikan daripada pengetahuan Pak Mijan, kerana dia tahu lelaki itu tidak akan percaya apa-apa.

Memang dia tahu benar sikap Pak Mijan tidak akan peduli sangat fasal gangguan puaka atau jembalang. Kalau pun puaka atau jembalang itu wujud mengganggu manusia, Pak Mijan percaya ianya golongan makhluk Allah jua. Tidak ada satupun makhluk yang boleh mengatasi kuasa Maha Pencipta, Allah Azzawajjalla.

Kalau tidak kenang Anjang Limah merungut panjang rnemang Pak Mijan tidak jemput Ulung Simat menepung tawar keliling rumah

"Awak tak percaya, sudah..." gerutu Anjang Limah marah dengan sikap suaminya yang berkeras tidak mempercayai mimpinya. "Biar saya sendiri yang beritahu Ulung Simat," tegasnya berdebar-debar setiap kali kenangkan mimpinya.

"Jangan fikir yang bukan-bukan, nanti syirik," ujar Pak Mijan menasihati isterinya. Semenjak menjadi guru mengajar anak-anak jiran membaca muqaddam dan al-Quran dia tidak boleh terikut-ikut dengan perasaan Anjang Limah.

"Memang awak ni suka tengok anak bini jadi mayat, baru nak berubat," mendengus Anjang Limah terlalu marah dengan sikap suaminya itu.

Terdiam Pak Mijan. Dia tidak boleh melayani sangat kemarahan Anjang Limah. Biarlah dia mengalah asal sahaja tidak berpanjangan leteran isterinya. Apalah salahnya dijemput Ulung Simat menepung tawar, kalau bandingkan dengan perbalahan suami isteri berpanjangan.

Semenjak berhijrah dari Terengganu di kampung itu Iah satu-satunya tempat Pak Mijan menumpang, setelah mengikut gurunya Haji Semail. Ketika umurnya 12 tahun dia datang ke situ, apabila Haji Semail mengambilnya menjadi anak angkat. Kesihan benar Haji Semail dengan keadaan Pak Mijan yang tinggal bersama bapa tiri.

Selepas Haji Semail meninggal dunia, Pak Mijan satu-satunya yang diharapkan mengajar di pondok peninggalan tuan guru itu. Masakan orang seperti Pak Mijan mahu menerima perkara tahyol demikian.

"Awak tak kena memanglah tak rasa apa-apa!" Anjang Limah tidak puas hati dengan sikap suaminya.

Pak Mijan tidak menyahut apa-apa. Biarlah isterinya leter meluahkan rasa mendongkol di hati.  Perkara mimpi tidak perlu dibesar-besarkan sampai berbalah suami isteri. Ini pegangan Pak Mijan.

Tetapi Anjang Limah tidak boleh senyap mulut kala suaminya berkeras tidak mahu menjemput Ulung Simat menepung tawar keliling rumah. Berturut-turut tiga malam dia hermimpi perempuan tua kurus itu memberi amaran supaya majlis kenduri kahwin Marsunah dibatalkan.

Keputusan mahu membatalkan majlis kahwin itu bukan di tangannya. Sanak
saudara mesti diberitahu sekiranya Marsunah tidak jadi dinikahkan. Bukan sanak saudara sahaja malah keluarga pihak lelaki juga mesti diberitahu. Apa pula kata keluarga pihak lelaki sekiranya majlis kahwin dibatalkan dengan tidak bersebab.

“Saya tak boleh buat keputusan" rayu Anjang Limah serba salah dengan desakan perempuan tua kurus itu.

"Marsunah anak aku, kenapa nikahkan dia tak minta izin?" rungut perempuan tua kurus tetap berkeras.

"Awak ni siapa mengaku Marsunah tu anak?" marah juga Anjang Limah apabila perempuan tua kurus itu mempersenda-sendakan dia sendiri sebagai emak Marsunah. Masakan perempuan berkenaan boleh mengaku sesuka hati sedangkan dia sendiri melahirkan Marsunah.

'Aku ni emak Marsunah, bukannya kau..." tersengih-sengih perempuan tua kurus itu mengejeknya.

Marah benar Anjang Limah dengan sikap biadap perempuan tua kurus itu tidak menghormati dirinya. Lantas dia menerkam ke arah perempuan tersebut tetapi cepat sahaja dia melayang ke udara laksana burung helang yang berligar mengepakkan sayap. Terpaksa Anjang Limah mendongak mengawasi perempuan tua kurus itu sekiranya turun semula jejak kaki ke bumi.

"Kau nak ganggu keluarga aku ke?" jerit Anjang Limah mendongak ke udara melepaskan rasa dendam yang mendongkol.

. "Aku hanya beri kau ingat, Limah!" tegas perempuan tua kurus itu terus ber-ligar-ligar di udara hingga menyusup ke dalam awan.

Lama Anjang Limah menunggu tidak juga nampak kelibat perempuan tua kurus itu menjelma didepannya. Tiga malam berturut turut dia mimpi bertemu perempuan kurus itu dengan cara sama sahaja.

Fasal itulah Anjang Limah desak juga suaminya jemput Ulung Simat. Kalau sudah di tepung tawar keliling rumah tentu gangguan perempuan tua kurus itu tidak boleh tembus. Sudah tentu tepung tawar Ulung Simat itu sama juga macam dirikan tembok tinggi yang tidak boleh dirempuh oleh makhluk halus.

Disebabkan sudah ditepung tawar oleh Ulung Simat, majliis kenduri kahwin Marsunah diteruskan juga. Anjang Limah yakin tidak ada lagi gangguan perempuan tua kurus yang. menjelma dalam mimpinya itu.

Sewaktu bakul beras melompat lompat, memang Nyok Sidik tidak memberitahu kakaknya. Biarlah dia sendiri menguji gangguan tersebut kalau mahu menjadi geruh dia. Nyok Sidik tidak akan mengalah kalau dirinya sendiri menjadi sasaran geruh. Setelah dibacakan Ayatul Kursi memang betul beras itu tidak lagi melompat-lompat

Tetapi Ucu Besah tetap diganggu juga sampai beras yang ditanak tidak masak sampai ke petang. Air mendidih di dalam kawah juga tidak kering, sekalipun disorongkan. kayu api habis satu pasong. Apabila diberitahu kepada Nyok Sidik, dia sendiri mati akal tidak tahu bagaimana mahu berikhtiar.

Cepat-cepat pula Ulung Simat dijemput ke penanggah. Sebaik sahaja Ulung Simat menjengah muka serta merta sahaja air di dalam kawah kering. Serentak dengan itu pula beras di dalam kawah hangus menjadi arang tidak boleh dijamah langsung. Ketika ini juga Uda Mahani becok disebabkan daging lembu berulat tengah dimasak rendang.

Belum pun habis gempar fasaI nasi hangus dan rendang daging berulat, Alang Marliah menggoreng sayur kacang camur pedal ayam juga terkemamar, pabila kualinya dipenuhi bulu ayam.

"Syukurlah, akad nikah dapat dijalankan," ujar Pak Mijan tenang tatkala sanak saudara menghadap Anjang Limah terkejang akibat pitam kepala. "Perkara jamu hidangan tidak penting sangat," tegasnya mencebek bibiir seolah-olah menyimpan dendam yang membara.

"Dapat awak agak, siapa orang yang buat aniaya nil" Ulung Simat cuba mendesak sekiranya Pak Mijan pernah dimusuhi oleh sesiapa.

"Entahlah, rasa-rasanya tak ada," tutur Pak Mijan yakin tidak ada sesiapa yang menyimpan rasa dendam terhadap dirinya. Kalau mahu dituduh ada lelaki yang mahukan Marsunah, memang siapapun tidak pernah masuk meminang hingga ditolak mentah-mentah.

Cuma Bahari satu satunya yang masuk meminang, dan dia terus menerimanya dengan hati terbuka

"Sebelum ni, ada -sesiapa masuk meminang Marsunah?"  Ulung Simat masih tidak puas hati..

"Memang tak ada," beritahu Pak Mijan terangguk-angguk cuba mengingatkan apa sahaja kejadian sebelum itu.

Tiga malam Ulung Simat cuba memulihkan keada-an Anjang Limah, tetapi dia tetap terkejang. Hanya nafas sahaja berombak ombak selepas di-ganggu pitam se-waktu di penanggah. Bahari yang baru sahaja menjadi menantu memujuk Pak Mijan hantarkan sahaja ke hospital tetapi Nlyok Sidik tidak bersetuju

Dia tahu perkara pitam yang menimpa kakaknya bukan disebabkan darah. tinggi atau lemah jantung. Tentu sama dengan kejadian bakul beras melompat di tengah dapur dan nasi hangus ditanak dalam kuali. Kemudian daging rendang juga berulat sekali pun kuah tengah menggelegak. Nyok Sidik sendiri melihat ulat meliuk liuk di celah daging berasap panas laksana pacat di hujung rumput.

"Kita tak boleh biarkan macam ni," tutur Bahari resah dengan keadaan Anjang Limah terpejam mata tidak bergerak apa-apa.

"Terpulang pada Mijan," ujar Ulung Simat semacam tidak berupaya lagi mahu rneneruskan ussaha mernulihkan Anjang Limah.

Pak Mijan tertunduk. Dia sendiri tidak tahu bagai mana mahu mengambil keputusan. Kalau Nyok Sidik tidak berkeras dia rela isterinya dibawa sahaja ke hospital. Tetapi Nyok Sidik masih berhak membuat keputusan kerana dia adik kandung isterinya Anjang Limah. Dia tidak boleh membelakangkan Nyok Sidik kalau mahu membuat apa-apa pun keputusan

"Biar saya jemput Lebai Sawar di Pelangai," lantas Nyok Sidik terjun ke tengah halaman dengan tidak menunggu keputusan daripada Pak Mijan

Siapapun tidak membantah keputusan Nyok Sidik. Dalam saat demikian masing-masing tidak tahu memikirkan apa-apa ikhtiar. Mereka sekadar menungu keputusan sesiapa sahaja yang menyanggupi.

Kenapa jemput Lebai Sawar?" soal Uda Mahani macam terkejut dengan keputusan Nyok Sidik mahu ke Pelangai menjemput Lebai. Sawar. Lainlah kalau suaminya menjemput dukun yang mampu mengubati Anjang Limah terkejang sakit.

"Tentu dia tahu apa yang nak dibuatnya," ujar Pak Mijan seolah-olah yakin dengan usaha Nyok Sidik

Ulung Simat juga tidak membantah. Biarlah Nyok Sidik menjemput Lebai Sawar asal sahaja Anjang Limah boleh dipulihkan. Tidak berguna harapkan dia seorang sahaja tidak ketika fikiran semua orang diperlukan. Memang dia sendiri sudah buntu fikiran tidak dapat mencari  ikhtiar lagi.

Hampir isya baru Nyok Sidik balik bersama Lebai Sawar. Sebaik sahaja melihat keadaan Anjang Limah terkejanq, Lebai Sawar terus memegang jari kaki Anjang Limah. Tetapi kakinya kaku tidak bergerak langsung.

Nak bakar kemenyan ke?" Uda Mahani berpaling memandang suaminya Nyok Sidik

"Tak payah," sahut Nyok Sidik pendek.

"Apa kelengkapan ubat nak disediakan?" ujar Ucu Besah pula mengerling Uda Mahani mengajaknya ke dapur untuk menyediakan kelengkapan ubat. Kalau mahukan limau tujuh biji, dia mesti carikan sekali pun tepaksa meranggah buah limau nipis di tepi pagar. Ucu Besah juga akan desak anaknya Amud Boyak memanjat pokok pinang dara sekiranya Lebai Sawar mahukan mayang pisang tidak pecah upih.

Ustaz Sawar ni baca doa aje, dia tak pakai kemenyan atau apa-apa " beri tahu Nyok Sidik perlahan apabila Lebai Sawar turun ke bilik air

Tidak bercakap apa-apa dia terus mengambil wuduk. Kemudian tunaikan solat isya, dan di ikuti solat sunat rawatib. Setelah dia berzikir dan meng- ulangi istighfar hing ga seratus kali, Lebai Sawar terns duduk berlutut di hujung kaki Anjang Limah sambil mengentuk jari telunjuk tiga kali ke ibu jari kaki perempuan itu. Apabila Lebai Sawar membacakan:

Huwa auwalu wal-akhiru wal-zahiru wal-batinu wahuwal ‘aliyul azzim,

dia memegang setiap jari kaki Anjang Limah. Sebaik sahaja dia memegang jari tengah tiba-tiba Anjang Limah terjerit kuat lantas bingkas bangun memegang pahanya

"His, nak buat apa ni?" gerutu Anjang Limah marah menggeleng-geleng kepala hingga rambutnya mengerbang.

"Awak tu sakit, baring aje..." jerkah. Nyok Sidik keras.

Sekaligus Anjang Limah mencebek  bibir terus meludah ke muka Nyok Sidik. Cepat-cepat Nyok Sidik menarik bahu kakaknya supaya rebah semula ke tikar. Uda Mahani dan Ucu Besah juga tidak bertangguh membantu. Marsunah yang duduk jauh di belakang mara ke hadapan memegangkan kaki emaknya supaya tidak dapat menendang tinggi.

"Kamu semua degil, nikahkah anak orang tak minta izin!" Anjang Limah meronta mahu melepaskan diri.

"Siapa Anak kau?" sahut Nyok menepuk dahi kakaknya dengan tapak tangan menyebabkan Anjang Limah memekik marah.

"Marsunah tu anak aku, kenapa nikahkan dia?" semakin marah Anjang Limah apabila tubuhnya dipegang sampai tidak dapat bergerak.

"Habis, nak biar-kan jadi anak dara tak laku?" bentak Nyok Sidik me-nyindir.

 "Apa kau peduli anak aku?" ujar Anjang Limah mengerling ke arah Nyok Sidik seolah-olah mahu menerkam melepaskan geram. "Kau tak ada hak nak campur urusan aku!" dia merungut dengan menyimpan dendam.

"Setan yang kata tak ada urusan!" Ian tas Nyok Sidik mengejeknya. "Kalau manusia, tahu fasal bapa saudara anak buah," katanya mencebek bibir kerana menyedari yang menuturkan demikian bukannya Anjang Limah, tetapi gangguan yang merasuk diri kakaknya itu sengaja mahu memperolok-olokkan.

"Tak payah Iayan dia," Lebai Sawar mengingatkan Nyok Sidik supaya biarkan sahaja Anjang Limah meracau sendirian. Kemudian dia membacakan:

Y a Allah ya Rah-man ya Rahim ya Haiyun ya Qayyum y a Zaljalali wal-ikrarrz, ya ahlat-tagwa iva-ahlal maghfirati ya zikriz zakirina tub-alaiya taubatan nasohan wazidni bi-fadli rah-mafika nuraun wa-duhan ya ar-hamar rah imin.

Lebai Sawar menggenggam tangan kanannya erat-erat macam mengepal tepung diuli. Habis sahaja dia berdoa Lebai Sawar melimparkan genggamannya seolah-olah menabur benih padi ke tapak semaian. Sekaligus pula Anjang Limah tersentak Iaksana terkena kejutan elektrik menyebabkan dia menjerit kesakitan.

Serentak dengan itu mereka mendengar di luar sayup-sayup suara laungan halus menjerit kesakitan. Cepat-cepat Nyok Sidik ke serambi membawa lampu suluh ubat sambung enam. Apabila dia menolak tingkap menyuluh ke rimbunan pokok cempedak di hujung halaman jeritan halus itu bertukar menjadi tangisan memanjang.

Tidak ada apapun yang kelihatan di situ, sekalipun beberapa orang jiran ikut sama memerhati silauan lampu suluh di tangan Nyok Sidik.

"Tak nampak orangnya, Nyok?" tanya Bidin Botak terhangak-hangak belakang Nyok Sidik. "Pergilah turun ke halaman tengok sendiri,” ujar Manap Sepet menepuk bahu kawannya itu.

"Huh, selisih malaikat empat empat puluh empat..." sahut Bidin Botak meredupkan mata terasa tegak bola roma di seluruh badan apabila kenangkan suara tangisan yang jelas di pucuk pokok cempedak hujung halaman.

Ketika ini Anjang Limah tidak lagi terkejang, tetapi mula menggeliat-geliat lemah, Pak Mijan membongkok melaungkan azan perlahan ke telinga kanannya setelah disuruh oleh Lebai Sawar. Sebaik sahaja Pak Milan mengulangi azan tiga kali, tangisan di pucuk pokok cempedak semakin kuat hingga riimbunan daun bergegar kuat Iaksana ditiup angin kencang.

Lantas Lebai Sawar menyuruh Nyok Sidik mem bacakan Fatihah- tiga kali, surat al- Ikhlas 11 kali, al-Fala dan surat an-Nas. Setelah dihembuskan oleh Nyok Sidin ke pokok cempedak yang tersergam rimbun di hujung halaman tiba-tiba sahaja pokok berkenaan bergegar kuat seperti digoncang

Segera Bidin Botak masuk ke tengah rumah memberitahu Lebai Sawar. Dia memberi isyarat su paya Ulung Simat sahaja keluar ke serambi membantu Nyok Sidik. Biarlah dia bersama Pak Mijan tidak berganjak dari sisi Alang Limah dalam saat demikian.

Sewaktu Ulung Simat tercegat di belakang Nyok Sidik, getaran angin yang tertumpu di rimbunan pokok cempedak, beralih pula ke pokok rambutan yang berdekatan. Tangisan perempuan bertambah kuat semasa Pak Mijan terus azan di telinga kanan Anjang  Limah.

Disebabkan tidak sabar dipermainkan, Ulung Simat terus terjun ke tengah halaman. Dia membuat garis bulatan tengah halaman dengan hujung kelegkengnya. Apabila dia menghentakkan tumitnya tiga kali ke tanah, mereka yang tercegat di tingkap melihat bayang hitam menerjah dari rimbunan pokok rambutan ke tengah halaman.

Bayang itu tertampan tidak menyinggahi Ulung Simat seolah-olah merempuh tembok batu yang keras. Sedikit demi sedikit bayang berkenaan bertukar menjadi perempuan tua kurus dengan rambut mengerbang putih. Seluruh tubuh perempuan berkenaan melecur bagaikan di-sambar api yang marak menyala.

"Awak tak patut' gerutu perempuan tua kurus itu termengah-mengah berdiri di hadapan Ulung Simat seolah-olah berpaut di pagar besi yang kukuh.

"Kenapa tak patut?" bentak Ulung Simat mencemik muka.

"Buat apa panggil Iebai tu ke sini?" ujar perempuan tua kurus meluahkan rasa mendongkol di hati.

Apabila Nyok Sidik mahu menerpa turun ke tengah halaman, cepat-cepat ditegah oleh Ulung Simat. Memang Nyok Sidik tidak dapat menahan sabar sebaik sahaja jelmaan perempuan tua kurus itu dapat dilihat. Setidak-tidaknya dia boleh menguji sama ada keras atau tidak gangguannya.

Berligar-ligar perempuan tua kurus itu di keliling garisan bulat yang dibuat oleh Ulung Simat, seolah-olah tidak berupaya menembusi tembok batu keras memisahkan dia dengan orang tua berkenaan.

Melihatkan keadaan Ulung Simat bagaikan diancam, cepat-cepat Nyok Sidik menerpa ke tangga. Sebaik sahaja dia menuruni tangga, tiba-tiba sahaja angin kencang bertiup ke arahnya sampai Nyok Sidik tercampak semula ke tengah serambi. Serentak dengan itu Nyok Sidik terjerit hingga tubuhnya birat-birat Iaksana terkena cemati.

"Kenapa Nyok ni Pak Mijan," Manap Sepat bersama Bidin Botak memapahnya masuk ke dalam dibaring kan tidak jauh daripada Anjang Limah.

Tersengih-sengih Anjang Limah mengejek seolah-olah berpuas hati dengan kejadian yang menimpa Nyok Sidik.

"Hanya kepada Allah aku mohon perlindungan dan pertolongan seru Pak Mijan perlahan memberi isyarat supaya Lebai Sawar membantu Ulung Simat di tengah halaman. Dalam keadaan terdesak dia tidak boleh membiarkan keluarganya terus diganggu ancaman golongan syaitan yang dilaknat

Tersenyum Lebai Sawar setelah Pak Mijan yang sekian lama bersikap seperti harimau menyembunyikan kuku tiba-tiba sahaja berubah setelah keluarganya sendiri diganggu. Lebai Sawar tahu benar mengenai Pak Mijan disebabkan mereka sama-sama mengaji pondok di bawah bimbingan guru Haji Semail.

Balik dari mengaji pondok di Sumatera, Haji Semail terus mengajar pondok di Trengganu. Apabila dia balik semula ke kampong halaman diajaknya Pak Mijan ikut sama setelah anak kecil berumur 12 tahun itu terumbang ambing hidup bersama ayah tiri. Pak Mijan sendiri tidak membantah pelawaan gurunya itu untuk berhijrah meninggalkan kampong halaman.

Hinggalah dia dewasa, Pak Mijan tidak tergerak hati lagi mahu balik semula ke Trengganu. Di situlah kampung halamannya untuk meneruskan usha, gurunya mengajar pondok. Memang Lebai Sawar sama-sama belajar pondok dengannya. Masakan Lebai Sawar tidak tahu sejauh mana kemampuan Pak Mijan kalau  bandingkan dengan dirinya selama ini.

Tetapi Pak Mijan tidak akan berbuat apa-apa kalau tidak terdesak sangat. BiarIah semuanya diserahkan kepada Lebai Sawar sahaja. Apabila Pak Mijan sudah mula mahu menunjukkan belang, bermakna Lebai sawar tidak lagi memikul bebanberat yang menyulitkan. Biarlah Pak Mijan sendiri uruskan  kebimbangan yang menimpa isteri dan adik iparnya itu.

Sebaik sahaja Lebai Sawar melangkah ke serambi diiringi oleh Bidin Botak dan Manap Sepet, Pak Mijan mengusap mukanya dengan tapak tangan dan beristighfar hingga 100 kali. Kemudian dia menghembus ke kanan dan ke kiri, ke hadapan dan ke belakang, ke atas dan bawah, akhir sekali ke dadanya sendiri dengan membacakan . Ayatul Kursi.

 Tidak bimbang apa-apa lagi Lebai Sawar meninggalkan Anjang Limah sekiranya Pak Mijan menunjukkan belang. Sebaik sahaja berdiri di kepala tangga, terasa pada Lebai Sawar dadanya sakit bagaikan ditusuk buluh runcing. Tetapi cepat-cepat dia membacakan:

Hasbiallahhun la-ila-hailla huwa tawakkaltu wahuwa rabbul marsyil `azim.

Serentak dengan itu benda keras yang menusuk ke dadanya melayang menerjah hingga menyinggahi belakang perempuan tua kurus itu. Tersungkur perempuan tua kurus berguling di tengah halaman merengek-rengek menahan kesakitan.

"Hah, kenapa kau tak melawan?" Iantas sahaja Ulung Simat keluar dari garis bulatan yang dibuatnya.

"Lebai Sawar mana nak sama dengan kau..." terketar-ketar perempuan tua kurus itu mendongak Lebai Sawar. "Awak hanya berani dengan perempuan," katanya mengejek sebaik sahaja Lebai Sawar tercegat di sisinya.

Lebai Sawar tidak menyahut. Dia terus membacakan tiga kali:

Inna fata-hna-laka fathan mu-binan, la qauwata illa billah, `alallahhi tawakkalna rabbana la-taj'alna fitnatin lil-qau-mizzalimin minajjinna birahma-tika minal-qaumil-kafirin.

Apabila dihembuskan oleh Lebai Sawar ke arahnya, perempuan kurus itu terpelanting seolah-olah dipukul bertalu-talu oleh belantan besar menyebabkan pinggang dan kakinya patah remuk tidak bertahan. Terjerit-jerit dia menanggung kesakitan, diikuti oleh Anjang Limah merengek-rengek di tengah rumah.

"Kenapa kau ganggu Anjang Limah?" Ulung Simat membentak terus memijak kepala perempuan tua kurus itu hingga mukanya tertumus ke tanah.

 "Apa kau peduli?" rungut perempuan tua kurus itu menahan kesakitan
akibat mukanya tertonyoh ke tanah tengah halaman.

Tidak bertangguh Ulung Simat menghentakkan tumitnya ke tengkuk perem-puan tua kurus yang memperkecilkan diri nya.

"Jangan cuba main-main dengan aku!" kata Ulung Simat keras menjuruskan tangannya dari hujung kepala hingga ke kaki perempuan tua kurus itu. Dari tapak tangan Ulung Simat memancar kilauan bagaikan kilat menyambar menyebabkan tubuh perempuan itu berapi seperti dibakar.

Mengerang-erang perempuan tua kurus itu dengan terkial-kial tidak dapat bangun akibat kepaIanya dipijak kuat oleh Ulung Simat.

"Aku perempuan seorang, kau lelaki sampai tiga orang sekali, nak lawan macam mana?" suara perempuan tua kurus itu bergetar, tetapi masih belum
mahu mengalah.

“Kalau dah tahu perempuan, kenapa nak tunjuk keras ke-pala?" sahut Ulung Simat keras. Serentak dengan itu dihentaknya lagi tu-mit sekuat-kuat hati ke tengkuk perempuan tua kurus berkenaan.

Tetapi Lebai Sawar tidak bercakap apa-apa. Sama juga dengan Pak Mijan di tengah rumah, dia tidak pedulikan apa-pun yang dirapik oleh Anjang Limah. Hanya Uda Mahani dan Ucu Besah sahaja melayaninya, sementara Nyok Sidik tersandar ke bantal akibat terasa birat-birat di badan pedih dan bisa berdenyut-denyut.

Setiap kali Pak Mijan menghembus ke tubuh Anjang Limah, petir berdentum menyambar ke tubuh perempuan tua kurus itu. Seluruh hadannya menjadi seperti bangkai bernyawa ditembusi. api yang memancar bagaikan petir dari udara. Kepalanya yang tertumus di tanah akibat dipijak oleh Ulung Simat tidak dapat diangkat langsung.

"Limah sendiri dah berjanji dengan aku," gerutu perempuan tua kurus itu terkial-kial tidak dapat bertahanan. Tetapi Lebai Sawar, mahupun Pak Mijan tidak peduli apapun yang dituturkan. Mereka terus berdoa tidak henti-henti.

"Apa yang Anjang Limah janjikan dengan kau?" sengaja Ulung Simat menyakitkan hati perempuan tua kurus itu

"Dia janjikan Marsunah pada aku" ujar perempuan tua itu mencebek bibir.

"Siapa nak pegang janji setan!" sahut Nyok Sidik membentak setelah merasa birat-birat di seluruh tubuhnya beransur pulih. Dia tahu kakaknya sekadar merapik di tengah rumah, tetapi perempuan tua kurus di tengah halaman dipijak kepalanya oleh Ulung Simat itu yang terketar-ketar menuturkan. Sama sahaja suara perempuan di tengah halaman merapik seperti ditutur kan oleh Anjang Limah.

Berdebar juga hati Marsunah, apabila namanya dituturkan demikian. Cepat-cepat Bahari mententeramkan dia. Memang Bahari tidak bimbang apa selagi Ulung Simat dan Lebai Sawar tidak berundur di tengah halaman. Masakan perempuan tua berkenaan boleh naik ke tengah rumah mengancam emak mertuanya.
"Aku beri kau tempoh lima minit," Baru fah Pak Mijan bersuara perlahan lantas memegang ibu jari kaki Anjang Limah. "Kalau kau nak berkeras, aku akan hancurkan semua sekali," dia seolah-olah memberi amaran untuk bertindak.


Jeritan halus kern ball kedengaran di rimbunan pokok-pokok seperti ditiup angin malam. Ulung Simat tidak lagi memijak kepala perempuan tua kurus itu, tetapi berdiri di atas sagu rembia makanan itik yang dikabung terbelah dua.