Sunday, February 18, 2018

267. TALI PERUT BERJURAI MINTA MAKAN


Kecemasan dalam kampung kecil itu kembali menganggu setelah Alang Jono menjadi mangsa. Hanya seminggu saja mereka tidak diganggu. Bajang peliharaan orang itu memang tidak akan mengalah. Dia akan kembali merasuk bila masanya sesuai. Apabila dukun kuat bertahan dia berpura-pura mendiamkan diri untuk beberapa hari tetapi datang semula merasuk selepas mangsa terlalai.
 Sebab itulah Delit diminta ke Pelangai menjemput ayahnya. Pak Jubin sendiri berharap bekas dukun di kampung mereka itu datang membantu. Semua orang tahu Mat Natar saja yang sanggup menghadapi apa jua jenis gangguan. Mat Natar memang dukun besar. Sampai ke Chenor pun orang menjenn-putnya. Malah sampai ke Air Hitam, ke Serting, ke Mentaus, ke Lancang, ke Mentakab, Mat Natar dijemput orang.
Hanya setelah dia tidak mahu lagi berdukun, barulah Pak Jubin pula dikenali sebagai dukun. Memang Pak Jubin tidak akan dapat menandingi kebolehan Mat Natar. Sebab itulah Pak Jubin sendiri menyuruh Delit menjemput ayahnya Mat Natar balik menghalau bajang peliharaan orang itu.
Setakat menentang bajang itu memang Pak Jubin sanggup, tetapi bajang itu akan muncul semula dalam bentuk lain. Memanglah barang permainan seperti bajang itu hanya seperti bayang-bayang saja. Kalau ditawan pun hanya bayang saja yang ditawan, bayang sebenarnya masih tidak dapat ditawan lagi. Dia masih boleh digunakan oleh tuannya untuk membalas dendam.
"Mungkin petang ni Delit balik…” Pak Jubin melepaskan asap rokok daunnya pada tingkap rumah. "Kalau dia balik, taulah sama ada Mat Natar mahu atau tidak berdukun balik" keluhnya macam kurang yakin Delit boleh memujuk ayahnya mengubati mangsa bajang peliharaan.
"Ah, takkan anak sendiri minta tolong, dia tak hendak" sahut isterinya Mak Tinah mengibas-ngibas rimah nasi dengan penyapu daun pinang. "Anak dia sendiri yang datang, tentulah dia fikir panjang" katanya terangguk-angguk seolah-olah yakin menantunya itu dapat memujuk Mat Natar.
"Fasal dia dah bersumpah tak mau berdukun lagi ...." Pak Jubin merenung jauh ke tengah halaman. Hatinya rusuh juga kerana ancaman bajang peliharaan itu sebenarnya bukan pada penduduk kampung, tetapi dirinya sendiri. Bajang peliharaan itu memang mencari geruh dia. Hanya setelah ada korban baru lah gangguan bajang berkenaan berhenti.
Tetapi Pak Jubin tidak akan membiarkan siapa pun menjadi korban. Lebai Cot juga sanggup membantunya, jadi tidak ada sebab mengapa dia mesti mengalah.
Dia mesti bertahan biar sampai bajang itu kembali memakan tuannya. Sekiranya bajang peliharaan itu tidak dapat mengorbankan mangsa, sudah tentu dia akan memakan tuannya semula. Biarlah tuannya pula menjadi korban akibat keghairahannya berdampingan dengan syaitan.
"Susah... barang mainan orang di-usik, memang susah!" keluh Pak Jubin menggigit-gigit pangkal rokok daunnya.
"Dengarnya Lebai Cot nak panggil Tok Aji guru pondoknya" Mak Tinah berpaling ke arah Pak Jubin sambil menyandarkan penyapu daun pinangnya ke sudut tiang.
"Tok Aji tu jauh" jelas Pak Jubin perlahan. “Tengoklah macam mana Delit jumpa ayahnya tu" katanya masih menaruh harapan Mat Natar akan datang juga ke kampung itu.
"Kalau Mat Natar tak mau datang?" soal Mak Tinah duduk bertenggong di bendul dapur. Lepas makan tengahari elok juga dibawa duduk supaya perut cepat seruh. Lagi pun dia sudah pun berkemas, tidak ada apa lagi yang perlu difikirkan. Anaknya Anjang Mamud pula tidak makan di rumah fasal mengikut abang iparnya Delit ke Pelangai. Dia tidak perlu menyediakan makanan Anjang Mamud.
Bimbang juga mahu melepaskan Delit seorang diri menunggang motor-\sikal ke Pelangai. Tidak jauh, tidak jauh pun, Delit tidak boleh dibiarkan berseorangan. Dia baru sembuh sakit akibat gangguan bajang. Sebab itu dia minta Anjang Mamud temankan sama.
"Kalau Mat Natar tak mau?" ulangi Mak Tinah.
"Emmm, barulah suruh Lebai Cot jemput Tok Aji tu " sahut Pak Jubin mendengus.
Geram sungguh dia bila kenangkan sikap orang yang memelihara bajang berkenaan. Punca-nya hanya Saridah memetik daun inai di atas tanahnya, lantas dia bertindak membalas dendam terhadap Saridah. Tiga hari Saridah menanggung seksaan, hinggalah dapat dipulihkan oleh Pak Jubin.
Disebabkan Pak Jubin dapat mempertahankan Saridah, maka bajang peliharaan itu digunakan pula untuk mengancam orang lain. Ancaman itu tidak akan berhenti selagi Pak Jubin tidak geruh. Sama seperti yang dihadapi oleh Mat Natar. Hanya setelah isteri Mat Natar menerima geruh barulah gangguan itu berhenti.
Kalaulah Tok Aji itu dekat memang dia suruh Lebai Cot menjemputnya. Dia sudah lihat sendiri bagaimana Lebai Cot membantunya. Darah menitik dari bumbung rumah Alang Jono itu, bukan dia seorang saja melihatnya. Mereka yang sama menjengah Alang Jono terlantar melihat darah menitik-nitik, bagai kan orang terluka dada ditusuk dengan pisau belati.
Tidak ada apa pun yang kelihatan di atas bumbung. Cuma darah saja menitik. Hampir sesuku baldi tertadah bila disorongkan baldi ke bawah tempat darah menitik itu. Kalau mahu dikatakan darah cicak terluka, masakan sampai sebanyak itu darahnya tertadah. Darah yang bertakung itu sama banyak dengan darah selepas menyembelih lembu.
"Emmm Maha Suci Engkau ya Allah.. " keluh Pak Jubin bila kenangkan peristiwa tersebut. Belum pernah dia mengalami keadaan tersebut. Hanya setelah Lebai Cot membantu baru lah dia dapat melihat dengan mata kasar kesan tindak balas yang dilakukan oleh Lebai Cot terhadap syaitan yang mengganggu.
Memang dia sanggup menjemput Tok Aji, kalau Lebai Cot tidak ada masa. Biar lah jauh sampai lebih 100 batu dia tetap menjemput Tok Aji. Tetapi Mat Natar mesti diberitahu terlebih dulu. Kalau Mat Natar sudah menolak baru lah diberitahu Tok Aji. Walaupun Mat Natar sudah bersumpah tidak mahu lagi berdukun, mana tahu dia akan kembali berdukun setelah anaknya sendiri diganggu bajang peliharaan berkenaan.
Pak Jubin rnemang sudah tidak sanggup lagi. Sudah dapat ditawari pun bajang tersebut masih juga dapat melepaskan diri. Dia hanya menangkap bayang bajang saja, sedangkan bajang sebenarnya masih ada bersama tuannya. Bajang itulah perlu dimusnahkan!
Dia tahu bagaimana tuan bajang itu memuja perempuan mati kerana tidak lepas melahirkan anak. Tiga malam berturut-turut dia memuja di atas kubur seorang diri dengan bertelanjang bulat. Sehinggalah bayi yang mati bersama ibunya di dalam kandungan dapat dikeluarkan dari rahim. Bayi itu terus dipuja sehingga dia boleh menangis merengek. Bayi inilah akan jadi bayang suruhan yang boleh digunakan oleh tuannya.
Siapa pun jangan cuba mencuri barang-barang kepunyaan dia. Jangankan barang berharga, kalau mematahkan anak pokok nangka dalam kawasan tanahnya akan diganggu oleh bajang peliharaan itu. Mangsanya akan merepek-repek tidak tentu biji butir. Kadangkala sampai terkancing gigi menggigit lidah. Kalau. geruh sudah tentulah mangsa itu menjadi korban.
Hanya terpatahkan anak pokok nangka pun bajang peliharaan itu sanggup membunuh satu nyawa. Tuan bajang tersebut tidak akan dapat menegahnya kerana dia telah memberi kepercayaan penuh supaya harta bendanya di-jaga oleh bajang tersebut. Sama juga macam orang memeIihara pelesit yang akan disuruh oleh tuannya membalas dendam terhadap sesiapa yang rnerosakkan harta bendanya.
"Setan…”  gerutu Pak Jubin menggertap bibir.
"Awak marahkan siapa ?" Mak Tinah terkejut disebabkan Pak Jubin tiba-tiba saja mendengus.
"Setan, orang yang memelihara bajang tu, setan  setan!" katanya keras.
"Siapa?" soal Mak Tinah.
"Kalau tau, senanglah " sahut Pak Jubin mendengus.
Dia terhangak-hangak ke hujung halaman di sebalik belukar senduduk yang melindungkan rumahnya dari rumah Bedah. Ternampak pula kelibat orang melintas di situ. Pak Jubin menegakkan tubuhnya mengamat-amati siapakah pula yang berkejar datang.
"Siapa yang awak hangak-hangak tu?" Mak Tinah bingkas sendiri menerpa ke tingkap.
Pak Jubin tidak menyahut. Dia memanjangkan leher memerhati ke sebalik belukar senduduk di seberang halaman. Kelihat orang berjalan bergegas-gesas semakin hampir. Dia dapat mengecamkan Leha anak gadis sunti Mat Kidam berlari-lari anak melompati akar-akar pokok getah menungkal melintangi lorong kecil itu.
"Hah, kenapa Leha?" laung Pak Jubin tidak sabar lagi sebelum sem-pat gadis itu menjejaki kaki ke tengah halamannya. Tercungap-cungap Leha merempuh lorong kecil di tengah belukar menuju ke rumah Pak Jubin.
Sampai di tengah halaman pun Leha masih tercungap-cungap. Dia masih tidak menyahut sekalipun laungan Pak Jubin tadi jelas menusuk gendang telinganya.
"Kenapa Leha?" ulangi Pak Jubin menerpa ke pintu serambi.
"Mak, mak   terkancing gigi" beritahu Leha tidak bertangguh Iagi. "Abang Usin tak ada di rumah  ayah minta Aki datang" ujarnya tergagap-gagap.
"Baliklah kau dulu, kejap lagi aku datang" jelas Pak Jubin perlahan. Hatinya mula berdebar. Sekarang Utih Mun pula dijangkiti gangguan selepas Alang Jono menjadi sasaran. Alang Jono belum pun sembuh sepenuhnya. Utih Mun pula menerima padah.
"Balik kau dulu" perintah Pak Jubin.
Leha mengangguk. Dia terus berlari balik semula ke rumah. Dia juga cemas kerana emaknya tiba-tiba saja meluru ke dinding seperti kerbau naik minyak, selepas selesai makan tengahari. Beberapa kali dia menyondol kepalanya ke dinding, langsung jatuh tidak sedarkan diri. Mulutnya berbuih-buih sedangkan tubuhnya tidak bergerak langsung.
Cepat-cepat ayahnya Mat Kidam menyuruh dia beritahu pada Pak Jubin.
"Apa nak jadilah kampung ni ...... gerutu Pak Jubin mengambil keris pesakanya yang tersisip celah dinding. Keris itu berbungkus elok dalam kain kuning. "Awak pun mari pergi sama. Leha tu bukannya tau nak buat kelengkapan ubat" dia berpaling memandang isterinya. Dia tahu kalau Utih Mun sudah terlantar siapa Iagi yang boleh diharap sediakan kelengkapan ubat.
Bukan semua orang tahu sediakan dulang jambar tempat menampung kelengkapan ubat, sediakan lengkuas, bawang putih bawang merah, limau nipis barang sebiji, molai dan cekur, lada hitam dan bertih. Hanya Utih Mun saja yang boleh diharap memberitahu sesiapa pun fasal sediakan kelengkapan ubat itu selain dari isterinya sendiri Mak Tinah.
Sedangkan Alang Jono terlantar semalamnya pun, bukanlah Uda Pah yang menyediakan kelengkapan ubat. Utih Mun itulah yang menyediakan serba serbinya. Sekarang Utih Mun pula yang menjadi sasaran !
"Marilah…..” desak Pak Jubin.
Mak Tinah tidak membantah. Dia terus mencapai selindangnya. Pintu depan pun disengkang saja biar tidak terdedah ditiup angin. Tingkap-tingkap tidak perlu ditutup. Di kampung kecil demikian tidak ada apa hendak dibimbangkan kalau tingkap-tingkap rumah tidak bertutup pun sewaktu hendak ditinggalkan. Bukan ada siapa pencuri hendak mengganggu. Yang mengganggu mereka selalunya golongan seperti bajang peliharaan inilah...
Sampai di rumah Utih Mun sudah ramai jiran-jiran datang menjengah. Alang Jono yang masih lemah akibat terlantar semalamnya juga ada menjengah. Pada hal yang baru saja lepas diganggu, tidak boleh datang menjengah apabila ada mangsa lain diganggu bajang tersebut. Dia mudah berjangkit kepada mangsanya itu kalau orang seperti Alang Jono datang juga menjengah.
Tetapi bukan Alang Jonb saja datang menjengah, Saridah juga datang. Mak Jidah dan Usup Gendut juga datang. Mereka terkejut juga bila mendengar Utih Mun yang diganggu. Masakan orang yang tahu fasal menyediakan kelengkapan ubat dukun seperti Pak Jubin, boleh diganggu oleh bajang tersebut. Kalau mengganggu Utih Mun samalah macam mengganggu Pak Jubin sendiri!
Alang Jono tentu tidak senang hati kalau tidak menjengah. Maklum sajalah kakak sendiri. Begitu juga Saridah. Masakan dia mahu membiarkan saja emaknya terlantar tidak sedarkan diri. Tentulah ayahnya terkial-kial menghadapi keadaan demikian seorang diri, kalau anak-anak tidak datang membantu.
"Dia nakkan geruh aku juga ni !" ujar Pak Jubin duduk sambil menyuruh isterinya ke dapur menyediakan kelengkapan ubat.
"Dah aku siapkan tok wan" beritahu Saridah lantas bangun ke dapur bersama Mak Tinah. "Tapi, entah cukup entah tidaklah aku tak tau" ujarnya menunjukkan ke arah jambar dulang yang disediakannya kelengkapan ubat.
Mak Tinah membelek-belek perkakas yang tidak cukup. Siapa pun sudah faham di kampung itu kalau Pak Jubin mahukan kelengkapan ubat. Bukan sekadar Utih Mun saja yang tahu, malah Saridah juga tahu, Leha juga tahu, Mak Jidah juga tahu, Bedah juga tahu. Mereka sudah selalu benar melihat Pak Jubin berubat, memang itu sajalah kelengkapan ubat yang dikehendakkinya.
Mereka harus sediakan bawang putih bawang merah dua tiga labu, lengkuas dua tiga ketul, limau barang sebiji dua, lada hitam sejemput. Jarang Pak Jubin mahukan molai, bertih, kain hitam tiga hasta, air segeluk, bunga tujuh warna, daun sepulih. Lainlah kalau sudah berubat besar, sampai berpagarkan daun nyiur di muka tangga. Sampai orang di tengah halaman tidak boleh lagi melaung tuan rumah di atas.
Kalau sekadar berubat kecil, itu sajalah yang mesti disediakan. Mereka semua sudah tahu apa-apa yang patut disiapkan dalam jambar dulang. Tidak perlu lagi menunggu Utih Mun.
"Hah, cukuplah ni  " kata Mak Tinah. "Bawakanlah pada aki tu   katanya menyuruh Saridah mengangkat jambar dulang ke-lengkapan ubat ke hadapan Pak Jubin.
"Dia nak geruh aku ni" Pak Jubin menggertap bibir lantas membakar kemenyan. Dia membelek-belek jambar dulang yang diletakkan Saridah ke depannya. Semuanya yang dikehendakinya memang lengkap. Kalau tidak ada Utih Mun pun semua orang sudah tahu menyediakan kelengkapan ubat.
Cuma Siah isteri Lebai Cot saja yang tidak tahu. Dia tidak pernah memanggil Pak Jubin. Malah, tatkala Mat Natar menjadii dukun besar pun Lebal Cot tidak pernah menjemput dukun itu, mengubati keluarganya sakit. Malah keluarga Lebai Cot tidak puia diganggu bajang atau pelesit atau polong, yang sering mengganggu penduduk-penduduk lain di kampung itu.
“Lebal Cot, tak datang sama Siah” soal Pak JubIn mengangkat muka sedikit.
Siah yang duduk di bendul, tengah menggeieng kepala. "Dia kata nak datang juga tadi. Tapi entablah, dia asyik membaca kitab saya tinggalkan tadi” beritahu Siah. Selalu sangat dia tidak dapat menjengah jiran-jiran sakit. Fasal itu bila diberitahu mengenai Utih Mun tidak sedarkan diri, Siah pergi seorang diri.
Kalau tunggu suarninya Lebai Cot,  entah bila dia akan turun  ke halaman. Kemudian dalam diam-diam dia sudah menghilang. Bila  balik semula, ke rumah dia beritahu mengenai dirinya  sudan pun menjengah, menjengah Usup Gendut, menjengah Alang Jono, menjenhag Delit. Siah juga terkebil-kebil mata tinggal dirumah.
Sebab itu sebaik mendengar saja berita Utih Mun sakit dia segera datang. Kalau tunggu mahu pergi bersama Lebai Cot, bermakna dia akan ditinggalkan juga oleh suaminya.
"Kalau ada Lebal Cot, boleh juga dia membantu aku" ujar Pak Jubin seolah-olah menyesali Lebai Cot yang tidak menjengah muka. Tetapi dia mesti juga mengubati Utih Mun sama ada Lebai Cot menjengahl muka atau tidak ke situ. Dia tidak boleh membiarkan Utih Mun terlentang saja di situ sampai masuk senja.
"Kalau perlukan Lebai Cot, biar aku panggi!" Mat Kidam bangun menawarkan diri.
"Tak apalah.." sahut Pak Jubin menyuruh Mat Ki-dam duduk semula.
Pak Jubin mengisar punggung mengadap Utih Mun terlentang tidak sedarkan diri. Dia terpaksa juga berdepan dengan bajang peliharaan yang merasuk Utih Mun, sama ada meminta geruhnya atau geruh siapa pun. Perkara menempuh geruh tersebut sudah tidak dapat dielakkan lagi. Geruh demikian memang sudah menjadi permainan siapa pun menjadi dukun.
Kalau tidak bernasib baik dirinya atau keluarganya sendirilah yang ditimpa geruh. Kalau bernasib baik mungkin si sakit itulah menempuh geruh! Tetapi, Pak Jubin tidak mahu siapa pun ditimpa geruh. Biarlah tuan yang memelihara bajang itu menerima padah atas perbuatan kejamnya.
Dia mula membakar kemenyan lantas mengasapkan ke seluruh badan Utih Mun. "Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim, Ya Rasullullah, ber-kat keramat puaka tanah tumpah darah aku, berkat kedua ibu bapa yang mengandungkan aku, kabul aku mengubatkan Utih Mun" dia menyeru dengan penuh keyakinan.
Kemudian dia mernbaca Fatihah, diikuti dengan Surat A1-1 khlas dan Aya-tuf Kursi.
Pak Jubin mengukuhkan duduknya sambil memejamkan matanya, mulutnya kumat kamit. Hanya suaranya saja tenggelam timbul menyeru: Assala-mualikum Ya. Rijal ghaib, Assalamualai-, kum Ya Ruhul Qudus  kemudian suaranya tenggelam sernula.
Ketika ini Pak Jubin ternampak bayangan kepala tercabut dengan tali perut berjurai-jurai ketika dia bersama Lebai Cot menentang lembaga hitam di atas tempayan di rumah Usup Gendut Tali perut itu sudah melilliti seluruh badan Utih Mun, sementara kepalanya tersorok di tengkuk Utih Mun.
"Sampai bila kau nak buat kacau di kampung ni?" soal Pak Jubin marah.
"Selagi kau tak kacau aku!" sahut kepala yang tersorok itu.
Pak Jubin terus menghembuskan asap kemenyan ke arah tali perut yang melilit tubuh Utih Mun, tetapi tali perut itu tidak juga mahu melepaskan.
"Kau mahu aku berkasar, atau mahu .berbaik-baik?" jerkah Pak Jubin.
"Terpulanglah pada kau sendiri ..." suara ketawa tekekeh-kekeh dari kepala yang tersorok di balik tengkuk Utih Mun. Tetapi tali perut berjurai-jurai itu tidak lepas dari meliliti tubuh perempuan itu.
Pak Jubin membesarkan dirinya. Jarinya yang kasar terus rnerentap tali perut. Sekaligus tali perut itu melepaskan Utih Mun lantas melilit ke tangan Pak Jubin. Dia terus ketawa terkekeh-kekeh seolah-olah tidak bimbang dengan tubuh Pak Jubin .yang membesar itu.
Jiran-jiran yang berkumpul di situ tidak tahu apa sebenarnya berlaku. Mereka hanya mendengar. Utih Mun ketawa terkekeh-kekeh: Sementara Pak Jubin merentap rentap tangannya dengan ganas. Tetapi Mak Tinah yang benar-benar heran kerana tidak pernah Pak Jubin ‘berejin’ kalau sekadar berubat keciI.
Lainlah kalau penyakit si sakit sudah tenat sampai berbulan-bulan mengidap. Barulah Pak Jubin ‘berejin’ dengan menyeru segala akuan' atau apa saja. Jarang dia ‘berejin' atau ‘menurun’ kalau siang hari. Masakan akuan yang diserunya boleh datang tatkala siang hari.
"Sekarang aku nak makan” seru tali perut melilit di tangan Pak Jubin. "Sejak kau pisahkan kepala aku dari tubuh aku, aku perlukan makan" katanya bagaikan mendesak. Tetapi jiran-jiran yang berkumpul di situ hanya mendengar Utih Mun yang menengking-nengking.
"Banyak cantik muka kau. Kau fikir aku ni tukang cari makan kau!" jerkah Pak Jubin.
"Kalau tak beri pun, aku nak makan juga" tali perut itu terus memintal-mintal tangan Pak Jubin.
"Kalau boleh kau makan cubalah" Pak Jubin mencabar. Tangannya semakin bertambah besar sehingga tali perut itu tidak berdaya untuk mencerutnya.
"Handal juga kau ni, Jubin " ujar tali perut itu melepaskan tangan Pak Jubin. Dia kemudiannya melayang mahu hinggap semula ke tubuh Utih Mun, tetapi cepat-cepat ditepis oleh Pak Jubin. Kepala mengangkut tali perut berjurai-jurai itu terdampar ke dinding.
Dia kembali mahu menerkam ke arah Utih Mun. Dengan pantas pula dihembus oleh Pak Jubin hingga dia terapung-apung tidak dapat berjejak. Berligar-ligar kepala itu mahu mencari sasaran. Setiap sudut dia berligar-ligar tidak ada lagi ruang untuknya berjejak.
"Aku mahu makan, aku mau makan tau tak!" jerit tail perut itu gerarn melalui suara Utih Mun yang rnasih terlentang tidak sedarkan diri. Mulutnya saja berbuih-buih bagaikan anak kambing lepas menyusu. "Dah kau pisahkan kepala aku dengan badan aku, macam mana aku nak cari makan lagi" gerutunya macam rnenyimpan dendam.
"Kalau boleh makan, makanlah apa yang jumpa" sahut Pak Jubin pula. Tali perut itu berligar-ligar juga. Dia terpandangkan Siah duduk di bendul. Dengan pantas dia mahu menerkam ke arah Siah, dengan pantas juga Pak Jubin melibaskan tangannya mahu mempertahankan Siah. Belum pun sempat dia mahu menerkam ke arah Siah, tiba-tiba tali perut berjurai-jurai itu bertukar menjadi takut. Kegarangan sejak tadi sudah luntur sama sekali.
Dari jauh terdengar laungan manggilnya, "Lari, lari lari. Cepat lari, sakit-sakit badan aku ni, lari kau…..”
Pak Jubin sendiri menggigil. Tidak pernah waktu dia ‘menurun' tiba-tiba dia gementar. Selalunya dia tidak takut menghadapi apa juga tatkala sedang ‘menurun’, kerana dirinya sentiasa dikawal oleh ‘akuan' nya. Tidak ada pelesit, polong, bajang atau jembalang yang boleh menembusi dirinya sewaktu menurun itu. Tetapi mengapa sekarang dia tiba-tiba gernentar.
Apabila tali perut berjurai-jurai itu susup sasap mencari jalan untuk mrlepaskan Pak. Jubin mendengar suara garau seperti guruh menyebut: Bismillahi Wata-wakkaltu Allallahhi Lahaulawala KuataiIla BiIlahhi Wahua aliulazim. Akibat getaran suara, itu sekitarnya menjadi bergegar kuat rnenyebabkan Pak Jubin merasa dirinya terhumban dari gunung yang tinggi jatuh ke dalam jurang.
Apabila dia rnembuka mata Pak Jubin melihat Lebai Cot berdiri di pintu dalarn. Lebai Cot memerhatikan saja Utih Mun yang mula menggerakkan badan. Utih Mun keletihan. Dia masih lernah untuk bangun .
"Dah sedar Utih Mun tu nampaknya' beritahu Mak Tinah. "Lebai sampai ni tadi haaa, baru sedar dia" kata nya macam mahu menerangkan bagaimana suarninya Pak Jubln bertungkus lumus mengubati Utih Mun
Pak Jubin yang tiba-tiba jatuh tersungkur di bangun perlahan-lahan. Dia masih terpinga-pinga mengingatkan gementarnya dia tatkala sedang menurun. Malah setiap kali dia cuba 'menurun' se-waktu Lebai Cot ada bersama, terasa amat sukar baginya.
"Kenapa lambat sampai Lebai Cot?" soal Pak Jubin ter-mengah-mengah keletihan.
Lebai Cot hanya tersengih-sengih. Dia tidak menyahut apa-apa, sebaliknya terus duduk di sebelah isterinya.
"Kalau ada awak tadi, baru berjenang kita " beritahu Pak Jubin menggertap bibir. "Yang di rumah Usup Gendut hari tu datang lagi!" jelasnya menyebabkan jiran-jiran yang lain kebingungan. Cuma Alang Jono dan Mat Kidam saja yang tahu maksud Pak Jubin.
Ketika inilah Delit dan Anjang Mamud memberhentikan motorsikal di tengah halaman. Dia naik ke rumah dalam keadaan hampa.
"Ayah tak dapat datang, dia sedang uzur" katanya. Pak Jubin mengeluh pahit menerima berita tersebut.