Dekat sempadan negeri
Kelantan, tidak jauh juga dari pekan Munduk di mana kaki judi sabung ayam
membawa ayam jaguhnya ke gelanggang sabungan, ada terdapat sebuah kampung
bernama Kampung Lalang.
Penghuni Kampung Lalang
ini asalnya adalah orang Melayu sebelah Kelantan. Tapi mereka menyeberang
sempadan dan meneroka di sana hingga mereka jadi rakyat Thai. Kebanyakan orang
tua-tua di kampung ini tidak pandai cakap Thai.
Di kampung inilah
terdapat seorang anak muda yang bernama Ismail yang ketika itu berusia 22
tahun.
Setelah enam bulan
Ismail berkahwin dengan sepupunya bernama Salamah, ayahnya meninggal dunia.
Jadi tanah yang diteroka oleh ayahnya, terpaksalah diteruskan oleh Ismail
bersendirian. Kalau dulu dia hanyalah pembantu ayahnya meneroka tanah bukit
untuk dijadikan kebun getah, kini dialah sendirian meneroka.
Kadangkala
berminggu-minggu Ismail hidup dalam hutan di sebuah bangsal yang diperbuat dari
kayu-kayu bulat dan beberapa kulit kayu. Bila malam, unggun api sentiasa
dinyalakan menghambat nyamuk pembawa kuman malaria.
Tapi minggu pertama
sendirian di hutan belukar yang mula ditebang tebas itu, Ismail merasa sesuatu
yang menyeramkan. Bau bunga melur semerbak. Menyucuk-nyucuk hidungnya.
Sedangkan dia tahu tak ada sepohon pun pohon bunga melur disekitar itu.
Bau itu boleh dikatakan
berterusan. Walaupun Ismail rasa gentar juga, namun dia tidak boleh bersifat
pengecut. Dia teringat kata-kata arwah ayahnya, hidup ini meniti maut. Sesiapa
yang tak sanggup berdepan dengan maut, akan mati sebelum ajal.
Dicapai kelewangnya,
lalu dia turun mengintai kalau ada apa-apa. Lagipun dia selalu mengendap
kalau-kalau ada binatang buas di sekitar bangsalnya itu. Ismail tidak pasti
apa-apa. Malah tidak ada sesuatu pun yang menjelma.
Ketika Ismail pulang
setelah dua minggu di hutan terokaannya, dia tidak menceritakan hal ganjil itu
kepada sesiapa.
Seperti biasa, apabila
genap seminggu di rumah, Ismail datang lagi ke tempat tanah penerokaannya. Kali
ini bulan cerah. Dan Ismail sangat senang kalau bulan cerah begitu.
Suatu hari, ketika
malam sambil meninjau kalau-kalau ada binatang buas, dia ternampak nun di
kejauhan lembaga manusia sedang berdiri di situ. Ismail tak syak lagi bahawa
lembaga itu adalah hantu. Namun Ismail yang cuba memberanikan diri melangkah
mendekati lembaga itu. Ismail melihat wanita itu paling cantik. Dan rasanya tak
gadis secantik itu. Dia memakai pakaian jarang yang agak-agak Ismail dibuat
dari sutera.
Dari sinat bulan itu,
jelas kelihatan bentuk badannya yang indah bagai patung ukiran. Kepala wanita
itu seperti mendongak bulan. Rambutnya mengerbang panjang. Wanita itu tidak
bergeraj-gerak.
Kemudian setelah
lembaga itu berdiri sambil mendongak bulan tidak bergerak-gerak, lalu kemuudian
dia berpaling ke arah Ismail yang sedang mengintainya. Kemudian lembaga itu
melangkah pergi ke hujung sana memasuki hutan yang belum diteroka.
Setiap malam lembaga
itu ke tempat biasa sambil berdiri tidak bergerak-gerak seperti berdoa.
Kemudian melangkah pergi.
Ismail semacam sudah
lupa daratan, walaupun dia tahu makhluk itu bukan manusia, namun dia semacam
gila bayang terhadap makhluk jelita itu.
Ketika sedang baring
menunggu lelap, dia berfikir untuk mengikut jejak makhluk jelita itu. Supaya
dia tahu dimana makhluk jelita itu tinggal. Ismail terfikir juga, mungkin jika
dia mengikuti jejak makhluk itu, dia akan tersesat nanti dan akan mati di hutan
dicekah beruang atau harimau.
Tapi sifat ingin
tahu dan tidak mahu mengalah pada
ketakutan, menyebabkan Ismail cuba juga mencari helah. Dia merancang untuk
membawa seberkas kayu kecil menanda. Dia akan cicirkan seputung kayu itu dalam
kira-kira empat lima depa mengikut jejak wanita itu.
Memang betul-betul
tekad itu ditunaikan keesokan malamnya. Dia ragu-ragu apakah wanita itu hantu
atau manusia penghuni hutan. Wanita itu berjalan melalui hutan seperti wanita
biasa. Dia tidak menghilangkan diri.
Tapi alangkah
terkejutnya, ketika dia mengikuti jejal wanita itu hingga 50 depa, dia menemui
sebuah rumah yang cantik. Rumah itu dicahayakan oleh sinar lilin aneka warna.
Di hadapannya ada sebuah kolam yamg juga dikelilingi nyalaan lilin.
Ismail mengintai
kalau-kalau ada orang lain selain dari wanita yang diekorinya itu. Ternyata
tida ada sesiapapun, kecuali wanita itu seorang saja. Ketika melihat wanita itu
meluluhkan pakaiannya kemudian turun ke kolam itu, dia bagaikan putus nafas
menahan keghairahannya melihat tubuh itu tanpa pakaian.
Kewarasanya bagai
terbenam dalam kegahirahan. Ismail seperti tidak bileh berfikir sepertimana dia
lakukan di bangsal semalam. Dia tidak dapat berfikir lagi bahawa lembaga itu
hantuatau bunian yang menggodanya. Kini dia berada dalam kemabukan nafsu
bergelojak.
Ismail menunggu hingga
wanita itu selesai mandi dan melangkah memasuki rumahnya Kemudian Ismail
melangkah berhati-hati mengikuti wanita itu.
Pintu tidak berkunci
dari dalam. Dia memasuki rumah penuh cahaya lilin, Dilihatnya sekitarnya tidak
ada hiasan apa-apa. Rumah itu berdinding putih seluruhnya,seperti batu dinding.
Dan alangkah terkejutnya dia, ketika didapati dirinya berhadapan dengan wanita
itu. Sepasang matanya bening.Mulutnya menguntum senyum.
Kemudian wanita itu
berpaling lagi, lalu melangkah menuju sebuah bilik khas. Ismail tidak lagi
dapat menahan nafsunya. Ditariknya wanita itu ke dadanya dan ketika berlaga
mata dengan wanita itu smail melihat mata itu seperti membenarkan apa yang
dilakukannya.
Nafsu Ismail bernyala
semakin marak. Dia tidak lagi dapat mempertimbangkan padahnya. Ismail
bercengkerama dengan wanita itu hinga keletihan dan tertidur. Keesokkannya
Ismail mendapati dirinya berada di tepi humanya, tidak jauh dari bangsalnya.
Dia bingkas dari baringnya dan fikirannya masih mengenangi peristiwa malam
tadi.
Setelah 2 minggu
dihumanya, Ismail pulang lagi. Tapi dia mendapati sesuatu yang pelik pada
dirinya. Ismail tidak berupaya bergaul dengan Isterinya sebagai suami isteri.
Kelakiannya hilang.Dia seperti tidak ada nafsu langsung. Pulang kali pertama
isterinya Salamah tidak begitu perasan. Tapi dua tiga kali suaminya tidak
bergaul dengannnya sebagi suami isteri, mulailah datang rasa syak dan wasangka
di hati Salamah.
Mengapa tiba-tiba
suaminya tumpul kelakiannya. Apakah yang telah berlaku. Mengapakah suaminya
jadi begini? Mengapakah Ismail yang gagah sebagai seorang suami dulu, kini
tidak berdaya untuk memuaskan isterinya. Itulah persoalan yang bermain dalam
kepala Salamah. Berbulan-bulan lamanya dia tidak lagi mengecapi kenikmatan
sebagai seorang isteri. Tak hairan kalau Salamah mulai kelihatan murung dan
termenung.
Akhirnya atas desakan
ibunya, Salamah terpaksa juga berterus-terang bagaimana hubungannya dengan
Ismail akir-akhir ini.
Masaalah hilang
kelakian yang dihinggapi Ismail kini jadi masaalah keluarga. Mertua Ismail
berbincang dengan ibu Ismail apakah tindakan yang harus diambil. Baik mertua
Ismail maupun orang tuanya sendiri, syak Ismail kena “keteguran” sewaktu
berhuma. Perkara begini sering terjadi.
Apa yang menghariankan
tiba-tiba, apabila pulang dari huma terus tidak bercakap, jadi bisu. Sehingga
terpaksa dipanggil bomoh atau dukun. Memang meneroka hutan, membuat huma, bukan
saja bermusuh dengan berbagai penunggu dan makhluk halus.
Ismail kelihatan tidak
sakit. Tubuhnya segar bugar. Bila pulang dari huma, Ismail seperti gelisah. Dia
tak sabar untuk ke huma semula. Baik Salamah, orang tua Salamah dan juga ibu
Ismail cuba menahan Ismail supaya tidak ke huma buat sementara waktu. Mereka mahu
berikhtiar, menelek pada bomoh apa yang terjadi
Tapi Ismail bersifat
keras kepala itu tidak mahu ditahan-tahan. “Banyak kerja di huma” katanya.
Pokok-pokok hutan yang ditebang-tebas belum dibersih. Kalau sudah dibersih,
hendak dibakar lagi.
Dan Ismail pulang juga
ke huma. Pulang juga ke bukit. Tidak tertanggung meninggal gadis rimba itu.,
walaupun selama perhubungan sulit yang misteri, tidak sepatah pun wanita itu
berkata-kata. Ismail seperti berkasih dengan perempuan bisu yang tidak tahu
menuturkan kata.
Tidak ada yang
difikirkan oleh Ismail kini, kecuali bercengkerama dengan wanita aneh itu.
Tarikan isterinya tidak ada sedikit hama pun pada pandangan Ismail sekarang,
jika dibandingkan dengan wanita di rimba itu. Berkali-kali sudah Ismail pulang
dari huma, Salamah hampa juga sebagai seorang isteri untuk mendapatkan haknya
untuk meneguk kenikmatan sebagai seorang isteri.
Malah sepulangnya
Ismail dari bukit itu, mereka suami
isteri bertengkar. Hinggalah terlucut kata-kata “ aku tak suka kau lagi. Kalau
kau tak mahu jadi isteri, minta saja cerai.”
Salamah jadi kerakutan
. Bagaimana kalau Ismail bersungguh-sungguh mencerainya ? Bagaimana kalau
terlucut perkataan ‘talak tiga’?
Pertengkaran itu lebih
membimbangkan keluarga. Keadaan Ismail rupanya sudah lebih parah. Perlu
diikhtiarkan segera. Kalau tidak, rumah tangga yang direstui keluarga itu akan
binasa.
Setelah mengetahui ada
bomoh di kampung Cenak, ayah Salamah, Pak Muin segera ke sana menjemput bomoh
yang dikatakan terkenal boleh menyelesaikan berbagai penyakit aneh.
Seminggu kemudian
barulah bomoh itu datang. Setelah diasapkan kemenyan, dan dibacakannya mentera
jampi sambil memejamkan matanya, tubuh bomoh itu gementar seperti tiba-tiba
diserang demam malaria.
Dan setelah tubuhnya
menhgigil kira-kira sepuluh minit, bomoh itu ketawa, “Yaaa, sekarang kau dah
datang. Cakap asal usulmu !”
“Aku penunggu bukit
Bebal,” kedengar suara perempuan dari bomoh itu sendiri.
“Kenapakah kau merampas
suami orang ? Kau pecahkan rumahtagga orang. Kau sakitkan hati perempuan lain
?” tanya bomoh itu lagi.
Kedengaran lagi suara
perempuan yang terbit dari bibir bomoh itu, “Ismail yang datang ke tempatku dan
menjadikan aku isterinya.”
“Sekarang aku
perintahkan kau serahkan Ismail padaku,” perintah bomoh itu. Badannya mengigil
lebih hebat lagi. Sehinggalah rumah itu seperti bergegar sama.
“Tidak ! Dia telah
menjadi kepunyaanku. Tak siapa pun boleh mengambilnya. Tak ada siapa boleh
perintah aku. Sekarang aku akan balik,” begitulah bunyi kata-kata penunggu
bukit itu melalui bibir bomoh itu.
Salamah, Pak Muin dan
isterinya serta ibi Ismail saling pandang memandang antara satu dengan lain.
Wajah mereka kelihatan risau.
Sekejap kemudian bomoh
itu pun sedar. Bomoh itu menyapu mukanya dengan kedua belah tangan. Kemudian
dia mengeluh dan mengelengkan kepala.
“Pada pandangan saya,
memang susah untuk memulihkan Ismail. Kalau sekiranya dihalau penunggu itu,
Ismail akan terus dengan penyakitnya sekarang. Saya tidak berjaya menyuruhnya
menyerah Ismail balik”
Bomoh itu hanya
mengambil wang untuk tambang pergi balik saja, sebab katanya dia tidak boleh
mengambil pengeras sebab ushanya tidak berjaya.
Pak Muin tidak mahu
putus harapan. Dicarinya bomoh lain. Bersama bomoh itu, Pak Muin pergi ke huma
Ismail kemudian adakan upacara menghalau hantu dan memberikan perlindungan
kepada Ismail supaya tidak didekati oleh gadis penunggu bukit itu lagi.
Rupanya usaha itu
menyebabkan berlakunya tragedi. Ismail lebih murung selepas upacara menghalau
wanita misteri penunggu bukit itu.
Dan suatu hari dia
mendengar ada suara memanggilnya. Tidak ada sesiapa pun di rumah waktu itu.
Ismail mencari arah suara itu. Kemudian melangkah turun dari rumah.
Orang nampak Ismail
berjalan seperti biasa saja. Tapi Ismail sebenarnya mengikut panggilan suara
itu. Dia menuju hutan. Kemudian meredah hutan dan terus Ismail hilang.
Ketika orang-orang
kampung mencarinya bertemulah dengan cebisan pakaian Ismail. Terdapat kesan
darah. Ismail sudah dicekik harimau.
“Kata bomoh dari Cenak
yang mula-mula cuba mengubat Ismail, sepatutnya Ismail dibiarkan begitu hingga
penunggu itu mulai bosan dengan Ismail dan melepaskannya. Kalau sekirnya
dipisahkan secara paksa akibatnya memanglah menyedihkan. Pak Cik tak tahu hal
ini. Tapi apa boleh buat, sudah ditakdirkan begitu, ” begitulah kata Pak Muin,
mentua Ismail.
-----------Tamat-----------