Monday, January 1, 2018

260. LIDAH TERJELIR DARI BUMBUNG

Dua hari Saridah terlantar di tempat tidur. Selama dua hari pula dia tidak turun ke sawah. Mukanya juga cengkung hingga matanya kelihatan jauh ke dalam. Badannya letih lesu tidak bermaya. Tatkala suaminya Razak membawakan nasi dengan sayur pucuk paku masak Iemak kuning yang menjadi kegemarannya, Saridah juga tidak ada selera hendak makan.
Sejak dua kali senja pula Saridah akan meracau-racau. Masuk saja senja matanya akan bertukar menjadi merah. Dia akan menjerit-jerit mahu melompat ke tengah halaman. Tetapi Razak segera memegangnya sekuat hati. Kalau setakat Razak seorang yang memgangnya nescaya suaminya itu akan tercampak ke dinding. Tenaga Saridah tiba-tiba saja menjadi kuat bagaikan tenaga sepuluh orang lelaki. Sebab itulah Razak tidak berdaya menghalangnya.
Terpaksalah Usin Biduk membantu abang iparnya, bila tenaga kakaknya ternyata gagah. Bukan Usin Biduk saja, malah emaknya Utih Mun, ayahnya Mat Kidam akan sama membantu. Kadangkala sama-sama pula mereka terdampar ke dinding apabila Saridah meronta kuat.
Sudah dua hari pulalah Mat Kidam bersama isteri dan anak-anaknya bertumpu ke rumah menantu mereka Razak. Sakit Saridah tidak boleh diserahkan kepada Razak semata-mata untuk mengubatinya. Mat Kidam tahu perkara sakit Saridah bukanlah perkara kecil. Macam mana cara pun dia mesti usahakan untuk mengubati anaknya itu.
Kalau anaknya menghadapi kesusahan bukannya Razak saja yang menanggung beban, dia sendiri juga sama menanggung beban. Anak Saridah seorang itu juga menjadi tanggungjawab dia, sekiranya berlaku sesuatu yang tidak diingini kepada Saridah.
Selama dua senja itulah pula Pak Jubin berulang ke rumah Razak kerana mengubati Saridah. Memang kepada Pak Jubin inilah Razak menaruh harapan sejak isterinya Saridah jatuh sakit. Pak Jubin dukun kampung yang terkenal itu tidak menolak bila Razak datang menjemputnya di rumah.
Pada mulanya Razak tidak menyangka, Saridah menderita sakit. Sudah dua tiga hari sebelum itu Saridah tidak semena-mena marah kepadanya dengan tidak bersebab. Kemudian Saridah memukul anaknya Mat Jan yang baru berumur lima tahun semata-mata disebabkan budak itu memecahkan piring. Terpaksa pula dilerai oleh adik perempuannya Leha, kalau tidak entah apalah akan terjadi kepada budak tersebut.
Disebabkan tidak tertahan dengan perangai Saridah inilah Razak menjemput bapa mertuanya Mat Kidam datang bersama dengan Utih Mun. Memandangkan masalah rumah tangga anaknya tergugat, maka Mat Kidam mengajak Alang Jono adik iparnya datang bersama. Malam itu sanak saudara Mat Kidam berkumpul di rumah Razak kerana mahu mendengarkan kata putus menantunya itu.
"Fikir habis-habis dulu Razak” Alang Jono mengingatkan. "Ikutkan hati mati, ikutkan rasa binasa. Anak-anak kau tu cuba tengok" katanya masih berharap Razak tidak membuat keputusan yang terburu-buru.
"Aku tak sabar lagi Alang" Razak meluahkan perasaan yang terpendam di hatinya. "Semalam kepala aku naikkannya penyapu, pagi tadi cawan minum aku dilimparkan ke tanah. Petang ni kain baju aku dicampakkan ke tanah. Dayus sangat ke aku ni, Alang!" ujarnya menahan rasa terharu.
"Ah, sudahlah jantan tak berguna" tiba-tiba saja Saridah menyampuk dari dalam. "Buat apa mengadu pada ipar Iamai, nak merambus, merambus laaa!" katanya ketawa terkekeh-kekeh.
Mengirap betul darah Razak. Dalam usianya baru 30 tahun itu, tentulah darah mudanya bagai dicabar oleh isterinya. Kalau tidak kenangkan saudara mara Saridah datang menjadi saksi dalam masalah rumah tangganya yang bermula bergoncang, sudah tentu dia akan melompat ke dalam menerkam Saridah. Dia akan tampar mulut perempuan yang biadap sangat itu.
"Kalau macam muka kau Razak, satu pergi sepuluh mari laaaa, tau!" Saridah terus mengejek-ngejek Razak.
Merah padam muka Razak menahan marah. Kesabarannya sudah mula dicabar o!eh isterinya. Masakan dia dapat menahan sabar dengan sikap Saridah. Tetapi bila dikenangkan Saridah tidak pernah bersikap demikian kepadanya sebelum ini, hati Razak mula tertanya-tanya apakah silap dirinya pada Saridah?
"Saridah  !„ jerkah Alang Jono berpaling ke pintu dalam. Dia tidak nampak Saridah di situ, tetapi dia tahu Saridah ada terconggok di tengah induk rumah. Orang-orang perempuan memang semuanya berkumpul di tengah induk rumah. Di serambi cuma orang-orang lelaki saja muafakat memutus runding. Bila Razak sudah mengadu kepada mentua-taya, bererti masalah rumah tangganya sudah sampai ke peringkat merumitkan.
Alang Jono bapa saudara Saridah mesti menjadi orang tengah menyelesaikan masalah tersebut!
"Saridah!”  ulangi Alang Jono keras. "Dengan siapa kau bercakap ni, hah! Cakap, dengan siapa?" dia menggertap bibir menahan perasaan marah yang mula mengirap. Memang tidak patut Saridah menghina suami sendiri di hadapan sanak saudara yang menjadi ipar lamai kepada Razak.
Saridah tertawa terkekeh-kekeh. Dia seolah-olah mengejek Alang Jono yang cuba mempertahankan Razak.
"Hei, Jono “ pekik Saridah lantas berdiri menghentak kaki ke lantai. "Jono, kau jangan nak tunjuk pandai!" katanya menerpa ke pintu sambil bercekak pinggang memerhati Alang Jono.
Terkejut Alang Jono melihat perubahan anak saudaranya. Tidak pernah pula Saridah melanggar bahasa sampai memanggil namanya Jono saja. Selalunya Saridah akan tertunduk-tunduk apabila melintas di depannya sambil meminta izin lalu dengan tertib. "Pak Lang minta lalu ye." ujar Saridah lembut.
Tetapi mengapa tiba-tiba saja Saridah bersikap kurang ajar. Saridah tidak lagi menghormati dengan panggilan 'Pak Lang', sebaliknya memanggil namanya saja 'Jono'.
"Saridah, bukankah kau bercakap dengan Pak Lang kau tu  cepat-cepat Utih Mun mengingatkan anaknya. Dia juga terkejut dengan sikap kurang ajar Saridah terhadap bapa saudara sendiri.
"Anak kurang ajar!" pekik Mat Kidam pula. Marah juga dengan kelakuan anaknya yang tidak menghormati lagi bapa saudara. Sudahlah dengan suaminya sendiri dia sanggup menghina tidak hiraukan siapa pun, sekarang dengan Alang Jono adik kandung emaknya sendiri pun Saridah berani langgar bahasa! "Kurang ajar kau Saridah   " Mat Kidam juga lantas bangun mengangkat kaki mahu menerajang Saridah yang bercekak pinggang di muka pintu.
"Nanti dulu, bang !" Cepat-cepat Alang Jono menerkam ke arah abang iparnya Mat Kidam sambil memaut orang tua itu. Kalau tidak dihalang Alang Jono sudah tentu kaki Mat Kidam hinggap ke dada Saridah. Sudah tentu Saridah terlentang ke tengah rumah diterajang ayahnya Mat Kidam.
"Lepaskan aku Jono. Nak aku ajar anak kurang ajar ni!' Mat Kidam meronta ronta.
"Nanti bang, budak Saridah ni lain macam nampaknya" bisik Alang Jono memaut lengan Mat Kidam. "Tengok matanya tu, merah dan liar aje. Budak ni sakit bang, bukannya kurang ajar" Alang Jono sudah dapat mengagak apa yang menimpa ke atas diri anak saudaranya.
"Minta maaflah Pak Lang, minta maaflah ayah" Razak pula bangun menerpa ke arah Saridah yang tercegat bercekak pinggang di muka pintu. "Saya percaya kata Pak Lang tu, Saridah ni sakit" dia menarik tangan Saridah untuk memimpin supaya masuk semula ke dalam.
Tetapi Saridah tidak mahu berundur. Dia tercegat juga di muka pintu tersengih-sengih.
"Hooo, kau nak pujuk aku pula ye Razak" kata Saridah memanjang. "Tak ada masa nak layan kau jantan sial!" dia meludah muka Razak.
"Jangan macam tu Saridah, abang tau kau sakit" Razak memujuk.
"Sudah, jangan pujuk. Aku nak pergi sekarang ni" Saridah meronta dari dakapan Razak.
"Nak ke mana kau?" jerkah Alang Jono.
"Apa kau peduli, aku punya suka laaa" balas Saridah terkekeh-kekeh ketawa.
"Kalau kau nak pergi, pergilah" Razak memicit tengkuk Saridah. "Kalau kau nak pergi, tinggalkan Saridah. Kau pergi sendiri’….”  ujar Razak tidak lepas ibu jarinya memicit tengkuk Saridah.
Sebaik saja Razak memicit tengkuknya, Saridah menjadi lemah. Tubuhnya terkulai di pangkuan Razak. Cepat-cepat pula Razak mencadungnya membawa ke tempat tidur. Barulah Razak dapat memahami bahwa perubahan yang berlaku ke atas diri Saridah, rupa-rupanya ada gangguan syaitan.
Mat Kidam dan Alang Jono juga sama-sama membantu memapah Saridah ke tempat tidur. Hanya sepuluh minit saja Saridah terbaring, tiba-tiba dia bingkas bangun. Ketika ini Utih Mun dan isteri Alang Jono, Uda Pah sedang mengurut-ngurut betis Saridah. Hampir terlentang dia apabila dirempuh oleh Saridah.
Tetapi Saridah tidak sempat meluru keluar kerana Razak sudah bersiap sedia di muka pintu. Cepat-cepat Razak memaut pinggang Saridah sebaik saja isterinya sampai ke pintu. Dia mengheret semula Saridah ke tempat tidur.
"Lepaskan aku, aku nak pergi sekarang!" pekik Saridah menumbuk-numbuk dada Razak. "
Kau nak pergi, pergilah. Jangan bawa Saridah" Razak cuba mengelak dari tumbukan Saridah.
Mat Kidam dan Alang Jono yang duduk di tengah serambi, segera melompat ke dalam. Sama-sama dia membantu Razak mengheret Saridah ke tempat tidur.
"Nampaknya tak boleh kita biarkan budak ni" kata Alang Jono setelah Saridah dibaringkan semula.
Saridah tetap meronta-ronta. Dia memekik-mekik minta lepas. "Aku benci dengan Razak, aku benci jantan ni" laungnya berulang kali.
"Habis kau suka siapa?" soal Alang Jono mahu menguji. Saridah tidak menyambut. Dia hanya tertawa saja terkekeh-kekeh.
"Kau suka Pak Jubin?" Alang Jono menggoncang-goncang bahu Saridah. "Heiii, tak mau tak mau. Orang tua tu jahat, dukun penipu" sahut Saridah mencebik bibir.
"Habis, kenapa kau bencikan aku?" tanya Razak berdiri di lunjur kaki Saridah.
"Kau tak berhati perut, tak tau jaga hati bini" Saridah mengejek sambil ketawa berdekah-dekah.
"Kalau kau nak tahu tak berhati perut, tunggu kejap ye!" gerutu Razak lantas menuju ke dapur. Terkial-kial dia mencari lada hitam di atas rak. Sebaik saja dapat lada hitam cepat-cepat dia mendapatkan semula Saridah.
"Sekarang aku nak tengok permainan kau!" Razak mencemik lantas memicitkan lada hitam ke hujung ibu jari kaki Saridah. Sekaligus Saridah memekik bagaikan menanggung kesakitan. '
"Jantan sial ...." Saridah terketar-ketar seperti menahan kesakitan. "Lepaskan aku, tak mau aku duduk di rumah ni lagi. Biar aku pergi, biar aku pergi" katanya meronta-ronta mahu lepaskan diri.
Utih Mun dan Uda Pah memegang kuat-kuat sampai Saridah tidak dapat bergerak.
"Eh, sakitlah aku' Saridah tersengih-sengih menepis tangan emaknya yang memaut Iengannya.
Lada hitam ditenyeh juga oleh Razak. Dia membaca Ayatul Kursi seperti diajar Tok Aji. Memang Razak merupakan murid Tok Aji juga. Lama dia mengaji pondok di madarasah Tok Aji. Sebab itulah dia teringatkan seperti apa yang diberitahu oleh Tok Aji sekiranya menghadapi gangguan syaitan.
Tidak payah pun dia menenyehkan lada hitam itu ke kuku ibu jari kaki Saridah. Dicecahkan saja di situ Saridah sudah memekik-mekik bagaikan menanggung kesakitan. "Kau nak bunuh aku ke, jantan sial!" suara Saridah meninggi mahu menyakitkan hati Razak.
Tetapi Razak sudah memahami bahawa yang bercakap melalui suara isterinya itu adalah syaitan musuh manusia yang nyata. Kelakuan isterinya selama dua tiga hari ini bukan lagi kelakuan Saridah, tetapi sudah dirasuk syaitan yang sengaja mahu memecah-belahkan rumahtangganya.
Mujurlah Razak tidak bertindak terburu-buru. Terfikir juga di kepalanya mahu memanggil sanak saudara Saridah. Biarlah sanak saudara Saridah menjadi hakim sekiranya dia bertindak pun. Tetapi ternyata dia hampir terjerumus oleh tipu daya, syaitan yang menguasai diri isterinya.
"Hah, sekarang aku tau, kau sudah menunjukkan diri" bentak Razak. "Kau nak berselindung dalam diri Saridah. Kau nak memperdayakan aku dan Saridah!" Razak menggertap bibir sambil mencecahkan lada hitam ke hujung kuku ibu jari kaki Saridah. "Adoiii, kau nak bunuh aku Razak?" soal Saridah bingkas meronta mahu duduk, tetapi rebah semula disebabkan Utih Mun terus berpaut pada Iengannya.
"Aku nak bunuh syaitan yang ganggu isteri aku!" sahut Razak.
Saridah ketawa terkekeh-kekeh macam mengejek Razak. Muka Saridah sudah berubah menjadi hitam. Rambutnya terurai hingga mengerbang-ngerbang. Uda Pah cuba menyeka rambut Saridah, tetapi tidak dapat berkuat disebabkan Saridah terus meronta-ronta.
Dia tidak peduli lagi lada hitam yang dicecahkan oleh Razak ke hujung kukunya. Malah semakin kuat Razak membaca Ayatul Kursi, semakin cepat pula dia mengikut sama. Cuma apabila sampai pada ayat
'hip-zuhuma wahual Aliul' Azim',
dia terhenti seperti orang dalam kebingungan.
"Kenapa tak teruskan?" herdik Razak.
Saridah hanya tersengih-sengih.
"Kalau macam tu, tolonglah panggilkan Pak Jubin, Pak Lang” Razak berpaling pada Alang Jono.
Malam itu jugalah dipanggil Pak Jubin. Tetapi esoknya Pak Jubin datang sebaik saja lepas maghrib. Sudah dua senja itulah Pak Jubin berulang ke rumah Razak. Setiap kali Pak Jubin datang, memang Saridah akan terpekik-pekik seperti orang kesakitan. Lepas saja isya, Saridah akan sedar semula dalam keadaan letih. Sehingga jam 11.00 malam Pak Jubin, sakit Saridah tidak berulang lagi.
Tetapi Pak Jubin tahu sakit Saridah akan berulang semula sewaktu senja. Sebab itulah dia mengulangi rumah Razak sebaik saja masuk senja. Dia akan solat maghrib di rumah Razak.
Senja ketiga itu, Pak Jubin sampai sebelum masuk maghrib lagi. Alang Jono dan Mat Kidam sudah menunggu sejak lepas Asar. Utih Mun dan Uda Pah juga datang bersama suami mereka.
Masuk saja senja Saridah mula menghempas-hempas badan. Adiknya Usin Biduk memang ditugaskan oleh Utih Mun menjaga Saridah. Ketika ini mata Saridah akan bertukar meniadi merah. Rambutnya terurai mengerbang-ngerbang. Dia akan menghempas ke kiri ke kanan. Sebab itulah Usin Biduk diminta mengawasi kakaknya.
Harapkan emaknya Utih Mun dan mak langnya Uda Pah, tentulah tidak sepadan dengan tenaga Saridah apabila dia sudah mula meronta-ronta. Tenaganya tiba-tiba saja menjadi kuat bagaikan tenaga 10 orang lelaki.
"Tengok kakak kau tu Usin “  perintah Utih Mun.
Usin Biduk anak muda tengah naik badan itu mengangguk. Sudah dua senja dialah yang memaut tubuh kakaknya bila Saridah menghempas-hempas badan. Razak akan berdiri di lunjur kaki isterinya sambil membacakan Ayatul Kursi sementara Pak Jubin datang. Ketika Pak Jubin sampai senja itu, Saridah sudah mula menghempas-hempas badan. Usin Biduk pula sudah dua tiga kali terdampar ke dinding dilibas Saridah. Terkial-kial dia bangun semula memaut pinggang kakaknya. Mat Jan anak kecil berumur lima tahun terkebil-kebil mata melihat emaknya memekik-mekik tidak tentu biji butir.
"Mat Jan, kau jauh dari emak...." Uda Pah menarik anak kecil itu jauh dari emaknya,"Mari duduk dengan Nenek Alang di sini" katanya mengajak Mat Jan duduk di sudut rumah. Mat Jan tidak membantah. Dia mengikut saja Uda Pah duduk di sudut rumah.
Selesai saja sembahyang maghrib, Pak Jubin segera meminta bekas membakar kemenyan. Cepat-cepat pula dibawakan oleh Utih Mun. Mereka semua berkeliling menghadap Pak Jubin, kecuali Usin Biduk bersama adiknya Leha duduk di sisi kakaknya Saridah. Mereka berdua beradik itulah diharapkan mengawasi kakaknya semasa Pak Jubin mula mengubati.
"Siapa suruh kau ke mari   soal. Pak Jubin merenung asap kemenyan berpusar-pusar naik.
"Dah gaharu cendana pula, dah tahu bertanya pula awak ni Jubin”  Saridah macam mengejek.
"Awak jangan nak berdalih!" jerkah Pak Jubin mengambil bawang merah di dalam piring yang disediakan. Kelengkapan berubat itu disediakan oleh Utih Mun sepertimana yang diminta oleh Pak Jubin.
Di dalam dulang sejambar disediakan bawang putih, bawang merah, telur sebiji, bertih, tujuh biji limau, kernenyan. Di situ disediakan sebuah pasu kecil berisi air.
"Dah tiga malam, aku beri awak peluang supaya berfikir, nak tinggalkan budak ni atau tidak “ gerutu Pak Jubin masih menghadap asap kemenyan berpusar-pusar.
"Malam ni aku nak tau keputusan. Kalau awak berdegil, maka bertempurlah kita nampaknya." katanya macam memberi amaran.
"Sudahlah awak dukun pembohong" ejek Saridah terkekeh-kekeh ketawa "Awak suruh kita datang, awak nak berpura-pura pula sekarang ye?" ketawanya semakin memanjang dengan kaki meronta-ronta mahu lepas.
"Pandai awak nak melaga - lagakan orang ye”  sahut Pak Jubin tersengih-sengih.
"Awak ingat Razak, Mat Kidam, Jono ni bodoh. Boleh percaya tipu mustiihat awak. Kalau setan tu memang perangai setan, suka menipu dan memfitnah" tegas Pak Jubin mencabar.
Dia mengambiI telur di dalam dulang. Perlahan-lahan diasapnya pada asap kemenyan berpusar-pusar. Kemudian dia mengisar-ngisar tapak tangan kanannya pada bahagian hujung telur yang lonjong. Beberapa ketika dia terkumat kamit membacakan sera-pahnya, tetapi jelas dapat didengari:
Assalamualikum ya rijal ghaib, asalamu-alaikum ya ruhul qudus, sarti cirnuni, birasatin, warhurma-tin, ya nujib, ya nu-qut, ya khutub, ba-iasatin, wahurmatin, wasahbihi wassallam lahaulawala kuatai-ilah billah aliulazzim
Serapah yang dibaca oleh Pak Jubin itu dapat didengar dengan jelas oleh Razak. Tetapi dia tahu Tok Aji tidak pernah menggunakan serapah seperti yang dilakukan oleh Pak Jubin. Bagaimanapun Razak sedar bahawa Pak Jubin adalah dukun yang terkenal di kampung isterinya, sedangkan dia hanya dikira orang berdagang ke kampung tersebut setelah berkahwin dengan Saridah.
Kalau di kampungnya sendiri mungkin dia akan segera memanggil Tok Aji sekiranya menghadapi masalah demikian. Walau pun Pak Jubin cuma membacakan jampi serapah, tetapi Razak hanya melihatkan saja kesannya. Sudah dua malam dia melihat Pak Jubin bersusah payah mengubati isterinya. Tentulah tidak patut dia mengang- orang tua itu tidak boleh diharap.
Pak Jubin tidak mengeluarkan isi telur itu dari mengkaraknya. Dia hanya memecahkan sedikit saja hujung telur itu kira-kira sebesar kelingking. Kemudian memegang telur itu dengan menghulurkan ke hadapan. Kedua-dua tangannya lurus ke hadapan menggenggam telur berkenaan.
"Sonsang tapan, sonsang hati jantung engkau, patah sendi patah layang, patah alih-alih, ambil besi petua akan pemasak jantung hati hempedu rawan engkau, datang telentang pulang engkau telangkup, jenjang lama engkau balik" Pak Jubin menggertap bibir sambil matanya pejam serapat-rapatnya.
Sekonyong-konyong mereka semua melihat dengan mata kepala sendiri lidah terjulur dari bumbung atap terus mencecah ke dalam mengkarak telur yang ditebuk Pak Jubin tadi. Lidah terjulur panjang itu mencepak-cepak menghisap isi telur dari mengkarak yang digenggam erat erat oleh Pak Jubin.
Habis saja lidah panjang itu terjulur dari bumbung menyedut isi telur, dia pun hilang entah ke mana. Pak Jubin segera melimparkan mengkarak telur yang sudah kosong ke dalam dulang.
"Hah, sekarang jangan nak berselindung lagi!" dia mengisar punggung menghadap ke arah Saridah. "Orang dah tahu siapa kau, tak dapat juga kau nak bersembunyi. Masuk juga kau dalam perangkap aku" katanya mengejek.
Saridah tersipu-sipu bagaikan malu sangat dengan ejekan Pak Jubin. "Awak memang tak sabar kalau dah tengok telur di tangan aku . .." bentak Pak Jubin.
"Lepaskan aku" Saridah bingkas mahu bangun.
Belum sempat dia berdiri, Usin Biduk sudah memaut pinggangnya. Leha juga memaut pahanya. Mereka berdua beradik tidak mahu kakaknya terlepas berlari ke tengah halaman. Kalau kakaknya terlepas tentulah tidak dapat dicari lagi. Kakaknya akan dibawa lari oleh syaitan yang mengganggunya selama dua tiga hari ini.
Tetapi mereka belum tahu syaitan jenis apakah yang mengganggu kakaknya. Boleh jadi pelesit, rnungkin juga polong, mana tahu kalau hantu raya atau penunggu paya di baruh kampung. Macam-macam boleh terjadi selagi mereka tidak tahu apakah jenis syaitan yang mengganggu. Kadangkala orang bunian juga pernah mengganggu penduduk di situ.
"Aku tau siapa kau!" kata Pak Jubin mencapai bertih di piring. "Kalau kau berdegil, aku akan cakapkan pada orang-orang ni semua" ujarnya mengugut.
"His, lepaskan aku  " pekik Saridah.
"Kau nak ke mana?" soal Pak Jubin keras.
"Nak balik”  sahut Saridah tersipu-sipu malu.
"Balik ke mana?" Pak Jubin mengisar-ngisar tapak tangannya, lantas melontar kan bertih sekeliling tubuh Saridah.
"Aku nak balik rumah aku, aku nak balik   " jerit Saridah terkinjaI-kinjal apabila bertih-bertih itu menyinggahi tubuhnya.
"Aku tahu kau bajang! Kalau kau nak balik, baliklah. Tinggalkan Saridah. Bajang keparat...." jerkah Pak Jubin terus melimparkan bertih.

bersambung