Monday, September 15, 2014

093. DENDAM MAYAT DICAMPAK KE LUMPUR



BUSUT di hujung halaman tersergam besar macam tempayan tidak dibenarkan oleh Uda Saenah siapa pun mencebak dengan cangkul. Biarlah busut berkenaan di situ kerana ianya tidak mengganggu sesiapa. Kalau anak cucu membawa kereta sampai ke tengah halaman pun tidak akan merempuh busut tersebut.

Memang anak cucu Uda Saenah tidak peduli sangat mengenai busut berkenaan. Biarlah busut itu tersergam di situ sampai bila-bila pun. Setidak-tidaknya bapak ayam akan bertenggek menepuk-nepuk kepak sebelum berkokok nyaring. Kadangkala Ludin Cogok akan sandarkan basikal pada busut itu apabila datang menjengah ke situ.

Kalau mahu tebang buluh belebas atap, Ludin Cogok tetap meminta pada Uda Saenah. Mahu tebang sagu rembia juga akan meminta daripada Uda Saenah juga. Siapa lagi dia boleh meminta kalau bukan emak saudaranya Uda Saenah yang banyak buluh belebas di baruh rumah. Sagu rembia juga tumbuh meliar di tubir sawah hingga menganjur ke dalam lopak.

Lagi pun Uda Saenah memang harapkan Ludin Cogok membantu dia kalau menebas dusun durian atau menebang sagu rembia. Manalah Uda Saenah mampu mahu menebang sagu rembia kalau tidak harapkan tenaga lelaki seperti Ludin Cogok. Bila-bila Ludin Cogok akan hayun kapak ke perdu pokok sagu rembia sampai tumbang terhumban ke tengah lopak sawah.

Ludin Cogok juga diharapkan memotong kabung sagu bawa ke tengah halaman biar ayam dan itik mudah memagut. Kalau Ludin Cogok tidak jengah ke rumahnya, Uda Saenah sendiri akan melaung ke rumahnya meminta bantu kerja-kerja dia. Uda Saenah bukan menyuruh Ludin Cogok sesuka hati, tetapi dia tetap akan bayar upah juga.

"Kalau tak ada Ludin, mati akal aku ni," gerutu Uda Saenah kalau anaknya Cikgu Manir merungut disebabkan emaknya bebankan Ludin Cogok demikian.

"Abang Ludin pun nak buat kerja dia juga," ujar-Cikgu Manir ingatkan emaknya disebabkan terlalu harapkan Ludin Cogok membantu.

"Aku pun bukannya suruh saja, aku bayar upah," Uda Saenah mencebek bibir disebabkan anaknya membantah bebankan Ludin Cogok dengan kerja-kerja di rumahnya.

"Kadangkala Abang Ludin tak ambil upah pun," sengaja Cikgu Manir ungkir fasal Ludin Cogok jarang mahu menerima upah yang disogokkan kepada-nya.

Tahu sgngat Cikgu Manir memang sertia, salah juga Ludin Cogok mahu menerima upah kalau dia membantu Uda Saenah menebas dusun atau menebang pokok sagu rembia. Bukan takat emak saudaranya sendiri, tetapi dia tetap kenang suami Uda Saenah yang selamatkan dia semasa kecil-kecil. Tatkala dia mengidap angin pasang sampai telur membengkak, siapa lagi yang membantu kalau bukan Andak Jiman.

Asal sahaja telurnya membengkak nescaya Ludin Cogok akan menangis sepanjang malam. Sehingga umurnya sepuluh tahun pun, Ludin Cogok akan terjerit-jerit menangis tengah malam akibat angin pasang menyenak ke pangkal ari-ari. Memang rusuh emak dan ayahnya akibat angin pasang yang dihidapi oleh Ludin Cogok.

Setelah diberitahu pada Andak Jiman dia carikan tiga helai daun kecubung disapukan dengan minyak kelapa. Dia doakan pada minyak berkenaan:

Gembira Ali, wall mall, hidup di alas hidup di bawah, hidup dengan kata hu...

Tetapi Ludin Cogok tahu doa yang dibacakan oleh Andak Jiman bukan seperti yang dituturkan, memang ada petua yang sengaja dirahsiakan-nya.

Andak Jiman tidak akan berikan petua tersebut dengan tidak diturunkan secara tertib. Biarlah siapa pun hafalkan jampi mentera atau doa yang ditulisnya pada buku catatan. Anaknya Cikgu Manir juga banyak hafal jampi mentera dan doa yang ditulis oleh Andak Jiman, tetapi dia tidak tahu langsung mengenai  petua arnalannya.

Tiga pagi sahaja di sapu dengan daun kecubung itu, sakit angin pasang Ludin Cogok tidak lagi mengganggu. Sebab itu dia sentiasa mematuhi apa sahaja yang disuruh oleh Uda Saenah, sekalipun Andak Jiman sudah lama meninggal dunia.

"Abang Ludin ni orang kanan emak saya, ustaz," sengaja Cikgu Manir mengusik tatkala perkenalkan saya dengan Ludin Cogok tengah memunggah kabung sagu rembia ke tengah halaman.

Kemudian kami sama-sama masuk ke ruang dapur setelah diajak oleh Uda Saenah minum kopi dengan goreng cempedak. Isteri Cikgu Manir, Maimon yang membeli buah cempedak di pasar Ahad sebelum kami ke rumah Uda Saenah. Sampai petang saya di situ setelah diajak oleh Cikgu Manir rnenjengah ke kampungnya.

Ketika inilah Ludin Cogok terjongol ke tengah halaman memunggah kabung sagu rembia yang ditebangnya di tubir sawah. Tatkala Ludin Cogok balik saya melihat dia mencapai basikalnya yang tersandar di busut hujung halaman tersergam sebesar tempayan.

"Besar juga busut tu," ujar saya disebabkan busut berkenaan seolah-olah tempayan beras tertangkup.

"Nak saya robohkan, tapi mak tak benarkan," sahut Cikgu Manir kecewa disebabkan emak-nya berkeras sangat tidak mahu busut berkenaan dirobohkan. Kalau kereta Cikgu Manir undur dari tengah halaman kadangkala nyaris juga terasak pada busut itu. Memang menghadang jalan sekiranya busut berkenaan tidak dirobohkan juga.

Tetapi Uda Saenah tidak mahu anaknya robohkan busut tersebut kalau takat menghadang kereta mahu masuk ke tengah halaman. Apa salahnya kereta diletakkan di luar pagar sahaja sekiranya busut itu menghadang jalan. Marah benar Uda Saenah sekiranya Cikgu Manir ungkit juga mahu robohkan busut di hujung halaman.

"Kenapa sibuk sangat mahu robohkan busut ni'?" Ludin Cogok tidak senang dengan sikap Cikgu Manir mahu ratakan halaman rumah dengan tidak bersebab.

"Kalau malam-malam berjalan nanti terlanggar," tegas Cikgu Manir seolah-olah busut yang tersergam di hujung halaman itu mengganggu siapa sahaja.

"Hai mata ada, takkan tak nampak busut tu!" gerutu Uda Saenah tersinggung asal sahaja sebut mahu robohkan busut berkenaan.

 Semenjak itu pula Cikgu Manir tidak peduli lagi mengenai busut yang boleh menyinggung perasaan emaknya. Kalau sebut mahu robohkan busut tersebut samalah macam menghiris hati emaknya sendiri. Lebih baik Cikgu Manir tidak sebut apa-apa mengenai busut yang boleh menyinggung perasaan emaknya.. Lebih baik Cikgu Manir tidak sebut apa-apa mengenai busut berkenaan selagi emaknya masih menunggu rumah pesaka peninggalan.

Hinggalah Uda Saenah seringkali mengadu diserang penyakit lelah, bimbang juga Cikgu Manir mahu tinggalkan emaknya bersendirian di rumah pesaka itu. Puas juga dia memujuk emaknya supaya berpindah ke rumahnya biar mudah dibawa menemui doktor. Adik beradik yang lain juga mendesak emak mereka supaya dapatkan rawatan di hospital biar penyakit lelahnya dapat dikawal.

Sewaktu di rumah Cikgu Manir inilah saya datang menjengah Uda Saenah. Dia sudah mula terasa segar sebaik sahaja mendapat rawatan di hospital. Tetapi dia dinasihatkan juga dimasukkan ke wad biar dapat diuji darah dan kencingnya sampai doktor boleh tentukan ubat yang khusus bagi merawat-nya.

"Doktor kata memang sakit asma," jelas Cikgu Manir menunjukkan ubat-ubat yang dibekalkan oleh doktor. "Tapi keturunan mak dulu tak ada pula yang kena asma," dia memberi-tahu selanjutnya.

"Dah tua, memanglah kena lelah," sahut Uda Saenah semacam tidak bersetuju dibawa dia mendapatkan rawatan di hospital.

"Rumah di kampung tinggallah nampaknya ye!" ujar saya perlahan sengaja mengalih perbualan biar Uda Saenah tidak merungut berterusan.

"Uda minta Ludin Cogok tengok-tengokkan," tersenyum Uda Saenah apabila disebut kampung halamannya.

Memang hati Uda Saenah tidak senang lama sangat meninggalkan rumah semata-mata mahu berubat di hospital. Kalau tidak disebabkan semua anak-anaknya mendesak memang malas juga dia mahu ke rumah Cikgu Manir. Tidak sampai dua minggu pun terasa lama sangat dia terkurung hingga tidak buat apa-apa kerja.

Lainlah di rumahnya di kampung halaman, Uda Saenah boleh juga menarah rumput di hujung halaman. Sekiranya tidak larat mahu menebang buluh di baruh kampung, atau menyisip daun rembia dia boleh juga memangkas pelepah pisang di kebun belakang rumah. Macam-macam dia boleh lakukan kalau tidak ke mana-mana.

Tetapi penyakit lelahnya semakin pasang hingga dia tidak boleh bangun tegakkan badan. Kelam kabut juga Ludin Cogok apabila melihat Uda Saenah tercungap-cungap dengan muka menjadi pucat. Sebab itu tidak bertangguh dia beritahu Cikgu Manir mengenai penyakit lelah Uda Saenah semakin pasang.

Kerapkali juga Uda Saenah diganggu sesak nafas, tetapi dia tidak mahu dibawa ke hospital. Dia akan menyuruh Ludin Cogok masuk ke hutan carikan daun telinga beruk yang tergantung macam mangkuk tersangkut. Tahu sangat Ludin Cogok di dalam daun berkenaan memang terdapat air bertakung. Dia akan bawa balik air bertakung dalam daun berkenaan unjukkan kepada Uda Saenah.

Setelah meneguk air bertakung dalam daun telinga beruk itu nescaya Uda Saenah akan segar semula. Tetapi semasa dia tercungap-cungap menahan sesak nafas yang mengasak ke dadanya. Ludin Cogok menjadi cemas tidak keruan. Sebab itu dia hubungi Cikgu Manir supaya beritahu adik beradiknya yang lain. Bimbang juga dia sekiranya adik beradik Cikgu Manir akan salahkan dia pula sekiranya berkerja ke hutan mencari daun telinga beruk, dalam saat Uda Saenah tercungap-cungap.

Sebaik sahaja melihat keadaan emaknya termengah-mengah menahan ombak dada yang kencang, lantas dia mengambil keputusan membawa emaknya ke hospital. Tiga hari juga Uda Saenah terkejang di hospital sebelum dibenarkan balik ke rumah. Ketika keluar dari hospital itulah Cikgu Manir memujuk emaknya supaya menetap di rumahnya buat beberapa hari.

"Ludin Cogok pun tak boleh harap!" rungut Uda Saenah apabila kenang Ludin Cogok terburu-buru memberitahu Cikgu Manir fasal dia termengah-mengah diserang lelah.

"Abang Ludin banyak tolong kita, mak," pujuk Cikgu Manir tersengih-sengih menatap muka emaknya.

"Hah, dia bukan tak tahu!" Uda Saenah mencebek bibir disebabkan kesal benar dengan sikap Ludin Cogok terburu-buru. "Ludin Cogok tu tahu, sakit aku ni tak seberapa!" berulang kali dia ungkit fasal Ludin Cogok tidak mahu ke hutan ambilkan daun telinga beruk itu.

"Nak rasa sakit mak tak seberapa, tapi kami nampak teruk," Maimon mencelah perlahan. "Sebab itu kami bawa mak berubat ke hospital," dia cuba memujuk disebabkan emak mentuanya memang mudah marah kalau dibawa berubat ke hospital.

"Ubat cara mana pun apa salahnya asalkan sembuh," saya pula ingatkan Uda Saenah supaya tidak ikutkan sangat kemahuan sendiri.

"Biar ustaz ni cuba cara dia," lantas Cikgu Manir mendesak saya doakan emaknya sekalipun Uda Saenah sudah sembuh betul selepas mendapat rawatan di hospital.

Disebabkan sudah beberapa kali saya menjengah Uda Saenah di kampungnya, dia tidaklah membantah sangat tatkala saya meminta dia bertenang. Semenjak bertemu saya memang Uda Saenah begitu mesra, apalagi Cikgu Manir berkawan baik. Ketika itu kebetulan pula saya berjiran dengannya kerana sama-sama menyewa rumah bersebelahan di daerah berkenaan.

Tetapi rumah yang disewa oleh Cikgu Manir itu kerapkali diganggu bunyi tapak kaki berjalan asal sahaja tengah malam. Puas disuluh oleh Cikgu Manir ruang dapurnya tidak kelihatan siapa pun berligar di situ. Keesokan paginya Maimon terkejut apabila bangun mahu menyediakan sarapan dia melihat kesan tapak kaki berlumpur penuh di ruang dapur.

Beberapa kali berlaku kejadian tersebut menyebabkan Maimon ketakutan. Dia mendesak Cikgu Manir berpindah sahaja dari situ. Tetapi di mana lagi mahu mencari rumah sewa di kawasan berkenaan yang berdekatan dengan sekolah Cikgu Manir mengajar. Kalau jauh dari sekolah tentu terpaksa menaiki bas pula ke sekolah.

Rumah sewa tersebut berdekatan dengan sekolah kepunyaan seorang Benggali yang banyak memelihara lembu. Memang saya kerapkali juga terdengar bunyi tapak kaki berjalan di sekeliling, tetapi mengagak tentu lembu-lembu peliharaan Benggali berkenaan berkeliaran di tengah malam.

Sebab itu saya bersama Kasan yang bekerja di pejabat daerah tidak peduli sangat dengan bunyi tapak kaki orang berjalan waktu tengah malam. Memang saya menyewa bersama Kasan di rumah bersebelahan dengan Cikgu Manir. Apalagi Kasan kalau sudah rebahkan badan ke katil, dia akan nyenyak tidur tidak peduli apa-apa lagi.

Apabila diberitahu oleh Cikgu Manir mengenai tapak kaki berlumpur memenuhi ruang dapur, Kasan macam tidak per-caya kerana tidak pun hujan semalamannya. Dari mana pula tapak kaki itu berlumpur kalau pencuri yang menceroboh masuk. Sebab itu Cikgu Manir tidak mahu buat laporan polis; apalagi tidak ada kesan dinding atau tingkap dikopak pecah.

Setelah diberitahu kepada Benggali tuan rumah sewa itu, memang dia mengakui di rumahnya juga pernah mengalami kejadian demikian. Tetapi Dukun Sitam nasihatkan dia supaya sirakkan tulang babi di sekeliling rumah. Semenjak dia sirakkan tulang babi di sekeliling rumahnya, memang tidak pernah lagi rumah Benggali itu diganggu.

"Takkan kita pun nak sirakkan tulang babi!" keluh Cikgu Manir kerana serba salah mahu berpindah mencari rumah sewa yang lain.

"Sebab itu kita pindah saja" desak Maimon berasa tidak selamat sekiranya terus juga tinggal di situ.

"Hairan juga, kenapa dia tak ganggu rumah ustaz?" ujar Cikgu Manir apabila kenang rumahnya sahaja dimasukki oleh lembaga yang tidak kelihatan itu, tetapi sekadar tinggalkan bekas tapak kaki yang berlumpur. Terpaksa pula Maimun mencuci lantai asal sahaja gangguan tersebut ber-laku.

"Cubalah kita panggil Dukun Sitam tu," lantas Kason mengusulkan setelah diberitahu oleh Benggali tuan rumah mengenai dukun berkenaan.

Apabila Dukun Sitam dijemput memang dalam tempoh seminggu tidak ada gangguan berkenaan. Tetapi selepas itu Cikgu Manir masih terdengar bimyi tapak kaki berjalan berligar-ligar di dapur. Cepat-cepat dia memasang lampu dapur mahu memerangkap siapa berligar-ligar di situ. Puas dia memerhati di sekeliling, memang tidak kelihatan siapa pun melangkah.

Kalau dia melihat lembaga berjalan di ruang dapur, memang Cikgu Manir akan terkam tidak bertangguh. Dia tidak takut apa-apa kalau takat lembaga berkenaan mahu menguji dirinya. Apa sangat dengan lembaga tersebut mahu menjelma kalau bandingkan datuknya Pawang Midin yang boleh melompat melepasi pokok kelapa saka. Tahu sangat dia mengenai arwah datuknya Pawang Midin yang mampu mencekak leher lembaga halus yang tidak boleh ditihat dengan mata manusia.

Tetapi dia tidak sama dengan datuknya Pawang Asal sahaja marah memberang, bila-bila dia akan bertukar menjadi harimau yang mengaum ganas. Seisi kampung tidak akan sanggup membiarkan Pawang Midin menahan marah, kerana bimbang lelaki itu bertukar menjadi harimau yang meng-hambur tangkas.

Dalam masa sekelip mata sahaja Pawang Midin akan tercangkung meneran ekor sekiranya terlalu marah. Sebaik sahaja ekor terjulur di belakangnya nescaya daging pipinya membengkak hingga ditumbuhi bulu berbelong-belang hitam dan kuning. Tengkuknya juga kembang hingga belakang berbonggol. Apabila dia mengirai-ngirai bulu di tubuh sudah tentu Pawang Midin menjelma menjadi seekor harimau garang.

Ketika ini lembaga halus yang mengganggu tidak akan lepas ke mana. Bila-bila akan diterkam oleh Pawang Midin tatkala dia menghambur tangkas. Bukan takat pelesit, polong, bajang atau penanggal akan dikerkahnya, hantu raya dan hantu tinggi juga tidak bersisa diterkam oleh Pawang Midin.

"Kalau macam ni, benar kerjanya cikgu," Dukun Sitam mengeluh panjang apabila diberitahu gangguan bunyi tapak kaki merayau-rayau di dapur masih berterusan.

"Buatlah macam mana pun pak dukun," desak Maimon di-sebabkan terlalu takut dengan suasana yang dialaminya saban malam.

"Saya agak benda ni bukan sihir orang, cikgu," ujar Dukun Sitam memerhati kesan tapak kaki yang berlumpur merata lantai dapur.

"Kalau tak boleh, kita pindah aje bang," semakin bimbang Maimon lantas mendesak suaminya Cikgu Manir.

"Nak takut apa, Kasan dengan ustaz ada di sebelah tu," gerutu Cikgu Manir masih mahu bertahan.

"Cubalah cikgu cuba pawang di kampung cikgu," lantas Dukun Sitam menjelaskan semacam mahu mengalah. Dalam masa Cikgu Manir suami isteri gelisah diganggu bunyi tapak kaki merayau-rayau, Tok Aji berkunjung ke rumah sewa saya. Semasa Cikgu Manir berbual-bual di pintu bersama Kasan, saya beritahu Tok Aji megenai kejadian di rumah jiran saya itu.

Tersengih-sengih sahaja Tok Aji dengan tidak menyahut apa-apa. Maimon juga beritahu mengenai kedegilan Cikgu Manir berdegil tidak mahu berpindah mencari rumah lain. Marah benar dia dengan suami-nya semata-mata mahukan rumah berdekatan dengan sekolah. Apa salahnya tinggal di rumah sewa jauh dari sekolah asal sahaja hati tenteram.

Sengaja pula Kasan bergurau mahu menangkap lembaga yang tidak kelihatan itu sekiranya jelmaan pontianak. Bila-bila dia sanggup tusukkan paku ke tengkuk pontianak yang berlubang biar menjelma menjadi wanita cantik. Tentu dia juga yang menjadi pilihan wanita cantik itu setelah pontianak berkenaan ditusuk paku pada bahagian tengkuknya.

Tok Aji tetap tersengih-sengih sahaja. Dia semacam tidak percaya dengan kejadian yang berlaku. Apalagi Tok Aji sengaja datang berkunjung ke rumah sewa secara tiba-tiba sahaja. Memang terkejut juga saya tatkala Tok Aji menjengah di tempat saya bertugas kerana sudah lama saya tidak jengah dia di kampung.

Mahu balik selalu ketika itu bukanlah mudah perhubungan kerana bas yang masuk ke kawasan berkenaan tidak banyak. Tetapi Tok Aji sengaja memberi alasan demikian. Memang saya tahu bila-blta sahaja dia akan menjengah kalau berasa saya mengalami demam, sekalipun tidak diberitahu apa-apa kepadanya. Kadangkala saya dihinggapi demam selsema pun nescaya Tok Aji akan menjengah datang.

"Angah tahu gangguan syaitan, kenapa tak dihalang!" gerutu Tok Aji mencemik muka lantas duduk di kerusi.

"Gangguan-syaitan macam mana tu, Tok Aji?" terus Cikgu Manir masuk ke rumah saya dan duduk di sebelah Tok Aji.

"Rumah ni pun panas aje rasanya!" jelas Tok Aji rsrengibas ngibas kain serbannya yang tersandang di bahu. "Angah tak terasa ke, rumah ni panas?" dia berpaling menatap muka saya.

"Ustaz tiap-tiap malam bangun sembahyang, Tok Aji," Kasan mencelah kerana sekali sekali dia terbangun tengah malam melihat saya solat sunat.

"Sembahyang aje belum cukup lagi," Tok Aji keraskan suara seolah-olah memarahi saya yang masih tercegat di pintu.

Tetapi selepas solat isya berjemaah, Tok Aji menyuruh padamkan sahaja lampu biar rumah kami yang berkembar gelap. Tidak lama selepas itu pula kedengaran bunyi tapak kaki merayau-rayau di dapur rumah Cikgu Manir. Ketika ini Tok Aji membaca perlahan:

Bismillahi masya Allah layasuqul hairu illallah, bismil-lahhi masya Allah layosriful su-i illallah, bismillahhi masya Allah makana min-ni 'matin faminallah bismillahhi masya Allah layati bil-hasnata illallah, bismillahhi masya Allah la-haula wala qauwata illa billah.

Sekaligus Maimun terjerit. Sebaik sahaja lampu dipasang semula bunyi tapak kaki merayau-rayau di dapur rumah Cikgu Manir masih kedengaran. Cikgu Manir juga terkejut melihat kesan tapak kaki berlumpur memang merayau-rayau di atas lantai simen. Tidak bertangguh dia mahu menerkam, tetapi segera saya halang dia menyerbu tidak menentu.

Ketika ini Maimun terketar-ketar bagaikan menahan kesejukan. Kemudian Tok Aji rnenggamit Cikgu Manir supaya baringkan sahaja Maimun yang terketar-ketar. Tok Aji menyuruh Maimun beranikan hati melihat ke dalam perasaannya sendiri mengapa kedengaran bunyi tapak kaki merayau-rayau itu.

"Angah, kurung jangan beri dia lepas," perintah Tok Aji memberi isyarat supaya saya bertahan di bahagian dapur rumah Cikgu Manir.

Memang Kasan dan Cikgu Manir terpinga-pinga dengan kejadian yang dialaminya ketika itu, apabila Maimun merungut-rungut memberitahu melihat perempuan muda dipenuhi lumpur seluruh badan merayau-rayau di dapur rumahnya. Perempuan muda itu merayu-rayu meminta pertolongan Maimun supaya bebaskan dirinya yang terkurung tidak dapat membolos ke mana.

Terketar-ketar perempuan muda itu kesejukan akibat diheret beberapa orang lelaki di tengah hujan turun menyimbah-nyimbah dalam kegelapan malam. Dia meronta-ronta dalam keadaan basah kuyup mahu melepaskan diri. Siapa pun tidak mendengar jeritannya meminta tolong akibat ditenggelami deru hujan yang turun mencurah-curah.

Terkebil-kebil mata Maimun melihat saya mendekati wanita yang basah kuyup terkurung di ruang dapur itu memberitahu mengenai kejadian dia diheret beberapa orang lelaki sewaktu suaminya keluar berniaga. Jelmaan wanita muda itu mengakui dia diserbu beberapa orang lelaki sewaktu hujan turun mencurah-curah. Kenal sangat dia dengan Mat Labak yang berdendam.Setelah pinangannya ditolak.

Sebab itu Mat Labak tidak berputus asa akibat dirinya diejek oleh keluarga Raonah. Marah benar Mat Labak apabila Raonah dijadikan isteri kedua oleh Malim Kamas yang berniaga kain. Lantas sahaja Mat Labak menuduh tentu keluarga Raonah banyak berhutang kain sampai sanggup menerima Malim Kamas menjadi menantu.

Mat Labak tidak akan berdendam sekiranya Raonah berkahwin dengan anak teruna. Tetapi apabila kenang dikahwin-kan dengan lelaki berumur yang sudah beristeri Mat Labak merasakan dirinya terhina. Bukan mudah dia mahu menewaskan Malim Kamas kalau takat mahu merampas Raonah dengan berdepan. Tentu Malim Kamas ramai pengawal-pengawal yang sentiasa mendampinginya.

Lama dia menunggu peluang apabila Malim Kamas berniaga meninggalkan kampung, baru Mat Labak dapat mengajak kawan-kawannya membolos masuk ke rumah Raonah tatkala hujan turun mencurah-curah. Disebabkan Raonah melawan dengan rontaan kuat menyebabkan keris di pinggang Mat Labak dapat disentapnya. Tidak bertangguh Raonah meradak rusuk. Mat Labak menyebabkan mata keris mengguris kulit.

Marah benar Mat Labak apabila terasa rusuknya pedih disinggahi mata keris. Dalam keadaan terlalu marah itu Mat Labak mencekak leher Raonah dengan tangan dikilas ke belakang. Tetapi Raonah tidak mahu mengalah sekalipun kawan-kawan Mat Labak merentap kuat rambutnya. Di tengah hujan turun mencurah-curah itu Raonah tiba-tiba lembik tidak bertenaga. Ketika ini Mat Labak menyedari wanita itu sudah tidak bernyawa akibat dikerenyuk beramai-ramai. Dalam keadaan serba salah Mat Labak bersama-sama kawan-kawannya-campakkan mayat Raonah ke dalam lumpur selut di tengah paya.

Sewaktu Malim Kamas balik dari berniaga baru seisi kampung menyedari Raonah tidak ada di rumahnya. Puas Malim Kamas mencari ke merata kampung, namun dia tidak menemui isterinya. Tidak lama selepas itu orang kampung menemui mayat Mat Labak tergantung di pokok cenerai dengan kesan dicakar pada bahagian mukanya.

Mereka menuduh tentu Mat Labak dikerkah kuku pontianak yang menunggu di pokok cenerai berkenaan. Selang beberapa hari sahaja seorang kawan Mat Labak pula ditemui mati dengan kepala tertumus ke dalarn selut lumpur di tengah lopak sawah.

Semenjak Mat Labak di-temui mati tergantung padat pokok cenerai, beberapa orang kawannya pula ditemui mati dengan cara mengerikan selang beberapa hari selepas itu. Sampai lapan orang kawan-kawan Mat Labak mati tergantung atau tertumus di dalam selut lumpur di-temui oleh orang-orang kampung menyebabkan mereka tidak dapat mengetahui ke mana Raonah dibawa oleh mereka.

Memang orang orang kampung mengesyaki Mat Labak bersama kawan-kawannya telah membunuh Raonah. Sebab itu jelmaan Raonah membalas dendam hingga semua lapan orang kawan-kawan Mat Labak juga dibunuh. Tetapi mereka tidak tahu di mana mayat Raonah disembunyikan oleh Mat Labak bersama kawan-kawannya.

"Raonah tidak membunuh, Mat Labak," bergetar suara wanita muda itu masih dalam kekejukan akibat seluruh badannya berlumuran lumpur selut.

Tetapi getaran suara Raonah sekadar didengar oleh Cikgu Manir dituturkan oleh Maimun. Terkejut juga Cikgu Manir dan Kasan apabila diberitahu oleh Maimun mengenai Raonah mengakui dia tidak membunuh Mat Labak.

"Siapa Raonah dan Mat Labak tu?" segera Cikgu Manir mendesak isterinya yang masih terpinga-pinga tidak menentu.

'Aku tak mahu bercakap dengan awak!" sahut Maimun keras mencemik muka. "Aku nak bercakap dengan ustaz ni," tuturnya sayu menahan kesedihan yang amat menusuk.

"Cakaplah apa yang terbukit di hati kamu," segera Tok Aji ingatkan dia kemudian membaca aI-Fatihah tiga kali diikuti dengan doa:

 Wa-lau anna Quran-nan suiyirat bihil jibalu au-qutti'at bihil-ardh au-kulli-ma bihil mau-ta bal-lillahhil amru jami'an ya syafi ya kafi ya mu'afi wabilhoqqi anzalnahu wabilhoqqi nazola.

Apabila angin bertiup kencang Raonah menjadi bertambah takut akibat malam di sekelilingnya gelap gelita. Sekali sekala kilat memancar dengan guruh berdentam, dia terkial-kial mencari tempat berlindung. Bimbang benar Raonah diterjah petir yang bergema di udara mahu menerjah mangsa.

"Tok Aji lindungkan aku dari petir tu!" Maimun yang menekup muka sama seperti Raonah yang terkurung di tengah kegelapan malam.

"Hah, mana ada petir masa ni," Cikgu Manir mengejek kerana tidak terdengar langsung dentaman petir di situ.

"Awak tu apa tahu, perut diisi dengan nasi aje," sahut Maimun mencebek bibir, sama seperti Raonah tengah mengejek-ejek Cikgu Manir. "Mana awak tahu perkara yang ghaib dengan yang nyata?" marah benar Raonah apabila diejek Cikgu Manir.

Segera saya memberi isyarat kepada Cikgu Manir supaya berdiam diri sahaja, kerana saat ini dia bukan berhadapan dengan Maimun tetapi jelmaan Raonah yang terketar-ketar akibat basah kuyup. Raonah menatap muka saya dalam keadaan muram tidak dapat melepaskan diri dari kurungan.

"Cukuplah dendam kamu, Raonah!" saya ingatkan Raonah semakin rusuh tidak menentu.

"Mat Labak membunuh ustaz," ajar Raonah ketakufan akibat kilat memancar dLudara. "Aku tak bunuh dia, percayalah," terisak-isak dia menangis kerana dituduh menyebabkan Mat Labak dan kawan-kawannya ditemui mati dalam keadaan mengerikan.

"Dunia kamu bukan di sini, baliklah ke tempat kamu Raonah!" perintah saya dengan membacakan al-Fatihah tiga kali.

Ketika ini cahaya memancar pada pintu dapur hingga membentuk terowong memanjang. Lantas saya menuding jari ke arah cahaya seperti terowong itu supaya Raonah masuk ke situ. Perlahan-lahan Raonah mematatuhi perintah saya terus masuk ke dalam cahaya terowong memanjang. Dia hilang di situ laksana ditelan kabus memutih.

Semenjak kejadian itu Maimun tidak liirnbang lagi mendiami rumah berkenaan, sekalipun hanya satu malam sahaja Tok Aji berrnalam di rumah saya. Memang saya dapat mengagak Tok Aji menjengah saya ke situ disebabkan gangguan jelmaan Raonah yang dicampakkan oleh Mat Labak ke dalam selut paya. Dia tidak dikebumikan dengan sempurna hingga terbiar di tengah paya berkenaan.

Memang Benggali tuan rumah itu juga mengakui tanah tapak rumah sewa itu sebelumnya paya teberau yang sudah dikambus. Berlori-lori dia dapatkan tanah kambus semula paya tersebut. Setelah dikambus habis dia bina beberapa buah rumah papan berkembar untuk disewa kan.

Ketika itu sewa rumah se-kadar lima belas ringgit sahaja sebulan di daerah berkenaan. Itu pun tidak semua rumah sewa Benggali itu didiami, kerana mereka yang bekerja di daerah berkenaan dapat tinggal di Kuaters. Lainlah Cikgu Manir sudah beberapa kali memohon kuaters guru, tetapi masih juga tidak berjaya.

Selepas itulah Cikgu Manir tidak akan putus-putus memuji saya kerana membantu dia. Kadarigkala saya sendiri berasa matu kerana tidak sepatutnya menerima pujian demikian. Memang saya ingatkan Cikgu Manir bahawa segala puji itu hanya kepunyaan Allah sahaja.

Apabila emaknya Uda Saenah dimasukkan ke hospital, Cikgu Manir sudah pun berpindah ke kuaters guru. Sengaja dia menjemput saya datang ke rumahnya disebabkan emaknya berulang kali bertanyakan saya.

"Kalau atuk dulu, takkan dia benarkan bawa Uda ke hospital," jelas Uda Saenah sebaik sahaja saya datang menjengah dia di kuaters guru.

Saya tersengih-sengih memandang dia. Seronok juga saya apabila Uda Saenah beritahu mengenai datuknya Pawang Midin hanya minum air akar-akar kayu sahaja dibuat ubat. Tidak pernah Pawang Midin mengidap sakit lelah hingga tercungap-cungap. Kalau terasa penat-penat badan Pawang Midin sekadar usapkan tapak tangan-nya sahaja ke seluruh badan dengan membacakan surah al-lkhlas, surah al-Falaq dan surah an-Nas sebanyak tiga kali.

Bangga sangat Uda Saenah apabila sebut mengenai datuknya Pawang Midin itu. Tatkala Bidan !bun mengadu sakit lelah akibat sejuk tengah malam, Pawang Midin sendiri masuk ke hutan. Dia cari pokok daun telinga beruk itu yang melilit pokok-pokok besar. Air yang bertakung dalam daun telinga beruk itu dibawa balik disuruh minum pada Bidan Ibun.

Dia juga bantu Dukun Ibun carikan akar kayu sekiranya ibu baru bersalin memerlukan air akar kayu. Pawang Midin tahu mengenai akar kayu untuk buang angin, memecahkan darah beku dalam urat, memulihkan tenaga dan mengelak terkena merian. Memang Bidan Ibun harapkan Pawang Midin sahaja, kerana dia satu-satunya yang mahir mencari akar-akar kayu di hutan.

"Apa salahnya kc hospital kalau cepat sembuh, Uda," ujar saya memujuknya supaya tidak salahkan Cikgu Manir sangat.

"Salah tu tidak, tapi kalau bukan penyakit hospital macam mana?" gerutu Uda Saenah kesal kerana Cikgu Manir terburu-burn inembawanya berubat ke hospital.

"Berubat, di mana-mana pun sama, Uda," saya tersengih-sengih memerhatikan gelagat Uda Saenah yang sudah mendesak Cikgu Manir supaya menghantar dia balik sahaja ke kampung.

"Mak kata nak jumpa ustaz dulu," sahut Cikgu Manir mengusik. "Bukankah mak nak jumpa ustaz sebelum batik ke kampung?" dia memerangkap emaknya supaya tidak berdalih sangat mahu cepat-cepat di-hantar balik ke kampung dalam keadaan penyakitnya memerlukan rawatan.

Terdiam Uda Saenah. Memang dia sencliri sudah beberapa kali pesankan kepada Cikgu Manir mahu bertemu saya. Sewaktu dimasukkan tiga hari ke wad, memang saya tidak sempat mahu menjengahnya. Kebetulan pula saya juga balik ke kampung apabila diberitahu mengenai Tok Aji uzur sejak seminggu. Apabila saya balik semula ke daerah itu, Uda Saenah baru sahaja keluar dari hospital.

"Tapi, nampak muka ustaz terasa tenang perasaan Uda ni," tersenyum Uda Saenah memberi pengakuan.

Sebab itu sengaja saya tanyakan dia mengenai arwah datuknya Pawang Midin yang dikenali seisi kampung pawang terbilang. Mudah sahaja Uda Saenah mengalah kalau sebut mengenai jasa Pawang Midin yang tidak boleh dilupakan oleh orang-orang kampung. Uda Saenah juga sanggup bercekang mata sampai ke pagi kalau ceritakan mengenai arwah datuknya itu.

Beberapa kali orang kampung melihat Pawang Midin bertunggang di belakang harimau selepas dipanggil mengubati orang sakit. Memang dia tidak benarkan sesiapa pun menjengah keluar asal sahaja dia balik selepas berubat. Pawang Midin sendiri akan membuka pintu serambi menuruni tangga meranduk kegelapan malam. Sebaik sahaja dia turun nescaya Pawang Midin tidak lagi kelihatan di kaki tangga.

Satu-satunya yang cuba mengendap Pawang Midin menantunya sendiri Abu Latih, disebabkan cepat sangat bapa mentuanya hilang dalam kegelapan malam. Tatkala Pawang Midin selesai berubat, Abu Latih sengaja menunggu di bawah rumah. Sebaik sahaja bapa mentuanya ingatkan mereka yang terconggok di atas rumah tidak bergerak ke mana-mana sehingga dia turun ke tanah, Abu Latih terkaku melihat seekor harimau sebesar lembu tercegat di kaki tangga.

Pawang Midin terus sahaja melompat ke atas belakang harimau berkenaan setelah pintu ditutup rapat. Setelah harimau itu melompat ke tengah kegelapan malam, tergocoh-gocoh Abu Latih naik ke rumah. Dia jatuh tersembam ke lantai dengan mulut berbuih-buih. Tiga hari pula Abu Latih terkejang dengan lidah kelu tidak boleh menuturkan apa-apa.

Memang Pawang Midin scndiri pulihkan menantunya setelah diberitahu rnengenai kejadian yang menimpa Abu Latih. Marah sangat dia dengan Abu Latih kerana sengaja mengendap dia melompat ke atas belakang harimau. Lainlah kalau menantunya kuatkan semangat tatkala melihat kejadian demikian. Sekiranya mudah tergamam kenapa Abu Latih berani mengendap di bawah rumah.

Sudah beberapa kali Abu Latih diingatkan oleh isterinya Tisah supaya tidak tunjuk sombong dengan perkara yang tidak boleh dilihat dengan mata kasar. Tetapi Abu Latih tidak pernah jeran sekalipun tiga hari terkejang kaku setelah melihat bapa mentuanya bertunggang di atas belakang harimau.

"Kali pertama terserempak memang aku terkejut!" sengaja Abu Latih bergurau dengan isterinya Tisah. "Kau tengok nanti, sekali lagi aku jumpa memang aku pula yang bertunggang," dia menambah dalam ketawa memanjang.

Selang tiga hari sahaja Abu Latih tunjukkan sombong di depan isterinya, dia terkejut apabila melihat seekor harimau tercangkung di bawah pokok kekabu lorong ke sungai, semasa dia mahu mandi di sebelah pagi. Tatkala turun dari rumah menuju ke sungai meranduk kabus tebal pagi berkenaan, Abu Latih tidak percaya masakan harimau terjongol setelah matahari mula memancar sinar. Lagi pun sudah ramai orang turun ke sungai sejak subuh mahu solat ke surau berhampiran sungai berkenaan.

Bukan takat terkaku sahaja Abu Latih di situ, tetapi habis kainnya basah akibat kencing meleleh tidak dapat ditahan-tahan. Ketika sampai di rumah tidak sempat dia menaiki tangga, Abu Latih sudah tersembam jatuh. Tangannya sahaja terkapai kapai memanggil isterinya Tisah.

Memang Uda Saenah terkekeh-kekeh ketawa apabila kenang kesombongan suami sepupu emaknya itu. Sejak muda lagi seisi kampung tahu mengenai Abu Latih suka ternberang di mana-mana. Disebabkan temberangnya yang tidak henti-henti itulah dia terkaku apabila terserempak harimau jelmaan Pawang Midin.

Sengaja saya melayani sahaja Uda Saenah ceritakan mengenai emak saudaranya Tisah dan Abu Latih, supaya tidak bosan berangguh rumah Cikgu Manir. Kalau hatinya dilayan baik tentu dia tidak tergesa-gesa mendesak dihantar batik ke kampung. Dia sanggup menunggu beberapa hari di situ asal sahaja saya sanggup jengah dia.

Dalam masa Uda Saenah kenang masa silam Pawang Midin itu perlahan-lahan saya bacakan:

Huwallahhul kholiqul bari-ul musauwiru lahul as-maul husna, yusabbihu mafis-samawati wal-ardhi wahuwal 'azizul httkint.

Sekaligus sahaja Uda Saenah tersentak. Dia mula mengusap-usap dadanya menahan ombak dada yang kencang. Cepat-cepat-Cikgu Manir dan Maimun carikan ubat-nya disorongkan kepada Uda Saenah. Pantas sahaja dia menepis ubat berkenaan hingga bersirak di lantai. Marah benar Uda Saenah apabila Cikgu Manir desak dia menelan pit berkenaan untuk hilangkan sesak nafas yang dihidapnya.

"Ustaz dah tahu, kalau boleh buang aje saka ni!" termengah-mengah Uda Saenah menuduh gangguan saka itu yang menyebabkan dia lelah sejak bertahun-tahun.

"lnsya Allah," ujar saya perlahan tefapi sebenarnya tidak tahu bagaimana mahu memulakan. Lainlah kalau Tok Aji tahu juga dia mengenai petua mahu membuang saka sejak turun temurun.

 "Saya pun tak tahan dengan saka ni, ustaz," tersengguk-sengguk Uda Saenah menahan rasa terharu apabila kenang saka berkenaan.

"Kalau mak dah tahu saka, kenapa tak berubat sejak dulu?" Cikgu Manir juga terkejut diberitahu demikian oleh Uda Saenah. Uda Saenah menggeleng-geleng lemah. Sukar dia mahu memberitahu Cikgu Manir mengenai perkara yang tidak boleh dilihat dengan mata kasar. Bagaimana mahu membuang amalan yang telah diamalkan sejak turun temurun itu? Kalau Uda Saenah sendiri tidak tahu, tentu saya juga semakin serba salah.