Sunday, November 26, 2017

255.PUAKA POKOK ARA MENGAMUK


 SUDAH beberapa kali pokok ara di pinggir pekan kecil itu cuba ditebang, tetapi kontraktor yang mahu menebangnya tidak sanggup meneruskan. Memang tidak ada lagi kontraktor yang berani menawarkan diri untuk menebangnya. Terpaksalah pihak berkuasa membiarkan sahaja pokok ara itu tersergam di tepi jaIan sejak beberapa tahun.

Kalau tidak ditebang berbahaya pula pada bangunan dan kawasan perumahan di situ. Setiap kali angin kuat dahannya bergoyang memukul wayar elektrik yang merentang. Manalah tahu kalau wayar elektrik itu akan terputus menyebabkan aliran elektrik mengancam penduduk.

Memang jarang pokok ara tumbuh di tepi jalan hingga merimbun rendang. Biasanya pokok ara tumbuh di tebing sungai sampai akar nya menungkal berjuntai ke air. Haji Maaris cam benar di mana sahaja pokok ara tumbuh di tebing sungai, kalau mahu dibuat ubat.

Asal sahaja orang datang ke rumahnya Haji Maaris tahu benar fasal mahu Iuruhkan termakan bisa. Kadangkala rimas juga dia sampai tidak mahu melayani tetamu yang terlalu mengharapkan pertolongannya. Tetapi Haji Maaris sudah kesihan apabila melihat keadaan tetamunya yang lemah longlai dengan tubuhnya kurus tidak bermaya.

Mereka yang datang menemui Haji Maaris memang termakan bisa santau sejak bertahun-tahun. Haji Maaris tahu benar penyakit yang pasang tenat dengan yang baru mahu menganggu. Kalau sihir santau dengan memuja daging bercampur serbuk kaca dipaku ke lantai keras sampai tidak boleh tanggal, Haji Maaris akan gunakan tali perut ayam.

Dia akan memancing dengan tali perut ayam sampai paku terlekat itu tertanggal. Sebaik sahaja paku itu tertanggal, dia akan merentap tali perut ayam yang dihulurkan ke kerengkung pesakit. Sekaligus nescaya pesakit itu akan termuntah melambak sampai keluar semua serbuk kaca bercampur miang rebung dan bulu ulat.

Tetapi kalau ramuan biasa, Haji Maaris akan mencari akar pokok ara. Dia akan merbebusnya sampai mendidih. Kemudian air rebusan akar pokok ara itu diperah kelapa parut dijadikan santan. Setelah didoakan santan kelapa perah air akar pokok ara, Haji Maaris akan menyuruh orang yang sakit meminumnya.

Tidak sampai setengah jam orang itu akan melambak muntah darah ber-campur serbuk kaca malah ada rambut segumpal juga. Kadangkala sampai tercirit-cirit sekiranya perut memulas-mulas tidak menentu. Memang sesiapa sahaja termakan bisa santau tahu benar Haji Maaris memerlukan akar pokok ara itu.

Kalau tidak kenang pokok ara tepi jalan itu mengganggu, memang Haji Maaris tidak benarkan kontraktor menebangnya. Apalah salahnya pokok ara itu tersergam di situ. Setidak-tidaknya dia boleh mencongkel akarnya dibuat ubat rebus untuk memerah santan kelapa. Ada juga jasa nya pokok ara itu tersergam merimbun rendang di tepi jalan berkenaan.

Tetapi perintah pihak berkuasa tidak boleh dibantah. Pokok ara itu mesti ditebang juga asal sahaja kawasan perumahan di situ tidak diancam aliran elektrik tatkala angin bertiup kencang. Dahan pokok ara itu akan bergoncang kuat hingga memukul wayar elektrik.

Sudah beberapa kali penduduk di situ membuat bantahan supaya pokok ara berkenaan ditebang biar tersemban ke bumi. Tetapi sudah beberapa orang kontraktor tidak sanggup mahu menebangnya. Rantai gergaji Udin Tenyeh yang mengambil upah menebang pokok ara itu tiba-tiba sahaja putus hingga berkecai macam kacang kuda sebaik sahaja disorongkan ke dahan pokok ara itu.

Tiga hari Udin Tenyeh demam sampai panas seluruh badan. Dia meracau-racau ketakutan sepanjang malam hingga tidak dapat melelapkan mata. Bukan Udin Tenyeh sahaja mengalami kejadian demikian, Ah Peng yang borak besar itupun terkencing dalam seluar apabila gergaji mula disorong ke dahan pokok.

Terjerit Ah Peng apakala melihat dahan pokok ara itu sama dengan paha isterinya. Tidak anggup Ah Peng meneruskan mahu menebang pokok tersebut. Biarlah dia tidak mendapat upah, asal sahaja gangguan ketakutan tidak meracau dalam benaknya. Balik sahaja ke rumah bertambah bingung Ah Peng apabila isterinya Siew Moi terpaksa diusung ke hospital apabila terjatuh di dapur. Tiba-tiba sahaja pahanya tersendal pisau pemotong daging.

"Saya tak berani nak tebang pokok ara tu," jelas Ah Peng apabila kenankan paha isterinya terpaksa dijahit sampai lapan belas jahitan.

"Upah sepuluh ribupun, saya tak mahu," tegas Udin Tenyeh apakala perkara mahu menebang pokok ara itu ditawarkan lagi oleh penghulu.

"Ah, takkan pokok berpuakal" Suman Boceh bernekad mahu mencuba setelah tidak ada siapapun sanggup menebang pokok ara tersebut.

Memang menempah maut sahaja kalau siapa gagahi menebang pokok ara tersebut. Semua orang di daerah kecil itu percaya sangat dengan puaka pokok ara yang boIeh membawa geruh. Mereka lihat sendiri rantai gergaji Udin Tenyeh putus menjadi seperti kacang kuda sebaik sahaja disorong memotong dahan.

Ah Peng juga mengalami kejadian aneh apabila isterinya Siew Moi hampir putus paha tersendal ke pisau pemotong daging di dapur tatkala mata gergaji ditonyoh ke dahan pokok ara. Bukan Ah Peng dan Udin Tenyeh sahaja diuji puaka pokok ara berkenaan, malah Muniandi yang bersembah di kuil sebelum menebang pokok ara berkenaan juga terhumban dari dahan hingga patah rusuk.

Tiba-tiba sahaja tangan Muniandi menggeletar sampai gergaji di tangan jatuh terpelanting ke tanah. Dia juga tidak dapat bertahan terus terjun akibat kaki goyah memijak dahan. Tiga hari Muniandi tidak sedarkan diri setelah jatuh ke tanah. Tatkala terlantar di hospital akibat patah rusuk, Muniandi tidak mahu lagi sebut fasal menebang pokok ara di tepi jalan.

"Saya nampak ular sawa dekat itu dahan," jelas Muniandy selepas dua tahun berlalu peristiwa dia gaga! menebang pokok ara berkenaan.

"Apa fasal awak tak gergaji ular tu?" sengaja Suman Boceh mahu menguji lelaki tersebut.

"Awak gilakah mahu lawan puaka?' terasa juga kecil hati Muniandi apabila Suman Boceh seolah olah tidak mahu mempercayai dirinya.

Tentu Suman Boceh tidak melihat bagaimana ular sawa sebesar batang pinang itu berlingkar di dahan tempat dia berpijak. Kakinya betul-betul jejak di atas belakang ular berkenaan dengan lidahnya terjelir di atas kepala. Masakan dia dapat bertahan tatkala nyawanya terancam.

Cepat-cepat dia mencampakkan gergaji di tangan Iantas melompat ke bawah. Ketika ini mereka yang melihat Muniandi menebang pokok sekadar nampak gergaji terpelanting dari tangannya. Tiba-tiba pula Muniandi tergelincir terus terhumban ke bawah hingga tertiarap ke tanah.

Siapapun tidak melihat ular sawa berlingkar di dahan tempat kaki Muniandi berpijak.

"Awak tolong saya pegang tali, biar saya panjat," beritahu Suman Becoh mengajak kawannya itu ambil upah kontraktor menebang pokok ara tersebut.

"Kalau saya mahu, dulu lagi saya sudah tebang," Muniandi tetap enggan membantu siapapun kalau mahu menebang pokok ara berkenaan.

Hampa juga Suman Becoh disebabkan tidak ada sesiapapun yang sanggup membantunya menebang setelah menerima tawaran penghulu. Muniandi bukan kepalang orang kalau takat menebang pokok tersergam besar. Siapa yang mampu menebang pokok kelapa dikerat kabung dari atas ke bawah, kalau bukan Muniandi.

Apa sangat pokok besar berdahan banyak yang mudah dianggit dengan tali, kalau bandingkan menebang pokok kelapa dikerat kabung dari atas ke bawah!

Sudah beberapa kali Muniandy ambil upah kontraktor menebang pokok, apabila tidak ada siapa yang sanggup. Sekiranya Ah Peng atau Udin Tenyeh menolak, memang Muniandi akan menerima tawaran. Dia tahu benar kalau Ah Peng atau Udin Tenyeh sudah menolak tentulah pokok yang hendak ditebang berpuaka keras.

Muniandi tidak bimbang apa. Dia akan bawa mumbang kelapa dengan bunga tujuh jenis ke kuil. Dia akan pecahkan mumbang kelapa itu di tengah kuil biar semua puaka tidak berani mengganggu. Belum pernah Muniandi gagal menebang pokok kalau sudah pecahkan mumbang kelapa kuil, lantas ditaburkan dengan bunga tujuh jenis.

"Itu pokok tak ada puaka, mana ada puaka!" Suman Becoh bersemangat mengajak Muniandi.

"Tak ada puaka, awak tebanglah sendiri..." sahut Muniandi pula men-cabar kawannya itu.

"Satu orang susah lah sikit," jelas Suman Becoh perlahan.

"Awak panggillah lain orang," ujar Muniandi semacam mengejek.

"Lain orang tak pandai macam awak," lantas Suman Becoh memuji-muji dengan harapan Muniandi sanggup membantunya.

Tetapi Muniandi sudah membuat keputusan tidak akan menebang pokok ara yang telah mem-bawa nahas kepadanya. Masih terasa lagi kakinya berpijak di atas belakang ular sawa, tatkala naik ke atas dahan mahu menyorong mata gergaji. Kalau bukan puaka itu menjelma macam ular sawa berlingkar, masakan dia berpijak di atas belakang ular!

Tentu siapapun tidak dapat melihat kejadian yang dialaminya itu, sampai dia terpaksa campakkan gergaji ke bawah. Dia juga melompat mahu selamatkan diri hingga terjerembap ke tanah sampai patah tulang rusuk.

Tidak pernah Muniandi mengalami kejadian demikian sejak mengambil upah kontraktor menebang pokok. Bila-bila sahaja dia sanggup memikul gergaji kalau dipelawa. Apalagi kalau memangkas batang kelapa kerat berkabung dengan kapak dikilir tajam. Orang-orang yang melihat tentu cemas tatkala batang kelapa terpenggal pucuk terhayun laju laksana pelantik di tengah belukar disinggahi kijang.

Selagi hayunan tunggul pokok kelapa tidak berhenti, Muniandi tetap berpaut dengan pinggang terikat kukuh ke batang kelapa. Memang semua orang kagum dengan kebolehan Muniandi memangkas pokok kelapa kerat berkabung.

Setelah Muniandi menolak, Suman Becoh tidak mudah putus asa. Biarlah Muniandi atau Udin Tenyeh tidak mahu membantu, dia tetap akan buktikan pokok ara berkenaan tidak berpuaka apa-apa. Perkara berpuaka hanya disebabkan kepercayaan kepada tahyol semata-mata, hingga masing-masing lupa hanya Allah sahaja yang Maha Berkuasa.

Dia tidak perlu menabur beras kunyit di keliling pokok sebaik sahaja memanjat pokok dengan kapak terselit di pinggang. Dengan kapak taran sehasta itulah Suman Becoh memanjat ke dahan besar. Tidak bertangguh dia menetak ranting-ranting hingga luruh tidak bersisa.

Satu-satu nya yang membantu dia hanya Sarit Longgok anak muda tiga suku yang tidak bimbang apa-apa. Pantang sahaja diajak ke manapun, dia tidak akan membantah asal sahaja boleh mendatangkan wang. Hatta diajak menjerat babi hutan Sarit Longgok tidak peduli apa-apa pantang larang.

Marah juga ayah tirinya Leman Uban apabila diberitahu Sarit Longgok ikut Kim Wah menjerat babi hutan di tengah belukar. Tetapi Sarit Longgok tidak peduli sangat dengan leteran ayah tirinya. Dia sekadar temankan Kim Wah ke hutan, bukannya menerima upah jual daging babi hutan yang dapat dijerat oleh kawannya itu.

Jauh di sudut hati Sarit Longgok dia mahu sangat me-mastikan babi hutan tunggal itu turun ke air dengan rantai besi di leher. Dukun Polon yang beritahu dia fasal rantai besi terkalung di leher babi tunggal. Tatkala babi tunggal itu turun ke air rantai besi itu akan ditanggalkan.

Dia mesti beranikan hati mencuri rantai besi tersebut biar babi hutan tunggal terpinga-pinga. Kalau rantai besi sudah ada dalam geng-gaman, sekaligus babi tunggal itu tidak akan terangkat kaki mahu menerkam dia. Bukan takat babi hutan sahaja, malah apapun binatang liar di tengah hutan akan menyusup kepala ke bawah perut apabila berdepan dengannya.

"Kau makan duit babi, ye Sarit?" jerkah Leman Uban terkilan sangat kerana seisi kampung sebut fasal Sarit Longgok terima duit jual babi Masakan dia sengaja mahu temankan Kim Wah ke hutan kalau tidak menerima satu sen apa.

"Siapa yang cakap macam tu, pakcik," rungut Sarit Longgok apabila dituduh makan duit jual babi. Tidak pernah satu sen pun dia terima daripada Kim Wah kalau fasal menjual babi hutan terkena jerat.

"Kalau kau tak berduit pun, duduk di rumah ni dapat makan, Sarit," Mak Jimah pula berleter panjang disebabkan tidak tertahan dengan umpat keji seisi kampung.

"Hah, akupun masih mampu nak tanggung kau," ujar Leman Uban menggertap bibir. Malu juga dia apabila seisi kampung menuduh anak tirinya makan duit jual babi.

"Jangan dengar cakap orang," gerutu Sarit Longgok mencebek bibir.

Biarlah seisi kampung tuduh dia terima duit jual babi daripada Kim Wah. Mereka sekadar mahu mengumpat keji asal sahaja melihat orang lain senang. Kalau tidak umpat keji bagaikan tidak sempurna me-reka tinggal dalam masyarakat kam-pung.

Tentu mereka tidak tahu dia sanggup temankan Kim Wah menjerat babi ke hutan fasal rantai besi terkalung di leher babi tunggal. Dia percaya betul dengan petua Dukun Polon sekiranya dapat rantai besi babi tunggal tidak ada taring binatang boleh lut kalau mengerkah. Sia-sia sahaja harimau panjang tujuh menerkam kalau dia ke hutan, sekiranya taring harimau itu patah tidak bersisa.

Kalau tidak kenangkan rantai besi terkalung di leher  babi tunggal itu memang Sarit Longgok tidak tergerak hati mahu temankan Kim Wah ke hutan. Biarlah dia terpaksa berulang alik ke hutan asal sahaja hajatnya mahu menemui rantai besi itu termakbul. Bukan mudah mahu dapatkan rantai besi yang sentiasa terkalung di leher babi tunggal itu.

Sarit Longgok tahu benar peristiwa abang Kim Wah diserbu babi tunggal tatkala memburu di hutan. Beberapa kali ditembak hingga singgah di tengkuknya, tetapi babi tunggal itu tidak rebahpun ke bumi. Dia terus menerkam ke arah abang Kim Wah yang bertahan di perdu pokok.

Sekaligus babi tunggal itu menyondol ke pangkal paha abang Kim Wah, hingga melekat tidak boleh lekang. Jeritan abang Kim Wah melangsing di tengah hutan, tetapi kawan-kawan yang bertahan di atas pokok tidak berani turun membantu. Mahu melepaskan tembakan mereka bimbang peluru akan mengenai ke kepala abang Kim Wah pula.

Sampai abang Kim Wah terbaring lembik menjadi mayat barulah babi tunggal itu lepaskan gigitan di pangkal paha. Terburai daging paha  abang Kim Wah dikerkah taring babi hutan itu. Ketika babi tunggal melarikan diri ke dalam belukar Kim Wah juga lepaskan tembakan dari atas pokok. Dia nampak peluru penabur menyinggahi punggung babi berkenaan, tetapi binatang itu tidak rebah apa-apa. Kim Wah bersama kawan-kawannya menunggu hingga hampir satu jam baru turun ke perdu pokok mendapatkan mayat abangnya.

Bimbang juga mereka mahu turun tatakala babi tunggal tengah mengaruk. Siapaa sahaja mahu membantu tentu dikerkah tidak bersisa. Sebab itu mereka terpaksa tunggu sehingga binatang itu betul-betul jauh meninggalkan perdu pokok.

“Mana boleh dekat dengan babi tu," Kim Wah ingatkan Sarit Longgok disebabkan bersung sungguh sangat mahu mengendap babi tunggal turun ke air. "Lu belum sempat lari, dia sudah terkam macam saya punya abang," beritahu Kim Wah menasihatkan kawannya itu supaya tidak membahayakan diri sendiri.

"Lu mana tahu Kim Wah," ujar Sarit Longgok mencemik muka. Tersinggung juga dengan tanggapan kawannya itu seolah-olah mahu perkecilkan kemampuan dia. Masakan dia bodoh sangat mahu melintas di depan babi tunggal semata-mata mahu meragut rantai besi terkalung di lehernya.

"Ada masa pasang jerat pun, babi tu boleh lepas," jelas Kim Wah gementar juga apabila kenangkan habi tunggal terkena jerat mudah sahaja melepaskan diri. Sebaik sahaja terlepas dari cerutan babi tunggal itu akan mengendap tengah belukar menunggu mangsa melintas. Siapa sahaja yang menjengah jerat sudah tentu akan diterkamnya melepaskan dendam yang bersarang di hati.

"Saya bukan mahu lawan sama dia," beritahu Sarit Longgok tersengih-sengih

"Lu tak mahu lawan, tapi dia mahu lawan," terkekeh-kekeh Kim Wah menyindir kawannya yang berdegil sangat mahu mengikut dia ke hutan menjerat babi.

Tetapi Kim Wah tidak bermimpi mahu menjerat babi tunggal yang tidak lut ditembak dengan senapang laras satu. Biarlah dapat babi hutan biasa yang tidak berbahaya apabila terkena jerat. Terkiak-kiak sahaja babi itu sebaik sahaja kakinya disambar tali jerat sampai kaki terkangkang dengan muncung cecah ke tanah.

Ketika ini Kim Wah akan datang menghunus parang dan menetak kepala binatang itu. Sekali tetak sahaja sudah tentu babi itu terkulai kepala tidak dapat melawan. Lainlah kalau babi tunggal meranduk belukar. Jangankan mahu terkena jerat, melalui denai itupun babi berkenaan tidak tempuh.

Kalau babi tersebut berdendam tiba-tiba sahaja dia menyerbu dari tengah belukar tatkala terbongkok-bongkok menjengah jerat.

Beberapa kali Sarit Longgok masuk ke hutan bersama Kim Wah, dia tidak mahu lagi teruskan. Kim Wah juga tidak berminat lagi ke hutan memburu atau memasang jerat babi. Tetapi memang Kim Wah mengakui Sarit Longgok dapat mencuri rantai besi babi tunggal yang tersangkut di dahan ranting senduduk.

Sebaik sahaja Sarit Longgok dapat merentap rantai besi itu, Kim Wah nampak lembaga babi itu menyerbu dari tengah belukar. Tidak sempat Sarit Longgok memanjat pokok, babi berkenaan hampir sahaja menyondol punggungnya. Mujurlah dia sempat bersembunyi di sebalik perdu pokok hingga babi berkenaan merempuh kuat. Tiba-tiba sahaja babi itu tergolek di tanah tidak boleh bangun lagi akibat muncungnya tersondol kuat ke perdu pokok.

Tidak bertangguh Sarit Longgok memukulkan rantai besi itu ke kepala babi berkenaan sampai binatang itu tidak dapat bergerak lagi. Puas digamit oleh Sarit Longgok barulah Kim Wah berani turun daripada atas pokok tempat dia bertahan. Teragak-agak juga Kim Wah mahu memenggal leher babi tersebut. Manalah tahu binatang itu akan bingkas bangun sebaik sahaja mata parang menyentuh lehernya!

Semenjak itulah mereka berdua tidak lagi masuk ke hutan. Kim Wah bimbang kalau babi tunggal yang lain akan memburunya sebaik sahaja jejakkan kaki ke tengah hutan. Manakala Sarit Longgok tidak mahu lagi memburu setelah mendapat apa yang diidamkannya selama ini. Dukun Polon sendiri percaya rantai besi yang ditunjukkan oleh Sarit Longgok memang terkalung di leher babi hutan.

"Kau nak buat apa dengan rantai babi tu, Sarit?" Leman Uban tetap merungut apabila diberitahu anak tirinya ke hutan mencari rantai besi babi tunggal.

"Buat apa pak cik dengar cakap orang," sahut Sarit Longgok merungut panjang disebabkan ayah tirinya mendesak

. "Bukan orang yang cakap, tapi Kim Wah sendiri yang beritahu," lantas Mak Jimah mencelah. Marah juga dia dengan sikap biadap anaknya mahu menyanggah kata-kata suaminya itu.

"Ah, dia sengaja nak berolok-olok," Sarit Longgok tetap tidak mengaku dia memiliki rantai besi babi tunggal itu.

"Buangkan saja rantai tu, Sarit," perintah Leman Uban memarahi anak tirinya. Memang dia sudah, merasakan Sarit Longgok bukanlah anak tiri, tetapi sama macam anak sendiri juga disebabkan dia tidak mendapat anak sejak berkahwin dengan Mak Jimah. Lagipun dia berkahwin dengan Mak Jimah pun tatkala masih teruna, tentulah dia anggap Sarit Longgok anak juga kepadanya.

"Tidak ada siapa pun boleh melarang kalau dia memarahi Sarit Longgok.

"Mana ada rantai tu, pakcik..." Sarit Longgok tetap berkeras tidak mengakuinya sekalipun berulang kali didesak.

Setelah anak tirinya tidak mahu mengakui, Leman Uban juga tidak boleh memaksa. Biarlah anak muda itu mencuba. Lagipun Sarit Longgok bukan anak kecil yang mesti didampingi sentiasa, tatkala umurnya sudah meningkat lebih dua puluh tahun. Dukun Polon juga mengakui, tidak perlu bimbang sangat dengan Sarit Longgok kalau takat berulang alik ke rumahnya.

Sehingga Sarit Longgok ikut membantu Suman Boceh menebang pokok ara, barulah Leman Uban mula diganggu bimbang. Dia tahu benar fasal puaka pokok ara itu yang mengganggu siapa sahaja melintas.

Kalau Udin Tenyeh yang sudah mahir menebang pokok-pokok berpuaka itu tidak sang gup menetak dahan pokok ara itu, kenapa pula Sarit Longgok mahu menempah bahaya dengan Suman Boceh?. Bukan Udin Tenyeh sahaja mengakui tidak mampu berdepan dengan puaka tersebut, maIah Ah Peng dengan Muniandi juga tidak berani.

"Kau nak menempah bala ke, Sarit!" Leman Uban tidak benarkan anaknya menebang pokok ara berkenaan.

"Tebang pokok juga cari duit, pak cik," jelas Sarit Longgok bergurau.

"Tak payah tebang kalau nak gadai nyawa," sahut Mak Jimah pula menyebelahi suami nya supaya Sarit Longgok tidak terpengaruh sangat dengan upah lumayan menebang pokok ara berpuaka.

"Bukan saya seorang nak tebang," tegas Sarit Longgok rimas kerana dilayan seperti anak-anak kecil sahaja oleh emak dan ayah tirinya. "Saya hanya Bantu Abang Suman," dia tidak berganjak mahu menebang setelah berjanji dengan Suman Boceh. Tentulah tidak baik kalau dia mungkiri janji semata-mata takutkan puaka di situ.

"Kamu jangan degil, Sarit," Mak Jimah mengingatkan dalam suara yang kesal.

Sarit Longgok hanya tersengih-sengih sahaja. Dia tidak membantah sangat larangan emaknya itu. Kalau dibantah juga tentu emaknya semakin berleter sampai tidak dapat lelapkan mata. Biarlah dia mengalah asal sahaja emaknya tidak cerewet apa-apa.

Esoknya pagi-pagi lagi Sarit Longgok sudah bangun menunggu Suman Boceh di warung teh tarik dekat panggung wayang. Tidak teragak-agak dia memugat tiga bungkus nasi lemak sampai sendawa berulang kali.

Selepas minum di warung mereka berdua terus sahaja ke perdu pokok. Suman Boceh berkeliling tujuh kali sambil tangannya menepuk perdu pokok. Kemudian dia memanjat mengikat tali pada dahan supaya mudah dielak oleh Sarit Longgok. Dia hanya harapkan anak muda itu menarik tali anggit dan membawakan minyak mesen gergaji sahaja.

Perkara memanjat pokok dan menyorong mata gergaji memang tanggungjawab dia. Sarit Longgok tidak perlu membantunya memanjat pokok untuk mengikat tali anggit.

Hingga jam sepuluh pagi, sudah habis dahan pokok ara itu luruh ke tanah. Hairan juga Udin Tenyeh dengan kemampuan Suman Boceh menebang pokok berkenaan dengan tidak ada gangguan. Tidak sama macam dia mengambil upah kontraktor tiga tahun sebelum itu, tatkala mata gergajinya putus-putus laksana kacang kuda berbutir-butir.

Sebaik sahaja Udin Tenyeh naik memanjat, dia ternampak perempuan muda tergantung berbuai-buai di hujung dahan dengan lehernya tercerut tali. Menggeletek-geletek perempuan itu melambai tangan meminta pertolongan. Suara perempuan itu tenggelam tidak kedengaran akibat lehernya tercerut kuat.

Cepat-cepat Udin Tenyeh membacakan Ayatul Kursi 33 kali dan dihembuskan ke arah bayangan perempuan tergantung itu. Tiba-tiba sahaja dia melihat kain putih nipis yang membaluti jelmaan perempuan itu dibasahi darah hingga menitik ke tanah.

Udin Tenyeh tetap bertahan. Dia tahu jelmaan itu hanya gangguan puaka yang mahu menguji ketabahannya. Perlahan-lahan dia membacakan jampi serapah:

Hai pontianak mati beranak, mati ditimpa tanah timbus, tambak, kerat temiang panjang pendek, akan pelemang hati jantung hempedu rawan engkau, menyapa emas sekupang di mulut engkau, terbang telur sebiji di bawah ketiak engkau, bertepuk jarum sepucuk di tapak tangan engkau, aku tahu asal kau jadi, orang beranak bunting asal kau jadi, kabul Allah hu...

Habis sahaja dia membacakan jampi serapahnya, perempuan tergantung di hujung dahan itu berputar ligat laksana gasing hidup Uri. Terasa juga pening kepala Udin Tenyeh melihat tubuh perempuan itu berputar di situ.

Memang siapapun yang melihat dibawah tidak tahu mengenai kejadian yang dialami oleh Udin Tenyeh. Mereka hanya melihat Udin Tenyeh meniti dahan mahu menyorongkan mata gergaji sahaja. Dalam keadaan dia masih diganggu bayangan perempuan tergantung di hujung dahan itulah, Udin Tenyeh nampak tangan hitam berbulu meramas-ramas mata gergajinya hingga putus berbutir-butir macam kacang kuda.

Tidak bertangguh Udin Tenyeh turun ke perdu pokok. Sebaik sampai sahaja di bawah kepalanya pitam apabila kenangkan bayangan perempuan berputar ligat di hujung dahan. Apabila sembuh daripada pitam, dia hanya terlantar di rumah. Dia sendiri tidak tahu tiga hari pengsan hingga terkejang macam mayat terbujur.

Tetapi Suman Boceh tidak diganggu apa-apa. Habis dahan-dahan pokok ditetak luruh ke bawah dengan Sarit Longgok menghelak tali anggit. Ketika Leman Uban datang ke situ diapun terkejut kerana pokok ara tersergam tidak lagi merimbun daun. Semuanya sudah jatuh terjerembap ke bumi. Hanya tinggal pokok dengan dahan bercabang tidak berdaun sahaja tertegak.

"Degil betul kau, Sarit..." rungut Leman Uban memerhatikan anak tiri-nya terkial-kial melonggokkan dahan yang sudah kerat-kerat.

Jauh di sudut hati nya dia berbangga juga kerana Sarit Longgok tidak ditimpa apa-apa nahas. Anak tirinya berupaya membantu Suman Boceh menetak habis dahan-dahan berdaun rimbun, sebelum menggergaji perdu pokok ara yang dituduh berpuaka sejak bertahun-tahun.

Setelah berehat setengah jam, barulah Suman Boceh memulakan mahu menggergaji perdu pokok. Ketika ini penghulu juga sudah terjongol muka. Memang dia tersenyum lebar disebabkan Suman Becoh berjaya juga menebang pokok berpuaka yang tersergam berhampiran kawasan perumahan.

Sudah berkali-kali mereka membantah meminta majlis daerah tebangkan pokok berkenaan. Setiap kali hujan lebat dengan angin bertiup kencang dahannya akan memukul wayar elektrik yang merentang. Mahu dialihkan tiang elektrik terpaksa membelok jauh pula melalui tanah orang lain. Tentulah than tanah tidak mahu membenarkan kalau pokok kelapa atau pokok mempelamnya habis ditebang.

Lebih baik pokok ara tersergam itu sahaja ditebang sekalipun berpuaka.

Memang patut juga pokok ara berkenaan ditebang. Kalau dibiarkan tertegak di tepi jalan itu kerapkali juga kereta terbabas hingga terdorong ke tebing. Pemandu kereta nampak seolah-olah pokok berkenaan tertegak di tengah jalan menyebabkan mereka terpaksa mengelak.

Bukan pemandu kereta sahaja terbabas, budak-budak balik mengaji Quran pun pernah terserempak mayat perempuan tergantung dengan leher dicerut tali di hujung dahan. Apabila mereka beritahu kepada orang-orang kampung, tidak pula kelihatan apa-apa setelah dijengah beramai-ramai.

"Sarit, kamu tarik tali ke bawah tebing," laung Suman Boceh memberi arahan sebaik sahaja menyorongkan mata gergajinya.

Sarit Longgok tidak menyahut. Dia menarik tali anggit jauh ke tepi tebing supaya pokok berkenaan akan rebah ke situ.

Ketika mata gergaji ditusukkan ke perdu pokok cepat-cepat Suman Boceh mematikan mesen gergajinya. Dia terkejut apabila melihat perdu pokok itu bergetah merah seperti darah melekit. Memang dia melihat darah pekat berbau hanyir setelah ditonyoh-tonyoh dengan hujung kayu.

"Kenapa Suman?' penghulu yang berdiri tidak jauh dari situ hairan dengan kelakuan Suman Boceh terpinga-pinga.

"Entahlah, pokok ni berdarah tuk," beritahu Suman Boceh gementar setelah melihat kejadian tersebut.

"Ini bukan getah pokok, tapi betul-betul darah," tegas Leman Uban terus memerhatikan anak tirinya di bawah tebing. Berdebar juga hatinya apabila melihat tidak ada Sarit Longgok tercegat memegang tali di situ.

Tidak bertangguh Leman Uban melaung memanggil anak tirinya. Mereka yang sama-sama tercegat memerhati Suman Boceh menebang pokok itu pun berkejar ke bawah tebing mencari Sarit Longgok.

Penghulu juga tidak peduli lagi fasal pokok ara berkenaan berdarah, setelah orang ramai di bawah tebing memekik memberitahu Sarit Longgok terbaring berlumuran darah di seluruh tubuhnya. Tidak ada pula kesan luka-luka ditubuhnya, kalau mahu dikatakan dia tercedera.

Cepat-cepat penghulu menyuruh bawakan sahaja Sarit Longgok ke hospital. Sumah Boceh juga terpaksa tangguhkan mahu menebang pokok ara berkenaan sekali pun dahan-dahannya sudah ditetak sampai gondol. Biarlah dia tangguhkan dahulu sementara Sarit Longgok sembuh.

Berleter panjang Mak Jimah setelah diberitahu mengenai kemalangan yang menimpa anaknya. Sekalipun Sarit Longgok tidak ditimpa pokok, tetapi kejadian anaknya terlantar berlumuran darah sudah cukup mengerikan. Bagaimana pula Sarit Longgok boleh berlumuran darah sekiranya tidak luka apa-apa.

Di hospital juga tidak dapat memberikan rawatan. Kesan luka tidak ada ditubuh Sarit Longgok, tetapi darah masih juqa memercik keluar dari bulu romanya.

"Hah, tak boleh biarkan, Sarit mesti dikebas kain hitam" tegas Dukun Polon sebaik sahaja menziarah anak angkatnya itu.

Terpaksa juga penghulu meminta kebenaran hospital supaya Sarit Longgok dibawa balik. Mereka serahkan kepada Dukun Polon ikhtiarkan untuk memulihkan anak muda itu.

Sebaik sahaja Sarit Longgok dibawa balik ke rumah, Dukun Polon mahukan mayang pinang belum keluar upih. Sarit Longgok bukan sahaja perlu dikebas dengan kain hitam panjang sedepa, tapi perlu juga digawang dengan mayang pinang belum keluar upih itu. Kalau puakanya keras sudah tentu tidak dapat bertahan dengan kibasan kain hitam dengan mayang pisang itu.

Dukun Polon sanggup menurun dengan menyeru Moyang Bukit mendampinginya kalau puaka pokok ara berkeras sangat. Jelmaan Moyang Bukit akan berdiri di hadapannya me-ngibaskan tangan tat kala dia kibaskan kain hitam ke tubuh Sarit Longgok. Serentak dengan itu juga kibasan tangan Moyang Bukit akan menampar muka puaka sampai terpelanting jauh ke tengah hutan rimba.

Tetapi tiga hari selepas Dukun PoIon berkibar kain hitam itu, Sarit Longgok masih juga terkejang tidak sedar apa-apa. Bulu romanya memercik darah laksana peluh mengalir tatkala bekerja keras di tengah kebun.

"Macam mana ni, dukun?" Mak Jimah tidak sabar lagi menahan perasaan dengan keadaan anaknya.

Menggeleng lemah Dukun Polon. Belum pernah dia diuji demikian. Kalau sudah menurun pun puaka itu masih boleh bertahan, memang Dukun Polon serba salah juga. Masakan puaka pokok kayu ara boleh bertahan setelah dia menyeru Moyang Bukit menjelma. Tersinggung hujung siku Moyang Bukit pun tentu puaka itu terpelanting entah ke mana?

"Kita kena beri makan ancakkah?" ujar Lemah Uban bimbang.

"Tengoklah dulu, kalau terpaksa kita buat..." beritahu Dukun Polon perlahan. Sekiranya diberi makan ancak, puaka berkenaan boleh diajak berunding sahaja. Memang dia terpaksa berunding kalau sudah tidak boleh dilawan dengan jampi serapah.

"Perkara macam ni, memang kena beri makan ancak," tegas Leman Uban bagaikan tidak sabar lagi mahu mendesak Dukun Polon lakukan semah di perdu pokok ara itu. Sarit Longgok mesti diselamatkan sekali pun terpaksa mem-bawa ancak sebagai persembahan kepada puaka di situ.

"Awak nak buat kerja syirik?" tiba-tiba sahaja sepupunya Haji Maaris mencelah setelah sekian lama berdiam diri. "Awak percaya sangat dengan puaka yang menentukan hidup mati kita?" ujarnya keras tidak peduli lagi sama ada kata-katanya boleh menyinggung Dukun Polon ataupun tidak.

"Saya setuju dengan cakap tuan haji tu," lantas sahaja Dukun Polon menyahut. Memang dia sendiri sudah lama tidak mahu lakukan memberi ancak menjamu puaka itu.

Kadangkala dia terpaksa lakukan juga apakala didesak sangat oleh orang-orang kampung. Perkara memberi makan ancak itu sekadar mahu memuaskan hati mereka sahaja. Bimbang juga Dukun Polon akan dituduh oleh orang-orang kampung dia sengaja tidak mahu memberi makan ancak, disebabkan mahu upah yang tinggi.

Mereka sanggup bayar berapapun upah asal sahaja Dukun Polon mahu memberi makan ancak!

"Jadi, dukun tak mahu buat beri makan ancak?" soal Mak Jimah kecewa. Tentu anaknya tidak dapat diselamatkan lagi apakala Dukun Polon tidak sanggup memberi makan ancak.

"Perkara syirik, kenapa mesti nak buat?" cepat sahaja Haji Maaris memin-tas. Biarlah isteri sepupunya itu kecil hati, dia tidak peduIi apa.

"Habis, macam mana dengan Sarit?' Mak Jimah menggugu tidak dapat lagi menahan rasa sebak di dada.

"Cuba bawa bertenang dulu..." Haji Maaris mengingatkan terus menginsut ke hadapan mendekati Sarit Longgok.

Darah yang memercik di tubuh Sarit Longgok dibiarkan sahaja. Dia tidak mahu Mak Jimah mengelap kering, kerana ianya akan memercik juga di celah bulu roma Iaksana peluh mengalir banyak.

Haji Maaris menghela nafas terus membacakan:

Rabbi in-ni a' uzubika an-as-alaka malaisa-li bihi ilmu wa illa taghflrli wa tarh amni akum-min al hisirin.

Kemudian dia mengusap dua tapak tangannya ke muka.

Setelah meletakkan tapak tangannya ke dahi Sarit Longgok, dia membacakan pula salawat tiga kali, istighfar juga tiga kali diikuti dengan dua kalimah syahadat, a'uzubillah dan bismillah tiga kali. Selepas itu Haji Maaris membaca fatihah, surah al-lkhlas, su-rah aI-Falaq dan surah an-Nas pula.

Sebaik sahaja Haji Maaris berzikir jauh bergema di dalam hati, Sarit Longgok mula menggeliat resah. Sampai Haji Maaris merasakan seolah-olah rumah itu bergoncang disebabkan zikirnya yang bergema itu, seluruh tenaganya bagaikan api menerjah ke segenap penjuru.

Siapa sahaja yang bertahan di dalam rumah itu simpang perinang melarikan diri akibat terjahan panah berapi yang memancar dari tubuh Haji Maaris. Ketika Haji Maaris membuka mata, Sarit Longgok sudah mula mengerang-erang meminta air daripada emaknya.


"Perkara tak nampak, susahlah nak ceritakan pada orang, ustaz," beritahu Haji Maaris menjelaskan kepada saya mengenai kejadian yang menimpa anak tiri Leman Uban itu. 

Monday, November 20, 2017

254. PENUNGGU POKOK MUNGKIR JANJI


SEMENJAK berpindah ke Gemenceh, lama juga saya tidak bertemu dengan Haji Maaris. Entah kenapa pula dia berpindah ke situ tidak pula saya tahu, kerana Haji Maaris seIalunya berahsia sangat. Sukar dia mahu memberitahu apa-apa mengenai dirinya. Apalagi setelah semua anak-anak sudah berumah-tangga, dan dia hanya tinggal berdua suami isteri sahaja.

Kalau tidak disebabkan Haji Subuh adik isterinya itu berkawan rapat dengan saya, memang saya tidak berapa kenal dengannya. Tetapi Haji Subuh beberapa kali mengajak saya ke rumah abang iparnya itu, sewaktu dia belum berpindah ke Gemenceh. Sebab itulah dia ceritakan fasal anak tiri sepupunya Leman Uban itu terkejang tatkala menebang pokok ara.

"Abang ana dah pindah, ustaz," beritahu Haji Subuh apakala saya menelefon nya bertanyakan abang iparnya itu. "Dia dah berpindah ke Gemenceh sejak sepuluh tahun dulu" katanya ketawa di dalam telefon di-sebabkan terlalu gembira.

Haji Subuh pun hairan juga tiba-tiba sahaja saya bertanyakan abang iparnya Haji Maaris itu. Memang Iebih sepuluh tahun saya tidak menghubunginya. Bukanlah saya dah melupakan kawan-kawan, tetapi kadangkala kerana urusan masing-masing.

Beberapa kali juga sebelum itu saya hubungi Haji Subuh, tetapi dia sebok dengan perniagaannya. Memang saya tidak meninggalkan pesan supaya dia hubungi semula. Sudah menjadi tabiat saya tidak akan meninggaIkan apa-apa pesan, kerana tidak ada apa-apa yang mustahak. Apabila saya menelefon kawan-kawan hanya kadar mahu bertanyakan khabar sahaja.

"Bila ustaz nak rumah ana?" Iantas sahaja Haji Subuh bertanya setelah dapat berbual di telefon. Ana telefon ustaz
juga tapi tak ada siapa angkat," beritahu Haji Subuh menjelaskan kehampaan nya sudah beberapa kali menghubungi saya tetapi tidak dapat.

Memang sudah Iebih lima tahun saya berpindah daripada rumah lama. Ramai juga kawan-kawan yang terus menelefon di rumah lama, kerana me-nyangka saya masih tinggal di sana. Semasa berpindah ke Perak ramai juga kawan-kawan tidak menyedari saya berhijrah kesana, disebabkan saya tidak menhubungi mereka.

Apabila saya berpindah lagi meninggalkan negeri Perak sejak Iebih lima tahun dahulu, kawan-kawan juga tidak tahu di mana saya menetap.

Tetapi Haji Maaris ke manapun dia berpindah, masih ramai juga mencarinya fasal minta doakan setelah termakan ramuan bisa. Ke mana lagi mereka harapkan kalau terbatuk-batuk hingga keluar darah beku? Mereka akan bertumpu di rumah Haji Subuh minta tunjukkan ke mana Haji Maaris berpindah.

Terpaksa juga Haji Subuh mem-berikan alamat tempat abang iparnya berpindah. Masakan Haji Maaris boleh mengelak setelah Haji Subuh sendiri yang memberitahu mengenai alamat barunya.

Sewaktu saya berkunjung dengan Haji Subuh ke rumahnya dia baru sahaja merebus akar pokok ara. Memang sudah ada tetamu di rumahnya bertubuh kurus pucat meng-harapkan dia boleh membantu.

"Hah, ustaz, memang dah lama saya nak jumps ni," her-sorak Haji Maaris keluar ke pintu se-baik sahaja saya ke-luar dari kereta Haji Subuh.

Dia terus mengajak saya naik ke rumah. Tidak bertangguh dia per-kenalkan saya kepada tetamunya bertubuh kurus pucat itu.

"Datang dari mana?" tegur saya perlahan.

"Dari Umbai, Melaka..." ujar tetamu itu Iemah.

"Jauh-jauh dia orang datang ni," beritahu Haji Maaris diselang dengan ke-tawa memanjang. Memang menjadi ke-biasaan Haji Maaris asal bercakap akan diselangi dengan ketawanya.

Setelah merebus air akar pokok ara itu, dia perch kan santan kelapa meng-gunakan air ber-kenaan. Beberapa minit Haji Maaris masuk ke biliknya mendoakan air ter-sebut, sebelum di-beri minum kepada tetamu tersebut.

Dia menyuruh tetamunya itu ber-baring dahulu se-lepas menghabiskan satu koleh santan yang diperah dengan air rebus akar pokok ara. Tidak sampai setengah jam tetamu nya mulai gelisah disebabkan kepala mulai pening dengan perut memual-mual. Cepat-cepat dia menyuruh tetamunya itu ke tandas.

Sebaik sahaja masuk ke tandas tetamunya termuntah dan terus buang air. Muntahnya darah beku seperti daging cincang bercampur dengan serbuk kaca. Dia juga buang air dengan rambut se-gumpal bersama ser-buk kaca berbaur-baur di dalam najisnya. Setelah muntah dan buang air, terpaksa pula isteri tetamunya itu memapah balik ke tengah rumah.

Tetamunya terlalu Iemah tidak dapat melangkah. Di tengah rumah itulah dia berbaring untuk memulihkan keadaan.

"Dia ni tak berapa teruk," jelas Haji Maaris kerana teta-munya itu masih mampu berjalan di-papah tatkala keluar dari bilik air.

"Kalau yang teruk tu, sampai tiga hari tak larat bangun," isterinya Hajah Salbiah pula menyampuk.

"Emmm, dah pencen ingat nak berihat," keluh Haji Maaris tersengih-sengih mengerling tetamunya yang terbaring. "Tak dapat juga, sebab orang perlukan kita..." katanya perlahan.

Memang Haji Maaris juga tidak berniat mahu gunakan doa-doanya untuk mengubati mangsa termakan santau ataupun ramuan bisa. Dia se-cadar amalkan untuk memelihara diri sendiri dan ke-luarganya, supaya di jauhi daripada mala netaka demikian.

Tetapi dia tidak dapat sembunyikan apabila seorang ber-dua kawan-kawan sudah mengetahui kebolehannya.

Kawan-kawan itulah yang menyebarkan kepada orang lain pula, sampai dia tidak dapat meng-elak. Kadangkala dituduh pula mahu membandingkan ilmu dengan orang lain, walhal dia melakukan semuanya kerana Allah semata mata.

Kalau tidak disebabkan dia sendiri mengalami penderitaan termakan santau, memang Haji Maaris tidak mahu mempelajari apa-apa pun doa demikian. Dia bukan mahu mencari musuh dengan sesiapa, kalaupun ada orang mahu menganiaya. Selepas sahaja balik kerja pejabat sebelum pencen, dia mengajar kanak-kanak di kuarters kerajaan mengaji muqadam dan Quran.

Balik dari surau sebelah malam, Haji Maaris juga tidak ke mana-mana. Tidak perlu dia membuang masa berbual di gerai-gerai atau di mana-mana. Di pejabatpun dia tidak akan duduk di kantin. Lebih baik sahaja balik ke rumah menikmati makanan tengah hari yang dihidangkan oleh isteri sendiri.

Tetapi sewaktu balik makan kenduri majlis kahwin keluarganya sendiri, Haji Maaris merasa dadanya pedih bagai kan sendawa ter-makan cili banyak. Bahang kepanasan dadanya itu menyebabkan dia tidak dapat tidur semalaman diikuti dengan batuk memanjang terkokol-kokol.

Seminggu dia batuk terkokol-kokol dibiarkan sahaja tidak dirawat apa-apa. Kawan-kawan di pejabat juga mendesaknya supaya ber ubat ke klinik, biar baulk itu tidak melarat. Malas sangat Haji Maaris mahu ke klinik kalau takat batuk terkokol-kokol sahaja. Lainlah kalau demam sampai selera ma-kan terasa pahit mahu menelan nasi, memang patut dia  ke kelinik dapatkan rawatan.

Sekiranya sepupunya Malim Sonoh tidak datang menjengah, Haji Maaris pun tidak tahu dia termakan bisa santau. Dia hanya terasa dadanya pedih sahaja bagaikan terasa dituris dengan hujung mata pisau. Malim Sonoh cam benar dengan batuk terkokol-kokol yang dihidapi oleh Haji Maaris itu.

"Batuk kau ni, batuk berisi ni, Maaris," cepat sahaja Malim Sonoh menuduh apabila sepupunya itu terbatuk-batuk memanjang tatkala dia berkunjung ke rumahnya.

"Ah, Abang Malim ni ada-ada aje," gerutu Haji Maaris menyangka sepupunya itu bergurau. Dia tahu benar fasal abang sepupunya itu yang suka bergurau apabila bertemu. Ada sahaja usikan-nya untuk berolek-olek dengan Haji Maaris.

"Aku cakap betul betul ni, batuk kau memang batuk ber-isi," jelasnya tersengih-sengih bagaikan mahu bergurau mengusik Haji Maaris.

"Memang berisi, kadangkala ada kahak..." ujar Haji Maaris tetap bergurau dengan Malim Sonoh.

Tetapi Malim Sonoh tidak juga bersungguh-sungguh. Dia tersengih-sengih sahaja seolah-olah mahu berolok-olok. Macam mana Haji Maaris mahu percayakan tuduhan abang sepupunya itu fasal dia termakan bisa santau. Lagipun di mana pula dia terperangkap hingga menjamah makanan di-bubuh bisa santau itu.

Kalau takat petua Haji Maaris pernah juga diingatkan oleh arwah ayahnya setiap kali mahu menjamah makanan di mana-mana. Dia perlu pusingkan pinggan tiga kali Iantas letakkan. jari telunjuk di tengah-tengah buntut pinggan. Sekiranya ada bisa santau sudah tentu buntut pinggan itu terasa panas Iaksana bara api dicucuhkan.

Petua meneguk air di cawan juga diingatkan oleh arwah ayahnya. Dia mesti merenung gelas itu memerhatikan bayang di dalam air. Sudah tentu air minuman bercampur visa santau sekiranya tidak kelihatan bayang sendiri di situ.

Masakan dia mahu amalkan petua demikian tatkala di tengah majlis. Tentu orang akan bertanya kenapa dia memusingkan pinggan tiga kali, kemudian letakkan hujung jari telunjuk di tengah buntut pinggan. Orang di kiri kanan juga akan terkejut sekiranya dia leka memerhati bayang di dalam cawan minuman.

Fasal itulah Haji Maaris tidak peduli sangat dengan petua demikian. Lagipun dia tidak pernah mencari musuh, bagaimana pula ada orang yang tergamak mahu aniaya dirinya dengan bisa santau?

Tetapi perkara tergamak atau tidak, bukan mustahak sangat. Malim So-noh ingatkan dia fa-sal santau itu bukan Iah racun yang disimpan macam racun serangga di dalam stor. Santau itu dibela pelihara seakan-akan bubuk yang merayap dalam botol khas. Bila-bila sahaja bubuk berkenaan terbang mencari mangsa sekiranya tuannya tersinggung tidak dapat menahan sabar.

Kalau bubuk-bubuk itu tidak mencari mangsa, tuannya sendiri terpaksa menanggung bahana hingga terbatuk-ba-tuk muntah darah melambak-lambak. Tentulah tuannya tidak mahu menderita sampai bertahun-tahun sebelum menemui ajal. Siapa sahaja mangsa mesti dicari asal sahaja dia teringatkan wajah mereka jauh di sudut hatinya.

"Batuk kau tu, bukannya berisi kahak," Malim Sonoh ketawa bagaikan mengejek adik sepupunya.

"Kalau berisi, baguslah..." lantas Haji Maaris meningkah kerana tidak percaya sangat dengan tuduhan Malim Sonoh.

"Awakpun, janganlah cepat sangat olok-olokkan cakap orang," merungut juga Hajah Salbiah di sebabkan suaminya tidak mahu mendengar dengan teliti penjelasan Malim Sonoh terlebih dahulu. "Dengarlah dulu apa yang nak Abang Ma-lim tu katakan," tegasnya mencemik muka.

"Batuk Maaris ni macam dah termakan bisa," beritahu Malim Sonoh berterus terang

Terdiam Haji Maaris. Pedih di dadanya memang sudah berlarutan sejak berminggu-minggu selepas balik makan kenduri maj-lis kahwin. Tidak pula dia muntah darah selepas men-jamah makanan kaIaulah termakan bisa santau tatkala meng hadap hidangan. Haji Maaris juga percaya dia tidak akan ditembusi santau setelah membacakan surah al-Quraisy tiga kali sebelum menyuap nasi.

Arwah ayahnya yang turunkan petua membaca surah al-Quraisy itu tiga kali sebelum menjamah apa sahaja makanan atau mi-numan bagi mengelakkan gangguan santau. Siapa yang tidak tahu mengenai kebolehan ayahnya Haji Sahimin sekiranya mahu diuji dengan racun atau santau tatkala makan di tengah majlis.

Belum pun sampai dulang makanan dihidangkan di hadapan Haji Sahimin nescaya akan me-letup semua piring tidak bersehab. Kaca piring akan ber-kecai hingga jatuh terhumban daripada dulang pantar se-belum sempat diberi kan kepadanya.

Kadangkala piring gulai akan dilinangi darah mendidih sebaik sahaja diletakkan di hadapan Haji Sahimin. Tentulah tuan rumah berasa malu dengan kejadian demikian sekalipun mereka tidak tahu menahu apa-apa. Tetapi Haji Sahimin tidak akan menuduh sesiapa pun. Biarlah mereka mahu mencuba asalkan sahaja dia tetapi mendapat perlindungan dan pertolongan Allah.

"Macam mana Pula aku boleh termakan bisa?" hairan juga Haji Maaris setelah menden-gar penjelasan Ma-lim Sonoh

. "Kau tak amalkan petua arwah Ulung Sahimin," lantas Malim Sonoh mengejeknya. Bagai mana pula anak arwah Haji Sahimin boleh ditembusi gangguan santau?

"Boleh jadi dendam, manalah tahu..." Hajah Salbiah pula mencelah. Dia kuat menuduh tentu orang yang iri hati tidak dapat menewaskan arwah Haji Sahimin sengaja membalas dendam. Setidak-tidaknya salah seorang anak arwah Haji Sahimin mesti diuji juga bagi memuaskan hatinya yang sekian lama menyimpan dendam tidak kunjung padam.

"His, tak boleh menuduh," sahut Malim Sonoh tidak bersetuju. "Kalau diubat, cukup jelasnya lantas meminta Haji Maaris carikan akar pokok boleh direbus.

Setelah diperahkan santan kelapa menggunakan air rebus akar pokok ara Malim Sonoh membacakan

Bismillahil lazi-yadru ma’as-mihi syai’in fil-ardha wala fissama-i wahuwal samiul alim

Diulangi tiga kali dan didoakan lagi dengan tiga kali juga

Fata-tahazat min-du-nihim hijaban fa-arsaina ilaiha ruhanafatamas-sala laha basyaran sawiya.

Lama Malim Sonoh merenung ke dalam santan kelapa didalam mangkok,sebelum menghembus perlahan . Apabila merasakan bulu romanya meremang, Malim Sonoh mengukuhkan silanya dengan dua tangan terlanggung ke kepala lutut. Kemudian dia membacakan ayat 22, 23 dan 24 dari surah al- Hasyur, dan meneruskan tujuh kali doa:

Laqad-ja-akumm rasulun min-anfusikum ‘azizun alaihi ma-‘anittum harisun ‘alaikum bilmukminina ra-upurrahim, fain tawallau faqul hasbiyallahhu la- ilahailla huwa ‘alaihi tawakaltu wahuwa rabbul ‘arsyil azim.

Sebaik sahaja santan kelapa di perah air rebus akar pokok ara itu diminum oleh Haji Maaris, dia merasakan tekak loya mahu muntah disamping perut memual-mual tidak bertahan. Lima minit sahaja dia terus berkejar ke bilik air meluahkan muntahnya dengan ditadahke dalam besen. Malim Sonoh sendiri menyuruh dia tadahkan ke dalam besen sekiranya mahu terjeluih muntah.

Terkejut benar Haji Maaris apakata melihat rnuntahnya nasi beriani dengan daging kurmak seolah-olah baru sahaja dijamah, melambak di dalam besen. Malim Sonoh dan Hajah Salbiah juga semacam tidak percaya dengan muntah tersebut berbaur-baur dengan serbuk kaca memutih, miang rebung laksana bulu roma dicukur dan kulit ulat gonggok garing dijemur.

Tatkala Haji Maaris mengais muntah di dalam besen, perutnya pula memual-mual terus sahaja dia menerpa ke tandas. Sebaik sahaja buang air besar Haji Maaris tidak berdaya lagi mahu berdiri. Lutut dan sendi-sendinya menjadi Iemah tidak bermaya. Terpaksa dia melaung isteri meminta dipapah ke bilik tidur.

Sewaktu disuluh ke dalam mangkuk jamban, Haji Mauls melihat darah beku bercampur dengan gurnrialan rambut sebesar cawan yang memutih oleh serabuk kaca. Tiga hari juga Haji Maaris terlantar tidak boleh bangun setelah termuntah-muntah beberapa kali, serta cirit birit sepanjang malam.

"Kenapa tak amal kan petua arwah Ulung Sahimin?" tanya Malim Sonoh setelah keadaan Haji Maaris kembali segar

Haji Maaris menggeleng lemah. Dia tidak ambil peduli sangat dengan petua atau amalan demikian. Tidak perlu dia meneruskan amalan arwah ayah nya itu setelah memikirkan hanya me-reka yang bodoh sahaja mahu melakukan kerja-kerja bermain dengan santau ini. Hanya mereka yang tidak takut kepada hukum-hukum al-Quran sahaja tergamak menjalankan kerja-kerja aniaya sesama manusia.

Tetapi dia juga perlu mengamalkan doa-doa yang ber-sumberkan al-Quran Amalan doa demi-kian memang telah diturunkan sejak zaman berzaman.

Semenjak itulah pula Haji Mauls tidak segan-segan meminta Malim Sonoh turunkan doa-doa tersebut kepadanya. Dia tahu memang Malim Sonoh sendiri amalkan petua-petua yang diajarkan oleh arwah ayah nya Haji Sahimin. Tetapi Haji Maaris tidak ambil berat sangat dengan doa-doa demikian, setelah bekerja dalam jabatan.

Tentulah ditertawakan oleh kawan kawan kalau masih percaya kepada amalan-amalan yang dibawa dari kampung. Mereka tidak percaya sangat dengan bisa santau yang boleh dikirim melalui angin atau jampi serapah.

"Tapi, kejadian itu berlaku pada diri saya sendiri," jelas Haji Maaris memberitahu saya apabila kenangkan peristiwa dia termuntah-muntah selepas diberi minum santan kelapa oleh Mahal Sonoh.

Dia sendiri tidak akan mengamalkan doa-doa tersebut sekiranya tidak mengalami kejadian demikian. Manalah dia tahu fasal terkena bisa santau, kerana perubahan pada dirinya tidak ketara apa apa. Apabila terasa dadanya pedih, dia sekadar menuduh diseabkan makan nasi berkuah cili padi yang memijar.

Memang Haji Maaris tahu mangsa termakan santau tidak akana muntah darah serta merta seperti termakan racun serangga. Santau akan meresap sedikit demi sedikit di dalam tubuh bagaikan anai-anai memakan pokok. Kadangkal sampai bertahun-tahun baru mangsa itu terbatuk- terbatuk hingga tubuh menjadi kurus. Tenaga juga bertambah lemah dengan sendi-sendi sentiasa sengal tidak menentu.

Tetapi dia tidak menyangka dirinya menjadi sasaran. Apa sangat yang didendamkan orang terhadap dirinya. Kalau mau irihati disebabkan kedudukan berpangkat tinggi dengan gaji besar sampai hidup me-wah berlagak. Tidak ada gunanya sesiapa pun memberikan dia santau semata-mata mahu melepaskan rasa dendam kesumat yang terbuku di hati.

"Kalau tak kena tentu Abang Maaris tak jadi tabib," Haji Subuh mengusik abang iparnya.

"Ah, tabib apa, tabib jangankan tidak..." sahut Hajah SaI bah tersengih-sengih mengerling suaminya yang tersenyum simpul dengan usikan Haji Subuh

. "Lainlah ustaz ni' lantas Haji Maaris berpaling kepada saya. "Diam ustaz ni diam ubi, makin lama makin berisi," dia tertawa memanjang menahan rasa geli hati

Memang orang seperti Haji Maaris tidak akan mengakui dirinya mempunyai kelebihan. Apa sangatlah dengan saya kalau mahu bandingkan dengan dirinya, yang sudah dikenali sejak ber-tahun-tahun. Biarlah ke manapun dia ber pindah, mereka yang mengharap kan bantuannya tetap akan mencari.

Sewaktu anak tiri sepupunya terkejang selepas membantu menebang pokok ara, Haji Maaris tidak mengelak apabila Lemah Uban mendesaknya membantu. Pokok ara yang ditebang oleh Suman Boceh dan Sarit Longgok, sudah beberapa kali digali akarnya oleh Haji Maaris. Siapa sahaja mengadu fasal diganggu santau, akar pokok ara itulah akan digali Haji Maaris.

Tidak pernah pula Haji Maaris diganggu puaka pokok ara itu sampai terkejang tidak sedarkan diri. Setiap kali dia mencebak akar pokok ara itu, tidak pernah Haji Maaris melihat perempuan tergantung di dahan pokok hingga berbuai-buai akibat leher tercerut ke tali.

"Tapi, memang pernah perempuan India gantung diri di situ," beritahu Muniandi tatkala menziarah Sarit Longgok terkejang. Haji Maaris teranguk-angguk sahaja mendengar penjelasan Muniandi, tetapi tidak ambil hirau sangat.

"Sebab itulah selalu orang nampak mayat perempuan tergantung di situ," Leman Uban menegaskan seolah-olah melepaskan rasa geram yang terbuku di dada.

Bukan seorang berdua yang ternampak mayat perempuan tergantung berbuai-buai di dahan pokok ara berkenaan. Sudah ramai yang terserempak terutama tatkala hujan lebat dengan petir kilat sabung menyabung waktu petang menjelang.

Habis sahaja hujan lebat dengan petir kilat sabung menyabung itu bayangan perempuan tergantung itu akan hilang entah ke mana. Sekali sekala sewaktu bulan mengambang penuh mereka yang tinggal di kawasan perumahan di situ terdengar rengekan perempuan menangis beralun-alun ditiup angin sepoi-sepoi.

"Apa fasal perempuan itu gantung diri?" lama Haji Maaris terangguk-angguk barulah dia berpaling lantas bertanya kepada Muniandi.

"Dia bunting, itu fasal dia malu," ujar Muniandi menegakkan sandar belakang ke dinding. "Itu jantan tak baik, dia lari tinggalkan sama itu perempuan," jelasnya bangga kerana tahu benar dengan kejadian perempuan India menggantung diri di dahan pokok ara itu.

Masakan Muniandi tidak tahu kerana mereka sama-sama tinggal di taman tempat kuarters kediaman. Dia masih kecil lagi sewaktu gadis Ambika itu tiba-tiba ditemui tergantung di dahan pokok ara. Perkara Ambika berhubung dengan lelaki sampai mengandung, memang Muniandi tidak tahu sangat.

Tetapi semenjak Ambika ditemui mati tergantung di dahan pokok ara, sudah beberapa kali orang mendengar rengekan perempuan menangis di tengah malam. Tetapi apabila disuluh ke dahan pokok yang dirimbuni daun, tidak pula kelihatan apa-apa di situ. Rengekan perempuan menangis itu akan berpanjangan kalau tidak disuluh oleh se-siapa.

Semasa Ambika menggantung diri, memang keluarganya tidak tahu menahu langsung. Dia turun meninggalkan rumah waktu petang tatkala langit mendung dengan hujan renyai-renyai mulai turun. Selepas hujan reda ketika maghrib mu la menjelang, barulah orang di pekan kecil itu gempar ternampak Ambika tergantung.

Kematian Ambika hanya perkara biasa sahaja apabila dia membunuh diri. Tidak ada kena mengena dengan puaka yang menetap di bawah rimbunan daun pokok ara berkenaan. Hanyalah sekali sekala apabila hujan lebat turun waktu asar, orang melihat jelmaan perempuan tergantung berbuai-buai ditiup angin di hujung dahan.

Tidak pernah pula Haji Maaris terserempak apa-apa keganjilan setelah beberapa kali dia mencebak akar pokok ara berkenaan.

"Tentu Sarit ni disampuk hantu perempuan mati tergantung tu," tuduh Leman Ubat setelah mendengar penjelasan Muniandi

Dia percaya sesiapa sahaja mati dengan cara membunuh diri akan menjelma menjadi hantu. Bila-bila sahaja jelmaan dirinya akan berbayang di tempat kejadian seolah-olah meminta pertolongan.

Sesiapa sahaja yang Iemah semangat tentu akan mudah dirasuk jelmaan tersebut. Apabi la jelmaan itu merasuk mereka akan di bawa jauh entah ke mana. Sebab itulah tubuhnya sahaja Yang kelihatan terkejang tidak bergerak, sedangkan semangatnya sudah dibawa jauh tidak bertahan.

Kalaulah Dukun Polon tidak memberi jalan, memang Haji Maaris juga tidak mahu mencuba. Tetapi Dukun PoIon tahu hubungan kekeluargaannya di antara Leman Uban dengan Haji Maaris. Setidak-tidaknya dia mesti mempelawa Haji Maaris doakan. Manalah tahu doa Haji Maaris Iebih serasi daripada usaha yang telah diikhtiarkan olehnya dengan berkibas mayang pinang.

Dukun Polon juga memohon pertolong an Allah untuk mengubati Sarit Longgok, bukannya bergantung pada jampi serapah mata-mata. Dia menyeru Moyang Bukit menjelma di depannya pun hanya mengikut amalan yang diturunkan oleh gurunya sewaktu mempelajari petua-petua yang diberitahu.

Habis sahaja amalan diturunkan, dia perlu hadiah kan gurunya dua ela setengah kain putih, sebilan pisau lipat, segenggam garam, segenggam gula, segenggam asam keping dan duit syiling tujuh ringgit dua puluh lima sen. Pemati ubat inilah yang membolehkan dia menyeru Moyang Bukti tatkala menurun selepas membakar kemenyan.

Dia belajar dengan berguru menurunkan amalan dukunnya, bukan dapat-dapatan melalui mimpi. Dukun, Polon tidak percayai sangat kalau amalan yang dapat melalui mimpi semata-mata dengan tidak berguru langsung.

Tentu Haji Maaris juga berguru, sekalipun amalan mereka tidak sama. Tetapi terasa juga seram sejuk Dukun Polon, semasa Haji Maaris mula merapatkan silanya. Apabila Haji Maaris mula berzikir hingga mukanya seolah-olah merah padam, Dukun Polon juga mengisar dua tapak tangan me-nyeru Moyang Bukit.

Puas dia mencari-cari dalam makrifat nya, tetapi Moyang Bukit terlalu jauh dari jangkaan. Menggeleng-geleng kepala Moyang Bukit memberi isyarat tidak mahu mendekati dia.

Semasa berdiri di antara ruang yang memisahkan dirinya dengan Moyang Bukit itulah Dukun Polon nampak Haji Maaris terapung-apung di udara memegang tongkat bercahaya seperti kaca. Setiap kali dia menghentakkan tongkatnya, terdengar gemanya membingitkan telinga.

Moyang Bukit tertegun sahaja memerhatikan Haji Maaris menujah-nujah tongkat kacanya bagaikan berligar di sekeliling perdu pokok ara yang tersergam rimbun.

Setelah membacakan doa:

Walau-anna slur-an an suiyi-rat bihiljibalu au-qu ttrat bihil-ardh au-kullirna bihilmau-ta bal-lillahhil amru jami'an, ya syafi, ya kafi ya mu'afi, wa-bilhaqqi anzalnahu wabilhaqqi nazala,

Haji Maaris memukulkan tongkat kaca yang berkilauan cahaya itu ke perdu pokok ara.

 Ketika ini Dukun Polon melihat bagaikan Sarit Longgok terikat dengan rantai di perdu pokok ara. Tangannya terkapai-kapai mahu melepaskan ikatan rantai tersebut yang tersangkut pada bangkai seekor babi tunqgal sebesar anak lembu tengah naik badan.

Cepat-cepat Dukun Polon cuba menerpa mahu melepaskan ikatan rantai di tubuh Sarit Longgok, tetapi tubuhnya ditolak kuat oleh lembaga besar berbulu hitam yang menjelma tiba-tiba. Berdebar juga hati Dukun Polon mahu melawan kerana kekuatan lembaga besar berbulu hitam itu bukan tandingan dia.

"Kami bukan nak berlawan, tapi nak berunding," lantas Dukun Polon me-mujuk lembaga besar berbulu hitam itu supaya bertenang. Tersengih-sengih lembaga besar apa-bila Dukun Polon mengakui akan kehebatan dirinya. Sudah tentu dia boleh menentukan apa sahaja syarat perdamaian kalau Dukun Polon mula mengalah.

Memang Dukun Polon bersedia menerima apa sahaja syarat. Sama ada dia mampu mengalahkan lembaga besar berbulu hitam itu atau tidak bukanlah penting sangat. Perkara yang mesti difikirkan saat itu mahu menyelamatkan Sarit Longgok. Selepas dia dapat membuka ikatan rantai di tubuh Sarit Longgok, barulah boleh difikirkan bagaimana mahu berunding seterusnya dengan lembaga berkenaan.

Ikatan rantai di tubuh Sarit Longgok juga tersangkut pada rantai di leher bangkai babi hutan yang tergolek dengan perutnya sudah mulai kembung. Bau busuk bangkai juga menusuk-nusuk ke hidung hingga meloyakan tekak. Belum sempat Dukun Polon memujuk lembaga besar berbulu hitam itu supaya melepaskan Sarit Longgok, dia nampak Haji Maaris memukul kepala lembaga berkenaan dengan tongkat kaca di tangannya.

Tatkala tongkat tongkat kaca menyinggahi kepalanya pancaran kilat memancar, hingga terasa menyilau pandangan. Terlalu marah lembaga besar itu disebabkan pukulan Haji Maaris tidak dapat ditepisnya.

"Polon, kawan kamu ni nak tunjuk keras kepala nampaknya," gerutu lembaga besar itu lantas memberi isyarat supaya Dukun Polon melawan Haji Maaris.

Serba salah juga Dukun Polon mahu bertindak. Kalau -tidak dituruti ke- mahuan lembaga besar itu, bimbang juga dia nyawa Sarit Longgok kian terancam. Tetapi dia tidak patut menghalang Haji Maaris berkeras mahu melawan, setelah pukulan tongkat kacanya menyinggahi kepala lembaga besar itu.

Haji Maaris terus memukulkan tongkat kacanya ke muka lembaga besar berbulu hitam itu bertalu-talu. Setiap kali dia memukul seolah-olah petir yang menyambar dari udara menyebabkan lembaga besar itu tidak dapat mengelak langsung. Kesan pukulan itu juga melecur di tubuh lembaga berkenaan laksana ditembak petir tidak henti-henti.

"Eh, haji awak nak bunuh aku ke?" seru lembaga besar itu mulai gementar setelah tidak mampu mengelakkan pukulan yang ber talu-talu datangnya

Kalau kau tahan, tunggulah," sahut Haji Maaris tidak pedulikan rayuan lembaga tersebut.

"Awak ni tak mahu berunding. langsung, tak sama macam Polon," ujar lembaga besar itu sengaja mahu me Iaga-lagakan Haji Maaris dengan Dukun Polon.

"Buat apa berunding dengan kamu?" jerkah Haji Maaris mengejeknya terus memukulkan tongkat kacanya ke tubuh lembaga berkenaan.

Dukun Polon tidak perlu lagi berunding dengan lembaga besar berbulu hitam itu untuk melepaskan ikatan rantai di tubuh Sarit Longgok. Biarlah Haji Maaris sahaja mengancam dengan tongkat kacanya sampai lembaga itu sendiri mengalah tidak bersyarat. Dia nampak lembaga yang angkuh sebelumnya tiba-tiba sahaja moyok meminta belas kesihan daripada Haji Maaris.

Kalau tidak disebabkan pukulan itu sama dengan petir menyambar, tentu lembaga besar itu bertambah angkuh. Tetapi dia tidak dapat bertahan lagi. Seluruh tubuhnya melecur akibat pukulan tongkat Haji Maaris bertalu-talu. Lama kelamaan terpaksa juga lembaga besar itu mengakui bukan calang-calang mahu bertahan dari pada serangan Haji Maaris.

"Ilmu apa yang awak pakai ni Haji Maaris?" keluh lem-baga besar itu terketar-ketar menahan kesakitan.

"Kalau kau boleh bertahan dengan kalimat-kalimat Allah, tahanlah," Haji Maaris terus mengejeknya dengan memukulkan tongkat kaca yang memancar-mancar laksana kilat menyambar dari udara.

"Cukuplah, janganlah pukul aku lagi," tidak bertangguh lembaga itu merayu sambil lutut di perdu kok ara.

"Kau orang kuat, takkan tak boleh bertahan," sengaja Haji Maaris mahu menyakiti hati lembaga tersebut. Menggeleng-geleng lembaga besar berbulu hitam meminta Haji Maaris supaya tidak menyerang berterusan.

"Aku nak minta ganti, tapi Suman yang suruh ambil Sarit," kata lembaga itu merintih-rintih menuding ke arah Suman Boceh yang bertunggang di belakang harimau.

"Oh, kau perdayakan Sarit ye!" bentak Dukun Polon lantas melontar Suman Boceh dengan batu sebesar penumbuk.

Tersipu-sipu Suman Boceh apabila dituduh demikian oleh Dukun Polon. Dia tidak dapat berdalih lagi di hadapan lembaga besar itu, setelah Haji Maaris memukul lembaga itu sampai teruk tidak bermaya.

Kemudian dia berligar-ligar di sekeliling perdu pokok ara dengan bertunggang di belakang harimau itu tidak bercakap apa-apa. Air matanya tergenang setiap kali mengerling Haji Maaris tetapi suaranya tersekat di kerengkung. Terbayang kekesalan di wajahnya dengan kejadian yang menimpa Sarit Longgok

Memang Suman Boceh sudah mengagak gangguan akan merasuk apabila dia memulakan kerja-kerja menebang pokok arak berkenaan. Sebelum menebang pokok tersebut Suman Boceh sudah membakar kemenyan menyeru akuannya datang mendampingi. Tertegun juga dia apabila lembaga besar berbulu hitma itu menghalang dia menebang pokok tersebut atas alasan tempat anak cucunya bermain.

Tetapi akuannya berunding dengan memujuk lembaga besar itu memindahkan ke tempat lain anak cucunya bermain. Fasal itulah Suman Boceh sanggup menebang pokok berkeaan tidak merasa bimbang apa apa.

Hanya tatkala semua dahan-dahan besar sudah dipangkas habis tiba-tiba sahaja lembaga besar itu menjelma di hadapan Suman Boceh. Tergamam Suman Boceh memegang gergaji dalam keadaan serba salah mahu menyorongkan ke perdu pokok ara itu. Tidak patut mungkir janji setelah dia bersetuju meninggalkan pokok berkenaan.

"Apa lagi awak mahu?" soal Suman Boceh gementar dengan sikap lembaga besar itu memper main-mainkan dia

"Takkan suruh orang pergi dengan tak berganti,” Lembaga besar itu tersengih sengih mengejek.

"Memang setan mungkir janji” gerutu Suman Boceh mencebik bibir.

"Aku tak suruh awak berjanji dengan setan," sahut lembaga besar itu sengaja menyakiti hati Suman Boceh.

Disebabkan tidak ada jalan lain, Su man Boceh terpaksa menuding ke arah Sarit Longgok yang terkial-kial menarik tali di bawah tebing. lembaga besar itu mengangguk seolah-olah bersetuju menerima Sarit Longgok sebagai galang ganti setelah dia menuntut secara tiba-tiba.

Memang kesal juga Suman Boceh kerana terpaksa melepaskan diri sendiri tatkala lembaga besar itu tidak mahu bertolak ansur. Dia mesti mencari geruh sesiapa pun asal sahaja dapat membuktikan kemampuannya berkuasa di tengah-tengah kejahilan manusia. 

Memang kesal juga Suman Boceh kerana terpaksa melepaskan diri sendiri tatkala lembaga besar itu tidak mahu bertolak ansur. Dia mesti mencari geruh sesiapa pun asal sahaja dapat membuktikan kemampuannya berkuasa di tengah kejahilan manusia.

Sewaktu dia menerkam untuk menyambar Sarit Longgok, tiba-tiba sahaja seekor babi tunggal menerkam mahu mengerkah lembaga besar itu. Marah benar lembaga tersebut disebabkan diserang babi tunggal tengah garang. Berpusing-pusing dia mengelak akibat serbuan babi tunggal itu yang tidak mahu mengalah.

"Ah, kau berdamping dengan seng kedi taring babi rupanya," rungut lembaga besar itu mendengus marah merenung Sarit Longgok yang terpinga-pinga dijerkah demikian.

Setelah memukul babi tunggal itu dengan antal besinya sampai tergolek mati, cepat-cepat lembaga besar itu mengikut Sarit Longgok ke perdu pokok ara. Biarlah Sarit Longgok terikat dengan bangkai babi di situ sepanjang waktu selagi Suman Boceh tidak mahu bertukar ganti.

"Berat sangat tukar ganti awak ni" ujar Suman Boceh setelah didesak berulang kali oleh lem-baga besar itu. "Berl Iah aku tempoh dulu, kalau kau jijik dengan bangkai babi," katanya sengaja mahu mencari helah.

Tetapi suman Boceh tidak ada pilihan lain. Satu satunya yang boleh ditukar ganti dengan tuntuan lembaga besar itu memang Sarit Longgok. Sebab itulah dia tiba dalam saat demikian dengan bertunggang di belakang harimau.

Disebabkan lembaga besar itu tidak berdaya lagi bertahan akibat dipikul bertalu-talu oleh Haji Maaris, cepat-cepat dia menyambar Suman Boceh. Sewaktu dia bergomol dengan Suman Boceh inilah Dukun Polon tidak bertangguh melepaskan ikatan di tubuh Sarit Longgok.


“Macam mana, dukun?” Haji Maaris tersengih-sengih menepuk bahu Dukun Polon sebaik sahaja dukun itu berpaling ke arahnya setelah Sarit Longgok mula mengerang-ngerang meminta air minuman dari emaknya. Dukun Polon tidak menyahut, dia sekadar tersenyum sahaja. Petangnya itu juga Dukun Polon mendengar khabar anak perempuan Suman Boceh berumur sepuluh tahun tiba-tiba meninggal dunia secara mengejut.