Sunday, April 15, 2018

275. NENEK LUMPUH DI ALUR AIR


Selepas makan malam Aki Bidut menyandarkan belakang ke penjuru tiang menyeruhkan perut Dia sendawa beberapa kali sambil menyapu mulut dengan belakang tangan. Mengerling juga Tok Wan Piah apabila mendengar suaminya sendawa kuat di penjuru tiang.
Tetapi dia tidak berkata apa-apa. Biarlah suaminya mahu sendawa sekuat mana pun, dia tidak peduli. Memang perangai suaminya sengaja menerankan sendawa supaya kuat didengar.
Selepas berkemas kemas, Tok Wan Piah menyorongkan saja pinggan mangkuk ke sudut dapur. Dia tidak perlu membasuhnya di malam demikian. Pagi-pagi besok pun pinggan mangkuk berkenaan boleh dibasuh. Lagi pun bukanlah banyak sangat mereka makan berdua suami isteri. Cuma dua buah pinggan dan sepiring gulai saja.
Sudah Iebih sepuluh tahun mereka hidup suami isteri belum dikurniakan anak. Tetapi mereka tidak pernah merungut walaupun tidak mempunyai anak se-telah sepuluh tahun hidup bersama. Soal mendapat anak atau pun tidak, bukan mereka yang menentukan.
Kira-kira jam sepuluh malam, desa mereka sudah mula diserkup kesepian. Apatah lagi ketika itu, hutan rimba masih banyak belum terbuka. Rumah juga terpencil jauh antara satu sama lain. Aki Bidut tersandar di penjuru tiang menyedut rokok daunnya sambil mendongak ke bumbung atap.
Kesepian terasa menusuk-nusuk, tetapi kesepian itu mula dipecah oleh decitan nyaring cicak di kasau atap. Perlahan-lahan Aki Bidut menunduk semula apabila mendengar decitan cicak yang nyaring. Dia percaya decitan cicak itu memberi alamat yang tidak balk.
"Habis putik jagung kita..." rungut Tok Wan Piah lantas mengambil anyaman tikar mengkuangnya. "Batas di sebelah bukit, banyak yang tak bersisa" katanya kesal dengan keadaan kebun mereka diganggu binatang-binatang liar.
Aki Bidut menggeleng-geleng kepala. Dia sendiri tidak tahu apa perlu dibuat. Kalau mahu dikira kera atau monyet yang memusnahkan jagung nya, dia sudah memasang jerat. Tetapi tidak seekor pun kera atau monyet yang menyinggahi jerat terpasang. Kalau mahu dikatakan tupai, dia juga sudah memasang perangkap. Tidak ada tupai yang termasuk perangkap.
"Eh, awak macam tak dengar aje, saya bercakap" gerutu Tok Wan Piah apabila dilihatnya Aki Bidut mendiamkan diri saja.
"Hai, apa lagi yang aku nak cakap!" sahut Aki Bidut bangun ke tempat tidur. Dia membaringkan tubuh dengan berdepang tangan. Sudah lama juga dia memikirkan mengapa jagung-jagungnya habis musnah. Ubi kayunya juga dikorek isi, hingga tinggal batang saja tertegak.
"Binatang tu datang waktu malam agaknya" ujar Tok Wan Piah menuduh. Kalau di siang hari memang tidak pernah dia ternampak kera atau monyet turun dari pokok.
Tok Wan Piah tahu banyak kera dan monyet bergayutan di pokok-pokok di hutan berdekatan di slang hari. Tetapi binatang-binatang berkenaan hanya bermain di tepi hutan saja. Mereka juga tidak berani turun setelah dipasang unggul-unggul di serata kebun.
"Biarlah..." keluh Aki Bidut menden-gus bagaikan berputus asa. "Kalau dah bukan rezeki kita, buat macam mana pun takkan dapat pada kita" katanya memerhati kasau atap.
"Kalau macam tu, penat aje laaa kita" rungut Tok Wan Piah menekan-nekan anyaman ti-karnya dengan ibu jari.
Aki Bidut mula melelapkan mata dengan melanggung tangan ke kepala. Dia sudah kecewa, disebabkan kebunnya diceroboh binatang liar. Kesan putik-putik jagung dikerkah bertaburan di perdu rumpunnya.
Memang terasa juga geram di hatinya mahu membalas dendam kepada binatang- binatang yang memusnahkan tanamannya. Tetapi kera dan monyet yang bergayutan di pokok-pokok pinggir hutan, tidak per-nah menyeberang anak air yang memisahkan kebunnya dengan pinggir hutan. Tupai-tupai juga hanya seekor dua saja merempuh masuk. Apabila diba-ling dengan batu lastik tupai-tupai berkenaan bercempera lari menyelamatkan diri.
Dalam masa memikirkan kebunnya diganggu itulah Aki Bidut melelapkan matanya. Dia tidak tahu bilakah pula isterinya meninggalkan tikar yang dianyam untuk tidur di sebelahnya. Sewaktu dia terjaga, kokok ayam memanjang bersahut-sahutan di keheningan subuh.
Dia bingkas bangun mencapai parang. Hatinya sudah nekad mahu mengendap binatang-binatang yang mengganggu kebun nya. Memang ditunggunya saat demikian. Sudah tentu hampir pagi seperti itulah kera atau monyet turun menyeberang anak air berlompatan memanjat pagar kebun nya. Menjelang pagi binatang-binatang berkenaan akan balik semula ke pinggir hutan.
Kalau terserempak kera atau pun monyet, Aki Bidut tidak akan melepaskan peluang menetaknya. Sekurang-kurangnya seekor dua tentu singgah juga ditetak dengan mata parang. Geram benar hatinya mahu membalas dendam terhadap binatang-binatang tersebut.
Ketika sampai di kebunnya di tengah keheningan subuh yang sekali-sekala dipecahkan oleh derai kokokkan ayam memanjang, Aki Bidut sudah mendengar bunyi daun-daun jagungnya dipatahkan. Perlahan-lahan dia berjalan membongkok sambil menggenggam hulu parangnya erat-erat.
Sewaktu sampai di kawasan tanaman jagungnya dia ternampak kepala orang melayang memakan putik-putik jagungnya. Dengan tidak bertangguh Aki Bidut terus menerkam menetak kepala yang hinggap pada batang jagung nya. Mata parangnya singgah di bahagian dahi kepala itu, menyebabkan kepala yang tidak bertubuh itu terpelanting ke tanah.
"Kau nampaknya yang memakan putik jagung aku!" bentaknya mahu menetak lagi.
Tetapi kepala itu melayang melarikan diri dengan darah menitik menyinggahi daun-daun jagung. Tetapi kepala tersebut hilang dalam kesamaran subuh.
Aki Bidut terus memerhatikan di sekeliling mahu mempastikan ke mana bersembunyinya kepala berkenaan. Dia dapat melihat dengan jelas kepala orang yang melayang itu memamah putik jagungnya. Sebab itulah tidak ada bekas tapak kaki setiap kali dia mendapati putik jagungnya dimamah.
Apabila hampir pagi, Aki Bidut dapat menjejakki titisan darah itu menuju ke anak air. Dia mengendap ke anak air yang memisahkan kebunnya dengan pinggir hutan. Semakin hampir dia dengan anak air itu, terdengarlah kocakan air seperti orang sedang mandi.
Sewaktu dia berdiri di tebing anak air, dilihatnya seorang nenek tua berjalan berinsut punggung melalui anak air tersebut. Dia berpaling ke arah Aki Bidut sebaik saja lelaki tersebut berdiri di atas tebing anak air.
"Aku tau kau tetak kepala jembalang tanah tu..." ujar nenek tua itu berendam di dalam air. "Memang dialah merosakkan tanaman kau!" katanya terinsut-insut
"Nenek ni siapa?: Aki Bidut masih menggenggam parang di tangan.
"Aku ni orang tua lumpuh. Di sinilah tempat aku mandi" sahutnya tersengih-sengih.
"Tak sejuk ke?" soal Aki Bidut mahu menduga. "Ah, dah pagi. Memang ni masa mandi pagi" beritahu nenek tua lumpuh itu mengocak-ngocak anak air.
Pagi sudah mulai cerah dengan kabus memutih di puncak bukit-bukit yang mengepungi kampung di situ. Dia dapat menatap dengan jelas wajah nenek tua lumpuh itu. Mukanya sudah berkedut dengan dadanya leper dan kecut. Rambutnya memutih serta berkem-ban dengan kain hitam yang lusuh.
"Di mana rumah nenek?" Aki Bidut mendesak.
Nenek tua lumpuh itu tertawa terkekeh-kekeh mendengar soalan Aki Bidut. Tiba-tiba tubuhnya melayang pantas ke arah kebun jagung Aki Bidut, kemudian turun semula ke dalam anak air dengan memegang kepala yang ditetak oleh Aki Bidut.
"Ampun aku nenek!" kepala berdarah yang tidak bertubuh itu merintih. Dia tergantung dengan rambutnya digenggam kuat oleh nenek tua lumpuh tersebut.
"Siapa suruh kau ganggu kebun Bidut?" jerkah nenek tua lumpuh menggoyang kepala yang dipegang rambutnya.
"Aku lapar, nenek" jelasnya terketar-ketar. Sekaligus kepala itu dilontar oleh nenek tua lumpuh ke dalam belukar teberau di tebing anak air. Kemudian dia mengambil tujuh helai rambutnya lantas melayang ke tebing berhampiran dengan Aki Bidut berdiri.
"Rambut ni kau simpan baik-baik dalam botol" ujar nenek tua lumpuh itu menunjukkan sikap bersahabat. "Gunakanlah bila kau perlu dengan mengasapkan dengan kemenyan" beritahunya lantas terjun semula ke anak air.
Berdebar hati Aki Bidut menerima pemberian tersebut Tetapi dia dapat merasakan pemberian itu amat berharga pada dirinya. Sudah lama juga dia mendengar kisah Nenek Siampar yang sering hilir mudik di anak air tersebut
Memang Aki Bidut tahu sesiapa yang menemui Nenek Siampar mudik ke hulu anak air dengan berinsut, memang mereka di-ancam geruh. Tetapi dia menemui Nenek Siampar ketika sedang mandi, satu pertanda yang menunjukkan Nenek Siampar itu mahu menolong.
"Terima kasih atas pemberian ni, nenek cepat-cepat Aki Bidut menuturkan rasa bangganya den-gan pemberian tersebut.  
"Tapi ingatlah pantangnya, Bidut" nenek tua lumpuh itu mengingatkan. "Jangan sekali-sekali kau membiarkan diri kau berpijak belakang. Kalau penat-penat badan pergilah berurut, jangan sekali-kali kau minta dipijak belakang!" jelasnya langsung menghilir anak air, hilang di tengah kabus memutih. Tidak sempat Aki Bidut bertanya apa-apa lagi.
Setelah mendapat rambut pemberian Nenek Siampar itu, tidak pernah lagi kebun Aki Bidut diganggu. Jagungnya tumbuh subur. Demikian juga ubi kayu dan lain-lain tanamannya tidak pernah lagi dimusnahkan. Malah tupai dan kera juga tidak akan mendekati tanam-tanaman yang subur menghijau itu. Selepas mendapat rambut tujuh helai pemberian Nenek Siampar itu juga Tok Wan Piah mengandung, kemudiannya Iahirlah anak perempuannya Sukimah. Sekalipun Tok Wan Piah merasa gembira dengan kelahiran anaknya Sukimah, tetapi Aki Bidut tidaklah mahu membayangkan kegembiraan tersebut.
Dia mula memikirkan nasib Sukimah apabila meningkat dewasa menjadi anak gadis. Sudah tentu geruh Sukimah sentiasa menunggu disebabkan dia terpaksa mengasapkan botol berisi tujuh helai rambut Nenek Siampar. Saat yang membimbangkan Aki Bidut itu menjelma juga, sewaktu Sukimah berusia 15 tahun. Dia diganggu mimpi menakutkan apabila Nenek Siampar meminta Sukimah, atas alasan hanya di bawah jagaannya saja Sukimah terselamat dari sebarang ancaman.
"Biarlah aku yang jaga Sukimah" ujar Nenek Siampar menjelma dalam mimpi Aki Bidut.
"Aku tak mahu berpisah dengan-nya!" sahut Aki Bidut keras. Dia tidak peduli sama ada Nenek Siampar akan menghancurkan dia atau pun tidak. Biarlah dia mati sekalipun, namun Sukimah tidak dilepaskan ke tangan nenek tua lumpuh itu.
"Jangan tunjuk keras hati sangat Bidut ..." suara nenek tua lumpuh itu terus bergema di dalam jiwanya. Sekaligus dia mengigau sambil memekik kuat di tengah malam sepi. Terkejut Tok Wan Piah dan Sukimah mendengar igauan-nya yang menakut-kan itu.
"Aku takkan biar kan!" Aki Bidut menggertap bibir se-macam bertekad mahu menentang Nenek Siampar. Dia kemudiannya menceritakan mimpi nya kepada Tok Wan Piah menyebabkan isterinya terbahak-bahak ketawa mengejeknya. Geli benar hati Tok Wan Piah memikirkan suaminya terlalu terpengaruh dengan mimpi demikian.
"Aku takkan serahkan Sukimah padanya..." tegas Aki Bidut tidak menghiraukan sama ada isterinya percaya atau pun tidak. Tengah malam itu juga dia mencapai botol berisi tujuh helai rambut, sambil mengikat parang ke pinggang, terus menuju ke tebing anak air.
Lama dia berdiri di tebing anak air memerhati di tempat dia pernah bertemu nenek tua lumpuh itu. Kemudian dia menyeru dalam jampi serapah yang diajarkan oleh Nenek Siampar:
Hai nenek tujuh petala bumi, sehabis=habis sampai ke perut bumi, aku menyeru kau menjelma…
Ketika itu dia melihat sekelilingnya memutih dikepungi kabus dingin. Kokok  ayam mula berderai panjang sekali sekala memacah keheningan. Anak air itu juga kelihatan berasap kebal bagaikan kabus, tetapi memintal mintal laksana asap dipuput angin.
Di celah kepulan kabus tebal memutih itu keluar silauan api serta kocakan air. Aki Bidut nampak nenek tua lumpuh itu berinsut-insut punggung di dalam air dengan pelita di tangannya.
“Apa halnya Bidut”? Soal Nenek Siampar  mendongak ke atas tebing anak air.
"Aku tak mau nenek ambil Sukimah!" Aki Bidut sem acam me lu ah kan rasa marah yang mendongkol.
"Apa yang kau cakapkan ni?" Nenek Siampar tersengih-sengih sambil mengocak-ngocak air menyiram ke tubuhnya yang berkemban.
"Aku bermimpi, nenek datang nak minta Sukimah" kata Aki Bidut berterus terang. Memang dia terlalu marah apabila bermimpi menemui Nenek Siampar yang mendesak mahukan Sukimah. Dia akan tentang Nenek Siampar kalau berkeras mahu memisahkan dia dari Sukimah.
Aki Bidut tidak peduli apa pun akan terjadi. Biarlah dia terkorban di situ semata-mata melindungkan anaknya. Dia tidak memerlukan lagi tujuh helai rambut Nenek Siampar kalau itulah sebagai pertukarannya dengan Sukimah. Aki Bidut tidak rela menurut saja kemahuan makhluk yang tidak tahu asal usulnya!
"Kau jangan terpedaya pada hasutan jembalang tanah" ujar nenek tua lumpuh itu dari tengah air. "Kadang kala dia boleh menjelma macam aku, supaya kau membenci aku. Jembalang tanah tu, musuh aku!" jelasnya meminta Aki Bidut bertenang.
Penjelasan itu masih belum dapat meyakinkan Aki Bidut. Dia juga tidak boleh mempercayai sangat dalih Nenek Siampar. Manalah tahu nenek tua lumpuh itu juga sengaja mahu mempermainkan dia.
"Tak ada siapa boleh memisahkan kau dengan Sukimah, selagi aku meIindungi kau...!" Nenek Siampar memberi jaminan.
Kemudian Nenek Siampar hilang di dalam kabus tebal yang memutih. Sekalipun nenek tua lumpuh itu memberi jaminan, tetapi hati Aki Bidut masih belum dapat mempercayainya. Bimbang juga dia kalau-kalau janji itu hanya sekadar mahu menguji hatinya.
Ketika balik dari anak air itulah Aki Bidut dihalang oleh kepala yang tidak bertubuh di tengah perjalanan. Kepala itu tergolek-golek di tanah bagaikan bola getah melantun-lantun. Tidak bertangguh Aki Bidut menghunus parangnya bersedia menunggu serangan kepala berkenaan.
"Hei, Bidut... buangkan rambut dalam botol tu!" seru kepala yang tergolek-golek di tanah. "Lambat laun Nenek Siampar akan ambil juga anak kau Sukimah" dia ketawa mengejek sambil melayang ke atas pohon mengkudu.   
Dengan marah Aki Bidut menerkam ke arah pohon mengkudu tempat kepala tersebut bertenggek. Dia menetaknya hingga dahan mengkudu itu terpangkas putus. Tetapi kepala yang tidak bertubuh itu melayang pula ke pohon yang lain.
"Kau jembalang tanah, jangan nak ganggu aku!" tegas Aki Bidut membentak marah.
Kepala itu tertawa terkekeh-kekeh. Kemudian dia berpusing berligar-ligar berhampiran dengan Aki Bidut, tetapi tidak berani mendekatinya.
Kemarahan Aki Bidut kian membakar dengan ejekan kepala tersebut. Memang itulah kepala yang ditemuinya memusnahkan tanamannya. Dia sendiri menetak kepala itu hingga memercik darah. Kemudian rambutnya direntap oleh Nenek Siampar sampai tidak dapat meronta lagi.
Tetapi mengapa kepala berkenaan tiba-tiba muncul di situ. Mengejek-ngejek hubungan baiknya dengan Nenek Siampar. Seolah olah mencabar dia sambil mempermain-mainkannya.
"Eh, Bidut...aku pun macam kau juga" beritahu kepala itu berligar-ligar di udara. "Nenek tu ambil tubuh aku, untuk gantikan tubuhnya yang lumpuh. Tapi, tubuh aku tak dapat digunakan!" katanya terus ketawa mengejek-ngejek Aki Bidut
 "Kau nak memperdayakan aku..." jerkah Aki Bidut marah dengan sikap kepala yang mengejek-ngejeknya. "Kau jembalang tanah, memang nak memusnahkan hidup aku" ujarnya melonjak untuk menetak kepala yang berligar-ligar itu.
Sewaktu kepala itu terus mengejek-ngejeknya, tiba-tiba saja ketawa ejekannya terhenti apabila dibaluti oleh kabus tebal yang memutih. Di tengah-tengah kabus tebal itu kelihatan api menyilau dari nyalaan pelita di tangan Nenek Siampar.
Perlahan-lahan Nenek Siampar menjelma di tengah kabus tebal memutih itu dengan mata merah menyala. Kulit mukanya yang berkedut-kedut semakin hodoh merenungi kepala yang terkepung oleh lingkaran kabus tersebut.
"Memang kau mahu memporak-perandakan orang!" jerkah Nenek Siampar lantas merentap rambut kepala yang, terapung-apung dalam lingkaran ka-bus. "Dulu kau yang menyebabkan suami ku memijak-mijakku hingga seluruh tubuhku menjadi lumpuh. Kau jembalang tanah yang menjadi peliharaan suamiku yang memusnahkan hidupku...!" suaranya lantang sambil menggertap bibir.
Kepala yang tergantung di tangannya tidak berkata apa-apa. Matanya saja terkebil-kebiI ketakutan dengan ancaman Nenek Siampar.
"Kau jangan diperdaya oleh hasutan jembalang tanah ni, Bidut" Nenek Siampar berpaling pada Aki Bidut yang tercegat dengan parang terhunus di tangan. "Aku musnahkan tubuhnya, kerana dialah yang memperdayakan suamiku dulu hingga suamiku menjadi cemburu" katanya seolah-olah menjelas kan kejadian masa lampaunya yang tidak diketahui oleh Aki Bidut.
Menjelang pagi, apabila kabus mula menipis jelmaan Nenek Siampar dan kepala yang tidak bertubuh itu juga ikut sama menghilang. Aki Bidut mendapati dia tersandar di perdu pohon kekabu, bagaikan tertidur di situ dalam keadaan mengantuk dan Ietih lesu.
Heran juga Tok Wan Piah apabila Aki Bidut balik ke rumah di pagi yang masih diselubungi dingin embun. Ke mana pun Aki Bidut semalaman itu hingga tubuhnya kelihatan berlumpur seperti tidur di merata-merata tanah.
Tetapi Aki Bidut tidak menceritakan apa-apa kepadanya, selain dari merungut mengenai per-temuannya dengan Nenek Siampar. Tok Wan Piah sendiri yang tidak pemah mengenali Nenek Siampar itu, semakin heran dengan sikap Aki Bidut. Kadang-kala dia membebel seorang diri dengan tidak tentu biji butir
Selepas sarapan pagi mereka tiga beranak terus ke kebun. Sayur-sayurnya subur menghijau, jagungnya berbuah segar, ubi kayu merimbun dengan isinya padat, pisang juga bertemu batang di dalam rumpun. Memang gembira hati Tok Wan Piah melihat kebunnya tidak diganggu lagi oleh binatang-binatang liar dari pinggir hutan.
Apabila matahari tegak di kepala, mereka tiga beranak balik untuk makan tengah hari. Mereka tidak membawa bekal ke kebun disebabkan sebelah petangnya Aki Bidut akan menjaga kambing ternakan. Lagi pun tidak perlu bertumpu di kebun saja hingga ke petang, kerana tanaman semuanya subur menghijau.
Sewaktu Tok Wan Piah sibuk memasak di dapur dibantu oleh anaknya Sukimah, terdengar Aki Bidut memanggil anaknya itu dari serambi. Cepat-cepat Sukimah ke serambi mendapatkan ayahnya.
"Tolong pijakkan belakang ayah ni, penat-penat rasanya badan" ujar Aki Bi-dut lantas membalik kan tubuhnya meniarap.
Tidak bertangguh Sukimah menuruti perintah ayahnya. Terasa lega pada Aki Bidut apabila Sukimah memijak belakangnya. Penat-belakangnya. Penat-penat di seluruh badannya mula hilang. Sengal-sengal di seluruh sendi anggotanya kembali segar, hingga dia terlelap.
Melihatkan ayahnya tertidur Sukimah kembali ke dapur membantu emaknya memasak untuk makan tengah hari. Hinggalah mereka siap menghidangkan makanan, Tok Wan Piah menggerakkan suaminya untuk makan bersama. Menggeliat-geliat Aki Bidut bangun disebabkan terlalu Ietih.
Tetapi apabila dia mahu melangkah dirasanya kakinya tidak boleh berjejak lagi. Semuanya menjadi lali tidak boleh bergerak. Kakinya juga kaku dari paras pinggang ke bawah.
"Kenapa awak ni?" jerit Tok Wan Piah cemas melihat keadaan suaminya. Sekaligus pula Nenek Siampar menjelma di hadapan mereka. Terkejut Tok Wan Piah melihat Nenek Siampar terjelepoh di hadapan mereka.
"Bidut, mengapa kau diperdaya oleh jembalang tanah tu. Mengapa kau biarkan belakang kau dipijak..." sayu suara Nenek Siampar menahan kesal yang tidak terhingga. Selepas Nenek Siampar menghilang, barulah Aki Bidut menyedari pantang yang dilanggarnya apabila menyuruh Sukimah memijak belakangnya.
Tetapi selepas kematian Aki Bidut akibat menderita Iumpuh itu, sering dilihat oleh anaknya Sukimah dia menjelma mengawal di sekeliling rumah. Tidak ada pencuri atau sesiapa pun berani mengganggu harta peninggalannya.
"Abang Jilak itu memang keturunan dari Sukimah, ustaz' beritahu Alang Bumin tidak lama selepas kejadian di rumah Serilah. "Dia sendiri yang beritahu pada Lasim Tibai. Macam itulah yang Lasim Tibai ceritakan pada saya' katanya