Saturday, March 1, 2014

089. TOK AWANG NGAH - POKOK KETAPANG BERJALAN



Seisi kampung menjadi gempar fasal budak-budak balik dari mengaji di surau terserempak orang menyusung mayat ke tanah perkuburan. Merka tidak dengar siapa pun di kampung berkenaan meninggal dunia. Kalau ada kematian masakan dikebumikan tengah malam hingga tidak sempat menunggu siang.
Memang mereka tidak peduli sangat budak-budak balik dari mengaji disurau yang terserempak, kerana budak-budak mudah terbebar takut. Kadangkala nampak bayang bersilau cahaya api pun mereka terjerit lantas menuduh hantu pocong melompat. Manalah boleh dipercaya sangat sekiranya budak-budak heboh terserempak orang mengusung mayat.
Apalagi tatkala di jengah ke tanah perkuburan sebaik sahaja pagi cerah melayah Tidak ada pun kesan tanah kubur digali orang. Tetapi bukan Lasah atau Mamat sahaja nampak beberapa orang mengusung mayat dalam kegelapan malam, malah kawan-kawannya yang lain Esah, Birah dan Emun juga nampak usungan mayat itu dipikul.
Tatkala mereka menyuluh dengan api pelita di tangan, mereka tidak jelas sangat siapa yang mengusung mayat itu. Cahaya api pelita yang terkedau-kedau ditiup angin itu bukan terang sangat. Sebab itu mereka tidak cam siapa yang mengusung mayat berkenaan, sekalipun bau busuk meruap-ruap menusuk ke hidung.
"Cakap budak-budak, bukan boleh percaya sangat," Dolah Jekeng ingatkan isterinya Tuminah yang mengambil keputusan tidak mahu benarkan anak mereka Birah mengaji ke surau. Bimbang juga dia sekira-nya anak kecil baru berumur sepuluh tahun itu terkejang demam akibat terkejut di tengah gelap malam.
"Tak payah ke surau pun apa salahnya," gerutu Tumjnah berkeras tidak mahu Birah mengaji ke surau kalau balik selepas isya. Kenapa Lebai Jaamat tidak mengajar sebelah petang sahaja, biar budak-budak balik ke rumah sebelum maghrib.
Lantas sahaja dia salahkan Lebai Jaamat mengajar budak-budak mengaji di surau selepas dia solat maghrib. Tetapi Tuminah tidak pula membantah. Dia sekadar ikut sahaja jiran-j,iran menghantar anak-anak mengaji menjelang maghrib, biar mereka solat berjemaah dengan Lebai Jaamat.
"Sebab itu jangan takutkan budak-budak dengan hantu!" ujar Dolah Jekeng macam kesal di-sebabkan ibu-ibu di kampung gemar sangat takutkan anak-anak dengan hantu.
Mereka tidak benarkan anak-anak bermain di tengah halaman tatkala senja meremang kerana disorokkan hantu kopek. Kalau merayau di tengah belukar tentu disorokkan hantu wir-wir. Tentu mereka mudah sangat menuduh hantu berkeliaran apabila terkejut dengan bayang pokok bergoyang ditiup angin malam.
"Ramai budak-budak tu nampak, takkan mereka bohong," mendengus marah Tuminah disebabkan suaminya tidak percaya dengan tuduhan .budak-budak berkenaan. Tetapi Dolah Jekeng tidaklah desak sangat anaknya Birah ke surau kalau dia sendiri tidak  mengaji hingga balik di tengah - kegelapan malam.
 Bukan Birah sahaja tidak ke surau mengaji selepas maghrib, Emun dengan Esah juga tidak dibenarkan oleh emaknya. Lain-lah Lasah dan Mamat mereka budak lelaki tengah nakal. Manalah dia takut kalau terserempak lagi orang mengusung mayat dalam samar cahaya api pelita terkedau-kedau.
Lantas sahaja Lasah menegur tanyakan mereka siapa yang mati di kampung mereka. Sewaktu orang yang mengusung menjawab mereka tidak dengar sangat biji butirnya. Hingga hilang di selekoh jalan bau busuk meruap-ruap itu berterusan. Se-lepas orang mengusung mayat itu hilang, barulah mereka berlima ketakutan. Cepat-cepat pula mereka berlari ke rumah Birah.
Terpaksa pula Dolah Jekeng hantar budak-budak yang lain balik ke rumah, setelah masing-masing tidak berani meranduk kegelapan malam. Semenjak itu pula seisi kampung heboh dengan kejadian mayat diusung ke tanah perkuburan tengah malam.
Tidak lama selepas itu Talip Sepet juga terserempak orang mengusung mayat itu tatkala mencari lembunya hilang. Dia sudah ikat kukuh-kukuh lembu-nya pada anak pokok cenerai biar meragut rumput di hujung padang. Tetapi lembu jantan berikat leher iiu merentap kuat sampai anak pokok cenerai tercabut akar.
Tahu sangat dia kalau lembu, tidak ditindik hidung memang kuat merentap tali diikat ke leher. Jangan kata anak pokok cenerai tercabut akar, kalau diikat dibencah pokok sebesar lengan pun akan dihunjam habis. Tetapi lembu ditindik hidung tidak akan gemuk macam lembu diikat leher. Sebab itu Talip Sepet tidak mahu lembu jantannya ditindik hidung.
Biarlah dia terpaksa susup sasap meranduk keluar belukar sekiranya lembu jantan itu meronta hingga menghunjam tali pengikat. Ke mana lembunya mahu menyusup memang tidak akan dapat lepaskan diri ke mana. Kalau tidak juga ditemui di mana-mana Talip Sepet akan urut siku tangannya tiga kali kemudian diasak pada gelegar . rumah. Petua itu sudah cukup dia mengagak sama ada lembunya jauh melilau atau tersangkut di mana-mana.
Bukan takut penduduk kampung hilang lembu atau kambing sahaja meminta Talip Sepet asakkan siku pada gelegar rumah, malah orang India di tepi estet juga datang menemui dia. Selepas Talip Sepet gunakan petua asak siku ke gelegar rumah itu nescaya mereka terserempak lembu atau kambing tersebut sama seperti diterka lelaki itu.
Tetapi Talib Sepet memang tidak boleh tandingi Wak Jumin kalau penduduk-penduduk kampung hilang lembu tengah meragut di tepi belukar. Tidak sampai setengah jam nescaya lembu berkenaan akan balik ke rumah. Kalau lembu yang diseru oleh Wak Jumin itu tidak balik, mereka dapat mengagak sama ada tali pengikat lehernya tersangkut atau tertumus ke dalam lumpur pecah.
Sekiranya lernbu berkenaan diheret harimau ke tengah hutan memang berbekas di tempat binatang itu meragut rumput. Bila-bila mereka akan jejak harimau berkenaan sarnpai ke tengah hutan. Masakan harimau membaham ternakan mereka dapat lepaskan diri apabila Wak Jumin sudah jengkal biasa tapak kakinya.
Memang Talip Sepet tidak boleh tandingi Wak Jumin. Tetapi dia tidak terniat langsung mahu tunjukkan kebolehannya melebihi sesiapa Hanya penduduk kampung sahaja serbu dia setelah binatang ternakan hilang. Mahu mencari Wak Jumin tentu jauh meranduk tepi parit kerana orang tua tinggal berhampiran bagan.
Apalah salahnya tumpu ke rumah Talip Sepet terlebilt dahulu. Sekiranya Talip Sepet tidak mampu, mereka boleh randuk juga tepi parit mencari Wak Jumin. Mereka temui Talip Sepet sekadar tidak ada rotan akar pun berguna juga. Acapkali Talip Sepet sendiri menuturkan demikian tatkala penduduk-penduduk kampung menemui dia fasal lemhu ternak hilang tengah meragut rumput.
Hinggalah lembu jantannya tidak ditemui di tepi belukar setelah diikat pada perdu anak cenerai menyebabkan Talip Sepet terpaksa mencarinya. Merungut juga dia apabila anak cenerai tercabut akar direntap lembu jantan ikat ke leher itu. Tenaganya terlalu kuat sampai anak cenerai sebesar secekak juga tercabut akar.
Tatkala menyusur lorong kecil di darat kampung arah kě tanah kubur itulah Talip Sepet  terserempak beberapa orang lelaki mengusung usungan mayat. Tidak cam pula siapa yang mengusungnya kerana cahaya samar-samar sahaja. Mahu disuluh muka mereka dengan lampu picit bimbanifula mereka tersinggung.
"Siapa yang meninggal tu?" segera Talip Sepet memanggil sebaik sahaja mereka berselisih jalan.
"Orang sini juga," sahut lelaki yang mengusung di hadapan dengan suara bergetar halus.
"Orang sini tu, siapa?" desak Talip Sepet mahu mengetahui siapa yang meninggal dunia di dalam kampung.
Mustahil dia tidak tahu mengenai kematian di dalam kampung disebabkan mereka seisi kampung sering bertembung di mana-mana. Kalau ada jiran sakit terkejang pun mereka akan sama-sama jengah. Seisi kampung akan diberitahu kalau berlaku kematian di mana-mana. Tetapi Talip Sepet tidak dengar siapa pun di kampungnya terkejang sakit.
"Orang sini tu, siapa?" ulangi Talip Sepet kuat sedikit, tetapi siapa_pun menyahut. ,
Mereka terus bergegas-gegas mengusung mayat di tengah kesamaran malam. Ketika ini bau busuk mula meruap-ruap menusuk ke hidung. Lantas Talip Sepet ingatkan fasal anaknya Emun tidak berani lagi mengaji ke surau disebabkan terserempak orang mengusung mayat itu.
Hanya selang beberapa malam sahaja Sahak Balam pula terserempak beberapa orang lelaki mengusung mayat itu melalui celah belukar nipah. Terdengar pada Sahak Balam air berdecau-decau diranduk kaki mereka yang mengusung disebabkan kawasan tersebut berlopak. Tetapi Sahak Balam tidak beritahu sesiapa pun mengenai kejadian dia terserempak orang mengusung mayat itu.
Setelah orang-orang kampung heboh dengan kejadian terserempak orang mengusung mayat itu barulah Sahak Balam juga mengaku. Tetapi dia tidak bimbang apa-apa, kerana perkara mengusung mayat itu Sahak Balam tidak peduli sangat. Asal sahaja berlaku kematian jarang datang menjengah. Kalau datang pun takat membantu gali kubur sahaja.
Selepas itu Sahak Balam akan jinjing denaknya meranduk belukar memikat balam bersiul langsing. Sebab itu dia tidak duli sangat siapa pun mengusung mayat di tengah kegelapan malam. Dia juga tidak ambil peduli sangat kenapa mereka -tidak membawa lampu sekiranya mahu kebumikan mayat di tengah kegelapan malam.
"Hairan juga aku, kenapa tak ramai orang hantar mayat ke kubur," tersengih-sengih Sahak setelah kejadian tersebut semakin heboh. Kanak-kanak -bertambah takut mahu membuka tingkap pada waktu malam. Apalagi tidur dengan dinding berlubang-lubang terbayang-bayang sahaja bagaikan mata terjegil mengintai di situ.
 "Kamu dah terserempak kenapa tak beritahu?" ujar Talip Sepet mengeluh pendek setelah menyedari kampung berkenaan diganggu petaka demikian.
"Tak kuasa aku nak campur urusan orang!" sahut Sahak Balam kesal juga kerana sering-kali memencilkan diri dari masyarakat semata-mata asyik memikat balam di tengah belukar.
"Dalam keadaan macam ni, kamu perlu ikut juga masbuk orang," lantas Lebai Jaamat ingatkan mereka supaya tidak jadi enau dalam belukar lepaskan pucuk sendiri sahaja.
"Orang ke, atau bayangan aje orang usung,,mayat tu?" Dolah Jekeng pula berasa hairan.
"Kamu tengok maccam mana?" lantas Lebai Jaamat mengusiknya kerana Dolah Jekeng sendiri mengaku terserempak kejadian tersebut.  
"Saya nampak macam orang betul," jelas Dolah Jekeng tidak dapat berdalih lagi kerana dia memang gementar apabila kenang kejadian yang dialami-nya itu.
Tetapi Lebal Jaamat tidak pernah terserempak sekalipun pun dia balik dari surau selepas habis maghrib. Setiap kali dia melalui lorong menuju ke tanah perkuburan sebelum membelok ke simpang rumahnya, memang Lebai Jaamat tidak nampak apa-apa pun.
Sekiranya jelmaan orang mengusung mayat itu tidak mengganggu sesiapa, Lebai Jaamat menyuruh orang-orang kampung jangan bimbang apa-apa. Kalau takut keluar malam, duduk sahaja di rumah jangan ke mana-mana. Semenjak beberapa hari jelmaan orang membawa usungan itu dilihat penduduk kampung, belum pernah pula ianya melintas di depan tangga.
Mereka yang melalui lorong kecil ke kawasan tanah perkuburan itu sahaja yang ter-serempak. Sebab itu Lebai Jaamat ingatkan mereka tidak perlu bimbang apa-apa kalau mereka tidak keluar ke mana-mana. Lainlah Lebai Jaamat berulang alik ke surau disebabkan rumahnya berdekatan sahaja di situ. Di laung dari pintu rumah pun bolch didengar sampai ke surau.
"Kalau bencana, kita orang kampung mesti siahkan juga, Lebai," Dolah Jekeng mendesak supaya mereka tidak berdiam diri sahaja. Manalah tahu bencana itu tanda-tanda mala petaka akan menimpa kampung halaman mereka.
"Kita buat sembahyang hajat beramai-ramai," lantas Lebai Jaamat membuat keputusan. Siapa sahaja bersetuju apa-bila diminta oleh Lebai Jaamat buat sembahyang hajat biar mala petaka terhindar jauh dari kampung mereka. Dalam keadaan terdesak memang mereka tidak akan membantah. Lagi pun perkara jelmaan orang membawa usungan mayat itu bukan perkara biasa dalam kehidupan sehari-hari mereka.
Kalau ada kematian tentu tanah perkuburan berbekas kesan digali orang. Mereka juga dapat cam siapa jiran yang meninggal dunia, kerana kampung berkenaan bukannya ramai sangat penduduk. Mereka boleh cam siapa sahaja yang menetap di situ. Masakan mereka tidak tahu siapa yang meninggal atau terkejang sakit sejak berhari-hari.
Tiga malam seisi kampung buat sembahyang hajat di surau, Mazin Tengkak pula terserempak empat orang lelaki membawa usungan mayat itu. Mereka beratib sepanjang perjalanan ke kubur di tengah kegelapan malam. Terkejut benar Mazin Tengkak apabila berselisih jalan. Kalau dia menyedari jelmaan orang rnembawa usungan mayat itu jauh di depannya tatkala mendengar ratib berulang kali, memang Mazin Tengkak cepat-cepat melarikan diri.
Tetapi dia tidak dapat undur ke mana hanya dalam jarak beberapa ela sahaja jelmaan itu tersergam di depannya. Mereka beratib seolah-olah tidak melihat sesiapa pun di situ tatkala berselisih jalan dengan Mazin Tengkak. Dia tahu memang jelmaar itu tidak mengganggu sesiapa. Kalau ianya mahu mengganggu sudah tentu Mazin Tengkak terkejut hingga demam terketar-ketar.
 'Hah, lagi kita buat sembahyang hajat, makin, galak dia keluar!" Dolah Jekeng tidak dapat menahan sabar semasa berkumpul di surau.
"Sembahyang hajat ni satu ibadat sahaja, Dolah," lantas Lebai Jaamat ingatkan dia supaya tidak salahkan sembahyang hajat. Perkara sembahyang hajat pun sekadar berdoa' sahaja, urusan mengkabulkan doa hanya Allah sahaja yang menentukan.
"Kita kena cari bomoh." desak Dolah Jekeng seolah-olah membuat keputusan biar seisi kampung mematuhi.
"Kalau kamu boleh cari bomoh, carilah!" Sahak Balam bersetuju sekiranya Dolah Jengkeng boleh tunjukkan kepada mereka bomoh berkenaan.
"Bukan aku cari, tapi kita sama-sama cari," jelas Dolah Jekeng mencemik muka disebab-kan Sahak Balam sengaja letakkan beban demikian ke bahunya.
Siapa lagi boleh dalam kampung kalau mereka tidak tahu siapa bomoh yang mampu berdepan dengan jelmaan berkenaan. Kalau dibiarkan berterusan manalah tahu jelmaan itu akan mengusik orang-orang kampung pula. Bagaimana kalau orang membawa usungan mayat itu terus ke dapur atau ke tengah rumah? Mereka akan letakkan rnayat di tengah rumah sampai tergolek tidak berkapan? Dolah Jekeng sudah bayangkan mayat tergolek di tengah rumah akan bingkas bangun mencari mangsa. Apalagi kalau anak-anak kecil bersama orang perempuan tinggal di rumah tatkala orang lelaki berjemaah di surau. Ke mana mereka mahu bersembunyi kalau mayat dalam usungan diletakkan di tengah rumah masing-masing?
"Sebelum terjadi perkara buruk, kita mesti ikhtiar!" Dolah Jekeng berkeras mahu berikhtiar dapatkan khidmat bomoh sekalipun Lebai Jaamat sudah buat sembahyang hajat beramai-ramai.
"Ikhtiar macam mana, cakaplah!"'desak Mazin Tengkak mahu tahu apa yang berkocak jauh di sudui hati Dolah Jekeng. "kita jumpa Wak Jumin," lantas Dolah Jekeng teringatkan Wak Jumin di hujung parit yang memang mahir amalkan jampi serapah sampai lembu hilang balik sendiri ke rumah.
"Wak Jumin tu, kalau lembu hilang, bolehlah dia jampikan," lantas Talip Sepet mencelah.
"Cubalah dulu, mana kita tahu kepandaian orang," Lebai Jaamat marahkan anak saudaranya kerana perkecilkan Wak Jumin itu.
Sebaik sahaja diberitahu Wak Jumin mengenai kejadian yang menimpa kampung berkenaan dia tidak terkejut apa-apa. Kalau sudah beberapa kali terserempak orang membawa usungan mayat, kenapa tidak diekori ke mana mereka kebum kan mayat? Tetapi Wak Jumin dapat mengagak tentu Dolah Jekeng, Sahak Balam mahu pun Talip Sepet takut mahu mengekori.
Apa salahnya diekori ke mana orang membawa usungan mayat untuk menyusup masuk? Disebabkan hati diselubungi ketakutan mereka menjadi terpempan dengan terkebil-kebil mata sahaja. Lebai Jaamat yang beberapa kali mengendap mahu melihat sendiri orang mengusung mayat itu, tidak pula pernah terserempak.
Memang Wak Jumin juga mengakui pernah mengalami kejadian tersebut sebelum berpindah ke Semenanjung, tatkala masih lagi di kampung halaman-nya. Asal sahaja malam bulan mengambang penuh berturut-turut malam mereka melihat orang membawa usung mayat. Hanya beberapa langkah sahaja mereka berselisih di jalan mereka semua hilang dari pandangan.
Seisi kampung bersetuju berkawal malam mahu memerangkap siapa membawa usungan mayat berkenaan. Pak Seboro yang berkeras sangat, mahu menghambat jelmaan tersebut mengawal di simpang masuk ke tanah perkuburan. Tetapi dia dikejutkan apabila diberitahu usungan mayat berkenaan diletakkan di tengah rumahnya. Mereka yang membawa usungan itu menghilangkan diri sebaik sahaja mayat di atas usungan diletakkan di tengah rumah.
 Termengah-mengah anak Pak Seboro beritahu ayahnya bersama orang-orang kampung yang berkawal mengenai usungan mayat yang diletakkan di tengah rumahnya. Sewaktu mereka balik ke rumah, tidak bertangguh Pak Seboro menyingkap kain yang menutupi mayat. Mereka melihat hanya tulang rangka sahaja di atas usungan tersebut dengan bau busuk menusuk ke hidung.
Memang Wak Jumin sendiri melihat tulang-tulang rangka di atas usungan mayat itu. Lantas sahaja Pak Seboro perintahkan mereka kebumikan sahaja tulang rangka berkenaan. Dalam masa mereka bersiap-siap untuk kebumikan semula tulang-tulang rangka itu, usungan tersebut menjadi reput dimakan anai-anai. Sekaligus tulang-tulang rangka itu bercantum terus melompat bangun.
Belum sempat mereka mahu menghambat tulang-tulang rangka itu hilang dalam kesamaran malam. Semenjak kejadian menimpa Pak Seboro itu orang-orang kampung menjadi gementar. Siapa sahaja yang berkeras mahu memerangkap nescaya usungan mayat itu akan dihantar ke tengah rumahnya. Kadangkala mayat yang sudah reput t:rgolek di situ dengan ulat berenga merata-rata.
"Kamu jangan terpedaya, Jumin!" Pak Kiyai ingatkan Wak Jumin apabila anak muridnya .serba salah mahu berdepan dengan gangguan demikian ternyata gangguan ilmu hitam Pak Kiyai," jelas Wak Jumin kerana tidak mungkin mahu melawan ilmu hitam se-kiranya tidak setanding dengan amalan lawan„
Allah meliputi tujuh petala bumi, tujuh petala langit!" tegas Pak Kiyai memberi keya-kinan.
Dalam masa orang-orang kampung berkawal di pintu rumah masing-masing asal sahaja bulan mengambang penuh, Pak Kiyai tidak berganjak dari Madrasahnya. Lama Pak Kiyai berzikir memegang buah tasbinya, tiba-tiba Wak Jumin mendengar dia bersuara keras. Beberapa orang yang terconggok di madrasah juga tidak melihat apa-apa tatkala Pak Kiyai menuding jari ke tengah halaman madrasah. Kemudian Pak Kiyai menyuruh letakkan sesuatu di situ menyebabkan mereka yang terconggok madrasah berasa hairan. Tidak ada apa-apa pun mereka lihat di tengah halaman madrasah, tetapi Pak Kiyai memberi isyarat supaya jangan bergerak lantas membacakan.
Bal huqzifu bil-hoqqi ‘alalbathilifayad maghuhu fa_izahuwa zahiqqon, walakumul wailu mimma tusifun, wahuwallahhu la-ilaha illa huwa lahulhamdu fil-ula wal-akhirati walahul hukmu wa-ilaihi turja'un.
Sekaligus mereka mendengar jeritan sayup-sayup di udara bagaikan terganggang ke api menyala. Getar suara kesakitan akibat terbakar itu semakin lama hilang bersama angin malam bertiup perlahan. Apabila didesak Pak Kiyai beritahu mengenai kejadian itu dia sekadar menggeleng kepala sahaja dengan beristighfar berulang kali.
Tatkala mereka di madrasah mahu balik ke rumah, Embah Limi termengah-mengah berlari mahu menemui Pak Kiyai. Hiba sangat Embah Limi beritahu mengenai suaminya Mas Wakas mati terkejang dengan seluruh badannya melecur laksana rentung terbakar. Sewaktu Wak Jumin bersama Pak Kiyai menjengah ke rumah Mas Wakas, dia melihat di tangan mayat tergenggam bungkusan kecil.
Segera Pak Kiyai keluarkan bungkusan itu dari genggaman mayat Mas Wakas. Di dalam bungkusan kain putih itu hanya berisi tujuh butir bertih sahaja.
Menggeleng-geleng Pak Kiyai kerana dia melihat Mas Wakas seolah-olah cuba menguasai amalan yang dia sendiri tidak tahu apa-apa.
"Tak apa kita tengok dulu," Wak Jumin ikut sama berkumpul disurau sebaik sahaja gangguan tersebut. "Kalau ilmu hitam kita ikut cara dia, kalau gangguan syaitan kita cari puncanya," dia menambah setelah ikut sama sembahyang hajat bersama Lebai Jaamat.
Kemudian Wak Jumin meminta jemaah yang lain tunggu sahaja di surau atau balik ke rumah masing-masing. Dia bersama Lebai Jaamat sahaja meranduk kegelapan malam menjengah ke serata kampung. Memang tidak siapa pun mahu bertahan di surau. Mereka semua mengambil keputusan balik ke rumah sebaik sahaja Wak Jumin turun meninggalkan surau bersama Lebai Jaamat.
Tetapi Dolah Jekeng tidak terus balik ke rumah. Lantas dia mengajak Talip Sepet menunggu di simpang ke kubur dengan harapan dapat melihat sendiri orang membawa usungan mayat itu. Sengaja mereka berlindung di sebalik pokok cenerai merimbun daun, biar siapa pun tidak melihat mereka bertahan di situ.
Dalam masa menunggu di sebalik pokok cenerai itu mereka berdua terpaksa bertahan dari gangguan nyamuk yang mengiang-ngiang di pangkal telinga. Kalau tidak kenangkan mahu ikut sama Wak Jumin memerangkap gangguan dalam kampung, memang Dolah Jekeng dengan Talip Sepet tidak sanggup berlindung dalam belukar di sebalik pokok cenerai itu.
Apa sangatlah mahu dibimbangkan kerana Wak Jumin juga menyusup di tengah belukar di mana-mana. Kalau terserempak Wak Jumin dan Lebai Jaamat tentu mereka berdua disuruh balik sahaja ke rumah. Sebab itu mereka tidak mahu Wak Jumin atau Lebai Jaamat melihat mereka bersembunyi di situ.
“Kamuntengok pokok besar tu,!" bisik Talip Sepet mencuit bahu Dolah Jekeng kerana dia perasan pokok ketapang tersergam di tepi jalan tidak pernah tumbuh di situ.
"Pokok ketapang tu, kenapa pula?" ujar Dolah Jekeng perlahan terkebil-kebil mata mendongak ke atas.
"Setahu aku di sini tak ada pokok ketapang," Talip Sepet mula gementar tatkala melihat pokok berkenaan seolah-olah bergerak sedikit masuk ke tengah belukar.
"Nampaknya pokok ketapang tu berjalan," berdebar juga hati Dolah Jekeng tetapi dia sengaja beranikan hatinya.
Dalam masa mereka berdua terpinga-pinga melihat pokok ketapang besar tumbuh tersergam tiba-tiba di selekoh lorong itu, mereka terhidu bau busuk meruap-ruap. Cepat-cepat Dolah Jekeng ingatkan Talip Sepet supaya bersedia. Tidak lama kemudian mereka nampak berbalam-balam di tengah kegelapan malam empat orang lelaki mengusung usungan mayat.
Sebaik sahaja mereka sampai di bawah pokok ketapang besar, sekaligus akar pokok ketapang terjongket keluar. Kelilingnya menjadi tembok hingga empat lelaki membawa usungan mayat itu terkepung. Mereka terpinga-pinga mahu mencari lubang memboloskan diri, tetapi tertarnpan ke banir pokok ketapang seperti dinding tembok keras yang sukar ditembusi.
Ketika ini Talip Sepet nampak Lebai Jaamat melompat terjun dari dahan pokok ketapang. Dia tercegat memerhati empat orang lelaki yang terkial-kial mahu memanjat dinding tembok. Mereka berempat tidak bercakap sepatah pun lantas meletakkan usungan di tanah.
"Ke mana kamu nak bawa usungan inayat ni?" jerkah Lebai Jaamat setelah berhadapan dengan empat orang lelaki berkenaan.
Tetapi lelaki berempat itu tidak menyahut. Mereka tergagau-gagau mahu memanjat dinding tembok. Berkali-kali mereka cuba memanjat tetapi jatuh tergclincir semula bawah. Semakin takut mereka melihat Lebai Jaamat berdiri tidak berganjak sedikit langsung. Ketika ini Dolah Jekeng dan Talip Sepet tidak melihat pun Wak Jumin di situ. Disebabkan ketakutan mereka berdua tidak berani pun melompat keluar mendapatkan Lebai Jaamat. Biarlah mereka berdua bertahan di situ sekalipun empat lelaki berkenaan terketar-ketar berdepan dengan Lebai Jaamat mengisar-ngisar tapak tangan.
Apabila,Lebai Jaamat membacakan surah al-lkhlas 11 kali, bumi tempat mereka berjejak kuat. Dalam masa yang sama juga Talip Sepet merasa perutnya memual-mual bagaikan mahu terjeluih muntah. Tekak juga loya tidak dapat bertahan. Sebaik sahaja diberitahu oleh Talip 5epet perutnya memulas-mulas, Dolah Jekeng juga mengaku dia sudah bersirai kencing di dalam seluar. Puas dia menahan perut-nya yang merengat-rengat, tetapi kencingnya meleleh juga dengan tidak disedari.
Setelah membaca surah al-Ikhlas, Lebai, Jaamat bacakan Ayatul Kursi 11 kali diikuti. dengan doa:
Alif lam mim sad, kaf ha ya a'in sad, ha mim a'in sim kof, uskun aiyuhal waji' billazi in-yasya yuskinir riho fayazlalna rawakido 'ala zohrihi inna fi-zalika la-ayatin likulli sobbarin syakur.
Tatkala Lebai Jaamat menampar dua tapak tangannya, mayat di atas usungan tiba-tiba bangun perlahan. Semakin kencang perut Talip Sepet memulas-mulas ketika ini, hingga dia tidak tahu apa-apa pun berlaku lagi. Dolah Jekeng juga terlopong hingga terkaku tidak bergerak.
Ketika itu pokok ketapang yang tersergam juga hilang bagaikan bayang-bayang yang tidak nampak lagi setelah disuluh dengan cahaya. Di situ Wak Jumin tercegat seolah-olah sama macam pokok ketapang tersergam gagah.
"Kenapa kamu nak ganggu kampung kami!" Wak Jumin mengepal tinju lantas menumbuk-numbuk ke udara.
“Kami bukan pak ganggu kampung," sahut mayat perempuan di atas usungan dengan rambutnya mengerbang ditiup angin.
"Jangan nak berdalih!" jerkah Wak Jumin memberi amaran memusingkan badannya hingga menjelma laksana kabus hitam berpusar kuat.
"Dengan Wak Jumin jangan cuba nak berselindung, aku tahu asal usul kamu," semakin keras tuturnya dalam masa kabus hitam itu berputar.
Asal sahaja kabus itu berputar semua lembaga yang tercegat di depannya berputar sama laksana gasing tengah naik uri. Apabila dia berhenti berpusar sekaligus pula lembaga di depannya terpelanting hingga bergolek ke tanah. Ketika ini Lebai Jaamat berzikir hingga suaranya bergema iaksana guruh berdegar di udara.
Tersengguk-sengguk lembaga wanita di atas usungan mayat menangis apabila dia jatuh terjelepoh di situ selepas berputar ligat. Dia memerhati empat lembaga lelaki yang mengusungnya juga terhuyung-hayang bangun akibat terguling di tanah. Mereka berpandangan di antara satu sama lain seolah-olah termangu dengan kejadian yang mereka alami di depan Wak Jumin bersama Lebai Jaamat.
Memang mereka gementar disebabkan Wak Jumin menjelma menjadi pokok ketapang hingga Lebal Jaamat bertenggong di atas dahannya yang tinggi. Tentu pokok ketapang itu berjalan mengikut kemahuan Wak Jumin. Baik akar, baik dahan, baik rantingnya semua boleh mencekak 'kalau mereka mahu melarikan diri.
"Kenapa kamu buat aku macam ni, Jumin?" merintih-rintih perempuan di atas usungan menangis menahan kesedihan diperangkap oleh Wak Jumin di situ.
Mereka semakin terseksa apabila Lebai Jaamat berzikir bumi`tempat mereka berjejak ikut sama bergegar kuat. Asal sahaja Lebai Jaamat membaca surah al-lkhlas petir akan berdendam menyambar. Mereka tidak dapat berlindung dari terjahan api petir yang terus menerus mencari mangsa.
"Tolonglah Lebai Jaamat, jangan seksa kami macam ni," perempuan di atas usungan merayu hiba.
 "Lebai Jaamat tidak seksa kamu, tapi perbuatan kamu yang menyeksa kamu sendiri!" sahut Wak Jumin disebabkan Lebai Jaamat tidak mahu bercakap apa-apa. Dia terus berzikir hingga gemanya menggegar di sekeliling menyebabkan pokok-pokok juga terlonjak-lonjak sama.
"Cukuplah Lebai Jaamat, ilmu apa yang awak pakai ni?" semakin gementar perempuan di atas usungan inayat itu menggeliat-geliat menahan kesakitan.
"Kamu akan lebih terseksa kalau ganggu kampung kami!" tegas Wak Jumin tercegat semula bercekak pinggang. Dia memberi amaran disebabkan Lebai Jaamat tidak menyahut apa-apa. Tetapi perempuan di atas usungan mayat itu merintih-rintih meminta Lebai Jaamat berhenti daripada terus berzikir. Bukan takat bumi tempat berpijak sahaja bergegar, seluruh jantung dan isi perutnya juga ikut sama bergegar. Tubuhnya mengigil menahan seksa akibat bergegar semasa Lebai Jaamat terus berzikir.
Lelaki berempat yang ipengusung usungan juga tidak dapat berdiri tegak akibat terlambung-lambung bagaikan beras ditampi di dalam nyiru. Gegaran bumi tempat berpijak menjadikan mereka ketakutan tidak menentu. Ketika itu Wak Jumin ketawa mengejek mereka disebabkan cuba menguji penduduk-penduduk kampung.
Menggeleng-geleng kepala perempuan di atas usungan disebabkan Lebai Jaamat tidak peduli langsung rintihannya. Tentu Lebai Jaamat juga tidak peduli penjelasan dia apabila dilihat oleh penduduk-penduduk kampung diusung ke tanah perkuburan. Masakan Lebai Jaamat mahu herhenti berzikir setelah berdepan dengan gangguan demikian.
Lainlah kalau terserempak manusia biasa yang merintih-rintih meminta pertolongan, bila-bila Lebai Jaamat sanggup membantu. Tetapi di depannya sekadar jelmaan perempuan yang diusung ke tanah perkuburan tatkala malam gelap gelita. Siapa pun tidak akan percaya mengenai orang membawa usungan mayat rnerayau-rayau di tengah malam, kalau tidak terserempak sendiri macam Dolah Jekeng, Sahak Balam atau Talip Sepet.
Kalau tidak disebabkan Wak Jumin memerangkap nescaya mereka dapat memboloskan diri ke mana-mana. Tetapi Wak Jumin sekaligus bertukar menjadi pokok ketapang di depan Lebai Jaamat. Dia menyuruh Lebai Jaamat berpaut pada dahan pokok ketapang itu sewaktu orang membawa usungan mayat semakin hampir masuk ke dalam perangkap.
Manalah mereka dapat bezakan pokok ketapang jelmaan Wak Jumin dengan pokok lain tumbuh meliar tengah belukar. Bukan takat lembaga lelaki membawa usungan mayat itu sahaja terkepung, binatang buas tengah hutan juga akan terperangkap sekiranya Wak Jumin masuk ke hutan. Bila-bila harimau ganas terkeliru apabila terserempak tunggul kayu s-baik sahaja mahu menerkam Wak Jumin.
Memang Wak Jumin mudah bertukar menjadi pokok besar tersergam hingga sukar dikesan musuh. Sebab itu perempuan diusung macam mayat terbujur itu tidak dapat mengelak tatkala Wak Jumin bertukar menjadi pokok ketapang tersergam. Akar banirnya tcrbongkar menjadi dinding tembok mengepung mereka hingga tidak dapat lari memboloskan diri. Dalam masa yang sama pula Lebai Jaamat berzikir menyebabkan mereka semakin lemah terkepung di situ.
"Sudahlah, kami semua ni dah tersesat ke sini!" merintih payah perempuan di atas usungan mayat ini.
"Selepah, tolong aku!" kemudian bergetar pula suara lembaga empat lelaki itu melambai-lambai tangan minta selamatkan mereka dari goncangan, tanah tempat berpijak. Mereka teriambung-lambung laksana padi ditampi di dalam nyiru.
"Siapa Selepah, cakap!" bentak Wak Jumin keras merenung tepat ke muka perempuan di atas usungan mayat.
Tersipu-sipu perempuan di atas usungan mayat mengakui dirinya Selepah yang diusung empat lelaki berkenaan. Lama Wak Jumin memerhatikan perempuan berkenaan hingga nampak berbayang wajahnya di bawah rambut, mengerbang di-tiup angin. Kemudian Wak Jumin beristigfar beberapa kali dalam keluhan memanjang.
Memang dia dapat mengagak jelmaan Selepah itu tersesat hingga sukar mencari laluan menyebabkan masuk ke kawasan perkampungan. Tetapi Lebai Jaknat tidak peduli apa-apa dia terus juga berzikir, sekalipun petir bcrdentam kuat berulang kali. Kalau tidak disebabkan dinding tembok tersergam, nescaya mereka yang terkepung di situ diterjah petir memancar di udara.
Di tengah dentaman petir bertalu-talu, Wak Jumin menghembus ke arah perempuan itu dengan membacakan 3 kali al-Fatihah. Kemudian diikuti dengan surah al-lkhlas, surah al-Falaq dan surah an-Nas. Sekaligus petir berdentam berhenti serta merta dengan gegaran tanah juga kembali tenang.
Tersenyum Lebai Jaamat apabila gegaran bumi menjadi tenang selepas Wak Jumin bacakan al-Fatihah. Perlahan sahaja Wak Jumin menuturkan,
"Ya Allah, kabulkan al-Fatihah ini aku sedekahkan kepada Selepah."
Perempuan di atas usungan mayat itu menekup rnuka denga kedua tangannya lantas menangis tersengguk-sengguk. Lebai Jaamat juga mengangkat muka memerhati ke arah Wak Jumin Dia melihat Wak Jumin mara mendekati perempuan di atas usungan mayat berkenan. Lantas Wak Jumin memberi isyarat kepada empat lelaki yang terperosok di bawah dinding tembok supaya mengusung semula usungan tersebut.
Sebaik sahaja empat lelaki mengusung usungan itu Wak Jumin bacakan al-Fatihah tiga kali dengan menyuruh lelaki ber-kenaan berjalan tiga langkah ke hadapan. Selepas itu Wak Jumin membacakan:
Ya-aiyatuhannaf-sul muth-ma-innatur ji ‘i-ila rabbika radhiyatam mardhiatan, fadkhuli fi-'ibadi wadkhuli jannati.
Sekaligus pula cahaya memancar bagaikan pintu terbuka melalui terowong jauh di hadapan mereka. Tidak bertangguh Wak Jumin mengajak mereka hampir ke arah cahaya memancar itu. Sebaik sahaja empat lelaki membawa usungan itu sampai di depan pintu terowong bercahaya, lantas Wak Jumin menyuruhnya membolos masuk ke situ.
"Tempat kamu di sana, bukan di sini!" beritahu Wak Jumin menuding jari ke arah pintu terowong bercahaya.
Mercka tidak membantah apa-apa. Terus sahaja mereka masuk ke terowong bercahaya itu sampai hilang di pusar angin mengelus kencang. Selepas orang membawa usungan mayat itu hilang dalam pusaran angin di tengah terowong bercahaya, serta merta pula cahaya berkenaan hilang menjadikan tempat itu diserkup kegelapan semula.
Tersengih-sengih Wak Jumin mengajak Lebai Jaamat balik semula ke surau. Belum pun mercka bergerak, Lebai Jaamat mendengar rengekan ber-getar di perdu pohon cenerai. Tatkala dia menyuluh ke situ memang Dolah Jekeng terketar-ketar dengan mulut berbuih. Talip Sepet juga terlanggung kepala di bahunya dengan tidak bergerak apa-apa. Terpaksa pula mereka berdua memapah dua lelaki itu balik ke rumah masing-masing. Setelah dipulihkan terpinga-pinga Dolah Jekeng mahu meng-ingatkan semula kejadian pokok ketapang bergerak macam orang berjalan. Sementara Talip Sepet tidak tahu apa-apa pun setelah perut memulas-mulas mahu muntah terjeluih.
"Kalau mahu ikut sama, kenapa tak berterus terang?" marah juga Wak Jumin disebab-kan dua lelaki itu cuba mengendap di dalam belukar. Apa salahnya kalau berterus terang mahu ikut sama memerangkap jelmaan orang membawa usungan mayat itu.
"Nasib baik kamu tidak ditimpa geruh," ujar Lebai Jaamat ingatkan mereka berdua bernasib baik sekadar pingsan tidak sedarkan diri sahaja. Bagaimana kalau ditimpa geruh sampai menanggung derita seumur hidup?
Tetapi Dolah Jekeng dapat ingatkan mengenai pokok ketapang bergerak, kemudian akar-nya terbongkar menjadi banir seperti dinding tembok tersergam. Sekaligus pula Lebai Jaamat terjun dari dahan pokok ketapang itu. Selepas itu dia tidak melihat apa-apa lagi disebabkan terkaku hingga terlopong mulut.
Sekali sekala dia nampak bayangan mengimbas seperti Wak Jumin bertukar menjadi pokok ketapang tersergam. Mahu dituduh pula tentu Wak Jumin tidak akan mengaku, kerana di dalam kegelapan malam pandangan mata seringkali keliru. Pokok ditiup angin pun kelihatan seperti berjalan meranduk belukar
"Kalau Wak jadi pokok, habislah kena tebang," terkekeh-kekeh Wak Jumin ketawa sewaktu saya temui dia di hujung parit. "Ustaz pun percaya dengan cerita macam tu?" dia mencebek biir seolah-olah menyindir saya.
Saya tersenyum menjeling ke arahnya. Kalaulah arwah Lebai Jaamat terconggok di situ, tentu Wak Jumin tidak akan berdalih apa-apa. Tetapi semenjak saya datang ke kampung itu Lebai Jaamat memang sudah lama meninggal dunia. Beberapa kali Dolah Jekeng beritahu saya bahawa dia tidak akan lupa kejadian tersebut sampai bila-bila.