Tuesday, August 14, 2018

289. TUNGGUL JELMAAN DI TENGAH HALAMAN


 Kadangkala penderitaan yang dihidapi oleh anak kecil Siti Maherah dan Sahidin yang baru berumur tahun itu, mudah menjadikan kedua ibu bapa mereka cemas. Apalah yang dapat dilakukan oleh Muhd. Farid yang berumur tiga tahun itu sebaik saja dia tidak dapat lagi menggerakkan kakinya selepas diserang demam panas yang teruk.
Jiran-jirannya yang tinggar di kawasan perumahan itu menasihatkan Sahidin supaya segera dibawa bertemu doktor pakar bagi memulihkan keadaan lumpuh anaknya. Hidup di tengah kota Kuala Lumpur memanglah tidak dapat melarikan diri dari keyakinan perubatan secara moden yang lebih ter-atur. Apa lagi Muhd. Farid yang diserang demam panas itu mempunyai kaitan dengan perubatan moden boleh menyebabkan orang itu lumpuh atau cacat.
Setelah mendapatkan rawatan moden, Sahidin masih berkeyakinan bahawa anaknya masih ada harapan dibawa sekiranya diubati secara tradisional di samping perubatan moden. Dia hanya dinasihatkan supaya anaknya Muhd. Farid diberi latihan jasmani bagi mengembalikan kekuatan ototnya. Memang Sahidin sanggup berbelanja membeli alat-alat latihan jasmani dengan harapan membumbung tinggi bahawa anaknya akan pulih semula.
Pada mulanya Siti Maherah tidak bersetuju untuk mencuba mengubati anaknya secara tradisional, setelah rawatan perubatan moden dilakukan keatas anaknya. Tetapi setelah ayahnya Basar Badak menceritakan kejadian yang menimpanya semasa usianya tiga bulan dulu, dia bersetuju agar suaminya Sahidin mencuba secara tradisionaI.
Dia terus menemui Dukun Lawi, sekalipun orang tua itu sudah lama meninggalkan kerja-kerja perubatan tradisional, Sekalipun dia tidak mahu lagi melakukan kerja-kerja memberi rawatan perubatan tradisional ini, tetapi dia bersedia juga memberi rawatan sekiranya orang datang sendiri ke rumahnya.
"Kalau nak jemput Tok ke mana-mana, minta maaflah..." beritahunya kepada saya, apa-bila saya mengunjunginya. "Tapi kalau orang datang ke rumah Tok, apa boleh buat, Tok tak dapatlah nak mengelak" katanya tersengih-sengih sambil mengusap-ngusap kepalanya yang bercukur gondol.
Memang dia sudah bernekad untuk berhenti menjalankan usaha rawatan perubatan tradisional, apabila anak-anaknya sudah meningkat dewasa. Inilah yang menjadi sebab utama mengapa dia hanya sanggup melakukannya hanya secara sambilan saja.
Bagaimanapun mereka yang tinggal di Chenor, memang tahu mengenai Dukun Lawi ini pernah menjadi bomoh terkena dli situ. Dia juga seorang guru yang ramai murid-muridnya termasuklah sendiri. Di masa masih bujang teruna Sahidin memang suka mempelajari ilmu silat. Sebab itu lah dia segera meng-ikuti latihan silat apabila Dukun Lawi memulakan kumpulan silatnya di kampung berkenaan.
Bukan saja silat kependekaran yang diajarkan oleh Du-kun Lawi, malah dia juga memperkenalkan silat permainan seperti silat pulut untuk pertunjukan meraikan pengantin, dan silat randai yang dipelajarinya di Lenggeng.
Tiap-tiap malam selepas isya murid-muridnya berkumpul di halaman rumahnya dengan di-terangi oleh silauan cahaya lampu gaslin. Dukun Lawi duduk di atas anak tangga memerhatikan murid-muridnya membuka langkah sambil memekik-mekik "hap, hap, Sekaligus bunyi tapak tangan ditepukkan ke paha bergerutup.
Ketika inilah dia mendengar Sahidin terjerit sewaktu langkahnya dibuka sambiI memencak. Cepat-cepat Dukun Lawi terjun dari anak tangga sebaik saja dia ternampak Sahidin terjengket-jengket dengan darah mengalir di tapak kakinya.
"Kenapa kau...?" tanya Dukun Lawi menerpa mendapatkan Sahidin, tetapi belum pun dia sampai tiba-tiba Dukun Lawi terguling ke tengah halaman akibat tersepakkan tungguI buluh.
Serentak dengan itu murid-muridnya semua terpekik keheranan melihatkan di seluruh bahagian halaman itu dipenuhi dengan tunggul tunggul buluh pering berceranggah, Disebabkan terpijak tunggul buluh yang runcing itulah tapak kaki Sahidin berdarah.
"Naik ke rumah semuanya..." perintah Dukun Lawi meraba-raba kepala lututnya yang berdarah akibat jatuh terguling. "Ini permainan orang, dia nak menguji agaknya" katanya tersenyurn melihat kejadian yang tiba-tiba saja mengganggu latihan silat di halaman rumahnya.
Masing-masing segera naik ke rumah. Dukun Lawi menujahkan telunjuk ke tanah sambil memusarnya tiga kali lantas membacakan:
BismiIlahi turbatu-adhina, Biriqati ba' dhina, yusphabihi saqimuna, rabbina.
Kemudian dia menyapukan telunjuknya pada luka di kaki Sahidin. Sebaik saja dia menyapukan telunjuknya pada bahagian luka itu, tiba-tiba saja darah berhenti mengalir sekalipun lukanya jelas memanjang di kulit tapak kaki itu.
Bisa luka yang menusuk-nusuk itu juga terasa redah setelah didoakan oleh Dukun Lawi. Memang Sahidin tidak lagi merasa kesakitan seperti mula-mula kakinya terpijak tunggul buluh pering yang tiba-tiba saja muncul berceranggah memenuhi setiap penjuru hala-man.
"Macam mana ni Abang Lawi?" Hasan Panjang bertanya keheranan melihat tungguI-tunggul buluh berceranggah di merata halaman. "Mana datangnya haram zadah ni..." rungutnya bercampur marah.
"Orang nak mencuba" sahut Dukun Lawi perlahan dalam rasa terharu. Hatinya sedih kerana usahanya mengumpulkan anak-anak muda kampung belajar pencak silat dikhianati secara demikian. Sepatutnya orang berkenaan memberi sokongan atas usahanya yang murni itu, bukannya perbuatan yang baik dibalas dengan sikap dan keji.
Dia tidak berniat untuk menyakiti hati sesiapa pun apabila melatih anak-anak muda belasan tahun belajar pen-cak silat. Anak-anak muda itu pun dilatih memencak silat bukanlah untuk mengganggu sesiapa ataupun mahu menunjukkan kehandalan didepan orang-orang kampung. Mereka hanya dilatih supaya dapat mempelajari sesuatu bagi menambahkan ilmu pengetahuan. Tetapi hanya beberapa minggu saja dia memulakan latihan, sudah ada pihak yang mahu menguji.
"Kita bakar tunggul-tunggul buluh tu!" Manap Begar mencadangkan sambil menggertap bibir
"Nanti dulu..." ujar Dukun Lawi menghela nafas. "Kita tengokkan dulu cara permainan dia" katanya merenung ke tengah halaman yang sudah dipenuhi tunggul-tunggul buluh seperti di tengah belukar aur.
Belum pun sempat mereka melakukan apa-apa, tiba-tba saja api keluar dari celah-celah tunggul buluh berkenaan, tetapi sedikit pun tidak membakarnya. Hanya api saja menjalar bagaikan sudah dituang dengan minyak tanah. Api itu pula bergerak seolah-olah membakar seutas tali menuju ke kaki tangga tempat Dukun Lawi bertenggong.
"Dah, nak tunjuk keras kepala nampaknya" gerutu Dukun Lawi terjun ke tanah menyepak api yang menyala itu. Sekaligus api itu padam, manakala salah satu tunggul buluh itu terpelanting disepak oleh Dukun Lawi bagaikan buih di permukaan air.
Murid-muridnya melihat kaki Dukun Lawi sedikit pun tidak terjejas walaupun dihayun kuat semasa menyepak tunggul ber-kenaan. Kemudian dia segera ke tengah halaman membuka pencak silatnya, sambil kakinya memijak tungguI-tungguI buluh yang berceranggah. Sedikit pun tidak memberi bekas setiap kati tapak kakinya berpijak di atas tunggul tungguI berkenaan.
"Ya zaljalal-wal-ikram.." katanya perlahan setiap kali tumitnya dihentakkan ke atas tunggul tunggul buluh yang muncul secara tiba-tiba di tengah halamannya. Apabila tumitnya menghentak, sekaligus pula tunggul-tunqquI berkenaan tenggelam hingga halamannya kembali bersih seperti sediakala.
Melihatkan keadaan sudah pulih seperti sediakala, muurid-muridnya segera turun ke halaman untuk memulakan latihan semula.
“Naik  semula ke rumah….” jerit Dukun Lawi memarahi mereka, menyebabkan wurid-muridnya mula diganggu bimbang. Malam itu seolah-olah mereka sedang berhadapan dengan ancaman sekiranya terus menjadi murid Dukun Lawi.
Hasan Panjang segera berlari ke dapur memberitahu isteri Dukun Lawl, Bidan Yah mengenai kejadian yang berlaku di halaman rumah. Bidan Yah tidak terkejut atau pun cemas, sebaliknya dia menyuruh Hasan Panjang menggambil wuduk di tempayan yang terletak di pelantar dapur.
Tidak membantah sepatah pun, Hasan Panjang mematuhi saja suruhan Bidan Yah. Selesai saja dia mengambil wuduk, lantas disuruh oleh Bidan Yah melaungkan azan sepuluh kali di hujung serambi. Sewaktu Hasan Panjang berjalan keluar ke serambi rakan-rakannya semakin diserang ketakutan kerana di tengah halaman merayap beribu-ribu kala-jengking dan lipan yang tidak tahu dari mana datangnya.
Dukun Lawi pula terpaksa melenting tinggi me lompat hingga melepasi bumbung atap bagi mengelakkan dari gangguan kala-jengking dan lipan yang merayap-rayap itu. Bagaimanapun semua binatang itu dak lepas keluar dari kawasan halaman. Keadaan di serarnbi dan di kepala tangga riuh-rendah apabila mereka yang menjadi rnurid-murid Dukun Lawi kelam-kabut melihat kejadian berkenaan.
"Hah, apa lagi Hasan...laungkan azan" ujar Bidan Yah berjalan keluar ke serambi. Dia menjengahkan kepala di muka pintu sambil meminta laluan dari anak-anak muda yang mengasak muka pintu
"Jangan turun Mak Bidan..." kata Sahidin cuba mene-gah.
Tetapi Bidan Yah tersenyum mengerling anak muda belasan tahun itu. Dia turun ke tengah halaman dengan memegang penyapu lidi buruk. Di hujung serambi kedengaran suara Hasan Panjang melaungkan azan berulang kali. Ketika inilah Bidan Yan menyorongkan penyapu lidi buruknya di bawah kangkang tiga kali. Selepas itu dia terus menyapu kala-jengking dan lipan yang banyak di tengah halaman seolah-olah dia menyapu sampah saja.
Binatang-binatang yang merayap itu di tolak ke hujung halaman sebagaimana dia mengumpulkan sampah yang berselirak di tengah halaman ke situ. Setelah semuanya terlonggok dia meminta Sahidin menghulurkan pelita ayan di tengah serambi. Cepat-cepat Bidan Yah menuangkan minyak tanah dari kepala pelita ke atas longgokan binatang yang merayap-rayap itu, kemudian dibakarnya laksana membakar sampah saja.
"Kalau nak cuba, jangan Dukun Lawi seorang, cubakan juga bininya!" gerutu Bidan Yah meng-gertap bibir lantas meludah ke arah api marak menyala yang membakar longgokan binatang kala-jengking dan lipan di hujung halaman. Dukun Lawi yang bertenggek di bum-bung atap juga ter-jun semula ke tengah halaman.
"Belum habis lagi permainan dia orang ni..." beritahu Dukun Lawi berbisik kepada isterinya.
"Biarkan, kalau dia nak mencuba..” sahut Bidan Yah tidak bimbang langsung menghadapi ancaman demikian.
Dukun Lawi tersenyum. Dia tahu isterinya bukanlah semudah perempuan perempuan lain mahu menyerah kalah. Keberanian aruah bapa mertuanya seolah-olah tumpah ke dalam batang tuhuh Bidan Yah. Malah semasa usia gadisnya lagi Bidan Yah sudah memperlihatkan keberanian yang diwarisi dari ayahnya Bagindo Tumin.
Siapa yang berani nengganggu Bidan Yah kalau dia sedang mandi di sungai. Cepat saja dia melontarkan batu sebesar ibu jari ke arah pemuda yang berani mengendap di balik belukar. Lontaran itu tetap singgah ke dahi hingga benjol membengkak. Demikianlah tepatnya lontaran Bidan Yah apabila dia bertindak terhadap pemuda-pemuda yang berani mengganggunya.
Salangkan sewaktu dia tidur nyenyak pun, tidak ada siapa berani membangunkan dia dari dekat. Nescaya kakinya akan pantas menyepak bagaikan seorang pendekar, hingga musuhnya jatuh tersungkur. Adik-adik atau kakaknya hanya akan melontarkan bantal dari jauh saja kalau mereka mahu membangunkan Bidan Yah dari tidur.
Cuma Dukun Lawi yang berjaya menawan hatinya. Ayahnya Bagindo Tumin juga tidak banyak berdalih semasa Dukun Lawi masuk meminang melalui Tok Aji yang menjadi ayah angkatnya, semasa dia tinggal di madarasah Tok Aji beberapa ketika.
"Awak naiklah dulu ke rumah" Dukun Lawi menyuruh isterinya berundur.
"Biarlah dulu" kata Bidan Yah me-luahkan rasa mendongkol di hatinya dengan peristiwa tersebut. "Kalau dia nak menguji kita, sama-sama kita tunggu di sini!" gerutunya menggertap bibir menunjukkan dendam yang masih membara di dada.
"Dia nak menguji aku...!" ujar Dukun Lawi tidak mahu isterinya mencampuri masalah yang dihadapinya itu.
Bidan Yah tidak menyahut, tetapi dia tidak juga berundur dari tengah halaman. Dia seolah-olah sama menunggu kedatangan se-barang ujian yang cuba mengancam suaminya. Dirinya terasa semacam diresap oleh kepahlawanan aruah ayahnya yang digeruni oleh penduduk-penduduk kampung-nya.
"Kau ni keras hati, macam aruah ayah juga..." Dukun Lawi mendengus sambil mengerling ke arah isterinya yang masih tercegat di tengah halaman.
Dari arah kegelapan malam itu Sahidin nampak dua sinaran cahaya sebesar buntut gelas berkilauan kemerak merahan laiu menuju ke dada. Bidan Yah. Perempuan itu terguling ke tanah menggelepar. Kelihatan asap keluar dari dadanya bekas diterjah oleh dua bola kemerah-merahan yang tiba-tiba saja hilang sebaik saja tertampan ke dada Bidan Yah.
Anak-anak muda di atas tangga mahu turun menerpa, tetapi segera ditegah oleh Dukun Lawi. Mereka tidak dibenarkan turun menjejakkan kaki ke tengah halaman. Cepat-cepat dia mengangkat isteri-nya yang tidak sedar kan diri itu dan di-bawa naik ke ru-mah. Kemudian dia turun semula ke ten-gah halaman lantas mengguris keliling rumah dengan ke-lengkeng kirinya.
Selepas itu baru-lah dia naik semula ke rumah mendapatkan isterinya yang terlentang di tengah rumah. Bibir Bidan Yah keluer darah kering yang peket berbutir-butir.
"Apa kita nak buat Pak Lawl?" Manap Bagar menunggu perintah dari gurunya Dukun Lawi.
"Bertenang dulu, Mak Yah kau tak apa-apa..." katanya mententeramkan murid-muridnya yang gelisah melihat keadaan Bidan Yah
Di luar kedengaran ribut kencang bertiup, tetapi tidak menembusi rumah. Hanya pokok-pokok di sekeliling kawasan yang diguris oleh Dukun Lawi dengan jari kelengkengnya saja bergoyang kuat, sedangkan rumahnya langsung tidak diterobosi oleh angin kencang berkenaan.
Kemudian dia mengambil sumpit anyaman mengkuang yang tersangkut pada tiang tengah, lantas dikeluarkannya dua helai selendang berwarna merah dan hitam. Selendang hitam di-Iilitnya pada pingpang, manakala yang merah pula di selimpangnya ke bahu.
Dukun Lawi bersila rapat di sisi isterinya. Dia memejamkan matanya Lintas menyebut:
Allahumma-afinna anqulillahi-fihadunia-walakkhirat.
Perlahan lahan dia mengusap dua tapak tangan kemuka kemudian mengusap seluruh badannya. Sekali gus pula dia menampar kelantai sebanyak tiga kali., menyebabkan Bidan Yah seolah-olah terkejut hingga bingkas bangun.
"Terlalai juga aku" gerutunya mengurut nqurut dadanya bekas diterjah oleh cahaya api kemerah-merahan sebelumnya.
"Sekarang tunggu saja di atas rumah semuanya. Biarkan aku turun ke bawah dan jangan seorang pun melihat ke luar!" Dukun Lawi memberi ingatan sambiI memberi isyarat kepada Hasan Panjang supaya menutup pintu sebaik saja dia menuruni anak tangga.
Anak-anak muridnya yang semuanya dalam Iingkungan usia belasan tahun hanya mematuhi saja perintahnya. Hasan Panjang yang tua sedikit dari murid-murid yang lain disuruh mengawasi keadaan dalam rumah, semasa Dukun Lawi turun ke dalam gelap. Lampu gaslin yang tersangkut pada pohon nangka ditepi halaman juga sudah dibawa naik ke atas oleh Hassan Panjang semasa keadaan kelam kabut ketika Bidan Yah tidak sedarkan diri
Angin kencang diluar terasa menggegar, tetapi jauh dari kawasan rumah. Masing-masing ketakutan juga kerana tidak pernah mengalami kejadian yang demikian mendebarkan. Sahidin merasakan dirinya terlalu kecil disebabkan terlalu takut hingga lidahnya kelu tidak dapat bercakap apa-apa.
Kira-kira setengah jam selepas Dukun Lawi menghilang ke dalam gelap malam, ribut kencang di luar pun mulai reda. Hujan juga mulai turun di luar menimpa atap rumah. Tidak Iama selepas itu kedengaran Dukun Lawi menyuruh membuka pintu. Dia naik ke rumah dalam keadaan basah
kuyup, tetapi tersengih-sengih menunjukkan kepuasan di hati.
"Berhenti hujan nanti, kalau kamu semua nak balik, baliklah..." katanya sambil menukar pakaian. "Jangan takut, malam besok datang lagi beriatih" dia menambah bagai kan memberi semangat kepada anak muda belasan tahun yang tergamam melihat kejadian yang mengganggu mereka sewaktu berlatih bersilat.
"Abang Lawi tak apa-apa?" soal Hasan Panjang memer-hatikan Dukun Lawi mencampakkan pa-kaiannya yang basah ke dalam besen di pelantar dapur.
"Ah, ini kecil sangat kalau bandingkan dengan semasa aku belajar di Segamat" beritahu Dukun Lawi duduk menyandarkan bela-kang ke tiang tengah. "Tanyalah kakak kau tu..." ujarnya memuncungkan bibir ke arah isterinya Bidan Yah.
Bidan Yah mengangguk-ngangguk kepata saja. Dia tidak bercakap apa-apa, kerana masih kelihatan letih selepas tidak sedarkan diri. Bagaimanapun Dukun Lawi tidak menceritakan pengalaman yang dikata-kannya lebih hebat semasa di Segamat itu. Tetapi ternyata dia membayangkan rasa banggannya setelah berjaya menentang musuhnya yang cuba meng halang dia pada malam berkenaan.
"Malam besok kalau dia nak ganggu lagi, tahulah nasibnya!" Dukun Lawi mengertap bibir bagaikan memberi amaran.
Murid-muridnya hanya mengangguk. Tetapi Sahidin merasakan tidak perlu lagi belajar pencak silat, kalau terlalu banyak sangat rintangan yang harus dihadapi. Dia menyertai latihan silat bersama Dukun Lawi, hanya untuk bersama kawan-kawannya yang lain menghabiskan masa lapang di sebelah malam hari. Di rumah pun dia tidak membuat apa-apa kerja, lebih baiklah meluangkan masa berlatih silat.
Tidak ada tujuan penting padanya mempelajari seni itu, kerana dia mementingkan peIajaran di sekolah.
Malam esoknya memang Sahidin tidak pergi lagi ke rumah Dukun Lawi. Dia sudah mengambil keputusan tidak mahu lagi meneruskan latihan, disebabkan peristiwa vaing mengganggunya pada malam berkenaan. Walaupun kawan-kawannya mengejek disebabkan keputusan ilu, namun Sahidin letap dengan pendiriannya.
"Kalau sudah sampai bergaduh dengan ilmu-ilmu sihir, buat apa kita belajar" Sahidin nnemberitahu Manap Begar sebab-sebab dia tidak mahu meneruskan latihan silat dengan Dukun Lawi.
Bagaimanapun lain-lain murid meneruskan juga belajar silat di situ. Mereka tidak merasa bimbang selagi Dukun Lawi memberi jaminan bahawa ke-selamatan mereka semuanya terjamin. Hinggalah terjadi peristiwa Manap Begar muntah-muntah darah selepas minum kopi dan lepat pisang yang disediakan oleh Bidan Yah.
Sahak Keriting ayah Manap Begar berkeras menuduh isteri Dukun Lawi sengaja mahu memberi anaknya santau. Walaupun Pak Derih ketua kampung memintanya bersabar dengan kejadian itu, namun Sahak Keriting tetap menuduh perbuatan Bidan Yah yang menyebabkan anaknya termakan racun santau di dalam lepat pisang.
"Kalau betuI, tentu lah semua budak-budak tu kena, Sahak..." ujar Pak Derih memujuk. "Semua budak-budak tu makan lepat pisang, takkan Manap seorang saja yang kena" katanya dengan harapan dapat mencari penyelesaian.
Tetapi Sahak Keriting tidak puas hati. "Bagindo Tumin dulu, memang permainan dia racun upas macam ni" jeIas Sahak Keriting mengingatkan semula tentang kehebatan aruah Bagindo Tumin yang boleh meminum racun dengan tidak menjejaskan dirinya.
“His, orang dah mati jangan diungkit” Pak Derih menasihatkan. .
Racun upas memang permainan Bidah Yah, Pak Derih" Sahak Kerting masih menuduh isteri Dukun Lawi yang menyebabkan anakknya muntah-muntah  darah. Dia juga tidak mahu memanggil  Dukun Lawi untuk mengubati anaknya itu. Sengaja dia menjemput Fakeh Bakni dari Mentaus untuk mengubati anaknya, sekalipun dukun itu dari Chenor.
Setelah dua hari Manap Begar terlantar dengan darah mengalir keluar dari rekahan bibirnya. Fakeh Bakni tidak dapat datang ke Chenor. Dia juga tidak ada di rumah semasa Sahak Keriitng menjemputnya, kerana dia ke rumah anaknya di Perak. Kehampaan jelas terbayang di wajah Sahak Keriting apabila mengharapkan Fakeh Bakni mengubati anaknya.
Keadaan Manap Begar yang semakin lemah, menyebabkan Dukun Lawi tidak dapat membiarkan anak muridnya terlantar dengan tidak diubati. Dia mengajak Pak Derih menemui isteri Sahak Keriting meminta. kebenaran untuk mengubati, Manap Begar. Utih Milah tidak keberatan membenarkan Dukun. Lawi meng-ubati anaknya itu, disebabkan dia sendiri semakin bimbang kalau mengharapkan Fakeh Bakni datang dari Mentaus.
Dukun Lawi menggunakan tujuh helai daun sirih didemahkan ke dada Manap Begar, sambil mengusapnya perlahan-lahan naik ke tekak. Ketika ini kelihatan mulut Manap Begar berbuih-buih, tetapi darah sudah mula kering. Sahidin yang datang menziarahi temannya itu keheranan, kerana di dalam buih yang keluar dari mulut Manap Begar itu keluar beberapa batang jarum.
Semasa Dukun Lawi mengubati anaknya inilah Sahak Keriting balik dari Mentaus dengan wajah hampa kerana tidak dapat menemui Fakeh Bakni. Sekaligus suesana menjadi tegang apabila Sahak Keriting tidak segan silu lagi lantas mengherdik Dukun Lawi.
"Kau yang punya angkara Lawi!" bentaknya cuba menerkam ke arah Dukun Lawi.
Perlahan-lahan Dukun Lawi berpaling ke arah Sahak Keriting. Belum pun sempat Dukun Lawi menyahut, segera Utih Milah berdiri bercekak pinggang, "Awak tak nampak anak kita ni sakit! Awak ke mana tak nampak muka hidung, Kalau tak kerana Dukun Lawi, siapa nak ambil tau Si Manap ni sakit!" Suara keras Utih Milah menyebabkan Sahak Keriting semakin memberang.
"Awak diam! Awak orang betina tak tahu muslihat orang" jerkah Sahak Keriting.
"Sahak, jangan ikut perasaan" cepat cepat Pak Derihe bangun menyabarkan Sahak Keriting.
Tetapi Sahak Keriting sudah tidak menghiraukan Pak Derih lagi. Dia menepis tangan Pak Derih yang memegang lengannya.
"Kau jangan pandai nak bermuka-muka Lawi" katanya menuding telunjuk ke arah Dukun Lawi. "Bini kau yang beri racun pada Manap, aku tau memang Bidan Yah yang melakukannya..." dia menambah seolah-olah sudah dirasuk syaitan.
Sekaligus Dukun Lawi melompat hingga kakinya cecah ke bumbung atap. Kemudian dia berdiri di depan Sahak Keriting lantas memegang bahu lelaki itu. Segera ditepis oleh Sahak Keriting, tetapi tangannya tidak terlepas mencengkam ke bahu Sahak Keriting.
"Mahu kau aku beri kau malu didepan orang ramai ni...?" soal Dukun Lawi perlahan sambil mengerling ke arah Pak Derih yang serba salah melihat kejadian yang menyelubungi dua orang penduduk kampung nya.
"Apa kau nak buat?" bentak Sahak Keriting keras.
Di depan orang ramai itulah Dukun Lawi menceritakan peristiwa halaman rumahnya tiba-tiba ditumbuhi tunggul buluh semasa mengajar anak-anak muda berpencak silat. Sewaktu tumitnya menghentak tungguI tunggul itu memang dia dapat melihat Sahak Keriting memain-mainkan tunggul buluh berkenaan. Kemudian dia melontarkan bara dari tempat membakar kemenyan ke arah bayang isterinya yang menyapu sampah sarap di tengah halaman yang menjelma menjadi kala-jengking dan lipan.
Bayang Sahak Keriting terus menjelma mencucukkan beberapa batang jarum pada sebiji pisang yang diasapnya dengan kemenyan. Dia tahu Sahak Keriting mahu menujukan ilmu tujunya ke arah diri nya sendiri, tetapi telah terkena kepada Manap Begar.
"Janganlah kau nak tunjuk permainan macam tu Sahak..." Dukun Lawi melepaskan cengkamannya di bahu Sahak Keriting. "Kalau tak cukup isi di dada, aku tak datang berdagang ke kampung kau ni, Aku mengajar bukan nak tutup rezeki kau, tapi untuk melatih anak-anak muda di kampung ni saja" ujarnya menyindir Sahak Keri ting yang terkebi kebil mata dala keadaan serba salah
"Dalam hujan ribut malam tu, aku boleh musnahkan kau...tapi, aku berfikir panjang, Sahak..." katanya lagi memberi ingatan.
Sahak Keriting terdiam kerana langkahnya mahu menghalang Dukun Lawi melatih pencak silat kepada anak-anak muda sudah diketahui ramai. Dia tidak dapat berdalih lagi, kerana nasib anaknya Manap Begar ternacam disebabkan perbuatan nya sendiri. Dia terpaksa mengakui menyimpan pisang yang ditusuk jarum bagi menyelamat anaknya.
Setelah jarum yang ditusuk pada pisang itu dikeluarkan, Sahak Keriting membasuhnya seperti memandikan mayat. Kemudian dibungkus dengan kain putih sebelum ditanamkannya baik baik. Dua hari selepas kejadian itu Sahak Keriting terus berpindah balik ke kampung keluarganya.
Kenangan pahit itu tetap menjadi ingatan pada Sahidin, walaupun dia tidak menghabiskan polajar pencak silat dengan Dukun Lawi. Apabila anaknya diserang penyakit lumpuh itu, dia teringatkan Dukun Lawi yang sudah lama meninggalkan Chenor berpindah balik ke kampung halamannya di Serting. Puas juga dia mencari rumah Dukun Lawi, kerana tidak ramai orang-orang di situ yang mengetahui mengenai Dukun Lawi pernah menjadi dukun besar, kerana di kampung halamannya dia hanya dikenali sebagai tukang rumah saja.
Dukun Lawi inilah pula yang menyuruh Sahidin menemui saya dengan memberikan alamat saya kepadanya. "Katakan Tok yang suruh jumpa, kalau tak kata macam tu, tak mau ustaz tu mengubatnya, sebab dia bukannya dukun..." Dukun Lawi berpesan kepadanya.
Apabila balik dari Serting itulah Sahidin bersama isterinya Siti Maherah datang menemui saya. Serba salah juga saya bila dia menyebut nama Dukun Lawi yang tinggal di Serting itu menyuruhnya berjumpa dengan saya.
"Saya ni bukannya bomoh Cik Din" jelas saya semasa bertemu buat pertama kali dengan nya.
"Saya dah tahu ustaz, tapi ni pesan dari Tok Lawi. Dia yang suruh saya jumpa dengan ustaz" sahut Sabidin tersengih-sengih. Saya memerhatikan anaknya Muhd Farid yang kelihatan lembik tidakbermaya di pangkuannya. Di dalam hati saya tersimpan doa yang mendalam semuga Allah memakbulkan harapan kedua ibu bapa Muhd. Farid agar anaknya sembuh semula.