Lama
juga orang-orang kampung bercerita mengenai kematian Latip Pekak semasa
memandikan mayat, isterinya Mak Yot Bidan yang kononnya balik kerumah semula.
Judin Bauk yang menjadi saksi peristiwa itu bersama adik arwah Mak Yot Bidan
iaitu Usin Macuk. Tetapi kata orang
tua-tua yang balik semula ke rumah itu bukannya Mak Yit Bidan tetapi jelmaan
hantu bungkus.
Semasa
orang-orang kampung mengkebumikan jenazah Latip Pekak, didapati kubur Mak Yot
Bidan berlubang kira-kira sebesar lilitan betis. Apabila dijolok oleh Lebai
Piut ke dalam, kayu penyolok itu sampai ke bawah. Berbunyi papan liang lahadnya
ketika diketuk-ketuk.
Selepas
kematian Latip Pekak tidak lah didengar lagi suara jeritan dari kubur Mak Yot
Bidan. Apakah rahsia di sebalik kejadian itu tidak pula diketahui oleh
orang-orang kampung. Ketika saya sampai ke kampung ini dapatlah saya mendengar
serba sedikit ceritanya dari Judin Bauk.
“Tak
tau aku apakah ilmu yang dipakai oleh aruah tu,” jelas Judin Bauk apabila saya
tanyakan kepadanya.
“Yang
aku tau dia seorang bidan di kampung ni dulu. Agaknya ilmu membidankan orang
tentulah ada padanya,” ujarnya bagaikan tergambar lagi kepadanya peristiwa yang
berlaku.
“Sudah
selesai semuanya, tak payahlah kita sebut-sebut lagi,” Lebai Piut mencelah.
“Perkara
dah berlalu, biarlah orang-orang masih hidup jadikan tauladan tentang
petunjuk-petunjuk sedemikian dari Allah...” katanya perlahan.
“Benar kata Aki tu....” saya
tersengih-sengih memerhatikan dia.
“Tapi baik juga kita mengetahui
latar belakang mengapa kejadian itu berlaku. Dari sini bolehlah jadikan
tauladan kepada masyarakat kita. Sebab petunjuk dari Allah itu supaya kita
semua insaf,” keinginan saya masih membara mahu mengetahui latar belakang
kejadian yangmenimpa diri aruah mak Yot Bidan itu.
Saya memahami maksud Lebai Piut
itu. Dia tidak mahu cerita mengenai kubur berasap itu dipanjang-panjangkan.
Tidaklah mengherankan kepada saya mengenai Lebai Piut itu. Dia memang bekas
murid aruah Tok Aki saya. Oleh itu saya cam betul akan tabiatnya seakan-akan
mirip dengan aruah Tok Aki saya.
Sebenarnya saya datang ke kampung
terssebut semata-mata mahu menziarahi Lebai Piut. Tetapi secara kebetulan
cerita mengenai kubur berasap itu masih menjadai buat mulut orang-orang kampung
itu, sengajalah saya tanyakan kepada Judin Bauk.
Ketika saya ke Merlimau di Melaka
pun ada juga cerita mengenai kisah-kisah yang serupa dengan kejadian di kubur
Mak Yot Bidan ini. Kawan saya Ali Burn yang ceritakan kepada saya.
Tetapi saya tidak ambil peduli dengan
cerita Ali Burn ini, fasal kadang-kala ceritanya bercampur temberang sedikit.
Kira-kira dalam bulan Jun 1982,
Ali Burntelah mengajak saya berjumpa dengan seorang lelaki tua di Felda dekat
Johor. Lelaki ini tinggal bersama anak perempuannya di situ. Tetapi
dia bukanlah berasal dari Merlimau iaitu kampung Ali Burn. Bagaimanapun menantu
Pak Uduh ini memang berasal dari Merlimau.
Pak Uduh sudah berumur 80 tahun.
Dia kelihatan sudah uzur kerana penyakit. Matanya pun sudah rabun dan suaranya
pun tidak berapa jelas bila bercakap. Tetapi bila Ali Burn datang dia terlalu
gembira. Memang Ali Burn selalu datang ke situ menemui Rahman menantu Pak Uduh.
“Lama kau tak datang ke sini?” Tanya Pak Uduh
semasa Ali Burn memperkenalkan saya kepadanya.
“Kalau aku selalu datang nanti
Pak Uduh bosan” Ali Burn bergurau dengannya. “Lagi oun Pak Uduh nak
simpan-simpan sangat, kalau ada apa-pa tu bagilah pada orang muda,” tambahnya
sambil duduk rapat dengan orang tua itu.
“Apa yang kau hendak dengan aku,
orang tua tak berguna,” sahut Pak Uduh tersengih-sengih.
“Orang tua tak bergunalah
selalunya ada isi....” kata Ali Burn memaut bahu orang tua itu. “Kemenyan
sebesar lutut jkalau tak dibakar tak berbau Pak Uduh,” dia menepuk bahu Pak
Uduh.
Orang tua itu tersenyum. Dia tahu
Ali Burn hanya bergurau. Kedatangan Ali Burn menemui juga memang mempunyai
tujuan, Saya juga tahu Ali Burn datang menemui Pak Uduh kerana mahu
mencungkil-cungkil rahsia ilmu kebatinan orang tua itu. Memang menjadi
kelaziman orang tua-tua seperti Pak Uduh itu tidak akan menurunkan ilmunya
kepada orang-orang yang tidak boleh diharapkan.
Maksud orang yang tidak boleh
diharap ialah mereka yang tidak bersungguh melain sekadar mahu menguji-ngji
atau tidak sepenuh hati. Sebab itulah Pak Uduh sering mengelak-gelak bila Ali
Burn cuba mendapatkan sesuatu ilmu kebatinan darinya.
Selepas itu Ali Burn
memperkenalkan saya pada Pak Uduh. Memang saya sendiri berhajat mahu bertemu
dengannya setelah Ali Burn menceritakan serba sedikit mengenai diri orang tua
itu kepada saya.
“Jabat tangan tadi aku tau dah,
jabat tangan orang berisi...” kata Pak Uduh tersengih-sengih merenung saya.
Mungkin kerana matanya yang rabun dia terpaksa merenung saya tepat-tepat.
“Adalah isinya Pak Uduh,” sahut
Ali Burn pantas. “Kalau tak ada is kosonglah semuanya, baru jadi hantu
penanggal, semua tali perut habis terkeluar ditarik kelapa..” katanya ketawa
terkekeh-kekeh.
Pak Uduh juga ketawa. Saya juga
ikut sama ketawa. Geli juga dengan kata-kata Ali Burn itu. Sebab itulah
kawan-kawan kami gelar dia Ali Burn temberang, kerana ada saja ceritanya mahu
memanaskan suasana dengan gelak ketawa.
“Ialah, tahi pun isi juga
namanya,” balas Pak Uduh dihung ketawanya. “Tetapi berisi dengan tahi tak sama
dengan ilmu...” ujarnya macam menyindir.
Dari Pak Uduh inilah saya
mendapat cerita mengenai kisah Naesah Lawa yang kuburnya berasap seperti yang
diceritakan Ali Burn sebelum itu. Kampung Pak Uduh memang di Melaka, tetapi
bukanlah dari Merlimau. Naesah Lawa itu seorang janda muda yang mudah memikat
pemuda-pemuda. Antara yang jatuh hati pada Naesah Lawa ialah Pak Uduh sendiri.
Akhirnya Naesah berkahwin juga
dengan Pak Uduh, tetapi mereka tidak mempunyai anak. Ketika berkawin dengan Pak
Uduh, Naesah Lawa sudah dua kali bersuami. Sebagai orang yang warak, Pak Uduh
selalu menghabiskan masanya di surau menunaikan ibadat, disamping belajar agama
dari guru-guru agama yang diundang khas.
Naesah Lawa pula dalam diam-diam
berkenalan dengan seorang anak muda yang lain pula. Perhubungannya dengan anak
muda, sati hari telah terserempak dengan emak Pak Uduh. Apa lagi, perkara itu
terus diberitahu kepada Pak Uduh. Tetapi Pak Uduh tidak terus terburu-buru. Dia
meminta emaknya bersabar dulu, kerana dia belum melihat dengan matanya sendiri
akan perbuatan isterinya itu.
Sejak itu emak Pak Uduh mula
tidak senang dengan sikap Naesah Lawa. Malah dia menuduh Naesah Lawa sudah
menggunakan ubat pengasih menyebabkan Pak Uduh tunduk mengikut perintahnya.
Sebenarnya Pak Uduh bkanlah
terkena ilmu guna-guna atau ubat pengasih. Dia seorang yang taat kepada
perintah agama. Sebab itulah dia masih boleh bersabar mendengar aduan dari
emaknya sendiriterhadap kecurangan isterinya itu.Tetapi emaknya tetap berkeras
menyalahkan Pak Uduh.
Tidak lama kemudian emak Pak Uduh
jatuh sakit muntah-muntah drah. Ada bomoh mengatakan dia terkena santau.
Sebaliknya apabila dibawa ke hospital, pihak hospital mengatakan dia terkena
penyakit batuk kering. Hospital pula mengesyurkan supaya dihantar untuk mendapat
rawatan lanjut di Kuala Lumpur.
Bagaimana pun emak Pak Uduh tidak
mahu berubat di hospital. Akhirnya dia mati kerana mengidap penyakit batuk
darah. Samaada dakwaan bomoh yang mengubatnya benar atau tidak, Pak Uduh juga
tidakmahu mempercayai sangat.Tetapi Pak Uduh sendiri sudah mencubanya sendiri
mengubat emaknya dengan membacakan ayat-ayat Quran seperti yang dipelajarinya
Setiap kali dia memberi emaknya
minum air yang sudah dibacakan Yassin, emaknya muntah-muntah darah. Di dalam
darah beku itu terdapat beberpa helai rambut. Malangnya, Pak Uduh sudah
terlambut mahu mengubat emaknya. Orang tua itu meninggal dunia sebelum sempat
Pak Uduh mengubatnya lebih mendalam.
Disebabkan terpengaruh juga
dengan dakwaan bomoh mengenai emaknya yang termakan santau itu, Pak Uduh telah
mengerjakan sembahyang sunat tahjud 44 malam agar orang yang menganiaya emaknya
bertaubat. Dia tidak berharap untuk bertemu dengan orang yang menganiaya itu,
kerana gurunya berpesan supaya tidak berbuat demikian. Hanya yang diajarkan
oleh gurunya memohon doa agar orang yang menganiaya itu bertaubat kepada Allah.
Tidak sampai 44 malam Pak Uduh
melakukan sembahyang sunat tahjudnya, tiba-tiba Naesah Lawa isterinya jatuh
sakit. Dia meracau-racau dan menjerit-jerit sepanjang malam. Dia menuduh emak
mertuanya sengaja membuat fitnah mengenai hubungan sulitnya dengan seorang
pemuda.
Disebabkan tidak tertahan dengan
peristiwa emaknya baru saja meninggal dunia, kemudian isterinya mula jatuh
sakit meracau-racau, maka Pak Uduh terpaksa minta tolong kepada gurunya To'
Kiyai Parjo dari Johor.
"Mengapa tak diubat
sendiri?" tanya To' Kiyai Parjo apabila Pak Uduh menceritakan masalahnya.
"Hati saya tak tenteram To'
Kiyai, tak dapat nak khusyuk..." dia menjelaskan dalam perasaan bimbang.
"Kalau begitu kau tak tahan
diuji" sahut To' Kiyai Parjo mengingatkan. "Tak tenteram bererti kau
tak sabar, kalau mau cari kemenangan mesti sabar. Mesti tenteram, barulah kau
dapat menggunakan ilmu kau" ujarnya macam kesal dengan sikap Pak Uduh.
Tetapi Pak Uduh tidak pedulikan
lagi mengenai kata-kata gurunya. Yang penting dia mesti selamatkan isterinya
Naesah Lawa. Dia tidak sanggup kehilangan isteri, setelah kehilangan emaknya.
"Sekarang, aku mahu kau
sendiri mengubatnya" tegas To' Kiyai Parjo memberi isyarat.
Pak Uduh memahami isyarat itu.
Dia mesti ditidurkan oleh To' Kiyai Parjo untuk melihat sendiri penyakit
isterinya. Dengan cara itu barulah dia dapat mengubat mengikut cara yang diajar
oleh To' Kiyai Parjo.
Ketika ditidurkan oleh To' Kiyai
Parjo, Pak Uduh merasa dirinya keluar dari jasadnya. Dia terapung-apung di
awangan menurut perintah To' Kiyai Parjo. Apabila disuruh melihat tubuh
isterinya Naesah Lawa, dia nampak Naesah Lawa terbaring dengan seluruh tubuhnya
berlubang-lubang. Kelihatan nanah dan darah keluar dari lubang-lubang sebesar
guli itu.
"Apa yang kau nampak?"
dia terdengar suara To' Kiyai Parjo sayup-sayup dari jauh.
"Berlubang-lubang badannya.
Ada darah dan nanah keluar" Pak Uduh memberitahu apa yang dilihatnya.
"Bacakan ayat ini dan
hembuskan ke situ" perintah To' Kiyai Parjo.
Dia membacakan tiga kali ayat
yang diajarkan oleh To' Kiyai Parjo, kemudian dihembuskan ke tubuh Naesah Lawa.
Sebaik saja dihembuskan seluruh tubuh Naesah Lawa menjadi hancur. Ketika ini
Pak Uduh merasakan sekelilingnya bagai dilanda ribut kencang, hingga dia juga
hampir-hamoir diterbangkan.
"Mengapa?" soal To'
Kiyai Parjo.
"Ribut kencang..."
jelasnya cemas.
"Bacakan doa ini" kata
To' Kiyai Parjo memberi panduan.
Sebaik dibacakan ribut kencang
tiba-tiba berhenti. Dia tidak nampak lagi tubuh Naesah Lawa, tetapi kelihatan
seorang lelaki berjubah putih dengan janggutnya juga putih sampai ke pusat. Dia
memberitahu apa yang dilihatnya kepada To' Kiyai Parjo.
Tetapi apabila dia membacakan
ayat yang diperintahkan oleh To' Kiyai Parjo, lelaki berjubah putih itu
tersenyum lalu memberi salam. Ketika ini Pak Uduh sudah tidak mendengar lagi
suara To' Kiyai Parjo yang sayup-sayup tadi. Dia merasa begitu jauh terasing.
Pak Uduh menyahut salam lelaki
berjubah itu.
"Kenapa kau nak tolong orang
yang akan mati?" lelaki berjubah itu bertanya.
"Mati hanya ditentukan oleh
Allah....." sahut Pak Uduh keras.
"Kau orang berilmu"
ujar lelaki berkenaan macam menyindir. "Tetapi tidak mendalami ilmu kau.
Ilmu Allah luas dan kau tak akan jemu-jemu mempelajarinya" kata lelaki
berjubah putih itu lagi.
Pak Uduh dapat mengagak bahawa
lelaki berjubah putih di depannya bukanlah syaitan. Kerana syaitan tidak akan
berani menyebut ayat-ayat Allah. Bagaimanapun dia tidak berani bertanya
siapakah lelaki berkenaan. Apa lagi dia tidak dapat lagi berhubungan dengan To'
Kiyai Parjo.
"Sekarang, baliklah
kau" lelaki berjubah putih itu memerintahkan dia meninggalkan tempat itu.
"Tidak......aku mahu
selamatkan isteri aku!" tegas Pak Uduh.
"Isteri seorang mukmin ialah
perempuan yang mempunyai cukup syarat di sisi Allah" suara orang tua
berjubah putih itu keras.
"Apakah kau mau seorang
isteri yang dilaknati di sisi Allah" jelas orang tua itu lagi.
"Kau setan, memang
pendusta" sahut Pak Uduh menahan kemarahan yang mula membakar hatinya. Dia
cuba mengharapkan To' Kiyai Parjo segera menyeru namanya, tetapi sia-sia
belaka.
Astaghafarullah-alazzim......"
keluh lelaki tua itu menyesali sikap Pak Uduh. "Jangan kau jadikan yang
hak itu batil, dan yang batil itu hak," katanya mengingatkan.
"Jadi kau siapa?" Pak
Uduh masih mendongkol.
"Orang berilmu mesti banyak
bersabar" orang tua berjubah putih itu menasihati dia. "Aku tau To'
Kiyai Parjo, aku juga tau tentang kau. Bukankah kau telah menunaikan Sunat
Tahajud selama 44 malam?" katanya mengingatkan Pak Uduh.
"Iya....." angguk Pak
Uduh.
"Kau sudah memohon pada
Allah tunjukkan kebenaran?" tanyanya lagi.
Pak Uduh angguk.
"Sekarang itulah
kebenaran!" tegas orang tua berjubah putih itu lagi. "Aku guru pada
To' Kiyai Parjo, dan aku bukan syaitan yang mahu mempengaruhi kau. Mari ke
mari......." dia menghulurkan tangannya.
Cepat-cepat Pak Uduh memeluknya.
Terbau padanya sekelilingnya harum semerbak yang belum pernah diciumnya selama
itu. Sekaligus air mata Pak Uduh menitis.
"Maafkan saya To' Wali"
Pak Uduh menangis terisak-isak.
"Sudahlah Uduh.." dia
memujuk sambil mengusap-ngusap kepala Pak Uduh. "Naesah yang memberi emak
kau racun santau, kerana emak kau terserempak akan perbuatan curangnya terhadap
kau. Sekarang baliklah kau" katanya meninggalkan Pak Uduh.
Barulah Pak Uduh dapat mendengar
suara bisikan To' Kiyai Parjo. Bagaimanapun Pak Uduh meminta untuk balik segera
masuk ke tubuhnya. Tidak lama kemudian dia membuka mata, dan dilihatnya Naesah
Lawa masih terlentang menderita sakit.
"Saya fikir tak payahlah kita ubatkan
lagi Naesah ni To' Kiyai....." bisik Pak Uduh.
To' Kiyai Parjo tersenyum. Dia
sudah tahu apakah yang tersirat di hati Pak Uduh. Malah pertemuan Pak Uduh
dengan arwah gurunya itu juga sudah difahami oleh To' Kiyai Parjo.
"Kalau kau dah kata begitu,
terpulanglah" ujar To' Kiyai Parjo perlahan.
Tiga hari selepas itu pun perut
Naesah Lawa menjadi buncit. Lama kelamaan menjadi busung hingga kulit perutnya
mengening-ngening. Apa yang dilihat oleh Pak Uduh melalui makrifatnya jelas
telah berlaku ke atas Naesah Lawa. Seminggu selepas perutnya menjadi busung
Naesah Lawa pun meninggal dunia.
Pada senja waktu maghrib hari
dikebumikannya itulah Pak Uduh mendengar jeritan nyaring dari tanah perkuburan.
Jeritan itu juga didengar oleh orang-orang kampung. Selepas menunaikan fardhu
maghrib Pak Uduh bersama adik iparnya (iaitu adik lelaki Naesah Lawa) bernama
Selamat telah pergi ke tanah perkuburan.
Jeritan itu memang jelas
seakan-akan suara Naesah Lawa. Sebab itulah dia mengajak Selamat ikut sama
melihatnya. Memang betul jeritan itu datangnya dari kubur Naesah Lawa. Ketika
mereka berdua sampai rintihan dan ngongoian Naesah Lawa begitu jelas dan
menusuk perasaan.
Dari kubur itu kelihatan asap
berkepul naik. Air mata Pak Uduh menitik melihat peristiwa yang menimpa ke atas
kubur isterinya. Kalaulah emaknya masih hidup bolehlah dia melutut meminta
ampun kepada emaknya bagi pihak Naesah Lawa. Tetapi semuanya telah berlalu, dia
hanya dapat berdoa meminta pertolongan Allah supaya mengampunkan Naesah Lawa.
"Mat...." kata Pak Uduh
sayu. "Kakak kau terseksa. Kau balik dan beritahu To' Kiyai Parjo. Biar
abang tunggu di sini buat apa yang patut" bisiknya tersedu sedan.
Kesedihan yang menusuk di jiwanya
bukanlah kerana kematian isterinya, tetapi penderitaan yang ditanggung oleh
isterinya setelah disemadikan di dalam kubur. Kalaulah benar Naesah Lawa
membuat perhubungan dengan lelaki lain dia boleh melupakan saja segalanya. Dia
sedia mengampunkan dosa Naesah Lawa terhadapnya.
Tetapi perbuatan Naesah Lawa
tergamak memberikan emaknya makan racun santau itu, hanya emaknya sajalah yang
boleh mengampunkan.
"Baliklah Mat, minta bantuan
dari orang kampung" katanya lagi menahan kesedihan.
"Baiklah bang" sahut
Selamat perlahan. "Macam mana pun abang sabarlah. Apa nak buat dah nasib
dia..." Selamat cuba mententeramkan perasaan Pak Uduh.
Selamat terus balik ke rumah Pak
Uduh, kerana di sana orang sudah berkumpul untuk mengadakan kenduri aruah. To'
Kiyai Parjo juga ada menunggu di rumah Pak Uduh. Segala kejadian yang
dilihatnya di kubur kakaknya diberitahu oleh Selamat kepada mereka yang ada di
situ.
"Abang Uduh minta To' Kiyai
ke sana" jelas Selamat.
Beberapa orang yang ada di atas
rumah turun ke bawah. Mereka bersama-sama To' Kiyai Parjo mengikut Selamat
menuju ke kubur Naesah Lawa. Apabila sampai di kubur mereka dapati Pak Uduh
sedang membacakan Surah Yassin dengan tenang. Bunyi jeritan juga mula
mengendur.
Kepul asap juga sudah mula
berkurangan. Tetapi keadaan demikian sementara saja. Selepas itu asap dari
kubur semakin menebal dan jeritan suara meminta tolong semakin kuat.
Sekali-sekala keluar api dari celah-celah kepulan asap itu.
Semakin kuat bacaan Surah Yassin
dibacakan, semakin kedengaran jeritan nyaring tidak ketahuan.
"Begini Uduh...." To'
Kiyai Parjo menepuk bahu Pak Uduh.
"Kalau kau izinkan kita galikan semula
kubur Naesah ni, kita mandikan dia dengan air Yassin" ujarnya menahan
kesedihan yang menusuk-nusuk.
Pak Uduh hanya mengangguk.
Lidahnya sudah tidak terucapkan apa-apa lagi.
"Kalau begitu kau Selamat,
bawalah kawan-kawan" To' Kiyai Parjo berpaling pada Selamat. "Bawa
cangkul, bawa lampu gaslin dan bawa air segeluk" perintahnya.
Selamat tidak menyahut. Dia terus
mengajak beberapa orang pemuda balik semula mengambil barang-barang yang
dipesan oleh To' Kiyai Parjo. Sementara bahang panas dari kubur Naesah Lawa
sudah dirasakan oleh Pak Uduh. Bagaimanapun dia tidak undur dari menahan panas
yang semakin membahang itu.
To' Kiyai Parjo membacakan
sesuatu doa sambil menghembuskan ke kubur Naesah Lawa. Lama To' Kiyai Parjo
berdoa barulah terasa bahang panas itu terasa berkurangan. Pak Uduh juga ikut
sama berdoa seperti yang pernah diajarkan oleh To' Kiyai Parjo kepadanya.
Tidak lama kemudian Selamat
bersama dua tiga orang pemuda tadi datang membawa cangkul dan lampu gaslin. Air
sejuk di dalam jag diberikannya kepada To' Kiyai Parjo.
Setelah diperintahkan gali oleh
To' Kiyai Parjo mereka pun sama-sama menggali semula kubur tersebut. To' Kiyai
Parjo mahu memandikan saja jenazah yang sudah dikebumikan itu dengan air yang
sudah dibacakan Surah Yassin. Ketika menggalinya Selamat merungut-rungut juga
kerana terasa panas. Tetapi To' Kiyai Parjo menasihatkan supaya tidak
disebut-sebutkan perkara bahang panas itu.
Setelah digali semula Selamat
cuba membuka papan yang menutup liang lahad, tiba-tiba dia terkejut dan
cepat-cepat melompat ke atas. Mukanya jadi pucat ketakutan.
"Kenapa Mat...?" tanya
Pak Uduh.
Selamat tidak menjawab. Dia
terkaku tidak boleh bercakap apa-apa. Untuk mempastikan keadaan sebenarnya
mereka mendekatkan lampu gaslin ke tebing kubur. Pak Uduh sendiri membukakan
papan dinding liang lahad tersebut. Sebaik saja papan dinding itu ditarik ke
atas mereka dapat melihat ular-ular bisa berkumpul di dalam liang tersebut
membelit jenazah Naesah Lawa yang baru saja dikebumikan siang tadinya.
Dari mana datangnya ular-ular
tersebut?
"Hanya Allah Yang Maha
Mengetahui" kata To' Kiyai Parjo bila melihat kejadian tersebut.
Tentulah mustahil terdapat ular
di dalam kubur yang baru saja dikorek dan baru saja dikambus semula. Mustahil
jua ada sarang ular di situ. Kalau mahu dikira ular bersarang di situ,
bagaimana pula dengan api dan asap yang kelihatan di atas kubur tersebut.
Anehnya apabila sudah digali
tidak ada langsung kesan asap atau api di situ.
"Jangan difikirkan
sangat" To' Kiyai Parjo menasihatkan mereka yang terpegun melihat kejadian
tersebut. "Pengetahuan Allah meliputi tujuh petala bumi tujuh petala
langit. Kita yang hidup ini insaflah........" jelasnya dengan linangan air
mata, bukan kerana kesedihan tetapi gementarnya kepada Allah.
Kemudian dia menyiramkan air
sejuk di dalam jag yang sudah dibacakan Yassin ke tubuh Naesah yang dibelit
ular-ular bisa itu. Setelah disiram air tersebut ular-ular berkenaan lari
menyusup di dalam lubang liang lahad dan hilang entah ke mana. To' Kiyai Parjo
turun ke dalam kubur lalu mengepal tanah tiga kepal. Dia berdoa sambil menghembuskan
kepada kepalan tanah itu.
Dengan tidak menghiraukan sesiapa
dia terus meletakkan tanah yang dikepal tadi ke kepala mayat. Setelah semuanya
selesai To' Kiyai Parjo memerintahkan supaya dikambus semula. Hari berikutnya
tidak ada lagi kedengaran jeritan dari kubur Naesah Lawa. Sementara di rumahnya
Pak Uduh membaca Yassin setiap malam seperti yang diingatkan oleh To' Kiyai
Parjo.
Jadi, bila teringatkan pertemuan
saya dengan Pak Uduh bersama Ali Burn, saya merasakan ada sesuatu yang mesti
telah berlaku menyebabkan kubur Mat Yot Bidan itu jadi demikian. Tetapi
disebabkan Lebai Piut tidak mahu diungkit-ungkit lagi maka saya pun tidaklah
mahu bertanyakan lagi pada Judin Bauk.
Bagaimanapun setelah Judin Bauk
balik ke rumah barulah Lebai Piut mahu menerangkan kepada saya kisah sebenarnya
mengapa kubur Mak Yot Bidan boleh jadi begitu.
"Bukan kerana ilmu sesat
yang dituntut" kata Lebai Piut serba salah mahu menceritakan kepada saya.
Tetapi dosa kepada sesama makhluk, inilah yang berat hendak kita tanggung"
jelasnya mengeluh pendek.
"Tak ada dia menuntut ilmu
sesat?" tanya saya.
"Wallahhu'alam..." dia
tersengih-sengih bagaikan soalan itu mencuit hatinya. "Tetapi Yot tu
berkehendakkan Latip Pekak semasa dalam tangan suaminya lagi, iaitu aruah abang
haji" katanya lagi.
"Ohhh, begitu..." saya
terangguk-angguk mendengarkannya.
Aruah abang haji yang disebutkan
oleh Lebai Piut itu ialah abangnya sendiri Haji Suri. Saya juga mendengar
berita kematian aruah Haji Suri akibat termakan racun. Heran juga saya ketika
itu, kerana orang seperti dia masih ada juga orang sakit hati hingga tergamak
memberi racun.
Setahu saya aruah Haji Suri itu
memang warak. Dia tidak pernah ambil tahu masalah peribadi orang lain. Malah
dia akan bercakap kalau ada perkara-perkara yang ditanyakan kepadanya saja.
Bagaimana orang seperti dia masih ada orang yang sakit hati terhadapnya. Kalau
setakat hati pun tak apa juga, tetapi tergamak pula memberikan racun.
"Yot yang memberinya
racun....." tiba-tiba isteri Lebai Piut mencelah.
"Hisss, awak tu diam"
Lebai Piut berpaling kepada isterinya yang baru saja sampai menatang dulang air
ke depan kami. "Mana awak tahu Yot yang racun, awak nampak?" katanya
perlahan, tetapi jelas dia tidak senang dengan sikap isterinya membuat tuduhan
itu.
"Ramai orang cakap...."
jelas Mak Ton tegas.
"Cakap orang cuma syak wasangka saja.
Allah saja Yang Maha Mengetahui" ujar Lebai Piut kesal dengan
keterlanjuran isterinya itu.
Memang Lebai Piut tidak mahu
menerangkan lebih lanjut perkara sebenarnya. Tetapi esoknya apabila saya
tanyakan kepada Judin Bauk mengenai cerita kematian aruah Haji Suri itu, memang
dia juga pernah mendengar khabar angin kononnya kematian aruah Haji Suri itu
akibat diracun oleh Mak Yot Bidan.
Habis saja edah selepas kematian
aruah Haji Suri itu, Mak Yot Bidan pun terus berkahwin dengan Latip Pekak.
Bagaimanapun orang-orang kampung tidak dapat ceritanya yang sahih, selain dari
khabar-khabar angin. Kalau ada pun mereka yang tahu tidak ada siapa pula yang
berani bercakap terus terang. Maklum sajalah Mak Yot Bidan itu merupakan bidan
di dalam kampung. Masing-masing memerlukan pertolongan Mak Yot Bidan bila tiba
waktunya.
No comments:
Post a Comment