Malam tidak
bercahaya kerana bulan tidak mengambang, Bila bulan mula menghujung, bulan akan
mengambang apabila semakin dini hari. Sebab itulah orang-orang Islam percaya
kiraan Tahun Hijrah lebih tepat dari Tahun Masehi, kerana edaran bulan mengikut
kiraan Yahun Hijrah. Kita perhatkan sahaja apabila bulan purnama sudah tentulah
pada setiap 15 haribulan Tahun Hijrah.
Tetapi
orang-orang kita lebih mengikut Tahun Masehi. Disebabkan kita terikut-ikut
Tahun Masehi sebagai tahun antarabangsa. Pada hal edaran bulan tidak langsung
mengikut Tahun Masehi. Mungkin juga pengaruh penjajah yang menanam semangat
kita sentiasa menghormati Tahun Masehi. Malah ramai dari orang-orang kita tidak
peduli langsung mengenai kiraan Tahun Hijrah ini.
Ini juga yang terjadi kepada Manap Sepet. Dia
memang tidak pernah tahu mengenai kiraan tahun Hijrah ini. Malah dia sendiri
menganggap perkara-perkara yang bersangkutan dengan mimpi sebagai karut dan
tidak munasabah saja.
Sebelum itu Manap diiberitahu oleh isterinya Sirah
mengenai mimpinya bahawa selepas 15 haribulan Safar seorang lelaki tua
menunggunya di simpang kampung. Dia akan menunggu Manap Sepet jam 12 tengah
malam. Selepas 15 haribulan Safar itu tidak pula diterangkan bila. Cuma orang
tua dalam mimpi itu mengingatkan selepas 15 haribulan Safar saja.
Sebab itu lah Manap Sepet tidak hiraukan sangat
mengenai mimpi isterinya itu. Sekali pun Sirah menegahnya jangan lagi
keluar pada waktu malam, namun Manap
Sepet menganggap sebagai karut saja kepercayaan isterinya. Sirah memang
mendapat mimpi mengatakan orang tua berkenaan mahu bertemu dengan Manap Sepet.
Sudah menjadi kebiasaan Manap Sepet, dia akan ke
pekan dengan menaiki basikal sejauh empat batu dari kampung. Pekan itu pun
hanya kedai papan sederet yang terdapat sebuah kedai kopi. Di belakang kedai
kopi tempat orang bermain mahjong. Manap Sepet sekali sekala main mahjong juga
di belakang kedai itu. Kalau dia tidak ada duit dia akan menebeng saja
memerhati orang lain bermain. Di kedai kopi itu Manap Sepet duduk menghabiskan
masanya sampai jam 11 malam baru balik.
“Sengaja kau nak jadikan aku jantan ikut telunjuk,
duduk saja di rumah, fasal itu kau cakap mimpi ini “ bentak Manap Sepet
memarahi isterinya ketika turun dari rumah petang tadi.
“Awak ni salah anggap” rungut Sirah tersinggung
dengan tuduhan suaminya. “Saya kata lain, awak maksudkan lain pula” dia
memasamkan muka.
“Mimpi itu karut semuanya ” Manap Sepet mencapai
basikal di bawah rumah. ‘aku ak takut apa pun, tunggulah siapa yang nak tunggu”
gerutunya mendongkol kerana dilarang oleh isterinya dari keluar ke pekan.
“Dalam seminggu dua ni aje jangan keluar malam,
apa salahnya?” Sirah masih berharap supaya suaminya tidak keluar.
“Sudahlah karut,” bentak Manap Sepet. Dia terus
menyeret basikalnya keluar ke tengah halaman.
“Jangan jadikan saya jantan ikut telunjuk pulak”
dia mengibas-ngibaskan punggung dengan belakang tangan sebelum melompat naik
menunggang basikalnya.
Sirah tidak berupaya menghalang suaminya dari
meneruskan kemahuannya keluar juga ke pekan. Dia tau suaminya ke pekan yang
terdapat kedai papan sederet itu saja. Manap Sepet tidak akan pergi ke Gemas,
kerana malam tidak ada bas lagi. Lagi pun buat apa Manap Sepet ke Gemas kecuali
kalau mahu menonton wayang. Sedangkan Manap Sepet bukannya orang yang suka
menonton wayang.
Dia tahu suaminya akan mencangkung di belakang
kedai kopi Ah Keong bermain mahjong. Itu pun kalau dia berduit. Kalau tidak
berduit dia akan memerhati saja orang bermain. Memang asyik Manap Sepet
memerhati orang bermain mahjong sampai lupa mahu balik ke rumah. Habis semua
kawan-kawan datang dari kampung balik, dia tidak juga balik.
Fasal itulah Manap Sepet berseorang saja melalui
jalan tanah merah di sekeliling
pokok-pokok getah merimbun. Bagi Manao Sepet balik jauh-jauh malam tidaklah
menjadi hal kepadanya. Kadangkala menumpang motosikal Ah Fook seorang peraih
getah buku, dia pergi juga ke Gemas kerana Ah Fook memang kaki empat nombor.
Mereka ke sana kerana Ah Fook percaya to’ pekong boleh memberikan nombor ekor.
Bukan setakat ke Gemas atau Segamat saja, Ah Fook
mencari to’ pekong untuk mendapatkan nombor bagi menikam empat ekor. Malah
kadangkal ke Seremban dekat Bukit Tangga dia pergi mendapatkan to’ pekong
dengan harapan boleh menang nombor. Manakala Manap Sepet pun sama saja mengikut
kemahuan Ah Fook, di samping dia juga berharap boleh mendapat pertolonga to’
pekong memberi nombor ekor.
Memang Sirah marah bila mendapat tahu suaminya
mengikut Ah Fook mencari to’ pekong kerana mahu dapatkan nombor ekor, tetapi
apalah yang boleh dilakukan. Sudahlah Manap Sepet tidak sembahyang, tidak
puasa, ditambah lagi dengan main judi baik mahjong mahu pun nombor ekor.
Hal-hal rumah tangga langsung tidak dipedulikannya.
Terpulang pada Sirah untuk bekerja di estet bagi
menampungbelanja di rumah. Kadangkala Manap Sepet pula minta duit darinya untuk
minum kopi di kedai Ah Keong.
Bila balik malam Ah Fook tidak akan menghantar
Manap Sepet balik ke rumah, memadai sampai di kedai Ah Fook saja kerana Manap
Sepet tinggalkan basikalnya di situ. Kemudian Manap Sepet akan balik
bersaorangan saja melalyui jalan tanah merah melalui kebun-kebun getah di kiri
kanan itu sejauh 4 batu balik ke rumahnya. Kadang-kadang sampai jam 3.00 pagi
baru dia tiba di rumahnya kalau mengikut Ah Fook berjalan hingga ke Segamat.
Inilah kisah Manap Sepet yang diceritakan oleh
adiknya Lasim kepada saya. Pada malam itu dia tetap keluar juga sekali pun
dilarang oleh Sirah. Sampai di kedai kopi Ah Keong dia berlangut saja seorang
diri sambil memesan teh. Asal duduk saja di kedai itu, memang dia tetap memesan
teh.
Di belakang kedai orang bermain mahjong kedengaran
juga pada Manap Sepet. Tidak orang Melayu yang bermain mahjong, kecuali Manap
Sepet sajalah orang Melayu di situ yang gemar bermain mahjong. Ah Fook juga
tidak datang ke situ, mungkin lelaki Cina tidak tahu ke mana-mana. Ada juga dia
berjanji hendak ke To’ Pekong di Bukit
Tangga dekat Seremban untuk menurun bagi mendapatkan nombor ekor, tetapi dia
belum memberi kata putus mengenainya.
Kira-kira pukul 11.00 malam Manap Sepet pun baliklah
ke rumahnya. Dia mengayuh basikal mengikut lorong tanah merah itu. Bagi Manap
tidak ada apa yang hendak ditakutkan. Sudah bertahun-tahun dia menempuh jalan
tersebut sejak masih belum kahwin dengan Sirah lagi. Tidak ada pula dia bertemu
apa-apa tengah jalan.
Macam-macam juga dia mendengar cerita bila sampai
berhampiran Bukit Kuau di simpang jalan. Jamos pernah melihat lembaga pakaian
serba putih melintas di situ, tetapi kakinya tidak jejak ke tanah. Pak Sohod
pernah ternampak bola api memanjang terbng kemudian jatuh ke jirat Cina di
bukit berkenaan. Lasim adiknya juga memberitahu pernah tercium bau wangi semasa
melintas di situ.
Tetapi cerita-cerita berkenaan sedikit pun tidak
menakutkan Manap Sepet. Dia tetap juga keluar malam-malam hari ke pekan. Kemudian
jauh malam baru balik. Sirah juga tidak kuasa lagi mahu berleter kalau Manap
Sepet balik lambat. Kalau dileterkan pun Manap Sepet tidak memperdulikan
langsung. Apalah gunanya dia berleter kerana tidak memberi bekas seolah-olah
mencurahkan air ke daun keladi saja.
Hanya Sirah berdoa agar Manap Sepet sedar akan
kesilapannya selama ini. Sikap berjudi, tidak melakukan solat, malas bekerja,
semuanya merugikan belaka. Mujurlah Sirah seorang yang sabar, dan tetap tabah
menghadapi perangai suaminya yang menyakitkan hati itu.
Tibanya saha di kaki Bukit Kuau terasa juga
gementar hati Manap Sepet. Entah mengapa malam itu dia merasa gementar melintas
di situ. Tetapi dia cekalkan hati. Kalau ada sesiap muncul di depannya dia
tidak akan gentar untuk menerkamnya. Biarlah lemabaga berpakaian serba putih
tidak berkaki pernah ditemui oleh amos itu menakutkan dia, atau bola api
yangmemanjang terbang ternampak oleh Pak Sohod itu, Manap Sepet tetap akan
tongkatkan basikalnya. Dia tidak akan lari seperti tikus terlihat kucing.
Sekali sekala Manap Sepet mengerling juga ke arah
jirat Cina di lereng bukit. Tidak ada apa yang ternampak selain dari gelap
gelita. Bulan tidak lagi muncul apabila sudah 20 haribulan. Biasanya sudah
dinihari barulah bulan mengambang. Kata orang kalau bulan mengambang dinihari
biasanya harimau suka berkeliaran. Bila mengenangkan harimau terasa juga
gementar di hati Manap Sepet.
Kalau sekadar hantu atau lembaga-lembaga yang
pernah dilihat oleh Jamos. Pak Sohod atau Lasim memang dia tidak pernah takut. Tetapi
harimau binatang ganas. Harimau tidak sama dengan hantu atau lembaga- lembaga
yang diceritakan yang boeh direka-reka
ceritanya. Siapa bertembung dengan harimau tidak akan dapat lagi membawa cerita
balik ke rumah, melainkan menjadi mangsalah sudahnya.
Sebaik terlangsung saja dari jirat Cina, di
selekoh yang gelap leh rimbunan pokok-pokok getah, tiba-tiba saja lampu
basikalnya padam. Mula-mulanya Manap Sepet tidak hiraukan juga, kerana dia
masih ada lampu picit di saku belakang seluarnya. Tetapi apabila dikayuh juga
basikalnya, tiba-tiba rantainya jatuh.
“Celaka,” rungut Manap Sepet melompat turun.
Cepat-cepat dia menongkatkan basikalnya. Dia menyuluh lampu picit kepada rantai
basikal, tetapi lampu picitnya juga tidak bernyala.
Bertambah geramlah hati Manap Sepet. Dia
meraba-raba rantai basikalnya di dalam gelap itu, tetapi dirasanya rantai
basikalnya tidak jatuh. Elok teregang pada tempatnya. Tetapi mengapa tidak
boleh dikayuh? Ketika ini dia teringatkan akan pesan Sirah mengatakan dia akan
ditunggu oleh seorang tua di situ sepertti dalam mimpinya.
“ Kalau
betul nak jumpa, keluarlah!” rungut Manap Sepet mengertap bibir. Dia memang cepat
panas baran. Pantang saja dicabar cepatlah dia melenting. Dia tidak peduli
samaada manusia atau hantu jembalang yang berani mencabarnya. Memang Manap
Sepet sanggup menentangnya.
Lama di tercegat di tengah jalan memerhatikan sekeliling
kalaulah benar ada orang tua yang mahu menemui seperti dalam mimpi Sirah.
Tetapi di sekelilingnya gelap gelita disebabkan rimbunan pokok-pokok getah
menyerkup.
Tidak jadi dia membetulkan rantai basikalnya,
kerana rantai basikalnya itu tidak jatuh. Lampu basikalnya juga tidak ada
salahnya, tetapi mengapa tidak menyala?.
“Keluarlah
!” katanya perlahan mengenggam penumbuk sambil memerhatikan sekeliling.
Ternyata tidak ada orang tua yangmahu menemuinya seperti dalam mimpi Sirah itu.
Kemudian Manap Sepet pun menolak basikalnya. Dia
tidak dapat menunggang kerana rantai basikalnya tidak boleh dikayuh. Biarlah
dia berjalan kaki sahaja untuk balik ke rumah.
Hanya beberapa langkah sahaja dia menolak
basikalnya, tayar basikalnya terlanggar batu. Hampir dia terjatuh kerana
tiba-tiba saja ada batu tergolek di tengah jalan. Bukan main marah hati Manap
Sepet seolah-olah dia sedang dipermainkan. Sambil mengertap bibir Manap Sepet
sekali lagi merenung basikalnya seolah-olah mahu mencabar musuh yang
mempermainkan dirinya.
Tetapi orang tua yang dikatakan oleh Sirah dalam
mimpnya itu tidak juga muncul. Manap Sepet tidak takut berhadapan dengan orang
tua itu kalau benar-benar dia menjelma di situ. Lama dia menunggu sambil
menendang batu tergolek di tengah jalan itu dengan harapan lelaki tua itu
muncul, tetapi tidak ada pun bayangnya menunjukkan diri.
“Hah, tau kau takut dengan aku ye” kata Manap
Sepet masih mendongkol.
Dalam masa ini bulan mula menyinar di langit.
Ahulah Manap Sepet memang sudah dinihari, kerana penghujung bulan memang
begitu, Dia masih tidak bergerak dari situ kerana basikalnya masih tidak boleh
digunakan. Dia juga tidak akan lari semata-mata takut lelaki tua yang mahu
menemuinya. Sirah memang tidak benarkan dia keluar kerana takutkan lelaki tua
berkenaan, tetapi dia tidak rasa gentar apa-apa.
Setelah bulan mulai menyinar terang barulah Manap
Sepet terdengar bunyi orang berdehem. Dia berpaling ke belakang mengamati bunyi
orang berdehem itu. Dari arah belakang dia nampak satu lembaga lelaki berjalan
bongkok dengan bertongkat mara mendapatkannya. Apabila hampir dia nampak lelaki
itu berpakaian serba hitam, tetapi mukanya terlindung sedikit oleh rambutnya yang memanjang serta janggut dan bauknya yang
tebal ramus.
“Kau hendak apa?” jerkah Manap Sepet sebaik saja
lelaki tua itu duduk pada batu yang tergolek di tengah jalan.
Lelaki tua itu tidak menyahut. Dia menunduk saja
dengan tidak menghiraukan Manap Sepet.tanya Manap Sepet keras.
“Kau nak jumpa aku?”
“Awak jangan sombong sangat” kata lelaki tua itu
perlahan. Suaranya juga garau tetapi jelas dapat didengar oleh Manap Sepet.
“Tak boleh cakap perlahan sedikit suara awak,”
ujar lelaki itu memarahinya.
“Kenapa kau ganggu jalan aku?” herdik Manap Sepet
menunjukkan marahnya dipermainkan oleh lelaki berkenaan.
“Ini jalan aku. Memang masa macam ini aku
berihat-rihat di sini,” beritahu lelaki tua itu mengingatkan Manap Sepet.
“Aku dah beri amaran jangan ganggu jalan aku ini
kalau masa macam ni,” sahut lelaki keras macam mengancam.
“Jalan ni memang jalan aku. Mengapa kau nak
berihat pula pada jalan orang” katanya tidak gentar pun berhadapan dengan
lelaki tua berkenaan.
“Nampaknya awak keras kepala ye!” lelaki itu
semakin marah dengan sikap Manap Sepet.
“Bukan aku tunjuk keras kepala, tetapi awak yang
tunjuk keras kepala” jawab Manap Sepet masih berdegil.
“Awak jangan nak berlagak di tempat orang,” lelaki
tua itu memberi amaran.
Bertambah marah Manap Sepet dengan amaran itu. Dia
tidak dapat menahan sabar lagi. Lantas diterkamnya orang tua sambil sambil
tangannya meragut janggut lelaki berkenaan.
“Betul-betul jantan awak” kata lelaki tua itu
tersengih sengih.
“Tapi awak takkan dapat menghalang aku mengambil
isteri awak” beritahunya sambil menepis tangan Manap Sepet.
Belum sempat Manap Sepet mahu menampar muka lelaki
tua itu kerana berani mempersenda-sendakan isterinya, kabus tebal muncul di
depannya berputar-putar seperti d tiup angin kencang. Lelaki tua itu hilang
dalam putaran kabus tebal tadi. Dan dia mendengar ketawa memanjang lelaki itu
semacam mengejeknya.
Ketika ini Manap Sepet mendengar suara tangisan
Sirah bergema di sekeliling rimbunan pokok-pokok getah. Dia memerhatikan tidak
kelihatan pun Sirah dimana-mana. Tetapi tangisan itu semakin jelas memanggilnya
meminta tolong. Sirah meminta jangan lepaskan dirinya pada lelaki berkenaan.
Manap Sepet pun mencapai basikalnya. Sebaik saja
dia mahu menunggang basikalnya semuanya jadi goyah. Semakin marah dia kerana
basikal itu tidak boleh digunakan langsung. Dia punmencampakkan basikalnya ke
tepi, lantas berjalan kaki saja balik. Sepanjang perjalanannya itu dia tetap
mendengar tangisan Sirah tidak rela dilepaskan kepada lelaki tua yang
ditemuinya tadi.
Apabila sampai di rumahnya didapatinya Sirah tidak
mengalami apa-apa yang luar biasa. Jadi, Manap Sepet pun sengaja menyembunyikan
apa yang berlaku kepadanya di jalan tadi. Malu dia mahu menerangkan pada Sirah
kejadian itu, kerana dia sudah menempelak Sirah mengatakan mimpi isterrinya
karut saja.
Bagaimanapun dia merasa gembira kerana tidak ada
apa-apa yang buruk berlaku. Mungkin kerana keberanian serta tabahnya dia
menghadapi kejadian itulah puncanya dia tidak dapat dikalakan. Mereka yang
lemah semangat saja dapat dikalahkan oleh kejadian-kejadian seperti ini.
Sebaliknya mereka yang berani serta kuat semangat tidak akan dapat ditewaskan
oleh kuasa-kuasa demikian.
“Mana basikal awak?” tanya Sirah kerana
didapatinya tidak menunggang basikal.
“Aku tinggalkan di kedai Ah Keong” sahutnya
berbohong.
“Awak tak jumpa apa-apa?” soal Sirah bimbang
dengan mimpinya yang menakutkan itu.
“Ah karut semuanya” beritahu Manap Sepet masih
berbohong kepada isterinya.
“Mimpi mana ada yang betul, tak
ada apa-apa pun yang aku jumpa “ katanya macam mengejek.
TErasa lega hati Sirah kerana
suaminya selamat. Tetapi dia tetap berharap suaminya jangan keluar malam-malam
lagi. Mana tahu pada malam itu lelaki tua yang ditemuinya tidak menunggu,
bagaimana pada malam-malam yang lain. Lelaki ini memberitahu ingin bertemu
dengan Manap Sepet selepas 15 haribulan Safar, bermakna sehingga akhir bulan
lelaki berkenaan tetap menunggu suaminya.
“Dalam seminggu dua ni,
janganlah awak keluar malam-malam lagi” nasihat Sirah memperlihatkan kasih
sayangnya.
“Tengoklah dulu” jawap Manap
Sepet terkuap-kuap menahan mengantuk dan letih.
Bagaimanapun hatinya tetap
teringatkan peristiwa yang dilaluinya tadi. Namun dia tetap berbohong dengan
Sirah. Dia tidak akan memberitahu SirMungkin Sirah akan
mengungkit-ngungkit kalau diceritakan
perkara yang sebenarnya.
Sejak mula lagi dia tidak
percaya dengan apa yang dicakapkan oleh Sirah. Dia mengatakan semuanya karut.
Tetapi dengan kejadian yang dialaminya pada malam itu, ternyata mimpi Sirah itu
memberi alamat yang benar. Kalau dia mengakui akan kebenaran mimpi Sirah, tentu
dia akan disindir oleh isterinya yang memeperolok-olokan mimpinya selama ini.
Oleh itu Manap Sepet sengaja
menyembunyikan peristiwa itu dari isterinya. Dia yakin kekuatan semangatnya
akan menghalang gangguan berkenaan. Ancaman lelaki itu untuk mengambil
isterinya tidak akan berhasil, selagi dia tetap berada di samping isterinya.
Dia mengambil keputusan akan mengikut nasihat isterinya supaya tidak keluar
malam-malam dalam masa seminggu dua itu. Mana tahu lelaki tua itu akan datang
menganggu Sirah semasa dia tidak ada di rumah.
“Awak dengarlah cakap saya ni”
pujuk Sirah lagi.
“Dalam seminggu dua ni jangan
lah awak keluar malam-malam, lagi pun bukan ada faedahnya,” ujar Sirah terus
berharap.
“Tidur ajelah....” sahut Manap
Sepet dengan tujuan untuk menyembunyikan kebimbangannya pula.
Pagi-pagi besoknya Sirah sudah
bangun untuk bekerja di estate, sedangkan Manap Sepet masih tidur kerana
keletihan. Apabila dia bangun dari tidur didapatinya Sirah sudah pun pergi
bekerja. Manakala anak-anaknya sudah ke sekolah. Dia terus ke tempat bertemu
lelaki tua semalam untuk melihat keadaan basikalnya.
Didapati basikalnya ada
terlimpar di tepi jalan. Bila diperiksanya basikalnya masih elok, tidak pun
jatuh rantainya. Lampunya juga masih baik. Barulah senang hati Manap Sepet,
kerana semuanya dalam keadaan selamat. Bagaimanapun dia bimbang juga dengan
Sirah. Boleh jadi apa yang didakwa oleh lelaki tua itu mahu mengambil Sirah
akan berlaku juga.
Oleh itu petangnya apabila
Sirah balik dari bekerja di estate, dia menyuruh isterinya berhenti saja. Manap
Sepet berjanji dia sendiri akan bekerja menoreh getah. Dia juga akan sama-sama
membantu Sirah ke sawah. Perubahan Manap Sepet ini mengembirakan hati Sirah.
Manap Sepet pula sejak peristiwa itu jarang keluar malam-malam.
Kalau Ah Fook mahu mengajaknya
ke Segamat atau ke Gemas Ah Fook sendiri datang menjemputnya dan kemudian
menghantarnya balik. Sebab itu jarang pula Ah Fook datang mengambil Manap
Sepet.
Tidak lama kemudian sekali lagi
Sirah memberitahu mimpinya kepada suaminya mengenai lelaki tua yang ditemui
dulu. Sirah meminta Manap Sepet mencari mana- mana bomoh supaya boleh
diubatkannya. Tetapi Manap Sepet tetap mengatakan mimpi Sirah itu sebagi karut.
“Orang tua itu marah kerana saya tak bekerja
lagi di estate.” Beritahu Sirah bercampur bimbang. Sudah lama dia tidak dapat
melihat saya di tempat kera” katanya mendesak Manap Sepet supaya mencarikan
bomoh.
“Ah, akal kau nak kerja di
estate, macam-macamlah cerita yang kau buat” Manap Sepet memarahi isterinya.
Tersinggung juga hati Sirah
kerana suaminya beranggapan lain pula. Tidak terniat di hatinya untuk pergi
bekerja di estate lagi setelah suaminya berubah mahu membantu kerja di rumah.
Tetapi mimpi menakutkan itu berulang-ulang setiap malam.
Disebabkan Manap Sepet tidak
mengendahkan dia menyuruh memanggil bomoh, maka Sirah pun memberi tahu kepada
adik iparnya Lasim. Mendengar cerita kakak iparnya ini, Lasim pula tertawa geli
hati. Mengapa kakak iparnya terlalu percaya dengan cerita-cerita tahyol
demikian.
“Ah mimpi ni ulam tidur aje
Kak” kata Lasim.
Disebabkan Lasim yang selalunya
mahu diajak berbincang mengenai masalahnya sudah tidak percaya lagi dengan
kata-katanya, Sirah pun terpaksalah membisu saja. Namun mimpi yang menakutkan
itu berulang juga.
“Hati aku dah tertawan pada
kau” orang tua berpakaian serba hitam itu menjelma dalam mimpi Sirah.
“Aku sudah minta izin dari
suami mu untuk mengambil kau” katanya ramah mesra.
“Aku tak kenal kau” sahut Sirah
marah.
“Dulu aku selalu memerhatikan
kau bekerja di estate, aku kesian tengok kau dibuat oleh Manap Sepet. Sebab itu
aku nak mengambil kau Sirah” ujar lelaki tua itu memujuknya.
“Tak mau, aku sayangkan suami
aku” balas Sirah mencemuhnya
“Tapi dia tak sayangkan kau !”
beritahu lelaki itu lemah lembut. “Dia dah bertemu dengan aku, tetapi dia
sembunyikan dari pengetahuan kau” katanya lagi.
“Kau bohong !” herdik Sirah
memasamkan mukanya.
“Tidak, aku tidak bohong Sirah.
Aku kesian tengok kau kerja teruk. Suami kau makan titik peluh kau” ujarnya
memujuk Sirah.
Mimpi itu juga berulang. Sirah
menjadi bimbang dengan pujukan-pujukan dari orang tua yang menjelma dalam
mimpinya itu.
Tetapi apabila diberitahu
kepada Manap Sepet, suaminya tidak mahu percaya. Apabila ditanya mengenai
pertemuannya dengan orang tua berkenaan , Manap Sepet juga menafikan. Dia tidak
pernah terserempak lelaki tua itu apabila balik jauh-jauh malam.
Lasim pula menasihatkan kakak
iparnya supaya tetapkan iman, kerana mimpi hanya permainan tidur. Tidak ada
mimpi yang benar-benar berlaku. Hanya orang yang percaya kepada perkara-perkara
yang karut saja takutkan mimpi. Etapi Sirah sudah tidak tertahan dengan ancaman
pujik rayu orang tua itu melalui mimpinya. Dia terus mendesak Lasim supaya
mencari dukun.
Mahu tidak mahu terpaksalah
Lasim menurut kemahuan kakak iparnya walaupn dimarahi oleh abangnya. Dia Cuma
mahu memenuh permintaan kakak iparnya dan bukanlah terlalu percaya dengan mimpi
yang dikatakan itu. Lasim mencari seorang dukun dari Gemenchih, tetapi dukun
itu tidak dapat datang kerana jauh sangat. Bagaimapun dukun itu memberikan
kemenyan disuruh bakar pada setiap malam apabila mahu tidur.
Bila kemenyan yang diberi itu
dibakar, orang tua itu tetap juga datang dalam mimpi Sirah. Orang tua itu
bersedih hati kerana Sirah sangup mencari dukun, sedangkan dia sebenarnya
kesihan melihat Sirah dan mahu menolongnya. Tetapi Sirah tetap berkeras kerana
tidak mahu ditolong oleh lelaki berkenaan.
Walaupun dibakar kemenyan yang
diberikan oleh dukun Gemenchih itu, namun lelaki tua dalam mimpi Sirah tetap
menjelma juga. Hingga Sirah sendiri tidak kuasa lagi mahu memberitahu Lasim
atau Manap Sepet. Dia berserah saja dengan keadaan, kalau apa mahu terjadi,
jadilah.
Tidk lama kemudian selepas
makan tengah hari , kelihatan cuaca redup mahu hujan. Angin juga bertiup
kencang. Manap Sepet cepat-cepat menyuruh Sirah mengambil kain baju yang
tersidai di ampaian. Disebabkan dua orang anaknya masih makan, maka Sirah pun
turn untuk mengambil kain baju yang dibasuhnya pagi tadi di ampaian.
Ketika dia turun mengambil kain
baju ini angin bertiup semakn kencang. Sirah bergegas mengutip kain baju yang
hampir berterbangan. Belum habis dia mengutip kain baju, Manap Sepet terdengar
Sirah memanggilnya minta tolong. Cepat-cepat Manap Sepet berlari kepintu,
dilihatnya Sirah terbaring dibawah ampaian. Dia meluru mendapatkan Sirah.
Apabila Sirah naik ke atas
rumah dia sudah tidak sedarkan diri. Angin kencang yang bertiup pun berhenti,
dan hujan turun mencurah-curah. Sirah kelihatan muntah lumut. Manap Sepet
segera menyuruh anaknya memanggil Lasim dan Pak Siraj yang boleh juga
sedikit-sedikit membuat jampi.
Semasa mereka sampai, Sirah
sudah tidak bernyawa lagi.
Selepas kematian Sirah inilah
baru Manap Sepet menceritakan mengenai kejadian yang dialaminya dan ancaman
orang tua berkenaan. Lasim pun mengakui tentang kebimbangan kakak iparnya
terhadap mimpinya selama ini. Inilah yang diceritakan oleh Lasim kepada saya
kemudiannya
Selesai..
Saya kisah kan cerita aaaya berkenaan pencarian nombor ramalan untuk tatapan bersama, terpulanglah samada anda mahu percaya atau tidak. Bermula dengan sejarah ayah saya yang asalnya seorang polis dan dibuang kerja kerana berkahwin tiga. Mengalami sejarah kesusahan, merempat, bertukar ganti lokasi kerja akhirnya menetap di mampan, negeri9. Bekerja sebagai pekebun dan sesekali memburu ayam hutan bukanlah mudah. Menampung 3 isteri menyebabkan poket seringkali kering, tak berduit. Sehinggalah akhirnya bersama 2 orang sahabat menemui seorang guru di kampong Belahan Tampok, Rengit, Batu Pahat, Johor. Sebenarnya guru tersebut adalah dukun perubatan traditional bukan ‘ustaz nombor ekor’ tetapi jenis orang yang sentiasa suka menolong orang.
ReplyDeleteDiringkaskan cerita, setelah mereka bertiga berjumpa ‘guru yang juga pengusaha bakso medan’ tersebut maka masing-masing berceritalah tentang masaalah dan kerumitan masing-masing. Tentunya masaalah ekonomi menjadi agenda utama. Akhir sekali setelah akhir becerita mereka minta Pak Ustaz tadi member nombor kerana itulah sahaja jalan mendapatkan rezeki dengan segera. Pak Ustaz tu tersenyum dan cerita lagi berpusing-pusing, sambil sentuh sedikit bab agama kemudian cerita umum lagi...
Sampai waktu hendak pulang ayah saya dan seorang rakannya berjabat salam sambil selit duit dalam tangan pak Ustaz tu. Seorang kawan lagi tidak memberi kerana pada anggapannya ‘ustaz tu tak berguna langsung, tak beri pun mereka nombor ekor yang diminta’. “Alaaa... apa susah2 tadi kata takde duit, ni kan duit ni. Awak ambillah...” katanya sambil pulangkan wang kertas merah note sepuluh yang mereka bagi.
Kisah ini mungkin tidak menarik jika ayah tidak meneliti wang yang dikembalikan oleh Pak Ustaz. Ayah hulur RM33 tetapi ustaz tu pulangkan sehelai note 10 sahaja. Tak mungkinlah Ustaz tu ambil duit sebarangan. Tiba-tiba dia dapat ilham :ayat akhir ustaz ialah “...ni kan duit ni, awak ambillah...” lalu ditikamnya nombor duit yang ustaz pulangkan. Rezeki ayah saya memang baik. Nombor yang ditikam mengena tepat di tangga pertama.Sekarang ayah saya dapat membayar hutang dan membuka projek lembu feedloat di Jalan Seri Belahan , Batu Pahat (berhampiran Dewan Warisan) tanpa meminjam sesen pun duit bank. Mereka pergi bertiga tetapi hanya ayah seorang yang mendapat rezeki terpijak. 1 kawan tak meneliti kerana dia hanya memberi sehelai wang merah RM10, 1 kawan lagi tidak mendapat apa-apa kerana sifat lokeknya.
Moralnya disini, rezeki empat atau enam angka bukan bergantung pada dukun, bomoh, paranormal semata-mata tetapi juga kepada orang-orang yang pemurah dan mahu berfikir.
duit itu tetap duit haram
DeleteKisah benar berhubung dengan nombor ramalan ini saya paparkan dalam internet sebagai tatapan bersama, terpulanglah samada anda mahu percaya atau tidak. Bermula dengan sejarah ayah saya yang asalnya seorang polis dan dibuang kerja kerana berkahwin tiga. Mengalami sejarah kesusahan, merempat, bertukar ganti lokasi kerja akhirnya menetap di mampan, negeri9. Bekerja sebagai pekebun dan sesekali memburu ayam hutan bukanlah mudah. Menampung 3 isteri menyebabkan poket seringkali kering, tak berduit. Sehinggalah akhirnya bersama 2 orang sahabat menemui seorang guru di kampong Belahan Tampok, Rengit, Batu Pahat, Johor. Sebenarnya guru tersebut adalah dukun perubatan traditional bukan ‘ustaz nombor ekor’ tetapi jenis orang yang sentiasa suka menolong orang.
ReplyDeleteDiringkaskan cerita, setelah mereka bertiga berjumpa ‘guru yang juga pengusaha bakso medan’ tersebut maka masing-masing berceritalah tentang masaalah dan kerumitan masing-masing. Tentunya masaalah ekonomi menjadi agenda utama. Akhir sekali setelah akhir becerita mereka minta Pak Ustaz tadi member nombor kerana itulah sahaja jalan mendapatkan rezeki dengan segera. Pak Ustaz tu tersenyum dan cerita lagi berpusing-pusing, sambil sentuh sedikit bab agama kemudian cerita umum lagi...
Sampai waktu hendak pulang ayah saya dan seorang rakannya berjabat salam sambil selit duit dalam tangan pak Ustaz tu. Seorang kawan lagi tidak memberi kerana pada anggapannya ‘ustaz tu tak berguna langsung, tak beri pun mereka nombor ekor yang diminta’. “Alaaa... apa susah2 tadi kata takde duit, ni kan duit ni. Awak ambillah...” katanya sambil pulangkan wang kertas merah note sepuluh yang mereka bagi.
Kisah ini mungkin tidak menarik jika ayah tidak meneliti wang yang dikembalikan oleh Pak Ustaz. Ayah hulur RM33 tetapi ustaz tu pulangkan sehelai note 10 sahaja. Tak mungkinlah Ustaz tu ambil duit sebarangan. Tiba-tiba dia dapat ilham :ayat akhir ustaz ialah “...ni kan duit ni, awak ambillah...” lalu ditikamnya nombor duit yang ustaz pulangkan. Rezeki ayah saya memang baik. Nombor yang ditikam mengena tepat di tangga pertama.Sekarang ayah saya dapat membayar hutang dan membuka projek lembu feedloat di Jalan Seri Belahan , Batu Pahat (berhampiran Dewan Warisan) tanpa meminjam sesen pun duit bank. Mereka pergi bertiga tetapi hanya ayah seorang yang mendapat rezeki terpijak. 1 kawan tak meneliti kerana dia hanya memberi sehelai wang merah RM10, 1 kawan lagi tidak mendapat apa-apa kerana sifat lokeknya.
Moralnya disini, rezeki empat atau enam angka bukan bergantung pada dukun, bomoh, paranormal semata-mata tetapi juga kepada orang-orang yang pemurah dan mahu berfikir.
Tak payah tikam no ekor..itu semua mudarat besar tu..haram.. Ko amalkan surah al waqiah je lepas maghrib InsyaAllAh ada duit memanjang je korang..
ReplyDeleteZul JoharMarch 11, 2014 at 4:40 PM
ReplyDeleteKisah benar berhubung dengan nombor ramalan ini saya paparkan dalam internet sebagai tatapan bersama, terpulanglah samada anda mahu percaya atau tidak. Bermula dengan sejarah ayah saya yang asalnya seorang polis dan dibuang kerja kerana berkahwin tiga. Mengalami sejarah kesusahan, merempat, bertukar ganti lokasi kerja akhirnya menetap di mampan, negeri9. Bekerja sebagai pekebun dan sesekali memburu ayam hutan bukanlah mudah. Menampung 3 isteri menyebabkan poket seringkali kering, tak berduit. Sehinggalah akhirnya bersama 2 orang sahabat menemui seorang guru di kampong Belahan Tampok, Rengit, Batu Pahat, Johor. Sebenarnya guru tersebut adalah dukun perubatan traditional bukan ‘ustaz nombor ekor’ tetapi jenis orang yang sentiasa suka menolong orang.
Diringkaskan cerita, setelah mereka bertiga berjumpa ‘guru yang juga pengusaha bakso medan’ tersebut maka masing-masing berceritalah tentang masaalah dan kerumitan masing-masing. Tentunya masaalah ekonomi menjadi agenda utama. Akhir sekali setelah akhir becerita mereka minta Pak Ustaz tadi member nombor kerana itulah sahaja jalan mendapatkan rezeki dengan segera. Pak Ustaz tu tersenyum dan cerita lagi berpusing-pusing, sambil sentuh sedikit bab agama kemudian cerita umum lagi...
Sampai waktu hendak pulang ayah saya dan seorang rakannya berjabat salam sambil selit duit dalam tangan pak Ustaz tu. Seorang kawan lagi tidak memberi kerana pada anggapannya ‘ustaz tu tak berguna langsung, tak beri pun mereka nombor ekor yang diminta’. “Alaaa... apa susah2 tadi kata takde duit, ni kan duit ni. Awak ambillah...” katanya sambil pulangkan wang kertas merah note sepuluh yang mereka bagi.
Kisah ini mungkin tidak menarik jika ayah tidak meneliti wang yang dikembalikan oleh Pak Ustaz. Ayah hulur RM33 tetapi ustaz tu pulangkan sehelai note 10 sahaja. Tak mungkinlah Ustaz tu ambil duit sebarangan. Tiba-tiba dia dapat ilham :ayat akhir ustaz ialah “...ni kan duit ni, awak ambillah...” lalu ditikamnya nombor duit yang ustaz pulangkan. Rezeki ayah saya memang baik. Nombor yang ditikam mengena tepat di tangga pertama.Sekarang ayah saya dapat membayar hutang dan membuka projek lembu feedloat di Jalan Seri Belahan , Batu Pahat (berhampiran Dewan Warisan) tanpa meminjam sesen pun duit bank. Mereka pergi bertiga tetapi hanya ayah seorang yang mendapat rezeki terpijak. 1 kawan tak meneliti kerana dia hanya memberi sehelai wang merah RM10, 1 kawan lagi tidak mendapat apa-apa kerana sifat lokeknya.
Moralnya disini, rezeki empat atau enam angka bukan bergantung pada dukun, bomoh, paranormal semata-mata tetapi juga kepada orang-orang yang pemurah dan mahu berfikir.
Jiklempers je cerita kau ni....