MAHU dikatakan sudah lama berlalu tidak juga kerana adik
bongsu Andak Libit meninggal dunia semasa berusia tiga tahun, ketika itu dia
sudah anak dara sunti. Adiknya Matan menangis nyaring mahu mengikut ayahnya ke
kedai, sampai tidak sempat dihalang oleh emaknya.
Memang Pak Sulah tidak mahu membawa anak kecil itu ke
kedai dengan menunggang basikal melalui jalan kecil berlubang-lubang. Lainlah
kalau di kedai kopi dalam kampung memang seringkali juga Pak Sulah dukung
anaknya Matan. Sudah menjadi kebiasaan anak kecil itu asal sahaja ayahnya
tinggalkan rumah, dia tetap mahu mengikut sama. Kalau dilarang kemahuannya
Matan akan menggila menangis sampai hilang suara.
Disebabkan Pak
Sulah sudah berjanji dengan jirannya Long Zidin mahu ke Lenggong menunggang
basikal, dia terpaksa mengelak daripada anaknya Matan. Sengaja Pak Sulah turun
ikut jalan dapur mengheret basikal buruknya dengan menyuruh Andak Libit awasi
Matan. Tetapi semasa menarik basikalnya Matan dapat juga melihat kelibat
ayahnya cepat-cepat tinggalkan rumah.
Tidak bertangguh Matan berkejar mengekori dari belakang
mahu menjejaki ayahnya yang sudah jauh ke darat kampung. Pak Sulah tahu Long
Zidin tentu lama menunggu di rumahnya, kerana lorong tersebut melalui halaman
rumah Long Zidin juga.
Tangisan Matan mengekori ayahnya menjadikan emaknya Mak
Tmbun serba salah juga. Tidak disangkanya keras sangat hati Matan sampai
mengejar dari belakang dengan tidak hiraukan lorong kecil itu dipenuhi belukar
di kiri kanan. Jalan mahu ke rumah Long Zidin itu pula dipisahkan oleh parit
kecil dengan dihubungkan titian batang pinang.
"Adik kamu tu tengok, Libit," laung Mak Tambun
setelah melihat anaknya melepasi selekoh yang dilindung belukar senduduk di
kiri kanan lorong.
Tidak bertangguh Andak Libit mengejar adiknya pula.
Bimbang juga dia sekiranya Matan jatuh ke dalam parit longkang hingga
dihanyutkan air. Memang air di dalam parit itu cetek dan tidak deras, tetapi
manalah tahu kalau geruh mahu datang menimpa. Tentu adiknya terjatuh semasa
melalui titian batang pinang melintang parit itu.
Belum pun sempat Andak Libit sampai ke parit berkenaan,
adiknya Matan sudah berpatah balik. Tersenyum Andak Libit kerana Matan tidak
berani mahu meneruskan perjalanan mengejar ayahnya. Cepat-cepat pula dia memeluk
Matan yang datang berlari menerpa ke arahnya.
"Andak, aku takut," beritahu Matan pelat-pelat
dalam sedu sedan tangisnya.
"Takut apa?" pujuk Andak Libit terus mendukung
adiknya dibawa balik ke rumah.
"Ada orang dekat titi," Matan tersengguk-sengguk
menangis sampai ke halaman rumahnya.
Setelah dipujuk oleh emaknya, lantas sahaja Matan
beritahu dia hampir jatuh sewaktu mahu meniti titian batang pinang melintang
parit. Tetapi orang tua berkaki capik datang membantunya dengan memegang tubuhnya.
Terkejut benar Matan apakala melihat muka hodoh lelaki itu dengan bibirnya
berlumuran darah.
Tersengih-sengih lelaki tua itu membawa dia balik ke
tebing parit. Lantas lelaki itu memujuknya supaya balik semula ke rumah. Semasa
Matan meniti titian itu memang dia nampak lelaki tua itu berjalan di dalam
parit dengan terjengket-jengket disebabkan kakinya capik.
Tangisan Matan menjadi bertambah kuat bukan disebabkan
marah ayahnya tinggalkan dia, tetapi lelaki tua itu memujuknya supaya balik ke
rumah. Dia juga terkejut kerana muka lelaki itu terlalu hodoh hingga kulitnya
berkedut-kedut macam kertas diramas di dalam air.
Mak Tambun tersenyum dengan cerita anaknya yang pelat-pelat
itu. Anak kecil berusia lebih tiga tahun itu sengaja mahu berdalih disebabkan
hatinya mendongkol ditinggalkan oleh ayahnya yang tidak mahu dia sama
menunggang basikal ke kedai. Tentulah Matan meluahkan rasa marahnya dengan membuat
cerita bohong demikian.
Setelah dipujuk, Matan tidur juga disebabkan keletihan
sampai santak petang. Sehingga Pak Sulah balik dari kedai sebelah petangnya
barulah dia terbangun dari tidur. Sengaja Pak Sulah belikan coklat untuk
memujuk Matan supaya tidak berterusan mendongkol perasaan.
Sebaik sahaja Matan terkejut bangun, lantas Pak Sulah
hulurkan coklat yang dibelinya di kedai.
Tahu sangat dia tentu Matan tidak akan merajuk lagi setelah dibelikan coklat
kegemarannya. Tidak bertangguh pula Matan membuka pembungkus coklat sebaik
sahaja dihulurkan kepadanya.
Ketika Matan menjamah, coklat, Andak Libit sengaja mengusiknya
dengan memintanya sedikit. Matan tidak kedekut pun. Dihulurnya sebahagian coklat
itu, tetapi Andak Libit menggeleng sahaja. Dia sekadar mengusik adiknya yang
masih terpisat-pisat bangun dari tidur.
Apabila Mak Tambun siap menyediakan minuman petang, Pak
Sulah terus mendukung Matan ke dapur. Kesal juga dia tidak membawa anaknya
bersama ke Lenggong apabila melihat bekas air mata masih terbayang di pipinya. Tetapi
mahu dibawa Matan menunggang basikal jauh sangat sampai berbatu-batu jaraknya.
Lainlah dia berseorangan mengayuh basikal tidak terasa apa-apa, kerana
tenaganya masih gagah.
Matan tidak galak bermain semasa duduk berpangku ayah-nya
di dapur. Dilayan oleh emaknya bercakap pun, Matan tidak menyahut apa-apa. Dia
kelihatan lesu dan tubuhnya panas.
"Demam budak ni agak-nya," gerutu Mak Tambun
apabila meletakkan tapak tangan ke dahi Matan. "Panas kepalanya, memang
dia demam," ujar-nya mengagak lantas merapati anak kecilnya.
"Budak bangun tidur, tentu-lah panas badan,"
sahut Pak Sulah mengusap kepala anaknya.
"Awak tengok tu, letih aje dia!" tegas Mak
Tambun terus memangku Matan. Dia selak baju suakan ke mulut Matan biar anak
kecil itu menyusu, tetapi Matan menggeleng. Selepas menjamah coklat dia tidak
mahu lagi menyusu pada emaknya.
"Adik demam ke?" Andak Libit pula mendekati
adiknya.
Matan mengangguk. Semenjak petang itu pula demam Matan
semakin bertambah. Sepanjang malam dia merengek tidak menentu. Terpaksa pula
Mak Tambun jaramkan kepala-nya dengan daun bunga raya, biar suhu panas beransur
sejuk.
Tiga hari Matan merengek demam, dengan tidak mahu lagi
menyusu Long Zidin mendesak dibawa sahaja ke hospital. Serba salah juga Pak
Sulah mahu hantar Matan ke hospital kerana dia dapat mengagak anaknya demam
kepialu. Suhu panas badan Matan memang disebabkan demam kepialu dengan perutnya
kembung sepanjang hari.
"Panas jatuh ke dalam ni," ujar Long Zidin
tidak sabar lagi mendesak sepupunya hantar sahaja anaknya itu ke hospital.
Dalam keadaan serba salah, Pak Sulah hantar juga anaknya
ke hospital jauh di bandar. Memang di hospital pun Matan dikatakan dihinggapi
typhoid menyebab-kan suhu badannya bertambah panas. Pak Sulah tidak peduli pun
apa penyakit anaknya, tetapi kesal terus menusuk di hatinya kerana dia menjadi
punca anaknya dihinggapi penyakit.
Memang Long Zidin
juga beritahu typhoid itu demam kepialu. Pak Sulah tidak bimbang sekiranya
Matan dihinggapi demam kepialu. Tahu sangat dia kalau demam kepialu boleh dijaram
dengan daun pulasan diperah air. Kepala Matan juga perlu dipupuk dengan daun
sedingin biar wap panas segera hilang.
Tetapi di hospital dia tidak boleh berkeras. Apa lagi
ketika itu siapa pun tidak berani angkat muka di hadapan doktor atau jururawat.
Mereka orang kampung terangguk-angguk di depan doktor dengan memanggilnya tuan
berulang kali. Doktor pula tersengih-sengih dengan telatah orang kampung yang
terketar-ketar apakala berhadapan dengannya.
Lainlah kalau Matan terkejang di rumah. Memang Pak Sulah
akan pupuk kepala anak-nya dengan daun sedingin. Demam kepialu bukan membimbangkan
sangat pada orang-orang kampung. Lainlah penyakit hawar yang mengganggu mereka
beberapa tahun sebelum itu.
Setiap hari sampai enam tujuh orang penduduk kampung
meninggal dunia akibat termuntah-muntah. Doktor orang putih yang datang melawat
menuduh mereka diganggu taun. Belum pun sempat kubur digali, sudah ada orang
memberitahu mengenai jiran mereka baru sahaja meninggal dunia. Menjelang senja
bergilir-gilir pula orang menggali kubur.
Tetapi Utih Semik tidak percaya dengan penyakit taun. Dia
percaya wabak hawar yang melanda kampung mereka. Sebab itu Utih Semik desak
seisi kampung buat sembahyang hajat setiap malam. Macam mana doktor orang putih
menuduh mereka diganggu penyakit taun, kerana tiga bulan sebelum wabak hawar
melanda, orang-orang kampung melihat terlalu banyak belalang berkeliaran.
Kadangkala bagaikan gelap langit apakala
belalang-belalang berkenaan terbang di udara. Apabila hingga di pelepah kelapa,
tidak sampai sepuluh minit daun kelapa hanya tinggal lidi sahaja akibat dimakan
oleh belalang yang terlalu banyak.
Utih Semik percaya wabak hawar memang bala disebabkan
perbuatan manusia yang mungkar. Dia tetap tidak percaya wabak taun melanda
kampung sampai mereka termuntah-muntah akibat demam tidak menentu. Kalau tidak
masakan terlalu banyak belalang masuk ke kampung. Jangan katakan hinggap di
daun padi tengah sawah, hingga di pelepah kelapa pun habis dimamah sampai
tinggal lidi.
Memang padi di tengah sawah dimakan belalang sampai ke
umbi. Mereka tidak tahu dari mana belalang yang terlalu banyak itu datang
menyerbu ke tengah kampung macam kelkatu berterbangan merata tempat. Utih Semik
yang kumpulkan seisi kampung di surau sembahyang hajat minta Allah jauhkan mala
petaka dari kampung.
Tiga malam berturut-turut sembahyang hajat, mereka tidak
nampak lagi kelibat belalang yang banyak laksana lebih mencari sarang. Tidak
seorang pun pegawai orang putih yang datang menjengah kampung mereka sekalipun
penghulu sudah sampaikan kejadian tersebut. Lama selepas gangguan belalang, itulah
seisi kampung diseram, wabak hawar.
Tiba-tiba sahaja
mereka berasa pening kepala, kemudian perut memual-mual hingga termuntah tidak
bertahan. Tiga hari sahaja mereka mengidap demam tidak menentu memang tidak
dapat diselamatkan lagi. Dalam masa beberapa hari sahaja sampai enam tujuh
orang meninggal dunia setiap hari tidak kira kanak-kanak, perempuan, lelaki
atau orang dewasa.
Biarlah seisi kampung percaya pegawai orang putih memberitahu
mereka mengidap wabak taun, tetapi Utih Semik tetap berkeras menuduh wabak
hawar. Seisi kampung mesti sembahyang hajat beramai-ramai memohon perlindungan
Allah supaya hindarkan wabak hawar itu dari kampung halaman mereka.
Tetapi pegawai orang putih tidak peduli orang-orang
kampung berkeras melawan perintah mereka mahukan setiap orang disuntik.
Penghulu sendiri iringkan pegawai perubatan orang putih memaksa semua orang
mesti disuntik. Mereka tidak dibenarkan lagi buang air besar di sungai, tetapi
mesti dibina tandas tiap-tiap rumah.
Siapa pun tidak berani membantah apabila pegawai orang
putih sendiri masuk ke kampung mereka. Utih Semik juga terpaksa mematuhi dengan
membiarkan bahunya disuntik ubat. Bimbang juga dia mahu membantah kalau pegawai
berkenaan masuk bersama polis lengkap pakaian seragam. Manalah tahu menjadi
kesalahan pula sampai boleh ditahan di balai kalau mereka membantah setiap
orang mesti disuntik.
Disebabkan Utih Semik juga disuntik, orang-orang kampung
terpaksa mematuhi perintah penghulu. Mereka terpaksa menahan sakit suntikan
jarum dengan alasan mahu mencegah wabak taun daripada merebak. Tidak lama
selepas mereka sembahyang hajat dan disuntik ubat, memang penyakit tersebut
serta merta sahaja terhindar.
Sebab itulah Alang Lipah marah benar dengan keputusan
menantunya Pak Sulah membawa Matan ke hospital. Siapa mahu jengah Matan
terlantar di hospital disebabkan jauh dari kampung. Alang Lipah percaya tentu
Matan disuntik seluruh badan sama macam orang-orang kampung menderita akibat
wabak hawar itu.
"Kenapa tak bertanya pada Utih Semik?" gerutu
Alang Lipah memarahi anaknya Mak Tambun. "Matam tu mesti diubat dulu,
sebelum dihantar ke hospital!" mendongkol benar hatinya dengan keputusan
Pak Sulah itu.
"Long Zidin yang desak," beritahu Mak Tambun
serba sawah apabila emaknya tidak bersetuju Matan dibawa ke hospital.
"Matan tu anak kamu ke, atau anak Long Zidin?"
semak in geram Alang Lipah dengan jawapan anaknya.
Kalau Matan terkejang akibat demam kepialu memang Alang
Lipah tidak peduli sangat Pak Sulah mahu bawa ke hospital. Tetapi Andak Libit
yang beritahu dia Matan terkejut semasa mahu meniti titian batang pinang
apabila melihat lelaki hodoh capik memeluknya. Kalau lelaki tua capik itu tidak
datang membantu nescaya Matan jatuh ke dalam parit.
Matan sendiri terangkan pada kakaknya apabila berpatah
balik dalam keadaan ketakutan. Memang dia terkejut melihat lelaki tua capik
yang tidak dikenalinya. Tiba-tiba sahaja dia nampak lelaki berkenaan berjalan
terdengkot-dengkot di dalam air paras betis.
Disebabkan terserempak lelaki hodoh berkaki capik itulah
Matan hampir terjatuh kerana terkejut benar. Cepat-cepat pula lelaki hodoh
capik itu menyambutnya lantas membantu balik semula ke tebing parit. Matan
nampak mulut lelaki itu berbuih dengan darah dalam senyumnya yang melirik.
"Matan tu demam kepialu?" keras suara Alang
Lipah membantah. "Anak kamu Libit kata, Matan terkejut nampak orang tua
capik!" tegasnya mencebek bibir kerana Mak Tambun tidak percaya dengan
penjelasan Matan.
"Emmm, cakap budak. budak, bukan boleh
percaya," keluh Mak Tambun perlahan cuba pertahankan suaminya.
"Kamu memang percaya cakap orang dari cakap anak
kamu sendiri," Alang Lipah memang geram benar. Mak Tambun sengaja mahu
berkeras menghantar Matan ke hospital dengan tidak berunding sesama sanak
saudara. Apa salahnya tanyakan dia terlebih dahulu sebelum tergesa-gesa dibawa
ke hospital.
Bukan Matan sahaja terserempak lelaki tua hodoh berkaki
capik melalui parit berkenaan, Alang Lipah juga pernah terserempak. Beberapa
orang di kampung tersebut juga nampak kelibat lelaki hodoh berkenaan terutama
tatkala hujan panas turun menyerak.
Sudah diingatkan oleh Utih Semik sekiranya terserempak
lelaki hodoh itu berjalan terdengkot-dengkot di dalam parit, tidak perlu takut
apa-apa. Biarlah dia melalui parit itu sampai hilang dari pandangan dengan
tidak perlu ditegur.
Tahu sangat Utih Semik mengenai rahsia lelaki hodoh yang
selalu ditemui orang-orang kampung. Sia-sia dia menjadi pawang besar di situ
kalau tidak memahami rahsia di sekeliling kampung! Asal sahaja hujan panas turun bersesak janganlah
melalui parit berkenaan sekiranya lemah semangat.
Siapa sahaja lemah semangat tentu mudah terkejut sambil
demam terketar-ketar. Sekiranya lambat dipulihkan semangat mangsa tidak dapat
lagi diselamatkan. Tentulah mereka tuduh diganggu demam kepialu apabila demam
tidak menentu. Tetapi Utih Semik dapat mengagak tentulah puaka yang menjelma
macam lelaki tua hodoh berkaki capik membawa semangat mangsa itu bersamanya.
"Dia sekadar nak berkawan," ujar Utih Semik
apabila ditanyakan mengenai jelmaan lelaki hodoh berkaki capik itu. "Sebab
itu diajaknya kemana saja, sampai mangsanya tak tahu jalan balik, dia melanjutkan
sambil mengeluh perlahan.
Sebab itu Alang Lipah terkilan dengan keputusan Pak Sulah
kerana tidak memberitahu Utih Semik. Sengaja Pak Sulah tidak mahu mempercayai
penjelasan Matan mengenai lelaki hodoh berkaki capik itu. Siapa lagi yang
ditemui oleh Matan tatkala hujan panas turun renyai-renyai di parit berkenaan
kalau bukan puaka berkenaan menjelma?
Sudah berkali-kali Utih Semik ingatkan supaya jangan
melintas parit itu tatkala hujan panas turun renyai-renyai sekira-nya lemah
semangat. Lelaki tua hodoh berkaki capik itu memang tidak mengganggu sesiapa
pun, tetapi dia mahu mencari kawan sahaja. Utih Semik tahu mengenai rahsia
jelmaan puaka itu dari ayahnya sendiri Pawang Minin.
Sama ada mahu percaya atau pun tidak, memang Utih Semik
juga sudah terserempak lelaki hodoh berkaki capik itu. Sengaja dia mengendap di
parit berkenaan asal sahaja hujan panas turun renyai-renyai. Beberapa kali dia
ke situ memang sukar juga mahu terserempak disebabkan semangatnya memang tidak
mudah dilentur.
Hanya menjelang senja dia mengendap ketika hujan panas
turun renyai-renyai, Utih Semik nampak jelmaan lelaki hodoh berkaki capik itu
berjalan menghulu. Tidak bertangguh Litih Semik melompat keluar dari sebalik
belukar membentak lelaki hodoh itu dengan membacakan:
Qolillahhil hamdurabb is
samawati warabbil ardhi rabbit 'alamin, walahul kibraya u-fissamawati wal-ardhi
wahuwal 'azizul-hakim.
Tiga kali dibacakan oleh Utih Semik dia menghentakkan
tumitnya ke tanah. Tiba-tiba lelaki hodoh itu terbatuk-batuk, kemudian
berpaling ke arah Utih Semik. Tersenyum dia apabila melihat Utih Semik tercegat
di tebing parit dengan tumit mengisar ke tanah.
"Aku tahu kamu nak jumpa aku Semik!" ujar
lelaki hodoh itu bagaikan mengejek.
"Buat apa awak lalu di sini?" jerkah Utih Semik
mengokohkan semangatnya tatkala berhadapan dengan lelaki hodoh berkaki capik
itu.
"Hah, kamu ni anak Pawang Minin, ye tak?"
semakin ramah lelaki hodoh itu menegur Utih Simek, tetapi dia tetap tidak
ber-ghnjak dari tengah air.
"Tak perlu awak tahu!" sahut Utih Semik keras
tidak mahu mengalah.
"Pawang Minin pun tak macam kamu Semik," tegas
lelaki hodoh itu terus mengejek-nya.
Utih Semik tidak menyahut. Dia merenung tepat ke muka
lelaki hodoh yang berkedut-kedut kulit itu lantas membaca-kan perlahan:
Waiz sorafna ilaika nafaran mina jinni yastamirunal
Quranna, falamma hadhoruhu ansitu falamma qodhiya wallau ila qaumihim munzirin.
Selepas Utih Semik membacakan doanya, lelaki hodoh itu
terbatuk-batuk hingga bersemburan darah dari mulutnya. Tetapi dia masih
tersenyum dengan membiarkan darah memercik di bibirnya. Dia tidak membasuh pun
darah di bibirnya sekalipun masih tercegat di tengah air.
"Semik, kalau kau tak mahu jupa aku, biarlah aku balik,"
lelaki hodoh itu mula gelisah dengan sikap Utih Semik.
"Aku tak mahu
awak ganggu orang kampung ni!" tegas Utih Semik ingatkan lelaki hodoh
tersebut.
"Tak pernah pun aku ganggu orang," sahut lelaki
hodoh itu terbatuk-batuk hingga bergegar badan. Setiap kali dia terbatuk-batuk
darah memercik dari mulutnya. "Aku orang terbuang, tak ada kawan, buat apa
nak ganggu orang," dia menuturkan perlahan seolah-olah mengharapkan belas
kasihan.
Utih Semik mencebek bibir mengejeknya. Memang lelaki
hodoh berkaki capik itu tidak mengganggu sesiapa. Dia sekadar melalui parit
berkenaan asal sahaja hujan panas turun renyai-renyai. Tetapi siapa sahaja
terserempak dengan lelaki hodoh itu mudah lemah semangat hingga demam berminggu-minggu.
Terpaksa pula mereka jemput Uith Semik sekiranya suhu badan bertambah panas
sampai meracau-racau tidak menentu.
Sebab itu Utih Semik marah benar selagi orang tua hodoh
masih menampakkan kelibat di situ. Tahu sangat dia lelaki bodoh itu seringkali
nampak kelibat tatkala hujan panas turun renyai-renyai. Kalau dia menghilir parit
memang mangsanya akan membawa maut sekiranya tiba ajal. Tetapi kalau dia
menghulu mangsanya akan capik kaki sama seperti dialaminya.
Semenjak ayahnya Pawang Minin lagi memang jelmaan puaka
di parit itu seringkali nampakkan kelibat. Tetapi Pawang Midin akan semah di
situ dengan bertih dan ayam panggang asal sahaja mangsa dapat dipulihkan
setelah mengalami panas suhu badan akibat terperanjat melalui parit tersebut.
Pantang Utih Semik mahu semah dengan bertih dan ayam
panggang. Dia tidak akan mengalah kalau puaka itu berkeras mahu mengganggu.
Sebab itu berulang kali dia mengendap di sebalik belukar asal sahaja hujan
panas turun renyai-renyai. Biar dia sendiri berdepan dengan puaka jelmaan orang
tua hodoh berkaki capik.
Dia sendiri melihat Sapar menderita capik kaki akibat
demam panas selepas terserempak lelaki hodoh tersebut berjalan menghulu parit.
Berminggu Sapar terkejang sakit diubati oleh Pawang Mini hingga terpaksa berubat
besar. Sebaik sahaja Sapar sembuh demam-ya, dia merasa kaki kanannya jegang
tidak boleh melangkah. Lama kelamaan kaki kanannya capik menyebabkan jalan terdengkot-dengkot.
"Aku tak sama dengan ayah aku Pawang Minin!"
bentak Utih Semik bagaikan sengaja mencari lawan. "Kalau awak ganggu orang
kampung ni, langkah mayat aku dulu," dia memberi amaran dalam suara
meninggi keras.
Lelaki hodoh itu tidak menyahut. Dia termengah-mengah
mendongak ke udara hingga nampak darah berbuih-buih di bibirnya. Kemudian dia
berpaling menghadap Utih Semik dengan tersengih-sengih.
Marah benar Utih Semik seolah-olah mengejek dirinya.
Tetapi dia tahu lelaki hodoh itu mahu menguji. Sekiranya dia cepat marah
tentulah mudah lelaki hodoh itu memerangkap. Memang ayahnya Pawang Minin akan
menuruti kemahuan menyediakan bertih dan ayam panggang asalkan orang-orang
kampung tidak diganggu. Tetapi Utih Semik tidak mahu biarkan dirinya mematuhi
kemahuan puaka di situ.
Sebab itu dia mengendap di sebalik belukar mahu bertemu
di situ. Setelah lelaki hodoh itu mengerling ke arahnya macam tidak mahu
mengalah segera Utih Semik membacakan:
Bal nuqzifu bilhaqqi 'alalbatili fayad maghu-hu
fa-izahuwa zahiqun, walaku-mul wailu mimma tusifun,
diulangi tiga kali lantas dia menepuk dua tangan dengan
mengisarnya kuat-kuat.
Sekaligus lelaki hodoh tu jatuh terduduk hingga punggungnya
terhenyak ke dalam air. Menggeleng-geleng dia disebab-kan tidak dapat bertahan
setelah Utih Semik bacakan doa demikian. Lelaki hodoh itu tidak bangun langsung,
tetapi membiarkan tubuhnya hanyut bersama air parit yang menghilir.
Semenjak itu tidak siapa lagi menemui lelaki hodoh
berkenaan melintasi parit sekalipun hujan panas turun renyai-renyai. Tetapi
Utih Semik tahu jelmaan itu memang turun temurun dilihat orang melalui parit
berkenaan.
Ayahnya Pawang Minin yang beritahu mengenai Tok Biran
yang mengidap lumpuh kaki bertapa di tengah air mahu mengubati penyakitnya.
Setiap malam dia akan turun ke tengah parit merendamkan kakinya dengan pasir
tersebut. Berbulan bulan Tok Biran bertapa setiap malam di tengah parit tetapi
kakinya tidak juga sembuh.
Lama kelamaan dia mampu juga berjalan sendiri sekalipun
terdengkot-dengkot. Tetapi Tok Biran tidak juga berpuas hati setelah boleh berjalan
sendiri. Dia berazam mahu teruskan berendam kaki dengan pasir parit sehingga
lumpuh kakinya sembuh betul.
Suatu pagi dia balik dari bertapa di tengah parit sebelah
malamnya, Tok Biran ternampak banyak cendawan busut tembuh menguntum. Tidak
bertangguh dia mengutip cendawan busut berkenaan dibawa batik ke rumah. Setiap
hari dia melintas di situ, sentiasa banyak cendawan busut tumbuh. Tok Biran
jualkan cendawan busut yang dikutipnya itu kepada orang-orang kampung.
Dengan jualan
cendawan busut itu sahaja Tok Biran hertukar menjadi senang lenang. Hairan juga
orang-orang kampung dari mana dia mendapat sayur cendawan busut setiap hari.
Tidak musim hujan pun Tok Bltan tetap dapat sayur cenda-wan busut berkenaan.
Tetapi mereka tidak pernah menemui tempat Tok Biran
mengutip cendawan busut tersebut. Sekalipun sudah hidup senang lenang, Tok
Biran tetap tidak puas hati dengan keadaan kakinya yang capik. Marah benar dia
pada kakinya yang capik hingga melangkah terdengkot-dengkot itu.
"Buat apa hidup senang lenang, kalau kaki
capik!" gerutu Tok Biran tidak ketahuan.
"Semua orang nak hidup senang," isterinya Ulin
memujuk.
Dia sendiri tidak kesal apa-apa bersuamikan Tok Biran yang
capik kaki. Lagipun hidup mereka sudah berubah senang lenang semenjak Tok Biran
amalkan bertapa dengan merendam kaki di bawah pasir parit. "Kaki awak
capik bukannya menyusahkan orang, apa salah-nya," ujar Ulin selanjutnya
untuk memberi peransang kepada suaminya.
"Biar aku jadi puaka, lebih baik!" bentak Tok
Biran berputus asa dengan keadaan kakinya yang capik.
"Buat apa jadi puaka?" terkejut juga Ulin
dengan sikap suaminya yang tidak bersyukur dengan nikmatnya sudah berubah
senang lenang itu.
"Aku nak
capikkan kaki semua orang," Tok Biran menggertap bibir mahu melepaskan
geram.
"Bukan salah mereka sebabkan kaki awak capik,"
Ulin tetap memujuk suaminya biar bersabar dengan keadaan yang menimpa dirinya
itu.
"Biar puas hati aku!" terluah sahaja dendam di
hati Tok Biran sekalipun dia tahu tidak siapa pun yang mesti disalahkan.
"Cukuplah bang, hidup kita pun dah senang,"
tutur Ulin perlahan mencemik muka. "Abang dapat cendawan busut hari-hari,
tapi orang kampung tak dapat rahmat macam ni," dia tidak mahu suaminya
terus menerus ikutkan perasaan dengan marahkan orang-orang kampung tidak bersebab.
"Kalau aku jadi puaka, aku sumpah orang kampung
muntah darah kalau makan sayur cendawan busut aku!" tiba-tiba sahaja Tok
Biran membentak bagaikan orang hilang akal.
Tersengih-sengih Ulin memerhati suaminya bercakap seperti
orang tidak siuman. Perkara kakinya capik tidak ada kena mengena dengan
orang-orang kampung. Kenapa Tok Biran membenci orang-orang kampung disebabkan
kakinya capik itu. Orang-orang kampung pun tidak berasa iri hati dengan
kesenangan hidup mereka suami isteri setelah bertemu sayur cendawan busut
tumbuh menguntum di tebing parit.
Sebelah malamnya Tok Biran tetap turun juga ke tengah
parit rendamkan kakinya dengan pasir. Dia bertekad mahu kakinya baik dengan
tidak capik sedikit pun. Tentu orang-orang kampung akan kagum melihat dia
melangkah segak setelah kakinya pulih.
Tetapi keesokan harinya dia tidak balik ke rumah. Dia juga
tidak membawa pulang cendawan busut yang dikutipnya setiap hari. Tidak
bertangguh pula Ulin menjengah ke parit berkenaan setelah puas menunggu hingga
matahari tegak di kepala.
Setelah diberitahu orang- orang kampung mereka sama-sama
mencari Tok Biran, tetapi tidak ditemui lagi. Kesan dia menimbus kaki dengan
pasir parit memang kelihatan di tengah air. Puas mereka mencari To Biran tidak
nampak kelibatnya lagi.
Semenjak itulah Tok Biran hilang tidak ditemui. Tiga
buIan selepas itu baru Ulin bermimpi menemui Tok Biran di tengah parit. Berlinang
air mata Tok Biran memberitahu dia sudah menjadi puaka kerana menurut perasaan
hingga mulutnya jadi celupar.
Dia ingatkan Ulin supaya tidak benarkan anak-anaknya
melalui kawasan parit dia bertapa itu sekiranya hujan panas turun
renyai-renyai. Ulin juga tidak dibenarkan mengutip cendawan busut sekiranya
berhampiran terdapat pokok dengan lebah membuat sarang.
"Itu tandanya cendawan busut yang sudah aku
sumpah!" beritahu Tok Biran supaya anak cucunya terlepas daripada sumpahannya.
Memang dia kesal kerana celupar mulutnya menyebabkan dia terperangkap dengan
kemahuan puaka hingga terpaksa berpisah dengan anak isteri.
Sikapnya yang terlalu tamak mahukan kakinya sembuh
setelah hidup senang lenang membawa padah sendiri. Segala mimpi yang dilaluinya
itu diberitahu oleh Ulin kepada anak cucunya. Memang dipantangkan anak cucunya
mengutip cendawan busut tumbuh menguntum sekiranya pokok berhampiran terdapat
lebah membuat sarang.
Siapa sahaja melanggar pantang itu nescaya
termuntah-muntah darah apakala menjamah sayur cendawan busut yang sudah
disumpah oleh Tok Biran. Sebab itulah menjadi pantang larang Ulin kepada anak cucunya
setelah dia mendapat alamat dalam mimpinya bertemu Tok Biran itu.
Memang Alang Lipah sendiri keturunan Tok Biran. Sebab
itulah dia tidak percaya dengan penyakit Matan disebabkan typhoid setelah
melalui parit berkenaan semasa hujan panas tengah turun renyai-renyai. Dia
dapat mengagak tentu sumpahan keturunan Tok Biran masih lagi mengganggu
keluarga mereka.
Sebab itu dia mahu menantunya Pak Sulah jangan
terburu-buru membawa Matan ke hospital. Apa salahnya berbincang dengan adiknya
Utih Semik dahulu. Tentu Utih Semik dapat mengagak sama ada Matan diganggu
puaka atau benar-benar diserang penyakit typhoid.
Tetapi semuanya sudah terlambat. Matan meninggal dunia di
hospital setelah lama terlantar di wad. Tubuhnya juga sudah kurus menanggung
derita penyakit. Menitik juga air mata Pak Sulah disebabkan Matan merengek
sakit setiap kali jarum suntikan ditusuk oleh doktor. Sudah terlalu banyak
bahagian kulitnya yang disuntik sepanjang terlantar di wad berkenaan.
Setelah anak saudaranya meninggal dunia itulah Utih Semik
berkali-kali mengendap di sebalik belukar berhampiran parit tersebut. Dia tahu
puaka yang melintas di situ tidak mencukupi satu mangsa. Dia akan mengulangi
sama ada hingga tiga orang ataupun sampai tujuh orang.
Sebab itu Utih Semik bertindak. Kalau jelmaan lelaki
hodoh itu salahkan dia tidak bersemah dengan bertih dan ayam pinggang, memang
Utih Semik akan terkam cekak batang lehernya. Pantang dia tunduk dengan
kemahuan puaka seperti dilakukan oleh ayahnya Pawang Minin.
Utih Semik bernekad tidak mahu bersemah dengan menjamu
puaka. Terpaksa pula sediakan bertih tujuh piring dengan ayam panggang seekor.
Dia mesti memilih ayam selasih yang hitam seluruh badan hingga ke jari kakinya
semata-mata mahu berjamu.
Sia-sia dia lama belajar pondok di Kedah kalau mudah
sangat tunduk dengan kemahuan puaka. Biarlah puaka itu disebabkan keturunan dia
masa lalu. Masakan dia mahu tunduk dengan Tok Biran yang bukan lagi datuk nenek
keturunannya kalau sudah dipengaruhi oleh syaitan.
Selepas Utih Semik terserempak jelmaan lembaga lelaki
hodoh berkaki capik itu, memang tidak siapa lagi diganggu. Tidak ada siapa pun
menjadi mangsa setelah Matan meninggal dunia. Apabila hujan panas turun
renyai-renyai memang seram juga mereka melintasi parit berkenaan, tetapi tidak
ada pula kejadian buruk berlaku.
Hinggalah Utih
Semik meninggal dunia, tidak juga orang-orang kampung diganggu jelmaan lelaki
hodoh berkaki capik itu. Bertahun-tahun mereka tidak diganggu, sampaikan Andak
Libit pun sudah lupa segala sumpah Tok Biran yang menjadi pantang larang
keturunannya.
Kalau tidak disebabkan kejadian Andak Libit menggelepar
selepas menjamah sayur cendawan busut, memang dia tidak beritahu sesiapa pun
mengenai Tok Biran itu. Tetapi Matan meninggal dunia disebabkan seluruh
badannya panas memang Cu Selemah juga tahu.
Ketika kejadian
itu berlaku dia juga sebaya dengan Andak Libit masih dara sunti lagi. Dia takat
mengetahui kejadian int sahaja. Ketika mayat Matan di mandikan Cu Selemah juga
menitiskan air mata melihat ke adaan tubuh yang kurus itu.
Tetapi Cu Selemah tidak tahu mengenai arwah Utih Semik
mengendap di sebalik belukar berhampiran tebing parit sebaik sahaja hujan panas
turun renyai renyai. Manalah dia ambit peduli sangat perkara yang di luar jangkauan
fikirannya ketika itu.
"Saya nampak lelaki hodoh berkaki capik tu,"
beritahu Cu Selemah setelah Andak Libit sendiri menerangkan pantang larang
keturunannya yang di-sampaikan sejak Ulin lagi.
"Agaknya itulah puaka Tok Biran," keluh Andak
Libit mengusap-usap dadanya yang terasa masih berbahang panas.
"Nasib baik Cu Selemah kamu pun boleh dicuba oleh
ustaz," tersengih-sengih Acik 'Mikon mengerling isterinya.
"Cuba macam mana?" hairan juga Semail Bujuk
bagai-mana Cu Selemah boleh melihat lelaki hodoh berkaki capik yang dikatakan
oleh isterinya puaka Tok Biran itu.
"Cara ustaz
ni, dia tidurkan Cu Selemah kamu," lantas Acik Mikon menuduh."Cara
Acik lain pula, tapi jalannya tetap sama," dia ketawa mencuit bahu saya.
Memang Semail Bujuk tidak faham apa yang diterangkan oleh
Acik Mikon. Bagaimana Cu Selemah boleh tidur sekiranya dia duduk terconggok di
bawah rumpun pisang? Sekiranya Cu Selemah sekadar duduk terconggok bagaimana
dia mengaku melihat lelaki hodoh berkaki capik di situ?
Tetapi Semail Bujuk, tidak peduli sangat dengan apa yang
dilihat oleh Cu Selemah di perdu rumpun pisang. Memang dia sedar isterinya
Andak Libit sudah melanggar pantang larang apabila mengutip cendawan busut
banyak tumbuh menguntum dalam masa lebah membuat sarang di dahan pokok nangka
berhampiran rumpun pisang kelat berkenaan.
Andak Libit sendiri sedar dengan pantang larang tersebut.
Tetapi semenjak arwah Utih Semik sudah menyonsong puaka Tok Biran, tidak pernah
lagi jelmaan lelaki hodoh berkaki capik itu mengganggu mangsa. Hujan panas
turun pun mereka tidak bimbang terserempak puaka itu lagi. Sebab itu dia tidak
peduli apabila ternampak sarang lebah sebesar tempayan tergantung di dahan
pokok nangka berhampiran rumpun pisang kelat.
Sebaik sahaja ternampak cendawan busut tumbuh menguntum
di perdu pisang kelat itu, tidak bertangguh Andak Libit mengutipnya. Tentu
pantang larang itu sudah lupus setelah Utih Semik menyonsong ke tebing parit.
Puaka Tok Biran tidak berani lagi menjengah ke situ setelah diberi amaran oleh
Utih Simek.
"Bunuh aje laaa puaka tu ustaz," lantas sahaja
Semail Bujuk mendesak dengan dendam yang memuncak terhadap kejadian yang
menimpa isterinya. Selagi puaka itu dibiarkan sampai bila-bila pun tetap akan
mengganggu keturunan mereka.
"Bukan ada daya upaya saya nak buat macam tu,"
sahut saya perlahan menatap muka Semail Bujuk. Apalah sangat saya mahu
diharapkan membunuh puaka yang segalanya dalam pengetahuan Allah menentukannya.
"Kalau tak dibunuh, dia akan mencari mangsa
lagi," ujar Semail Bujuk menggertap bibir.
"Hah, syaitan macam macam mana nak dibunuh!"
segera Acik Mikon memintas dalam ketawa memanjang. "Kamu ingat syaitan tu
macam kita ni," tegasnya ingatkan Semail Bujuk supaya tidak ber-cakap
sebarangan.
"Syaitan tu musuh manusia yang nyata," sahut Cu
Selemah pula mencepak-cepak bibir memandang Semail Bujuk. "Sebab itulah
iman kita kena kuatkan," sengaja dia mengejek lelaki itu yang tiba-tiba
sahaja menuturkan dendamnya.
Jelmaan lelaki hodoh berkaki capik itu memang dilihat
oleh Cu Selemah tercegat di perdu rumpun pisang. Andak Libit sendiri mengaku
dia seolah-olah nampak jelmaan tersebut mahu mencengkam tengkuknya dengan kuku
yang panjang. Tetapi Cu Selemah tiba-tiba menghalang di hadapannya.
Sebaik sahaja terpancar kilauan cahaya putih yang
mengepung saya menerjah ke tubuh Cu Selemah, memang Andak Libit nampak tubuh Cu
Selemah menjadi besar. Kepalanya mencecah ke awan dengan tapak kaki sama lebar
dengan bukit tersergam. Dalam saat inilah Cu Selemah memijak kepala lelaki
hodoh itu hingga terpenyek di bawah tapak kakinya sebesar bukit itu.
No comments:
Post a Comment