KALAU tidak kenang adik ipar sendiri ditimpa kejadian
hampir hilang ingatan, memang Tok Aji malas sangat mahu ambil berat. Siapa lagi
mahu disalahkan apabila Aki Sigat tidak peduli apa-apa tatkala Nenek Aji
nasihatkan supaya tidak amalkan ilmu pengasih memikat mana-mana perempuan. Tahu
sangat Nenek Aji mengenai adiknya Aki Sigat kalau sudah terpikat sesiapa sahaja
perempuan yang terserempak di jalan.
Tidak bertangguh dia akan mengusik sekalipun tengah
berpeluh hangit balik dari mencebak sawah. Dalam masa peluh hangit mahu memikat
sudah tentu perempuan berkenaan akan mengejeknya. Asal sahaja hatinya
tersinggung nescaya Aki Sigat akan menunggu hingga tengah malam.
Dia akan memusingkan bantal tidurnya tiga kali, kemudian
dilambung tinggi tiga kali. Setiap kali dia melambungkan bantal, Aki Sigat akan
menyeru dengan inembacakan:
Hai insan wandi insan, hai wandi mani manikam, aku tahu
asal kau lambungan kiri ku asal kau jadi, masuk kau ke hatang tubuh aku, di
situ tompat asal kau jadi, berkat hu...
Bantal yang dilambung akan disendal pada rusuknya
sepanjang malam. Apabila dia menghela nafas Aki Sigat akan bayangkan wajah
perempuan itu diheret sama hingga terasa seolah-olah berbaring pada bantal di
rusuknya. Keesokan paginya sewaktu Nenek Aji bangun untuk solat subuh, dia
akan melihat perempuan tercegat di kaki tangga menunggu Aki Sigat bangun tidur.
Puas dipujuk oleh Nenek Aji supaya balik sahaja ke rumah,
perempuan berkenaan tetap berkeras mahu menatap muka Aki Sigat. Selagi Aki
Sigat tidak membuka mulut mengajaknya berkahwin nescaya dia tidak akan
berundur dari situ. Sudah kerapkali sangat Aki Sigat berkahwin, tetapi sekadar
bertahan beberapa bulan sahaja.
Manalah isterinya sanggup menunggu lama kalau Aki Sigat
habiskan masa di kedai majong di pekan kecil. Dia tidak peduli sangat mengenai
mencebak sawah atau mencari rezeki menyara keluarga. Memang Nenek Aji merungut
juga dengan sikap adiknya itu, tetapi Aki Sigai tidak peduli apa-apa. Dalam
masa umurnya belum pun 25 tahun, Aki Sigat sudah sembilan kali berkahwin.
"Jangan dimanjakan sangat adik Sigat tu," Tok
Aji ingatkan Nenek Aji disebabkan seisi kampung merungut apabila Aki Sigat
mudah sangat memikat perempuan yang termasuk perangkapnya.
Memang di rumah Nenek Aji dia akan bertumpu setelah
bercerai dengan isterinya. Ke mana lagi dia mahu menumpang disebabkan Nenek
Aji satu-satunya kakak dia yang manjakan dirinya sejak kecil lagi. Hairan juga
Nenek Aji apabila kenang bagaimana Aki Sigat dapat amalkan ilmu pengasih
memikat perempuan itu.
Tidak pernah dia menemui sesiapa pun selepas belajar di
madrasah Tok Aji. Kalau turun dari rumah selepas zohor dia sekadar beritahu
Nenek Aji mahu ke sungai. Tetapi hingga santak asar baru Aki Sigat terjongol
muka. Masakan dia mandi di sungai lama sangat semata-mata mahu berendam di
tengah arus.
Tahu sangat Tok Aji mengenai adik iparnya tidak turun ke
sungai selepas zohor. Memang dia berbohong dengan Nenek Aji dengan berdalih ke
sungai mandi hingga santak asar. Ketika ini Aki Sigat terus ke hujung kampung
menemui Uda Mijin yang dikenali mahir dengan amalan ilmu pengasih. Seisi
kampung tahu mengenai Uda Mijin berkahwin empat sampai semua isterinya tinggal
serumah.
Tetapi Tok Aji tidak peduli apa-apa sekalipun menyedari
adik iparnya berulang alik ke rumah Uda Mijin di hujung kampung. Perkara Uda
Mijin boleh tinggal serumah dengan empat orang isterinya tidak penting sangat
pada Tok Aji asal sahaja Aki Sigat tidak salah gunakan amalan apabila minta
turunkan daripada Uda Mijin.
Masakan orang kampung boleh salahkan Uda Mijin, kerana
kadangkala isterinya sendiri yang meminang perempuan yang memikat hatinya.
Isteri Uda Mijin tidak membantah apa-apa, asal sahaja dia beritahu mahu
berkahwin lain. Dia akan mengambil keputusan berkahwin lagi setelah salah
seorang isterinya diceraikan atau meninggal dunia.
"Jangan kamu ikut pula perangai Uda Mijin tu,
Sigat!" gerutu Nenek Aji apabila menyedari adiknya sering berulang alik ke
rumah lelaki berkenaan.
Tetapi Aki Sigat sekadar tersengih-sengih sahaja. Manalah
kakaknya bersetuju kalau diberitahu fasal menghayun limau dibungkus kain putih
dengan diikat benang tujuh warna. Apa lagi tatkala memetik limau mesti menunggu
malam diserkup gelap gelita dengan mencuri di pokok.
Siapa pun tidak boleh melihat dia ketika terhendap-hendap
memetik buah limau tengah malam di dalam gelap gelita. Dia akan menepuk perdu
pokok limau tiga kali dengan menyeru:
Hai Tok Puraja penunggu kayu, hai
lok Pelias penunggu batu, aku nak minta sebiji buat pelimbai hati jantung si anu,
berkat hu...
Cubalah perempuan sakiti hatinya sampai tersinggung,
tentu Aki Sigat akan hayun limau berkenaan sama macam membuai jantung perempuan
berkenaan! Sudah tentu sepanjang mdlam perempuan berkena-dn tidak boleh
lelapkan mata kesal dengan perbuatannya menyakiti hati dia.
Tetapi apabila Aki Sigat berkahwin dengan Utih Soyah,
memang Nenek Aji marah sangat dengan keputusan adiknya. Kalau tidak dipujuk Tok
Aji mahu sahaja Nenek Aji cekak rambut Utih Soyah yang hampir sebaya umur
dengannya. Bagaimana tiba-tiba sahaja Aki Sigat memilih Utih Soyah sudah tiga
kali menjadi janda.
Memang seisi kampung tahu mengenai Utih Soyah bercerai
selepas suaminya menyedari dia buat hubungan sulit dengan lelaki lain.
Seolah-olah dia tidak serik apa-apa setelah suami pertama Mat Deris terserempak
dia dengan Saleh Tibai di tempat sunyi. Lantas sahaja dia berkahwin dengan
Saleh Tibai sampai lelaki itu terpaksa ceraikan isterinya Uda Meliah.
Tiga tahun sahaja bersama Saleh Tibai, keluarga lelaki
itu menjadi gempar apabila beberapa kali Lahak Gonjeng naik ke rumahnya semasa
Saleh Tibai ke hutan mencari rotan. Marah sangat Saleh Tibai hingga dicekaknya
leher Lahak Gonjeng. Kalau tidak dileraikan orang-orang kampung tentu
ditetaknya parang tidak bersisa.
Selepas kejadian Lahak Gonjeng dicekak leher itu, lantas
sahaja Saleh Tibai ceraikan Utih Soyah. Terus dia tinggalkan kampung halaman
tidak mahu jejak kaki lagi menjengah sanak suadara. Lagi pun semenjak berkahwin
dengan Utih Soyah memang mereka tidak beranak seorang jua.
Tidak pula Utih Soyah berkahwin dengan Lahak Gonjeng,
disebabkan lelaki itu hilang entah ke mana selepas dicekak leher oleh Saleh
Tibai. Malu benar dia apabila dicerca Utih Soyah apabila tidak melawan langsung
ketika terkebil-kebil mata dicekak Saleh Tibai macam katak tersepit celah
gelegar buluh. Beberapa kali ditampar mukanya memang Lahak Gonjeng tidak
melawan apa-apa.
Lama juga Utih Soyah menjadi janda sebelum berkahwin
dengan Tok Jeluk yang mahir bertukang membuat parang. Tok Jeluk satu-satunya
yang tahu memilih besi sekiranya parang mahu digunakan menetak kayu di hutan.
Tetapi Tok Jeluk juga ceraikan Utih Soyah setelah menyedari isterinya buat
hubungan sulit dengan anak muda dari kampung lain.
Sebab itu Nenek Aji kecewa sangat apabila Aki Sigat yang
mahir memikat perempuan itu tiba-tiba sahaja memilih Utih Soyah janda sudah
berumur. Apa lagi Nenek Aji kenang latar belakang perempuan itu tidak pernah
serik sekalipun diceraikan suami akibat buat hubungan sulit dengan lelaki lain.
"Dah perangai Soyah macam tu!" ujar Nenek Aji
geram sangat dengan keputusan Aki Sigat. "Asal sahaja bersuami tentu dia
nak buat hubungan dengan lelaki lain," tegasnya berasa hairan dengan sikap
Utih Soyah. Perempuan itu akan buat hubungan dengan lelaki lain sekiranya dia
sudah bersuami. Apabila menjadi janda tidak pernah pula Nenek Aji dengar
perangai Utih Soyah demikian.
"Sigat yang hendak sangat, bukannya Soyah!"
sahut Tok Aji tidak mahu berkeras menghalang adik iparnya.
"Entah apa-apa ilmu pengasih yang
digunakannya!" rungut Nenek Aji tidak puas hati apabila Aki Sigat
berkeras juga mahu berkahwin dengan Utih Soyah.
"Ah, Sigat tu pun apa kurangnya!" tutur Tok Aji
mencebek bibir apabila kenang adik iparnya sudah berapa kali berkahwin tidak
bertahan lama. Manalah isterinya boleh bertahan lama disebabkan Aki Sigat
habiskan masa di kedai majong. Kadangkala sepanjang malam tidak balik jengah
muka ke rumah.
"Itulah herannya, kalau dah banyak ilmu kenapa pula Soyah yang dipikat?" gerutu Nenek Aji masih terkilan dengan keputusan Aki
Sigat.
"Dah jodoh dia ke situ, nak cakap apa lagi,"
Tok Aji terus memujuk Nenek Aji supaya tidak terburu-buru sangat luahkan
perasaan.
"Jodoh buat sendiri, ilmu pengasih!" memang
Nenek Aji tidak dapat menahan perasaan marah apabila Aki Sigat memilih Utih
Soyah.
Tetapi Tok Aji tahu mengenai Aki Sigat sengaja memikat
perempuan itu setelah Utih Soyah meludah ke tanah semasa berselisih di jalan.
Tersinggung benar hati Aki Sigat apabila Utih Soyah mencemuh tatkala dia
menegur ramah. Tidak terniat pun di hati Aki Sigat mahu memikat semasa
terserempak Utih Soyah berkemban turun ke sungai selepas membasuh kain.
Kebetulan pula Aki Sigat tengah menggalas joran pancing
mahu menghulurkan mata kail ke tempat air berpusir di tebing sungai. Sebaik
sahaja ternampak Utih Soyah turun berkemban sengaja diusiknya perempuan itu.
Tetapi Utih Soyah tidak melayani Aki Sigat, disebabkan tahu sangat pada dia
mengenai lelaki itu memang gemar memikat.
Tidak lama selepas terserempak pada tebing sungai
itulah, Aki Sigat melihat Utih Soyah bersama anak saudara nya Mahisun balik
dari kedai. Tatkala berselisih di jalan segera Aki Sigat menegur disebabkan
Mahisun banyak menjinjing barang-barang baru dibeli.
Lantas sahaja Utih Soyah teringatkan kejadian dia
berkemban di sungai apabila diusik oleh Aki Sigat. Marah benar dia disebabkan
Aki Sigat sengaja memuji-muji dia tatkala berkemban dengan tujuan mahu
mengusik. Sebaik sahaja Aki Sigat menegur Mahisun sekali gus perasaan Utih
Soyah meruap marah, seolah-olah lelaki itu mahu memikat siapa sahaja.
Tidak bertangguh Utih Soyah meludah ke tanah kerana
mencemeh Aki Sigat yang ramah sangat menegur Mahisun. Apa lagi dia melihat
Mahisun juga tersengih-sengih bagaikan mahu melayani Aki Sigat yang sudah
beberapa kali menjadi duda. Disebabkan tersinggung dicemuh Utih Soyah itulah,
Aki Sigat mula menghayun limau tengah malam amalkan ilmu pengasih.
Sepanjang malam itu pula Utih Soyah tidak dapat lelapkan
mata seolah-olah tubuhnya dibuai laju sampai tergamang tidak menentu. Di mana
sahaja dia berpaling kelihatan Aki Sigat melambai-lambai tangah ke arahnya.
Setiap kali Aki Sigat melambai tangan terasa sebak benar hati Utih Soyah
apabila mencemuh lelaki itu. Perkara Aki Sigat mengusiknya tatkala berkemban
mandi tidak lagi menyakiti hatinya, tetapi menambahkan rasa mesra yang mendalam.
Sebab itu pagi lagi sebelum matahari memancar Utih Soyah
sudah jejak kaki ke tangga madrasah Tok Aji. Biarlah dia duduk bertenggong
pada anak tangga menunggu Aki Sigat turun ke telaga. Dia akan pegang lutut Aki
Sigat meminta maaf berulang kali disebabkan mencemeh dengan meludah ke tanah.
Terpaksa pula Tok Aji memujuknya supaya Utih Soyah balik
dulu ke rumah. Dia berjanji akan uruskan perkara Aki Sigat masuk meminang.
Setelah Tok Aji berikan janji demikian baru Utih Soyah balik sebaik sahaja Tok
Aji bersiap-siap untuk solat subuh.
Selepas kejadian itu Aki Sigat bersetuju kahwin dengan
Utih Soyah. Masakan dia menolak setelah Utih Soyah sanggup keluarkan belanja
buat kenduri perkahwinan mereka. Memang Aki Sigat tidak boleh diharapkan
apa-apa sekiranya desak sediakan duit. Makan minumnya selepas menjadi duda
beberapa kali hanya bergantung pada Nenek Aji semata-mata.
Memang Nenek Aji tahu sikap adiknya pemalas sangat kalau
harapkan mahu mencebak sawah. Disebabkan Tok Aji merungut terpaksa juga dia
gagahi bangun solat subuh di madrasah. Sekiranya Tok Aji dijemput orang
mengajar agama di kampung lain hingga tidak sempat balik ke rumah, nescaya
Aki Sigat tikan bangun hingga mata-hari meninggi.
"Angah, jangan beritahu Nenek Aji kalau dia tanyakan
Aki," beritahu Aki Sigat sekiranya terserempak saya naik ke madrasah
tatkala subuh menjelang.
Dia akan terlentang di penjuru madrasah berselimut kain
buntil dijahit sambung tidak peduli apa-apa. Memang Tok Aji tidak akan naik ke
madrasah apabila balik dari mengajar agama di kampung lain. Lagi pun dia tidak
peduli sangat kalau Aki Sigat mahu lelap di atas rnadrasah sampai santak ke zohor.
Tok Aji tidak akan merungut apa-apa disebabkan Aki
Sigat juga sudah berumur. Apa lagi sudah beberapa kali berkahwin sekalipun
tidak mempunyai seorang pun anak. Tahu sangat saya mengenai Aki Sigat memang
dia tidak hiraukan sangat makan, sekiranya mahu bekerja kuat membanting tulang.
Asal sahaja dapat meneguk secawan teh sudah memadai pada Aki Sigat.
Apabila habiskan
masa di kedai majong dia sekadar meneguk secawan teh juga. Tatkala balik ke
rumah Nenek Aji dia semata-mata mahu rebahkan badan. Dia akan lelapkan mata
disebabkan terlalu mengantuk. Perkara menjamah makanan tidak penting sangat
pada Aki Sigat yang gemar hidup membujang.
Setelah berkahwin dengan Utih Soyah terus sahaja dia
berpindah ke rumah isterinya. Jarang dia menjengah ke rumah Nenek Aji setelah
berkahwin. Memang Nenek Aji juga tahu perangai adiknya apabila sudah berkahwin.
Tentu Aki Sigat juga balik ke rumah isterinya semata-mata untuk rebahkan badan
tidur setelah balik santak pagi apabila bermain majong sepanjang malam.
Sebab itu Nenek Aji tidak berkecil hati apabila Aki Sigat
tidak jengah muka ke rumahnya setelah berkahwin dengan Utih Soyah. Tidak lama
selepas berkahwin dengan Utih Soyah itulah saya menyedari Nenek Aji meleteri
Tok Aji disebabkan adiknya menjadi bingung. Bukan sahaja tidak lagi ke pekan
kecil bermain majong bersama kawan-kawannya orang Cina, malah dia tidak berani mahu
jengah muka ke rumah Nenek Aji.
Beberapa kali Nenek Aji terserempak dia duduk diperdu
pokok nangka menjaga padi jemur. Aki Sigat mematuhi apa sahaja kemahuan Utih
Soyah sekali-pun terpaksa memasak nasi di dapur. Ketika ini Nenek Aji sudah
mendengar cerita mengenai Utih Soyah mula berhubung rapat dengan lelaki dari
kampung lain.
Seisi kampung sudah dapat mengagak memang Utih Soyah akan
ulangi juga kerenah lamanya asal sahaja mempunyai suami. Utih Soyah sewaktu
menjadi janda tidak sama dengan dia bersuami. Mudah sahaja dia melayani lelaki
lain sebaik sahaja menjadi isteri Aki Sigat.
Disebabkan Nenek Aji merungut berterusan, lantas Tok Aji
mencari Aki Sigat. Dia terserempak dengan Aki Sigat terconggok di bawah perdu
pokok nangka menjaga padi jemur supaya tidak diserbu ayam. Bila-bila Utih Soyah
akan memaki hamun sekiranya ayam penuh tembolok memagut padi jemur di hujung
halaman.
Tatkala dipanggil oleh Tok Aji terpinga-pinga Aki Sigat
memerhati keliling. Memang dia tidak menyangka Tok Aji menjengah ke situ, dalam
masa dia terconggok menunggu padi jemur. Tidak pernah lagi Aki Sigat habiskan
masa bermain majong dengan kawan-kawannya orang Cina di pekan kecil.
"Apa dah jadi kau ni, Sigat?" tutur Tok Aji menepuk bahu Aki Sigat masih terpinga-pinga tidak menentu.
"Jagakan padi
jemur Iltih Soyah, apa salahnya," tersengih-sendih Aki Sigat menyahut.
Tatkala ini tidak terlintas pun di hatinya mahu mempelawa Tok Aji naik ke rumah.
"Kenapa lama tak balik ke rumah aku?" ujar Tok
Aji macam ingatkan dia disebabkan lama sangat tidak jengah muka menemui Nenek
Aji.
"Nantilah bila senang aku datang, Abang Aji,"
beritahu Aki Sigat tertunduk perlahan.
Ketika ini Utih Soyah menjengah di pintu bersama seorang
lelaki. Mereka herdua juga terpinga-pinga melihat Aki Sigat seolah-olah
bercakap sendirian. Sekali gus pula Aki Sigat tidak melihat lagi Tok Aji
berdiri di sisinya. Lantas lelaki yang tercegat di samping Utih Soyah menuduh
Aki Sigat sudah tidak siuman apabila bercakap sendirian sahaja.
Tetapi Aki Sigat bagaikan mendengar suara Tok Aji
berbisik menyuruh-nya bangun tinggalkan padi jemur di hujung halaman. Biarlah
ayam banyak menyerbu ke situ isi tembolok sampai kenyang tersendat. Sebaik
sahaja Aki Sigat bingkas bangun tidak bertangguh Utih Soyah mencapai penyapu
terus melompat menghambat suaminya. Dia tidak benarkan Aki Sigat ke mana-mana
tatkala padi terjemur di situ.
"Aku suruh jaga padi jemur, awak nak ke mana?"
jerkah Utih Soyah tidak benarkan Aki Sigat ke mana-mana.
Tersengih-sengih sahaja Aki Sigat lantas menepis tangan
Utih Soyah yang cuba menghalangnya. Apabila Utih Soyah berkeras mahu hembatkan
penyapu ke arah Aki Sigat tiba-tiba sahaja tangannya kaku tidak boleh
digerakkan. Terkial-kial dia memanggil lelaki yang tercegat di kepala tangga
meminta bantu dirinya.
Cepat-cepat pula lelaki itu terjun ke tanah setelah
melihat Utih Soyah terkial-kial akibat kakinya bagaikan terpasak ke tanah.
Dalam masa lelaki itu cuba memapah Utih Soyah naik ke rumah, Aki Sigat terus
melangkah tinggalkan rumah berkenaan. Semasa dia tercegat di tengah halaman
rumah Nenek Aji, lantas ditabur kepalanya dengan beras kunyit.
Memang. Nenek Aji sudah sediakan beras kunyit untuk
taburkan ke kepala adiknya asal sahaja Aki Sigat balik ke rumah. Tahu sangat
dia tentu adiknya sudah diperdayakan oleh Utih Soyah hingga tidak boleh
renggang dengan perempuan berkenaan. Sebelum dia naik ke rumah, Tok Aji
menyuruh Aki Sigat mencangkung di bawah tangga. Kemudian disuruhnya Nenek Aji
pula mencangkung pada anak tangga dengan Aki Sigat di bawahnya.
Apabila Tok Aji jiruskan air telaga pada kepala Nenek Aji
memang tercurah terus menyinggahi kepala Aki Sigat di bawahnya. Ketika in Tok
Aji menyuruh saya azan tujuh kali di kepala tangga. Dalam masa saya azan tujuh
kali Tok Aji bacakan doa:
Wagolal malikuktuni bihi falamma
ja-ahurrusulu qolarji' ila-rabbika fas-alhu mabalunniswatil-lati got-to'na
aidiyahunna inna rabbl bikaidihinna
Selesai sahaja saya azan, sekali gus Aki Sigat terjeluih
muntah tidak bertahan. Muntahnya hitam laksana air pelimbahan yang berlubuk
hingga berbau busuk meloyakan tekak Segera Nenek Aji menyuruh adiknya keluar
dari bawa tangga, terus meminta saya hulurkan kain sarung kepada Aki Sigat.
Setelah Aki Sigat naik ke rumah, Tok Aji menyuruh dia
duduk bertenggong pula tengah rumah bersetentang dengan bumbung. Apabila Tok
Aji tepuk belakang Aki Sigat tujuh kali, terbatuk-batuk dia sampai terjeluih bercampur
serbuk yang dikikis.
"Keluarkan habis ikut muntah,” tutur Tok Aji keras
membentak marah. Memang Aki Sigat tidak ketahuan menahan perutnya yang
memulas-mulas berterusan.
"Sepandai-pandai kau Sigat, terkena juga dengan Soyah!"
gerutu Nenek Aji mengungkit keputusan berkahwin dengan Utih
"His, Sigat ni sakit, jangan nak marah-marah,"
Tok Aji ingatkan Nenek Aji supaya tidak ungkit sangat perkara yang sudah
berlalu.
Memang Nenek Aji tahu mengenai adiknya sudah diberi
makan kotoran hingga Aki Sigat bagaikan hilang ingatan, tetapi perasaan geram
yang mendongkol di hatinya bukan marahkan Utih Soyah. Dia tetap salahkan adiknya
yang gunakan ilmu pengasih mahu memikat Utih Soyah, dalam masa seisi kampung
sengaja mahu jauhkan diri daripada perempuan berkenaan.
Siapa lelaki berani dekati Utih Soyah setelah beberapa
kali menjadi janda? Tahu sangat mereka mengenai Utih Soyah amalkan susuk sumbi
hingga mudah memikat sesiapa sahaja tatkala mengerling ke arahnya. Tetapi sudah
beberapa kali Aki Sigat cuba mengusiknya sengaja pula Utih Soyah nnengelak.
Sebab itu tersinggung sangat hati Aki Sigat seolah-olah
amalan ilmu pengasihnya tidak berkesan apa-apa. Terasa sia-sia dia mahir
melambung bantal tengah malam kalau tidak dapat memikat Utih Soyah. Apa sangat
dengan susuk sumbi yang diamalkan Utih Soyah kalau bandingkan dengan kemampuan
dia tundukkan siapa sahaja berkeras menghina dirinya.
Cubalah siapa pun ejek dirinya habiskan masa bermain
majong dengan kawan-kawannya orang Cina di pekan kecil! Bila-bila Aki Sigat
akan pikat anak gadis mereka sampai menjadi isterinya. Biarlah berkahwin takat
seminggu dua sahaja, asalkan hatinya berasa puas apabila dihina demikian.
Apabila Utih Soyah
yang ditakuti lelaki seisi kampung sukar sangat dipikatnya, sebab itu Aki Sigat
sanggup memetik limau tengah malam dengan tidak berpakaian. Dia mesti
tunduk-kan juga Utih Soyah dengan menghayun limau berkenaan menunggu malam
diserkup kesepian.
Limau berkenaan dibungkus dengan kain putih lalu diikat
benang tujuh warna. Aki Sigat akan menyeru nama Utih Soyah tatkala menghayun
limau berkenaan dengan bacakan jampi serapahnya:
Aur ditendang pembetung tumbuh,
pucuk mengilai lalu seberang, carik kain warna tujuh, buat pelimbal semangat si
_anu, hai semangat si anu kalau kau tak pandang muka aku, kau gila tak makan
gila tak minum, berkat hu....
Memang Aki Sigat ingat-kan siapa sahaja mengenai jampi
serapah berkenaan mudah sangat dihafalkan. Takat hafal jampi serapah pun tidak
akan berguna apa-apa kalau tidak mengetahui petuanya. Sebab itu petua menghayun
limau berkenaan tidak akan diturunkan oleh Aki Sigat kalau tidak disediakan
pisau sebilah, gula sesudu, garam sesudu dengan duit tujuh sen.
Tidak sempat Aki Sigat hayun sampai tiga malam
berturut-turut, Utih Soyah sudah terjongol menjelang pagi sebelum matahari
memancar. Berkeras sahaja Utih Soyah minta berkahwin dengan Aki Sigat sekalipun,
untuk tempoh sehari sahaja.
"Penyakit sengaja tempah!" gerutu Nenek Aji
setelah Aki Sigat terbaring d hujung serambi akibat keletihan setelah termuntah-muntah
berterusan.
Tiga hari Aki Sigat terbaring dalam keadaan lemah tidak
bertenaga, tidak pernah Utih Soyah datang menjengah. Nenek Aji jug tidak peduli
sangat sama ada Utih Soyah mahu menjengah atau pun tidak. Tetapi di terkejut
juga apabila Ak Sigat beritahu mengenai To Aji yang datang jejak kak memintanya
balik ke rumah Nenek Aji.
Sewaktu Aki Sigat tercegat di tengah halaman rumah,
memang Tok Aji tidak ke mana-mana. Tok Aji duduk di tengah madrasah tidak
bercakap sepatah pun tatkala saya beritahu mengenai Aki Sigat terkebil-kebil
mata seolah-olah tidak tahu di mana kakinya berjejak. Apabila dipanggil oleh
Nenek Aji dia sekadar-kadar mengangguk-angguk kepala sahaja.
Masakan Tok Aji jemput Aki Sigat semasa dia terconggok
menjaga padi jemur hujung halaman rumah Utih Soyah!
Setelah keadaan Aki Sigat pulih semula,
tersengguk-sengguk dia memegang tangan Nenek Aji beritahu tidak akan balik
semula ke rumah Utih Soyah. Lantas sahaja Aki Sigat rnengambil keputusan mahu
tinggalkan kampung halaman setelah menyedari kemahiran dirinya dengan ilmu
pengasih menghayun limau itu tidak membawa apa-apa manfaat lagi.
Tentu seisi kampung akan mengejeknya apabila tunduk
dengan kemahuan Utih Soyah. Tahu sangat Aki Sigat memang dia sudah terjamah
nasi wap dihidangkan isterinya sampai dia lupakan siapa pun. Dunianya sekadar
di keliling rumah Utih Soyah dengan mematuhi apa sahaja kemahuan perempuan itu.
Setiap kali dia mengerling sumbi emas Utih Soyah nescaya
seluruh tubuhnya menjadi gementar tidak menentu. Kakinya juga goyah bagaikan
tidak dapat berjejak di mana-mana. Ketika ini Aki Sigat merasakan dirinya
dipapah oleh Utih Soyah disebabkan seluruh tenaganya lemah tidak bermaya.
Kalau tidak dipapah Utih Soyah nescaya dia akan
terjelepoh di mana-mana. Siapa lagi boleh diharapkan dalam saat dia tidak boleh
bergerak, kalau bukan isterinya sendiri Utih Soyah. Saat ini Aki Sigat
merasakan dirinya terhutang budi pada Utih Soyah apabila kakinya tidak boleh
lagi berjejak kuat.
Setelah dipapah Tok Aji balik semula ke rumah Nenek Aji,
sekali gus Aki Sigat menyedari Utih Soyah melayani lelaki lain sewaktu kakinya lemah
tidak bertenaga. Malu benar dia mahu menatap muka Nenek Aji apabila kenang
dirinya diperdaya oleh Utih Soyah sampai tidak membantah apa-apa tatkala
disuruh menjaga padi jemur.
Lama sangat Aki Sigat tinggalkan kampung halaman hingga
Nenek Aji juga tidak dengar apa-apa mengenai beritanya. Tetapi Tok Aji tahu
tentu Aki Sigat merajuk hati dengan kejadian yang menimpa dirinya.
Sebelum dia tinggalkan kampung halaman, memang Utih Soyah
minta juga jengah setelah beritahu seminggu tidak bangun akibat demam hingga
seluruh badan terasa menyucuk-nyucuk laksana ditusuk jarum. Tetapi Aki Sigat
berkeras tidak mahu menjengah kerana bimbang menatap sumbi emas pada gigi
perempuan itu. Lantas sahaja dia memutuskan bercerai dengan Utih Soyah.
Tidak lama selepas Aki Sigat ceraikan Utih Soyah,
demamnya bertambah teruk. Keputusan Aki Sigat ceraikan dia pun menambahkan lagi
keadaan Utih Soyah semakin melarat. Terpaksa juga jiran-jirannya beritahu
kepada Nenek Aji mengenai demam Utih Soyah menjadi tenat.
"Kita kena ziarahi juga, Tok Aji memujuk disebabkan
tidak sampai hati dengan keadaan Utih Soyah setelah diceraikan oleh Aki Sigat.
Apa lagi Aki Sigat terus sahaja meninggalkan kampung halaman sebaik sahaja
pulih akibat termuntah-muntah macam air perlimbahan.
Sewaktu ikut Tok Aji menjengah Utih Soyah, saya melihat
perempuan itu terkejang dalam keadaan lemah. Ombak dadanya kencang dengan mata
terpejam. Memang jiran-jiran ipga sudah berkumpul apabila diberitahu mengenai
penyakitnya semakin tenat. Iantas sahaja Tok Aji meminta jiran-jiran bacakan
Yasin setelah melihat keadaan Utih Soyah terkejang dengan mata terpejam.
"Masa tu Angah baru berumur dua belas tahun,"
tersengih-sengih Aki Sigat beritahu tatkala mula-mula saya temui dia di Melaka
setelah bertahun-tahun tinggalkan kampung halaman. "Takkan Angah boleh
ingat semua kejadian masa tu," ujarnya menahan sebak dada akibat terharu
apabila saya jejaki juga dia apabila lama merajuk hati tidak mahu hubungi sanak
saudara.
No comments:
Post a Comment