0rang-orang
kampung masih lagi bercerita mengenai satu lembaga putih berkeliaran sejak
kematian Maisara selepas melahirkan anak. Kedua-dua ibu dan anak yang baru
dilahirkan itu mening-gal dunia, Sehingga berbulan-bulan pula cerita itu terus
disampaikan dari mulut ke mulut, tetapi tidak siapa di antara mereka yang menyampaikan
cerita itupernah bertemu lembaga putih tersebut.
Tok
Aji mengingatkan orang-orang kampung supaya tidak cepat terpengaruh dengan
cerita-cerita demikian. Tidak mungkin seorang wanita yang meninggal disebabkan
melahirkan anak akan menjelma menjadi hantu atau pontianak sejenis makhluk
syaitan yang dilaknati Allah SWT. Wanita yang mati ketika melahirkan anak
adalah dikira mati syahid.
Tetapi
orang-orang kampung tidak menghiraukan lagi nasihat Toik Aji, disebabkan mereka
sudah terpengaruh mengenai cerita lembaga putih yang berkeliaran di dalam
kampung sejak kematian Maisara, wanita muda yang meninggal ketika melahirkan
anak sulungnya. Malah suami Maisara sendiri, Jalit hampir terpengaruh juga
setelah mendengar cerita tentang lembaga putih yang berkeliaran di dalam
kampung.
"Kalau
iya pun, takkan sampai berbulan-bulan, Lit..," kata Tok Aji mengingatkan
Jalit. "Sekiranya kau Percaya dengan cerita macam tu, sepatutnya kau
berdoa dan bersem-bahyang tahjud, agar roh isteri kau dilindungi Allah,"
ujarnya apabila diberitahu oleh Jalit mengenai hatinya yang rusuh sejak cerita
isterinya tersebar luas.
Jalit
mendengarkan nasihat Tok Aji dengan penuh setia sebagai seorang murid yang
mematuhi gurunya. Setiap malam Jumaat memang dia datang ke madrasah Tok Aji
bertanyakan masalah agama bersama dengan beberapa orang lagi rakannya. Sebab
itulah dia menghormati segala nasihat yang diberikan oleh Tok Aji.
Setelah
hampir tiga bulan selepas kematian Maisara dengan cerita lembaga putih ditemui
berkeliaran itu, orang-orang kampung heboh pula dengan cerita Ucu Mimah
terserempak lembaga hitam berbulu tercegat di depan tingkap biliknya. Cerita
Ucu Mimah itu tersebar luas juga dari mulut ke mulut, sedangkan tidak ada siapa
pun dari orang yang menyebarkan cerita itu pernah melihatnya.
"Takkan hantu Maisara bertukar jadi lembaga
hitam tangan berbulu pula," keluh Jalit menahan keharu-an mengenai
tuduhan-tuduhan yang dilemparkan ke atas arwah isterinya. Dia sudah
melaksanakan segala nasihat Tok Aji dengan melakukan tahlil selepas maghrib
bagi mendoakan kesejahteraan roh isteri-ova di dalam kubur.
Kadangkala
terfikir juga di benaknya mengapa Maisara menjadi sasaran, padahal isterinya
itu sudah tiga bulan meninggal dunia. Kematian Maisara pula disebabkan melahirkan
anak sulung yang dikatakan songsang kedudukannya, Tetapi semasa Maisara hendak
dikebumikan, Bidan Som sudah pun menasihatkan dia supaya meletakkan jarum di
tapak tangan jenazah, sebentuk cincin dibubuh di dalam mulutnya serta telur
ayam diselitkan di celah ketiak,
Bagaimanapun
Jalit enggan menurutkan kemahuan Bidan Som setelah menden-gar nasihat dari Tok
Aji. Hanya orang yang percaya kepada bidaah saja melaku-kan perbuatan demi-kian
kerana takutkan perempuan mati beranak akan men-jelma menjadi pon-tianak.
Disebabkan Jalit menganggap Tok Aji gurunya kerana dia sering bertanya-tanya
masalah agama, maka dia lebih rela mematuhi nasihat Tok Aji dari mempercayai
arahan Bidan Som.
Dia
sendiri yang berkeras tidak mahu meletakkan jarum di tapak tangan, cincin emas
di dalam mulut dan telur di bawah ketiak jenazah isterinya, walaupun ibu dan bapa
mertuanya memaksa dia melakukan suruhan Bidan Som itu, Selepas Maisara dikebumikan,
pada sebelah malamnya Maasih terpekik melihat satu lembaga putih
melayang-layang dari pokok asam sengkuang di tanah perkuburan. Kemudiannya
hilang apabila sampai ke udara.
Maasih
baru saja baiik dari surau melintasi kawasan tanah perkuburan untuk batik ke
rumahnya, apabila dia terdengar bunyi hilaian yang nyaring. Pokok asam
sengkuang itu bergegar kuat pula seperti digoncang satu tenaga perkasa, sebelum
lembaga putih berkenaan melayang dari celah-celah rantingnya seolah-olah
terbang ke udara. Apa yang dilihat oleh Maasih ini tersebar luas ke seluruh
kampung menyebabkan mereka semua menuduh Jalit sebagai punca kejadian tersebut.
Jalit tidak mahu mendengar nasihat orang tua-tua sejak turun temurun iaitu
apabila perempuan mati beranak mesti dibekalkan dengan jarum di tapak tangan, emas
didalam mulut dan telur di bawah ketiak, bagi menjauhkan dirinya dari menjelma menjadi
langsuyar atau pontianak.
"Khurafat,
bidaah..” ujar Tok Aji apabila Jalit mengadukan halnya dituduh oleh orang-orang
kampung demikian.
Tok
Aji memang tahu bahawa Jalit tidak akan menerima tuduhan orang-orang kampung
termasuk emak dan bapa mertuanya yang menyalahkan dia disebabkan kedegilannya
mematuhi arahan Bidan Som sehingga Maisara menjelma menjadi pontianak. Tetapi
sudah berkali-kali Jalit mengendap pada sebelah malam di tanah perkuburan,
tidak pula dia melihat lembaga putih yang dihebohkan oleh orang-orang kampung
itu. Dia juga tidak mendengar tangisan bayi pada waktu malam berhampiran dengan
tanah perkuburan sejak kematian isterinya tiga bulan sebelumnya, seperti yang
diceritakan itu,
"Jarum,
emas dan telur itu tidak boleh melindungkan Maisara," Tok Aji mengingatkan
Jalit. "Samalah macam tangkal azimat tidak boleh melindungkan seseorang.
Hanya Allah yang melindungkan kita...!" katanya memberi semangat kepada
Jalit dalam menghadapi tuduhan-tuduhan dari orang-orang kampung.
Disebabkan
cerita lembaga putih keluar dari kubur Maisara itu tidak juga berkurangan, walaupun
setelah Ucu Mimah digemparkan oleh lembaga hitam tangan berbulu yang tercegat
pada tingkap biliknya, Jalit terus mengunjungi rumah Bidan Som mahu mempastikan
sama ada benar atau tidak Maisara sudah menjelma menjadi pontianak.
Tertawa
besar Bidan Som bila ditanyakan kemungkinan Maisara sudah menjelma menjadi
pontianak akibat tidak mematuhi arahan bidan itu supaya jenazah perempuan mati
beranak dikebumikan dengan meletakkan
jarum di tapak tangannya, emas di dalam mulutnya dan telur di bawah ketiaknya.
Sekiranya tidak diletakikan benda-benda berkenaan mayat perempuan mati beranak
itu akan bertukar menjadi pontianak.
Tujuan
meletakkan jarum di tapak tangan itu supaya dia tidak boleh bertepuk semasa
hendak bertukar untuk menjelmakan dirinya menjadi pontianak itu. Dengan
meletakkan emas di dalam mulutnya menyukarkan dia mahu ketawa mengilai sebagai
permulaan untuk menjelma. Telur di bawah ketiak itu menghalang dia dari terbang
ke udara dalam proses terakhir setelah menjelma menjadi pontianak sepenuhnya,
"Nak
letak jarum ke, telur ke, hanya syarat aje. Pengeras untuk bidan fasal tak
dapat menyelamatkan ibu yang bersalin," beritahu Bidan Som mententeramkan
perasan Jalit. "Sepatutnya bidanlah yang menyediakan semua tu, macam
menebus salah tapi sekarang dah jadi lazim kita, tuan rumah yang
menyediakan," ujarnya tersengih-sengih melihatkan Jalit gelisah dengan
cerita mengenai isterinya menjelma menjadi pontianak disebabkan tidak mematuhi
arahan Bidan Som.
"Jadi,
macam mana dengan Iembaga putih yang Maasih jumpa tu?" tanya Jalit meminta
kepastian.
"Tak
tau Iaaa aku, kau tanyalah Maasih...," jelas Bidan Som. Penjelasan Bidan
Som itu sudah cukup menyakinkan Jalit bahawa cerita mengenai lembaga putih yang
ditemui oleh Maasih di tanah perkuburan dan lembaga hitam tangan berbulu di
hadapan tingkap rumah Ucu Mimah hanya dugaan yang harus dilaluinya dengan
tabah. Bidan Som sendiri yang mengakui bahawa syarat yang dikehendaki keatas
jenazah wanita mati bersalin hanya sebagai penebus kesalahan bidan saja
disebabkan tidak dapat menyelamatkan wanita berkenaan.
Tetapi
mulut orang memang tidak dapat ditutup seperti mulut tempayan. Sebaik sahaja
Maasih terkejut setelah bertemu dengan lembaga putih di tanah perkuburan pada
malam Maisara meninggal dunia, maka cerita mengenainya berterusan
berbulan-bulan. Ditambah pula dengan peristiwa Ucu Mimah terkejut melihat
lembaga hitam tangan berbulu tercegat di tingkapnya, bertambahlah cerita dari
mulut ke mulut itu mengemparkan seisi kampung.
Tidak
ada siapa pun melihat lembaga berkenaan selain dari Maasih dan Ucu Mimah.
Seminggu Maasih tidak sedar diri apabila balik ke rumah akibat terserempak
lembaga putih yang bertenggek di atas pucuk asam sengkuang. Setelah pulih dari
sakitnya, Maasih menceritakan apa yang dilihatnya pada malam berkenaan. Inilah
sebenarnya punca cerita Maasih bertemu lembaga putih itu tersebar ke serata
kampung.
Ucu
Mimah juga tiga malam berturut-turut terigau-igau ketakutan setelah terserempak
lembaga hitam tangannya berbulu itu. Dia tidaklah pengsan seperti Maasih,
tetapi menjelang malam saja dia menjadi takut tinggal di rumahnya menye-babkan
Pak Su Lah tidak dapat ke surau untuk meninggalkan isterinya ketakutan di
rumah. Setelah diubat pun ketakutan Ucu Mimah tidak juga berkurangan, walau-pun
dia tidak terigau-igau lagi bila tidur malam.
"Ustaz...
tentu lebih banyak mengetahui dari saya," beritahu Jalit apabila saya
bertanyakan peristiwa yang berlaku ke atas dirinya lebih dua puluh lima tahun
dulu. Isterinya Khamsina dikahwininya selepas tiga tahun kematian Maisara
tersengih-sengih saja mendengarkan perbualan kami. "Ini semua bukannya
kerja kita, semuanya dalam pengetahuan Allah semata-mata," katanya seolah-olah
meng-ingatkan semula kejadian yang sudah berlalu lebih dua puluh lima tahun
dulu.
Saya
hanya mengangguk kepala saja mendengar kata-kata Jalit ini. Kerana sebelumnya
saya sudah mendengar cerita Pak Mid di Sg. Besar mengenai cerita pontianak yang
ditemuinya semasa menangguk udang.
Pak
Mid memberitahu saya pontianak itu jenis makhluk syaitan yang pemalu, masakan
dia mengganggu manusia. Kecualilah kalau dia digunakan oleh manusia untuk
tujuan-tujuan jahat.
Memang
saya tahu mengenai cerita Ucu Mimah yang terigau-igau bertemu lembaga hitam
tangan berbulu yang tercegat di depan bilik tidurnya. Lembaga itu kemudiannya
hilang apabila Ucu Mimah terjerit ketakutan. Selepas itu tidak ada siapa lagi
yang diganggu oleh lembaga tersebut.
Disebabkan
bimbang dengan keadaan isterinya Pak Su Lah memanggil Tok Aji meminta rawatkan
isterinya supaya pulih semula. Jalit sendiri ikut bersama Tok Aji ke rumah Pak
Su Lah pada suatu petang selepas Asar. Semasa Tok Aji bersama Jalit sampai, Pak
Su Lah sedang menguak sampah di hujung halaman. Apabila mereka naik ke rumah,
Ucu Mimah memberitahu suaminya dia merasa dirinya tidak sedap badan.
"Tadi,
elok sihat.." keluh Pak Su Lah.
"Macam
mana rasanya Mak Cu?" tanya Jalit. "Rasa nak demam, sejuk-sejuk badan
aku ni," beritahu Ucu Mimah perlahan, tetapi dia terus juga ke dapur
memasakkan air disebabkan ada tetamu.
"Kalau
demam, berbaringlah kau," ujar Tok Aji sebaik saja Ucu Mimah duduk
bertempoh di pintu tengah setelah memasakkan air di dapur.
"Tak
apalah Abang Aji, demamnya tak seberapa," sahut-nya tidak bergerak dari
pintu tengah. Dia pun memang tahu kedatangan Tok Aji semata-mata mahu mengubati
rasa ketakutan yang meng-ganggu dirinya selama ini.
"Kalau
begitu, rapat kau ke sini...," Tok Aji menggamitnya supaya datang ke
serambi.
Mak
Ucu Mimah bangun perlahan lantas duduk di hadapan Tok Aji. Dia menyuruh Mak Ucu
Mimah memandang tepat ke wajahnya, sambil dia menyuruh perempuan itu menyebut
Allah berulang kali di dalam hati. Hanya beberapa saat saja Tok Aji suruh
laku-kan, tiba-tiba Mak Ucu Mimah terpekik lantas memaki-maki Tok Aji.
"Kau
tipu aku ya!" katanya merungut-rungut.
"Lah,
kau tengok..." ujar Tok Aji.
"Yang
takut-takut selama ni, bukannya Mimah. Yang takut-takut tu ini dia, sekarang
ni... dia takut fasal kau sentiasa mengingati Allah. Tapi, dia degil tak mau
Iepaskan Mimah," dia menjuihkan bibir.
Pak
Su Lah dapat memahami kata-kata Tok Aji. Ketakutan yang dirasakan oleh
isterinya selama ini bukan dari hati nuraninya, tetapi gangguan syaitan itu yang
tidak dapat mengganggunya disebabkan Pak Su Lah hafasal beberapa Surah dari
Al-Quran.
"Kau,
tipu aku... Kau tipu...!" ulangi Mak Ucu Mimah menggertap bibir.
"Jalit..."
perintah Tok Aji berpaling kepada Jalit. "Sekarang kau azan di telinga
kanannya," dia menudingkan jari telunjuk ke arah Mak Ucu Mimah.
Jalit
tidak membantah apa pun, lantas bangun membongkok ke telinga kanan Mak Ucu
Mimah. Dia azan berulang kali seperti yang diarahkan oleh Tok Aji. Jalit tidaklah
azan dengan meninggikan suara seperti di surau, tetapi perlahan 'saja. Tetapi
setiap kali suara azan Jalit ke-dengaran, Mak Ucu Mimah menjerit-jerit meminta
tolong supaya dilepaskan dari seksa.
"Kalau
tak mau kena seksa, berambuslah dari sini," ujar Pak Su Lah keras.
"Ke
mana aku nak pergi?" jerkah Mak Ucu Mimah marah.
"Suka hati kau laa...," sahut Pak Su
Lah mencebik bibir.
"Sampai hati awak, menghalau aku
nampaknya?" Mak Ucu Mimah mengejek sambil ketawa tersengih-sengih.
"Aku halau kau, bukannya Mimah...!"
Pak Su Lah menge-raskan suaranya.
Tok
Aji menyuruh Jalit memberhentikan azan, bagi mengelakkan Mak Ucu Mimah terus meronta-ronta.
Kemudian dia mengarahkan Jalit me-megang ibu jari kaki Mak Ucu Mimah, serta
membacakan Ayat Kursi 113 kali. Ketika ini Mak Ucu Mimah tidak meronta -ronta,
tetapi menggeliat-geliat kesakitan sambil tergigil-gigil tidak dapat berkuat
untuk melawan.
"Kenapa
kau datang ganggu isteri orang?" soal Tok Aji menggenggam tangan nya
erat-erat.
Mak
Ucu Mimah tidak menyahut hanya menggeliat-liat sahaja kerana Jalit masih membacakan
ayat Kursi untuk mencukupkan sehingga 113 kali. Bibirnya kelihatan lebam bagaikan
kuat merokok, sedangkan matanya menjadi merah berair.
"Aku
dah suruh pindah..., kenapa Lah tak pindah... tanah tapak rumah ni aku yang
punya...," gerutu Mak Ucu Mimah keletihan.
"Apa
buktinya tapak rumah ni kau punya?" soal Pak Su Lah keras.
"Tok
nenek moyang aku yang punya," sahutnya meninggikan suara.
Tok
Aji tidak menghiraukan lagi jawapan dari Mak Ucu Mimah. Dia memejamkan mata-nya
lantas membacakan Surat As-Saffa menghem-buskan ke kepala Mak Ucu Mimah.
Selepas itu mulutnya saja kumat kamit sambiltangan kanannya dihalakan ke atas
kepala Mak Ucu Mimah.
Sementara
Jalit pula terus membacakan Ayat Kursi dengan memegang ibu jari kanan perempuan
itu. Ketika ini Jalit dapat merasakan seolah-olah ibu jari kaki yang
dipegangnya bukan lagi ibu jari kaki Mak Ucu Mimah, tetapi tanah yang embik dan
dingin. Sementara Mak Ucu Mimah pula seolah-olah berlindung di belakangnya,
sewaktu satu lembaga hitam tangan berbulu berdiri di hadapannya.
Tetapi
lembaga itu sudah menjadi kecil digenggam di tapak tangannya oleh Tok Aji. Dia
melihat seolah-olah Tok Aji memicit kepala lembaga itu dengan jarinya, kemudian
me-lontarkan jauh-jauh dari situ.
"Kau
jangan datang lagi ke sini!" Jalit terdengar suara Tok Aji bergaung kuat
memberi amaran, sedangkan lembaga hitam yang tergenggam di tangannya
tercungap-cungap tidak bermaya.
Hampir
jam enam petang barulah keadaan Mak Ucu Mimah pulih semula, walaupun dia
kelihatan letih lesu. Dia sendiri tidak tahu apa yang telah berlaku kepada dirinya.
Sebaik saja dia pulih, Mak Ucu Mimah teringat akan air yang dimasaknya di
dapur. Cepat-cepat dia berlari melihat airnya yang dimasak-nya.
Sejurus
kemudian dia keluar semula memberitahu air di cerek sudah kering, menyebabkan
mereka semua ketawa terkekeh-kekeh. Sekalipun Mak Ucu Mimah mempelawa minum
terlebih dulu, tetapi Tok Aji dan Jalit segera meminta diri untuk mengejar
maghrib pula.
"ltulah
ustaz...," beritahu Jalit selanjutnya mengingatkan peristiwa 25 tahun yang
sudah berlalu.
"Memang
tanah yang didiami oleh Pak Su Lah itu dibelinya dari orang. Mungkin orang itu
tak sedar bahawa nenek moyangnya ada memelihara sesuatu ...," ujarnya
lagi.
Sebab
itulah, kata Jalit seterusnya, kalau kita mem beli tanah pesaka kepunyaan orang
lain, kadang-kala kejadian seperti ini tidak dapat dielak-kan. Apalagi kalau
nenek moyangnya turun temurun memeIihara pelesit atau polong untuk menjaga
hartanya. Apabila hartanya itu dijual oleh anak cucunya, maka timbullah
kejadian-kejadian seperti menimpa Mak Ucu Mimah ini, jelas Jalit.
"Macam
mana kisah pontianak tu?" soal saya kerana Jalit tidak pun menyebut
mengenai isterinya Maisara yang mati beranak. "Ustaz tentu lebih maklum...,"
sahut Jalit perlahan. "Takkan Maisara jadi pontianak," katanya mengerutkan
dahi.
Kemudian
dia memandang saya sambil menambah, "Kadang-kala, kebetulan kejadian yang
dialami oleh Mak Ucu Mimah itu berlaku semasa Maisara mati beranak, jadi orang pun
katalah Mak Ucu Mimah diganggu pontianak," keluhnya maca m menvesal
kejadian tersebut.
No comments:
Post a Comment