Disebabkan wasiat dari Mat Sulih sendiri yang meminta supaya dia dikebumikan dengan pedangnya sekali apabila rneninggal dunia, maka anaknya terpaksalah melakukannya. Mat Sulih yang meninggal dunia setelah mengidap sakit lelah dikebumikan bersama dengan pedangnya yang dikatakan ditemui tercancang pada sebatang pohon nangka di kebunnya.
Mat
Sulih memberitahu dia telah bermimpi seorang lelaki tua berjubah putih
memberitahu dia mengenai pedang tersebut. Keesokan harinya dia terus ke
kebunnya seperti yang dipesankan oleh orang tua berjubah putih itu didalam
mimpinya. Memang benar sepertimana mimpinya, Mat Sulih menjumpai pedang
tersebut tercancang di perdu pohon nangka.
Kalau
mahu dikatakan pedang itu sudah bertahun-tahun tercancang di situ, keadaan nya
tidaklah berkarat. Pedang tersebut masih ketihatan berkitat semasa ditemui oleh
Mat Sulih. Setelah pedang itu disimpannya baik-baik, dia bermimpi menemui lagi
orang tua berjubah putih itu. Orang tua berkenaan menyuruhnya supaya mengasap
kemenyankan pedang tersebut pada setiap malam Jumaat, di samping dibungkus
dengan kain kuning.
Segala
pesanan yang diberikan oleh orang tua berjubah putih yang ditemuinya di dalam
mimpi itu, dipatuhi oleh Mat Sulih. itulah peristiwa yang dialami oleh Mat
Sulih, sebelum dia digelar pendekar oleh penduduk-penduduk kampung di Batu
Sangkar.
Dengan
memiliki pedang berkenaan, Mat Sulih mula disegani oleh penduduk-penduduk
kampung. Pernah satu ketika dia dilanggar oleh lori sampai terpelanting ke seberang
jalan, tetapi tidak ada pun kesan-kesan luka di badannya. Pemandu lori itu
terpaksa melutut di kakinya meminta maaf supaya Mat Sulih tidak mempengapakan
dia.
"Lain
kali, kau mesti berhati-hati kalau memandu lori !" Mat Sulih mengeraskan
suara. Sekalipun hati-nya marah akibat terhumban jauh setelah dilanggar lori,
tetapi dia dapat juga mengawal perasaan marahnya apabila pemandu lori itu sudah
melutut meminta maaf.
Kampung-kampung sekitar Batu Sangkar tahu
mengenai Mat Sulih yang kebal itu. Dia juga meninju seekor kerbau dengan penumbuknya,
tiba-tiba saja kerbau itu mati dengan sekali tinju saja. Masa ini kerbau jantan
Sutan Malih tiba-tiba saja naik minyak setelah puas berkubang di baruh kampung.
Kebetulan pula Sutan Malih sedang berbual-bual dengan Mat Sulih mengenai kincir
air untuk mengairkan sawah mereka.
Semasa
kerbau jantan itu menerkam sempat juga Mat Sulih me-notak Sutan Malih, menyebabkan
tanduk runcing kerbau tersebut menyambar bahagian perut Mat Sulih. Dia
terpelanting sebaik saja hujung tanduk kerbau itu menusuk ke perutnya, dengan
tidak sedikit pun tercedera. Kemudian cepat-cepat Mat Sulih bangun mahu
mengawal kerbau sedang ganas itu.
Melihatkan
keadaan demikian Sutan Malih memekik meminta tolong dari orang-orang kampung
membantu Mat Sulih. Empat lima orang kampung yang. datang untuk membantu sebaik
mendengar jeritan Sutan Malih, tidak berani mara setelah melihat kerbau
berkenaan menerkam bertalu-talu ke arah Mat Sulih. Disebabkan tidak tahu lagi
apa harus dibuat, maka Mat Sulih pun menumbuk kepala kerbau itu dengan tangannya.
Sekaligus
kerbau itu menggelupur mati tidak sempat disembelih lagi.
"Maafkan
aku, Sutan" katanya kesal melihat kerbau Sutan Malih terkejang tidak bergerak.
"Apa
boleh buat, dia tak nak mati halal" keluh Sutan Malih kerana dia sendiri
tidak menduga kejadian itu boleh berlaku.
Kegagahan
Mat Sulih juga menjadi kemegahan penduduk-penduduk kampungnya, kerana lain-lain
kampung di Batu Sangkar itu tidak berani mengganggu. Sebut saja nama Mat Sulih
mereka sudah tidak berani lagi mahu bertindak liar. Kalau berlaku kejadian mencuri
pun kampung mereka tidak akan diganggu. Malah pemuda-
pemuda
dari kampung lain juga tidak berani menggoda gadis-gadis dari kampung mereka.
Mat
Sulih pernah memberi ingatan kepada seorang pemuda yang ingin mengganggu anak
gadis di kampungnya, "Kalau kamu berhajat masuk meminang. Jangan cuba
memikat-mikat, kerana anak dara kami masih ada emak ayahnya!"
"Wah,
ada juga Si Jalak di sini ye…..” sindir pemuda tersebut mengejek Mat Sulih.
Kemudian dia mengerling, kawan-kawan Mat Sulih yang berdiri tidak jauh di
belakangnya. "Apa, Si Jalak berani berkokok kerana ramai ke?" dia
tertawa untuk menyakiti Kati Mat Sulih.
"Sarang
tebuan jangan dijolok!" jerkah Mat Sulih menggertap bibir. Belum sempat Mat
Sulih meneruskan cakapnya pemuda itu menghunus parang berkilat lantas menetak
tangannya sendiri. Kawan-kawan Mat Sulih gerun melihat pemuda tersebut menetak
tangannya tetapi tidak memberi kesan langsung. Ternyata dia memang kebal, dan
sanggup menerima siapa saja lawannya.
"Kalau
kau dah menjual, aku juga sanggup membeli" lantas Mat Sulih melompat ke
hadapan pemuda berkenaan. Sepantas kilat pula pemuda itu menetak Mat Sulih,
tetapi Mat Sulih tidak mengelak. Dia menangkap mata parang pemuda berkenaan diramas-ramasnya
hingga menjadi debu.
Terkejut
pemuda itu rnelihat kehebatan Mat Sulih. Sebelum tidak pernah berhadapan dengan
seorang lawan pun seperti Mat Sulih.
"Abang ni siapa?" tanya pemuda itu
terketar-ketar ketakutan.
"Aku
Mat Sulih, siapa pula kau...?" soal Mat Sulih menunjal jari telunjuk ke
dahi pemuda berkenaan.
"Aku
Barumin dari kampung seberang" jelasnyai kesal kerana telah bersikap
keterlaluan. "Aku pernah dengar nama Abang. Kalau boleh aku mahu berguru
dengan Abang…”itulah detik mulanya dia berkenalan dengan Barumin.
Selepas
itu Barumin menjadi muridnya yang setia. Sehinggalah Mat Sulih menikah dengan
isterinya Marunah, dia tetap terkenal dengan sikap garangnya. Bagaimanapun dia
tidaklah mencari musuh, sebaliknya mempertahankan kampungnya saja dari gangguan
orang-orang luar. Kadangkala orang-orang luar memang sering menggunakan ilmu pukau
untuk mencuri harta orang-orang kampung. Ada juga yang berani mencabul wanita-wanita
termasuk isteri orang. Malah Mak Jiyan yang sudah berumur 45 tahun itu juga
diperkosa oleh orang-orang yang tidak bertanggungjawab
Kepalang
marahnya Mat Sulih mendengar kakak sepupunya Mak Jiyan diperkosa orang!
Sebaik
saja diberitahu mengenai Mak Jiyan diperkosa, malamnya Mat Sulih berkumpul di
rumah janda berkenaan bersama orang-orang kampung. Memang orang-orang kampung
mahu melihat apakah hendak dilakukan oleh Mat Sulih.
"Binatang
1" gerutu Mat Sulih bila kenangkan kakak sepupunya yang berumur 45 tahun
itu diperkosa orang. "Memang tak ada hati perut, tak kira muda ke
tua..." katanya mengomel marah.
Malam
itu Mat Sulih membakar kemenyan. Bila Mat Sulih sudah membakar kemenyan
mengasapkan pedangnya, sudah tentulah mangsanya tidak dapat lagi melarikan
diri. Tidak ada siapa pun pendekar yang mampu rnenentang Mat Sulih selagi
pedang tersebut ada di tangannya.
Dia
mengasapkan pedang yang berkilat itu hingga asap kemenyan berbulun-bulun itu
bagaikan meresap ke besi pedang. Tidak ada kesan karat sedikit pun pada mata
pedang yang sudah ditemui oleh Mat Sulih sejak umurnya belasan tahun. Pada hal
pedang itu ditemuinya di tengah kawasan luas tercancang pada pohon nangka di
kebunnya.
"Ke
sini kau...!" seru Mat Sulih mengayak-ngayak pedangnya pada asap kemenyan
berbulun-bulun.
Tidak
lama kemudian orang-orang kampung terperanjat apabila seorang lelaki bertubuh
pendek gemuk, termengah-mengah naik ke rumah. Mereka cam bahawa lelaki itu datang
dari kampung lain, bukannya penduduk di kampung mereka.
"Kenapa
kau...?" soal Mat Sulih merenung tepat muka lelaki tersebut.
"Itu,
itu pedang melayang mahu memenggal leher saya" ujar lelaki berkenaan
ketakutan sambil menunjukkan jari telunjuk ke udara. Tetapi mereka yang ada di
rumah Mak Jiyan tidak melihat apa-apa pun ke arah yang di tunjuki oleh lelaki
tersebut.
"Ohhh,
kau yang memperkosa Mak Jiyan!" Mat Sulih bingkas bangun merentap rambut
lelaki itu.
Terketar-ketar
lelaki itu mengakui perbuatan terkutuknya memper-kosa Mak Jiyan.
"Saya
berjanji akan mengahwininya...saya berjanji..." katanya bila didesak oleh
Mat Sulih supaya menikahi Mak Jiyan yang jauh lebih tua umur darinya. Lelaki
itu Tumin berusia baru 20 tahun saja terpaksa bernikah dengan Mak Jiyan yang
boleh dipanggilnya emak itu.
Tumin
juga mengaku dia menggunakan ilmu pukaunya menjalankan kegiatan mencuri di
kampung-kampung dalam Batu Sangkar itu. Tetapi semenjak dia dibayangi oleh
pedang Mat Sulih ke mana saja perginya, maka dia terus bertaubat tidak mahu
lagi melakukan perbuatan mencuri itu. Apalagi setelah bernikah dengan Mak
Jiyan, dia langsung tidak mahu lagi menuntut ilmu-ilmu yang tidak bermenafaat
itu.
Ketika
ini orang-orang kampung begitu menggeruni Mat Sulih. Apa saja perintah Mat
Sulih mereka semua mematuhinya. Mereka mengharapkan Mat Sulih melindungi mereka
dari gangguan kecurian, perkosaan, atau apa saja ilmu hitam yang menakutkan. Semakin
hari semakin bertambah keyakinan orang-orang kampung terhadap pedang kepunyaan
Mat Sulih. Mereka percaya pedang tersebut jelmaan dari wali-wali yang dihadiahkan
kepada Mat Sulih untuk menjaga kampung halaman mereka.
"Kau
salah Mat Sulih..?”nasihat Aji Malim bapa saudaranya yang dikenali sebagai guru
agama di kampung lain. "Kau tak boleh bergantung kepada pedang kau tu
untuk menjamin keselamatan penduduk-penduduk kapung..." katanya supaya Mat
Sulih berhenti dari menerima bayaran dari orang-orang kampung sebagai upahan
menjaga keselamatan rumahtangga mereka.
"Pak
Tua jaga madarasah Pak Tua saja, jangan campur urusan aku" sahut Mat Sulih
tersinggung dengan teguran bapa saudaranya Aji Malim.
Sejak
itu Aji Malim tidak lagi mahu campur tangan dengan sikap Mat Sulih. Dia bukan
saja menerima bayaran kepada sesiapa saja yang mahukan perlindungan darinya,
malah dia sudah berani menuntut bayaran sekiranya lewat dijelaskan. Orang-orang
kampung yang yakin dengan kesaktian pedang kepunyaan Mat Sulih itu tidak berani
membantah. Malah mereka menjadi bimbang sekiranya dimarahi oleh Mat Sulih.
Barumin
yang sudah menjadi muridnya yang setia juga mengingatkan orang-orang kampung
bahawa pedang Mat Sulih akan mencari mereka sekiranya enggan membayar harga
perlindungan. Hingga Sutan Malih mengadu kepada Marunah isteri Mat Sulih
mengenai kesulitan mahu membayar upah perlindungan itu.
Marunah
juga menasihati Mat Sulih supaya tidak lagi meminta upah perlindungan dari
orang-orang kampung, tetapi Barumin menjelaskan apakah faedah nya Mat Sulih
melindungkan orang-orang kampung kalau dengan percuma. "Abang Sulih boleh
tak menerirna upah perlindungan tetapi janganlah orang orang kampung menyusahkan
Abang Sulih, kalau mereka ditimpa apa-apa bahaya" ujar Barumin membantah
nasihat yang diberikan oleh Marunah.
"Kakak
tengok sendiri Mak Jiyan yang di perkosa, kenapa mesti mengadu pada Abang
Sulih?" soal Barumin lagi.
Tersengih-sengih
Mat Sulih mendengar kata-kata Barumin yang mengungkit-ngungkit jasanya kepada
orang-orang kampung selama ini. Pedang yang dimilikinya adalah kegunaan dirinya
saja, tetapi orang-orang kampung juga mengharapkan pertolongan dari pedangnya
juga. Kalau tidak kerana pedang-nya sudah tentu kampungnya akan diganggu oleh
orang-orang jahat dari kampung-kampung berdekatan.
Tetapi
siapa saja yang mengganggu kampungnya tentu akan diekori oleh pedang tersebut
seperti halnya Tumin yang berani menggunakan ilmu pukau untuk memperkosa Mak
Jiyan. Orang tua berjubah putih itu sentiasa menjelma bila setiap kali Mat
Sulih mengasapnya dengan kemenyan. Pedang itu melayang-layang mengancam siapa
saja yang berani mengganggu penduduk-penduduk kampung yang meminta pertolongan
dari Mat Sulih.
Oleh
itu tidak ada sebab mengapa Mat Sulih tidak mahu meminta upah dari mereka.
Sejak dia menerima upah, Mat Sulih tidak perlu lagi ke sawah atau ke kebun.
Barumin akan menguruskan semua hasil upahan yang dikutip dari orang-orang
kampung sama ada padi, jagung, kelapa dan sebagainya. Mat Sulih tidak perlu
lagi berjemur di tengah panas untuk menyara hidup keluarganya.
Sutan
Malih yang mengadukan hal kelakuan Mat Sulih kepada Aji Malim juga tiba-tiba
saja ditemui mati terduduk di perdu pokok pisang di kebun nya. Matanya terberlalak
seperti orang ketakutan, kerana mukanya seolah-olah terperanjat. Orang-orang
kampung dapat mengagak sudah tentulah pedang kepunyaan Mat Sulih melayang-layang
di udara hendak mengancamnya.
"Itu
pedang jelmaan dari wali-wali" beritahu Barumin kepada orang-orang
kampung. "Tentu ada sesuatu kelebihan pada Abang Sulih, maka wali-wali
memberikan pedang tersebut kepadanya. Tentu ada amalan-amalan yang telah dibuat
oleh Abang Sulih yang memuaskan hati wali-wali sebelum pedang itu dijelmakan
kepadanya..." Barumin mengingatkan orang-orang kampung supaya tidak
menentang apa saja kemahuan Mat Sulih. Dia juga mengingatkan tentang kejadian
yang menimpa Sutan Malih kerana mengadukan halnya kepada Aji Malim.
Sewaktu
Aji Malim sedang membaca Quran di tengah madarasahnya pada suatu malam,
tiba-tiba sebilah pedang melayang-layang berligar di kepalanya. Aji Malim membiarkan
saja pedang tersebut berligar-ligar seperti mengancam nya. Aji Malim terhenti
sebentar memerhatikan pedang tersebut melayang berligar-ligar.
"Nampaknya,
kau niat salah dengan aku" sebaik saja Aji Malim berkata demikian,
sekaligus pedang itu tertusuk ke dadanya. Cepat-cepat pula Tok Aji menerpa ke
arah gurunya yang menekan-nekan dada.
"Kenapa
Tok Malim?" Tok Aji cemas tidak tahu punca.
"Huh,
ada orang nak niat salah" kata-nya menahan kesakitan akibat tertusuk mata pedang.
Tetapi Tok Aji tidak melihat apa-apa pun yang tertusuk di dada gurunya Aji
Malim.
Kemudian
Tok Aji mendengar dengan jelas Aji Malim membacakan
Hasbiallahhu walnik-mal-wakil nikmal-mauia walnikmal-nasir sehingga 70
kali. Tok Aji juga ikut sama membacakan nya dengan menambahkan ayat lain
sebanyak 7 kali. Selepas itu Tok Aji melihat gurunya pulih seperti sediakala
dari kesakitan yang menyesak di dadanya, tetapi sebenarnya Aji Malim
mencabutkan pedang yang tertusuk di dadanya lalu melontarkan ke dada seorang
lelaki berjubah putih yang berdiri di pintu madarasah.
Tiga
hari kemudian nya barulah Marunah datang memberitahu Aji Malim mengenai Mat
Sulih mengidap sesak nafas sejak tiga malam sebelumnya. Tetapi Aji Malim memberitahu
bercampur pilu, "Aku dah nasihatkan Mat Sulih, supaya tinggalkan kerja itu
semua..."
"Saya
juga dah puas nasihatkan dia, Pak Tua" jeias Marunah kesal dengan sikap
suaminya.
Bagiamanapun
Aji Malim terpaksa juga ke rumah Mat Sulih sejauh dua batu jaraknya dari
kampungnya. Tok Aji juga ikut sama mengiringkan gurunya Aji Malim.
Sampai
saja mereka di rumah Mat Sulih nasib mereka agak malang kerana Mat Sulih hanya
beberapa minit saja meninggal dunia. Tidak sempatlah Marunah menatap wajah
suaminya tatkala lelaki itu menghembuskan nafasnya. Namun semua orang. orang kampung
yang ada di sisinya mendengar dengan jelas wasiat Mat Sulib supaya mayatnya
dikebumikan bersama pedangnya sekali.
Anaknya,
Kaban terpaksa memenuhi wasiat ayahnya untuk menanamkan pedang itu. Bagaimanapun,
Mat Sulih juga mengingatkan Kaban supaya menggalikan semula kuburnya selepas tiga
hari dikebumikan, kerana kemungkinan dia akan pulih semula dari penyakit sesak
nafasnya. Apa yang diwasiatkan oleh Mat Sulih itu, Kaban percaya adalah atas
nasihat lelaki berjubah putih yang ditemui oleh ayahnya di dalam mimpi setiap
kali ayahnya menyeru lelaki berkenaan dalam serapahnya.
Oleh
itu Aji Malim terpaksalah menurut saja kemahuan Kaban, kerana ianya merupakan
wasiat yang harus dihormati. Orang-orang kampung juga mengkebumikan jenazah Mat
Sulih yang dikenali sebagai seorang pendekar yang kebal serta mempunyai kesaktian
dengan adanya pedang jelmaan yang dimilikinya.
Semasa
jenazah Mat Sulih dibawa ke kubur, dia dikebumikan di sebelah kubur ayahnya itu
abang Aji Malim. Tetapi orang yang mengkebumikannya menjadi heran kerana mayat
tersebut tidak dapat dimasukkan kerana ternyata liang lahadnya sempit serta
pendek. Pada halnya ukuran yang mereka buat memang dipanjangkan sejengkal dari
ukuran bujuran tubuh jenazah itu.
Terpaksalah
jenazah dinaikkan semula ke tebing untuk meman-jangkan lagi liang lahad nya.
Setelah liang lahad ditebuk sejengkal lagi, jenazah Mat Sulih tidak juga boleh
dimasukkan ke liang lahad tersebut. Malah semakin pendek lagi hinggakan lutut
jenazah juga terpaksa dibengkokkan. Tiga kali mereka mengulangi menebuk liang
lahad untuk dipanjangkan sejengkal di kepala dan di kaki, tetapi jenazah tidak
juga dapat dimasukkan kerana bertambah sempit dan pendek.
"Jangan
menentang kuasa Allah SWT..." Aji Malim berdiri di atas tebing kubur.
"Kalau mahu kebumikan dengan balk, buangkan pedang yang dikapankan sama,
kalau tidak kebumikanlah macam itu saja" katanya memerhatikan orang ramai
yang mula gelisah dengan kejadian tersebut. Kaban tetap berkeras mahu menanamkan
pedang tersebut bersama jenazah ayah nya. Dia yakin ayahnya akan hidup semula kalau
dikebumikan bersama pedang tersebut.
"Ini
wasiat ayah..." beritahu mendongak Aji Malim sebaik saja dia melombang ke
lubang kubur untuk membantu memasukkan jenazah ayahnya ke dalam liang lahad.
"Kita tak boleh mungkir dengan wasiat orang mati" katanya masih berkeras
juga mahu menanamkan pedang berkenaan bersamaan jenazah ayahnya. Barumin juga
bersetuju dengan Kaban mahu menanamkan pedang itu bersama jenazah Mat Sulih.
"Terpulanglah
pada kalian" ujar Aji Malim tenang dengan keadaan yang mendebarkan orang-orang
kampung itu. "Janganlah ditangguh lagi, kebumikanlah sekalipun lututnya
terpaksa dibengkokkan" dia mengalah dengan kemahuan Kaban yang berkeras
mematuhi wasiat ayahnya.
Disebabkan
semakin ditebuk liang lahad, tetapi semakin sempit dan pendek, mahu tidak mahu
Kaban terpaksa juga mengkebumikan jenazah ayah nya dalam keadaan lututnya
bengkok. Kepala jenazah juga tersendal kuat kerana tidak ada ruang yang lapang,
hingga lehernya juga terteleng sedikit. Namun Kaban berpuas hati kerana jenazah
itu dapat juga dimasukkan ke dalam liang lahad.
Setelah
dikebumikan Aji Malim sendiri membacakan talkin. Kira-kira jam 6.00 petang
barulah upacara mengkebumikan jenazah Mat Sulih selesai. Kira-kira tujuh
langkah orang ramai meninggalkan kubur, mereka terdengar bunyi papan liang
lahad bagai diketuk kuat beberapa kali.
Kira-kira
lima minit bunyi papan gendeng liang lahad itu bunyi diketuk kuat, ianya senyap
sepi semula. Barulah mereka semua meneruskan perjalanan balik semula ke rumah.
Aji Malim bersama Tok Aji tidaklah terus balik ke rumahnya kerana jauh dari
kampung berkenaan sejauh dua batu. Mereka bermalam dulu di rumah Marunah. Lagi
pun Marunah sendiri meminta Aji Mahal supaya berdoa dan bertahlil dulu pada
malam tersebut.
Sebaik
saja maghrib, mereka yang tinggal berhampiran dengan tanah perkuburan mendengar
bunyi papan liang lahad itu berdebuk-debuk dipukul. Di dalam keheningan senja
itu sayup-sayup terdengar bunyi rintihan dari arah tanah perkuburan tersebut.
Barumin dan Tumin tidak bertangguh menyerbu ke rumah Marunah memberitahu kejadian
tersebut kepada Kaban.
Malam
itu juga Kaban bersama Barumin dan Tumin ke kubur Mat Sutih mahu mempastikan
kejadian tersebut. Bagaimanapun mereka tidak berani untuk sampai ke kubur,
kerana dari jauh mereka melihat seolah-olah api menyala dari atas kubur Mat Sulih.
"Agaknya,
ayah akan hidup semula dalam masa tiga hari lagi" bisik Kaban penuh harapan.
"His,
mana kau tau?' soal Barumin serba salah.
"Ayah
cakap pada aku. Katanya jangan cemas kalau dengar apa-apa di kuburnya dalam
masa tiga hari" jelas Kaban tagi meyakinkan dua orang murid setia ayahnya
itu.
"Dia
tidak pesan pun pada aku..." beritahu Barumin semacam kesal kerana gurunya
tidak memberikan wasiat tersebut ke padanya.
"Ah,
tentu dia cakap dengan anaknya!" kata Tumin mengejek Barumin.
Dari
jauh mereka melihat api menyala kira-kira satu kaki dari bumi di atas kubur.
Mereka bertiga terus mara mahu mempastikan apakah api yang sebenarnya di atas
kubur Mat Sulih. Sebaik saja mereka mahu hampir terasa ribut kencang bertiup
menolak mereka supaya jauh dari kawasan perkuburan, menyebabkan timbul perasaan
gerun di hati Kaban.
"Kita
balik dulu, esok saja kita tengok" kata Kaban menarik bahu Tumin. Tetapi
Barumin berkeras mahu melihatnya juga sekali pun dia berseorang diri saja.
Sepeninggalan
Kaban dan Tumin, Barumin terus juga meranduk ribut kencang ke kubur Mat Sulih
dengan harapan dialah yang menerima pedang warisan dari Mat Sulih. Sementara
Kaban dan Tumin terus balik memberitahu kepada Aji Malim mengenai kejadian yang
dilihatnya.
Semalaman
itu sayup-sayup mereka mendengar dari kawasan perkuburan bunyi papan gendeng
liang lahad diketuk kuat, diselang seli dengan jeritan merintih-rintih.
Sepanjang malam itu pula Aji Malim mengajak Tok Aji, Kaban dan Tumin sama-sama
membacakan tahlil serta membaca Yassin.
Esoknya
Kaban bersetuju dengan cadangan Aji Malim untuk menggali semula kubur Mat
Sulih. Orang-orang kampung yang sama-sama mendengar kejadian di kawasan tanah
perkuburan pada sebelah malamnya juga bersetuju. Sebaik saja mereka sampai di
tanah perkuburan, mereka terperanjat melihat Barumin tertiarap di atas kubur
dengan seluruh badannya melecur bagaikan terbakar disambar api.
"AstaghafaruIlahul
azzimmm " keluh Aji Malim sambil meminta sebahagian yang lain menguruskan
mayat Barumin yang rentung di atas kubur Mat Sulih. Sementara sebahagian lagi
menggali semula kubur Mat Sulih.
Setelah
kubur Mat Sulih digali, mereka dapati pedang Mat Sulih bergulung seperti kertas
dilipat-lipatkan, sementara jenazah Mat Sulih sendiri leper bagaikan tikar
terhampar. Kain kapannya juga bercaing-caing seperti rumput dimamah lembu.
"Kita
tak boleh buat apa-apa lagi" ujar Aji Malim lantas menyu-ruh dikambuskan
semula. Kemudian dia membacakan Yasin dan menyiramkan air tersebut di atas tanah
kubur. Dia juga memesankan kepada Kaban dan Tumin supaya mengulangi kubur Mat
Sulih tiga kali maghrib sambil membacakan Yassin di atas kubur-nya.
"Itulah,
cerita anak saudara guru Tok Aji, semasa di Batu Sangkar, di Sumatera
dulu" beritahu Tok Aji kepada saya, sewaktu kami berihat-rihat di madarasahnya.
Memang saya suka mendengar cerita Tok Aji semasa dia berada di kampung
halamannya sebelum berhijrah ke sini.
No comments:
Post a Comment