Memang
sudah menjadi lumrah, apabila bertaku sesuatu keganjilan di dalam kampung maka
cepatlah merebak cerita nya dari mulut ke mulut. Seisi kampung sudah diberitahu
mengenai Seniah yang sarat mengandung tiba-tiba tidak melahirkan anak. Cuma
darah saja tumpah menyebabkan dia pengsan beberapa ketika.
Setelah
dibawa ke hospital pun keadaan Seniah tidak dapat dipulihkan. Suaminya sendiri
meminta agar Seniah dibawa balik ke rumah. Aki Sahak yang diberitahu mengenai
anak saudaranya yang diserang penyakit ganjil itu, segera datang menjengah.
Memang dia tahu Seniah mengandung masuk bulan kesembilan.
Tetapi
dalam saat Seniah mengerang-ngerang kesakitan untuk melahirkan anak, tiba-tiba
bayi yang dinanti-nantikan ghaib entah ke mana. Hanya darah saja mengalir terlalu
banyak hingga menyebabkan Seniah pengsan. Perut Seniah mengempis seperti telah
selamat melahirkan anak.
"Dah
dicuri orang" bisik Bidan ljah kepada Aki Sahak.
Aki
Sahak tidak menyahut. Dia mendongak ke bumbung atap bagaikan membilang kasau.
Kemudian matanya meliar memerhati keliling menatap setiap wajah jiran-jiran
yang datang menziarahi.
"Usin………”
Aki Sahak memanggil suami Seniah yang masih kebingungan meneku lutut duduk di
hujung serambi.
"Kau
tak buat apa-apa, masa Seniah mengandung dulu?" soalnya sebaik saja Usin
Kaduk datang duduk di sebelahnya.
Usin
Kaduk semakin bingung tidak tahu apa hendak dilakukan. Dia sendiri tidak tahu
apakah yang sudah dilakukan selama Seniah mengandung. Kalau dikatakan membuat
kerja-kerja di sawah atau di kebun getah, memang dia melakukannya. Hanya dengan
ke sawah dan menoreh getah itu sajalah sumber rezekinya di kampung.
"Ada
kau membunuh binatang?" soal Aki Sahak.
"Yang
aku ingat tak ada..." beritahu Usin Kaduk sambil menunduk memikirkan perkara-perkara
yang sudah lama berlalu. Walaupun hanya berlalu lima enam bulan, tetapi
bukanlah mudah mahu mengingatkan semula apa yang telah dilakukan dalam jangka
waktu begitu.
"Cuba
kau ingat betul-betul" kata Aki Sahak.
Usin
Kaduk terdiam. Memang dia tidak dapat mngingatkan apa-apa. Di tengah rumah
Seniah mengerang-ngerang juga kesakitan, walaupun darah sudah mula berhenti.
Seluruh tubuhnya terasa sengal-sengal akibat mengalami peristiwa seperti
melahirkan anak, tetapi bayi yang dikandungnya selama ini ghaib entah ke mana.
Bidan
ijah yang dipanggil semula setelah Seniah dibawa balik ke rumah dari hospital
berkali-kali memberitahu bahawa bayi dalam kandungan Seniah sudah dicuri bunian
Semasa Seniah sakit mahu bersalin pun dan ljah sudah dapat merasakan keganjilan
itu. Tetapi dia tidaklah memberitahu perkara itu kepada Usin Kaduk.
Sebaik
saja Usin Kaduk balik setelah memberitahu dia mengenai Seniah sakit pada sebelah
paginya, Bidan ljah teruslah ke rumah Usin Kaduk. Setelah melepasi pintu pagarnya,
tiba-tiba seekor ular tedung hitam mengangkat kepala menghadang jalan. Berdebar
juga hati Bidan ljah apabila dihadang oleh ular tersebut.
"Kalau
kau ular tunggu, kalau setan pergi kau...." ujar Bidan ljah sambil menghembus
perlahan ke arah ular berkenaan. Sekonyong-konyong ular itu menurunkan
kepalanya lantas menyusup ke tepi jalan menghilangkan diri.
Dia
meneruskan perjalanan ke rumah Usin Kaduk. Semasa melintas kebun getah mahu
menuju ke rumah tersebut, Bidan ljah merasa bahunya dipegang orang menyebabkan
dia terhenti berjalan. Dia cuba menepis bahUnya tetapi rasa cengkaman tangan
lebih kuat memegangnya.
"Apa
yang kau mau ni....?" soal Bidan ljah berpaling ke sebelah kiri. Siapa pun
tidak dilihatnya di situ. "Pagi pagi buta ni, apa yang kau mau?" dia
mengeraskan suara macam memarahi orang yang mengganggunya.
Tetapi
tidak ada siapa pun yang menyahut. Cengkaman tangan masih terasa melekat pada
bahu kirinya. Walaupun dia cuba menepis mahu melepaskan diri, namun cengkaman
itu masih juga tidak terlepas. Bidan ljah sudah dapat mengagak bahawa
perjalanan nya sudah diganggu.
"Jangan
kau halang aku!" jerkah Bidan ljah macam memberi amaran.
Kemudian
dia ternampak ular tedung senduk hitam yang melintasi jalannya semasa
meninggalkan pintu pagar rumah, kembali muncul dari celah-celah daun getah
kering yang menutupi bumi. Ular tersebut menegakkan kepalanya seolah-olah mahu
menghadang se-mula perjalanan Bidan ljah.
"Aku
tau kau setan, kau bukannya ular. . ." Bidan ljah meludah tiga kaii ke
arah ular berkenaan.
Namun
ular tedung senduk hitam itu tertegak juga di situ meliuk-liukkan kepalanya.
Bidan ljah berdiri tegak tidak bergerak kira-kira dua depa dari ular tersebut.
Dia nampak perut ular itu berbintik-bintik putih, disebabkan kepalanya tertegak
separas lutut.
"Pergilah
kau, sebab aku tau kau setan. Aku nak ke rumah Usin Kaduk" ujarnya macarn
ular tersebut memahami kata-katanya. Disebabkan ular itu masih juga menghalang
dia, maka Bidan ljah mengambil sebiji limau yang memang dibekalkannya di dalam
kampit mengkuangnya.
Limau
tersebut di-hirisnya dengan pisau seperti dibelah empat, tetapi tidaklah
dihiris sampai putus. Setelah dijampinya limau tersebut lantas dilontarkannya
jauh sedikit ke perdu pokok getah. Cepat-cepat pula ular tersebut menerkam ke
arah limau yang dilontarkan oleh Bidan ljah.
Sebaik
saja ular itu menggigit timau yang dilemparkan oleh Bidan ljah, dia tiba-tiba
menggelupur di dalam timbunan daun-daun getah kering di perdu pokok. Bidan ljah
pun meneruskan perjalanannya menuju ke rumah Usin Kaduk, setelah ular tersebut
menggelupur bagaikan termakan racun bisa.
Apabila
dia sampai saja di rumah Usin Kaduk, Seniah sudah tumpah darah seolah-olah
sudah melahirkan anak. Dengan tidak bertangguh Bidan ljah pun segera
meraba-raba perut Seniah yang memboyot.
Tetapi
semakin dirabanya, semakin banyak pula darah tumpah. Seniah pula pengsan
apabila melihat darah banyak keluar. Disebabkan bimbang dengan keadaan Seniah
itulah, Bidan ljah menasihatkan supaya dibawa ke hospital. Semasa dibawa ke
hospital perut Seniah sudah pun kempis seolah-olah sudah setamat melahirkan
anak.
"Agaknya
dicuri bunian " kata Bidan ljah lagi berbisik pada Aki Sahak, setelah Usin
Kaduk masih juga dalam kebingungan melihat keadaan isterinya. Memang semua
orang kampung tahu mengenai Seniah yang mengandung, tetapi tiba-tiba saja bayi
yang dikandungnya tidak dilahirkan. Sebaliknya darah saja mengalir tidak
berhenti-henti.
"Awak
tak jaga ke budak ni masa dia mengandung dulu?" soal Aki Sahak.
"Baru
ni Usin beri tahu aku" sahut Bidan ljah semacam kesal kerana Usin Kaduk
tidak pernah meminta Bidan ijah membidankan Seniah. Usin Kaduk sudah menetapkan
bahawa isterinya akan dibawa ke hospital sekiranya akan melahirkan anak.
Tetapi
tiba-tiba saja Seniah sakit mengejut, tidak mengikut jadual yang diramalkan
oleh pihak klinik yang merawatnya. Dia juga tidak sempat mahu memberitahu ke
klinik desa, apabila Seniah tiba-tiba saja mengerang sakit. Sebab itulah dia menyerbu
ke rumah Bidan ljah. Memang Bidan ljah tidak pernah membantah kalau dia dijemput
orang. Dia juga tidak peduli sama ada orang-orang kampung memerlukan dia atau
pun tidak setelah orang ramai lebih suka ke hospital. Asai saja dia dijemput,
maka dia tetap memenuhi jemputan jiran berkenaan.
Dia
berpegang teguh padai ajaran arwah emak nya, bahawa tugasnya sebagai bidan
tidak berakhir di dunia saja. Keadaan Seniah kelihatan beransur pulih, kerana
darahnya sudah mula berhenti. Tetapi mukanya masih kelihatan pucat. Dia juga
masih lemah disebabkan terlalu banyak darah keluar. Namun yang menjadi tanda tanya
jiran-jiran yang datang menziarahi ialah ke manakah menghilangnya kandungan
Seniah.
Pada
malam saya berkunjung ke rumah Aki Sahak ini, dia menceritakan juga kepada saya
mengenai kejadian yang berlaku kepada Seniah sewaktu kami makan malam .Berselera
juga saya makan dengan hidangan sambal ikan bilis masak tempoyak.
"Ustaz
tak ke Palangai ke?" soal Aki Sahak sebaik selesai saja membasuh tangan.
"Ada
juga, tapi Aki Sali tu selalu saja sakit" beritahu saya mengenai Aki Sali.
"Salah
dia, dah tua tapi ada hati nak buka hutan, nak tebang tebas hutan tu kerja
orang muda..." katanya macam tidak bersetuju dengan kegigihan Aki Sali
mahu meneroka tanah baru untuk bercucuk tanam.
Saya
tersengih-sengih saja mendengar rungutan Aki Sahak. Badannya yang kurus itu
seolah-olah melihatkan tenaganya yang lemah. Lagi pun dia pernah terkena
santau, sewaktu usianya tidak berapa tua dulu. Memang orang yang pernah termakan
santau, kesan deritanya tetap terasa juga apabila umur semakin meningkat.
"Elok
masuk Felda aje" ujarnya men-cebikkan bibir.
"Dah
tua sangat mana Felda nak terima" sahut saya men-jelaskan.
Aki
Sahak terdiam. Dia tahu memang orang yang diterima memasuki rancangan Felda itu
mereka yang belum berumur 45 tahun. Masakan Aki Sali yang sudah lebih 60 tahun
itu boleh diterima menyertai Felda. Selepas isteri Aki Sahak mengemas-ngemas
pinggan mangkuk dibawa ke dapur, saya duduk bersandar pada tiang tengah.
Sementara Aki Sahak pula membuka tingkap serambi kerana terasa wap panas bertiup,
dari Iuar.
Baru
dia mengeluarkan celapa rokok, nama nya dipanggil orang dari tengah halaman.
Cepat-cepat dia menjengah ikut tingkap. Saya juga memerhati ke tengah halaman
melihat silauan lampu suluh. Tidak cam pula siapa di luar kerana kegelapan
malam menyerkup pandangan.
"Naiklah
dulu. . . ." pelawa Aki Sahak menyuruh tetamunya naik.
"Tak
payahlah Aki" sahut lelaki itu masih tercegat di tengah halaman.
"Siapa...?"
laung isterinya dari dapur, kemudian segera menerpa keluar.
"Usin..."
beritahu Aki Sahak masih membongkok menupang tangan pada kisi-kisi tingkap.
"Mengapa
tak naik?' soal perempuan itu membukakan pintu serambi.
"Seniah
sakit balik" ujar Usin Kaduk cemas.
"Tak
apalah, kau balik dulu. Nanti aku datang" kata Aki Sahak duduk semula
menggulung rokok daunnya. Dia memerhatikan Usin Kaduk berjalan meninggalkan
halaman rumah di dalam kegelapan malam yang menyerkup.
Saya
tihat Aki Sahak terdiam mengerutkan dahinya sambil tekun menggulung rokok
daunnya. Sekali sekala dia mengeluh pendek seotah-olah menghadapi kerumitan.
"Eh,
apa lagi. Tak pergi ke?" isterinya merungut bila dilihatnya Aki Sahak
masih juga terjongkok di tengah serambi. Tetapi Aki Sahak tidak menyahut. Dia
menghisap rokoknya terlebih dulu, walaupun terbayang pada wajahnya akan
ke-gelisahan yang mengganggu perasaannya.
Mungkin
juga dia serba salah untuk meninggalkan saya, kerana saya menjadi tetamunya.
Kalau tidak pergi pula, Usin Kaduk sudah pun menjemput ke rumah.
"Kalau
Aki nak pergi, tak apa pergilah" cepat-cepat
saya menggesanya supaya dia tidak serba salah disebabkan saya menjadi tetamu di
rumahnya. Memang bila ada masa lapang kalau ke Mentaus dari Chenor saya akan
singgah juga ke rumah Aki Sahak.
Aki
Sahak hanya terangguk-angguk, tetapi dia masih juga tidak bangun. Dia hanya
menyedut asap rokoknya bagaikan tidak mahu menghiraukan mengenai jemputan Usin
Kaduk yang mengatakan isterinya sakit semula. Pada hal siangnya Aki Sahak mendapati
Seniah sudah kelihatan pulih walaupun tubuhnya masih lemah dan mukanya pucat.
"Mari
kita ke sana, ustaz" lantas Aki Sahak bangun mencapai bajunya yang
tersangkut di dinding.
Disebabkan
Aki Sahak sudah mengajak saya pun bersetuju mengikutnya, apatah lagi sudah
mendengar mengenai penyakit Seniah dari Aki Sahak sebelumnya. Semasa kami
menuruni tangga, isteri Aki Sahak ikut sama mahu melihat Seniah.
Sewaktu
kami sampai saya metihat jari-jari Seniah sudah lebam dan dia termengah-mengah
tidak sedarkan diri. Usin Kaduk mengesat-negesat mata terisak-isak duduk di
hulu kepala isterinya. Anak-anaknya yang lain berumur antara tiga tahun ke
sepuluh tahun juga duduk di sisi emaknya. Masing-masing tersedu melihat keadaan
emaknya terkejang tidak bergerak-gerak, hanya nafas saja berombak-ombak turun
naik.
"Buatlah
macam mana pun, Aki..." kata Usin Kaduk terketar-ketar menahan sedu. Aki
Sahak duduk di sisi Seniah, sementara saya duduk di celah jiran-jiran yang sama
datang menziarah. Kemudian dia berpaling ke belakang memerhatikan saya. Sebaik
mata kami bertembung, Aki Sahak menggamit saya supaya mara ke depan mendekati
dia.
"Marilah
sama-sama kita cuba ustaz" kata Aki Sahak menepuk bahu saya.
"Cubalah
ustaz..." sahut Usin Kaduk pula merenungi muka saya.
"Biar
saya pegang bahunya" saya memandang Usin Kaduk meminta izin untuk memegang
bahu isterinya. Usin Kaduk rnenganggukkan kepala.
Selepas
beberapa minit saya memegang bahu Seniah, saya merasakan tangan saya semakin
keras. Diri saya seolah-olah terhumban ke satu kawasan gelap yang
rnengelirukan. Kemudian saya mendengar Aki Sahak berbisik ke telinga saya
supaya merempuh masuk ke kawasan gelap itu.
Tetapi
Aki Sahak tidak kelihatan di mana. Selepas membacakan Surat Ad-Dhuha saya mendapati
kawasan gelap itu menjadi lengang dan lapang terbuka. Saya terus mara ke arah
suatu busut tinggi seterah melihat satu bayang manusia tercangkung disitu.
Apablia saya cuba menghampirinya saya dapati Aki Sahak tercangkung di situ, menyebabkan
saya berundur ke belakang berdiri jauh sedikit darinya.
Aki
Sahak memukulkan tangannya ke atas busut, kemudian saya mendengar raungan yang
kuat bergaung dari kawasan gelap tidak jauh dari situ. Selepas raungan kuat
itulah tiba-tiba angin kencang bertiup menyebabkan Aki Sahak terhuyung hayang,
lantas saya membacakan Fatihah, disusuli dengan Ayatul Kursi dan 2 ayat lagi
selepasnya. Angin kencang itu berhenti sekaligus satu lembaga jatuh tertiarap
dari awan gelap di depan Aki Sahak.
"Akhirnya,
aku tau juga kau!" jerkah Aki Sahak,
"Nampaknya
kau berdua kali ni..." sahut lembaga hitam bongkok itu terkial-kial
bangun.
"Berdua
ke, bertiga ke, apa kau peduli" kata Aki Sahak men-geraskan suara.
"Mengapa kau ganggu anak bini orang?" bentaknya ;ambil menekan ibu
jari nya ke tumit.
Lembaga
hitam bertubuh bongkok itu melompat mahu menerkam ke arah Aki Sahak, tetapi dia
terpelanting apabila melihat satu silauan putih keluar dari mulut saya sewaktu
saya menghembuskan ke mukanya Surat As-Saffa 11 ayat.
"Macam
mana ni, kau berdua lawan aku seorang!' dia memekik kesakitan disebabkan jatuh
terpelanting.
"Kalau
tak tahan, janganlah tunggu" sahut saya untuk menyakitkan hatinya.
"Awak
orang luar, jangan campur hal kami di sinti...!" lembaga hitam bertubuh bongkok
itu meludahi saya. Ketika inilah jiran-jiran yang ada di situ melihat Seniah
meludahi muka saya. Seniah yang mereka lihat lemah sebelumnya sudah bertukar
menjadi garang sebaik saja saya memegang bahunya tadi.
"Berkudislah
mulut kau..." saya menudingkan jari ke muka lembaga hitam itu yang masih
tidak jelas lagi mukanya yang samar-samar di sebalik asap pekat. Sekaligus tumbuh
kudis pekung di segenap bahagian mulut nya menyebabkan dia terpekik-pekik menutup
mulutnya. Ketika ini juga jiran-jiran melihat Seniah mengherot-herotkan
mulutnya sambil tergaru-garu bagaikan gatal yang amat sangat.
"Ludahlah lagi" Aki Sahak pula mencabar
mengejeknya.
"Tak mahu, tak mahu..." Seniah
menggelengkan kepala sambil menggaru-garu mulut. Tenaganya yang tiba-tiba saja
menjadi kuat sebelumnya berubah menjadi lemah semula. Tetapi dia terus
meronta-ronta dari pegangan suaminya Usin Kaduk.
"Selama
ni kau pandai sangat bersembunyi' ujar Aki Sahak mencebik bibir. "Sekarang
tunjukkanlah kepandaian kau" Aki Sahak memukul puncak busut dengan
kakinya.
Dari
busut itu terlempar rantai besi mengikat leher lembaga hitam bertubuh bongkok.
Saya dapat mendengar bunyi rantai tersebut berderung-derang semasa dia
merentap-rentap mahu melepaskan diri. Bagaimanapun jiran-jiran yang ada di situ
hanya melihat Seniah saja meronta-ronta mahu melepaskan dirinya dari pegangan
Usin Kaduk dan jiran-jiran yang membantunya.
Cepat-cepat
lembaga bongkok itu bangun mahu menentang Aki Sahak. Dia menghembuskan api
keluar dari mulutnya, menyebabkan Aki Sahak hampir-hampir tergelincir dari atas
busut. Kemudian, saya membacakan Surat Al-lkhlas 11 kali menyebabkan api yang
keluar dari mulutnya tiba-tiba membakar diri nya sendiri.
Dalam
saat dia terlonta-lonta ini saya terus membacakan surat AI-Tariq diikuti dengan
Surat Al-Hasyar ayat 22, 23 dan 24. Dia menjerit-jerit meminta dilepaskan dari ikatan
rantai Yang membelit seluruh tubuh nya.
"Kalau
tak tahan buat apa tunggu?" soal saya mengejeknya.
"Memang aku nak pergi..." sahutnya
merenung saya dengan pe-rasaan marah.
"Pergilah,
tapi tinggalkan Seniah" bentak Aki Sahak merentap-rentap rantai yang terikat
di leher lembaga tersebut.
"Kau berani fasal berdua dengan ustaz
ni..." suara lembaga bongkok itu terketar-ketar. "Usin yang aniaya
aku dulu, bila Usin Kaduk aniaya aku, kau buat tak tau ye..." kata nya
merintih-rintih menanggung rasa kesakitan.
Dia
menggamit saya dan .Aki Sahak mengikutnya ke satu kawasan paya menunjukkan ke
arah satu lembaga wanita yang terlentang dengan tidak dapat bergerak. Di
celah-celah paya itulah kelihatan bangunan besar tersergam.
"Kau
jangan nak berdustal" bentak Aki Sahak masih memegang rantai yang menjerut
leher lembaga tersebut.
"Lepaskan
dia..." rayu lembaga perempuan yang terbaring di dalam bangunan tersergam
itu. "Aku yang salah, bukannya dia. Aku yang curi budak tu" ujar
perempuan berkenaan menudingkan jari nya ke arah bayi yang masih berdarah
tetapi sudah tidak bernyawa lagi itu.
"Buat
apa kau ambil?" soal saya.
Dia
menggelengkan kepala. Kemudian tersengguk-sengguk menangis melihat ke arah bayi
yang terbaring tidak jauh darinya. Dia mengangakan mulutnya menampakkan sebiji
limau tersengkang pada rahangnya, tidak dapat hendak ditelan atau pun
diluahkan.
"Usin
Kaduk bunuh anak aku tu..." dia menangis menggugu.
"Jangan
kau nak berdusta!" Aki Sahak merentap rantai yang terbelit di leher lelaki
bongkok itu menyebabkan lelaki itu terjerit kesakitan.
Kemudian
dia menunjukkan kesan mata rimbas menyinggahi kepala bayi yang terbaring tidak
bernyawa itu menyebabkan darah banyak tersimbah. Lantas saya membacakan Fatihah
dan dihembuskan ke kepala bayi itu.. Sebaik saja saya hem-buskan angin kencang
bertiup hingga seluruh kawasan paya dan bangunan itu bergegar kuat.
Beberapa
minit gegaran itu terus beriaku, saya mendapati semua kawasan itu seolah-olah
menjadi padang lapang akibat dilanda ribut. Lembaga hitam yang terikat rantai
itu juga melayang menjadi debu bersama lembaga perempuan dan bayi tersebut.
Hanya selepas ribut kencang itu reda, saya mendengar Aki Sahak berbisik ke telinga
saya menyuruh membuka mata sambil menepuk-nepuk bahu.
Ketika
ini saya dapati Seniah sudah tertidur. Tubuhnya menjadi lembik dan lemah,
tetapi tidaklah mengerang-ngerang kesakitan lagi.
Peluh
ketihatan memercik di dahi dan seluruh badannya.
"Alhamduliliah..."
Aki Sahak berpaling kepada saya.
Selepas
itu barulah Usin Kaduk teringatkan peristiwa dia ternampak seekor ular tedung
senduk hitam cuba menerkam ke arahnya, semasa dia melintasi kawasan paya
dibaruh kampung. Disebabkan terkejut semasa terserempak ular itufah Usin Kaduk
menghayunkan rimbas yang digalasnya hingga menyinggahi kepala ular tersebut.
Ketika
ini Usin Kaduk tidak menghiraukan sangat isterinya Seniah sedang mengandung.
Selepas peristiwa itutah beberapa kali dia bermimpi didatangi oleh lelaki
bongkok yang mendakwa isterinya sedang mengandung, tetapi kepalanya ditetak
dengan rimbas oleh Usin Kaduk.
Bagaimana
Usin Kaduk tidaklah menghiraukan sangat mimpinya itu. Tetapi selepas Seniah
mengalami kejadian yang tidak pernah diduganya ini, baru lah dia dapat mengingatkan
semula mimpi nya itu. Saya sendiri tidak tahu apakah benar mimpi dan peristiwa
yang diceritakan oleh Usin Kaduk itu. Kerana apa yang diceritakannya itu seolah-olah
dapat saya bayangkan semasa mengubati Seniah bersama Aki Sahak.
No comments:
Post a Comment