Perjalanan
saya ke beberapa tempat seperti di Tanjung Karang, Temerloh, Endau, Pelangai
disebab kan menemui teman-teman Tok Aji. Saya menemui mereka yang menjadi teman-teman
Tok Aji supaya hubungan persahabatan mereka tidak terputus, sekalipun Tok Aji sudah
lama meninggal dunia. Kadangkala mereka semua menganggap Tok Aji itu sebagai
guru mereka.
Saya
sering ke Lancang di Temerloh semasa arwah Ulung Bahar masih hidup. Tetapi
selepas beliau meninggal dunia, memang jaranglah saya ke sana. Pernah juga
Jamlus yang ada hubungan bau-bau bacang dengan Ulung Bahar mengajak saya ke
kampungnya, tetapi masih belum dapat saya penuhi maksudnya itu.
Antara
teman-teman Tok Aji yang saya temui ini akan perkenal kan saya dengan teman-teman
mereka pula, dan memesankan supaya saya mengunjungi teman-temannya itu
sekiranya ada masa keIapangan. Sepertimana Ulung Bahar memesankan supaya saya
ke Serting menemui Lebai Kidam yang dikenalinya, dan Lebai Kidam pula menyuruh
saya mengunjungi seorang lagi sahabatnya di Bukit Kelulut, Pak Hid.
Dengan
perhubungan demikianlah yang membanyakkan Iagi perjalanan saya, di samping saya
sendiri memang gemar menemui orang-orang tua demikian. Tetapi sejak Kadir Misai
sudah berpindah ke Melaka, saya jarang dapat berjalan menemui orang tua-tua
ini, disebabkan biasanya dia yang kuat mengajak saya.
Bagaimanapun
Kadir Misai datang juga sekali sekala mengunjungi saya. Demikianlah satu ketika
dia datang ke rumah saya lantas mengajak ke Sabak Bernam menemui seorang saudaranya.
Katanya, saudaranya itu seperti kebingungan, setiap hari duduk melangut di
tangga tidak tahu mahu melakukan kerja-kerja sendiri seperti mandi, bertukar
pakaian dan sebagainya. Setelah disuruh oleh emak atau ayahnya barulah dia
melakukannya.
"Nak
buat macam mana?" tanya saya apabila Kadir Misai berkuat mengajak saya ke
Sabak Bernam.
"Hah,
sajalah kita ke sana. Memang dia orang di sana dah cari bomoh" jelas Kadir
Misai menaruh harapan agar saya mengikutnya ke Sabak Bernam. "Saya sengaja
nak ajak ustaz temankan saya ke sana" katanya penuh makna.
Saya
dapat mengagak maksud Kadir Misai mengajak saya ke sana, kerana dia tahu saya
akan banyak bersoal jawab kalau dikatakan fasal saudaranya yang sakit. Tetapi
saya bukanlah mahu mengelak, sekadar mahu tahu apakah penyakit saudaranya itu.
Lagi pun saya datang bukanIah untuk mengubati budak berkenaan.
Semasa
saya ke Serting bersama Kadir Misai satu ketika dulu, memang kami telah
mengalami kejadian yang tidak disangka-sangka tatkala mencari rumah Lebai
Kidam. Kisah terserempak dengan surau kepunyaan Kiyai Jumadi yang sudah meninggal
dunia beberapa tahun sebelumnya, masih segar dalam ingatan dia. Kadir Misai
tetap mengulangi cerita berkenaan kalau dia bertemu dengan saya.
"Ustaz
tak pernah jumpa lagi Mat Suris?" tanya Kadir Misai bila saya masuk ke
kereta-nya.
"Mat
Suris mana?" saya cuba mengingatkan semula nama tersebut.
"Mat Suris di Kuala Pilah..."
katanya mula menghidupkan enjin kereta.
Saya
mengangguk. Memang saya ingat Mat Suris yang disebutkannya. Dia jugalah yang
memperkenalkan saya dengan Mat Suris. Kadir Misai hanya memberitahu saya Mat
Suris itu dari Kuala Pilah, tetapi saya hanya dua kali saja bertemu dengannya.
Pertama kali, sewaktu isteri Kadir Misai sakit apabila senja dia mula takut-takut
dan seluruh badannya sengal-sengal, menyebabkan dia memanggil Mat Suris. Ketika
ini saya juga datang menziarahi isteri Kadir Misai, jadi di situlah saya
bertemu dengan Mat Suris.
Selepas
itu apabila Kadir Misai diminta oleh ketua pejabatnya mencarikan bomoh bagi
mengubati isterinya yang mengidap sakit lutut dan bahagian tulang belakangnya.
Kadir Misai telah membawakan Mat Suris. Saya pula ikut sama datang dengan Kadir
Misai, setelah diberitahu oleh Kadir Misai mengenai Mat Suris akan datang
mengubati isteri ketua pejabatnya itu.
"Tak
pernah Iagi saya jumpa dia" jelas saya perlahan.
"Dialah
yang saya nak jemput ke Sabak Bernam ni" ujar Kadir Misai
tersengih-sengih. "Dia pun memang ingin nak jumpa ustaz" dia
menambah, lantas memberitahu akan ke Kajang terlebih dulu kerana mahu mengambil
Mat Suris.
Mat
Suris yang dikatakan oleh Kadir Misai itu pun belumlah tua sangat. Umurnya pun
belum menjangkau 50 tahun lagi. Tetapi dia pernah menceritakan kepada saya
mengenai seorang ulama di tempatnya yang telah lama meninggal dunia, tetapi
pernah ditemui oleh beberapa orang tertentu seperti yang pernah saya alami
tatkala menemui Kiyai Jumadi.
Kata
Mat Suris orang orang sekitar Kuala Pilah memang tahu sangat mengenai cerita
ulama berkenaan yang mereka kenali sebagai Tuan Tulis saja. Sebenarnya saya tidak
pernah memberitahu Mat Suris mengenai kejadian yang saya alami bertemu Kiyai
Jumadi sewaktu dalam perjalanan ke rumah Lebai Kidam di Serting. Tetapi dia
memberitahu saya mengenai cerita Tuan Tulis itu, yang pernah muncul beberapa
kali mengubati orang yang sedang sakit tenat.
"Tuan
Tulis tu seorang guru agama sewaktu hayatnya" ujar Mat Suris sewaktu mula
mula bertemu saya dulu. "Tak taulah sama ada ustaz percaya atau
tidak..." katanya ragu-ragu kalau saya menafikan cerita tersebut.
Dia
memberitahu mengenai emak saudara nya yang mengikut suaminya berkerja di
Kluang, Johor tiba-tiba jatuh sakit. Puas berubat di Kluang, tetapi sakitnya
semakin bertambah. Pada mulanya dia mengadu sakit kepala saja, kemudian melarat
hingga sakit dalam perut. Apabila dibawa ke hospital ternyata Jeton tidak
didapati mengidap sebarang penyakit.
Terpaksalah
Talip Pagan membawa isterinya berubat balik ke kampung di Kuala Pilah. Sebaik
saja dibawa balik ke kampung bomoh yang mengubati Jeton hanya tersenyum.
Katanya, "Buat apa diubat. Jeton ni diasuh oleh Tuan Tulis, biarkanlah..."
Cuma
bomoh itu memberikan beberapa petua yang harus dilakukan kepada Jeton. Selepas
mengikuti tunjuk ajar bomoh berkenaan, Jeton pun sembuh dari sakitnya. Sejak
itu dia boleh mengubati siapa saja yang mengadu mengidap penyakit.
"Tetapi
kalau tanya Jeton, dia tak tau macam mana dia boleh mengubat orang" beritahu
Mat Suris selanjutnya.
Sebenarnya
Jeton mempunyai tali kekeluargaan dengan Tuan Tulis itu, seperti Mat Suris juga.
Tetapi kata Mat Suris dia memang belajar agama melalui sekolah pondok kepunyaan
Tuan Tulis. Tidaklah seperti Jeton, walaupun dia belajar agama tetapi bukanlah
melalui sekolah pondok Tuan Tulis.
Disebabkan
Jeton itu pangkat nenek saudara kepada Mat Suris, kadangkala dia datang juga ke
rumah Jeton mahu mempelajari mengenai cara-cara pengubatan. Sayangnya, Jeton
tidak dapat mengajarkannya kepada Mat Suris, kerana dia hanya menyedari dirinya
masuk ke dalam jubah seorang lelaki yang mendakwa dirinya Tuan Tulis. Ketika
ini hanya Tuan Tulis yang melakukan segalanya walaupun pada zahirnya orang
melihat Jeton yang bertindak.
Beberapa
tahun selepas Jeton mula dikenali orang tahu mengubati penyakit, dia telah
didatangi oleh satu keluarga dari Lubuk China di Melaka, kerana ayahnya Itam
Sonel mengidap sakit mata hingga biji matanya seakan-akan tersembul keluar.
Memang Jeton tidak akan pergi ke rumah pesakit yang menjemputnya kerana dia
mengaku tidak tahu mengubati orang. Tetapi apabila pesakit berkenaan datang sendiri
ke rumahnya, maka Jeton segera menjemput Bomoh Libut yang pernah mengubatinya
ketika sakit.
Setelah
Bomoh Libut ini memulakan upacara melangir Jeton, maka keadaan Jeton akan
berubah. Mukanya berseri-seri dan rambutnya menjadi bersinar bagaikan ditumbuhi
uban berkilat. Gerak badannya juga terlenggok-Ienggok seperti orang sedang berzikir.
Suara
Jeton juga berubah menjadi serak-serak tetapi lembut bersahaja.
"Ada
apa,” soal Jeton melenggok-lenggokkan kepalanya sambii menunduk.
"Inilah
Tuan, orang ni dari jauh dari Lubuk China, minta tengok-tengokkan
sakitnya" cepat-cepat Bomoh Libut menyahut.
"Sakit
pergilah berubat..." kata Jeton dalam suara serak-seraknya.
Mat
Suris yang masih belajar dengan beberapa orang bomoh termasuk Bomoh Libut ini,
segera merapati Jeton. Dia mendapati bau badan Jeton wangi, tetapi tidak
seperti bau minyak atar. Bau wangi itu memang tidak pernah diciumnya selama
ini, bagaimanapun mereka yang mendekati Jeton memang tercium bau wangi
berkenaan.
Mereka
tahu selepas Jeton sedar semula bau wangi itu tidak akan dapat lagi dihidu.
Tujuan
Mat Suris mendekati Jeton kerana mahu mempastikan apakah sebenarnya yang dialami
oleh Jeton. Bagaimanapun dia tidak mendapat apa-apa pun yang diinginkannya
kecuali terhidu bau wangi yang aneh itu.
"Dah
puas berubat, Tuan" beritahu Bomoh Libut.
"Berubat
macam mana?" soal Jeton terbatuk-batuk menunduk. Sepanjang masa dia memang
tidak akan mengangkat mukanya semasa dalam keadaan demikian. Tetapi orang ramai
dapat melihat wajahnya yang berseri-seri serta rambutnya yang bersinar
berkilauan putih seolah-olah ditumbuhi uban.
"Dah
berubat sampai ke hospital di Kuala Lumpur" jelas Bomoh Libut mengerling
Itam Sonel yang bengkak bahagian matanya yang sakit itu.
Mata
yang bengkak itu mengening-ngening kemerahan, sedangkan biji matanya
seolah-olah tersembul keluar. Kadangkala Itam Sonel mengerang-ngerang juga
kesakitan, tetapi selalunya dia tidak
merasa sakit apa-apa. Hanya apabila mahu tidur sebelah malam baru dia merasa
kesakitan hingga terjerit-jerit menahan bisa kesakitan itu.
"Apa
kata hospital?' Jeton menyoal lagi. "Barah..." sahut Sijol anak !tam
Sonel cepat-cepat.
Jeton
mengangkat kepala sedikit seolah-olah mengerling ke arah Sijol yang memberitahu
mengenai ayahnya diserang barah di mata itu.
"Mengapa
tak diubat nya kalau dah tahu penyakitnya?" tanya Jeton mencebik bibir.
"Kami bawa balik, fasal hospital nak potong" beritahu Sijol perlahan.
Jeton
terangguk-angguk. Dia memberi isyarat kepada Bomoh Libut supaya mengambilkah
air dibubuh di dalam pasu. Bomoh Libut meminta beberapa orang perempuan yang
ada di dapur menyediakan air sejuk di dalam pasu kecil. Air tersebut diserahkan
ke hadapan Jeton. Talip Pagan suami Jeton juga turut sama membantu kalau orang-orang
sakit datang dibawa berjumpa dengan Jeton.
Talip
Pagan sendiri menolakkan pasu berisi air itu ke hadapan Jeton. Pasu air
diketuk-ketuk oleh Jeton beberapa kali. Kemudian dia menolakkan ke hadapan
Bomoh Libut. Terkejut Bomoh Libut melihat air di dalam pasu menggelegak serta
berasap. Belum pernah dia melihat kejadian seperti itu sepanjang dia membantu
Jeton mengubati pesakit.
"Apa
bendanya ni, Tuan?" Bomoh Libut tercengang melihat air menggelegak di
dalam pasu.
"Hai,
kepandaian orang..." sahut Jeton mencepak-cepak bibir mengerling air di
dalam pasu. Mereka semua yang datang melihat Jeton mengubati pesakit itu
semuanya berasak-asak mahu melihat air di dalam pasu yang menggelegak tiba-tiba
saja. Asap juga keluar menebal dari mulut pasu seolah-olah ianya hangat
mendidih.
"Cubalah
tengok" Jeton macam memberi perintah kepada Bomoh Libut.
Orang
tua itu menjadi serba salah apabila disuruh seluk dengan tangan ke dalam pasu.
Bimbang juga dia melihat air di dalam pasu hangat menggelegak itu.
"Ah,
seluklah...macam tak biasa pula" ujar Jeton macam mengejek Bomoh Libut.
Mahu tidak mahu terpaksalah Bomoh Libut menyeluk ke dalam pasu. Pada mulanya
dia merasa gementar juga mahu menyeluk ke dalam pasu, tetapi sebaik saja
jarinya tercecah ke air, Bomoh. Libut menjadi berani. Dia meraba-raba ke dasar
pasu, walaupun airnya panas mendidih. Puas dia meraba-raba tetapi tidak ada apa
yang ditemui kecuali air nya saja mendidih mengeluarkan asap menebal.
"Tak
ada apa-apa pun tuan" beritahu Bomoh Libut hampa.
Jeton
tidak menyahut. Tubuhnya melenggok-lenggok seperti sedang berzikir, tetapi
tidak kedengaran apa-apa pun terluah dari mulutnya. Bila Jeton mulai diam, semua
orang yang ada di atas rumah itu juga dikehendaki diam. Memang mereka sudah
memahami keadaan ini bila setiap kali Jeton mengubati pesakit. Mereka sudah diberitahu
Iebih awal oleh Bomoh Libut atau Talip Pagan, supaya jangan bercakap-cakap
semasa Jeton mula mengubati orahg.
Sekaligus
Iantai berdentam ditampar oleh Jeton tiga kali, menyebabkan beberapa orang perempuan
yang sama menyaksikan terkejut hingga terlatah-Iatah. Terpaksa pula Talip Pagan
mententeramkan mereka supaya tidak mengganggu Jeton.
"Macam-macam
kepandaian orang..." rungut Jeton menggeleng-geleng kepada.
Dari
Sijol memang Mat Suris sudah mendengar cerita mengenai tindakan ayahnya yang menjadi
kerani telah menukarkan mandornya seorang India. Mandornya telah memberitahu
kawan-kawannya bahawa dia akan bertindak juga terhadap kerani pejabat iaitu
Itam Sonel. Kawan-kawannya hanya mentertawakan saja mandor berkenaan, kerana
tubuhnya yang kecil itu tidak akan mampu menentang Itam Sonel yang bertubuh
besar.
Setepas
dua tahun ancaman yang dikatakan dari mandor itu barulah Itam Sonel rnengalami
sakit mata tersebut. Pada mulanya dia merasakan sakit mata itu biasa saja, dan
tidak terlintas langsung di hatinya mengenai ancaman dari mandor berkenaan.
Apalagi selepas kejadian dia menukarkan mandor berbangsa India itu, hubungan
mereka kembali mesra kerana mandor itu menyedari akan kesalahannya.
Mandor
itu juga berjaya dapat memohon ditukarkan semula ke tempat Itam Sonel bertugas.
Sejak itu mereka kembali menjadi rakan baik. Sebaik saja Itam Sonel diserang
sakit mata, pernah juga mandor berbangsa India itu datang menziarahinya di
hospital. Dua tiga kali dia datang melawat dengan membawa buah tangan berupa
buah-buahan limau, epal dan mangga, satu hari dia memberitahu Itam Sonel bahawa
dia akan berpindah ke daerahnya sendiri.
Dia
memberitahu gajinya kecil, eloklah berkhidmat di daerahnya saja. Malah Itam
Sonel sendiri menyokong permohonannya untuk bertukar itu. Tetapi semakin hari
semakin bertambah sakit mata yang dihidapi Item Sonel. Hinggalah dia tahu dia
mengidap sakit matanya itu, terpaksalah dia berhenti kerja dan balik semula ke
kam-pungnya di Lubuk China. Sejak itu meratalah dia berubat di mana saja didengarnya
acta bomoh yang terkenal.
"Saya
syak memang mandor India tu punya kerja..." Sijol menggertap bibir bila
kenangkan ayahnya mengidap sakit tersebut atas perbuatan orang membalas dendam.
"Jangan
cakap macam tu..." Talip Pagan membantah. "Kita tak tau siapa punya
kerja, cuma kita tahu memang disebabkan kepandaian orang" katanya
mengingatkan Sijol supaya tidak bercakap mengikut perasaan.
Beberapa
ketika Jeton menunduk selepas menampar lantai tiga kali tadi, mereka nampak air
di dalam pasu bertukar warna menjadi kemerah-merahan. Dari dasar pasu itu
terapung-apung segumpal rambut mengombak-ngombak di tengah air menggelegak.
"Jangan
pegang dengan tangan", cepat-cepat Jeton menegah sebaik saja Bomoh Libut mahu
mencapai rambut yang mengombak-ngombak di tengah air menggelegak di dalam pasu.
Bomoh
Libut memberi isyarat kepada Mat Suris supaya mengambil sudit kayu di dapur
bagi mengeluarkan gumpalan rambut tersebut dari pasu. Mat Surfs bingkas bangun
mencari sudit kayu ke dapur, tetapi tidak ditemuinya. Lantas dibawanya kayu api
dari bawah dapur. Dengan kayu api itulah Bomoh Libut menguis gumpalan rambut
itu keluar dari pasu, dibubuhnya ke dalam dulang.
Gumpalan
rambut itu kelihatan bercampur darah. Ketika ini Itam Sonel tidak kelihatan
apa-apa perubahan pada dirinya. Dia hanya terbaring saja tidak merasakan
apa-apa pada dirinya. Ketika gumpalan rambut bercampur darah itu dikeluarkan
dari pasu berisi air mendidih, dia ikut sama bangun duduk untuk melihatnya.
Orang-orang
yang melihatnya menggeleng kepala, kerana apa yang dilihatnya itu bukanlah
permainan silap mata. Mereka melihat silauan cahaya di kepala Jeton, menghidu
bau wangi bukannya seperti minyak atar, dan di hujung jari Jeton seolah-olah
keluar asap semasa gumpalan rambut terapung mengombak-ngombak di air dalam
pasu.
"Ada
lagi yang tak sampai ni..." kata Jeton sebaik saja gumpalan rambut itu
dikeluarkan oleh Bomoh Libut dari dalam pasu. Selepas gumpalan rambut itu
dikeluarkan, air di dalam pasu tidak lagi mendidih. Tidak juga kemerah-merahan
seperti bercampur darah. Malah asap yang kelihatan menebal berwap-wap keluar
dari air mendidih tidak juga kelihatan langsung.
Tetapi
mereka semua hanya mengeluh pendek saja. Mereka hanya melihat dan menunggu saja
apa yang akan dilakukan oleh Jeton.
"Bawa
yang sakit tu ke marl" Jeton menggamit ke arah Itam Sonel yang terbaring
di tengah serambi. Itam Sonel bangun dipapah oleh anaknya Sijol merapati Jeton.
Perlahan-lahan
dia meraba ke arah mata Itam Sonel dengan tidak memandang lelaki berkenaan.
Jarinya mengusap bahagian bawah pelupuk mata Itam Sonel, kemudian menarik keluar
macam merentap-rentap sesuatu dari pelupuk mata tersebut.
Itam
Sonel hanya mendiamkan diri kerana dia tidak merasa apa-apa pun kesakitan.
"Ingatlah
amal ibadat..." katanya semasa jarinya mengusap-ngusap di bawah pelupuk Itam
Sonel. "Ikutlah apa yang saya sebut" ujarnya macam memberi perintah.
Itam
Sonel mengangguk. Dia sanggup buat apa saja asal penyakitnya sembuh. Apalah
sangat kalau sekadar mengikut apa yang disebut oleh Jeton. Bukannya perkara
yang susah sangat.
Suara
Jeton yang serak-serak menyuruh Itam Sonel memulakan dengan astaghafar, diikuti
dengan 'aa-suzubil-lah, bismillah, kalimat syahadat, salawat dan tasbih. Mudah
saja Itam Sonel mengikut apa yang disebut oleh Jeton dengan lancar. Fasal agama
memang Itam Sonel mengetahui serba sedikit, apatah lagi wirid atau pun doa selepas
sembahyang.
Sebab
itulah mengherankan dia, mengapa kalau dia sentiasa berdoa dan berwirid setiap
kali sesudah sembahyang, bagaimanakah masih boleh diganggu syaitan. Memang Itam
Sonel tidak percaya penyakit yang dihidapnya adalah berpunca dari perbuatan
orang yang sakit hati kepadanya dengan menggunakan ilmu sihir. Masakan ilmu
sihir boleh menembusi dirinya kalau setiap lepas sembahyang dia sentiasa wirid
dan berdoa panjang.
Syaitan
tidak akan hampir apabila ayat-ayat Quran bergema dibacakan. Tetapi mungkin
Itam Sonel tdak menyedari, ada waktunya dia terlalai juga, maka dikala terlalai
ini syaitan masuk menganggu.
Kemudian
Jeton terus membacakan ayat ayat Quran dari Surat Al-Bagarah 255, 256 dan 257,
kemudiannya disambung pula kepada ayat 284, 285 dan 286. Itam Sonel sudah tidak
dapat lagi mengikut ayat-ayat yang dibacakan oleh Jeton.
Sedangkan
Jeton sendiri kalau dalam keadaan biasa tidak akan dapat membaca ayat-ayat
berkenaan dengan hafal. Tetapi apabila dia dalam keadaan demikian, memang Talip
Pagan sendiri heran dengan kebolehan isterinya itu. Dari manakah dia boleh
menghafal ayat-ayat Quran berkenaan, memang sukar hendak dijawab oleh Talip
Pagan.
Terkumat
kamit mulut itam Sonel mahu mengikut ayat-ayat Quran yang dibacakan dengan
lancar oleh Jeton itu, tetapi sebenarnya dia sudah tidak dapat lagi
mengikutnya. Jeton terus membacakan pula Surat As-Saffa, Surat Ar-Rahman dan
ayat 22, 23 dan 24 dari Surat Al-Hasyar. Ketika ini Itam Sonel merasakan satu
tusukan sejuk ke dalam biji matanya yang membengkak hingga keadaannya
seolah-olah tersembul keluar.
Selepas
habis membacakan ayat-ayat berkenaan, Jeton terhenti sebentar memerhati ke
dalam pasu. Air di dalam pasu sudah jernih semula dan tidak lagi menggelegak
atau berwap mengeluarkan asap berkepul. Sekali sekala dia memerhati Bomoh Libut
yang kelihatan agak letih sepanjang Jeton melakukan perubatan.
"Ada
lagi ni, susah sangat nak ambil..." Jeton memberitahu sambil
terbatuk-batuk.
"Jauh
ke letak barangnya Tok?" Mat Suris tidak sabar hendak mengetahuinya.
"Barang
apa pula ni...!" rungut Jeton macam tidak menyukai Mat Suris bertanya
demikian.
"Jangan,
menuduh yang bukan-bukan. Tengok dulu..." katanya berpaling ke arah Mat
Suris. Ketika ini Mat Suris mengambil kesempatan mengerling muka Jeton. Sebaik
matanya bertembung, Mat Suris menjadi gementar kerana yang dapat dilihatnya
bukanIah Jeton, tetapi seorang lelaki berjubah putih yang bersih
Mat
Suris Iangsung tertunduk tidak berani lagi mengangkat mukanya mengerling ke
arah Jeton.
“Yang
duduk dekat pintu, jauh sikit..." Jeton menudingkan jarinya ke arah pintu,
tetapi tetap tidak mengangkat mukanya.
Belum
pun sempat mereka yang duduk berhampiran pintu berinsut sedikit, mereka melihat
satu barang melompat dari balik pintu. Rupa-rupanya sebuah botol kecil
terpelanting dari sebalik pintu itu ke tengah serambi. Botol berkenaan betul-betul
jatuh di depan Bomoh Libut.
Setelah
dibuka botol itu didapati di dalam nya serbuk kaca, segumpal rambut dan jarum
masih dibasahi oleh darah. Selepas botol berisi barang-barang itu ditemui,
barulah Jeton kembali pulih seperti biasa. Dia sendiri tidak tahu apa
sebenarnya telah berlaku sepanjang mereka berubat.
Kira-kira
tiga bulan selepas itu barulah mata ltam Sonel beransur baik, tetapi
penglihatan nya tetap kabur. Hanya bengkaknya saja yang susut, di samping biji
mata yang seakan-akan tersembul itu pulih semula kedudukannya. Dia juga
tidaklah mengalami kesakitan lagi seperti ditusuk-tusuk benda tajam bila malam
menjelang.
Bagaimanapun
Itam Sonel merasa sakit hati juga dengan nasib yang menimpanya itu. Dia sendiri
melakukan sembahyang hajat di samping membaca Yassin dengan harapan orang yang
menganiayanya itu menerima balasan.
Selama
100 malam dia melakukannya dengan tekun, tiba-tiba dia mendengar khabar mengenai
mandor India yang pernah mengancamnya itu dijumpa mati tergantung pada sebatang
pokok ceri di depan rumahnya. Manakala !tam Sonel pula, matanya yang sebelah lagi
tiba-tiba menjadi kabur. Akhirnya kedua belah matanya langsung tidak dapat melihat
lagi.
"Saya
takut kalau ustaz tak percaya cerita saya ni" kata Mat Suris
tersengih-sengih, kerana saya hanya mengangguk-ngangguk saja sepanjang dia
bercerita.
Sewaktu
kereta Kadir Misai hampir sampai ke Kajang, entah macam mana tayarnya tiba tiba
pamcet menyebabkan kereta itu terbabas dan berpusing dua kali. Mujurlah
keretanya tidak terbalik. Terpaksa pula dia menukar tayar keretanya terlebih
dulu.
"Jangan
pandu laju-laju sangat..." saya mengingatkan dia bercampur cemas dengan
kejadian tersebut.
No comments:
Post a Comment