Sudah lebih lima belas tahun. Jaunah isteri Semail Bacar
tidak bersua muka dengan perempuan yang terjongol di muka pintu rumahnya itu.
Dia kenal Enah Sanggul semasa sama-sama tinggal di rumah sewa ketika masih
belum berkahwin. Tetapi Enah Sanggul bukanlah kawan rapat sangat pada Jaunah.
Setelah berkahwin dengan Semail Bacar memang dia tidak pernah lagi bertemu
dengan Enah Sanggul. Terkejut juga Jaunah apabila dikunjungi Enah Sanggul yang
datang bersama suaminya Midon Togok. Disebabkan sudah lama tidak bersua, Jaunah
gembira juga dengan kunjungan Enah Sanggul suami isteri.
Dia pun tidak peduli sangat dari mana Enah Sanggul dapat
mencari alamat rumahnya. Tentulah Enah Sanggul hubungi kawan-kawan lain apabila
ber-hasrat mahu menemui dia. Kebetulan Jaunah pula baru sahaja melahirkan bayi
tentulah kunjungan itu sangat bermakna bagi menjalinkan persahabatan lama.
Sebaik sahaja sampai di rumah Jaunah, memang Enah Sanggul
bertungkus lumus di dapur memasak sediakan makan untuk Semail Bacar balik makan
tengah hari. Selepas makan tengah hari lantas sahaja Enah Sanggul buka mulut
mahu meminjam wang disebabkan tengah kesempitan sangat.
"Emm, banyak sangat saya tak ada," jelas Semail
Bacar berkerut dahi disebabkan kawan yang baru dikenali itu sudah berani buka
mulut mahu meminjam wang sampai beribu ringgit. "Lagi pun business saya
jatuh, sebab main saham," jelasnya secara ikhlas apabila kenangkan
terpaksa menanggung hutang akibat kejatuhan saham.
"Kalau macam
tu, biar saya tolong abang Semail," lantas sahaja Midon Togok mencuit bahu
Semail Bacar.
Setelah dicuit bahunya oleh Midon Togok, sekaligus terasa
pada Semail Bacar anggotanya lemah. Dia tidak banyak mem-bantah apakala Midon
Togok mengajak mencari daun pisang supaya dijadikan payung sepan-jang
perjalanan dari rumah ke pejabat. Asal sahaja keluar dari kereta Midon Togok
mesti payungkan Semail Bacar dengan daun pisang.
Ketika di pejabat Midon Togok tidak mahu sesiapa pun
pekerja Semail Bacar terconggok di situ. Terpaksa pula Semail Bacar memberi
cuti semua pekerjanya biar tidak siapa pun mengganggu. Setelah semuanya lengang
tidak berorang, barulah Midon Togok meminta Semail Bacar mengikut dia membaca
doa.
Percaya sangat Semail Bacar kerana doa yang ditunjukkan
oleh Midon Togok memang ayat al-Quran. Masakan Midon Togok mahu berbohong kalau
dia bacakan ayat al-Quran menjadi doa untuk memulakan amalan. Daun pisang yang
dijadikaii payung itu dilipat ke dalam beg yang disediakan.
Dalam masa beberapa minit sahaja Semail Bacar melihat
wang berlonggok di dalam daun pisang. Sama-sama pula mereka mengira hingga
jumlah wang itu dapat dipastikan oleh Semail Bacar sampai lima puluh ribu.
Tetapi Midon Togok ingatkan dia tidak boleh gunakan wang tersebut sebelum
ditapa sampai tujuh malam.
"Kalau tidak ditapa, wang ni diambil balik oleh Tok
Syeikh," bisik Midon Togok setelah menyimpan baik-baik wang yang sudah
dikira ke dalam beg.
"Awak kata
nak pinjam duit, kena cari lagilah," Semail Bacar sudah tidak sabar lagi
dengan wang lima puluh ribu yang disimpan dalam beg. Kalau takat lima puluh
ribu tentu tidak cukup mahu membayar hutang akibat kerugian main saham melebihi
tiga ratus ribu. Di mana dia mahu korek wang untuk melunaskan hutang demikian.
"Dengan Tok Syeikh, saya boleh minta lagi bang
Semail," ujar Midon Togok lantas mem-bakar kemanyan di hadapannya. Lama
dia merungut-rungut, perlahan Midon Togok mem-bisikkan, "Tok Syeikh mahu
ijab kabul, macam mana ni, bang Semail?"
"Ijab kabul macam mana pula?" terkejut juga
Semail Bacar apabila disebut ijab kabul bagai-kan mahu lafaz nikah pengantin.
"Abang Semail
kena cari tiga ribu, buat macam cagaran," beritahu Midon Togok tidak lepas
jarinya memainkaii buah tasbih.
Midon Togok ingatkan dia sekiranya tidak disediakan duit
ijab kabul Tok Syeikh akan ambil balik semua wang yang sudah ada di dalam beg.
Sudah menjadi kesalahan apabila dipanggil dia berulang kali dalam tempoh
beberapa minit sahaja.
Terpaksalah Semail Bacar turun ke tingkat bawah keluarkan
wang simpanan dalam bank sam-pai tiga ribu. Biarlah dia letakkan cagaran tiga
ribu sebagai wang ijab kabul dengan Tok Syeikh asal sahaja Midon Togok boleh
memujuk orang perantaraan itu sediakan wang sampai satu juta. Bukan mudah mahu
kumpulkan satu juta kalau takat buat per-niagaan kecilan macam dia.
Sebaik diserahkan pada Midon Togok wang tiga ribu yang
dikeluarkan daripada simpanan di bank itu, segera dibungkus oleh lelaki
itu•engan kain putih secarik. Duit tiga ribu dilipat hingga menjadi sebesar
kotak mancis sebelum dibungkus dalam kain putih yang memang disediakan oleh
Midon Togok.
"Abang simpan duit ijab kabul ni baik-baik,"
Midon Togok menyuruh masukkan bungkusan tersebut ke dalam dompet Semail Bacar.
Cepat-cepat Semail Bacar masukkan bungkusan tersebut ke
dalam dompetnya. Dia tidak syak apa-apa disebabkan duit ijab kabul itu dalam
tangannya sen-diri. Dia bertanggung jawab se-kiranya cuba dicuri oleh sesiapa.
Semail Bacar akan simpan baik-baik dompetnya biar tidak dapat dicuri oleh sesiapa.
Semail Bacar akan simpan baik-baik dompet-nya biar tidak dapat dicuri sesiapa
pun duit ijab kabul berkenaan.
Setelah duit tersebut di-masukkan ke dalam dompet,
barulah Midon Togok menyuruh beg yang disimpan di dalam kabinet di pejabat
Semail Bacar dikeluarkan semula. Dia mem-buka daun pisang berisi duit, dan
mengetuk-ngetuk jarinya pada daun pisang itu.
Serentak dengan itu Semail Bacar terdengar pintu bilik
pejabatnya bergegar kuat. Kemudian terkuak lebar hingga angin menyerbu masuk
seperti dihembus kipas angin berputar kuat.
"Tok Syeikh, kawan kita ni nak mintatolong!"
Midon Togok mendongak seolah-olah bercakap depgan Tok Syeikh yang datang
menjelma di depan-nya.
Memang Semail Bacar tidak melihat sesiapa pun tercegat di
situ kecuali bunyi angin mengelus mampu ke dinding. Sekali sekala Midon Togok
mendengus-dengus bagaikan hidungnya tersumbat akibat diserang selsema. Setiap
kali dia bercakap dengan Tok Syeikh, dia akan terlenggok-lenggok kepala laksana
kepala ular tedung di tengah belukar.
"Kawan kita ni tak pakai duit, tolonglah Tok
Syeikh," ujar Midon Togok bagaikan merayu mengharapkan belas ihsan.
Kemudian Midon Togok terangguk-angguk lantas me-minta
dompet Semail Bacar. Cepat-cepat pula Semail Bac-ar hulurkan dompet duitnya.
Midon Togok keluarkan duit tiga ribu yang dibungkus kain putih lantas
dijulangnya tinggi melepasi kepala.
"Ini, ijab kabul kawan kita abang Semail ni,"
beritahu Midon Togok melepaskan bungkusan berkenaan hingga dilihat oleh Semail
Bacar bung-kusan itu melayang ke udara. Apabila jatuh semula ke tapak tangan
Midon Togok, cepat-cepat dimasukkan semula ke dalam dompet Semail Bacar.
Dia serahkan semula dompet tersebut kepada Semail Bacar
supaya disimpan baik-baik. Selepas itulah Semail Bacar melihat beg besar di
hadapan bergegar seperti digoncang kuat. Tertegun Semail Bacar kerana dalam
masa beg itu bergegar dia melihat sendiri kepingan duit melayang jatuh ke dalam
daun pisang.
Lama angin bertiup dalam masa Midon Togok
terlenggok-lenggok kepala. Habis sahaja angin bertiup barulah dia tidak lagi
meratib terlenggok-lenggok kepala macam ular tedung tengah belukar. Ketika ini
Semail Bacar melihat kepingan duit melambak di atas daun pisang tersebut.
"Mari, kita kira bang Semail," tidak bertangguh
Midon Togok mengajak Semail Bacar mengira wang yang jatuh melambak ke dalam
daun pisangi tu.
Jenuh juga Semail Bacar mengira bersama Midon Togok.
Memang jumlahnya semua satu juta. Alangkah gembirany Semail Bacar duit satu
juta sudah ada dalam genggaman. Tentu hutangnya tiga ratus ribu boleh
diselesaikan bila-bila masa pun.
Kalau tidak disebabkan Midon Togok datang membantu
tentulah dia gelisah mahu selesaikan hutang sampai tiga ratus ribu. Sebab
itulah Semail Bacar tidak ralat belikan tiket kapal terbang, biar Midon Togok
suami isteri balik ke Kedah selesa sepanjang jalan. Semail Bacar bekalkan lima
ratus buat Midon Togok yang sudah mem-bantu dia.
Apa sangat lima ratus diberi-kan kepada Midon Togok,
sedangkan satu juta sudah menunggu di dalam kabinet di pejabatnya. Asal sahaja
tidak melanggar pantang larang dalam masa tujuh malam yang di-syaratkan oleh
Midon Togok dipatuhi betul-betul.
Dia tidak akan jengah beg dalam kabinet itu dalam tempoh
tujuh malam yang dipantangkan oleh Midon Togok. Masakan pekerja-pekerja di
pejabatnya berani masuk ke bilik dia mahu mencuri-wang satu juta di situ. Lagi
pun duit dalam beg itu akan diambil batik oleh Tok Syeikh sekiranya tidak cukup
tujuh malam ditapakan di situ.
Semail Bacar juga beritahu pada Midon Togok mengenai
kenalannya di Keluang, Mat Rohim yang sekian lama meng-alami penyakit lumpuh.
Lantas sahaja Midon Togok mengaku sanggup mengubati. Tetapi Semail Bacar sekadar
berikan alamat rumah Mat Rohim sahaja, kerana dia tidak mahu bersusah payah ke
Keluang tunjukkan jalan kepada Midon Togok.
Kalau dia sudah ikut sama ke Keluang, tentu Mat Rohim
menyangka dia bersungguh-sungguh bawakan Midon Togok. Jauh di sudut hatinya
Semail Bacar tidak yakin juga sama ada lelaki itu mampu mengubati penyakit Mat
Rohim atau pun tidak. Apalagi mudah sangat Midon Togok. menyanggupi salangkan
dia belum melihat lagi keadaan penyakit
Mat Rohim.
Selepas tujuh malam duit ditapa, Semail Bacar menerima
panggilan telefon dari Midon Togok. Lantas sahaja Midon Togok ingatkan dia
supaya tidak membuka beg dalam kabinet dalam tempoh tujuh malam lagi.
"Tok Syeikh
pesan, supaya tapa lagi tujuh malam," beritahu Midon Togok yang mengaku
menelefon dari Kedah.
"Kenapa tangguh lagi, saya tak langgar pantang
larang?" terkejut juga Semail Bacar apabila diberitahu demikian.
"Itu saya tak
tahu, bang Semail," jelas Midon Togok perlahan. "Saya hanya ikut
arahan Tok Syeikh," ujarnya meminta Semail Bacar mematuhi apa sahaja
kemahuannya. .
"Kalau
tangguh tujuh malam, nanti tak juga cukup!" gerutu Semail Bacar tidak puas
hati dengan keputusan Midon Togok.
Disebabkan tidak yakin lagi dengan pantang larang yang
ditetapkan itu, Semail Bacar terus sahaja membuka beg dalam kabinet di
pejabatnya. Biarlah Tok Syeikh tercegat di depannya melarang buka beg, asal
sahaja iia tidak diperbodoh-bodohkan oleh Midon Togok.
Sebaik sahaja beg dibuka memang berdebar hati Semail
Bacar melihat kertas surat khabar lusuh di dalam beg berkenaan. Daun pisang
yang dibuat pem-bungkus juga sudah kecut. Cepat-cepat dia membuka dompet
mengambil wang yang dibungkus kain putih dijadikan pengeras ijab kabul Tok
Syeikh itu.
Lama Semail Bacar tertegun apakala melihat wang tiga ribu
yang dikeluarkan dari bank itu hanya kertas kosong yang dipotong sebesar duit
kertas. Kepalang marahnya dia pada Midon Togok yang telah menipunya dengan
sihir demi-kian!
Kalau Midon Togok ter-conggok di depannya mahu sahaja
ditampar muka lelaki itu biar berbekas sepanjang hayat. Dia kenangkan Enah
Sanggul kawan lama isterinya Jaunah, kalau tidak memang SeMail Bacar tidak
benarkan mereka jejak kaki di rumah. Apalah gunanya menghormati kawan yang
sengaja mahu memusnah-kan kawan sendiri!
"Kawan-kawan awak memang sernua tak berguna!"
rungut Semail Bacar kesal ter-hadap kawan-kawan isterinya.
"Manalah saya tahu dia niat jahat," ujar Jaunah
serba salah apabila dituduh demikian oleh Semail Bacar. Kalau dia tahu Enah
Sanggul berniat buruk, memang dia sendiri tidak benar-kan perempuan itu masuk
ke rumah. Tidak patut suaminya menuduh dia tahu sangat mengenai latar belakang
Enah Sanggul setelah lima belas tahun tidak bersua muka.
"Hidup dengan
menipu, sampai bila pun tak selamat!" tidak sabar Semail Bacar dengan
sikap Midon Togok yang berpura-pura baik di hadapannya.
"Awak pun
ingat-ingat sikit, jangan menipu orang," lantas sahaja Jaunah menyindirnya
perlahan. Manalah tahu kejadian yang menimpa suaminya tentu disebabkan pernah
juga secara tidak disedari bersikap tidak baik dengan orang lain, sekalipun
tidak bermaksud menipu.
Dalam berniaga macam-macam boleh berlaku. Kadang-kala
lambat membayar hutang pun orang akan menuduh menipu juga, sekalipun jauh di
lipatan hatinya dia tidak bermaksud demikian. Tentu orang merungut juga seolah-olah
diri mereka ditipu oleh Semail Bacar.
Sebab itu Jaunah tidak kecewa sangat kalau suaminya
ditipu Midon Togok. Dia sendiri tidak menyangka bagaimana Enah Sanggul yang
sanggup bertungkus-lumus membantu dia memasak di dapur selama tiga hari
berkunjung ke rumahnya, tergamak membiarkan Midon Togok menipu Semail Bacar.
"Kalau jumpa Midon Togok, memang aku tampar
mukanya!" Semail Bacar menggertap bibir menahan rasa marah yang memuncak.
Bertambah marah Semail Bacar apabila dia menelefon ke
Kedah, talian telefon ke rumah Midon Togok sudah ditamatkan. Masakan dalam
tempoh seminggu sahaja talian telefon tersebut ditamatkan, kalau Midon Togok
menetap di situ. Lagi pun lelaki itu baru sahaja menelefon dia dalam tempoh
tidak sampai dua puluh empat jam.
Tidak lama selepas itu Mat Rohim pula menelefon dari
Keluang memberitahu dia juga ditipu oleh Midon Togok sampai enam ribu. Semakin
menyinga Semail Bacar disebabkan sewaktu menelefon meminta jangan dibuka beg
itu Midon Togok memang di Keluang. Midon Togok .sudah menemui Mat Rohim
mengakui dia mampu mengubati penyakit lumpuh lelaki berkenaan.
"Semuanya dengan izin Al-lah," sebak sangat
Semail Bacar apabila diingatkan oleh ayahnya Haji Tumiran. "Kalau Allah
tidak izinkan, amalan orang itu juga takkan menjadi," tegasnya setelah
diberitahu oleh anaknya mengenai kejadian yang menimpa itu.
Memang Semail Bacar tahu mengenai nasihat ayahnya tidak
akan bergerak sesuatu kecuali dengan izin Allah. Sebab itu ayahnya ingatkan dia
supaya meneliti kesalahan sendiri se-hingga berlaku kejadian tersebut.
Berkali-kali Haji Tumiran ingat-kan anaknya supaya tidak mengejar harta hingga
lupakan tanggung jawab yang lain.
Kadangkala kalau kaum kerabat sakit di kampung juga perlu
dijengah, sekalipun tidak perlu hulurkan duit ringgit. Apa-lagi berlaku
kematian di kalangan sanak saudara tinggal-kan dulu perkara jual belt untuk
mengejar harta dunia. Sebaik sahaja diberitahu mengenai kematian, wajib sangat
diziarah sebelum mayat diusung ke kubur. Apa salahnya kalau sama-sama
menyembahyangkan mayat?
Tetapi Semail Bacar tidak peduli sangat dengan leteran
dia. Kalau balik ke kampung pun sekadar menjengah dia macam mengendap jerat
tengah belukar. Asal sahaja tidak mengena lantas tinggalkan jerat tidak
disentuh langsung. Lainlah kalau jerat tersebut melantik dipijak kijang atau
pelanduk, tidak bertangguh akan diterpa dengan parang di tangan bersedia untuk
menyem-belih.
"Kawan sendiri pun nak ditipu!" gerutu Semail
Bacar apabila balik ke kampung mem-beri tahu ayahnya.
"Biasanya
memang kawan yang boleh ditipu," lantas sahaja Haji Turniran menyahut.
"Kalau lawan masakan mudah masuk perangkap," tersengih-sengih dia
macam mengejek anaknya yang mencemik muka disebabkan terlalu kecewa.
"Ayah tolonglah buatkan doa sikit," tidak
bertangguh Semail Bacar harapkan ayahnya dapat membantu.
"Doa pun
hanya dengan izin Allah juga!" Haji Tumiran tetap mengharapkan anaknya
bersabar apakala diuji oleh Allah dalam saat demikian. Perkara ujian Al-lah ini
bermacam-macam cara sehingga sesiapa pun tidak menyedarinya. Sebab itu Semail
Bacar mesti menerima segala ujian itu dengan penuh keikhlasan sebagai ketentuan
Allah Yang Maha Mengetahui segala yang nyata dan yang ghaib.
Memang Semail Bacar tahu ayahnya seringkali menjadi
tumpuan orang-orang kampung apakala mereka mengalami kesulitan. Kalau wang
hilang dalam simpanan pun mereka tetap harapkan doa Haji Tumiran biar diketahui
siapa melakukan. Kalau orang tidak mahu mem-bayar hutang pun, mereka akan
meminta Haji Tumiran doakan sehingga hutang dibayar langsai. Sebab itu Semail
Bacar harapkan ayahnya membantu. kalau orang-orang kampung bertumpu kepada
ayahnya, apa salahnya dia juga harapkan doa ayahnya. Manalah tahu Midon Togok
akan mengalah juga. Sekiranya Midon Togok tidak pulangkan semula wangnya, biar
lelaki itu bertaubat dan berhenti memperdayakan orang lain.
"Emmm, duit ni dah dipakai-nya sebahagian,"
ujar Haji Tumiran setelah dia merenung jauh ke hati sanubarinya. Dia
seolah-olah dapat membayang-kan perawakan Midon Togok yang berkulit hitam
bagaikan peranakan India sudah meng-habiskan sebahagian wang tiga ribu yang
diperdayakan daripada Semail Bacar.
Perkara sudah
berlalu lebih seminggu, memang duit di tangan sudah dipakai. Lainlah Judin
Pengkar mengadu kepada dia sebaik sahaja menyedari wangnya hilang di dalam
dompet. Batik sahaja dari pekan Judin Pengkar duitnya hilang bersama dompet di
saku seluar belakang.
Tidak bertangguh dia menyerbu ke rumah Haji Tumiran
harapkan orang tua itu membantu. Memang Judin Pengkar tahu apa sangat boleh
dilakukan oleh Haji Tumiran selain dari berdoa selepas solat tahajud tengah
malam. Sama ada makbul atau tidak terserah kepada urusan Allah semata-mata.
Tetapi Judin Pengkar terpaksa juga menemui Haji Tumiran dengan penuh harapan
orang tua itu bersedia doakan.
Selepas solat tahajud tengah malam, Haji Tumiran berdoa
perlahan dalam penuh bimbang dan gementar kalau-kalau doanya tidak dapat
memenuhi harapan Judin-Pengkar. Manalah tahu lelaki itu akan menuduhnya tidak
bangun tengah malam dirikan solat sunat tahajud. Tentu Judin Pengkar akan menuduh
dia berbohong kerana tidak mahu membantu.
Haji Tumiran bacakan juga surah Yassin, kemudian terus
berdoa:
Qola rabbihkum bil-haqqi, warabunar rahmanul musta'anu
'ala ma-tasipun, qui-b ifadlillahhi wabirahmatihi fabizalika falyaprahu, huwa
khiarum mimma yajma'un.
Habis sahaja berdoa, Haji Tumiran teruskan dengan zikir
yang bergema jauh di sudut hatinya hingga terasa seluruh badan bagaikan
dirayapi semut halus. Ketika ini Haji Tumiran dapat melihat bayangan lelaki
yang menyeluk dompet di dalam saku belakang seluar Judin Pengkar.
Kelalaian Judin Pengkar menyebabkan lelaki itu mudah
menyeluk saku seluarnya hingga dompet juga dapat direntap. Tetapi Haji Tumiran
sekadar melihat bayangan lelaki yang pantas menyeluk poket seluar Judin Pengkar
hingga meragut dompet di dalamnya. Semakin gema zikirnya berombak kuat di dalam
sanubari Haji Tumiran tetap mengekori bayangan tersebut.
Biarlah wang di dalam dompet dihabiskan tidak bersisa,
dia tahu lelaki itu menjadi tidak tenteram. Ke mana sahaja dia membawa dompet berkenaan
perasaannya gelisah tidak menentu . Kesal sangat lelaki itu disebabkan
mengambil dompet tersebut semata-mata mahu mendapatkan duit dengan mudah.
Setiap kali lelaki itu terpinga-pinga mendengar gema
zikir yang menusuk perasaan, Haji Tumiran dapat merasakan seluruh tubuhnya
bagaikan dirayap semut halus. Sehingga dia merebahkan badan tidur di atas
sejadah, Haji Tumiran tetap melihat bayangan lelaki yang mencuri dompet
Judin,Pengkar.
Sehingga bayang lelaki itu bertukar menjadi tikus
terkurung dalam perangkap, Haji Tumiran terus berzikir tidak putus-putus di
sanubarinya. Sampai dia di-kejutkan oleh isterinya supaya bangun solat subuh,
zikir yang bergema di sanubarinya tetap tidak putus-putus di hati Haji Tumiran.
Ketika dia menetak pelepah pisang di kebunnya, Judin
Pengkar tersengih-sengih menunggang motosikal mara mendapatkan Haji Tumiran.
Belum sempat menungkat motosikalnya, Judin Pengkar sudah menunjukkan dompet
yang hilang sebelum itu.
"Alhamdulillah, tuan haji, dompet ni tak
hilang," ujarnya gembira sangat terus merapati Haji Tumiran.
"Karnu letakkan di mana?" terkilan juga Haji
Tumiran disebabkan dia terpaksa bersusah payah bangun tengah malam, salangkan
dompet Judin Pengkar tidak hilang pun. Tentulah sia-sia dia bangun solat
tahajud disebabkan mahu membantu, tetapi dompet berkenaan ada dalam simpanan
Judin Pengkar. •
"Orang to
pulangkan batik dompet kamu tu?" hairan juga Haji Tumiran disebabkan cekal
sangat hati pencuri berkenaan hingga sanggup memulangkan semula barang yang
dicuri kepada tuannya.
"Manalah saya tahu," sahut Judin Pengkar
tersengih-sengih disebabkan gembira sangat. "Dia letakkan depan pintu
pagar rumah," jelasnya macam tidak percaya mengenai dompet berkenaan
terletak baik-baik di depan pintu pagar.
Macam tidak percaya Judin Pengkar tatkala mahu ke tempat
kerja sebelah paginya, tiba-tiba melihat dompet tersebut terletak di depan
pintu pagar. Apabila dibuka dompet berkenaan tidak sehelai pun duit di dalamnya
hilang. Seingat-ingat Judin Pengkar memang dompet berkenaan hilang sewaktu
batik dari pekan.
Berdebar sangat hatinya ketika berhenti di warung simpang
jalan sebaik batik dari pekan, apakala mendapati dompetnya hilang. Tidak bertangguh
dia dapatkan Haji Tumiran memberitahu mengenai kejadian tersebut. Memang
dom-petnya tidak cicir di rumah, kerana dia banyak membeli barang semasa di
pekan. Tatkala membeli barang di pekan memang dia menyeluk dompet dalam saku
keluarnya. Masakan dompet berkenaan tercicir di depan pintu pagar rumah!
Tahu sangat mereka di kampung itu, tentu pencuri
ber-kenaan pulangkan semula dompet Judin Pengkar dengan meletakkan di depan
pintu pagar. Bukan Judin Pengkar sahaja mengalami kejadian demikian, Usin
Moyong pun pernah hilang basikal di bawah rumah.
Sampai seminggu Usin Moyong tidak berbasikal pergi menoreh,
Lijah Uban yang suruh dia menemui Haji Tumiran. Tetapi Haji Tumiran desak Usin
Moyong buat sendiri solat tahajud, dan dia sendiri akan membantunya. Tiga malam
Usin Moyong bangun tatkala dinihari buat solat tahajud, tiba-tiba dia mendengar
di bawah rumahnya bagaikan tiang dilanggar kam-bing.
Sengaja Usin Moyang tidak mahu menjengah. Manalah tahu
malang tidak berbau mukanya ditonyoh dengan batu sebaik sahaja membuka jendela.
Tetapi bunyi tiang dirempuh kambing itu tidak lama. Semuanya senyap sepi semula
setelah Usin Moyong teruskan zikir seperti diajarkan oleh Haji Tumiran.
Hanya keesokan paginya tatkala Munir anaknya turun tangga
mahu bersekolah, dia memberi tahu Usin Moyong basikalnya tersandar di tiang bawah
rumah. Memang Semail Bacar tahu mengenai kemampu-an ayahnya apakala orang-orang
kampung harapkan bantuan.
"Anak saya to tak sabar, ustaz," ujar Haji
Tumiran semasa saya kunjungi dia di surau. Dia sendiri beritahu saya mengenai
kejadian yang menimpa Semail Bacar itu.
Memang Haji Tumiran ingatkan Semail Bacar supaya bangun
tengah malam buat solat tahajud. Dia sekadar membantu sahaja, tetapi Semail
Badar sendiri perlu berusaha berdoa dengan bersungguh-sungguh. Tidak tahu dia
sama anaknya lakukan atau tidak solat tahajud itu.
Disebabkan Haji Tumiran sudah memberi tahu mengenai
kejadian yang menimpanya itulah, sengaja yang mengusik dia semasa bertemu di
rumah Ucu Mahali di kawasan Felda. Serba salah Semail Bacar kerana saya
mengetahui segala kejadian yang menimpa dirinya.
"Macam mana ustaz boleh tahu?" hairan juga
Semail Bacar kerana tidak menduga ayahnya sudah beritahu kepada saya.
Semail Bacar sendiri tidak tahu sudah beberapa kali saya
berkunjung ke kampungnya menemui Haji Tumiran itu. Manalah dia tahu disebabkan
sibuk dengan urusan berniaga. Lagi pun sesiapa yang menjadi teman rapat ayahnya
pun dia tidak cam sangat setelah lama meninggalkan kampung bertahun-tahun.
Hanya sekali sekala sahaja dia balik menjengah ayahnya.
Perkara sesiapa yang rapat hubungan dengan ayahnya tidak penting sangat pada
Semail Bacar. Saya sendiri cam pada Semail Bacar pun sekadar ditunjukkan oleh
Haji Tumiran gambar yang tersangkut di dinding.
"Hah, dengan ustaz jangan cuba nak selindung!"
Ucu Mahali pula mengusik menyebabkan Semail Bacar terkebil-kebil mata. Percaya
sangat dia apabila dikatakan saya mengetahui segala kejadian yang berlaku ke
atas dirinya hanya cukup dengan melihat mukanya sahaja.
"Kalau macam tu, ustaz tolonglah saya," lantas
sahaja Semail Bacar mendesak sambil mengerling Mat Jumin yang membawa dia menemui
Ucu Mahali di Felda berkenaan.
"Cukuplah dengan Ucu Mahali," ujar saya
tersengih-sengih dengan sikap Semail Bacar yang percaya sangat dengan usikan
saya.
Disebabkan tidak
mahu dia percaya membuta tuli, terpaksa juga saya beritahu mengenai kunjungan
saya ke kampungnya menemui ayahnya Haji Tumiran. Bimbang juga saya kalau-kalau
Semail Bacar menganggap saya mengetahui segala yang tidak boleh dilihat oleh
manusia.
Perkara pengetahuan manusia tidak ada yang melebihi ilmu
Allah. Saya sekadar mahu mengusik Semail Bacar apakala berpura-pura mengetahui
kejadian yang menimpanya itu, disebabkan sudah diberi tahu oleh Haji Tumiran
terlebih dahulu. Apatah pula dugaan saya benar apabila menemui dia di rumah Ucu
Mahali itu, memang saya berhadapan dengan Semail Bacar.
Sudah dua kali Semail Bacar datang bersama kawannya Mat
Jumin ke situ meluahkan rasa terkilannya dengan perbuatan Midon Togok itu.
Biarlah duitnya hilang tiga ribu itu, memang Semail Bacar tidak peduli sangat.
Dia mahu biar perbuatan Midon Togbk menipu orang ramai itu terbongkar juga
akhirnya.
Tentu cara Midon Togok memperdayakan mangsa sama sahaja
di mana-mana. Dia akan gunakan Enah Sanggul mem-pengaruhi isteri sesiapa dengan
membantunya memasak di dapur. Tatkala ini Enah Sanggul akan masukkan serbuk
yang sudah ditapa di atas kubur ke dalam garam, biar sama-sama menikmati gulai
yang dimasak.
Asal sahaja tuan rumah menjamah garam yang sudah digaul
serbuk berkenaan, bila-bila seisi rumah akan mematuhi kemahuan Midon Togok.
Tatkala ini tuan rumah akan melihat kertas buruk sama dengan kepingan wang
berjuta-juta. Mereka bersedia lakukan apa sahaja diarahkan oleh Midon Togok
hingga sanggup serahkan duit beribu-ribu.
Sebab itu Semail Bacar mahu perbuatan Midon Togok
dihalang. Kalau dilaporkan kepada polis pun, tentu dia akan ditertawakan.
Kenapa bodoh sangat hingga mematuhi apa sahaja kemahuan Midon Togok? Tentu
sesiapa pun tidak percaya dirinya bagaikan dipukau sampai tidak dapat
memikirkan apa-apa selain dari arahan Midon Togok yang berpegang kepada kuasa
Tok Syeikh.
Memang Semail Bacar tidak akan memberi tahu polis
kejadian yang menimpa dirinya. Mat Rohim di Keluang juga tidak akan membuat
laporan. Biarlah Midon Togok cuba selagi Allah izinkan perbuatannya. Semail
Bacar tetap ingatkan pesan ayah-nya:
La tattaharraku zurriyatan bi-iznillahhi, hasbiyallahhu
la ilaha ilia huwa, 'alaihi tawakkaltu
wahuwarabbul 'arsyil 'azim.
Tetapi dia sekadar ingatkan sahaja pesanan tersebut.
Apabila berjauhan dia merasakan urusan berniaga mesti diutamakan teriebih dahulu.
Tentu siapa pun akan mematuhi dirinya kalau urusan berniaganya sentiasa
berjaya.
Kalau tidak kenangkan saham melambung naik setiap hari,
memang dia tidak peduli sangat mengenai saham. Tetapi Richard Wong yang
galakkan supaya tidak mengalah. Hanya dengan bermain saham boleh membantu
urusan berniaganya berkembang. Apa lagi setiap hari memang dia mendapat untung
beribu-ribu ringgit.
Beberapa kali kawannya Mat Jumin ingatkan dia supaya
berhenti sahaja setelah untung banyak, tetapi Semail Bacar tetap berdegil. Mat
Jumin tidak patut mencampuri urusan berniaganya kalau tidak berpengalaman
langsung mengenai saham. Tahu sangat dia Mat Jumin bukan tahu sangat mengenai
urusan berniaga. Lainlah kalau urusan kerja di pejabat memang Mat Jumin boleh
diharapkan.
"Awak kena
buang semua gula dan garam di rumah," Ucu Mahali ingatkan setelah dia
padamkan lampu di dalam rumah. Ketika mula berdoa Ucu Mahali sengaja padamkan
lampu biar keadaan dalam rumah gelap. Dia akan pasangkan lampu di luar sahaja,
biar cahaya lampu berkenaan menyilau malap ke dalam rumah.
"Kenapa pula to?" Semail Bacar mendesak
disebabkan ingin tahu punca sebenarnya.
"Garam dengan
gula awak, dah dicampur dengan kapur barus mayat," beritahu Ucu Mahali
setelah lama berzikir di dalam gelap. "Macam mana yang ustaz fikir?"
tiba-tiba sahaja Ucu Mahali memerhati ke arah saya.
Saya tidak menyahut. Biarlah Ucu Mahali sahaja doakan
mengikut amalannya. Tahu sangat saya Ucu Mahali memang dia mengakui caranya
boleh menimbulkan syak wasangka kerana padamkan lampu. Dia juga akan mengubati
sesiapa pun hanya selepas waktu isya, kerana dia tidak pernah lakukan pada
waktu siang hari.
Semenjak dia berpindah ke Felda itu, tidak kerap lagi
saya memenuhi dia. Lainlah semasa di kampung, asal sahaja balik memang saya
kunjungi rumah Ucu Mahali. Tetapi dia memilih Felda setelah lama menetap di
kampung apabila berhenti dari kerja.
Tidak tahu saya di mana Ucu Mahali dapatkan amalannya,
disebabkan dia lama merantau sampai ke Sabah dan Sarawak. Tetapi dia mengaku
banyak belajar di pondok semasa di Kedah dan di Kelantan. Memang saya tidak
peduli sangat mengenai amalan Ucu Mahali, kerana saya menemui dia di-sebabkan
sudah lama berkawan.
Sebaik sahaja lampu dipadamkan, memang saya melihat
beratus-ratus bayangan hitam mengerumuni dia seolah-olah berlindung di bawah
ketiak. Marah juga Ucu Mahali apabila bayangan lembaga itu menyondol-nyondol
tubuhnya.
"Ustaz to
kawan kita, tak apa!" gerutu Ucu Mahali disebabkan lembaga hitam cuba
bersembunyi di bawah ketiak-nya.
Tersengih-sengih Ucu Mahali disebabkan lembaga berkenaan
memberitahu saya dapat melihat mereka di situ. Sebab itu dia ingatkan lembaga
berkenaan tidak perlu bersem-bunyi selagi saya terconggok. Tidak lama selepas
itu beberapa bayangan lembaga lagi menerpa ke dada Ucu Mahali dari arah udara.
"Hah, sekarang pergi kamu tengok rumah sahabat kita
ni!" tegas Ucu Mahali memberi perintah.
Beratus-ratus bayangan hitam itu melayang ke udara sambil
diperhatikan oleh Ucu Mahali. Tatkala dia melihat rumah dua tingkat dalam
bayangan di kelilingi cahaya, Ucu Mahali melihat langsirnya berbuai-buai.
Lembaga lelaki bergayut di situ dengan bau kapur barus yang ditabur pada kain
kapan mayat menusuk ke hidung.
"Emmm, bau kapur barus mayat ni!" gerutu Ucu
Mahali mendengus-dengus lantas meng-gamit saya.
Lembaga hitam beratus-ratus yang mematuhi perintah Ucu
Mahali menyelongkar hingga ke dapur. Dia melihat botol berisi gula dipenuhi
debu hitam laksana amang yang ber-kapungan di permukaan botol. Botol garam juga
hitam berlendir bagaikan perlimbahan berbau minyak hapak meloyakan.
Apabaila
diperintah ke pejabat Semail Bacar, berligar-ligar lembaga hitam berkenaan
hingga menemui kabinet di penjuru bilik. Mereka menye-longkar kabinet tersebut
mengetuarkan beg berisi kertas surat khabar lusuh. Ketika ini mereka melihat
seekor ular tedung senduk berwarna hitam berlingkar di situ dengan kepala
mencodak ke atas.
Tidak bertangguh mereka menangkap ular tedung senduk
tersebut dikerenyuk macam merentap akar tengah belukar. Lama mereka menggeledah
di dalam pejabat, barulah Ucu Mahali memanggil semuanya balik semula ke
sisinya.
"Tak apa,
awak buanglah kertas dalam beg tu," jelas Ucu Mahali setelah dia melihat
lem-baga hitam yang diperintahkan-nya membunuh ular tedung yang mencodak kepala
di dalam beg tersebut. "Sihirnya sudah dibuang," beritahu Ucu Mahali
seterusnya setelah lampu di dalam rumah dipasang semula.
"Memang dia gunakan sihir ke?" Semail Bacar
masih belum berpuas hati sekalipun Ucu Mahali sudah menerangkan ke-adaan yang
menimpa dirinya. Tetapi perkara yang tidak dapat dilihat oleh Semail Bacar
memang sukar mahu dijelaskan oleh Ucu Mahali bagaimana keadaan sebenarnya.
No comments:
Post a Comment