Kalau disembunyikan pun rahsianya sudah ramai yang tahu
mengenai dirinya bebrapa kali diharapkan menyerbu pontianak. Sebelum berpindah
ke utara memang mereka yang bekerja di ladang tahu pasal Mamak Sutan tidak akan
mengalah sekiranya orang-orang pekerja ladang diganggu lembaga pontianak.
Apa lagi mereka tahu mengenai Mamak Sutan datang
berdagang dari seberang. Mereka percaya Mamak Sutan tidak akan merantau jauh
kalau dibiarkan dada kosong di rantau orang. Tidak payah diuji pun mereka tahu
Mamak Sutan tidak berganjak apakal tersermpak lembaga pontianak tersangkut di
belukar teberau.
Mereka tidak tahu mengenai lembaga perempuan hodoh yang
terkapar di situ laksana helang patah sayap, disebabkan orang-orang kampung
menuduhnya lembaga pontianak mereka pun sama-sama menganggapnya pontianak.
Disebabkan Mamak Sutan yang tewaskan lembaga berkenaan daripada menganggu,
lantas mereka anggap Mamak Sutan pawang pontianak.
Asal sahaja disebut pawang pontianak di kawasan ladang
itu mereka tahu memang Mamak Sutanlah orangnya. Sewaktu isteri Lamid Bincut
mengalami tumpah darah tatkala melahirkan anak, seisi kampung sudah mengagak
tentu gangguan pontianak. Mereka percaya pontianak memang menghisap darah untuk
memuaskan rasa dahaganya.
"Panggil
pawang pontianak, cepat!" Pak Musid ingatkan Lamid Bincut supaya tidak
bertangguh menjemput Mamak Sutan ke situ.
"Hah, ini bukan kerja pontianak," beritahu
Lamid Bincut cemas dengan keadaan isterinya.
"Jangan tunggu, bawa saja ke hospital," mandur
ladang mendesak supaya mereka tidak teragak-agak. Dalam masa perintah orang
putih memang tidak ada banyak kemudahan, mereka juga serba salah mahu membawa
isteri Lamid Bincut ke hospital.
Tetapi Pak Musid
tidak rela membiarkan Lamid Bincut cemas tidak menentu. Sebelum dibawa ke
hospital biar dia sendiri jemput Mamak Sutan.
Kalau diberi tahu pun lambat baru pihak hospital datang ke situ membantu
disebabkan perjalanan yang sukar masuk ke tengah ladang.
Apa lagi tatkala
malam kian gelap, memang pihak hospital tidak akan menjengah. Siapa pula yang
mahu hubungi dengan telefon kalau pejabat ladang sudah dikunci? Mandur pun
sekadar mendesak, dia sendiri tidak akan sanggup bersusah payah bersama mereka.
Sebab itu Pak Musid kayuh basikal ke kampung di sempadan
ladang mencari Mamak Sutan. Memang dia tidak tinggal bersama di dalam ladang,
sekalipun di situlah tempat dia mencari rezeki. Terpaksalah Pak Musid meranduk
kegelapan malam semata-mata mahu membantu kawannya Lamid Bincut.
Sebaik diberi tahu mengenai kejadian yang menimpa isteri Lamid
Bincut tidak bertangguh Mamak Sutan mengekori Pak Musid. Tatkala sampai di
rumah kongsi ladang keadaan Bisah isteri Lamid Bincut sudah semakin lemah.
Jiran-jiran juga sudah tidak menaruh harapan lagi dengan keadaan Bisah.
Matanya sudah terbalik dengan mulut terkumat-kamit. Darah
kian banyak tumpah hingga terpaksa dilapik beberapa helai kain sarung. Bidan
yang membantu Bisah juga tenggelam punca tidak dapat melakukan apa-apa.
Mamak Sutan tidak cemas apa-apa dengan keadaan Bisah. Dia
minta Lamid Bincut lap sahaja kepala isterinya dengan kain yang dibasahkan
supaya pitam yang mengganggu Bisah dapat dipulihkan. Setelah kain basah
dilapkan ke kepala Bisah, Mamak Sutan perlahan membacakan doa:
Allahhumma rabbinnasi azhibalbas isyfi antasy syafi
la-syifa-a ilia syifa-uka syifa-an laYughodiru saqama, as-alullahhil 'anima
rabbal 'arsyil 'azimi an-yasyfiyaka illa 'afahullahhu min zalikal maradho.
Kemudian dia melihat ombak dada Bisah mulai tenang. Setelah
pitam yang mengganggu Bisah mulai reda, Mamak Sutan menghembuskan al-Fatihah
tiga kali ke ubun-ubun perempuan itu. Perlahan-lahan tenaga Bisah kembali pulih
setelah darahnya tidak banyak lagi tumpah.
Sebaik sahaja keadaan Bisah dapat dikawal, mereka percaya
memang gangguan pontianak menyebabkan perempuan itu hampir tidak dapat
diselamatkan. Tentu Mamak Sutan yang menjadi pawang pontianak dapat menghalang
puaka itu dari terus menghisap darah Bisah.
"Tentu pontianak yang lakukan!" lantas sahaja
Bidan Temah menuduh setelah Bisah tidak lagi pitam sekalipun tenaganya masih
lemah.
"Pontianak
memang kerja-nya hisap darah," sahut Pak Musid menggertap bibir bagaikan
menyimpan dendam yang mendongkol.
"Hah, kalau
aku jumpa, aku cincang pontianak tu!" gerutu Lamid Bincut bersemangat mahu
menentang siapa sahaja.
"Kau fikir
pontianak macam kita ni?" Pak Musid tersengih-sengih dengan semangat Lamid
Bincut yang mendadak. Sebelum itu dia moyok sahaja terkebil-kebil mata melihat keadaan
isterinya yang tidak bermaya. "Kita bukannya boleh nampak pontianak tu,
laintah Mamak Sutan," ujarnya macam menyindir Lamid Bincut.
Menggeleng lemah Lamid Bincut. Kesal jugs dia terlepas
cakap mahu menyerbu pontianak kalau terserempak di mana-mana. Sia-sia sahaja
dia menyerbu kalau semata-mata semangat sahaja keras. Tahu sangat dia pontianak
itu mudah menghilangkan diri apabila ditetak dengan parang. Tiba-tiba sahaja
dia akan terconggok di belakang tatkala mata parang sudah terbabas ditetak
memancung angin.
Bagaimana dia mahu mengelak apakala pontianak mencekak
lehernya dari belakang. Kuku pontianak yang panjang laksana duri onak akan
mencengkam kuat hingga dia tidak sempat menepis. Bila-bila darah yang terpancut
di tengkuk-nya akan dihisap oleh pontianak sampai tenaganya menjadi lemah tidak
bermaya.
Ah, kenapa celupar sangat mulutnya mahu menentang
pontianak! Tetapi Lamid Bincut menyedari dia tidak dapat mengawal perasaan.
Sebab itu mudah sahaja mahu menyerbu pontianak kalau terserempak di mana-mana.
Tetapi apabila kenangkan cerita Pak Musid mengenai tengkuk pontianak berlubang
boleh ditusukkan dengan paku, tersengih-sengih Lamid Bincut.
"Kenapa kamu
tersengih-sengih, Lamid?" segera Pak Musid mengusiknya.
"Celupar
sangat mulut aku ni," bisik Lamid Bincut sengaja berdalih supaya tidak
didesak sangat oleh Pak Musid.
Tetapi Pak Musid dapat mengagak tentu Lamid Bincut tahu
mengenai pontianak yang berlubang tengkuk. Apabila di-tusuk paku sepanjang dua
inci nescaya tubuh pontianak menjadi lemah. Bila-bila sahaja makhluk itu akan
bertukar menjadi manusia. Sudah terbayang pada hati Pak Musid tentu Lamid
Bincut sudah mengagakkan pon-tianak itu menjadi perempuan cantik yang rela
menjadi isteri-nya.
Memang Pak Musid sendiri tidak pernah terserempak
pontianak di mana-mana. Dia sekadar mendengar cerita kawan-kawan mengenai
pontianak yang menjelma. Siapa pula yang sanggup tusukkan paku sepanjang dua
inci ke tengkuk pontianak yang berlubang se-mata-mata harapkan dia menjadi
perempuan yang cantik.
Kenapa perlu
harapkan pontianak bertukar menjadi perempuan yang cantik, sedangkan di dalam
kampung pun masih ramai perempuan. Sama ada cantik atau pun tidak terpulang
kepada hati sendiri. Tidak ada sebab kenapa perlu bersusah payah mahu tusukkan
paku ke tengkuk pontianak yang berlubang?
"Jangan
percaya cerita karut, itu tahyol!" jelas Mamak Sutan apabila Lamid Bincut
datang menemui dia meminta turunkan amalan menundukkan pontianak. "Kau
percaya isteri kau diganggu pontianak, siapa yang cakap begitu?" ujarnya
ketawa memanjang fasal diberi tahu oleh Lamid Bincut mengenai pontianak
menghisap darha isterinya.
"Habis, Bisah tu diganggu apa, Mamak?" hairan juga
Lamid Bincut pawang pontianak seperti Mamak Sutan tidak mengakui gangguan
berkenaan berpunca dari pontianak.
"Perempuan lepas bersalin, memang selalu kena tumpah
darah," beri tahu Mamak Sutan mengingatkan lelaki itu. Memang tumpah darah
itu tidak boleh dielakkan kalau sewaktu melahirkan anak mengalami pendarahan
yang banyak.
"Tapi, Bidan Temah kata memang kerja
pontianak!" ujar Lamid Bincut mendesak Mamak Sutan turunkan juga amalan
menundukkan pontianak itu kepadanya. Setidak-tidaknya dia tidak perlu lagi
harapkan
Mamak Sutan membantu sekiranya diganggu demikian.
"Ah, dia agak-agak sahaja, aku pun tak pernah tengok
pontianak!" jelas Mamak Sutan mengerling lelaki itu.
"Dulu di belukar teberau, Mamak dengan Abang Tubin
tengok apa?" lantas sahaja Lamid Bincut ingatkan kejadian Tubin menangguk
udang di sungai waktu senja. Seisi kampung tahu Tubin terserempak pontianak di situ
hingga basah mukanya dikencing makhluk berkenaan. Tiga hari bau hancing tidak
hilang hingga terpaksa dimandi-kan oleh Mamak Sutan dengan air rebus lengkuas.
"Siapa kata
pontianak?" ketawa besar Mamak Sutan apabila Lamid Bincut ungkit kejadian
yang berlalu bertahun-tahun dulu. Mereka semua menuduh melihat pontianak
tersadai di belukar teberau itu.
Mamak Sutan
sendiri tidak tahu mengenai perempuan hodoh yang tersadai di belukar teberau
itu. Tatkala semua orang jauh menunggu di belakang, cuma dia satu-satunya yang
mendekati makhluk yang kelihatan berbalam-balam dalam kegelapan senja.
Rengeknya memang sama bagaikan perempuan tengah kesakitan,
tetapi dia nampak jelas wajah perempuan hodoh berkenaan. Disebabkan tangannya
terdampar bagaikan keluang, Mamak Sutan dapat memastikan kuku jarinya panjang
laksana helang mahu menyambar. Hanya Tubin yang mengakui terserempak perempuan
hodoh tersadai di belukar teberau
berkenaan.
Setelah didesak
sangat oleh Lamid Bincut mahu turunkan amalannya, Mamak Sutan menyuruh dia
supaya tidak tinggalkan solat lima waktu. Kemudian amalkan doa setiap kali
selesai solat. Tidak ada amalan yang diamalkannya sejak datang ke Semenanjung
selain daripada solat lima waktu.
Terkebil-kebil
mata Lamid Bincut apabila disuruh tunaikan solat lima waktu tidak putus-putus.
Memang dia sendiri tidak pernah bangun pagi tunaikan solat subuh. Asal sahaja
bingkas bangun dia akan serbu ke dapur mencari nasi sejuk. Kemudian
bergegas-gegas ke ladang buat kerja yang ditetapkan oleh mandor.
Balik sahaja daripada bekerja, dia akan terlentang tengah
rumah tidur bersenar. Bukan takat zohor sahaja tidak dipedulikan, asar juga
tidak pernah tahu waktunya. Petang-petang dia akan terconggok di kedai kopi Ah
Sang main mah-jong. Kadangkala jauh malam barn jejak kaki balik ke rumah hingga
tidak pernah pun tunai solat maghrib.
Sebab itu dia tidak ambil peduli sangat semasa Bisah
sarat mengandung. Dalam saat sarat mengandung itu Bisah terpaksa buat kerja
teruk-teruk hatta mengangkut air dari paip tepi jalan ke dalam tempayan di
rumah. Siapa lagi mahu diharapkan kalau tidak dia sendiri yang mesti lakukan.
Memang disebabkan terlalu teruk bekerja semasa mengandung
itulah, Mamak Sutan ingatkan Lamid Bincut sebab-sebab Bisah mengalami tumpah
darah semasa melahirkan anak. Mamak Sutan tidak perlu turunkan apa pun amalan
mengenai menundukkan pontianak, kerana punca penyakit yang di deritai oleh
Bisah bukannya disebabkan pontianak menghisap darah.
"Kau sendiri jadi pontianak, kalau tak tunaikan
solat!" sengaj a Mamak Sutan mengejeknya.
Selepas kejadian menimpa isterinya memang Lamid Bincut
tidak jejak kaki lagi di kedai kopi Ah Sang main mahjong bersama kawan-kawan.
Kesal juga Lamid Bincut balik ke rumah sampai jauh tengah malam akibat main
mahjong di situ. Biarlah dia habiskan masa bersama anak kecil yang baru lahir
sementara Bisah sihat betul.
Asal petang sahaja dia akan berkunjung ke rumah Mamak Sutan
di dalam kampung bersempadan ladang. Kalau Mamak Sutan tidak mahu turunkan
apa-apa amalan memadai dia bertanyakan pengalaman lelaki itu semasa di kampung
halamannya sebelum merantau jauh ke Semenanjung. .
Memang Mamak Sutan tidak pernah lupa pada Tok Aji asal
sahaji disebut Bukittinggi atau belajar madrasah di Kapur Sambilan. Masakan dia
dapat melupakan ayah mentuanya Angko Sahmin atau isterinya Siti Sinor yang
meninggal dunia tatkala melahirkan anak. Kalau tidak disebabkan Tok Aji
meninggalkan Kapur Sambilan dia percaya mayat Siti Sinor tidak akan ditusuk
jarinya dengan jarum.
Tetapi siapa yang mahu selamatkan Tok Aji kalau dia tidak
tinggalkan Kapur Sambilan? Apabila diajak ke hutan oleh Solihin bersama Angko
Sahmin, lantas sahaja Tok Aji bersetuju. Bukan disebabkan dia gemar sangat ke
hutan, tetapi sekadar mahu mencari kayu yang sesuai untuk dibuat bangunan
madrasah. –
Jauh juga mereka
bertiga masuk ke hutan. Sehingga petang baru dapat memilih pokok-pokok yang
mahu ditebang. Cuma tenaga Solihin satu-satunya yang mampu menghayun kapak dan
baji untuk menebang pokok. Harapkan Tok Aji dengan Angko Sahmin masakan tenaga
yang sudah tua mampu menghayun kapak.
Lainlah kalau
pokok sudah ditebang tumbang. Esok lusa mereka boleh kerah anak-anak muda
termasuk Mamak Sutan juga memikul beramai-ramai. Setelah menebang sebatang
pokok, tiba-tiba sahaja Solihin mengadu mengalami sakit perut. Puas Tok Aji
berusaha dengan mendoakannya, tetapi penyakit Solihin bertambah tenat. Bibir
pucat menahan kesakitan dengan jari-jarinya biru lebam.
Angko Sahmin terpaksa ambilkan pucuk-pucuk kayu pupuk
perut Solihin supaya perutnya pulih. Semakin dipupuk pucuk-pucuk kayu, keadaan
perut Solihin menjadi kembung tidak menentu. Dia mengerang-erang tidak dapat
menahan kesakitan hingga seluruh tubuhnya memercik peluh merenik-renik.
Dalam keadaan mengerang-erang itu Solihin meninggal
dunia. Terkejut benar Tok Aji bersama Angko Sahmin dengan kejadian yang menimpa
kawan-nya itu tiba-tiba sahaja diserang sakit perut. Mereka berdua cuba
selamatkan tetapi Solihin menghembuskan nafas juga. Memang sedih juga Tok Aji
dengan kejadian tersebut disebabkan mereka masuk ke hutan sama-sama mahu buat
kebajikan kepada penduduk-penduduk.
Biarlah mereka bersusah payah mencari kayu yang baik
untuk dirikan bangunan madra-sah. Selepas itu kawan-kawan yang lain boleh
membantu uruskan membawa kayu yang sudah ditebang ke dalam kampung. Mereka
boleh ber-gotong royong memunggah kayu-kayu yang sudah ditebang itu
beramai-ramai.
"Macam mana ikhtiar kita sekarang, Tuanku?"
Angko Sahmin serba salah juga. Harapkan Tok Aji mahu mengusung mayat Solihin
keluar, kakinya pun layuh tidak boleh berjejakkuat. Masakan Tok Aji yang
terdengkot-dengkot itu boleh diharapkan mengusung mayat jauh mahu balik ke
tengah kampung.
"Kita kena
minta bantuan, Angko," sahut Tok Aji menahan kesedihan yang menyusuk-nusuk
dengan kejadian tersebut.
"Habis, mayat
Solihin kita tinggalkan di sini?" bimbang benar Angko Sahmin disebabkan
petang sudah semakin beransur senja.
"Tidak, salah seorang di antara kita, kena tunggu di
sini," jelas Tok Aji dapat membaca perasaan yang bergelora dalam dada
Angko Sahmin. "Seorang lagi kena balik ke kampung meminta bantuan,"
ujarnya lagi meminta Angko Sahmin sahaja balik meminta bantuan dari kawan-kawan
di kampung.
Sebelum Angko Sahmin balik, dia membantu Tok Aji mengikat
mayat Solihin dengan rotan lilin tidak berbelah. Mereka ikatkan pada batang
kayu yang sudah ditebang biar mayat itu tidak terletak di atas tanah. Setelah
Angko Sahmin balik, lantas Tok Aji mengerat anak kayu sebesar lengan panjang
sehasta.
Setelah mengambil wuduk pada anak air di lereng bukit,
Tok Aji tunaikan solat terlebih dahulu. Kemudian dia memasang unggun tidak jauh
dari mayat di-baringkan. Kalau ada bau api marak menyala tentu binatang buas
tidak berani menghampiri. Bimbang juga Tok Aji sekiranya terjongol harimau
belang atau ular sawa menjulur kepala dari tengah belukar:
Dalam masa menunggu mayat Solihin itu dia terus membacakan
Yassin tidak berhenti-henti. Sebaik sahaja habis waktu senja, tiupan angin mula
ber-tambah kuat. Unggun api yang dipasang juga padam akibat ditiup angin kuat
sekalipun baranya masih menyala hangat.
Terpaksa pula Tok Aji longgokkan kayu-kayu kering ke
dalam unggun supaya apinya tidak padam hingga ke pagi. Setidak-tidaknya nyamuk
juga dapat dihindarkan selagi api unggun menyala di situ. Sementara menunggu
masuk isya, Tok Aji berzikir juga sepanjang waktu.
Angin yang bertiup kencang terdengar menderu jauh dari
balik-balik bukit. Saat ini yang terbayang pada Tok Aji sekiranya pokok-pokok
di kelilingnya tumbang terbongkar akar sekiranya ditiup angin kencang. Apa lagi
diaterconggok di lereng bukit yang mudah pokok-pokok tumbang sekiranya diserbu
angin.
Belum pun masuk
waktu isya, Tok Aji ternampak mayat Solihin bergerak-gerak. Jauh di lipatan
hatinya dia mengagak tentulah pakaian Solihin bergerak-gerak ditiup angin
kencang. Tetapi dalam keadaan angin terus bertiup, Tok Aji nampak rotan lilin
yang mengikat mayat terputus bagaikan direntap kuat.
Sekaligus pula
mayat Solihin bingkas bangun dengan mata-nya memancar cahaya merah bersinar.
Rotan lilin yang mengikatnya mudah sahaja putus bagaikan tali rapuh tidak
berguna. Kalau tenaga biasa masakan mampu merentap rotan Jilin tidak berbelah
itu sampai putus tidak bersisa. Apa lagi mayat Solihin yang terbaring kau sejak
petang dia menghembus-kan nafas.
Tetapi Tok Aji
sudah dapat mengagak gangguan yang mahu menguj i ketabahannya. Peng-alaman
demikian bukan sekali dua dihadapi oleh Tok Aji semenjak dia meninggalkan
Bukittinggi. Sudah banyak tempat ditempuhinya sama ada di Batusangkar, di
Pariaman atau di Padang Panjang. Sebab itu Tok Aji tidak pernah gelabah
ber-hadapan dengan keadaan mayat Solihin yang tiba-tiba sahaja bingkas bangun.
Lama mayat Solihin terduduk dengan matanya bersinar
seperti bola api yang membakar. Dia mendengus-dengus bagaikan lembu disem-belih
leher apabila menggeleng-geleng kepala ke kiri dan ke kanan. Kemudian dia
tiba-tiba melaung kuat hingga gemanya bergaung ke udara. Mayat itu pula
mendongak ke atas terus berdiri sambil mengibas-ngibas tangan mencari mangsa.
Tok Aji cuba mendiamkan diri supaya tidak dapat dikesan
oleh mayat Solihin yang bingkas bangun. Tetapi syaitan yang merasuk mayat
berkenaan tidak peduli pun Tok Aji terconggok di situ. Dia terus menerkam
pantas, tetapi segera dielakkan Tok Aji sekalipun terdengkot-dengkot akibat
kaki sebelahnya layuh tidak berjejak kuat.
Terbabas mayat tersebut hingga berguling ke tanah. Tetapi
cepat-cepat pula dia menerkam. semula lantas dipukul oleh Tok Aji dengan kayu
yang sudah dikerat panjang sehasta. Sewaktu memukul mayat berkenaan Tok Aji
membacakan:
Walau-anna Quranan suiyirat bihil jibalu au-qutti'at
bihil ardh au-kullima bihil mau-ta ballillahhil amru jami'an ya syafi ya kafi
ya mu'afi wabilhaqqi anzalnahu wabilhaqqi nazala, kaf ha ya a'in sad, ha mim
a'in sim kof.
Apabila Tok Aji menghentakkan tumitnya ke tanah, mayat
Solihin jatuh berdebap ke tanah laksana buntil penuh berisi terhempas.. Marah
benar mayat tersebut sampai sinar matanya berkilauan merah merenung tepat ke
muka Tok Aji.
"Aku nak pergi!" gerutu mayat berkenaan dengan
suaranya tenggelam jauh di kerengkung.
"Kalau kau
nak pergi, tinggalkan Solihin," bentak Tok Aji tidak berkedip mata
merenung mayat tersebut.
"Aku Solihin, kau tak tau?" ejek mayat tersebut
menepuk-nepuk dada menampakkan ke-sombongannya.
"Solihin sudah mati, tinggalkan mayatnya di
sini!" Tok Aji mengisar tapak tangan lantas membacakan:
Bismillahhi masya-Allah layasuqul hairu illallah,
bismil-lahhi masya-Allah layasriful su-i illallah, bismillahhi masya-Al-lah
makana min-ni'matin faminallahh, bismillahhi masya-Allah layati bilhasnati
bismillahhi masya-Al-lah la-haula wala qauwata ilia billah.
Terketar-ketar mayat Solihin menekup dada dengan
terseringai menahan kesakitan akibat dada-nya bagai ditusuk. Dalam keadaan
terketar-ketar itu dia tetap menyerbu mahu menerkam ke arah Tok Aji. Setiap
kali dia menerkam lantas sahaja dipukul oleh Tok Aji dengan kayu sebesar lengan
panjang sehasta itu.
Dia tahu di hadapannya bukan lagi mayat Solihin yang
bingkas bangun. Masakan mayat yang sudah terbujur kaku boleh menerkam ke
arahnya kalau bukan dirasuk syaitan. Siapalah mahu mempercayai dia kalau
diberitahu mengenai mayat Solihin yang semakin ganas sebaik sahaja menjelang
tengah malam.
Puas juga Tok Aji membacakan apa sahaja doa yang
terlintas di hatinya namun mayat berkenaan tidak mengalah. Dia akan
terkial-kial beberapa detik sahaja, kemudian akan menerkam semula mahu
mencengkam leher Tok Aji. Hampir juga Tok Aji berputus asa akibat serangan
mayat berkenaan tidak putus-putus.
Terasa juga letih sepanjang malam terpaksa mengelak daripada
t erkaman mayat Solihin. Sekalipun dia dapat memukul dengan kayu sebesar lengan
panjang sehasta itu, namun mayat berkenaan tidak pernah serik. Lebam bincut
seluruh kepalanya, mayat tersebut tetap juga menyerang bertalu-talu.
Kalaulah tidak disebabkan ketabahan hatinya nescaya Tok
Aji juga mengalah. Tidak pernah dia tewas dengan doa-doa yang dibacakan. Asal
sahaja dibaca-kan doa-doa tersebut nescaya akan tersungkurlah siapa sahaja
dirasuk syaitan. Kenapa pula mayat Solihin tidak mengalah setelah berkali-kali
dipukul dengan kayu sebesar lengan itu?
"Kau di sini seorang sahaja, tak ada siapa nak
tolong," mendengus-dengus mayat berkenaan mengejeknya dengan
terhuyung-hayang.
"Aku bersama Allah," sahut Tok Aji tetap tabah
berhadapan dnegan dugaan demikian getir.
Menggeleng-geleng mayat Solihin disilau cahaya unggun api
yang berbara merah. Dalam keadaan keletihan Tok Aji tetap berdiri gagah tidak
mahu mengalah. Sekiranya dia tunjukkan keletihan dirinya nescaya syaitan yang
merasuk mayat Solihin akan terus menyerang. Dalam saat demikian Tok Aji
memerlukan tipu helah supaya kekuatan batiniah tidak luntur.
"Nampaknya
kau dilindungi oleh amalan kamu!" gerutu mayat tersebut tenggelam jauh di
kerengkung.
"Tidak! Aku dilindungi oleh Allah!" sahut Tok
Aji sengaja mahu menyakiti hati lembaga yang merasuk mayat Solihin. Dia percaya
amalannya tidak berupaya melindungkan dirinya, hanya Allah yang mampu melindungi
hambaNya jika dikehendakiNya.
Hampir subuh Tok Aji tetap tidak mengalah. Dia akan
memukul asal sahaja mayat Solihin menerkam setelah puas berdoa tidak memberi
kesan apa-apa. Sewaktu Tok Aji tersandar pada pokok besar, mayat berkenaan
menerpa pantas. Terkamannya terbabas lantas jarinya tertusuk pada pokok berkenaan.
Akibat jarinya terlekat pada pokok tersebut mayat Solihin
terkaku tidak dapat bergerak. Apabila Angko Sahmin bersama orang-orang kampung
sampai, matahari sudah naik segalah. Mereka terkejut melihat jari mayat
terbenam pada pokok yang keras. Kepala mayat juga lebam bincut akibat dipukul
kuat dengan kayu sebesar lengan.
Setelah dibacakan Yassin dan disimbah dengan air oleh Tok
Aji barulah mayat Solihin lekang dari pokok berkenaan. Mereka melihat jari
mayat ber-kenaan terbenam hingga sampai ke pergelangan tangan. Memang tidak
dapat diterima akal bagai-mana jari mayat boleh terbenam pada pokok yang keras.
Kepala mayat juga lebam bincut akibat dipukul kuat dengan kayu sebesar lengan.
Setelah dibacakan Yassin dan disimbah dengan air oleh Tok
Aji barulah mayat Solihin lekang dari pokok berkenaan. Mereka melihat jari
mayat ber-kenaan terbenam hingga sampai ke pergelangan tangan. Memang tidak
dapat diterima akal bagai-mana jari mayat boleh terbenam pada pokok yang keras
tersergam.
Disebabkan kesan lebam bincut pada kepala mayat itulah
Tok Aji dituduh menyebabkan kematian Solihin. Sekalipun Angko Sahmin
pertahankan dia, tetapi siapa pun tidak akan mempercayainya.
Apa lagi Belanda memang sudah lama mahu memerangkapnya
asal sahaja dia mengajar di madrasah. Semenjak itu pula Mamak Sutan tidak
melihat lagi Tok Aji, sekalipun dia mendengar khabar gurunya itu berhijrah ke
Jambi. Tidak lama Tok Aji di Jambi, selepas itu memang Mamak Sutan tidak dapat
berita apa-apa lagi mengenainya. Hanya Angko Sahmin mendapat surat dari Tok Aji
setelah dia jejak kaki ke Semenanjung.
"Selepas sampai di Semenanjung pun, saya tak dapat
jumpa dengan Tuanku," keluh Mamak Suthn kesal kerana tidak dapat menemui
Tok Aji sekalipun sudah jejak kaki ke Semenanjung.
Tetapi dia tetap simpan baik-baik buku tulisan tangan
pe-ninggalan Tok Aji itu. Banyak doa yang sudah diturunkan kepadanya amat
berguna kepada dirinya. Dia percaya bukanlah disebabkan amalkan doa-doa
ter-sebut dia dikenali oleh penduduk-penduduk kampung sebagai pawang pontianak.
Mamak Sutan sekadar mencuba tatkala penduduk-penduduk kampung meminta bantuan.
Dia sendiri tidak memahami sangat mengenai pontianak yang
ditakuti oleh Lamid Bincut sampai meminta diturunkan amalan petua kepadanya.
Lembaga perempuan hodoh yang terserempak di belukar teberau memang tidak tahu
Mamak Sutan sama ada pontianak atau pun bukan.
Perkara Lamid Bincut menuduh isterinya Bisah diganggu
pontianak, tidak sama dengan kejadian yang menimpa Saenah anak Pak Musid.
Tatkala Saenah melahirkan anak, cepat-cepat suaminya Mijin sangkutkan duri
mengkuang di bawah rumah bersetentang dengan Saenah terbaring.
Hanya selepas subuh sebaik sahaja terang-terang tanah,
Saenah terjerit perlahan. Apabila Mijin menjengah dia melihat isterinya
terketar-ketar ketakutan sambil menuding ke bumbung atap. Pak Musid juga menjengah
ke bumbung atap tetapi tidak melihat apa pun di situ.
Tidak bertangguh Pak Musid terjun ke tanah mahu menjemput
Mamak Sutan. Siapa lagi boleh diharap dalam saat demikian kalau bukan Mamak
Sutan yang mahir mengenai perempuan tengah bersalin tumpah darah. Kalau lambat
dijemput tentu keadaan Saenah bertambah teruk. Biarlah Mamak Sutan doakan
supaya keadaan Saenah pulih semula sekalipun tidak diganggu pontianak menghisap
darah.
Sebaik sahaja Pak Musid mengayuh basikal ke rumah Mamak
Sutan, keadaan Saenah semakin gementar. Dia meracau-' racau menuding jari ke
bumbung atap mengharapkan .Mijin membantu.
"Apa yang awak takutkan?" Mijin menggertap
bibir merenung ke bumbung atap yang lengang.
"Kepala tersangkut di situ," gerutu Saenah
tidak lepas memandang ke bumbung atap dalam keadaan gelisah.
"Jangan
pandang ke situ, baca doa yang diajar oleh Mamak Sutan," ujar Mijin lintas
membacakan Ayatul Kursi 17 kali diikuti dengan ayat 22, 23 dan 24 surah
al-Hasyr seperti yang diajarkan oleh Mamak Sutan.
"Kepala tu bawa tali perut memanjang," bisik
Saenah menuding jari ke bumbung atap, menyebabkan jiran-jiran yang datang
menjengah juga bertambah hairan. Emak mentuanya Mak Dinah segera lapkan tuala
basah ke dahi Saenah seperti petua yang ditunjukkan oleh Mamak Sutan juga.
Setelah membacakan doanya, Mijin terdengar bunyi orang
menghalau ayam di bawah rumah bersetentang dengan tempat isterinya terbaring.
Tidak bertangguh dia turun memerhatikan siapa menghalau ayam di situ. Sebaik
sahaja sampai di bawah rumah terkejut benar Mijin melihat kepala tergantung
pada duri mengkuang dengan usus perutnya berjela di tanah lantas dipatuk
beberapa ekor ayam. Kepala yang tergantung itu menghalau ayam disebabkan usus
perutnya yang berjela dipatuk-patuk.
Terkejut benar Mijin di-sebabkan kepala yang tergantung
akibat tersangkut pada duri mengkuang seakana-kan meyerupai emaknya sendiri.
Terkebil-kebil mata kepala yang tergantung itu disebabkan usus-nya tersangkut
pada duri mengkuang itu. Mulutnya meleleh darah dari celah lantai sambil lidah
menjilat-jilat.
Tiba-tiba sahaja Mijin menjadi seperti orang tidak siuman
sebaik melihat kepala yang tergantung itu menyerupai emaknya. Lantas sahaja dia
naik ke rumah mencapai parang di dapur. Apabila turun semula ke bawah rumah
tidak bertangguh dia menetak usus yang berjela-jela itu dicincang hingga lumat.
"Kau syaitan,
bukannya emak aku!" gerutu Mijin terus menetak tidak peduli apa-apa.
Beberapa orang jiran turun ke tanah juga terkejut apabila
melihat Mijin menetak kepala yang mengheret usus. Ketika inilah Pak Musid
bersama Mamak Sutan tiba ke situ. Setelah melihat keadaan Mijin bagaikan orang
tidak, siuman, segera Mamak Sutan mendekati-nya. Dia hembuskan al-Fatihah tiga
kali ke muka Mijin menyebabkan lelaki itu tertegun beberapa ketika.
"Eh, apa yang terjadi ni?" terpinga-pinga Mijin
memerhati parang terhunus di tangannya dipenuhi percikan darah.
Dia menjadi terketar-ketar apakala melihat kepala yang
di-cincang itu menyerupai emaknya Utih Lisah. Tetapi kepala itu hitam laksana
puntung terbakar dengan rambutnya mengerbang tidak menentu. Tali perutnya juga
terburai disimbahi darah yang memercik.
Mamak Sutan menyuruh dibungkus kepala tersebut dengan
kain putih supaya dibawa naik ke rumah. Setelah dibungkus kain putih mereka
sama-sama mengangkatnya naik ke rumah. Sewaktu mereka membuka bungkusan
berkenaan di atas rumah, hanya ketul-ketul tanah liat hitam sahaja di dalam
bungkusan itu.
"Kenapa ni,
Mamak?" Pak Musid serba salah setelah melihat kejadian yang meng-hairankan
itu.
"Tak apa, itu bukan urusan kita," ujar Mamak
Sutan menyu-ruh kebumikan juga tanah liat hitam.
Mereka terpaksa juga mematuhi kemahuan Mamak Sutan. Dia
sahaja yang boleh diharapkan di situ kalau mereka meng-hadapi ujian demikian.
Siapa lagi yang memahami bagaimana mahu mengatasi kejadian diganggu syaitan
kalau bukan Mamak Sutan?
Sebab itu mereka mesti kebumikan juga tanah liat hitam
itu sama seperti jenazah manusia juga. Biarlah masing-masing tidak tahu apa di
sebalik kejadian tersebut asal sahaja Mamak Sutan memahaminya. Banyak
pengalaman Mamak Sutan tentulah dia tahu mahu uruskan kepala manusia yang
berubah menjadi tanah liat yang hitam.
Ketika mereka berura-ura mahu ke kubur, Samit adik Mijin
bergegas-gegas mengayuh basikal menerpa ke tengah halaman. Tercungap-cungap dia
memberi tahu abangnya Mijin mengenai kernatian emaknya Utih Lisah apabila
tiba-tiba sahaja diserang sakit kepala dan sakit perut serentak.
Setelah dipujuk oleh Mamak Sutan, terpaksa juga Mijin menjengah
emaknya. Jiran-jiran juga segera menziarahi Utih Lisah setelah diberi tahu
mengenai kematiannya secara mengejut. Kalaulah Samit tidak terlina sampai pagi,
tentu dia juga tidak dapat beritahu sesiapa mengenai emaknya menjerit tidak
menentu menekup kepala dengan tangan.
Sekiranya bangun
cepat sudah tentu Samit akan ke hutan mencari rotan. Perkara kakak iparnya
Saenah baru melahirkan anak tidak penting sangat kepadanya. Selepas mencari
rotan ke hutan dia boleh datang juga menjengah. Lagi pun sewaktu balik dari
menjengah Saenah, memang emaknya Utih Lisah beritahu keadaan isteri abangnya
itu selamat.
Tidak perlu tergesa-gesa dia menjengah. Emaknya pun balik
cepat setelah melihat Saenah selamat melahirkan anak. Apabila emaknya masuk ke
bilik tidur, dia juga tidak peduli apa-apa lagi terus lelapkan mata. Sewaktu
terbangun tidur baru Samit mendengar emaknya terjerit meminta tolong.
Sebaik sahaja dia menjengah ke bilik emaknya, Samit
melihat emaknya menekup kepala dengan darah meleleh di hidung dan telinganya.
Kemudian emak-nya mengerang-erang menahan perutnya pula akibat kesakitan yang
tidak terperi.
"Sabarlah, Mijin," Mamak Sutan ingatkan dia
sambil menepuk-nepuk bahu setelah menjengah mayat emaknya yang sudah
dibujurkan. "Urusan Allah, biarkan pada sisi Allah," bisiknya supaya
Mijin tidak memberi tahu sesiapa pun mengenai kejadian dia menetak kepala
tersangkut di bawah rumah.
Pengalaman Mamak Sutan bertahun-tahun dulu tetap menjadi
ingatan dia. Sebak juga hatinya apabila kenangkan semula kejadian itu semasa
memberitahu saya pengalaman lama yang dilaluinya. Saya sekadar
mengangguk-angguk kepala sahaja kerana terharu dengan buku peninggalan Tok Aji
yang masih dalam simpanan Mamak Sutan.
No comments:
Post a Comment