JIran-jiran
berhampiran semua dikejutkan walaupun sudah hampir jam 2.00 pagi. Mereka semua
bergegas ke rumah Bedah sebaik saja diberitahu mengenai Delit dijumpai
tertiarap tidak sedarkan diri semasa ke jamban membuang air besar. Mereka sudah
dua malam berturut-turut ke rumah Razak kerana Saridah dirasuk bajang.
Delit
terlentang di tengah rumah sejak dipapah naik oleh Alim dan Bedah. Nafasnya
saja termengah-mengah. Mulutnya berbuih-buih bagaikan orang diserang sawan
babi. Tetapi mereka tahu Delit tidak pun mengidap sakit sawan babi. Sudah lama
mereka hidup berjiran memang tidak pernah pun didengar fasal Delit kena sawan
babi itu.
Lagi
pun kalaulah kena sawan babi tentulah Delit menyondol-nyondol ke Iantai.
Sebaliknya dia hanya terlentang saja tidak bergerak-gerak. Nafasnya turun naik
termengah-mengah bagaikan lepas berlari diserbu anjing gila.
"Tak
panggil ayah kau, Bedah?" tanya Mak Jidah bila dilihatnya mereka semua
mengadap saja dengan tidak berbuat satu apa pun.
"Dah,
Alim pergi dengan Anjang Mamud" beritahu Bedah perlahan. "Ayah di
rumah Saridah lagi agaknya. Orang tu berubat, cukupkan tiga malam, malam
ni" katanya.
Lama
juga mereka menunggu Alim dan Anjang Mamud balik dari rumah Saridah. Sudah jam
2.00 pagi tentulah Pak Jubin selesai mengubati Saridah. Boleh jadi juga Pak
Jubin sudah batik ke rumah. Tetapi se-masa Anjang Mamud ke rumah Pak Jubin,
memang Mak Tinah emak Bedah sendiri beritahu suaminya masih di rumah Saridah.
Sebab itulah Anjang Mamud mengajak Alim ke sana.
Ketika
ini Mak Tinah juga sudah terjongol apabila mendengar menantu nya tiba-tiba saja
dijumpai tidak sedarkan diri tertiarap dekat telaga. Mungkin Delit menjadi
mangsa bajang yang mengganggu Saridah kerana dia mesti mencari sasaran kepada
keluarga Pak Jubin sendiri.
"Tak
boleh kita biarkan macam ni aje "
rungut Mak Jidah memerhatikan Delit terlentang tidak bergerak-gerak.
"Sabarlah
dulu, kita tunggu sampai Anjang Mahmud dan Alim balik menjemput Pak Jubin"
sahut Kak Cum menyabarkan Mak Jidah. Dia tahu Mak Jidah tidak sabar melihat
Delit terlentang demikian. Itulah juga yang dialami oleh emak Delit dulu semasa
suaminya Mat Natar mengubati orang dirasuk pelesit.
Semua
orang tahu aruah Injah Juling mati disebabkan pelesit membalas dendam.
Terbeliak mata nya terbalik sampai terkinjal-kinjal kaki tangan menahan ketar.
Seluruh tubuhnya bertukar menjadi kejang hinggalah dia menutup matanya. Mak
Jidah tidak mahu apa yang berlaku ke atas aruah kakaknya Injah Juling itu terkena
pula pada anak saudaranya sendiri Delit.
Kalau
Injah Juling terkena bahana pelesit membalas dendam disebabkan suaminya
mengubati orang dirasuk pelesit, Mak Jidah tidak mahu anak saudaranya menjadi
mangsa bajang semata-mata kerana bapa mertuanya mengubati Saridah dirasuk
bajang. Lain Iah kalau keluarga Pak Jubin yang menjadi mangsa!
"Tak
boleh sabar macam ni, Cum" Mak Jidah mangerling ke arah Kak Cum.
Tersinggung juga dia dengan sikap Kak Cum yang tidak ambil berat dengan keadaan
Delit. "Dulu maknya, fasal sabar, sabar
macam inilah. lnilah kerja berdukun, tak betul-betul keluarga sendiri
jadi mangsa" ujarnya seolah-olah melepaskan geram kepada Pak Jubin yang
mengubati orang tetapi menantu sendiri menjadi mangsa.
"Eh,
kalau Jubin tak datang, kita nak buat macam mana?" Mak Tinah pula
mendengus dengan sikap Mak Jidah. Bukan sengaja mereka semua membiarkan Delit
terlentang begitu. Cakap Mak Jidah itu seolah-olah menyindir suaminya sendiri.
Tentu Mak Jidah menuduh suaminya yang menyebabkan Delit menderita diganggu bajang.
Tidak
patut Mak Jidah menuduh demikian. Kalau dia bimbang anak saudaranya sendiri terlentang
tidak bergerak-gerak, dirinya sendiri juga lebih lagi. Delit itu menantunya.
Kalau apa apa menimpa diri Delit, tentulah dia juga menanggung sama.
Mak
Jidah mengerling ke arah Mak Tinah, tetapi dia tidak berkata apa-apa. Bimbang
juga dia kalau Mak Tinah tersinggung. Setidak tidaknya Mak Tinah itu berbisan
juga dengan dia, tidak patut dia menyinggung luka hati perempuan tersebut.
Selepas
15 minit Alim dan Anjang Mamud pergi menjemput Pak Jubin di rumah Saridah,
mereka berdua balik dengan hampa. Terjelepoh saja Anjang Mamud duduk di pangkal
serambi macam termengah-mengah walaupun bukanlah Ietih sangat. Rumah Saridah
pun bukanlah jauh sangat dari rumahnya. Kalau dilaung kuat pun boleh
kedengaran.
"Ayah
ke hutan dengan abang Razak" beritahu Anjang Mamud tergaruk-garuk kepala.
"Buat apa ke hutan?" tanya Mak Jidah keheranan.
"Entahlah
sahut Anjang Mamud berpaling pada Mak Jidah. "Aki Kidam kata macam tu, manalah
aku nak tau" jelasnya mendengus.
"Saridah
macam mana?" Mak Tinah pula bertanya pada anaknya.
"Entahlah
aku tak naik ke rumahnya" kata Anjang Mamud membetulkan bohol kainnya.
"Tapi kata Aki Kidam, dah tidur nyenyak dia dia mencebik bibir.
Mereka
semua berpandangan fasal Pak Jubin tidak ditemui. Mereka tidak peduli apa pun
yang dibuat oleh Pak Jubin ke hutan, kerana tentulah orangtua itu memutuskan
ubatnya sebagai seorang dukun. Tetapl mengapa mesti ke hutan tengah malam begitu?
Tidak bolehkah ditunggu sehingga keesokan harinya?
Soal
Pak Jubin ke hutan tidak penting lagi kepada Mak Jidah. Dia bimbang dengan
keadaan Delit terlentang tidak bergerak-gerak Iangsung. Mulutnya berbuih-buih
seperti anak kambing baru lepas menyusu.
"Cuba-cubalah tengokkan budak ni, Lebai
Cot" Mak Tinah berdiri di pintu tengah menggamit Lebai Cot tersandar di
jenang tingkap serambi.
"Aku
tak faham Kak Tinah oiii" Lebai Cot tergamam bila namanya dipanggil oleh
Mak Tinah.
"Jangan
kata tak faham, Cot “ Mak Jidah juga menerpa ke pintu tengah. "Tengah`
macam ni, tak ada rotan akar berguna juga. Kalau ada kemenyan sebesar tungku,
tak dibakar takkan berbau" dia terus melompat ke serambi menarik tangan
Lebai Cot.
Bersenyajar
Lebai Cot ditarik oleh Mak Jidah ke dalam. Dia tidak peduli sama ada Lebai Cot
bersetuju atau tidak mengubati Delit. Memang Mak Jidah tahu Lebai Cot pernah juga
mengubati orang dalam keadaan terdesak. Tetapi jarang dia mahu mengubati
sesiapa pun kalau Pak Jubin atau Mat Natar ada.
"Eh,
lepaskan aku dulu Ngah Jidah _ "
tersengih-sengih Lebai Cot fasal ditarik Mak Jidah sampai bersenyajar.
Mak
Jidah tidak melepaskan. Dia terus menarik tangan Lebai Cot sampaikan mereka
yang terconggok di situ semuanya ketawa melihat kelakuan Mak Jidah bagaikan
kucing jatuh anak. Gelisah sangat dia melihat anak saudaranya terlentang tidak sedarkan
diri.
"Cot
ni, kalau tak digesa tak mau dia" beritahu Mak Jidah tersengih-sengih
juga. Dia sedar kelakuannya itu menyebabkan semua orang yang terconggok di situ
ketawa. Memang dia tidak sabar melihat Delit terlentang saja dihadap
beramai-ramai. Setidak-tidaknya apalah salahnya dicuba juga mengubati dia
sementara Pak Jubin datang.
Tentu
Pak Jubin akan datang bila balik dari hutan. Mat Kidam akan sampaikan pesan
kepadanya fasal menantunya tidak sedarkan diri sewaktu berkejar ke jamban
berulang kali akibat sakit perut memulas-mulas.
"Hah,
Cot jangan jadi rimau nak sembunyikan kuku ..." Mak Jidah melepaskan tangan
Lebai Cot sebaik saja sampai ke sisi Delit terlentang tidak sedarkan diri.
Lebai
Cot masih tersengih-sengih. Dia membetuIkan ketayapnya yang tersenget akibat
direntap-rentap tangan oleh Mak Jidah. Berdebar juga hatinya bila didesak
mengubati Delit. Tidak pernah dia disuruh mengubati kalau sakit yang memerlukan
tenaga dukun-dukun besar seperti Pak Jubin atau Mat Natar.
Dia
tahu sejauh mana kemampuan dia. Kalau sekadar pening kepala, sakit gigi atau
sakit perut biasa, bolehlah dia cuba-cuba doa kan. Memang dia sama-sama belajar
pondok dengan Razak, tetapi orang-orang kampung tidak pernah samakan dia dengan
Razak.
Mereka
menghantar anak-anak belajar mengaji Quran pada Razak. Orang-orang kampung juga
meminta Razak menjadi imam berjemaah di surau. Mereka lebih memandang Lebai Cot
cuma setakat boleh mengubati orang saja. Tentulah Lebai Cot sama juga macam Pak
Jubin atau Mat Natar. Cuma Lebai Cot masih belum banyak pengalamannya kalau
dibandingkan dengan Pak Jubin atau Mat Natar.
Sebab
itulah mereka tidak pernah mengharapkan Lebai Cot mengajar anak-anak mereka
mengaji Quran. Tidak pernah meminta Lebai Cot ke hadapan menjadi imam jemaah.
Memanglah
serba salah Lebai Cot bila digesa Mak Jidah suruh ubati Delit. Sedangkan Razak
pun tidak upaya mengubati isterinya Saridah sampaikan terpaksa memanggil Pak Jubin,
masakan dia pula boleh melakukannya. Dia tahu pengetahuan Razak lebih mendalam
dari dirinya. Semasa belajar di pondok Tok Aji, memang Razak lebih mesra dengan
Tok Aji.
"Cot,
aku serahkan pada kau laaa" Mat Jidah mencuit bahu Lebai Cot.
"Heh,
jangan serahkan pada aku" sahut Lebai Cot mendongak memerhatikan Mak
Jidah. "Berserahlah pada Allah. Dia Maha Kuasa melindungi kita semua"
dia tersengih-sengih lantas bersila rapat mengadap Delit terlentang tidak sedarkan
diri.
Beberapa
orang yang berceratuk di serambi juga masuk ke tengah induk rumah. Mereka mahu
juga melihat bagaimana Lebai Cot mengubati Delit. Selama ini mereka tidak
pernah mendengar Lebai Cot menjadi dukun seperti Pak Jubin. Mungkin Pak Jubin
juga rnarah kalau didapati menantunya diubati oleh Lebai Cot.
Tetapi
Mak Tinah isteri Pak Jubin sendiri yang meminta Lebai Cot mengubati Delit. Masakan
Pak Jubin marah kalau isterinya sendiri yang sudah meminta Lebai Cot mengubati.
Lagi pun Lebai Cot bersepupu dengan Mak Jidah dan aruah emak Delit sendiri. Sudah
pangkat bapa saudara pula pada Delit. Apalah salahnya Lebai Cot membantu
sementara menunggu ketibaan Pak Jubin.
"Mana
kemenyan Bedah ?" Mak Tinah mencuit
bahu Bedah.
Perlahan-lahan
Bedah bangun dari lunjur kaki suaminya mahu mencari kemenyan yang tersimpan di
dalam sumpit di kepala tiang. Kemenyan berkenaan memang dibekalkan oleh ayah
mertuanya untuk kegunaan mereka anak beranak jika diperlukan.
"Hemmrn,
tak payalah kemenyan" cepat-cepat Lebai Cot melarang Bedah dari
mengambilnya.
"Tak
pakai tempat perasap, tak pakai bara, tak pakai kemenyan?" soal Mak Jidah
keheranan. Dukun yang besar memang memerlukan tempat perasap, bara dan
kemenyan. Kemenyan akan dibakar terlebih dulu sebelum dimulakan perubatan. lni
yang dipelajari oleh semua dukun turun temurun.
Lainlah
kalau sekadar menangkal air sejuk, atau beralin dengan tepung beras, atau mendahas
sekiranya ketegur waktu senja memang tidak perlu membakar kemenyan. Sebaliknya
kalau sudah berdepan dengan jembalang, puaka, polong atau bajang memang kerja
besar. Sudah tentu memerlukan membakar kemenyan, menghiris limau, mengibas kain
hitam dan merendang bertih.
Kenapa
pula Lebai Cot tidak memerlukan semuanya? Tetapi mereka tahu Lebai Cot bukanlah
dukun besar seperti Pak Jubin atau Mat Natar.
"Habis,
nak sediakan apa?" tanya Bedah duduk semula di lunjur kaki suaminya.
"Aku
bukan nak mengubatnya sahut Lebai Cot tersengih-sengih juga. "Buat apa nak
siapkan itu ini. Ngah Jidah suruh aku duduk aje dekat Delit ni" ujarnya
menginsut punggung sedikit ke hadapan.
Bedah
terdiam. Dia tidak percaya Lebai Cot sekadar duduk saja di sisi Delit. Tentu
cara Lebai Cot mengubati orang sakit tidak sama dengan ayahnya Pak Jubin atau
mertuanya Mat Natar. Lebai Cot lama belajar pondok keluar dari kampung
terpencil itu. Tentu dia tidak sekadar belajar agama macam Razak!
Mereka
semua tidak bercakap apa-apa bila Lebai Cot meletakkan tapak tangan ke kepala
Delit. Kemudian tangannya melorot ke bawah hingga sampai ke perut. Sebaik
sampai saja tangannya pada bahagian perut Delit tiba-tiba saja Lebai Cot tersintak
bagaikan tersentuh bara api.
Dia
tersenyum sambil mengisar-ngisar kedua tapak tangannya. "Hah, nampaknya
mengaku juga kau sedang mengganggu Delit ye
" katanya macam mengejek.
Orang-orang
yang duduk dekat dengan Lebai Cot terdengar dia membaca Fatihah 17 kali,
diikuti dengan Ayatul Kursi juga 17 kali. Lepas itu tidak terdengar lagi apa
yang dibacanya, kecuali mulutnya saja terkumat-kamit. Ketika ini jugalah Delit
tersengguk-sengguk macam kucing tercekik tulang.
Mak
Jidah sudah mula merapati Delit. Mak Tinah juga sudah memegang lunjur kaki
Delit. Mereka berdebar-debar melihat perubahan pada diri Delit yang mula
tersengguk-sengguk. Mulutnya yang berbuih-buih juga sudah kering.
Tidak
lama kemudian Delit menggeliat-geliat lemah. Peluh mula keluar memercik dari romanya.
Puas pula Mak Jidah mengelap peluh di dahi, namun peluh Delit semakin banyak. "Panas
!" kata-nya merengek-rengek seperti bayi baru pandai bercakap.
"Kalau
panas buat apa tunggu, pergilah dari sini" Lebai Cot seolah-olah mengejek.
Barulah
Mak Jidah sedar bahawa gangguan yang merasuk Delit sudah mula menunjukkan diri.
Cepat-cepat dia berhenti dari mangelap peluh di dahi Delit.
"Siapa
suruh kau ke sini?" tanya Mak Jidah geram.
"Tak
ada siapa" sahut Delit terketar-ketar.
"Habis,
mengapa kau ganggu Delit?" Mak Jidah menggoncang bahu Delit.
Delit
tidak menyahut. Dia menggeliat-geliat lemah bagaikan cacing kepanasan. Dia mula
membuka mata. Matanya kelihatan merah seperti orang mengidap sakit mata.
"Buat
apa ke sini?" sergah Mak Jidah tidak sabar lagi.
"Aku
nak cari jalan balik, tersesat" beritahu Delit merengek-rengek.
"Kalau
nak balik aku beri jalan” jelas Lebai Cot menghembuskan perlahan-lahan ke muka
Delit.
Tiba-tiba
saja Delit terjerit kesakitan. "Kenapa bakar muka aku ?" raungnya menekup kedua tangan ke
muka.
"Baliklah
kau sekarang" Lebai Cot mengangkat tangan kanannya tinggi ke atas kepala.
"Tengok ke sini, dan ikut perintah aku" kata Lebai Cot menyuruh Delit
melihat ke tapak tangannya.
Tetapi
Delit cepat cepat berpaling. Dia tidak mahu melihat ke tapak tangan Lebai Cot.
Malah tidak mahu menentang muka Lebai Cot.
"Apa
lagi, tunjuklah berani kau pada Cot!" Mak Jidah semakin berani mencabar.
Dia tahu gangguan yang merasuk Delit sudah tidak dapat bertahan lagi. Sebab itu
dia menunjukkan dirinya melalui suara Delit yang terketar-ketar. Memang yang
bercakap itu bukanlah Delit, sebaliknya gangguan yang merasuk Delit itu
bercakap dengan tidak disedari oleh Delit.
"Kurang
ajar punya orang tua .." Delit cuba bangun, tetapi rebah semula apabila
Lebai Cot merapatkan tapak tangannya. "Depan Lebai Cot kau berani ye
" dia menggertap bibir macam menyimpan dendam.
"Tak
kiralah depan Lebai Cot ke, depan Jubin ke, depan Mat Natar ke. Kalau berani
lawanlah. Jangan berani dengan orang tak salah apa-apa!" sahut Mak Jidah
keras.
"Kalau
kau tak mau pergi, aku bakar kau lagi!" Lebai Cot terus mengancam. Dia
menuding jarinya arah ke pusat Delit, sambil tangan kirinya menepuk ke pangkal
paha. Setiap kali dia menepuk ke paha. Delit terlolong-lolong bagaikan menahan
kesakitan yang amat sangat.
"Mampus
aku kalau macam ni" rengek Delit merintih-rintih.
"Kalau
tak tahan, cabut Iaaa" Mak Jidah mengejek.
Lebai
Cot tidak peduli apa pun dirintihkan oleh Delit. Dia tahu bukan Delit yang
merintih, sebaliknya gangguan yang merasuk itulah. Rengekan yang terhambur melalui
suara Delit itu memang dapat diagakkannya adalah suara bajang. Dia merengek
seperti bayi kecil, kemudian menggeliat seperti bayi hendak dimandikan, mulutnya
juga berbuih seperti bayi baru lepas menyusu.
"Aku
tau kau bajang ujar Lebai Cot Iantas
membacakan 7 ayat terakhir Surat Yassin dengan jelas, diikuti pula dengan
Ayatul Kursi 33 kali. Kemudian mulutnya terkumat kamit semula.
Ketika
ini Delit menghempas-hempas badan bagaikan sotong kering kena bakar. Dia
tergigil-gigil menahan kesakitan yang menyeksakan. Puas dia menghempas-hempas
badan, dia meronta-ronta walaupun tidak ada siapa pun yang memegangkan
tubuhnya. Hanya Lebai Cot saja duduk bersila rapat membacakan Surat Yassin yang
diselang sell dengan doa apabila sampai pada ayat-ayat yang tertentu.
Habis
saja Lebai Cot membacakan Surat Yassin, Delit sudah tidak menghempas-hempas
badan lagi. Dia terkapar seperti ayam mati kena sembelih. Delit keletihan termengah-mengah
tidak berdaya untuk bergerak. Perlahan-lahan dia membuka matanya yang terpejam,
terbelalak, terpejam, terbelalak. ketika Lebai Cot membacakan Surat Yassin.
Mata
Delit yang merah juga tidak lagi merah. Sudah kelihatan jernih semasa dia membuka
mata.
"Hah,
kenapa orang ramai-ramai ni ?" tanya Delit keheranan memerhatikan di
sekelilingnya orang ramai mengadap dia.
"Hai,
diam sajalah kau tu. Bawa berihat " Mak Jidah mengelap-gelap dahi Delit
yang masih ber-peluh.
"Abang
tu sakit" beritahu Bedah beralih dari lunjur kaki ke hulu kepala suaminya.
Delit mengeluh perlahan-lahan. Dia mengeleng-geleng kepala bagaikan tidak
percaya apa yang berlaku ke atas dirinya. Tetapi memang dia merasa seluruh
tubuhnya lemah dan sengal-sengal.
Lebai
Cot berundur ke belakang setelah mendapati Delit beransur pulih.
"Mujurlah
Abang Cot ada “ bisik Bedah perlahan.
"Eh,
aku tak buat apa-apa pun Lebai Cot
tersengih-sengih bila Delit mengerling ke arahnya. "Aku picit-picit aje
kepala kau tu. Agaknya kau pitam fasal kerap benar berkejar-kejar ke
jamban" katanya tersengih-sengih bila kenang punca Delit ditemui tertiarap
oleh Bedah.
Sedang
mereka berkira-kira mahu balik, Mak Tinah bimbang juga mengapa Pak Jubin tidak
muncul lagi. Masakan Mat Kidam tidak menyampaikan pesan Anjang Mamud menyuruh
dia ke rumah Bedah. Tentu Pak Jubin tergesa-gesa juga datang sebaik saja
mendengar menantunya tidak sedarkan diri.
Bukan
Mak Tinah saja bimbang, Mak Jidah juga heran mengapa Pak Jubin tidak menjenguk
muka lagi. Delit bukannya sama macam jiran-jiran lain di kampung. Delit itu menantu
Pak Jubin sendiri. Mengapa menantunya sakit Pak Jubin tidak datang menjengah
muka? Kalau tidak mahu meng-ubati menantunya apa salahnya datang menjenguk muka
saja?
Tetapi
mereka percaya Pak Jubin masih belum balik dari hutan bersama Razak. Apa pula dibuatnya
ke hutan mereka tidak tahu. Boleh jadi Pak Jubin membuangkan penyakit, boleh
jadi juga ada petua-petua lain yang mesti dipenuhinya. Mat Kidam tidak pula
memberitahu Anjang Mamud kenapa Pak Jubin ke hutan tengah-tengah malam demikian.
Dalam
masa ini pula anak-anak Bedah yang dua orang lagi terjaga. Semasa orang sedang
berubat Mimah dan Sahak nyenyak tidur, walaupun abangnya Alim sudah bingkas
bangun dikejutkan oleh emaknya. Mereka berdua serentak bangun menerpa ke pada
emak dan ayah nya dalam keadaan ketakutan.
"Kenapa,
kau mengigau?" soal emaknya Bedah.
Mimah
dan Sahak tidak menyahut. Dia ketakutan sambil menunjukkan jari telunjuk ke bumbung.
Lebai Cot mendongak ke bumbung.
"Tak
ada apa-apa pun" katanya memujuk budak dua beradik itu. Tetapi mereka
berdua tetap dalam keadaan , takut juga.
Lebai
Cot merapati mereka berdua. Dia meletakkan tapak tangannya ke atas ubun-ubun Sahak
dan Mimah. Beberapa minit dia meletakkan tapak tangannya di situ, tiba-tiba
saja Sahak dan Mimah kembali tidur semula. Mereka berdua tersepuk di sisi
ayahnya. Masa inilah semua orang di atas rumah itu terdengar bunyi bayi
menangis tidak jauh dari situ.
"Mari
Mud, kita cari budak menangis tu" Lebai Cot berdiri lantas menggamit Anjang
Mamud. Mereka berdua terus turun ke tengah halaman. Mak Jidah juga ikut sama
turun ke tengah halaman. Dia juga mahu tahu siapakah bayi yang didengar
menangis itu.
Semasa
turun ke tanah sempat juga Mak Jidah mencapai pelita minyak tanah. Dia menyuluh
ke arah bunyi budak menangis itu walaupun apinya meliuk-liuk ditiup angin.
"Di
belakang rumah bunyinya ...." bisik Anjang Mamud menggengam lampu picit
erat-erat. Dia menyuluh ke belakang rumah tetapi tidak berani berjalan di
depan. Bimbang juga dia kerana bulu tengkuknya sudah merasa meremang tegak. Bunyi
rengekan bayi itu semakin lantang seolah-olah dahagakan susu.
"Jalanlah
kau dulu " desak Mak Jidah menolak bahu Alang Mamud. "Kau bawa lampu,
kaulah ke depan" katanya menyuruh Anjung Mamud berjalan di depan.
Mahu
tidak mahu Anjang Mamud berjalan juga ke hadapan diikuti oleh Lebai Cot. Mak
Jidah mengekori di belakang sekali membawa lampu pelita yang malap akibat
ditiup angin. Sampai di belakang rumah bunyi rengekan bayi itu semakin jelas.
"Nanti....
" ujar Lebai Cot menarik bahu Anjang Ma-mud. "Bagi aku lampu, biar
aku di depan" katanya mencapai lampu picit di tangan Anjang Mamud. Dia
menyuluh di sekeliling mencari arah bunyi suara bayi menangis itu. Tangisnya semakin
langsing sama seperti anak dalam buaian laparkan susu emaknya.
"Bajang”
bisik Lebai Cot terbongkok-bongkok menyuluh ke arah rumpun mengkuang di baruh
rumah. Tidak ada apa pun yang kelihatan di situ selain dari bayang rumpun mengkuang
berbalam-balam disinggahi cahaya lampu picit di tangan.
"Tetapi
bunyinya arah ke telaga, Abang Cot" Anjang Mamud menepuk bahu Lebai Cot.
Mereka bertiga berpatah ke belakang menuju arah ke telaga.
"Itu
dia, itu dia Cot. Itu dia Cot!" jerit Mak Jidah menuding ke daun nyiur
kering dinding telaga. "Itu dia Cot
" katanya termengah-mengah mengangkat pelita di tangan tinggi ke
atas kepalanya. Masa ini juga Mak Tinah menerpa ke tingkap dapur membuka
tingkap, setelah mendengar jeritan Mak Jidah.
Mak
Jidah tersuluh lembaga seperti buah kundur melompat-lompat di kaki dinding
telaga. Tidak bertangguh lagi Lebai Cot menangkap lembaga berkenaan sambil
menjinjing muIutnya seperti paip getah yang terjulur kira-kira sejengkal.
No comments:
Post a Comment