Sunday, July 9, 2017

235. KUBUR MENJERIT TENGAH MALAM



TIDAK ada yang menghairankan pada Ucu Mahali apabila diberitahu mengenai kejadian yang menimpa Semail Bacar. Apa sangat dengan gunakan sihir hingga Semail Bacar melihat kertas surat lusuh sama seperti duit berlonggok satu juta, kalau bandingkan dengan arwah datuknya Kiman Beguk yang boleh petik daun tengah belukar apabila membel i barang-barang.
Jangan siapa sahaja cuba mencabar Kiman Beguk kalau berkira sangat dengan duit. Tatkala Mamak Kader bercekak pinggang minta dia bayar hutang di tengah kedainya, memang tersinggung juga hati Kiman Beguk. Kalau tidak kenang anak-anaknya kecil di rumah nescaya nahas Mamak Kader dicekaknya leher.
Tetapi Kiman Beguk tetap kenang anak-anaknya kalau di-tangkap polis. Masa perintah orang putih Tuan DO sahaja sudah cukup berkuasa jatuhkan hukuman. Tentu Mamak Kader boleh gunakan duit pengaruhi Tuan DO supaya hukum dia sampai masuk penjara.
Sebab itu Kiman Beguk tidak mahu berkeras sangat apabila Mamak Kader menjerkah minta bayar hutang. Lantas sahaja taukeh kedai kopi itu' tunjukkan buku hutang di atas meja dengan menampar kuat.
 "Kalau awak tak bayar, sekarang juga saya bawa pergi balai!" Mamak Kader mencecek bibir seolah-olah dia boleh menentukan sama ada Kiman Beguk akan ditangkap atau pun tidak.
Tersenyum Kiman Beguk apabila dijerkah demikian. Kemudian dia menyeluk satu mengeluarkan duit sebanyak jumlah yang diminta Maka Lantas sahaja dia mendesak Mamak Kader catatkan di buku berkenaan hutangnya yang harus dibayar . Ah Beng juga disuruh menjadi saksi supaya Mamak Kader tidak menuntut hutangnya berterusan.
"Kira betul-betul Mamak Kader," Ah Beng ingatkan taukeh kedai kopi itu setelah Mamak Kader menerima bayaran hutang Kiman Beguk.
Sebaik sahaja membayar hutangnya Kiman Beguk terus sahaja tinggalkan kedai kopi dengan menghentak tumitnya tiga kali. Kemudian meludah ke kiri dan ke kanan tiga kali juga. Tidak mahu dia berhenti minum sekalipun dipujuk oleh Ah Beng.
 Mamak Kader tidak peduli sama ada Kiman Beguk mahu minum di kedainya atau tidak. Asal sahaja lelaki itu bayar semua hutangnya yang bertapuk di kedai berkenaan, dia sudah cukup berpuas hati. Biarlah Kiman Beguk tidak mahu jejak kaki lagi ke situ, Mamak Kader masih boleh harapkan pelanggan lain datang berkunjung.
 Apalah gunanya dia melayani Kiman Beguk kalau hutangnya bertapuk tidak mahu dibayar langsung! Sebab itu dia tidak peduli Kiman Beguk tidak berhenti minum di situ.
Tatkala Mamak Kader menarik Iaci meja untuk menukar wang bayaran Ah Beng minum, dia terkejut kerana lacinya dipenuhi daun-daun bunga raya. Dia dapat mengagak tentu Kiman Beguk yang bayar hutangnya dengan daun bunga raya itu. Mengeluh panjang Mamak Kader disebabkan diperdayakan oleh Kiman Beguk hingga melihat daun bunga raya sama seperti kepingan duit.
"Lu tak boleh saman dia," Ah Beng ingatkan setelah memberi tahu Mamak Kader sendiri sahkan hutang Kiman Beguk sudah habis dibayar.
"Tapi dia tipu saya!" gerutu Mamak Kader masih tidak berpuas hati dengan kejadian yang menimpanya.,
 "Tuan DO takkan percaya, mana ada bukti dia tipu sama lu?" ujar Ah Beng macam mengejek taukeh kedai kopi yang tamakkan sangat mahu mendapat untung.
 "Lu mesti tak mahu jadi saksi," desak Mamak Kader harapkan Ah Beng mahu membantunya.
"Saya sudah sain, apa macam tak mahu jadi saksi?" jelas Ah Beng tidak mahu diri-nya diperalatkan oleh lelaki berkenaan.

Memang Mamak Kader tahu dirinya diperdayakan oleh Kiman Beguk. Tetapi kalau dia berkeras nescaya Kiman Beguk akan membalas dendam. Dia tidak boleh tundukkan Kiman Beguk kalau tidak diikat dengan hutang. Cuma hutang satu-satunya yang bolehkan dia tundukkan sesiapa pun. Kalau tidak ada hutang masakan dia boleh pengaruhi Tuan DO jatuhkan hukuman kepada musuhnya.
 Tidak lama selepas itu Mamak Kader bertambah hairan kerana tidak siapa pun mahu jejak kaki lagi ke kedai kopinya. Sampai lebih sebulan Mamak Kader tidak dapat berniaga di-sebabkan pelanggan tidak lagi mahu jejak kaki ke situ. Masakan Mamak Kader percaya sengaja Kiman Beguk jampikan rasa benci pelanggan apakala berdiri di hadapan kedai kopi Mamak Kader.
Tetapi Ah Beng dapat mengagak memang Kiman Beguk yang lakukan. Tahu sangat Ah Beng mengenai kebolehan Kiman Beguk, hingga semua pelanggan merasa benci mahu memasuki kedai kopi Mamak Kader.
Terpaksa Mamak Kader tutup juga berpindah ke kampung lain selepas kedai kopinya tidak mahu lagi dijeru pelanggan. Bukan Mamak Kader sahaja menanggung musibah setelah menuntut hutang, Embah Simit pun mengeluh panjang apakala terlepas cakap dengan menantu-nya Kiman  Beguk itu.
Disebabkan Kiman Beguk malas sangat turun ke sawah marah benar Embah Simit dengan sikap menantunya. Apalagi anaknya Minah Cebek yang bertungkus lumus di tengah sawah. Terasa sangat pada Embah Simit seolah-olah Kiman Beguk sengaja mahu bebankan kerja sawah kepada Minah Cebek.
"Kalau kamu nak berlingkar di rumah macam ular sawa, pindahlah kamu Kiman!" bentak Embah Simit bercekak pinggang dari tengah halaman.
"Kenapa pula mak campur urusan rumah tangga saya?" terkejut juga Kiman Beguk apabila ditengadah ibu mertuanya dalam saat dia menderita sakit bisul di punggung. Tidak sepatutnya Embah Cebek mencampuri urusan rumah tangganya sekalipun isterinya Minah Cebek memang anak perempuan itu.
 "Kamu nak jadikan Minah tu hamba tebusan?" semakin keras suara Embah Simit disebabkan tidak dapat menahan sabar lagi dengan sikap Kiman Beguk. Asal sahaja musim turun ke sawah sengaja Kiman Beguk mencari dalih. Dia akan mengadu demam berlarutan biar Minah Cebek sahaja turun ke sawah sepanjang musim.
 "Eh, kenapa pula mak yang marah-marah ni?" pujuk Minah Cebek menjengah dari tingkap dapur. Dia sendiri tidak ambil peduli sangat dengan sikap suaminya yang pemalas, kenapa pula emaknya yang ambil berat sangat?
 "Jangan biarkah diri kamu ikut telunjuk dia, Minah!" gerutu Embah Simit melepaskan geram. Tidak sampai hati dia melihat anaknya Minah Cebek setiap hari turun ke sawah sedangkan Kiman Beguk berlingkar di rumah macam ular sawa ke-kenyangan. Apa gunanya ber-suami kalau diri sendiri terpaksa bertungkus lumus uruskan kerja di sawah?
"Abang Kiman tu kena bisul," beritahu Minah Cebek supaya emaknya tidak berterusan memarahi Kiman Beguk.
Tetapi Kiman Beguk tersengih-sengih sahaja di hujung serambi sewaktu ibu mertuanya meracau marahi dia. Tidak sedikit pun terluka hatinya sekal ipun dimaki hamun berulang kali. Sebab itu Minah Cebek kesihan juga keadaan suaminya yang tetap sabar dalam saat menderita bisul di punggung, sekalipun dimarahi ibu mertua.
Emaknya sendiri pun tidak pernah memaki hamun kalau tidak turun bekerja. Kenapa pula ibu mertuanya yang mengherdik disebabkan dia tidak turun ke sawah. Perkara menanggung nafkah isteri tidak perlu siapa pun mencampuri urusan rumah tangganya. Kiman Beguk juga tahu tanggung jawab yang mesti dipikulnya uruskan nafkah kepada anak isteri.
Di sebelah petangnya semasa Embah Simit menyapu sampah di hujung halaman, dia terus membakar sampah yang dilonggok di situ. Tiba-tiba sahaja angin bertiup menolak sampah yang dikumpulkan ke bawah cucur atap. Sekelip mata sahaja api menyambar di seke-liling. Heran benar Embah Simit apakala melihat di keliling rumahnya dipenuh dengan ling-karan daun lalang kering laksana tembok tersergam.
Secepat kilat pula api meyambar daun lalang kering itu hingga apinya marak menyala. Terjerit kuat Embah Simit melihat keadaan api yang marak hampir-hampir mencecah ke cucur atap. Sekiranya api menyambar cucur atap nescaya rumahnya akan terperangkap dalam kebakaran. Lantas dia memanggil jiran-jiran supaya datang membantu.
 Masing-masing menerpa datang ke rumah Embah Simit yang bersebelahan sahaja dengan rumah Kiman Beguk. Cepat-cepat pula Minah Cebek memanggil suaminya supaya segera membantu. Kalau rumah emaknya dijilat api marak menyala nescaya rumah mereka juga akan terperangkap sama. Tetapi Kiman Beguk sekadar
menggeliat-geliat sahaja setiap kali digoncang kuat bahunya oleh Minah Cebek.
 "Bangunlah, siang-siang janganlah membuta!" jerkah Minah Cebek dalam keadaan cemas menggoncang bahu suaminya tengah tidur bersenar.
"Hah, mana mana boleh terbakar?" gerutu Kiman Beguk tidak membuka mata pun setelah diberitahu oleh Minah Cebek mengenai kebakaran yang berlaku.
"Bangunlah tengok, api dah marak besar..." tidak sabar lagi Minah Cebek melihat api semakin marak menyala.
Beberapa orang jiran ber-kejaran mencapai timba meluru ke telaga. Mereka mencedok air simbahkan ke arah api yang semakin galak. Setiap kali air dicurahkan bertambah marak api menyala seolah-olah disimbah minyak tanah.
Tatkala jiran-jiran cemas membantu Embah Simit me-madamkan api, Kiman Beguk sekadar duduk berjuntai kaki di kepala tangga. Dia memerhati-kan sahaja api marak menyambar daun lalang yang berlonggok-longgok di bawah cucur atap.
"Kenapa longgokkan daun lalang kering di situ?" ujar Kiman Beguk mencebek bibir mendongak ke arah isterinya yang tercegat di muka pintu.
"Siapa pula yang longgok-kan," terus sahaja Minah Cebek terjun ke tengah halaman. "Cepatlah turun, tolong mak tu!" gesanya meminta Kiman Beguk segera membantu.
Tetapi Kiman Beguk tidak berganjak pun dari kepala tangga. Dia thiduk berjuntai kaki di situ tidak peduli apa-apa. Tersengih-sengih Kiman Beguk memerhati beberapa orang jiran berkejaran mencedok air di telaga simbahkan ke api yang masih marak menyala.
Semakin disimbah bertam-bah galak api menyambar daun-daun lalang kering yang ber-longgok di keliling rumah. Puas ditolak dengan buluh panjang, daun-daun lalang kering itu ber-tambah banyak berlimpap-limpap. Mengeluh panjang jiran-jiran yang membantu disebabkan api tidak dapat dipadamkan.
"Kiman, nak tunggu apa lagi?" Mahat Pagan menggamit Kiman Beguk yang tidak ber-ganjak dari kepala tangga.
 "Dia memang tak berhati perut!" gerutu Embah Simit menyimpan dendam yang men-dongkol di hati disebabkan menantunya sekadar memerhati-kan sahaja api marak menyala.
"Embah jangan cakap macam tu!" pujuk Mahat Pagan ingatkan emak saudaranya yang berkeras sangat terhadap Kiman Beguk. "Kalau api betul, dah lama rumah Embah ni terbakar, patutnya Embah pujuk Kiman tu," ujarnya setelah menyedari kejadian berkenaan memang di-rancang oleh Kiman Beguk.
 Masakan Kiman Beguk tidak cemas tatkala api marak menyala hampir menyambar cucur atap, sekiranya kebakaran itu berpunca dari sampah terbakar. Dari mana pula datang-nya daun lalang berlonggok laksana benteng tengah ban di keliling rumah Embah Simit, kalau bukan permainan Kiman Beguk?
Tahu sangat dia mengenai Kiman Beguk apabila hatinya tersinggung. Mahat Pagan tahu bagaimana Kiman Beguk meng-gosok daun getah dalam tangan-nya kemudian dilimparkan ke tengah halaman Pak Bulin, setelah orang tua itu menuduh dia mencuri kambing di belakang rumah.
Terkejut juga Mahat Pagan sebaik sahaja melihat ular sawa sebesar tiang menjalar di tengah halaman lantas menyambar kambing Pak Bulin. Cemas benar Pak Bulin apabila kambingnya dibelit ular sawa di tengah halaman rumah. Cepat-cepat dia meminta bantuan Kee Hang supaya menembak ular sawa berkenaan.
Lama kambing berkenaan dibelit, tetapi tidak juga ditelan ular sawa sebesar tiang. Kambing itu mengembik-embik sahaja mahu lepaskan diri dari cerutan ular sawa berkenaan. T.atkala Kee Hang datang membawa senapang serba salah juga dia mahu melepaskan tembakan kerana bimbang terkena kambing yang dibelit ular sawa.
 "Hah macam mana gua mahu tembak?" ujar Kee Hang puas berkeliling mahu mem-bedek lepaskan tembakan.
"Lu tembaklah Kee Hang, kena kambing pun tak apa!" Pak Bulin tidak peduli lagi sama ada tembakan Kee Hang akan singgah ke kepala kambingnya. Biarlah kambingnya menjadi mangsa asal sahaja ular berkena-an melepaskan belitan. Sebaik sahaja cerutan ular sawa itu terurai bila-bila Kee Hang boleh membedek kepala binatang itu sampai menggelepar tidak bersisa.
Sekiranya tidak ditembak ular sawa tersebut lambat laun tentu binatang itu akan terjongol lagi. Bila-bila dia akan menyam-bar kambing yang lain mahu ditelan sampai kenyang tersendat. Selagi tidak dapat menelan kambing sudah tentu ular sawa berkenaan tidak akan berpuas hati. Dia akan ulangi lagi datang ke tengah halaman mencari kambing untuk diheret ke mana-mana.
"Itu kambing masih hidup, Bulin," Kee Hang cuba mencari buluh untuk menguis ular sawa itu biar dilepaskan kambing dalam belitan. "Kita tak boleh tembak, nanti kena kambing!" katanya serba salah mahu me-lepaskan tembakan.
 "Jangan peduli itu kamliing!" gerutu Pak Bulin lantas mencapai senapang di tangan. Kee Hang. Biar dia sendiri melepaskan tembakan kalau Kee Hang teragak-agak sangat.
Sewaktu Pak Bulin melepas-kan tembakan memang menyinggah kepala kambing di dalarn cerutan ular. Menggelepar kambing berkenaan akibat kepalanya disinggah peluru senapang Tatkala Pak Bulin mahu melepaskan tembakan seterusnya setelah ular sawa melepaskan cerutan, dia tidak melihat lagi ular sebesar tiang itu berlingkar di tengah halaman.
Terpinga-pinga Pak Bulin dan Kee Hang apabila mendapati ular sawa sebesar tiang tidak ada di tengah halaman kecuali daun-daun getah bertaburan di keliling bangkai kambing yang ditembak oleh Pak Bulin sendiri. Siapa lagi mahu dituduh membunuh kambing tersebut kalau bukan Pak Bulin yang melakukan?
"Mana itu ular lari, Bulin?" Kee Hang macam tidak percaya ular sawa sebesar tiang yang membelit kambing Pak Bulin hilang tidak kelihatan di mana-mana.
Sebab itu Mahat Pagan tahu memang Kiman Beguk boleh kelirukan sesiapa sahaja sekiranya hati dia tersinggung. Tentu emak saudaranya Embah Simit tidak boleh berkeras dengan. Kiman Beguk kalau mahu selamatkan rumahnya dari gangguan api yang marak menyala.
Siapa mahu dituduh me-lakukan perbuatan membakar tatkala api hampir menyambar cucur atap? Kalau mahu dibiar-kan manalah tahu api berkenaan akan membakar rumah sampai rentung tidak bersisa. Tentu sebuah kampung juga mengalami kebakaran sekiranya api tidak dipadamkan segera.
"Cukuplah Kiman, padam-kan api ni," Mahat Pagan bagai-kan merayu supaya jiran-j iran tidak bersusah payah berkejar ke telaga mencedok air.
 "Takkan Kiman seorang nak harapkan padam api," sahut Embah Simit mengerling menantunya yang duduk ber-juntai kaki di kepala tangga.
 "Memang Kiman saja yang boleh padamkan api ni!" beritahu Mahat Pagan menyuruh jiran-jiran berhenti sahaja mencedok air di telaga. Tentu sia-sia sahaja mereka menyimbahkan air selagi Kiman tidak turun memadamkan api yang marak menyala.
 "Apa lagi Kiman, turunlah," Embah Sitim tidak percaya pen-jelasan Mahat Pagan, lantas sahaja dia mneyindir.
Tetapi Kiman tersengih-sengih sahaja di kepala tangga. Selagi emak mertuanya berkeras mengejek dia tidak peduli apa-apa. Biarlah api terus marak dengan angin bertiup perlahan. Semakin dibiarkan bertambah banyak daun lalang kering ber-timbun di bawah cucur atap laksana guni beras bertindih-tindih.
Puas duduk berjuntai kaki, Kiman Beguk bertenggong pula sambil menghisap rokok. Biarlah emak mertuanya meracau -di tengah halaman sampai serak suara, dia tetap bertenggong di depan pintu rumahnya. Dia tidak akan turun m.embantu selagi emak mertuanya mahu tunjuk lancang mulut tidak bertabek-tabek.
"Embah jangan tunjuk keras hati," Mahat Pagan memandang lesu ke arah api yang tidak mahu dipadamkan. "Memang Kiman saja yang boleh padamkan api ni, dia nak uji Embah!" geram juga dia disebabkan perempuan itu mahu bertahan tidak menentu.
Setelah dipujuk jiran-jiran barulah Embah Simit meminta Kiman Beguk membantu. Terpaksa juga dia berlembut setelah api semakin galak meyambar cucur atap. Bimbang juga dia kalau api berkenaan membakar rentung rumahnya hingga menjadi abu tidak berguna.
Tersengih-sengih Kiman Beguk turun mendekati tangga rumah emak mertuanya. Dia terus naik merempuh api yang marak menyala di sekeling rumah. Beberapa minit sahaja Kiman Beguk di dalam rumah Sekaligus api padam bagaikan disimbah air. Daun-daun lalang kering juga menjadi debu lantas ditiup angin.
 "Kau buat apa dengan rumah aku ni, Kiman?" mengongoi Ernbah Simit terharu dengan kejadian yang menimpa dirinya. Kesal benar dia perbuatan menantunya yang sengaja mahu menakut-nakutkan dia. Tahu benar Embah Simit kebakaran berkenaan sekadar mainan sihir menantunya untuk menguji dirinya.
 Tetapi Kiman Beguk tidak pernah menipu orang sampai beribu-ribu ringgit dengan kebolehan demikian. Dia sekadar mempertahankan diri apabila dihina tidak bersebab. Tahu sangat Ucu Mahali arwah datuk-nya tidak mahu menipu seperti dilakukan oleh Midon Togok.
 Kalaulah Midon Togok mampu lakukan sama seperti kebolehan Kiman Beguk nescaya dia akan mencari kesempatan tidak bertangguh. Alangkah sombongnya Midon Togok kalau boleh menukarkan diri menjelma bagaikan ular sawa berlingkar sebesar tiang lantas menyerbu ke mana-mana pejabat!
Memang Ucu Mahali mendengar orang-orang kampung memberitahu mengenai arwah datuknya mengedap pencuri dengan menukar dirinya menjelma menjadi harimau. Apabila seisi kampung diganggu pencuri saban malam, memang mereka gelisah tidak menentu. Bila-bila sahaja rumah mereka terdedah menjadi mangsa pencuri yang gunakan pukau sampai seisi rumha tertidur nyenyak.
Harapkan Lebai Dabun mereka sekadar boleh bertahan satu atau dua malam sahaja. Apabila Lebai Dabun bekalkan mereka dengan kemenyan yang sudah didoakan, kemudian ren-jiskan di sekeliling rumah memang rumah mereka tidak dinaiki pencuri. Tetapi selepas tiga empat hari nescaya pencuri akan dapat juga membolos masuk.
Lebai Dabun hanya ajarkan mereka doa supaya amalkan se-panjang malam dengan mem-bacakan seratus kali:
 Bismillahi wallahhu ghalibun 'ala amri, bismillahhi nurilqolbi yinuri 'anni birahmatika ya arhamar rahimin, bis-millah hi Allahhuma ya Allah ya Allah ya Allah ya Allah ya Muhammad ya Muhamtnad ya Muhammad.
 Perkara amalkan.doa Lebai Dabun tidak sama dengan mereka hafalkan doa berkenaan. Lainlah Lebai Dabun memang sudah diamalkan macam darah dagingnya doa tersebut. Tidak payah dibacakan pun sudah sebati dengan dirinya, hingga amalan doanya sudah cukup bermanfaat.
 Tatkala seisi kampung gempar diganggu pukau pencuri, Lebai Dabun tidak bimbang apa-apa. Memang dia mudah sanaja bangun tengah malam dirikan solat sunat tahajud, sekalipun dipukau pencuri biar seisi rumah nYenyak tidur.
Masakan pukau pencuri dapat menembusi rumah Lebai Dabun setiap dia bangun tengah malam dirikan solat sunat tahajud. Sebab itu rumah Lebai Dabun tidak pernah dinaiki pencuri. Tetapi lain daripada rumah Kiman Beguk memang tidak bersisa dibolosi pencuri. Malah rumah Embah Simit juga dikopak dinding hingga barang-barang kemas di badan tidak tinggal seurat pun.
Apabila diberitahu kepada Kiman Beguk, dia ingatkan isterinya Minah Cebek supaya tidak bimbang kalau melihat perubahan ganjil di dalam rumahnya. Manalah tahu Minah Cebek akan terkejut sewaktu dia membakar kemenyan di hujung serambi.
Perkara gangguan pukau tatkala mencuri sudah menjadi amalan ketika itu. Sesiapa sahaja menjadi gelabah apabila pencuri menaiki rumah tatkala mereka nyenyak tidur. Tentu Embah Simit terlina tidur sewaktu pencuri menaiki rumahnya hingga semua barang-barang kemas di badan dilucut habis.
Disebabkan Kiman Beguk sudah ingatkan dia supaya tidak terkejut melihat perubahan, teringin juga Minah Cebek mahu membantu suaminya. Manalah Perubahan itu akan menyusahkan Kiman Beguk hingga memerlu-kan bantuan dia. Terpaksa juga Minah Cebek menunggu hignga tengah malam memerhatikan suarninya mmbakar kemenyan.
Tetapi Kiman Beguk tidak membakar kemenyan pun selagi isterinya belum lelapkan mata. sengaja dia melayani Minah Cebek dengan cerita-cerita lama biar isterinya cepat mengantuk. Setelah Minah Cebek terlelap barulah dia membakar kemenyan.
Tatkala Minah Cebek ter-kejut tidur dia melihat suaminya membongkok dengan meneran-neran bagaikan mahu buang air. Berdebar juga Minah Cebek apakala melihat ekor menjulur panjang dari belakang suaminya. Terpaksa Minah Cebek ber-sembunyi di sebalik dinding mahu memastikan keadaan suaminya yang perlahan-lahan berubah menjadi harimau.
Tidaic disedari oleh Minah Cebek dia terkencing didalamkain sebaik melihat seekor harimau tercangkung di hujung serambi dengan menggeleng-geleng kepala. Setelah Kiman Beguk  menjelma menjadi seekor harimau dia terus melompat terjun ke tanah melalui jendela.
Ketika seisi kampung tengah nyenyak tidur mereka digempar-kan dengan jeritan orang meminta tolong. Apabila mereka semua berkumpul di depan rumah Lebai Dabun, terkejut mereka melihat Seman Misai terketar-ketar tidak menentu. Dalam gendongnya dipenuhi dengan barang-barang kemas yang dicuri dari rumah mangsa.
 "Kenapa kamu Seman?" jerkah Lebai Dabun setelah melihat adik iparnya terketar-ketar ketakutan.
 "Harimau," jelas Seman Misai masih gementar apabila dihambat harimau sebesar lembu.
 "Di mana, kau jumpa harimau?" ujar Lebai Dabun tersengih-sengih melihat adik iparnya tiba-tiba bertukar menjadi takut. Sebelumnya memang Seman Misai tidak boleh ditegur langsung. Dia tidak bimbang berdepan dengan siapa. pun di dalam kampung! "
Dekat rumah Mahat Pagan," beritahunya tidak mahu menyembunyikan rahsia yang berlaku pada dirinya.
Dia mengaku di depan orang-orang kampung fasal mencuri tatkala seisi rumah tengah nyenyak tidur. Memang Seman Misai yang larikan barang-barang kemas lantas menjualkan ke pekan kecil. Tatkala mahu membolos masuk ke rumah Mahat Pagan tiba-tiba sahaja dia merasa punggungnya dihidu binatang.
Terasa misai binatang itu menujah ke kulit pinggang menyebabkan dia cepat berpaling. Sebaik sahaja melihat ke belakang Seman Misai .melihat seekor harimau menyeringai hingga nampak taringnya. Terkaku Seman Misai ditenung harimau belang yang menggeleng-geleng kepala menggerunkan hatinya.
Disebabkan tidak dapat melarikan diri ke mana pun, lantas Seman Misai menjerit sekuat hati. Tergamam Mahat Pagan suami isteri dengan jeritan tersebut. Cepat-cepat mereka menyerbu ke pintu menjengah ke tengah halaman. Memang Mahat Pagan nampak seekor harimau menjilat-jilat pipi Seman Misai yang tidak dapat bergerak kemana-mana.
Bukan Seman Misai sahaja menjerit langsing, malah isteri Mahat Pagan juga terjerit sama.
Terkejut benar dia melihat harimau belang tercegat di tengah halaman rumahnya. Setelah Seman Misai mengaku dia mahu membolos masuk mencuri di rumah Mahat Pagan barulah harimau berkenaan melenggang perlahan meninggalkan halaman.
Jauh di lipatan hati Mahat Pagan memang sudah dapat diagaknya tentu Kiman Beguk yang lakukan. Kiman Beguk mahu memerangkap pencuri yang galak menaiki rumah orang-orang kampung setiap malam. Siapa lagi mahu dituduh kalau bukan Seman Misai sendiri yang sudah mengakui perbuatan-nya! Sebab itu Mahat Pagan heret Seman Misai ke rumah abang iparnya Lebai Dabun.
Semenjak itu Seman Misal tidak berani lagi menetap di kampung setelah malu disebab-kan seisi kampung tahu mengenai tembelangnya. Ke mana lagi dia mahu sorokkan muka setiap kali terserempak orang-orang kampung yang menjadi mangsanya. Kalau tidak disebabkan harimau terjongol di belakangnya memang siapa pun tidak dapat menghalang per-buatannya!
Memang Ucu Mahali juga mendesak datuknya turunkan amalan tersebut kepadanya semasa dia berkhidmat dengan pasukan keselamatan. Asal sahaja balik ke kampung bercuti memang Ucu Mahali memujuk datuknya. Apa lagi masa darurat ketika perintah orang putih Ucu Mahali seringkali masuk ke hutan. Tentu dia mengharapkan datuknya boleh turunkan amalan tersebut.
"Hah, kalau sungguh-sung-guh, datanglah malam ni!" ujar Kiman Beguk mengesat pelupuk matanya disebabkan cucunya terlalu mendesak.
 "Saya tahu atuk banyak amalan," tersengih-sengih Ucu Mahali gembira setelah datuknya berjanji mahu membantu.
"Kamu boleh fikir nanti," Kiman Beguk mencepak-cepak bibir sambil mengusap janggut-nya.
Sewaktu mengunjungi datuk nya memang Ucu Mahali tidak memberi tahu sesiapa. Ayahnya juga tidak diberi tahu. Kalau diberi tahu memang ayahnya melarang meminta turunkan amalan datuknya itu. Tidak pernah pun ayahnya menyuruh dia meminta amalan datuknya supaya diturunkan menjadi amalan semasa berkhidmat dalam pasukan keselamatan.
Tetapi Ucu Mahali tetap berkeras. Perkara menuntut amalan tidak perlu bergantung kepada orang lain. Dia sendiri boleh memutuskan sama ada sanggup mengamalkan atau pun tidak. Biarlah ayahnya banyak habiskan masa di surau hingga tidak benarkan dia dapatkan amalan datuknya itu.
Ketika sampai di rumah datuknya tengah malam, Ucu Mahali terus sahaja dibawa ke kubur. Berdebar juga hatinya apabila dibawa oleh datuknya ke belukar kubur yang menyeram-kan. Tetapi Ucu Mahali tetap tabahkan hati asal sahaja ke-inginannya dapat dipenuhi. Tentulah meranduk belukar kubur pada tengah malam se-bahagian amalan yang perlu di-tempuh.
Sebab itu Ucu Mahali tidak bertanya apa-apa sebaik sahaja dibawa oleh datuknya meranduk belukar kubur tatkala tengah malam. Setelah membakar kemenyan Kiman Beguk mengingatkan cucunya:
"Kamu tengok nanti akibat mereka yang amalkan ilmu dunia yang kamu inginkan sangat tu. Selepas ni, kalau kau sanggup boleh aku tunjukkan, tapi akibat-nya kau sendiri boleh fikir nanti."
Kiman Beguk menyeru dengan menyebut:
 Hai datuk petaka bumi, hai datuk petala langit, bumi ibuku langit bapaku, lindung aku dalam kandung tanah, dengan kalimat...
 Dalam masa beberapa minit sahaja Ucu Mahali melihat empat buah kubur memancar cahaya api. Serentak dengan itu dia -mendengar jeritan meminta tolong berulang kali. Lama jeritan itu bergetar menusuk perasaan, dari kilauan cahaya api melalui rekahan kubur Ucu Mahali melihat bungkusan putih terhambur keluar.
 Bungkusan putih itu memang jelmaan mayat di-kapankan. Dalam cahaya kilauan api itu Ucu Mahali tertegun apakala empat mayat berkenaan tiba-tiba sahaja dihembat dengan cemati dan rantai besi sebesar sauh kapal. Setiap kali mayat itu dihembat tubuhnya tenggelam ke bumi. Cepat-cepat pula kuku tajam sebesar dinding kapal mencungkil hingga mayat terbenam itu tercampak jauh ke udara.
Sebaik sahaja mayat itu jatuh ke bumi tidak bertangguh rantai besi menghembat tidak tertahan. Ketika ini Ucu Mahali mendengar jeritan nyaring meminta tolong. Melalui kilauan cahaya api itu Ucu Mahali melihat darah memercik pada kain kafan mayat hingga kain kafan juga koyak rabak tidak menentu.
Bertambah gementar Ucu Mahali melihat keadaan yang mengerikan itu. Kalau tidak kenangkan dia sendiri yang sanggup berdepan dengan apa sahaja cabaran, memang Ucu Mahali akan larikan diri. Malu juga dia mahu tinggalkan datuk-nya berseorangan di situ dalam saat demikian.
Empat mayat yang terhambur dari kuburnya itu memang tidak dapat mengelak setiap kali rantai besi sebesar sauh kapal menghembat tubuh-nya. Terbayang pada Ucu Mahali tentu seluruh tubuh mayat akan temuk laksana dihempap bukit tersergam. Bagaimana mahu mengelak tatkala hembatan rantai besi itu melayang di dalam gelap yang tidak kelihatan dari arahmana?
"Siapa mereka empat orang tu, atuk?" gementar Ucu Mahali bertanya dalam jeritan nyaring mengerikan di tengah malam itu.
"Mereka semua tu guru atuk dulu," beritahu Kiman Beguk menahan rasa keharuan yang mendalam.
 "Kenapa atuk tak tolong?" lantas sahaja Ucu Mahali ingin tahu keadaan sebenarnya.
 "Macam mana nak tolong, bukan kuasa kita,: keluh Kiman Beguk memerhatikan lembaga mayat itu terjerit-jerit menahan kesakitan dalam silauan cahaya api yang membelah di atas tanah kubur.
Memang tergamam juga Ucu Mahali melihat rantai besi bertalu-talu menghembat lembaga empat mayat yang merangkak di atas kubur. Belakang mAyai tu memercik darah dengan kain kafan habis koyak rabak. Mereka terketar-ketar mahu melarikan diri, tetapi di sekelilingnya terkepung oleh api yang marak menyala.
Ketika ini Ucu Mahali mendengar gema orang beratib beralun-alun dalam deru angin malam. Perlahan-lahan pula Kiman Beguk membacakan doa dengan getar suara menahan sebak yang menusuk-nusuk:
Wahuwallahh u la-ilah a lahul hamdu fil aula wal-akhirati walahul hukmu wa-ilaihi turja'un, walatad'u ma'allahhi ilahan akharo la-ilaha illa-huwa kullu syai'in halikun illa wajhahu, lahulhukmu wa-llaihi turja'un.
Rantai besi yang menghem-bat tidak berhenti-henti itu mula menghilang dalam bayang ber-balam-balam. Saat ini empat mayat yang tergolek di atas kubur jatuh semula ke dalam rekahan tanah bersama silauan api. Jeritnya tenggelam halus dicelah rekahan tanah yang berapi-api bagaikan menyambar mangsa.
Setelah semuanya hilang bersama angin malarn, barulah Kiman Beguk mengajak Ucu Mahali balik ke rumah. Lama dia mendiamkan diri menahan keluhan yang amat pahit. Ter-tunduk sahaja Ucu Mahali meng-ekori dia sepanjang balik ke rumah itu.
"Macam itulah kalau kau sengaja memburu ilmu dunia!" jelas Kiman Beguk sebaik sahaja tersandar duduk tatkala sampai di rumah.
Tidak bercakap sepatah pun Ucu Mahali, hanya terkebil-kebil mata apabila kenangkan empat mayat yang dibelasah teruk bayangan rantai besi sebesar sauh kapal. Dia melihat sendiri bagaikan pedihnya empat mayat itu menanggung kesakitan akibat dibelasah tidak henti-henti.
Sebab itu Ucu Mahali tidak mahu meneruskan hasratnya meminta datuknya turunkan amalan tersebut. Tidak lama selepas itu Kiman Beguk mula diserang penyakit beguk di bawah dagunya hingga mem-bengkak sebesar penumbuk.
Puas juga dia berubat mahu hilangkan penyakit beguk itu, tetapi tidak juga seruh. Semasa memberitahu Ucu. Mahali mengenai penyakit beguknya memang berlinang air di pelupuk mata Kiman Beguk, disebabkan padah yang menimpa dirinya. Namun dia rela menanggung beban penyakit beguk itu daripada meneruskan amalan yang diamalkannya sejak sekian lama.

 Dia ingatkan Ucu Mahali mengenai kecekalan hatinya masukkan kemenyan ke dalam mulut mayat seperti dipetuakan oleh gurunya Mat Sopot. Sewaktu mayat dimandikan Mat Sopot sendiri menyuruh dia masukkan kemenyan dengan membacakan menteranya sekali.
Setelah mayat dikebumikan, Kiman Beguk perlu menggalikan semula kubur berkenaan tatkala tengah malam menyeluk kemen-yan di dalam mulut mayat. Ketika inilah dia diserbu oleh lembaga bertanduk dengan leher dipenuhi gelambir laksana buah kelapa bergayutan. Kiman Beguk berteguhan janji tidak akan mem-buang amalan yang dibisikkan oleh lembaga bertanduk itu ke telinganya.
 Disebabkan dia terus membuangkan amalan itulah Kiman Beguk dihinggapi beguk di leher-nya. Sehingga ke akhir hayatnya beguk berkenaan tidak seruh apa-apa.
 "Carilah ilmu yang berguna di dunia dan di akirat," Kiman Beguk ingatkan Ucu Mahali supaya tidak amalkan amalan yang boleh memusnahkan diri sendiri.
Apabila kenangan kejadian tersebut memang remang bulu roma Ucu Mahali. Kalau dia sendiri disuruh menggali kubur tatkala tengah malam untuk menyeluk kemenyan di dalam mulut, siah malaikat empat puluh empat dia tidak akan jejak tanah kubur.
Perkara ilmu kebatinan tidak penting pada Ucu Mahali kalau terpaksa melalui ujian getir demikian. Apalah gunanya dada penuh dengan ilmu kebatinan sekiranya tunduk dengan kemahuan lembaga yang menjelma menjadi pendamping diri?
"Macam itulah datuk saya dulu, ustaz," beritahu Ucu Mahali tersengih-sengih memandang saya sambil mengerling Semail Bacar yang yang berkunjung juga ke rumahnya.
"Ayah saya kenal juga dengan ustaz ni," Semail Bacar pula mengaku setelah dua kali terserempak saya di rumah Ucu Mahali. Memang Semail Bacar sendiri balik ke kampung setelah menemui Ucu Mahali dan mem-beritahu Haji Tum iran mengenai pertemuan dengan saya.
Haji Tumiran juga mendesak Semail Bacar supaya tidak pentingkan sangat mencari peluang berniaga yang tidak diredhai. Sebab itu dia marahkan Semail Bacar kerana terkilan sangat ditipu Midon Togok itu.

No comments:

Post a Comment