HAIRAN benar kejadian yang berlaku di rumahnya sejak berbulan-bulan
apabila wang dalam dompet hilang sekalipun dijahit dengan benang. Asal sahaja
kumbang atau rama-rama terbang ke tengah rumah, cam benar dia tentu duit dalam
dompet akan hilang.
Memang Safar tidak per-caya sangat apabila isterinya Kamariah
menuduh perbuatan toyol menceroboh. Mencebek bibir Safar mengejek isterinya
kalau sebut mengenai toyol mencuri duit di dalam dompet. Masakan setelah ramai
orang berpendidikan tinggi masih percayakan toyol boleh dijadikan suruhan untuk
mencuri duit.
Tetapi Kamariah syak tentu toyol yang lakukan. Bersusah
payah dia beli ikan puyu di-pelihara dalam akuarium biar toyol yang lakukan.
Bersusah payah dia beli ikan puyu dipelihara dalam akuarium biar toyol leka
bermain. Ingat sangat Kamariah pesanan orang tua-tua sekiranya toyol masuk
menceroboh pelihara sahaja ikan puyu. Tentu toyol akan leka bermain ikan puyu
hingga santak subuh sampai dia tidak sempat mencuri duit di dalam dompet.
Lantas sahaja Safar mengejek apabila isterinya memelihara
ikan puyu di dalam akuarium. Pelihara pun ikan puyu duit di dalam dompet hilang
juga. Bukan takat sebelah malam sahaja, malah siang hari duit yang baru
dikeluarkan dari bank pun hilang.
"Awak tak percaya cakap saya, memang kerja
toyol!" gerutu Kamariah menyindir suaminya setelah duit yang disemat
dengan pin di dalam dompet pun hilang.
Safar tidak peduli sekalipun isterinva berkeras menuduh
perbuatan toyol. Perkara toyol sama juga perbuatan ilmu syaitan yang merosakkan
iman manusia. Sebab itu Safar sanggup bersengkang mata sampai santak tengah
malam lakukan solat sunat taha-jud biar toyol tidak dapat mengganggu.
Setiap kali bangun tengah malam dia akan bacakan Ayatul
Kursi hingga 313 kali. Asal sahaja dia tidak bangun lakukan solat sunat
tahajud, duit dalam dompetnya akan hilang juga. Kalau tidak kenangkan amanat
gurunya supaya banyak bersabar, memang mahu juga Safar memekik sekuat hati
melepaskan rasa yang mendongkol di dalam hati.
"Cubalah dengan Ucu Bahali," ujar Uda Lajis
sebaik sahaja diberitahu oleh Kamariah tatkala mereka suami isteri balik ke
kampung.
"Safar ni bukan dia nak percaya!" mendengus
Kamariah lantas mengerling suaminya.
"Ini bukan perkara percaya atau tak percaya,"
sahut Safar tersinggung dengan ejekan isteri-nya itu. "Tapi, betulkah perbuatan
toyol atau tuduh-tuduh aje?" dia mencebek bibir macam mengingatkan
Kamariah.
"Buat apa berbalah-balah, cuba tengok dulu dengan Ucu
Bahali," tegas Uda Lajis tersengih-sengih. Apalah gunanya mereka
berbalah-balah kalau menyedari gangguan syaitan demikian. Lebih baik dicari
puncanya biar gangguan itu boleh dihindarkan.
Melawan syaitan bukannya sama berhadapan dengan orang
yang terconggok di hadapan mata. Bila-bila boleh dibentak sekiranya berdegil
tidak mahu mengalah. Gangguan syaitan hanya menyusup dalam sanubari yang perlu
dikawal dengan penuh kesabaran.
Kalau tidak dapat mengawal kesabaran tentulah
berbalah-balah sesama sendiri, hingga syaitan dapat merasuk ke dalam diri. Apa
sangat dengan wang di dalam dompet hilang, kalau bandingkan rumah tangga pecah
akibat berbalah-balah tidak dapat menahan sabar?
Sebab itu Uda Lajis ingatkan mereka supaya tidak
berbalah-balah. Kalau bukan perbuatan syaitan boleh mencuri wang di dalam
dompet dengan tidak dapat dilihat, kerja siapa lagi? Sekiranya pencuri yang
menyusup masuk ke dalam rumah, kenapa dia mengambil sebahagian sahaja wang di
dalam dompet?
Memang Safar juga percaya perbuatan syaitan mahu menguji
kesabarannya. Tetapi dia tidak mahu menuduh perbuatan toyol, kerana dia sendiri
tidak melihat-nya. Hanya cerita dari mulut ke mulut sahaja toyol menyusup masuk
menyerupai anak kecil berbogel lantas mencuri duit di dalam dompet.
Mereka percaya kalau dita-burkan kacang hijau nescaya
toyol akan bermain dengan ka-cang hijau berkenaan. Sekira-nya diikatkan duit
pada uncang tepung, toyol akan mengheret uncang berkenaan hingga sampai ke
rumah tuan yang memelihara-nya. Ketika ini mereka boleh mengesan siapa tuan
yang amal-kan memelihara toyol untuk mencuri duit jiran-jiran?
Tetapi Safar tidak mahu me-merangkap sampai tuan yang
amalkan ilmu syaitan ini mene-rima malu. Biarlah dia buat solat sunat tahajud
berturut-turut malam sampai gangguan itu tidak lagi merasuk. Bertambah hairan
juga Safar semakin galak dia bangun tengah malam, kian menjadi-jadi pula
duitnya hilang di dalam dompet.
Terpaksa juga dia mengalah dengan kemahuan Kamariah
apabila memberitahu pada Uda Lajis. Manalah tahu Uda Lajis boleh membantu
mereka. Memang Kamariah tahu juga mengenai Aki Amid di Pahang sekalipun sekadar
mendengar cerita orang. Tentu Uda Lajis juga amalkan ilmu arwah ayahnya kalau
tidak setanding dengan Aki Amid pun.
Tersengih-sengih sahaja Uda Lajis apabila diberitahu
mengenai gangguan di rumah Safar. Perkara duit hilang dalam dompet tidak
semestinya perbuatan mereka yang amalkan ilmu toyol yang menjelma seperti bayi
berbogel menghisap ibu jari. Uda Lajis sendiri tidak pernah terserempak toyol
menjelma di hadapan mata, masakan dia dapat mengagak bentuk mahkluk berkenaan.
Tetapi Kamariah sudah beberapa kali terserempak lembaga
hitam berbayang seperti bayi melayang ke bilik tidur. Apabila dipasang lampu
tiba-tiba sahaja asap berbau busuk di penjuru bilik. Apabila dijengok dia
melihat longgokan arang kertas bekas terbakar masih berasap lagi.
Cepat-cepat pula dia mengerakkan suaminya suruh periksa
wang di dalam dompet. Me-mang mengeluh pendek Safar apabila mendapati wang di
dalam dompet hilang beberapa ringgit.
Kalau tidak melihat bayang hitam seperti bayi itu,
Kamariah akan terdengar getar di dinding bagaikan daun buluh bergesel. Dalam
tempoh lima menet sahaja bunyi daun buluh bergesel itu hilang begitu sahaja.
Asal sahaja dijengah dompet duit nescaya sebahagiannya hilang entah ke mana.
Bukan takat bayang hitam seperti bayi dan bunyi daun
buluh bergesel sahaja, beberapa kali juga Kamariah melihat rama-rama hitam
merempuh masuk. Kalau tidak rama-rama hitam yang merempuh ke dinding, kumbang
nyiur melekap di penjuru bilik. Kadangkala belalang berwarna kehitam-hitaman
juga berdesit nyaring masuk ke rumah.
Apabila binatang berkenaan hilang, memang cam benar
Kamariah tentu suaminya me-rungut fasal wang di dalam dompet hilang. Masakan
dia boleh bersabar kalau dalam seminggu sampai tiga kali wang di dalam dompet
hilang tidak semena-mena.
"Uda tak tahu apa-apa," beritahu Uda Lajis
masih ter-sengih-sengih juga. "Macam mana kalau jumpa dengan Ucu Bahali,
dia tu bapa saudara me-nantu Uda," ujarnya memberi jaminan mahu membantu.
Kamariah tidak peduli siapa pun yang ditemukan oleh Uda
Lajis sekiranya lelaki itu tidak sanggup. Sudah berbulan-bulan dia diganggu
ilmu syaitan yang menjadi amalan manusia. Perkara sama ada orang lain percaya
atau tidak mengenai kejadian itu bukanlah penting sangat, kerana dia sendiri
yang mengalami kejadian demikian. Siapa sahaja yang tidak pernah mengalaminya
tentulah menganggap perkara demikian tahyol yang tidak diterima akal.
Memang jiran-jirannya juga tidak pernah mengalami kejadian
diganggu duit hilang di dalam dompet itu. Sekiranya perbuatan toyol tentulah
jiran-jiran juga menerima padah. Kalau mahu dikira dia dimusuhi orang, puas
juga Kamariah ingatkan dengan siapa mereka suami isteri pernah tersinggung
hati? Tetapi dia tidak dapat mengagak dengan siapa pula bermasam muka sampai
ber-dendam gunakan amalan ilmu syaitan.
"Tak payah tuduh menuduh!" Uda Lajis ingatkan
supaya tidak mengesyaki sesiapa berkhianat. "Kalau sakit berubat, kalau
ada gangguan minta jauhkan," ujarnya meminta Kamariah suami isteri jangan
berputus asa menghadapi ujian demikian.
Percaya sangat Uda Lajis memang syaitan bertujuan mahu
merosakkan kehidupan manusia. Biarlah manusia bersengketa sesama sendiri
apabila ilmu yang diamalkan digunakan untuk menganggu orang lain. Masing-masing
tuduh menuduh, berma-sam muka atau hingga mendo-rong kepada perbuatan yang
tidak diridhai Allah.
"Safar tak percaya ni kerja toyol!" Kamariah
masih berkeras menyalahkan suaminya.
"Mana kamu tahu kerja toyol?" Uda Lajis tersenyum
dengan gelagat sepupunya itu.
"Saya nampak bayang macam budak masuk ke
bilik," lantas Kamariah bertahan tidak mahu mengalah.
"Ah, syaitan sengaja nak kelirukan kita," ujar
Uda Lajis perlahan. "Sebab itu kita jangan cepat menuduh kalau nampak
bayangan macam tu!" tegasnya tidak mahu Kamariah terburu-buru.
Bukan Kamariah sahaja tidak sabar hingga cepat menuduh,
malah emak saudaranya di Pahang Ulung Kitam juga pernah terburu-buru menuduh
cucunya diganggu pelesit apabila terkejang sampai terbalik mata. Tidak
bertangguh Ulung Kitam menyerbu ke rumah Alang Nyipah yang dituduhnya menyimpan
pelesit di dalam kampung.
Seisi kampung percaya Alang Nyipah memelihara pelesit
setiap kali bunyi belalang mendesit di tengah malam. Asal sahaja sesiapa di
dalam kampung ter-kejang merapik-rapik memang mereka mengaku bertuankan Alang
Nyipah.
Marah benar Alang Nyipah apabila Ulung Kitam menyerbu ke
tengah halaman menuduhnya memelihara pelesit hingga merasuk gadis kecil Leha.
Kalau tidak dileraikan oleh Aki Amid memang Alang Nyipah sanggup bergomol
dengan Ulung Kitam.
Perkara menuduh dia memelihara pelesit samalah macam
menghina dirinya laksana sampah hanyut di tengah arus sungai. Apabila gunanya
dia berulang alik ke surau dirikan solat berjemaah, kalau amalkan amalan yang tidak
diridhai Allah. Memang dia tidak dapat menahan sabar apabila Ulung Kitam
menyerbu ke tengah halaman.
Kalau takat menuduhnya memelihara pelesit memang tahu
sangat Alang Nyipah sudah seisi kampung tidak percayakan dia. Siapa sahaja
terkejang sampai terbalik mata tentu mengaku dikirim pelesit dari peliharaan
Alang Nyipah. Dia masih boleh bersabar selagi seisi kampung tidak mengancamnya.
Tetapi Ulung Kitam sudah tidak menghormati dia lagi kalau
menyerbu sampai ke tengah halaman. Mentang-mentang Leha terkejang terbalik mata,
terus sahaja Ulung Kitam menuduh dia.
"Banyak sangat harta kau yang tak boleh
terusik!" bentak Ulung Kitam meluahkan rasa mendongkol di hati sebaik
sahaja tercegat di tengah halaman rumah Alang Nyipah.
Masakan Alang Nyipah boleh berselindung lagi setelah Leha
sendiri merapik fasal menjolok buah kundang muda di tepi pagar sempadan tanah.
Setelah menjolok buah kundang muda itulah, tiba-tiba sahaja Leha rasa memual
perut. Kemudian termuntah-muntah hingga jatuh pingsan terus terkejang sampai
terbalik mata.
Kalau takat tengah baldi buah kundang tepi sempadan tanah
tidak boleh dijolok, bila-bila Ulung Kitam boleh bayar harganya padd Alang
Nyipah. Kenapa tergamak Alang Nyipah menganiaya Leha dengan menyuruh pelesit
merasuk? Kalau dibiarkan pelesit merasuk berterusan tentu Leha akan menjadi
gila tidak boleh diubat.
Sebab itu Ulung Kitam tidak dapat menahan sabar.
Bila-bila dia sanggup gonyoh muka Alang Nyipah ke pasir halaman kalau berani
menyahut cabaran dia. Ulung Kitam mahu lihat sendiri pelesit peliharaan Alang
Nyipah merasuk dalam dirinya!
"Awak jangan tuduh aku membela pelesit, Ulung!"
sahut Alang Nyipah tercegat di kepala tangga menahan kemarahan hati.
"Satu kampung dah tahu, awak pelihara pelesit,"
semakin marah Ulung Kitam apabila kata-katanya disanggah.
"Mana dia pelesit aku tu?" menggertap gigi
Alang Nyipah menahan geram yang sekian lama bergejolak.
"Pelesit tu hantu, kalau manusia biasa macam tuannya
awak tu, senanglah!" jerkah Ulung Kitam semakin garang.
"Carilah dalam rumah aku ni, kalau awak nampak
pelesit tu," tegas Alang Nyipah berkeras tidak mengakui dia memelihara
pelesit.
"Macam mana nak cari, hantu bukannya boleh
nampak," ejek Ulung Kitam mencebek bibir.
Sebab itu Alang Nyipan terjun ke tanah mahu menggo-mol
Ulung Kitam biar sama-sama berguling bergelumang pasir halaman. Alang kepalang
dia dituduh jahat kerana amal-kan memelihara pelesit, Alang Nyipah rela dia
dimusuhi oleh seisi kampung.
Belum pun sempat mereka bergomol macam anak-anak kecil
mahu menunjukkan garang, Aki Amid tiba di situ setelah dipanggil oleh Mansur
menantu Ulung Kitam. Serba salah juga Mansur apakala ibu mertuanya hilang sabar
setelah Leha tiba-tiba sahaja terkejang terbalik mata.
"Kenapa ni Kak Kitam?" Aki Amid sempat berdiri
di tengah-tengah menghalang dua orang perempuan itu bergomol. "Kak Nyipah
juga kenapa nak tunjuk garnag? Tak malu pada anak cucu ke?" katanya keras
bercekak pinggang menampankan dada.
"Aku ni simpan pelesit, aku ni jahat!" gerutu
Alang Nyipah cuba menolak Aki Amid. Tetapi dia merasa tubuh Aki Amid tidak
berganjak sedikit pun bagaikan pokok tersergam di hadapannya.
"Siapa cakap?" Aki Amid terus memujuk sepupu
isterinya itu supaya tidak menunjuk garang berlebihan.
"Aku cakap! Tengok anak Mansur dirasuk
pelesit!" sahut Ulung Kitam menumbuk-numbuk belakang Aki Amid. Setiap kali
tangannya singgah kebelakang Aki Amid, dia terasa sakit seolah-olah menumbuk
tembok batu keras tergendeng.
"Leha tak dirasuk pelesit, mak!" Mansur pula
memujuk emak mertuanya biar bertenang dahulu.
"Dah ramai orang kampung ni kena pelesit
Nyipah!" Ulung Kitam mula mengendur akibat penumbuknya sakit disebabkan
singgah ke belakang Aki Amid bagaikan tertampan ke tembok batu.
"Syaitan memang suka tengok kita berkelahi,"
beritahu Aki Amid mengingatkan dua orang perempuan yang mempunyai hubungan
keluarga dengan isterinya.
"Aku mesti ajar Nyipah ni!" tegasUlung Kitam
tidak mahu mengalah sekalipun Alang Nyipah sudah berundur dipapah oleh Mansur.
"Hah, kalau Kak Kitam ber-degil, kelahi
sangatlah," sengaja Aki Amid keraskan suara di-sebabkan Ulung Kitam masih
mahu menerkam Alang Nyipah.
Sebaik sahaja Aki Amid memberi ruang, tidak bertangguh
Ulung Kitam meluru ke hadapan. Alang Nyipah juga berpaling mahu mempertahankan
diri sambil meronta-ronta dari pegangan Mansur. Belum pun sempat mereka
bercekak, tiba-tiba sahaja Ulung Kitam terkaku seolah-olah kakinya terpasak ke
tanah. Alang Nyipah juga tidak bertenaga mahu melepaskan diri daripada pegangan
Mansur.
"Teruskanlah, tunggu apa lagi?" lantas Aki Amid
meng-ejek setelah Ulung Kitam ter-kaku tidak dapat menyerbu ke hadapan.
"Kau ikat badan aku, Amid?" termengah-mengah
Ulung Kitam terlalu marah disebabkan petua yang dikenakan oleh Aki Amid. Tahu
benar dia mengenai Aki Amid yang amalkan petua hingga menyebabkan langkahnya
kaku macam kaki terpasak ke bumi.
"Bukankah Kak Kitam nak berkelahi sangat?"
semakin galak Aki Amid mengejak perempuan itu yang termengah-mengah mahu
melepaskan diri.
Kemudian dia menyuruh Mansur memapah Alang Nyipah naik ke
rumah. Setelah dipujuk oleh Mansur lantas sahaja Alang Nyipah mematuhi kemahuan
lelaki berkenaan. Dia sendiri bukanlah mahu sangat berkelahi tunjukkan garang
tidak bertem-pat. Kalaulah Ulung Kitam tidak celupar mulut memaki hamun-nya,
dia juga tidak akan terjun ke tanah mahu bergomol tengah halaman.
Malu juga dia kalau dilihat anak cucu, orang tua
sepertinya bergomol tunjukkan gagah. Sedangkan uban di kepala juga sudah
memutih macam bunga lalang tengah galak, tentulah akan ditertawakan oleh anak
cucu semua.
Tetapi Ulung Kitam yang berkeras mahu memuntal ram-butnya
melepaskan geram. Sampai mati pun Ulung Kitam tidak percaya kalau dia ber-dalih
tidak tahu menahu mengenai pelesit yang merasuk Leha. Ulung Kitam tetap
menuduhnya sengaja mahu berselindung sekiranya dia terus bertahan tidak mahu
terjun ke tengah halaman bergomol.
Setelah dipulihkan semula oleh Aki Amid barulah Ulung
Kitam meyedari kemarahan yang memuncak di dalam hatinya disebabkan dirasuk oleh
gangguan juga. Ketika Aki Amid diminta oleh Mansur mengubati anaknya Leha,
bingkas sahaja gadis kecil itu bangun mahu menyepak Aki Amid.
Sebaik sahaja dia cuba me-lompat, segera Aki Amid menekan
ibu jari kakinya ke lantai dengan membacakan:
Alif lam mim sad, kaf ha ya a'in
sad, ha mim a'in sim kaf, innama ilahukummullahhul lazi la-ilaha illa huWa,
wasi'a kulla syai-in 'ilman.
Sekaligus Leha tergolek semula jatuh dengan
menggeliat-geliat terketar kesakitan.
Ketika dia mengangkat kepala Leha merenung repat ke muka
neneknya Ulung Kitam. Pandangannya tajam seolah-olah menyimpan dendam yang lama
terpendam.
"Dah kau suruh aku ke mari, kau biarkan Aki Amid ni
nak bunuh aku!" Leha menggertap bibir lantas menuding jari ke arah Ulung
Kitam.
"Apa yang kamu cakapkan ni?" terkejut juga
Ulung Kitam apabila dituduh demikian.
"Jangan kamu nak pura-pura!" Leha mencemik muka
semacam mengejek. "Laki kamu yang pelihara aku, dia yang suruh aku ke
sini," ujarnya disambut ketawa mengilai.
"Laki aku dah lama mati, kalau dia pelihara hantu,
biar-kan," sahut Ulung Kitam apabila kenangkan arwah suaminya memang
berkapit dengan hantu raya semata-mata mahukan gagah semasa hayatnya. Tetapi
perkara arwah suaminya Andak Ludin berkapit dengan hantu raya sudah lama
berlalu. Dia senidri sudah lupa dengan kejadian se-masa suaminya masih hidup lagi.
Memang kerapkali orang kampung melihat Andak Ludin
memikul batang sagu memanjang balik ke rumah tatkala senja samar-samar. Siapa
lagi yang mampu memikul pokok sagu se-batang tegak kalau bukan tenaga hantu
raya yang berkapit dengan Andak Ludin.
Ulung Kitam dengar sendiri anak saudaranya Derih Gagap
mengendap di dalam belukar sewaktu Andak Ludin mahu menebang pokok sagu.
Sengaja Andak Ludin menunggu senja samar-sama baru dia ke hujung sawah memikul
kapak. Sekali hayun sahaja ke perdu pokok sagu sekaligus tumbang tidak bersisa.
Kemudian Derih Gagap nampak Andak Ludin melangkah pokok
sagu yang sudah di-tebang itu tiga kali. Sambil melinga-lingas ke kiri dan ke
kanan untuk memastikan tidak ada orang melihatnya, lantas Andak Ludin memikul
pokok sagu sebatang tegak itu di bahunya dengan daun-daunnya sekali. Tatkala
berselisih di jalan sengaja Derih Gagap menegurnya, tetapi Andak Ludin sekadar
mengang-guk kepala sahaja dengan tIdak bercakap sepatah pun.
Apabila pokok sagu dihempaskan ke tengah halaman, segera Ulung
Kitam menjengah melalui tingkap. Dia melihat pokok sagu sebatang tegak
dilimparkan ke tengah halaman, tetapi dia tidak melihat siapa pun di situ.
Tidak lama selepas itu baru Andak Ludin naik ke rumah dengan berkain basahan
selesai mandi di telaga.
"Kamu dah tahu aku tak bertuan, kenapa tak
ambil?" me-rungut-rungut Leha sampaikan suaranya garau bagaikan teng-gelam
di kerengkung.
"Kalau dah tahu tak bertuan, berambuslah ke dalam
hutan!" segera Aki Amid membentak seolah-olah memberi amaran.
"Tapi, Andak Ludin dah ber-janji," tersipu-sipu
Leha menunduk tidak berani menatap muka Aki Amid.
"Ah, siapa nak berjanji dengan hantu," sengaja
Aki Amid mengejeknya bagaikan mahu menyakiti hati musuh.
"Andak Ludin berjanji suruh ikut siapa aje
keluarganya," lantas Leha memintas sebelum sempat Aki Amid meneruskan
cakapnya.
"Selagi aku ada, jangan cuba nak mengaruk kampung
ni!" jerkah Aki Amid tidak mahu lagi melayani syaitan yang merasuk dalam
diri Leha. Dia segera membacakan tiga kali surah al-lkhlas diikuti dengan 17
kali Ayatul Kursi. Kemudian dia meneruskan membaca doa:
Huwallahhul lazi la-ilaha illa huwa
'alimul ghaibi wasyhadati huwarrahmannur rahim, huwal-lahhul lazi la-ilaha illa
huwal-malikul quddus sussalamul mukminul muhaiminul 'azizul jabbarul mutakabbiru
subhanal-lahhi 'amma yusyrikun, huwal-lahhul kholiqul bari-ul musauwi-rulahul
asma-ul husna, yusibbihu lahu mafissamawati walardhi wahuwal 'azizulhakim.
Apabila dia menampar dua tapak tangan sekuat hati,
tiba-tiba Leha terkejut hingga jatuh menggelepar di lantai. Mulutnya
berbuih-buih sambil mendengus-dengus laksana kerbau disembe-lih leher. Lama
juga Aki Amid membacakan berbagai-bagai doa sebelum Leha dapat dipulihkan.
Sebab itu tahu sangat Uda Lajis syaitan yang merasuk sesiapa
sahaja pintar mengelirukan, dengan menuduh orang lain menyuruhnya datang
merasuk. Selagi Kamariah tidak tahu perbuatan siapa menyebabkan duit di dalam
dompet hilang, dia tidak boleh menuduh sama ada kerja toyol atau amalan syaitan
yang lain. Kalau diganggu syaitan Kamariah wajib memohon perlindungan dari
Allah semata- mata.
Apalah salahnya meminta bantuan Ucu Bahali doakan
se-kiranya diri sendiri tidak tahu bagaimana tertib berdoa itu. Sebab itu Uda
Lajis sanggup temukan Kamariah suami isteri dengan Ucu Bahali sekalipun terpaksa
meranduk jalan kecil ke Felda.
Ketika dibawa menemui Ucu Bahali selepas asar, memang dia
menyuruh Kamariah suami isteri datang semula selepas isya. Tidak pernah Ucu
Bahali memulakan perubatan di siang hari. Sengaja dia memilih malam biar dapat
khusuk berzikir di tengah kesamaran lampu.
Disebabkan sudah berjanji untuk membawa Kamariah suami
isteri menemui Ucu Bahali itulah, Uda Lajis bergegas-gegas balik. Bimbang juga
dia sekiranya mungkir janji. Manalah tahu tersinggung pula Kamariah kalau dia
terlupa hingga tidak jadi mahu ke Felda menemui Ucu Bahali.
Memang Ucu Bahali lakukan sama seperti diamalkan oleh
arwah ayahnya Aki Amid, apa-bila mula membakar setanggi sebaik sahaja Safar
suami isteri naik ke rumah. Dia sengaja memadamkan lampu di tengah ruang rumah
dengan membiarkan lampu di tangga sahaja terpasang terang benderang.
Setelah beristighfar sampai 100 kali dengan memegang erat
buah tasbih, Safar ikut sama membacakan al-Fatihah apabila Ucu Bahali
membacakan sampai 41 kali. Apabila Ucu Bahali mula beratib melenggok-lenggokkan
badan, di luar terdengar angin bertiup sepoi-sepoi memukul daun pokok-pokok
kayu.
Uda Lajis hanya memerhatikan sahaja dari jauh dengan
mengukuhkan sandar belakang ke dinding. Ketika ini dia mendengar Ucu Bahali
menyaringkan suaranya berzikir hingga 500 kali menyebut:
Ya haiyun ya gaiyum ya latiff ya
zaljalal wal-ikram.
Habis sahaja Ucu Bahali mengira buah tasbih di tangan,
dia segera mendongak. Tiba-tiba dia menggertap bibir apabila melihat
bayang-bayang kawasan rumah Safar di kelil ingi lembaga besar dengan
berpuluh-puluh ular bisa merayap di seluruh badannya.
Di bahu lembaga itu Ucu Bahali seakan-akan nampak eek()I-
burung jampuk berteng-gek dengan matanya merah bernyala laksana api membawa.
Sehaik sahaja lembaga itu melihat Ucu Bahali tercegat, tidak bertangguh dia
memerintahkan beratus-ratus ekor ular bisa menerkam ke arah Ucu Bahali.
Berterbangan ular-ular bisa itu menerkam ke arah Ucu
Bahali. Tidak sempat pun sampai ke sasaran semua ular-ular bisa berkenaan
tercampak ke bumi dengan tubuh remuk bagaikan pecah meletup. Menggeleng-geleng
kepala lembaga besar itu sambil menggertap bibir menahan merah.
"Wah, gunakan hantu raya dengan jembalang
tanah!" jerkah Ucu Bahali mencebek bibir, seolah-olah mengejek. Tetapi
Safar melihat dia sekadar me-rungut-rungut seorang diri di dalam kesamaran
cahaya lampu di tengah rumah.
Hantu raya boleh curi duit ke?" Uda Lajis sengaja
menduga.
"Memang hantu raya boleh masuk ke rumah,"
beritahu Ucu Bahali masih merenung tajam ke arah Iembaga besar di depannya.
"Jembalang tanah hanya di keli-I ing rumah sahaja, dia tidak boleh
masuki!" tegasnya tidak lepas memandang beratus-ratus ekor ular bisa
merayap di tubuh lembaga besar berkenaan.
Lembaga besar itu juga terlalu marah apabila Ucu Bahali
menggempurnya keras. Dia tidak peduli sama ada Ucu Bahali sengaja mahu mencari
musuh atau tidak, lembaga besar itu tetap melawan. Tentulah hina benar dia
kalau menyerah kalah tidak bersebab.
Tetapi Ucu Bahali dapat mengagak memang hantu raya
digunakan membuka jalan untuk menyusup masuk ke rumah Safar. Setelah hantu raya
dapat menyusup masuk liarulah toyol dilepaskan untuk mengambil duit di mana
sahaja disorokkan. Se-tiap kali Safar cuba bertahan, jembalang tanah sudah
bersedia di keliling rumah menghalang segala amalan melawan gangguan berkenaan.
Safar sekadar berdoa dengan tidak mengetahui bagaimana
gangguan syaitan itu merasuk. Sampai bila pun dia tidak akan dapat mengalahkan
selagi tidak dicari punca. Setiap kali berdoa Safar hanya boleh bertahan untuk
beberapa ketika sahaja. Selepas itu gangguan berkenaan akan merasuk lagi
berterusan.
"Kenapa tak cari rumah orang kaya?" ujar Uda
Lajis kesal dengan gangguan tersebut.
"Ini bukan fasal nak cari duit," sahut Ucu
Bahali bagaikan memberitahu apa yang dilihat-nya ketika itu sekalipun mereka
yang terconggok di tengah rumahnya tidak melihat apa-apa. "Orang ni
sengaja sakit hati pada Safar," katanya lantas mengisar tapak tangan.
Memang Ucu Bahali nampak lembaga besar itu menghembus-kan
api menyala apabila berna-fas. Api berkenaan seolah-olah mahu menyambar Ucu
Bahali, tetapi dia segera membacakan:
Wala tad'u ma'allahhi ilahan akhora
la-ilaha illa huwa kullu syai-in halikun illa wajhahu lahulhukmu wa-ilaihi
turja'un.
Sekaligus api yang menyala itu berpatah balik menyambar
lembaga bertubuh besar itu menyebabkan dia berguling ke tanah mahu
menyelamatkan diri. Beratus-ratus ekor ular yang merayap di tubuhnya juga bertempiaran
lari menyusup ke tengah belukar mencari perlin-dungan.
"Kau nak lepaskan burung jampuk tu mencuri duit
Safar?" jerkah Ucu Bahali menggertap bibir. "Mata burung jampuk tu
macam api, muncung tajam besi, itu yang kau gunakan selamani!" semakin
keras dia membentak melepaskan geram.
Lembaga bertubuh besar itu termengah-mengah bergul ing di
bumi disebabkan api yang keluar dari mulutnya menyambar semula diri senidri.
Setelah api itu padam, dia terkial-kial bangun lantas memanggil semua ular-ular
yang bertempiaran menyusup ke bawah rumput tengah belukar. Tetapi tidak seekor
pun ular-ular bisa berkena-an mahu keluar semula membantu lembaga bertubuh
besar itu.
Tidak bertangguh pula Ucu Bahali menyambar menangkap
kepala burung jampuk yang cuba terbang melarikan diri. Sebaik sahaja dia
menggenggam kepala burung jampuk berkenaan terasa pada Ucu Bahali kepak burung
itu memukul ke kiri ke kanan dengan kuku kaki cuba mencakar.
"Kalau kau ganggu lagi rumah Safar, aku campak kau
ke laut dalam!" dia memberi amaran dengan menggenggam erat-erat kepala
burung jampuk itu.
Menggelepar burung jampuk itu mahu melepaskan diri dari
cengkaman tangan Ucu Bahali. Setiap kali dia menggelepar tubuhnya semakin
tercerut bagaikan dibelit ular yang memintal-mintal seluruh kepaknya.
"Kamu gunakan syaitan, aku gunakan tentera jin
Islam!" keras suara Ucu Bahali membentak kemudian terus membacakan:
Bismillahhi wallahhu ghalibun 'ali
amri, dengan diulangi sampai 100 kali.
Burung jampuk dalam genggamannya menjadi lembik tidak
bermaya sekali pun nafasnya tercangut-cangut masih mahu bingkas bangun.
Serentak dengan itu Ucu Bahali mencampakkan burung jampuk berkenaan ke arah
lembaga bertubuh besar itu sampai tertampan ke dada lembaga berkenaan.
"Ingat, jangan cuba ganggu lagi rumah Safar!"
Ucu Bahali mengingatkan sambil menuding-kan jari ke muka lembaga bertubuh besar
itu.
Sebaik sahaja dicampakkan burung jampuk itu melompat naik
semula bertenggek ke atas bahu lembaga bertubuh besar itu dalam keadaan moyok.
Mata-nya yang menyala seperti api bertukar menjadi hitam laksana puntung arang.
Ketika ini lembaga bertubuh besar itu melingas-lingas
mata mencari ratusan ular-ular bisa yang bercempera lari menyusup ke bawah
rumput memanjang. Kemudian dia menepuk tangan tiga kali seolah-olah memanggil
semua ular-ular bisa itu datang semula membantu.
Apabila ular-ular bisa itu mengangkat kepala tinggi dari
celah-celah rumput di keliling rumah cepat sahaja kepalanya di-sambar oleh
beratus-ratus lem-baga seperti asap hitam yang mengepung kawasan rumah.
Terkebil-kebil mata lembaga bertubuh besar itu apabila melihat terlalu banyak lembaga
seperti asap hitam mengepungnya.
Di mana-mana sahaja lembaga seperti asap hitam ter-cegat
dengan memegang panah api, gada berduri dan rantai besi. Mereka semuanya
mematuhi apa sahaja perintah Ucu Bahali. Ular-ular bisa yang ditangkapnya
lantas dihempas ke bumi hingga kepala berkecai seperti agar-agar dilimparkan.
"Tentera jin Islam semua, lepaskan panah
berapi!" mereka yang terconggok di tengah rumah mendengar Ucu Bahali
memberi perintah sambil melenggok-lenggok badan di tengah ke-samaran lampu.
Memang Safar tidak melihat siapa pun yang dilawan
bercakap oleh Ucu Bahali. Kamariah juga terdiam dengan nafas kencang setiap
kali Ucu Bahali memberi perintah disebabkan suaranya bertukar menjadi garau
hingga bergaung sampai ke udara.
Tetapi Uda Lajis tidak peduli sangat apa pun keadaan Ucu
Bahali ketika ini. Tahu sangat dia cara yang dilakukan oleh Ucu Bahali memang
sama seperti arwah ayahnya Aki Amid. Kalau sudah perbuatan syaitan melampaui
batasan, maka arwah ayahnya menggunakan syaitan juga untuk memerangi syaitan.
Arwah ayahnya tetap yakin golongan syaitan boleh
diguna-kan memerangi golongan syait-an yang lain, asal sahaja dirnya tidak
terjebak. Aki Amid kerap-kali mengingatkan Uda Lajis bahawa ilmu manusia tidak
ada batasan, tetapi ilmu syaitan terhad.
Tahu sangat Uda Lajis apa-bila arwah ayahnya ingatkan
peristiwa Nabi Allah Sulaiman memerintahkan Jin Afrit membawakan istana Puteri
Balqis, jin itu berjanji untuk menerbangkan istana berkenaan dalam masa sebelum
Nabi AIIah Sulaiman sempat bangun dari duduknya. Tetapi Abi Saif ibnu Berahyar
menterinya dari kalangan manusia biasa sanggup membawa istana berkenaan lebih cepat
lagi yakni sebelum sempat mata Nabi Allah Sulaiman berkedip.
"Ilmu manusia tidak ada batasan," Uda Lajis
sentiasa ingatkan pesanan ayahnya supaya tidak mudah mengalah setiap kali
menghadapi musibah syaitan.
Dia dapat mengagak tentu Ucu Bahali menggunakan kaedah
yang sama dengan arwah ayahnya apabila• menghadapi gangguan syaitan ke atas
diri Safar suami isteri. Tentulah tidak termasuk akal bagaimana duit di dalam
dompet boleh dicuri se-kalipun dijahit dengan benang. Siapa yang mahu lakukan
menggetas benang tersimpul semata-mata untuk mencuri sebahagian duit di dalam
dompet?
Kalau manusia biasa tentu-lah semua wang di dalam dompet
dicuri habis. Syaitan tidak akan mencuri sampai habis tidak ber-sisa, kerana
kemampuannya tidak sama dengan manusia. Memang syaitan sengaja mahu menimbulkan
kegeli sahan dalam hati Safar, biar terus merasa tidak tenteram sepanjang masa.
Macam mana mahu dirikan solat dengan khusuk kalau hati
sudah tidak tenteram akibat diganggu demikian? Sekalipun duit yang hilang tidak
seberapa, tetapi kemarahan akibat hilang duit itu tidak dapat dibendung. Memang
gurunya sentiasa ingatkan supaya bersabar menghadapi dugaan demikian, tetapi
Safar tahu had sabar juga ada batasannya.
"Semua jin Islam, serang serentak!" mereka
mendengar Ucu Bahali memberi arahan. Tetapi mereka tidak melihat siapa pun di
situ yang mendengar perintah Ucu Bahali.
Tetapi Uda Lajis tahu Ucu Bahali tidak duduk terconggok
di tengah kesamaran lampu ketika itu. Dia dikelilingi beratus-ratus jin Islam
mengepung rumah Safar jauh di Kuala Lumpur. Sebaik sahaja Ucu Bahali mem-beri
perintah, serentak dengan itu lembaga seperti asap hitam melepaskan panah berapi
ke arah lembaga bertubuh besar.
Terpinga-pinga lembaga bertubuh besar itu tidak dapat
mengelak panah api yang berterbangan menyinggahi dirinya. Dia cuba bertahan
mencari perisai untuk berlindung, tetapi lembaga seperti asap hitam datang dari
segenap penjuru. Ke mana sahaja dia mahu mencari tempat berlindung panah berapi
terus merejam ke arahnya.
"Ingat! jangan ganggu lagi rumah Safar!" Ucu
Bahali me-nuding jari ke arah muka lem-baga bertubuh besar itu.
Lembaga bertubuh besar itu menggeleng-geleng kepala lantas
menunjukkan ke arah pondok di lereng bukit. Ucu Bahali melihat seorang lelaki
tua bersila rapat di tengah pondok dengan menunduk kepala. Di hadapan-nya satu
dulang ramuan ubat-ubatan dengan asap kemenyan memenuhi ruang.
Di dalam dulang itu terdapat jantung pisang yang ditebuk
dengan disumbatkan telur siap ditusuk tujuh batang jarum. Jantung pisang itu
dibungkus dengan kain putih laksana orang mati dipankan.
"Oh, kamu nak gunakan ilmu syaitan untuk aniaya
orang!" bentak Ucu Bahali memberi isyarat kepada lembaga seperti asap
hitam menyerbu. Tidak bertangguh semua lembaga itu mengangkat dulang berkenaan
dilingkupkan sampai habis terbalik.
Apabila lelaki tua itu termangu dengan kejadian berkenaan,
segera diheret oleh semua lembaga seperti asap hitam ke tengah halaman berdepan
dengan lembaga bertubuh besar. Sebaik sahaja mereka berdepan, terus sahaja
diterkam lelaki tua itu oleh lembaga bertubuh besar bagaikan melepaskan geram.
"Pasang lampu semula," Ucu Bahali memberi
isyarat kepada isterinya supaya memasang lampu.
Sebaik sahaja lampu terpasang, segera Kamariah mendesak
mahu tahu apa sebenarnya berlaku selama ini. Tetapi Ucu Bahali tersengih-sengih
sahaja. Dia tidak memberitahu apa-apa sekadar ingatkan Kamariah suami isteri
tidak perlu bimbang apa-apa.
Ketika berkunjung ke rumah Safar di Kuala Lumpur sengaja
Ucu Bahali mengajak saya disebabkan Uda Lajis beriya-iya sangat mempelawa
setelah singgah di rumah saya. Ucu Bahali juga sudah lama tidak bertemu saya
semenjak dia ber-pindah masuk ke Felda.
Terkejut juga Safar apabila melihat saya datang bersama
Ucu Bahali dan Uda Lajis. Memang saya mengenali Safar disebabkan dia sepupu
Kadir Misai kawan baik saya. Disebabkan saya sama-sama datang, lantas sahaja
Ucu Bahali mengajak solat hajat bersama. Gembira benar Safar kerana tidak ada
lagi gangguan duit hilang dalam dompet semenjak balik dari rumah Ucu Bahali.
No comments:
Post a Comment