TIDAK
dapat kekecewaan di hatinya diluputkan begitu sahaja sekalipun setelah
berkahwin. Kekecewaan yang begitu menghampakan perasaan itulah menyebabkan
Merijah terpaksa juga menemui bapa saudaranya Wak Tatang. Puas juga dia mendesak
barulah Wak Tatang bersetuju mahu membantunya dengan hati yang berat.
Memang
lama dia memendam rasa terhadap Mat Deh semenjak sepupu saya itu mengajar di
daerahnya. Tetapi Mat Deh yang lemah lembut itu mesra dengan sesiapa sahaja.
Dia sendiri tidak tahu Merijah memang menaruh hati kepadanya di sebabkan
keramahan dan tutur katanya yang bersopan.
Masakan
Merijah pula mahu membuka mulut sekiranya lelaki seperti Mat Deh hanya
mendiamkan diri sahaja. Malu juga Merijah kalau Mat Deh tidak melayani dia apabila
dirinya sahaja yang menunjuk-nunjuk sangat.
"Buat
apa hidung tak mancung, pipi tersorong-sorong," ujar Wak Tatang nasihatkan
anak saudaranya yang tidak dapat menahan perasaan marah sebaik sahaja mendapat
tahu Mat Deh sudah berkahwin dengan Seminah.
Tetapi
Merijah menuduh Mat Deh gunakan ilmu pengasih hingga dia tidak dapat melupakan
sepupu saya itu. Kalau tidak disebabkan ilmu pengasih masakan Merijah
tergila-gila sangat dengan Mat Deh. Percaya Juga Wak Tatang dengan tuduhan anak
saudaranya disebabkan orang berilmu seperti Mat Deh tentu menggunakan ilmu
pengasih juga.
Tidak
mungkin anak gadis tiba-tiba sahaja jatuh hati kepada lelaki kalau sekadar
tutur bahasa dan sopan santun semata-mata. Apalagi Mat Deh lama menaun di Mekah
hingga boleh menghafal Quran. Banyak doa-doa yang boleh diguna-kan biar hati
perem-puan tunduk hingga terkenangkan dia se-panjang masa.
"Kalau
dia main ilmu pengasih, senang aje kita ajar," tegas Wak Tatang memberi
jaminan untuk membantu anak saudaranya.
Lantas
dia mandikan Merijah dengan air tujuh masjid dicampur bunga tujuh warna di kaki
tangga rumahnya. Dua puluh satu hari dia tidak benarkan Merijah keluar dari
rumah, biar terperuk sahaja di bilik jangan melihat matahari. Tentu Mat Deh
akan meraba-raba bagaikan tidak melihat matahari selama dua puluh satu hari.
Selepas
dua puluh satu hari baru Wak Tatang benarkan Merijah melinatas di hadapan
tempat Mat Deh mengajar. Sebaik sahaja terserempak gadis itu tidak bertangguh
Mat Deh menegurnya dengan ramah. Gembira benar Merijah seolah-olah merasakan
Mat Deh tidak akan terlepas lagi daripada tangannya.
Tetapi
tidak lama selepas itu dia sekadar mendengar Mat Deh sudah berpindah mengajar.
Lagipun ketika itu tatkala negeri baru merdeka, memang orang macam Mat Deh diperlukan
sangat. Dia dipindahkan mengajar ke pekan yang lebih ramai muridnya.
Dalam
kehampaan itulah pula Supardin masuk meminangnya. Disebabkan keluarganya sudah
bersetuju dia tidak dapat mengelak. Selepas berkahwin dengan Supardin memang
dia dapat melupakan Mat Deh. Tetapi dendamnya tidak dapat dikikis habis hingga
berdetak di hatinya untuk menyusahkan Mat Deh yang pernah melukakan hatinya.
"
Memang
dia amalkan ilmu pengasih!" bisik Merijah memujuk suaminya Supardin biar
sama membantu tatkala merebahkan badan di sisi suaminya itu. "Kenapa awak
tak berterus terang dengan nya?" ujar Supardin perlahan menahan rasa
cemburu yang mula mengganggu.
"Kalau
dah berterus terang, itu maknanya ilmu dia menjadi," jelas Merijah tidak
dapat lagi menyembunyikan perasaan dendam di hati. Dia tiba-tiba sahaja membenci
Mat Deh setelah lelaki itu tidak dapat ditundukkan sekalipun Wak Tatang sudah
berusaha.
"Biarlah
dia buat-kan awak, lagipun dia tak berjaya, buat apa nak balas?" tegas
Supardin tidak bersetuju dengan sikap isterinya yang masih mahu berdendam.
"Macam
rnana dia terus amalkan, sedangkan saya dah kahwin dengan abang?" sengaja
Merijah mahu menguji hati suaminya.
Berdetak
juga hati Supardin apabila didesak demikian. Tentulah rumah tangganya tidak
tenteram sekiranya Mat Deh amalkan ilmu pengasih kepada Merijah. Lainlah sewaktu
Merijah masih beium berkahwin tentulah tidak menjadi apa-apa halangan. Bagaimana
kalau Mat Deh menyimpan perasaan dendam setelah mendapat tahu Merijah sudah
berkahwin? Tentu Mat Deh akan berusaha biar rumah tangganya pecah berkecai
hingga boleh merampas Merijah semula.
Setelah
berkali-kali dicuba oleh Wak Tatang membantu anak saudaranya, kerukunan rumah
tangga Mat Deh tidak juga terjejas. Dia tanamkan limau berbungkus kain putih
dan ditusuk dengan duri bulang, biar Mat Deh tidak dapat bergerak.
Setidak-tidaknya Mat Deh tidak mampu lagi mencari rezeki untuk menyara
keularga. :
“Kalau
tak boleh juga, kita buat ikhtiar lain," Wak Tatang sudah mula nekad tidak
mahu mengalah lagi. Apalagi Supardin sanggup membayar berapa sahaja upah
asalkan Mat Deh tidak lagi mengganggu isterinya.
Tetapi
Mat Deh sendiri tidak tahu menahu mengenai Merijah jatuh hati kepadanya. Dia
sekadar memahami perempuan itu terlalu mesra terhadapnya. Selama dia mengajar
di kampung berkenaan, Mat Deh sudah menganggap keluarga Merijah sama macam
keluarganya juga. Kalau Merijah menjemput dia semasa hari perkahwinannya,
memang Mat Deh sanggup luangkan masa untuk sama menghadiri.
Selepas
mendapat tahu Merijah sudah berkahwin, Mat Deh datang juga menjengah muka.
Tidak terlintas pun di hatinya datang menemui Merijah kerana mempunyai perasaan
yang tersembunyi terhadap perempuan tersebut. Tetapi Merijah sengaja ingatkan
suaminya Supardin mengenai kunjungan Mat Deh selepas hari perkahwinan mereka
itu.
Sebab
itu Supardin menyimpan rasa cemburu juga terhadap Mat Deh apabila berkunjung
setelah Merijah berkahwin. Tentu Mat Deh masih menyimpan dendam terhadap Merijah,
setelah amalan ilmu pengasihnya tidak memberi kesan.
Memang
Seminah dapat merasakan gangguan syaitan terhadap suaminya, hingga tengah malam
beberapa kali Mat Deh mengalami kejang otot tidak bersebab. Kadangkala dia
mengidap gaut hingga kaki membengkak sampai terdengkot-dengkot berjalan.
"Kenapa
tak ubatkan penyakit awak?" desak Seminah supaya suaminya tidak terlalu
bersabar sangat dengan gangguan demikian.
Mat
Deh sekadar tersenyum mengerling isterinya. Apa sangat dibimbangkan kalau
semuanya sudah ditentukan Allah kepada hambaNya. Tidak pernah Mat Deh takut sekiranya
dia menemui ajal disebabkan ilmu sihir manusia, sekira-nya Allah sudah menentukan
segalanya terhadap musibah yang akan ditanggungnya.
Seminah
tidak dapat membiarkan keadaan suaminya yang tidak berusaha menghindarkan
musibah demikian. Sebab itulah dia bersusah payah menemui Haji Maasar. Kalau Haji
Maasar tidak dapat membantu pun, setidak-tidaknya dia sudah berikhtiar meluahkan
perasaan yang sekian lama terpendam.
Di
luar pengetahuan Mat Deh, dapat juga Seminah memujuk Haji Maasar tengokkan di
dalam geluk air apakah tujuan orang menganiaya suaminya. Tetapi Haji Maasar
bukanlah dapat melihat dengan jelas. Dia hanya dapat mengagak melalui
pengalamannya setelah melihat riak air di dalam geluk tersebut.
Memang
rezeki juga makhluk Allah. Tentulah amalan manusia mampu menghindarkan rezeki
daripada mendekati Mat Deh bagaikan angin yang menolak awan ke mana sahaja hala
yang dituju. Hanya kesabaran Mat Deh sahaja dapat mengawal perasaan amarah,
tatkala rezeki yang sudah di dalam genggamannya menjauh tidak bersebab.
Tatkala
Haji Maasar berdiri melangkah geluk aimya, Seminah terkejut apabiIa terdengar
dentuman kuat menerjah ke dinding rumah. Cepat-cepat Haji Maasar berdiri tegak
memerhati ke dalam geluk air sambil membacakan doa:
Innallahha lahu-mul-kus samawati wal-ardh, yuhyi wayumitu wama
lakuth min-duni-llahhi min-wali-yin wala-nasir.
Dia
sendiri terkejut apabila melihat air di dalam geluk mengeluarkan asap nipis
hingga permukaan air juga berkocak laksana sedang mendidih panas. Setelah membaca
Fatihah dan surat al-Ikhlas tiga kali, dia menyeluk ke dalam geluk air.
Kemudian dia menggenggam keluar tiga bungkusan sebesar kotak mancis yang
kelihatan masih berlumpur bagaikan baru dikeluarkan dari tertanam di tanah.
"Apa
yang berbungkus tu pak tua?" tegur Seminah setelah melihat bungkusan tersebut
di tangan Haji Maasar.
"Emm,
kepandaian orang," keluh Haji Maasar mencebek bibir setelah mengetahui
punca kegelisahan Seminah.
Setelah
dapat diambil bungkusan kecil yang tertanam di tanah itu, beberapa minggu
Seminah dapat merasakan tidak ada gangguan dialaminya. Wang di dalam simpanan
tidak lagi hilang tidak semena-mena, sekalipun Mat Deh tidak hiraukan sangat
fasal wang yang hilang.
Tetapi
tidak lama selepas itu kejadian wang hilang dalam dompet itu berulang lagi.
Sengaja Seminah semat dengan pin itu dialihkan. Sehelai wang kertas hilang juga
daripada simpanan.
Mengeluh
panjang Seminah disebabkan kejadian tersebut berulang-ulang, sekalipun Haji
Maasar sudah berusaha. Memang Haji Maasar tidak boleh membantu apa-apa,
sekiranya Mat Deh sendiri tidak ambil hirau sangat. Lainlah kalau Mat Deh
tumpukan perhatian kepada amalan syaitan yang mengganggunya ketika itu.
Sebab
itu Seminah merungut. Sekiranya orang lain diganggu syaitan, bila-bila Mat Deh
sanggup membantu. Tetapi dia sendiri tidak mahu berusaha mengatasi masalah yang
ditanggungnya sejak sekian lama.
Saat
inilah Wak Tatang tidak mahu mengalah. Sekiranya amalannya tidak berkesan
menjejaskan rumah tangga Mat Deh, dia akan berusaha lagi. Kalau tidak boleh
gunakan limau dibungkus kain putih dengan ditusuk duri bulang, dia salaikan
pula kepalan tanah yang dibungkus kain putih.
Setiap
kali kepalan tanah itu diganggang di bawah api, memang terasa pada Mat Deh
bahang panasnya ke seluruh tubuh. Sebaik sahaja Mat Deh kepa-nasan cepat-cepat
dia membacakan doa:
Allahhumma yaman nuruhu fi-sirrihi wa-sirruhu fi-khalqihi ikhfini
'an-'aayuninn zirina waqulubil hasi-dinci walbaghina kama hafaztar
rohafil-jasadi innaka 'alai-kulli syai-in qadirun.
Sekaligus
Mat Deh cepat melihat Wak Tatang salaikan kepalan tanah berbungkus kain putih
ke api yang menyala. Tersenyum dia dengan sikap Wak Tatang yang terpaksa berjaga
di tengah malam bukan menunaikan solat tahajud, tetapi menganiaya sesama
makhluk dengan amalan ilmu syaitan.
"Kenapa susah-susah ni?" tegur Mat
Deh menyebabkan Wak Tatang terkejut.
"Oh,
awak buatkan orang, tak apa!" ejek Wak Tatang serba salah kerana terserempak
dengan Mat Deh.
"Buat
macam mana tu?" soal Mat Deh tersenyum ramah.
"Tanyalah
diri awak sendiri," tegas Wak Tatang lantas melarikan diri ke bawah gaung.
Ketika
ini kaki Mat Deh terpijakkan batu-batu di atas bukit jatuh bergolek menimpa Wak
Tatang. Batu-batu yang banyak jatuh menghentak kepala Wak Tatang yang tidak
dapat mengelak daripada terjahan batu-batu itu.
Belum
sempat Mat Deh menuruni bukit, tiba-tiba pula Marijah menerpa dengan keris
terhunus di tangan. Wajah Merijah terlalu bengis lantas menikam ke dada Mat Deh
bertubi-tubi.
"Kenapa
awak merahkan saya?" soal Mat Deh setelah menyedari Merijah terlalu garang
menyerang dirinya.
Tetapi
Merijah tidak menyahut. Berkali-kali dia menikam dengan keris, namun tikamannya
seringkali terbabas. Mat Deh sekadar menepis sahaja kerana tidak sampai hati
mahu bertindak kasar. Hairan juga dia kenapa bersungguh-sungguh sangat Merijah
memusuhi dia, sedangkan sepanjang ingatannya tidak pernah pun dia memusuhi
perempuan itu.
"Cukuplah
Merijah!" pujuk Mat Deh meminta perempuan itu surut semula daripada
meneruskan niatnya.
"Kau
kenakan aku dengan ilmu pengasih"gerutu Merijah meluahkan rasa dendam yang
mendongkol.
"Istighfarrullahhul
'azzim," keluh Mat Deh akibat tuduhan yang menusuk perasaannya. Dia
sendiri tidak tahu bagaimana cara mengamalkan ilmu pengasih itu.
"Awak
tahu sakitkan hati orang aje!" bertambah marah Merijah setelah tikamannya
tidak menyinggahi Mat Deh. Disebabkan terlalu marah kaki Merijah tergelincir
hingga dia terhumban ke bawah gaung menimpa tubuh Wak Tatang yang merangkak
mahu naik ke atas semula.
Sewaktu
Mat Deh terbangun di tengah malam, dia mendengar esakan Seminah berhenjut-henjut.
Cepat-cepat dia memegang bahu Seminah memujuknya supaya tidak ikutkan perasaan
sangat. Tetapi esakan Seminah kian kuat setelah menyedari Mat Deh duduk di
sisinya.
"Kenapa
awak menangis tengah malam ni?" ujar Mat Deh tidak lepas memegang bahu
isterinya.
"Dah
tiga hari awak terkejang malam ni," jelas Seminah masih tersengguk-sengguk
menahan rasa terharu setelah suaminya bangun memujuk.
Ketika
ini Haji Maasar bersama keluarga yang datang ke rumah Mat Deh menerpa masuk ke
bilik. Tertegun Mat Deh dengan kunjungan kaum keluarga setelah diberitahu oleh
Seminah, dia terkejang tidak sedarkan diri sejak tiga malam.
Tetapi
Mat Deh tidak merasakan apa-apa, kecuali dia berzikir berterusan. Pengalamannya
terserempak Wak Tatang itu disimpan baik-baik menjadi rahsia hatinya.
Selepas
terbangun di tengah malam, Mat Deh terus mengajak tetamunya ke ruang tamu.
Emaknya Ngah Sabiyah yang sudah dua hari dijemput datang juga merasa hairan
kerana Mat Deh tidak sakit apa-apa. Tenaganya tetap cergas sekalipun tiga hari
terkejang di tempat tidur.
"Ustaz
Mat Deh ni sakit," tutur Haji Maasar setelah mereka duduk, di ruang tamu.
"Ah,
sakit tu urusan Allah, biarkan..." ter-sengih-sengih Mat Deh menatap muka
Haji Maasar. Kemudian dia meminta Seminah bancuhkan kopi supaya mereka
sama-sama dapat meneguk untuk menyegarkan badan.
Seminah
tidak membantah. Dia terus ke dapur membancuh kopi. Hatinya yang sebak mula
terasa lega disebabkan keadaan Mat Deh yang sudah pulih. Memang tidak ada
tanda-tanda Mat Deh diganggu sekalipun tiga hari terkejang sahaja tidak
bergerak apa-apa.
Setelah
isterinya ke dapur, barulah Mat Deh tertunduk menggeleng-geleng lemah. Setiap kali
kenangkan bayangan yang menjelma seolah-olah mimpi itu, dia semacam tidak
percaya bagaimana Merijah terlalu memusuhi dirinya.
Semenjak
menetap di kampung tempat Merijah tinggal, dia sudah menganggap keluarga perempuan
itu sama macam keluarganya juga. Masakan Merijah memusuhi dia dengan menuduh
dirinya kenakan ilmu pengasih.
"Saya
tahu, ustaz Mat Deh dah sampai ke situ," lantas Haji Maasar menuturkan
perlahan.
Mat
Deh mengangguk. Dia tidak boleh menyembunyikan apa-apa daripada Haji Maasar. Masing-masing
dapat mengukur pengalaman mereka di antara satu sama lain.
Hanya
Seminah sahaja gelabah setelah melihat suaminya menggelapar di tempat tidur,
kemudian kaku tidak bergerak. Tubuh Mat Deh panas hingga berpeluh laksana kepanasan
terganggang di api. Sampai santak subuh Mat Deh juga tidak bangun solat menyebabkan
Seminah terpaksa memberitahu sanak saudara.
Memang
tubuh Mat Deh kaku semasa Haji Maasar sampai di sebelah petangnya. Sebaik sahaja
melihat keadaan Mat Deh berdetak juga hati Haji Maasar. Tidak bertangguh dia
letakkan tapak tangan ke dahi Mat Deh dengan membacakan Fatihah. Dia terasa Mat
Deh hanya tidur sahaja untuk mengubati diri
sendiri yang dianiaya dengan gangguan syaitan.
"Sabarlah,
Seminah..." beritahu Haji Maasar setelah. dapat menyelami keadaan sebenar
yang berlaku ke atas diri Mat Deh.
Setelah
minum kopi, Mat Deh terus sahaja solat sunat syukur sementara menunggu subuh.
Dia tidak tidur pun selepas solat sunat, tetapi membaca al-Quran sehingga
santak subuh. Disebabkan tiga hari dia terkejang laksana orang sakit, selama
tiga hari itulah dia tidak mengajar.
Selepas
kejadian itulah Mat Deh balik sahaja ke kampung. Dia hanya dirikan madrasah
sendiri sekalipun umurnya masih muda belum pun 40 tahun. Tidak sampai setahun
dia mendirikan madrasah, Mat Deh mengalami semula kejadian terkejang kaku
sampai tiga hari itu.
Masakan
Seminah tidak gelabah dengan keadaan Mat Deh. Dia terkejang sahaja tidak
bergerak apa-apa. Ngah Sabiyah sendiri memberitahu saya mengenai diri Mat Deh
itu. Sewaktu saya sampai menjengahnya, Haji Maasar juga sudah ada terconggok di
sisinya.
Saya
hanya melihat sahaja Haji Maasar menjurus ke arah Mat .Deh sambil menepuk-nepuk
tangan kiri ke kepala lututnya. Disebabkan saya belum kenal rapat sangat dengan
Haji Maasar, tidaklah kami berbual sangat selepas dia mengubati Mat Deh. Tetapi
Haji Maasar sekadar memberitahu sebenarnya Mat Deh mengubati dirinya sendiri
ketika itu.
"Perempuan
yang buatkan dia ni," jelas Haji Maasar tidak dapat menahan sabar lagi.
"Siapa
agaknya pak tua?" tidak bertangguh Seminah mendesak. "Kalau dia
mahukan Ustaz Mat Deh, saya rela bermadu, tegasnya seolah-olah melepaskan
geram.
"Memang
perempuan ni hendakkan Ustaz Mat Deh," ujar Haji Maasar menuduh sekalipun
dia sedar tidak sepatutnya menuturkan demikian. "Dia upah orang gunakan
ilmu pengasih, dah tak berjaya dia aniaya pula dengan gangguan syaitan,"
tegasnya menggertap bibir kerana tidak dapat lagi menahan kesabaran.
Saya
hanya menunduk sahaja tidak menyampuk apa-apa. Biarlah Haji Maasar meluahkan rasa
geram yang terbuku itu setelah bertahun-tahun Ustaz Mat Deh diganggu. Berpindah
ke mana pun gangguan itu tetap tidak melepaskan Mat Deh, hingga keadaan rumah
tangganya tidak tenteram.
Wang
di tangan sekiranya tidak hilang, akan habis digunakan kerana berubat ke
mana-mana. Memang Haji Maasar tidak mahu dibayar apa-apa, tetapi mahu menghubunginya
terpaksa juga menaiki kereta ke Segamat. Kadangkala kereta Mat Deh juga rosak
tidak bersebab.
Tetapi
Mat Deh tidak mahu menuduh sesiapapun yang berkhianat dengan gangguan syaitan.
Lama Mat Deh terkejang, Seminah mula mendekati saya. Dia berbisik supaya saya
pula cuba tengokkan keadaan sepupu saya itu. Ngah Sabiyah juga mendesak kerana
tidak sabar lagi dengan keadaan Mat Deh terkejang demikian.
"Cubalah
angah...." ujar Ngah Sabiyah terharu sambil mengesat peIupuk matanya. "Ubat
ni ikut rasi, bukannya kira dukun besar atau orang biasa" katanya macam
mendesak.
"Ah,
ustaz janganlah macam harimau sembunyikan kuku," lantas sahaja Haji Maasar
mencuit bahu saya setelah Ngah Sabiyah bersungguh-sungguh sangat mendesak.
Memang
saya melihat gerak saraf Mat Deh bukanlah terkejang menahan kesakitan. Dia
mengubati dirinya sendiri tatkala menghadapi gangguan yang menguji kesabarannya
selama ini. Semakin jauh saya menjejaki dia, terasa Mat Deh terlalu jauh di
sempadan kawasan lapang yang berkabus. Dia seolah-olah duduk di sisi seorang
lelaki berjubah hijau.
Mereka
berdua terkejut tatkala saya sampai di seberang sungai tempat mereka. Sebaik
sahaja Mat Deh ternampak saya berdiri di seberang tebing, dia segera
mendapatkan saya dengan menyeberang berpijak di atas air sahaja.
"Buat
apa angah susah-susah ke sini?" tegurnya apabila sampai di hadapan saya.
Disebabkan
saya tidak menyahut apa-apa, Mat Deh menarik saya ke satu busut. Dia menunjukkan
ke arah Wak Tatang dan Merijah salaikan kepalan tanah di atas api yang menyala.
Kepalan tanah itu kian merekah dengan kain putih pembungkusnya sudah gemersik
akibat terlalu lama diganggang ke api.
Apabila
Wak Tatang kibaskan kain hitam di kepalanya, jelmaan kucing hitam melompat di
hadapannya. Dia menyuruh kucing hitam berkenaan mencakar-cakar kepalan tanah
tersebut. Tetapi Wak Tatang merungut-rungut disebabkan tidak memberi bekas
langsung kepada Mat Deh.
Kemudian
kucing hitam itu terus menerkam ke arah Mat Deh. Sebaik sahaja lompatannya
hampir menyinggahi Mat Deh, tiba-tiba sahaja tubuhnya terhumban ke tanah.
Serentak dengan itu kucing hitam tersebut bertukar menjadi asap hingga membentuk
lembaga tinggi dengan kepalanya tercecah ke awan.
"Hah,
hantu tinggi kau gunakan Wak Tatang!" tiba-tiba sahaja lelaki berjubah
hijau menghampiri saya dan Mat Deh. "Patutlah kau boleh masuk ke rumah
mencuri duit," ejek lelaki berjubah hijau lantas memukulkan tongkatnya ke
tanah.
Wak
Tatang menjadi gementar tatkala melihat lelaki berjubah hijau itu berdiri di
sisi kami. Lembaga tinggi yang menjelma di hadapannya juga jatuh berlonggok di
tanah seperti debu yang ditiup angin. Tidak sempat dia mahu bertindak, lelaki
berjubah hijau itu menghembus nya menyebabkan debu berkenaan melayang tidak
ketahuan.
"Aku
nak menolong anak saudara aku, Sheikh," lantas Wak Tatang terketar-ketar
tatkala bertentang mata.
"Kalau
anak saudara awak gila bayang pun, awak nak tolong?" jerkah Sheikh
berjubah hijau itu keras.
"Ustaz
Mat Deh gunakan ilmu pengasih," sahut Wak Tatang mencebek bibir.
"Sekiranya
Ustaz Mat Deh gunakan ilmu pengasih nak pikat anak saudara awak, tentulah dia
tak nikah dengan Seminah," jelas Sheikh berjubah hijau mengejeknya.
Terkebil-kebil
mata Wak Tatang apabila dituduh gunakan hantu tinggi untuk menganiaya Mat Deh.
Hanya hantu tinggi dan hantu raya sahaja jenis syaitan yang boleh menjelma
masuk ke rumah mencuri wang dalam simpanan sama seperti toyol.
Tahu
sangat sheikh berjubah hijau itu jenis syaitan lain hanya bermain di luar rumah
sahaja. Kalau polong ataupun pelesit dia akan merasuk ke dalam diri mangsanya.
Tetapi hantu tinggi boleh menjelma menjadi kucing hitam untuk mencuri duit
dalam simpanan untuk menakut-nakutkan mangsa.
Sudah
berkali-kali dia mencuba Mat Deh, memang sukar untuk menakut-nakutkan dia.
Masakan Mat Deh akan berpindah rendah untuk mengelakkan gangguan demikian,
selagi dia berlindung kepada Allah semata-mata. Memang Mat Deh tahu sangat bayangan
kucing hitam itu menyelinap masuk laksana kilat ke dalam biliknya, kemudian
mencuri sehelai wang kertas di dalam dompet.
Setiap
kali bayangan kucing hitam itu menyelinap masuk, Mat Deh sekadar mengerling
sahaja. Dia tidak akan berusaha mengurungnya untuk membalas dendam. Apa sangat
dengan sehelai wang kertas yang dicuri oleh bayangan kucing hitam itu, kalau
bandingkan dia terpaksa amalkan doa yang mahu menyusahkan orang lain.
Biarlah
Wak Tatang menentukan pembalasan di tangan Allah sekiranya dia tidak mahu
insaf, kenapa pula dirinya mahu ikut sama terjebak dalam amalan yang dilaknati
oleh Allah itu. Sekalipun isterinya mendesak, Mat Deh tidak akan membalas
apa-apa. Dia tetap bertahan dengan menyerahkan segalanya kepada Allah.
Dia
tahu kucing hitam itu sekadar mencuri sehelai wang kertas sahaja, biar dia
merasa takut. Asal sahaja ada wang yang baru diperolehi nescaya sehelai akan
dicuri kucing hitam itu: Memang Wak Tatang merasakan siapapun tidak menyedari
akan amalannya itu, menyebabkan dia melakukan berulang kali.
"Ilmu
awak tak setinggi mana, kalau bandingkan dengan Allah!" ujar Sheikh
berjubah hijau mengingatkan dia. "Janganlah dengan ilmu tak seberapa tu
awak nak menunjuk-nunjuk," tegasnya dengan harapan Wak Tatang akan segera
insaf.
Tetapi
Wak Tatang sudah dikuasai oleh amalan syaitan menyebabkan dia tidak mahu
mengalah. Selagi cita-citanya mahu memusnahkan hidup Mat Deh tidak tercapai dia
akan meneruskan juga usaha nya. Hinggalah Sheikh berjubah hijau itu menjelma di
depannya dengan mengetuk-ngetuk tongkat ke tanah. Setiap kali Sheikh berjubah
hijau itu mengetukkan tongkatnya terasa dadanya bergegar kuat laksana ditujah
hujung tongkat itu.
Setelah
kucing hitamnya lebur menjadi debu, Wak Tatang segera menggamit Merijah mendekati
dia. Merijah mara dari kegelapan di sekelilingnya menghunus keris. Tiba-tiba
sahaja dia bertukar menjadi garang seperti seekor ular tedung selar sebaik
sahaja nampak Mat Deh tercegat di situ.
Ketika
ular itu menerkam, Mat Deh hanya memerhatikan Merijah menerpa dengan menikamkan
keris bertubi-tubi. Dia masih merasa kesihan kerana tidak mahu mencedera kan
Merijah. Tidak tergamak dia mahu menyakiti anak keluarga angkatnya yang sudah
banyak menabur budi kepada dirinya. \
"Itu
bukannya Merijah, tetapi jembalang tanah!" bisik sheikh berjubah hijau
mengingatkan Mat Deh.
Sebaik
sahaja Mat Deh menggenggam pergelangan tangan Merijah untuk mengelakkan hujung
keris menusuk ke dadanya, segera saya membacakan doa dan menghembus ke arah
Merijah:
Innahu mi-nas-Sulaimani wa-inna-hu bis-millahir Rahmannir Rahim.
Sekaligus
tubuhnya menjadi lembik, hingga jelas ular tedung selar yang berpintal-pintal
di tangannya. Cepat-cepat sheikh berjubah hijau itu menguis ular berkenaan
dengan hujung tongkatnya hingga terpelanting ke tanah. Belum sempat ular berkenaan
mahu mengangkat kepala, tidak bertangguh sheikh berjubah hijau memukul dengan
tongkatnya berulang kali.
"Macam
mana tiga nak lawan satu?" gerutu Wak Tatang marah selepas melihat ular
yang diketuk oleh sheikh berjubah hijau itu menggelupur tidak bertahan.
"Tapi
kau gunakan hantu tinggi dengan jembalang tanah!" sahut sheikh jubah hijau
mencebek bibir mengejeknya.
Terdiam
Wak Tatang kerana sheikh jubah hijau tahu apa sahaja amalannya. Malu benar dia
apabila hantu tinggi dan jembalang tanah itu disebut oleh sheikh jubah hijau.
Apabila sheikh jubah hijau itu memukul kepala Wak Tatang dengan tongkat nya,
kegelapan menyerkupi keadaan di sekelilingnya. Hanya saya mendengar jerit raung
Wak Tatang sahaja menahan kesakitan akibat dipukul dengan tongkat sheikh jubah
hijau.
Di
tengah kegelapan itulah saya merasa diri terapung hingga terhumban semula ke
tengah rumah Mat Deh. Saat ini Mat Deh sudahpun duduk tersengih-sengih memerhatikan
ke arah saya yang baru sahaja membuka mata dan terasa seluruh badan
sengal-sengal.
"Buat
apalah angah susah-susah ni," ujar Mat Deh terus ke bilik air. Dia mandi
dan terus mengambil wuduk. Selepas solat zohor, dia berbual-bual lagi dengan
kami.
Setelah
melihat keadaannya segar tidak membimbangkan apa-apa, saya memberitahu nya
untuk balik. Tetapi Mat Deh meminta saya menunggu selepas asar sekiranya mahu
balik ke rumah. Terpaksalah saya penuhi juga hasrat nya supaya menunggu sampai
asar.
Sebaik
sahaja masuk asar tidak bertangguh Mat Deh mengajak solat bersama. Haji Maasar
disuruhnya ke hadapan menjadi imam. Saya terpaksa menuruti sahaja disebabkan
mahu cepat balik kerana bimbang ketinggalan bas. Lainlah kalau tinggal di pekan
mudah mendapatkan bas kalau mahu ke mana pun, tetapi saya lama di kampung
pedalaman. Hanya harapkan ada motorsikal untuk ditumpang sahaja apabila sampai
di gerai di persimpangan jalan besar.
Setelah
selesai solat asar Mat Deh meminta isterinya siapkan kopi terlebih dahulu,
seolah-olah dia mahu rnenghalang supaya saya tidak balik. Sewaktu Seminah membancuh
kopi di dapur inilah Mat Deh memberitahu dia mahu berbaring sebentar.
Ketika
Seminah ke dapur, saya duduk di sisinya sambil berbual dengan Haji Maasar dan
Ngah Sabiyah. Tiba-tiba sahaja Mat Deh terbersin lantas memberitahu terasa
sesak nafas. Belum pun sempat Seminah membawa kopi keluar keadaan Mat Deh bertambah
lemah.
Sebab
itulah saya dapat mengagak kenapa dia tidak benarkan saya balik. Dia kembaIi
terkejang hampir setengah jam, baru membuka mata semula tersenyum memandang saya.
"Macam
mana Abang Mat?" segera saya mengusap-usap dadanya.
"Ah,
semua badan aku sakit-sakit, cuma hati aje yang tenang," jelasnya perlahan
melirik senyum.
Setelah
menggenggam tangan Mat Deh, saya segera menggamit Ngah Sabiyah mendekati
anaknya. Tergamam juga Ngah Sabiyah kerana tidak menyangka perubahan diri Mat
Deh secara tiba-tiba. Ketika Seminah keluar menatang minuman, keadaan Mat Deh
semakin lemah.
"Kau
kena bersabar Seminah," bisik Haji Maasar sebaik sahaja Seminah meletakkan
dulang air.
"Kenapa
pak tua?" soal Seminah gugup.
Haji
Maasar tidak menyahut. Seminah juga terpempan apakala melihat saya membaca
Yassin perlahan di sisi Mat Deh. Saat ini barulah dia menyedari keadaan Mat Deh
sebenarnya. Belumpun habis saya bersama Haji Maasar membacakan Yassin,
perlahan-lahan Mat Deh menutup matanya. Dia menghembuskan nafas dengan tenang
sehingga tidak terbayang pun akan kesakitan yang ditanggungnya selama ini.
Tiga
bulan selepas Mat Deh meninggal dunia itulah, Lias Pekak mengajak saya ke
kampungnya. Risau benar dia dengan keadaan abangnya suami isteri mengidap penyakit
muntah-muntah sejak berbulan-bulan. Asal sahaja mereka menjamah makanan akan
muntah-muntah berterusan sehingga mukanya pucat lesi.
Apabila
saya sampai di kampung Lias Pekak, terkejut saya kerana abangnya Supardin dan
isterinya Merijah itu sama dengan bayangan orang yang saya lihat ketika
mendoakan Mat Deh. Daripada Lias Pekak juga saya mendapat tahu, semenjak tiga
bulan sebelum itu bapa saudara Merijah yang cuba mengubatinya tiba-tiba sahaja
menjadi gila.
Memang
Wak Tatang itu bapa saudara Merijah. Dia hanya tersengih-sengih tatkala saya
dan Lias Pekak menziarahinya. Sekali sekala dia menghantukkan kepalanya ke
dinding hingga berbekas lebam biru dan bincut-bincut tidak menentu.
"Istighfarullahhul
azzim..."keluh saya sewaktu meninggalkan Wak Tatang yang tersengih-sengih
berterusan.
No comments:
Post a Comment