Sudah berkali-kali Usup Bincut bersama rakan karibnya
Salleh Gonjeng dan Jali Gendut mengikut orang menurun nombor ekor, hingga
sanggup bersengkang mata sepanjang malam. Bukan sekadar tercangkung duduk
membakar kemeyan di batu batu besar tepi bukit lantas menyeru macam macam
puaka, malah di perdu pokok di tempat topekong Cina pun Usup Bincut ikut sama
terbongkok bongkok membakar colok.
Beberapa kali juga mereka hampir mengena dengan nombor
yang ditikam setelah bersusah payah ikut orang menurun dibalik batu besar tepi
belukar. Memang mereka nampak bayang-bayang hitam berlegar di tengah kesamaran
malam menunjukkan nombor di dadanya.
Tidak bertangguh mereka akan catit nombor berkenaan biar mudah ditikam
apabila ke kedai nombor. Mereka akan sama sama berkongsi sampai habiskan
berpuluh ringgit dengan harapan akan mengena nombor ekor.
Masing masing sudah memasang angan-angan sekiranya nombor
yang ditikam memberi tuah. Usup Bincut memang memendam perasaan mahu beli
motosikal baru, biar kencang dipecut di tengah jalan kampung. Jali Gendut juga
sudah berkira –kira mahu baiki dapur rumahnya biar atapnya tidak bocor sampai
tiris hujan. Manakal Saleh Gonjeng sekadar berangan angan mahu bawa keluarganya
makan angin sahaja kemana-mana
Isteri masing-masing memang merungut juga dengan perangai
mereka gila sangat berjudi nombor ekor. Bedah isteri Usup Bincut tidak
habis-habis berleter sekiranya suaminya tersandar memasang angan-angan di hujung
serambi.
Berapa sangatlah pendapatan mereka kalau takat tinggal
ditanah rancangan Felda? Tetapi Usup Bincut sanggup habiskan wang semata-mata
harapkan mengena apabila membeli nombor ekor. Kadangkala Usup Bincut pula
marahi Bedah kalau berleter menyindir dia.
“Kita ke Sungai Kelamah Kelamah di Gemas, Sup” pelawa
Saleh Gonjeng tatkala mereka bertemu sebelum ke kebun menoreh. “Khabarnya, ada
bomoh muda boleh menurun,” dia menambah dengan penuh yakin.
Usup Bincut tidak menyebut apa-apa. Jauh di sudut hatinya
dia sudah berkira mahu ke Bukit Tangga di Jelebu. Kawannya Ah Fang yang
beritahu mengenai bomoh Cina di topekong di situ sudah beberapa kali bantu
dapatkan nombor ekor.
Mereka pernah juga ke Bukit Tangga masuk ke dalam
topekong di tepi gaung itu membakar colok. Hampir juga mereka mengena, tetapi
ber-selisih satu nombor sahaja. Hampir pitam juga Usup Bincut menahan gelora
perasaan apabila nombor yang ditikam hanya berbeza satu nombor sahaja.
"Macam mana kalau kita jumpa bomoh Cina yang dulu
tu?" sengaja Usup Bincut ingatkan Saleh Gonjeng mengenai bomoh Cina di
Bukit Tangga itu.
"Ah, aku tak mahu sembah topekong lagi!" lantas
sahaja Saleh Gonjeng menyahut dengan mencebik bibir. Memang kesal sangat Saleh
Gonjeng apabila didesak oleh kawannya menemui bomoh Cina itu.
Bukan takat terpaksa meng-goncang bilah di dalam tabung
buluh sahaja sambil membakar colok, tetapi sampai menyembah topekong tersergam
di depannya. Kalau tidak ikutkan seperti disuruh bomoh Cina itu, tentu nombor
yang ditikam tidak akan mengena.
"Aku pun tak mahu, pergi jauh-jauh takut pergi dapat
hembus, balik dapat engap aje," Jali Gendut mencelah kerana tidak berminat
lagi mahu menemui bomoh Cina di Bukit Tangga.
"His, sikit lagi kita nak kena," tutur Usup
Bincut apabila kenangkan hampir sahaja nombor yang ditikam mengena. Tentu ada
silap di mana-mana sampai berselisih satu nombor sahaja. Alangkah bertuahnya
dia kalau nombor itu mengena setelah bersusah payah membakar colok di kuil.
"Kita tak boleh bergantung pada satu-satu bomoh aje,"
Saleh Gonjeng masih tidak bersetuju kalau ke kuil Cina membakar colok sambil
menyembah topekong. "Kenapa kita tak cuba dengan bomoh lain pula?"
dia mendesak kawannya biar ikut sama ke Sungai Kelamah menemui bomoh muda itu.
"Lebih baik kita ke Jenderam di Selangor, jumpa
Lebai Suhud," pintas Jali Gendut dengan harapan biar kawan-kawannya
bersetuju.
Ketawa besar Usup Bincut apabila disebut mengenai Lebai
Suhud. Bukannya mudah mahu menemui Lebai Suhud seperti yang telah mereka alami
sebelum itu. Setiap kali ke suraunya tidak pernah pun mereka menemui guru
mengaji Quran itu.
"Kau nak jumpa macam mana, kalau dia tak pernah
ada?" Usup Bincut mengejek kawannya.
Sudah dua tiga kali juga mereka ke Jenderam, tetapi Lebai
Suhud tidak pernah di-temui. Setiap kali mereka jejakkan kaki di suraunya Lebai
Suhud sudah keluar meninggalkan Jenderam berhari-hari. Penat sahaja mereka
datang dari jauh kalau tidak dapat menemui guru agama itu.
Setelah nekad mahu menemui Lebai Suhud di Jenderam,
mereka bertiga gagahi juga ke surau guru agama itu. Memang sudah diduga oleh
Usup Bincut tentu Lebai Suhud sudah keluar mengajar di mana-mana. Biarlah
mereka tunggu sahaja di surau berkenaan dua tiga malam. Tentu Lebai Suhud akan
balik juga ke suraunya.
Semenjak kematian isterinya tahu sangat Usup Bincut guru
agama itu habiskan masa di surau sahaja. Mereka perlu bersabar menunggunya
kalau berkeras mahu menemui Lebai Suhud. Terpaksalah mereka tidur di surau
berkenaan sampai tiga malam berturut-turut.
Tiga malam mereka bertahan di surau, barulah Lebai Suhud
jejakkan kaki ke situ tatkala tengah malam, terus tunaikan solat sunat.
Terkejut juga Lebai Suhud naik ke tengah surau apabila terserempak tiga lelaki
itu tidur di situ.
Tidak bertangguh Usup Bincut mencium tangan Lebai Suhud sebaik
sahaja menyedari guru agama itu naik ke surau. Gembira sangat mereka kerana dapat
juga bertemu Lebai Suhud. Tentulah segala hajat yang terpendam di hati tercapai
juga setelah menemui guru agama berkenaan.
Mereka tetap sabar me-nunggu Lebai Suhud tunaikan dulu
solat sunatnya diikuti dengan wirid dan zikir. Biarlah sampai santak subuh pun
Lebai Suhud berwirid, mereka tetap sabar menunggunya. Apa sangat menunggu Lebai
Suhud habiskan solat kalau bandingkan dengan tiga malam berturut-turut mereka
tidur di surau dengan tidak berbantal dan bertikar semata-mata menunggu guru
agama itu jejakkan kaki ke surau.
Sebaik sahaja Lebai Suhud habis berzikir, tidak
bertangguh mereka bertiga menerpa datang. Lantas sahaja Usup Bincut beritahu
mengenai hajat mereka mahu dapatkan nombor ekor. Ketawa besar Lebai Suhud
apabila diberitahu demikian oleh Usup Bincut.
"Sekali ni aje tuan, kami minta," pujuk Usup
Bincut dengan tidak ada perasaan segan silu lagi. "Kalau kena, kami taubat
tak main lagi," tuturnya dengan penuh harapan guru agama itu akan memenuhi
hajat mereka.
"Kalau dah jelas judi tu haram, macam mana nak
dihalalkan?" sindir Lebai Suhud dalaM ketawa memanjang.
"Kami tahu kerja ni salah, tapi kami minta tuan
tolong sekali ni aje," Saleh Gonjeng pula merayu.
"Kalau berusaha cara lain boleh dapat rezeki, kenapa
pula berjudi?" Lebai Suhud tetap terbahak-bahak ketawa apabila menatap
muka tiga lelaki itu.
"Tuan orang warak, doa tuan dimakbulkan Tuhan,"
ujar Usup Bincut mendesak lantas mengisar duduk mahu merapati guru agama itu.
"Tolonglah tuan doakan kami, sekali ni aje, lepas kena ekor kami akan
bertaubat," dia memberikan janjinya dengan penuh harapan.
"Kalau nak minta doa macam tu, lebih baik awak jumpa
sami topekong," sahut Lebai Suhud selanjutnya. Puas juga mereka memujuk,
tetapi Lebai Suhud tetap ketawa terbahak-bahak.
Tahu sangat Usup Bincut memang Lebai Suhud akan ketawa
terbahak-bahak se-kiranya dia marah. Kalau tidak dia akan diamkan diri sahaja
tidak mahu bercakap sepatah apa pun. Semenjak dia tinggalkan kampung halamannya
di Jenderam, memang Usup Bincut tahu mengenai keistimewaan guru agama itu.
Sebab itulah dia berkeras mengajak kawan-kawannya menemui
Lebai Suhud. Manalah tahu guru agama itu akan menuturkan apa sahaja dalam
keadaan marah. Saat inilah mereka akan catatkan apa sahaja nombor yang
terhambur dari-pada mulut orang .tua itu sekiranya dia marah menyinga.
Tetapi Lebai Suhud tidak marah apa-apa. Dia sekadar
ketawa terbahak-bahak sahaja tidak memarahi mereka dengan menyebut nombor yang
terlintas di kepalanya. Memang sukar juga mereka mahu memerang-kap Lebai Suhud
biar dia marah membentak.
Mereka tidak akan ter-singgung sekiranya Lebai Suhud
memaki hamun menyebut mereka bertiga macam tidak tahu sembahyang lima waktu!
Kalau maki hamun demikian terhambur dari mulut Lebai Suhud nescaya mereka akan
tikam nombor tiga dan lima sampai diulang dua kali.
Kenapa Lebai Suhud tidak marah-marah macam ketika dia
didatangi oleh seorang ibu yang minta dia doakan anaknya biar berjaya lanjutkan
pelajaran keluar negeri. Hampir kecewa ibu itu apabila Lebai Suhud membentak
keras di depannya. Tidak patut orang macam Lebai Suhud itu marah ikutkan
perasaan sahaja.
"Awak mau anak awak ni masuk neraka?" Lebai
Suhud mencemik muka mengerling perempuan yang berharap sangat itu.
Tersinggung benar perem-puan itu dengan sikap guru agama
yang dihormatinya selama ini. Masakan Lebai Suhud boleh menentukan anak-nya
masuk syurga atau pun neraka. Kenapa guru agama itu tidak memikirkan semuanya
ditentukan oleh Allah Subhanahu wata'ala.
Orang kuno sahaja anggap belajar di sekolah orang putih
boleh masuk neraka. Dia tidak percaya orang warak seperti Lebai Suhud itu
terlalu kuno sangat. Tetapi orang tua itu sendiri yang mengejek ibu berkenaan
macam tidak ber-setuju anaknya lanjutkan pelajaran ke luar negeri.
Sudah beberapa kali Lebai Stthud beritahu orang-orang
kampung supaya hantar anak-anak belajar sampai ke mana pun. Memang tidak salah
apa-apa kalau anak-anak mereka belajar di sekolah orang putih. Tetapi, kenapa
tiba-tiba sahaja Lebai Suhud berubah berfikiran sampai mahu lemahkan semangat
ibu berkenaan?
"Takkan belajar ke luar negeri tu boleh masuk
neraka, tuan," ibu itu terus mendesak biar Lebai Suhud doakan juga.
Lama dia terdiam setelah didesak oleh ibu tersebut. Kemudian
perlahan dia menuturkan, "Kalau macam tu kemahuan awak, sama-samalah kita
berdoa."
"Macam mana
nak buat, tuan?" terlalu gembira hati perempuan itu sebaik sahaja Lebai
Suhud memberi jaminan akan doakan. Perkara doa itu dimakbulkan oleh Allah
Subhanahu wata'ala atau tidak, bukan penting sangat pada ibu berkenaan. Asal
sahaja Lebai Suhud sanggup doakan sudah memadai pada dia.
"Suruhlah anak awak tu ke mari," ujar Lebai Suhud
menge-luh pendek semacam menanggung bimbang yang berpanjangan. "Biar dia
sama-sama bangun sembahyang tahajud tengah malam di surau," dia menambah
bagaikan dalam keadaan serba salah.
Setelah didoakan oleh Lebai Suhud, dapat juga anak ibu
tersebut lanjutkan pelajaran. Tetapi Lebai Suhud tidak percaya kerana doanya
anak berkenaan mencapai kejayaan, kalau tidak disebabkan usaha gigih anak itu
sendiri. Lama juga anak itu belajar di luar negeri sampai lulus dengan kejayaan
cemerlang.
Sebaik sahaja balik ke tanah air memang dia memegang
jawatan tinggi di kota, sampai tidak pernah jejak kaki lagi di kampung. Selepas
anaknya berkedudukan tinggi itulah, ibu berkenaan datang lagi menemui Lebai
Suhud. Teresak-esak ibu itu menangis memberitahu Lebai Suhud fasal anaknya
habiskan masa dengan maksiat. Minuman keras sudah menjadi perkara biasa sahaja
dalam hidupnya, sampai tidak peduli pun setelah ditegur oleh emaknya.
"Tolonglah tuan doakan, biarkan dia ingatkan
Allah," rayu ibu tersebut penuh hiba apabila kenangkan tabiat anaknya
berubah benar selepas berkedudukan tinggi.
"Harta dunia kalau dikejar, macam itulah," ujar
Lebai Suhud tersengih-sengih.
Tidak tahu pula Usup Bincut bagaimana kesudahan nasib
yang menimpa anak muda itu. Orang-orang kampung pun tidak peduli sangat dengan
anak muda tersebut disebabkan dia tidak pernah lagi jejakkan kaki ke kampung.
Memang mereka tahu Lebai Suhud sudah dapat melihat perkara yang jauh di
hadapan, sckalipun dia ber-uakap macam menyindir.
Kalau dia tidak tahu sikap anak rnuda itu akan berubah,
tentu dia tidak akan membentak Ibu berkenaan seolah-olah mahu mendorongkan anaknya
ke neraka apabila menemui dia minta didoakan. Tetapi ibu tersebut tidak dapat
menangkap di sebalik sindiran Lebai Suhud, sekalipun anaknya jauh berubah
selepas balik dari luar ncgeri.
Bukan takat minum
arak sesuka hati di rumah, malah isterinya juga bukan keturunan Melayu. Kalau
emaknya datang jengah muka pun, isteri anaknya tidak segan silu berpakaian tidak
senonoh di depannya. Lebai Suhud semacam sudah tahu bagaimana kehidupan anak
tersebut apabila dia berjaya belajar di luar negeri.
Bukan sekadar kisah anak muda itu sahaja yang Usup Bincut
tahu mengenai keistimewaan Lebai Suhud. Se-belum guru agama itu berpindah ke
Jenderam pun, Usup Bincut mengalaminya sendiri tatkala melintasi surau Lebai
Suhud di tengah kesepian malam.
Menjadi kegemaran Usup Bincut ke rumah hingga jauh malam
selepas habiskan masa di pekan kecil di kampungnya. Ketika melintsi surau Lebai
Suhud tiba-tiba sahaja motosikalnya kehabisan minyak. Marah benar dia
disebabkan motosikal buat ragam tatkala dia mahu cepat balik ke rumah.
Sebaik sahaja mendapati Lebai Suhud masih belum tidur,
lantas dia meminta izin mahu tumpangkan motosikalnya di surau itu. Biarlah dia
berjalan kaki sejauh 15 kilometer masuk ke kampungnya.
"Kalau rumah awak jauh, tidur di sini ajelah,"
.pelawa Lebai Suhud ramah mesra.
"Eh, kena balik juga tuan, isteri saya tinggal
seorang diri di rumah, jelasnya apabila kenangkan isterinya Bedah tinggal
seorang diri sahaja di rumah.
Semenjak dia tinggal di kampung lagi, sebelurn menyertai
Felda memang Usup Bincut tidak pernah lekat di rumah. Kalau tidak menonton
wayang di kawasan estet berdekatan, Usup Bincut akan habiskan masa berborak
dengan kawan-kawan di kedai majong.
Tetapi Bedah memuji suaminya fasal tidak pernah tidak
balik ke rumah. Macam mana lewat malam pun, dia tidak akan tidur merata-rata.
Usup Bincut tetap balik ke rumah biarpun terpaksa berjalan kaki sampai 15
kilometer menyimpang dari jalan besar.
"Di sini pun boleh tidur, apa salahnya," ujar
Lebai Suhud mempelawanya. Kasihan juga dia melihat Usup Bincut terpaksa
menyeret motosikal yang telah kehabisan minyak itu.
"Tak apalah, tuan," Usup Bincut tetap berkeras
mahu balik juga ke rumah sekalipun terpaksa meranduk kegelapan malam melalui
lorong ke kampungnya sampai 15 kilome-ter.
"Rumah awak jauh," tutur Lebai Suhud perlahan
lantas mendekati tempayan di kaki tangga surau. Segera dia men-cedok air di
dalam tempayan itu terus dituangkan ke dalam tangki minyak motosikal Usup
Bincut.
Terkejut Usup Bincut dengan tindakan Lebai Suhud
seolah-olah mahu merosakkan lagi motosikalnya. Tetapi dia tidak berani melarangnya
kerana bimbang akan menyinggung hati guru agama itu. Manalah tahu Lebai Suhud
benar-benar mahu membantu.
"Bawalah motosikal awak tu balik, insya Allah,"
katanya sambil memberi isyarat menyuruh Usup Bincut teruskan perjalanan balik
ke rumah. Dalam keadaan serba salah Usup Bincut segera hidupkan enjin
motosikal. Hairan juga dia apabila enjin motosikal itu mudah sahaja dihidupkan.
Meter minyaknya juga naik seolah-olah tangki penuh
berisi.
"Jangan dibuka
lagi tutup tangki minyak tu," pesan Lebai Suhud sebaik sahaja Usup Rincut
menunggang motosikal rrrcni n ggal kan kawasan surau berkenaan.
Macam tidak percaya Usup apabila dia menunggang motosikal
balik ke rumah dengan tangki minyaknya diisi air basuh kaki dalam tempayan di
tangga surau. Sampai di rumah pun dia melihat meter tangki minyak masih penuh
berisi.
Usup Bincut tetap
pegang kukuh-kukuh pesanan Lebai Suhud supaya tutup tangki ininyak tidak
dibuka. Hingga sebulan pun Usup Bincut masih mendapati meter tangki minyaknya
berisi penuh. Hairan juga dia hingga merasa syak meter tersebut rosak setelah
di-masukkan air basuh kaki ke dalam tangki minyak.
Mahu ditanyakan kepada Lebai Suhud, bimbang juga dia
orang tua itu akan menuduhnya tidak percayakan dirinya. Memang Usup Bincut
mulai syak meter tangki minyaknya rosak. Masakan sudah selalu berjalan jauh pun
minyak di dalam tangki tidak susut langsung.
Sebab itu dia terpaksa buka juga tutup tangki motosikalnya.
Kalau rosak pun dia akan berpuas hati. Bila-bila pun dia akan hantar ke bengkel
baiki motosikal dengan tidak menyalahkan Lebai Suhud.
Sebaik sahaja dia buka tangki minyak, memang tangki
motosikalnya kering kontang. Apabila dia hidupkan semula enjin motosikalnya,
tidak boleh lagi dihidupkan. Meter tangki juga tidak lagi naik disebabkan sudah
kering kontang tidak berisi minyak setitik pun.
Menggeleng kepala Usup Bincut dengan peristiwa yang dialaminya
itu apabila kenangkan Lebai Suhud. Sebab itulah dia mengajak kawannya ke
Jenderam setelah mendapat tahu Lebai Suhud berpindah ke situ sejak kematian
isterinya.
"Tolonglah, tuan," Jali Gendut pula mendesak
setelah Usup Bincut semakin gelisah. "Awak semua ni, lebih baik
bertaubat," ujar Lebai Suhud tersengih-sengih mengejek mereka bertiga.
"Tak usah tunggu esok atau lusa, sekarang ni bertaubatl" tegasnya
macam menahan rasa marah sekalipun bibirnya masih mengukir senyum.
"Tiga malam kami tunggu tuan di sini," Saleh
Gonjeng pula mencelah dengan harapan orang tua itu akan berlembut hati mahu menolong.
Lebai Suhud tetap tersengih-sengih bagaikan mempersendakan
mereka bertiga. Dia memandang mereka bertiga silih berganti, kemudian lantas
.bangun mencapai tin-tin yang tersusun di penjuru surau. Tin-tin tersebut
dihulurkan kepada Usup Bincut.
"Buka tin ini," perintahnya lantas mencuit bahu
Usup Bincut yang duduk dekat di sisinya.
Tidak bertangguh Usup Bincut membuka tin-tin berkenaan.
Dia melihat dalam tin itu berisi gula, manakala tin yang lairi berisi kopi dan
biskut kering.
Tatkala Usup Bincut menatap muka Lebai Suhud, memang
wajah orang tua itu tidak banyak berubah sejak dia terserempak lebih dua tahun
dulu di kampungnya. Kalau berubah pun hanya suara Lebai Suhud yang terlalu
perlahan bagaikan tenggelam jauh di kerengkung.
"Awak semua masak air, boleh kita minum sama-sama,"
ujar Lebai Suhud terus berundur sedikit untuk menyandarkan belakang ke dinding.
Mereka bertiga berpandangan kerana tidak nampak pun cerek di situ untuk memasak
air. Mahu bertanya pada Lebai Suhud terasa malu pula seolah-olah mereka lapar
sangat. Serba salah juga Usup Bincut hingkas bangun mencari cerel«li penjuru
surau.
Memang tidak ada
cerek di situ kecuali kole dan lima biji cawan tertangkup di atas kertas
khabar. Usup Bincut mencapai kole itu lantas menadah air daripada paip di
tempat mengambil wuduk. Kemudian cepat-cepat dia naik mendekati Lebai Suhud
yang tunduk memegang tasbih.
"Boleh jadi dia akan beri kita nombor tu,"
bisik Usup hincut mendekati kawannya jali Gendut dan Saleh Gonjeng. Terbayang
kegembiraan di wajah masing-masing setelah dapat mengagak Lebai Suhud akan
membantu. Orang warak macam Lebai Suhud tidak akan membantu dengan langsung
kalau mengenai perkara yang maksiat. Tentu dia akan berkias-kias biar mereka
terpaksa mengagak sendiri nombor yang lebih tepat.
Usup Bincut mula mengira jumlah kole dan cawan yang
tertangkup di penjuru surau.
Kemudian dia ramalkan pula jumlah tin yang dihulurkan
oleh Lebai Suhud, termasuk juga jumlah buah tasbih yang tergenggam di tangan
guru agama itu.
"Rezeki daripada Allah tu, patut kita syukuri,"
tiba-tiba sahaja Lebai Suhud mengangkat muka memandang mereka bertiga.
"Jangan fikirkan perkara yang awak angan-angankan tu," suaranya keras
sedikit seolah-olah dapat membaca isi hati masing-masing.
Terasa gementar Usup Bincut ketika ini. Dia juga melihat
muka Lebai Suhud putih seolah-olah diselaputi bedak tebal. Tetapi dia tau warna
putih itu berpunca daripada silauan cahaya lampu di tengah surau.
"Macam mana nak masak air ni, tuan?" segera
Usup Bincut hulurkan air di dalam kole. Memang malu benar dia apabila Lebai
Suhud dapat menangkap apa sahaja yang dibualkan dengan kawan-kawannya.
Dengan tidak bercakap apa-apa, Lebai Suhud mencapai kole
berisi air itu. Terus sahaja dia tetakkan buntut kole ke atas tapak tangannya.
Terkejut mereka bertiga apabila melihat tapak tangan Lebai Suhud bertukar merah
seperti bara api.
Dalam masa beberapa minit sahaja mereka mendengar air di
dalam kole mendidih masak. Tatkala Usup Bincut menjengah ke dalam kole memang
air mendidih dengan asap melabun naik. Setelah air itu masak, segera diunjukkan
oleh Lebai Suhud kepada Usup Bincut.
Setelah kopi dibancuh, Usup Bincut hidangkan di depan
Lebai Suhud. Mereka sama-sama menikmati kopi panas tatkala dinihari dengan
angin bertiup sejuk di luar. Perut yang kosong juga terasa segar semula.
Biskut di dalam tin sebesar kole itu tidak pernah habis,
sekalipun mereka berulang kali menyeluknya. Tetapi sehingga masuk waktu subuh
pun, Lebai Suhud tidak sebut fasal nombor ekor yang mereka harapkan.
Tetapi Usup Bincut
tidak peduli apa. Dia sudah boleh agak nombor yang patut dibeli. Jumlah cawan
yang tertangkup, jumlah mereka yang terconggok di atas surau, jumlah tin yang
dihulurkan kepadanya, sudah cukup untuk menentukan nombor yang patut dibeli.
Selesai sahaja solat subuh, Lebai Suhud tidak bercakap apa-apa.
Dia terus turun meninggalkan surau dengan tidak berpesan pun kepada tetamunya.
Sewaktu mereka menjengah di tingkap surau, tergamam benar mereka melihat Lebai
Suhud berjalan di udara dengan meniti cahaya putih yang merentang dari tangga
surau ke udara.
Dalam masa beberapa saat sahaja orang tua itu hilang
dalam silauan cahaya putih yang rnenegak ke udara. Terkebil-kebil mata Usup
Bincut melihat kejadian yang tidak pernah dialaminya itu.
"Kita baliklah," segera Usup Bincut mengajak
kawan-kawannya berkemas.
Kemudian dia terus masuk ke bilik air untuk mandi. Dalam
masa terkuap-kuap di bilik air, terkejut Usup Bincut apabila mendapati kepala
paip yang dipegangnya sudah berkarat. Puas dia memulas kepala paip itu namun
air tidak juga mencurah keluar. Padahal sejak tiga malam mereka menunggu Lebai
Suhud, memang di bilik air itulah mereka mandi.
Cepat-cepat Usup Bincut berpatah balik mahu memberitahu
kawan-kawannya yang masih berbaring di tengah surau. Semakin tergamam Usup
Bincut apabila mendapati lantai surau sudah reput dengan dindingnya
kopak-kapik. Padahal semenjak mereka bertumpu di situ tiga malam berturut-turut
semuanya dalam keadaan baik.
Sawang juga banyak merentang di setiap penjuru dan dinding
surau yang reput itu. tetapi kole dan cawan yang mereka gunakan untuk minum
kopi masih ada di tepi dinding. Malah sisa kopi yang diminum pun masih ada.
"Saleh, Jali, bangun!" tergesa-gesa Usup Bincut
gerakkan kawannya supaya segera bangun.
Sekaligus mereka berdua bingkas bangun terpisat-pisat
setelah dikejutkan oleh Usup Bincut. Terpinga-pinga mereka melihat Usup Bincut
tercegat tidak keruan. "
Kenapa?" soal Jali Gendut kehairanan.
"Tengok surau
ni," beritahu Usup Bincut pendek, lantas menuding sekeliling surau yang
kelihatan sudah reput lantai dan dinding. Tiang dan bendul juga hampir roboh ke
bawah.
Memang mereka terkejut setelah melihat keadaan surau yang
terlalu usang, tidak sama dengan bangunan surau yang mereka jejak tiga hari
sebelumnya. Disebabkan ketakutan mereka bertiga tidak bertangguh meninggalkan
bangunan surau.
Tiba sahaja di pertengahan jalan, mereka bertembung
seorang lelaki separuh umur sedang menunggang basikal. Terus sahaja Usup Bincut
menggamit lelaki itu supaya berhenti.
"Awak semua ni dari mana?" terus sahaja lelaki
itu bertanya. Hairan juga dia terserempak Usup Bincut bersama kawannya di situ
melalui jalan ke kebun getah.
"Kami jumpa Lebai Suhud," beritahu Usup Bincut
tersengih-sengih. "Tiga hari kami tunggu, baru subuh ni dia balik,"
dia menambah masih cuba me-nyembunyikan rahsia yang mereka alami.
Belum sempat lelaki itu bercakap apa-apa, lantas Saleh
Gonjeng pula bersuara, "Di mana rumah Lebai Suhud tu?"
"Lebai Suhud yang mana satu?" lelaki separuh
umur itu bagaikan kebingungan tidak menentu.
"Lebai Suhud
tu berasal dari kampung saya, lebih dua puluh tahun dulu dia pindah ke
sini," tersengih-sengih Usup Bincut menjelaskan.
Lama lelaki itu terdiam dengan dahi berkedut. Perlahan-lahan
dia beristighfar beberapa kali sambil menatap muka Usup Bincut.
"Dah lapan tahun dia meninggal dunia," lelaki
separuh umur itu tertunduk menahan rasa terharu dengan penjelasan yang
diberitahu oleh Usup Bincut apabila terserempak Lebai Suhud subuh itu.
"Malam tadi kami minum kopi dengan dia' di surau
tu," ujar Jali Gendut meyakinkan lelaki separuh umur itu.
Mengeluh panjang lelaki separuh umur itu sambil
menggeleng lemah. Kemudian dia segera mengajak lelaki bertiga itu mengikutnya
kembali ke surau usang peninggalan arwah Lebai Suhud.
Sebaik sahaja mereka jejak memula kaki ke surau berkenaan,
semakin terkejut mereka disebabkan kawasan surau dikelilingi belukar yang
terletak berhampiran tanah perkuburan. Semasa mereka ditunjukkan oleh lelaki
separuh umur itu kubur Lebai Suhud, memang berdebar benar hati Usup Bincut
apabila melihat kole dan cawan bekas minuman mereka tergolek atas kubur. Sisa
kopi yang mereka minum juga masih baru kesannya dihurung semut.
"Kenapa kole dan cawan ni irdir di sini?" keluh
Jali Gendut membongkok mencapai cawan tersebut lantas dibelek-belek.
"Cawan dan kole ni, saya punya," beritahu
lelaki separuh umur itu terus mengambil nya dari Jali Gendut.
“Abang ni siapa?” lantas Saleh Gonjeng mendesak setelah
merasakan pengalaman aneh yang ditempuhinya ketika itu.
"Nama saya Manap," beritahu lelaki itu terus
mengumpulkan semula kole dan cawan-cawan di atas kubur yang bersepah.
"Semasa arwah Lebai Suhud sakit, saya yang jaga, sebab dia tak ada saudara
mara," tuturnya lemah apabila kenangkan arwah Lebai Suhud terlantar sakit.
Memang kejadian yang mereka alami itu bagaikan mimpi
sahaja. Mereka percaya Abang Manap tidak berbohong apa-apa, setelah ditunjukkan
kubur Lebai Suhud. Tentulah Lebai Suhud yang mereka temui di surau usang itu
hanya jelmaan semata-mata.
Disebabkan Abang Manap mahu cepat ke kebun getah, mereka
bertiga terus keluar menunggang motosikal masing-masing. Sampai sahaja di pekan
kecil berhampiran simpang ke tanah perkuburan, mereka berhenti minum di warung.
Ketika dia bertanya peniaga warung mengenai Abang Manap yang
mereka temui, memang peniaga warung itu mengenali Abang Manap murid kesayangan
arwah Lebai Suhud. Tatkala Lebai Suhud terlantar sakit hanya Abang Manap satu-satunya
yang menjaganya.
"Tapi, Abang Manap tu dah lebih tiga tahun
meninggal," beritahu peniaga warung semacam tidak percaya apabila
diberitahu mereka bertiga menemui Abang Manap mahu menoreh getah.
Meremang bulu tengkuk Usup Bincut apabila kenangkan Abang
Manap juga sudah meninggal dunia. Jadi siapa pula yang mereka temui dalam masa
tidak sampai tiga jam pada pagi berkenaan?
Tetapi kejadian yang di-alami di Jenderam itu tidak
sedikit pun menakutkan Usup Bincut. Malah Saleh Gonjeng dan Jali Gendut juga
tidak serik apa-apa, sekalipun, terserempak dengan orang yang sudah lama meninggal
dunia. Mereka bertiga tetap rahsiakan kejadian tersebut, kerana bimbang diejek
disebabkan terlalu asyik dengan nombor ekor.
"Hah, kita cuba bomoh muda di Sungai Kelamah
tu," Saleh Gonjeng terus mendesak kawan-kawannya.
"Kau kenal dia?" Jali Gendut bimbang juga kalau
dipermainkan orang. Mentang-mentang mereka gilakan judi nombor ekor, sampaikan
apa sahaja disuruh mudah sahaja dipatuhi. Lainlah kalau bomoh yang ditemui itu
memang benar-benar sudah dikenali.
"Kita cubalah dulu," cepat sahaja Usup. Bincut
memujuk. Marah juga dia dengan sikap Jali Gendut yang teragak-agak mahu menemui
bomoh muda yang dikatakan oleh Saleh Gonjeng. Perkara kenal atau tidak bukan
penting sangat kalau mahu mencuba nasib. Kalau tidak mahu percaya, kenapa
terpaksa bersusah payah mencari bomoh ke mana-mana?
Tiga malam berturut-turut mereka mengulangi bomoh di
Sungai Kelamah itu. Memang bomoh tersebut masih muda benar lagi, hanya dalam
lingkungan umur tiga puluh lima tahun sahaja. Dia baru sahaja balik setelah
lama menetap di Sumatera.
Apabila diberitahu menge-nai hasrat mereka mahu dapatkan
nombor ekor, lantas bomoh tersebut menyanggupi untuk mencuba. Manalah tahu tuah
ada bersama mereka hinggakan nombor yang dibeli akan mengena. Tetapi bomoh muda
itu sekadar menilik nombor yang akan ditikam aahaja, kerana dia sendiri tidak
pernah berjudi membeli nombor.
"Kita kena sediakan seekor ayam panggang,
bang," beritahu Udin Junuh bomoh muda berkenaan, apabila ditemui pada
malam kedua. Malam pertama temui Udin Junuh sekadar mahu melihat terlebih
dahulu perkakas yang perlu disediakan sebelum menyeru puaka yang akan menjelma
memberikan nombor berkenaan.
"Nak buat macam mana ayam panggang tu?" sengaja
Usup Bincut mahu mengusik.
"Malam besok kita jamu di rumpun buluh di kaki
bukit," ujar Udin Junuh mengusap-usap lengannya.
"Ah, itu perkara senang, Usin!" sahut Saleh
Gonjeng apabila diberitahu syarat mahu menyeru puaka di rumpun buluh. Apa
sangatlah seekor ayam panggang dimasak mentah kalau bandingkan dengan untung
yang diterima sekiranya nombor yang ditikam mengena?
"Tapi, abang semua mesti berani!" Udin Junuh
meng-ingatkan supaya mereka bertiga jangan mudah gelabah sekiranya melihat
jelmaan yang menakutkan.
"Kami dah biasa dengan perkara macam ni," jelas
Jali Gendut macam mengejek. Apa sangat dibimbangkan dengan rumpun buluh di kaki
bukit kalau bandingkan terserempak jasad arwah Lebai Suhud dan Abang Manap?
Selepas semua kelengkapan disediakan pada malam ketiga,
tepat jam dua belas malam Udin Junuh mengajak mereka bertiga ke rumpun buluh di
kaki bukit. Memang Udin Junuh sudah tentukan tempat tersebut sesuai dengan
tujuan mereka mahu menyeru puaka menjelma datang. Siapa pun tidak tahu mereka
ke situ disebabkan jauh dari kampung,
Sebaik sampai sahaja di bawah rumpun buluh lantas Udin
Junuh bentangkan kain hitam. Usup Bincut membantu pasangkan lilin, sementara
Saleh Gonjeng bakarkan bara untuk membakar kemenyan. Udin junuh mula menukar
pakaian-nya lengkap serba hitam dengan kepalanya lilit kain merah.
Apabila dia mula membaca jampi mentera sambil mem-bakar
kemenyan, Usup Bincut bersama kawan-kawannya Saleh Gonjeng dan Jali Gendut
sudah bersiap sedia mengharapkan nombor yang akan ditikam menjelma di rumpun
buluh. Tidak larna selepas Udin Junuh membakar kemenyan, tiba-tiba angin malam
bertiup kencang. Terpaksa pula Usup Bincut lindungkan api lilin dengan kain
supaya tidak padam di-serbu angin.
Saat ini masing-masing merasakan bulu roma mere-mang.
Suasana tengah malam itu menjadi seram dengan bunyi kuang sayup-sayup di tengah
rimba. Angin kencang itu juga cukup mendebarkan perasaan mereka seolah-olah
kawasan itu diserkup bayang hitam yang menggerunkan.
"Nampaknya, kita kena berlawan, bang!" bisik
Udin Junuh setelah puas mencuba beberapa kali, tetapi jelmaan yang diseru tidak juga terconggok di depan
mereka.
"Berlawan rnacam mana, Udin ?" bergetar suara
Usup Bincut menahan rasa bimbang yang mengocak di hati,
"Abang semua jangan lari, kalau nampak apa-apa
keluar dari rumpun buluh," tegas Udin Junuh mengingatkan sambil mengisar
duduk.
"Saya rasa lain macam sikit, tapi jangan
takut," dia meminta mereka semua berani menghadapi apa sahaja yong muncul
di depan.
Tidak lama selepas angin kencang itu bertiup, mereka
mendengar rumpun buluh bergegar kuat hampir sepuluh minit. Tiba-tiba sahaja
mereka nnmpak lembaga besar berdiri di tengah-tengah rumpun buluh. Tubuhnya
sama tinggi dengan pucuk rumpun buluh yang merimbun. Kepala lembaga itu botak
serta tanduk tercancang di tengah-tengah. Matanya satu sahaja terkebil-kebil
hampir sebesar cupak merenung ke arah mereka.
Sebaik terserempak sahaja lembaga bertanduk di celah
rumpun buluh itu tiba-tiba sahaja Usup Bincut menggeletar ketakutan. Puas juga
Saleh Gonjeng dan JaIi Gendut cuba kuatkan semangat, tetapi perasaan gementar
Usup Bincut semakin mendesak.
Tidak perlu mereka bimbang apa-apa selagi Udin Junuh
terconggok di situ bertahan daripada serbuan lembaga berkenaan. Hanya Udin
Junuh satu-satunya akan menerima padah sekiranya tidak dapat mengawal lembaga
berkepala botak dengan tanduk tercan-cang di tengah rumpun buluh itu.
Udin Junuh tidak berundur. Lama dia terconggok membaca
jampi serapah lembaga tersebut tetap juga tercegat di tengah rumpun buluh.
Marah benar Udin Junuh bagaikan dicabar oleh lembaga besar itu. Tiba-tiba Udin
Junuh melompat lantas menerkam ke arah lembaga besar tercegat di tengah rumpun
buluh.
"Biadap kau!" jerit Udin Junuh terlalu marah
dicabar oleh lembaga tersebut. "Aku bukan panggil kau, kenapa kau yang
menjelma?" gerutunya memencak tangkas sambil menggenggam pasir terus
dilontarkan ke muka lembaga berkenaan.
Dalam masa Udin Junuh berlegar-legar memencak menyambut
cabaran lembaga bertanduk di tengah rumpun buluh itu, Usup Bincut tidak tahu
lagi apa yang berlaku. Dia rebah ke tanah akibat ketakutan, menyebabkan Saleh
Gonjeng dan Jali Gendut menggelabah tidak -menentu.
Setelah seminggu Usup Bincut terlantar tidak sedarkan
diri selepas dibawa balik ke rumahnya itulah Kadir Misai mengajak saya ke Felda
tersebut. Memang Kadir Misai satu-satunya diharapkan oleh Bedah, kerana
suaminya mempunyai hubungan keluarga dengan isteri Kadir Misai.
"Macam itulah mulanya dia jadi macam ni,
ustaz," beritahu Bedah mengerling suaminya yang terkejang tengah rumah
tidak sedarkan diri. Memang Saleh Gonjeng dan Jali Gendut juga mengakui
penjelasan Bedah hingga menyebabkan Usup Bincut menerima padah demikian.
"Udin Junuh
dah cuba pulihkan, tapi dia juga dak tak sanggup, ustaz," ujar Saleh
Gonjeng menunduk seolah-olah terbayang kekesalan pada wajahnya yang sugul.
No comments:
Post a Comment