Ingatan
yang diberikan oleh Tok Aji mengenai ilmu anak saudara gurunya di Batu Sangkar
itu adalah sebagai satu pengajaran. Mat Sulih tidak akan dapat membawa ilmunya
kepada kebaikan sekalipun dia bertujuan untuk melindungkan orang-orang
kampungnya. Akhirnya dia menjadi ria' akibat hasutan syaitan yang sentiasa mahu
memusnahkan imannya.
Sekalipun
ada kuasa lain yang boleh digunakan, tetapi tentulah lebih bermakna kalau kita
hanya meminta perlindungan Aliah SWT semata-mata. Mungkin orang keliru kerana
kononnya apa jua kuasa dari makhluk-makhluk lain adalah dari Allah jua, maka
sesiapa pun boleh menggunakan kuasa tersebut. Dari sini saya teringatlah mengenai
kawan saya Meon dan isterinya Simah di Gombak yang diganggu pelesit turun-temurun
itu.
Tentu
Simah tidak menyedari apabila nenek moyangnya dari Tok Bani mendapatkan kuasa
dari pelesit untuk membalas dendam terhadap lelaki-lelaki yang bermain gila
dengan isterinya Yong Saenah, hingga semua lelaki-lelaki tersebut hilang tenaga
batin. Kuasa-kuasa seperti itu memanglah dengan izin Allah juga, tetapi adalah
tidak diredainya. Saya teringat kisah Pak Uduh yang saya temui di Felda di
Johor yang berasal dari Merlimau Melaka yang diperkenalkan oleh Ali Burn kepada
saya.
Dia
tidak memohon kuasa dari mana-mana pun, tetapi menyerahkan semuanya kepada
Allah SWT, sehingga kisah isterinya Naesah Lawa bermain gila dengan Ielaki lain
menerima balasan dari Allah SWT sendiri. Naesah Lawa mati setelah menanggung
penderitaan yang lama, dan apabila dikebumikan liang lahadnya dipenuhi dengan
ular yang tidak tahu dari mana datangnya.
Oleh
itu saya sentiasa berpegang kepada ingatan Tok Aji, kalau kita boleh memohon
terus kepada Allah SWT mengapa mesti mendapatkan pertolongan dari kuasa lain
dariNya. Kata Tok Aji, Allah yang menciptakan langit dan bumi dalam enam masa,
apa sangatlah kepadaNya hendak melakukan yang lain dari itu.
Sekalipun
Tok Aji sudah lama meninggal dunia, tetapi saya masih ingatkan segala
pesan-nya.
"Tok
Aji dulu memang sayangnya lebih pada Angah…’ beritahu Itam Samir sewaktu saya
mengunjungi ,dia di Endau. Itam Samir ini anak Tok Aji dengan isteri-nya yang
di Kota Tinggi dulu. Saya tidaklah tahu sama ada dakwaan Itam Samir ini betul atau
tidak, tetapi sepanjang ingatan saya Tok Aji sering juga memarahi saya.
Bagaimanapun
dia tidak pernah memukul anak-anak atau cucu-ucunya. Jangankan merotan, malah
menjentik telinga pun tidak pernah kata ayah saya. Memang Tok Aji tidak pernah
melakukannya, tetapi sekiranya berlaku pertengkaran dengan nenek saya sebagai
suami isteri, Tok Aji tidak akan bersuara tinggi menentang leteran nenek. Kalau
dia marah pun, dia akan turun ke tanah sambil menampar pokok kelapa atau lain-lain
pokok yang berhampiran dengannya. Tahu-tahu saja tiga hari selepas itu, pokok
berkenaan akan layu daunnya hingga akhirnya mati begitu saja.
"Kalau
dia datang ke sini dulu, tak lepas mulutnya menyebut Angah aje" ujar Itam
Samir tersengih-sengih mengenangkan ayahnya yang datang sekali-sekala
mengunjungi dia ke Endau.
Dari
Itam Samir inilah saya mendengar cerita mengenai seekor babi yang sering menjelma
di kampungnya dengan menampakkan gigi emas.
"Pak
ltam pernah jumpa...?" tanya saya.
Dia
mengangguk perlahan, tetapi mengerling ke arah dapur mempastikan sama ada
isterinya mendengar atau tidak perbualan kami.
"Jelmaan
manusia" kata Itam Samir berbisik. "Keluarga Mak ltam kau tu
juga" dia menambah tersengih-sengih. Mungkin Itam Nirah tidak peduli
sangat mengenai keluarganya yang dikatakan meninggal dunia kemudian sering
ditemui oleh orang-orang kampung jelmaan babi yang mempunyai gigi emas
merayau-rayau, tetapi Itam Samir bimbang juga kalau-kalau isterinya itu
tersinggung.
Bagaimanapun
sewaktu makan tengahari, saya berterus terang bertanyakan pada Mak Itam Nirah
mengenai babi bergigi emas itu. Dia tidaklah terperanjat dengan pertanyaan
saya, sebaliknya tersenyum saja.
"Di
halaman rumah ni pun ada dia datang, tapi Mak Itam suruh dia pergi baik-baik.
Elok aje dia pergi ke belukar tu" beritahu Mak Itam Nirah memuncungkan
bibir ke arah belukar senduduk di belakang rumahnya.
Namun
cerita sebenarnya tidaklah siapa pun tahu kerana kejadian itu sudah berlaku
lebih 50 tahun dulu. Hanya selepas kematian Mak Selidah saja orang-orang kampung
menemui babi berkenaan merayau-rayau di dalam kampung di kawasan rumah atau
tanah yang ditinggalkan oIeh Mak Selidah. Apabila babi itu menyeringai kelihatanlah
gigi emasnya sebatang sama seperti Mak Selidah yang mempunyai gigi emas sebatang.
"Dulu,
sampai lima enam kali dalam sebulan dia keluar" jelas Mak Itam Nirah.
"Tapi, sekarang dah lebih lima puluh tahun, lima enam bulan sekali, adalah
dia muncul" katanya mengingatkan peristiwa babi yang bergigi emas.
Pernah
juga satu ketika babi tersebut memusnahkan anak-anak pisang ltam Samir apa-bila
dia menyungkur-nyungkur tanah di situ. Kepalang marahnya Itam Samir melihat
anak-anak pisangnya habis terbongkar. Apatah lagi melihat seekor babi berwarna
hitam menyungkur-nyungkur di situ. Kalau babi peliharaan orang-orang Cina
tentulah berwarna putih, kalau ada yang hitam pun boleh dikenali sebagai babi
peliharaan.
Tetapi
Cina memelihara babi jauh dari kampungnya, masakan babi tersebut boleh terlepas.
Sekiranya babi hutan tentulah liar. Dia akan lari apabila mendengar orang
menyorak nyoraknya. Itam Samir sudah menyorak-nyorak namun babi tersebut terus
juga menyungkur-nyungkur tanah. Disebabkan terlalu marah, Itam Samir lantas
menghunus parangnya menyerbu mahu memangkas tengkuk babi yang sedang
menyungkur-nyu ngkur itu.
"Nanti…….
jangan dibunuh dia ……!”jerit Mak Itam
Nirah dari bawah rumpun pisang tempat dia berteduh sebaik melihat suaminya meluru
ke arah babi tersebut dengan parang terhunus.
Terhenti
langkah Itam Samir mendengar teriakan isterinya. Babi itu tidak juga lari, walaupun
Itam Samir sudah hampir ke rumpun pisang tempat dia menyungkur-nyungkur.
"Habis
anak pisang aku!" gerutu Itam Samir disebabkan Mak Itam Nirah menegah dia
dari terus menerkam ke arah babi tersebut.
Mak
Itam Nirah tidak menghiraukan Itam Samir marah dengan sikapnya menghalang
bertindak kepada babi yang memusnahkan tanaman dia. Dia memangkas pelepah
pisang lantas dipukulnya punggung babi berkenaan. "Hai, Makda Selidah
janganlah rosak kan kebun aku ni, pergilah Makda Selidah cari rezeki tempat
lain" katanya seperti bercakap dengan manusia biasa.
Babi
itu berpaling ke arah Mak Itam Nirah sambil menyeringaikan giginya seperti
orang yang kemalu-maluan. Kemudian dia menggoyang-goyangkan kepala seolah-olah
mengangguk faham. Setelah itu babi berkenaan pun berjalan longlai masuk ke
dalam belukar senduduk langsung hilang. Sewaktu dia menyeringai itu memang ternampak
oleh Itam Samir gigi babi bersumbi emas.
Kisah
Mak Selidah ini sewaktu hidupnya memang diketahui orang-orang kampungnya
seorang janda bersumbi emas. Dia berkahwin dengan bapa saudara Mak Itam Nirah
seorang duda yang dikenali di kampung itu dengan panggilan Egok Tukang, kerana
kerjanya memang bertukang membuat rumah. Egok Tukang mempunyai seorang anak
Jelinah berumur sepuluh tahun. Jelinah gadis kecil ini tidak bersekolah seperti
gadis-gadis Iain juga di kampung itu yang jarang disekolahkan oleh ibu bapanya.
Setelah
berkahwin dengan Egok Tukang, Mak Selidah ternyata bersikap garang kepada anak
tirinya. Bagaimana pun siapa pun tidak hiraukan sangat masalah rumahtangga mereka.
Tetapi memang orang-orang kampung melihat Jelinah dipaksa membuat kerja-kerja
seperti menumbuk padi, mencari kayu, membasuh kain. Egok Tukang hanya mendiamkan
diri saja, sekiranya Jelinah dipukul oleh Mak Selidah di depan matanya pun.
"Ah,
memang emak tugasnya mengajar anak
" kata Egok Tukang bila perbuatan isterinya ditegur oleh saudara
maranya. Akhirnya saudara maranya menjadi bosan, langsung tidak mahu campur tangan
lagi.
Semasa
Jelinah jatuh sakit, siapa pun tidak datang menjengahnya. Disebabkan kesihan kepada
kanak-kanak, terpaksa jugalah emak kepada Mak Itam Nirah melihat anak saudaranya
itu yang yatim sejak kematian emaknya.
Alangkah
terperanjatnya Nenek Mejiah melihat Jelinah terbaring seorang diri dengan pinggan
berisi hampas kelapa di sisinya. Dia juga mendapati kesan-kesan hampas kelapa
di celah bibir Jelinah. Memandangkan keadaan Jelinah demikian, Nenek Mejiah
terus membawa anak saudaranya ke rumahnya. Tiga hari Jelinah di rumah Nenek
Mejiah ramailah orang-orang kampung menziarahinya, sedangkan Egok Tukang
ayahnya sendiri tidak menampakkan muka hidung.
Semasa
Ketua Kampung datang memberitahu keadaan anaknya Jelinah, menitik juga airmata
Egok Tukang. Tetapi dia tidak berani mahu menziarahi anaknya kerana dilarang
oleh Mak Selidah. Perbuatan Mak Selidah ini membuatkan Nenek Mejiah marah,
lantas dia ke rumah abangnya Egok Tukang.
"Tak
patut buat anak kanak-kanak macam tu Kak Selidah" kata Nenek Mejiah kesal.
"Tak
patut macam mana?" jerkah Mak Selidah keras. "Adakah patut beri budak
tu makan hampas kelapa!" Nenek Mejiah mula marah bila Mak Selidah
berpura-pura tidak tahu akan kekejaman yang dilakukannya ke atas Jelinah.
"Aku
suruh makan nasi dia tak mau . . . !" dia masih mempertahankan di rinya.
"Sebab itu aku marah, aku sumbatkan hampas kelapa" katanya meninggikan
suara.
"Budak
tu sakit mana ada selira, mengapa pula dipaksa?" soal Nenek Mejiah.
"Nanti
kata aku tak beri makan pulak" sahutnya menyindir.
Ketika
inilah Egok Tukang berdiri di muka pintu bercekak. pinggang memerhati adiknya
berdiri di tengah halaman. "Kau Mejiah, jangan campur hal rumahtangga aku.
Kalau kau nak jaga Jelinah, jaga. Kalau tak mahu, hantar balik ke rumah
aku!" kata Egok Tukang menghentak-hentak kakinya ke lan-tai.
Terpaksalah
Nenek Mejiah mengalah apabila abangnya sendiri sudah bersuara demikian.
Seminggu Jelinah di rumah Nenek Mejiah, dia pun meninggal dunia.
Kematian
Jelinah sepupu Mak itam Nirah yang hampir sebaya umurnya itu, masih dapat
diingat-ingat oleh nya, sekalipun ketika itu Mak Itam Nirah baru berumur
sembilan tahun saja. Dia melihat tubuh Jelinah yang kurus itu seolah-olah tidak
bermaya untuk menggerakkan kaki dan tangannya. Bagaimanapun dia dapat juga
meramas-ramas jari Mak Itam Nirah, sebelum menghembuskan nafasnya dalam usia
yang masih kecil.
Tidak
lama selepas kematian Jelinah itu, berlaku pula kejadian yang tidak
disangka-sangka di rumah Nenek Mejiah. Setiap senja rumahnya dipenuhi oleh ulat
bulu yang tidak tahu dari mana datangnya.
"Sapu
di dalam, di serambi pula oleh ulat" beritahu Mak ltam Nirah, kerana dia
sendiri membantu emaknya menyapu ulat-ulat tersebut. Kalau terkena ulat bulu
itu cepat saja kulitnya menjadi gatal dan meruam. "Sapu pula di serambi,
penuh di dapur pula bertaburan ulat-ulat bulu tu" cerita Mak Itam Nirah
selanjutnya.
Tiga
senja rumahnya mengalami gangguan ulat-ulat bulu ini, ayah Mak Itam Nirah memberitahu
masalahnya kepada dukun di kampung itu. Setelah dibakar kemenyan berkeliling
rumahnya, maka gangguan ulat bulu itu tidak ada lagi. Dukun itu juga memberi
tangkal supaya digantungkan di hadapan rumahnya sebagai pelindung dari gangguan
tersebut.
Setelah
dikawal oleh dukun berkenaan, tidaklah ada lagi gangguan yang menakutkan itu.
"Tapi
kalau kenang-kenangkan, memang geli geleman" ujar Mak ltam Nirah perlahan.
"Maklumlah beratus-ratus ulat bulu menjalar di dinding dan di lantai. Tak
tau berapa pula yang bergayut di bumbung atap" kata-nya dalam keadaan geli
geleman juga.
Beberapa
bulan selepas kejadian ulat-ulat bulu itu, tiba-tiba nenek Mejiah sendiri diserang
batuk darah. Bimbang juga mereka sekeluarga bila penyakit yang tidak
disangka-sangka itu menyerang Nenek Mejiah. Puas juga dia berubat sampai ke
Kota Tinggi, hingga bertemu dengan Tok Aji yang kebetulan ketika itu berada di
Kota Tinggi.
"Ada
kawan saya di Endau, namanya Wak Samin " beritahu Tok Aji apabila Aki
Tabun menemui Tok Aji bagi mengubati penyakit ganjil yang dihidapi oleh Nenek
Mejiah itu. "Kalau ada apa-apa hal, cubalah jumpa dengannya" kata Tok
Aji supaya mereka tidak bersusah payah datang ke Kota Tinggi.
Setelah
diberi minum air sejuk oleh Tok Aji, dapatlah Nenek Mejiah lega sedikit
bernafas. Darah juga tidaklah banyak keluar apa-bila dia terbatuk. Melihatkan
keadaannya sudah beransur kurang, mereka pun balik semula ke Endau. Tetapi pada
sebelah senjanya, Nenek Mejlah merasa dadanya terlalu sakit setiap kali merasa
mahu muntah, namun dia tidak juga muntah.
Mengerang-ngerang
dia menahan kesakitan. Aki Tabun tidak ber-tangguh lagi mencari Wak Samin.
Serba salah juga Wak Samin bila dijemput oleh Aki Tabun, sedangkan selama ini
siapa pun tidak mengenali Wak Samin, apatah lagi untuk memanggilnya mengubati
penyakit. Orang-orang kampung di situ hanya mengenali Wak Samin sebagai petani
biasa, yang kadangkala mengambil upah menebas. Memang mereka tahu Wak Samin
bukan anak tempatan di situ, tetapi datang dari Kota Tinggi yang sebelumnya menumpang
tongkang dari Pekan Baru dan naik di Singapura.
Bagaimanapun
setelah Aki Tabun memberitahu mengenai Tok Aji sendiri yang menyuruh
menemuinya, terpaksalah Wak Samin datang juga ke rumah Aki Tabun. Semasa dia
sampai, keadaan Nenek Mejiah semakin tenat. Kadangkala dia merepek-repek
memaki-hamun Tok Aji dan Wak Samin.
"Celaka
Aji, bagi aku minum air racun!" Nenek Mejiah menghempas-hempas badan
menahan kesakilan didadanya. "Nak termuntah aku ni fasal air racun yang
diberi minum oleh Aji celaka di Kota Tinggi tu" dia merengek-rengek.
"Eh,
racunlah sedap. Berilah aku sikit" sahut Wak Samin sambil menekan
langit-langitnya dengan ibu jari.
"Kau
nak mampus minum racun?" kelihatan Nenek Mejiah macam tersenyum menyindir.
"Eh
sedap, macam santau juga. Lebih sedap pada air serbat" Wak Samin menampar
kepala lututnya sendiri tiga kali.
Sekaligus
Nenek Mejiah terbatuk kuat hingga keluar dari mulutnya segumpal rambut, serbuk
kaca dan miang rebung. Kemudian dia berpaling ke arah Wak Samin lantas
meludahinya.
"Kau
pun sama dengan Aji keparat tu!" Nenek Mejiah bangun mahu menerkam, tetapi
segera dipegang oleh Aki Tabun. "Kau nak bunuh aku ye?" jerkah nya
meronta-ronta dari pegangan Aki Tabun. Orang-orang kampung yang menziarahinya
juga ikut sama mem-bantu memegangkan Nenek Mejiah.
Wak
Samin tidak pedulikan Nenek Mejiah memaki-maki dia, kerana dia memahami bahawa
yang memakinya bukanlah Nenek Mejiah. Tetapi syaitan yang mengganggu Nenek Mejiah
itulah yang memaki-maki melalui diri Nenek Mejiah. Dia juga tahu bahawa sejak
Tok Aji sudah mendoakan air sejuk itu supaya diminum oleh Nenek Mejiah, syaitan
yang mengganggu itu sudah cukup terseksa.
Kedatangannya
juga hanya setelah keadaan syaitan tersebut beransur lemah, tetapi berpura-pura
menunjukkan kekuatannya melalui kelakuan Nenek Mejiah itu.
"Kau
dah cukup terseksa, dah cukup lemah janganlah nak tunjuk kuat!" ejek Wak
Samin mengerling Nenek Mejiah termengah-mengah meronta.
"Kau
nak bunuh aku ye?" jerit Nenek Mejiah lagi.
"Aku
tak ada kuasa nak bunuh kau, tetapi Allah yang boleh membunuh" ujar Wak
Sa'min lantas bangun merapatkan mulutnya ke telinga Nenek Mejiah. Dia melaungkan
azan di sebelah telinga kanan menyebabkan Nenek Mejiah terjerit-jerit tidak
keruan.
Selepas
melaungkan azan sepuluh kali, Wak Samin duduk semula Matanya tidak lepas
merenung mata Nenek Mejiah. "Aku dulu boleh bermain dengan harimau ganas,
apa sangatlah dengan kau. Janganiah nak tunjuk pandai pada manusia" gerutu
Wak Samin menderam seperti bunyi harimau saja lakunya.
Lama
kelamaan Nenek Mejiah menjadi lemah longlai di atas pangkuan Aki Tabun,
Akhirnya tertidur tidak sedarkan diri. Keesokan paginya barulah Nenek Mejiah
bangun, waiaupun masih dalam keadaan lemah. Dia sendiri memasak air di dapur
menunjukkan dirinya sudah mulai sembuh.
Ketika
sedang sarapan pagi itulah, orang memberitahu Nenek Mejiah mengenai Mak Selidah
yang meninggal dunia secara mengejut. Sewaktu ditemui oleh Egok Tukang apabila
dia masuk ke daIam, didapatinya Mak Selidah menonggeng seperti seekor babi sedang
menyungkur di tanah. Memang Egok Tukang, jarang tidur dengan Mak Selidah kerana
tidak dibenarkannya. Terpaksalah Egok Tukang tidur di serambi, manakala dia
tidur di bilik di induk rumah.
Memang
Egok Tukang terdengar juga bunyi isterinya merungut-rungut pada sebelah
malamnya, tetapi dia tidak berani menjengah ke dalam. Selalu juga dia mendengar
isterlnya merungut-rungu't demikian, tetapi tidak pernah pula terjadi perkara
yang buruk.
Orang-orang
kampung terpaksalah mengkebumikan Mak Selidah walaupun mereka tidak suka dengan
kelakuannya. Soal kematian adalah fardu kifayat untuk diuruskan. Masalah
kelakuan Mak Selidah di waktu hayatnya tidak boleh disamakan dengan jenazahnya
yang terbujur. Ketua kampung sendiri mengarahkan supaya disempurnakan sebagai
mayat seorang Islam.
Selepas
kematiannya ada juga cerita mengatakan Mak Selidah menyimpan santau yang
dituntutnya semasa dia masih janda lagi. Ada juga yang mengatakan dia menggunakan
ubat guna-guna sehingga menundukkan suaminya Egok Tukang, sampaikan suaminya
tidak berani menegahnya kalau dia menyeksa anak gadis Egok Tukang, Jelinah.
Cerita itu tambah meribak lagi kononnya memang dia sendirilah membunuh Jelinah
secara sihir, supaya harta Egok Tukang akan jatuh semuanya ke tangannya.
Keadaan
tubuh Mak Selidah yang menonggeng itu sudah tidak dapat dibetulkan lagi
disebabkan sudah keras. Jadi terpaksalah dimandi dan dikapankan dalam keadaan
tubuhnya bengkok itu. Selepas dikebumikan tiga malam berturut-turut orang-orang
.kampung mendengar bunyi babi menguak-nguak dari kawasan perkuburan, tetapi tidak
ada siapa pun yang mahu menghiraukannya.
Cuma
Egok Tukang yang menziarahi kubur isterinya itu mendapati ada kesan babi menyungkur
tanah. Tahi babi juga bersepah-sepah di atas kuburnya.
Bagaimanapun
sejak kematian isterinya, Egok Tukang menjadi sasau. ingatannya juga hilang
akibat ubat guna-guna isterinya yang meresap mengganggu fikirannya. Sehingga
akhir hayatnya pun Egok Tukang menjadi orang yang tidak siuman.
Setelah
tidak ada lagi bunyi babi menguak-nguak di kawasan perkuburan, orang ternampak
seekor babi hutan tetapi jinak menyungkur-nyungkur di halaman rumah Egok
Tukang. Macam mana dihalau pun dia tidak mahu beredar. Apabila ternampak Egok
Tukang dia akan mengekori ke mana saja letaki itu pergi, tetapi dia tidak
pernah mendekati Egok Tukang. Sekiranya Egok Tukang berpaling ke arahnya, dia
akan menyeringaikan gigi menampakkan sumbi emasnya.
"Datang
juga kau ye..." ujar Egok Tukang tersengih-sengih sambil mengerling ke
arah babi tersebut yang kelihatan malu-malu sedikit. "Macam manalah aku
nak bawa kau balik Selidah, tak dapat lah nampaknya aku nak bawa kau
balik" katanya menangis tersedu-sedu.
Pernah
juga Egok Tukang memberitahu adiknya Nenek Mejiah bahawa dia nampak Mak Selidah
datang ke rumah macam menyembah-nyembahnya meminta." ampun, tetapi semua
orang kampung tahu yang datang ke rumahnya ialah seekor babi yang
menyungkur-nyungkur di tengah halaman. Bila Egok Tukang turun ke tanah dia akan
melarikan diri jauh dari lelaki itu, tetapi bila Egok Tukang naik ke rumah dia
akan datang semula ke tengah halaman menyungkur-nyungkur hingga muncungnya kelihatan
pecah berdarah disebabkan tanah halaman yang keras.
"Sewaktu
Pak Tua Egok mati pun, memang orang nampak babi itu mengekorinya dari dalam
belukar" beritahu Mak Itam Nirah. "Kadang kala orang nampak dia berbaring
di atas kubur Pak Tua Egok" jelas-nya lagi sewaktu menceritakan kisah
tersebut kepada saya.
"Sampai
sekarang pun ada juga dia muncul sekali sekala" itam Samir pula menambah.
"Tetapi lima enam bulan sekali, tidaklah kerap macam mula-mula dulu"
katanya tersengih-sengih mengerling ke arah isterinya Mak ltam Nirah. Saya
hanya mengangguk-ngangguk lemah mengenangkan akan kebesaran kuasa illahi yang
boleh melakukan apa saja yang telah ditetapkanNya.
No comments:
Post a Comment