Monday, June 12, 2017

232. HARIMAU BERLAWAN DENGAN MAYAT



Kalau saya ke Endau di Johor, me-mang saya menemui Wak Samin. Itu pun bukanlah selalu sangat. Wak Samin ini memang sudah lama menetap di sana, selepas peristiwa isterinya lari meninggalkan dia di Kota Tinggi. Isterinya Lisun tidak dapat melupakan bagaimana Wak Samin menukarkan dirinya menjadi harimau semasa Lisun mendesaknya hendak melihat harimau yang hidup.
Kehancuran rumah tangga inilah yang membawa Wak Samin berpindah ke Endau. Malah peristiwa menjelma menjadi harimau ini jugalah yang membawa dia menyeberangi laut dari kampung hala-mannya sampai ke sini bersama Tok Aji. Dia merasa berdosa melihat gurunya sendiri menjelma menjadi harimau, sedangkan dia tidak berupaya membantu.
"Itu cerita lama. . ." katanya kepada saya kalau diungkit-ungkit lagi mengenai kejadian tersebut.
Tetapi dia tidak pernah melupakan kisah gurunya sewaktu di Sumatera dulu, apabila mayatnya diheret naik ke atas kubur oleh seekor harimau besar. Wak Samin melihat sendiri seekor harimau keluar dari kain kapan putih yang ditarik dari lubang kubur gurunya. Dia juga terkejut apabila seekor harimau terconggok di atas madarasah gurunya selepas kematiannya itu.
Hanya setelah anak gurunya itu iaitu Haji Mat Tahir membawa harimau tersebut ke hutan, barulah tidak ditemui lagi oleh orang-orang di situ harimau berkenaan terconggok di atas madarasah.
"Haji Mat Tahir tu lama belajar di Mekah" ujar Wak Samin men-ceritakan tentang anak gurunya. "Kalau dia bercakap suaranya lem-but, tidak pernah me-nengking, walaupun da-lam keadaan marah" katanya seolah-olah terkenangkan kampung halaman yang lama di-tinggalkan.
Selepas kejadian harimau terconggok di atas madarasah ayahnya orang-orang. kampung bimbang juga mahu datang belajar ke situ. Mereka bimbang akan terserempak harimau, walaupun Haji Mat Tahir sudah memberi jaminan harimau jelmaan itu tidak akan mun-cul lagi. Bagaimanapun masih ramai juga murid-murid yang datang belajar, termasuklah Wak Samin juga yang merupakan murid kesayangan ayah Haji Mat Tahir sendiri.
Di antara murid yang belajar di madarasah sudah lama tidak datang ke situ seorang gadis berumur 15 tahun bernama Syamsinar. Pada mulanya Haji Mat Tahir sendiri tidak menyedari tidak hadirnya Syamsinar, disebabkan beliau menyangka kebanyakan murid-muridnya tidak datang belajar disebabkan terserempak dengan harimau di atas madarasah.
Apabila diberitahu kepadanya mengenai Syamsinar yang tidak datang belajar, Haji Mat Tahir hanya tersenyum menjelaskan, "Belajar bukan boleh dipaksa-paksa. Kalau dia tidak mahu datang, itu soal dirinya sendiri."
"Tapi dia sebenar-nya sakit Pak Guru . ." beritahu Wak Samin tegas. Sebenarnya dia tidak merasa bimbang berhadapan dengan guru berkenaan, disebabkan umur mereka juga lebih kurang sebaya.
"Sakit apa dia Bang Samin?" Haji Mat Tahir terkejut bila diberitahu mengenai Syamsinar sakit sejak beberapa minggu.
Wak Samin geleng kepala. Dia tidak dapat menerangkan apakah sakit yang dihidapi oleh Syamsinar. Memang dia sendiri sudah dijemput oleh Pak Ratih ayah Syamsinar untuk mengubati penyakit Syamsi-nar gadis yang baru ber-umur 15 tahun itu.
Tetapi Wak Samin melihat sendiri seluruh tubuh Syamsinar pecah-pecah seperti kaca retak dan mengeluarkan darah. Syamsinar hanya terlentang saja di tempat tidur tidak mangerang atau merengek kesakitan. Kulitnya yang pecah pecah itu akan sembuh pada keesokan harinya, tetapi akan muncul pula pecahan di bahagian lain.
Wak Samin telah mencuba beberapa doa yang diajarkan oleh gurunya, tetapi semakin lama kulit-kulit yang pecah itu merekah-rekah pula seperti kulit limau dihiris dengan pisau. Ketika ini barulah Syamsinar menggelepar-gelepar seolah-olah menahan kesakitan, sedangkan suaranya tetap tenggelam di kerekongannya.
Sudah berulang-ulang juga Wak Samin selama seminggu ke rumah Syamsinar, tetapi keadaannya tidak juga beransur sembuh. Pak Ratih juga menjadi kebingungan kerana selama ini Wak Samin yang di anggap murid gurunya yang paling kanan, tetapi tidak juga berupaya mengubati Syamsinar. Harapannya di kampung itu hanya kepada Wak Samin saja. Malah Wak Samin sendiri merasakan kebolehannya selama ini sudah mula dicabar dengan kegagalannya menyembuhkan penyakit yang dihidapi oleh Syamsinar.
Kegagalan inilah disamping kegagalannya tidak menyempurnakan perintah gurunya supaya menjaga kuburnya selama seminggu setelah gurunya meninggal dunia, adalah menjadi sebab mengapa Wak Samin meninggalkan kampung halamannya di Batu Sangkar menyeberangi Selat Melaka.
Setelah mendengar Syamsinar sakit maka Haji Mat Tahir mengajak Wak Samin ke rumah Pak Ratih. Sebaik saja mereka sampai keadaan Syamsinar semakin bertambah tenat. Seluruh kulit tubuhnya merekah-rekah seperti dituris dengan pisau.Darah keluar meleleh dari rekahan kulit tersebut yang sungguh mengeri kan.
"Astaghafarullah-hul azzim  keluh Haji Mat Tahir bila melihat keadaan Syamsinar yang mengeri kan itu.
Mereka yang datang menziarahi Syamsinar bersama-sama Haji Mat Tahir dan Wak Samin juga keheranan dengan penyakit yang dihidapi oleh gadis kecil baru berumur 15 tahun itu. Kulitnya yang merekah-rekah mengeluarkan darah itu akan bertaup semula dalam masa beberapa minit., tetapi merekah-rekah lagi dibahagian lain pula.
Melihatkan keadaan Syamsinar yang bertambah tenat itu, Haji Mat Tahir mengajak jiran-jiran yang sama menziarahi membacakan Yassin saja. Pada mula nya Haji Mat Tahir bercadang untuk meneruskan hingga sampai 41 kali bacaan, tetapi masuk saja ke 7 kali mereka membaca beramai-ramai, Syamsinar pun menghembuskan nafasnya.
Kesedihan Pak Ratih terbayang pada wajahnya suami isteri. Mereka suami isteri tidaklah bersedih dengan kematian anaknya Syamsinar yang sudah ditetapkan oleh Allah SWT, tetapi mengenang kan betapa terseksanya Syamsinar menanggung penderitaan sebelum menyahut panggilan Illahi.
"Sabarlah, Bang Ratih .. semuanya kehendak Allah" Haji Tahir memujuk Pak Ratih supaya bertenang menghadapi dugaan yang demikian berat.
Disebabkan hari sudah terlalu petang, maka mereka mengambil keputusan supaya jenazah Syamsinar dikebumi kan pada keesokan harinya. Setelah mendengar kematian anak gadis Pak Ratih itu, jiran-jiran semuanya berkumpul pada sebelah maiamnya. Masing-masing ikut sama merasa sedih dengan peristiwa yang me-nimpa gadis malang berkenaan.
Pada malam tersebut Haji Mat Tahir dan Wak Samin juga ikut sama berjaga, di samping membacakan ayat-ayat suci Al-Quran. Semasa beberapa orang gadis kecil membacakan Al-Quran di sisi jenazah, mereka tiba-tiba terjerit apabila melihat jenazah itu bergerak-gerak. Mereka semua bertempiaran lari ke dapur dalam ketakutan.
Wak Samin dan Haji Mat Tahir segera menyerbu ke dalam. Pak Ratih dan isterinya yang sentiasa duduk di sisi jenazah anaknya juga menjadi kelam kabut. Pada mulanya isterinya mahu juga menerkam ke arah jenazah, tetapi segera di sambar oleh Pak Ratih. Mereka melihat jenazah itu bergerak-gerak seperti mahu membuangkan kain selubung yang menutupi jenazah.
"Tak sudah-sudah kau nak menyeksa Syamsinar” isteri Pak Ratih tersedu-sedu menahan perasaan sebak di dada. Betapa pilu hatinya setelah anaknya meninggal dunia masih ada juga gangguan yang menimpa ke atas dirinya.
"Bangsat  I" tiba-tiba saja Wak Samin mara mendapatkan jenazah. "Nampak-nya kau betul-betul nak menguji aku" rungutnya menggertap bibir sambiI memerhatikan jenazah bergerak-gerak di bawah kelubung kain.
Haji Mat Tahir sendiri menggeleng-geleng kepala melihat kejadian tersebut. Dia sendiri mengakui sepanjang menuntut ilmu agama di Mekah pun dia tidak pernah mengalami kejadian demikian.
"Buatlah apa yang patut Bang Samin" ujar Haji Mat Tahir macam menyerahkan tanggungjawab tersebut kepada Wak Samin untuk mengatasinya. Tubuh jenazah juga semakin lama semakin galak bergerak-gerak hingga bergoncang-goncang.
Pak Ratih juga meminta Wak Samin melakukan apa saja bagi menghadapi suasana yang memalukan diri-nya itu. Masakan seorang gadis yang diberi didikan agama, jenazahnya menjadi demikian hina di hadapan masyarakat keliling.
Wak Samin duduk bersila menghadap jenazah. Matanya terpejam sambil mulutnya membacakan beberapa ayat dari Surat Al-Baqarah termasuk juga Ayatul-Kursi. Selesai saja dia membacakan ayat-ayat tersebut, Wak Samin kelihatan terconggok tidak bergerak-gerak seolah-olah patung kaku di sisi jenazah. Ketika ini jenazah Syamsinar kembali tidak bergerak.
Tetapi sejurus kemudian keluar pula asap dari kepalanya menyebabkan emaknya bangun mahu melihatnya secara dekat, tetapi segera dipaut oleh Pak Ratih. Memang Pak Ratih tahu kebolehan Wak Samin menghadapi gangguan tersebut, sebab itulah dia tidak panik seperti isterinya yang mudah tidak sabar dengan kejadian yang menimpa jenazah anaknya.
Asap dari kepala jenazah semakin tebal hingga bertukar men-jadi hitam. Apabila asap tersebut hilang di udara tiba-tiba saja tubuh Wak Samin melambung ke atas hingga tercampak ke dinding. Terkial-kial Wak Samin bangun menahan kesakitan akibat terlempar ke dinding. Haji Mat Tahir segera membantu Wak Samin bercampur heran.
"Nampaknya, kita kena buat cara lain" bisik Wak Samin mengusap-ngusap lututnya yang terasak ke dinding semasa terpelanting sebelumnya.
"Cara apa pun buat-lah Bang Samin..." ujar Haji Mat Tahir bimbang dengan keselamatan jenazah.
"Macam mana Ratih?" soal Wak Samin meminta persetujuan Pak Ratih.
"Terpulanglah pada kau Samin" Pak Ratih juga bimbang dengan keselamatan jenazah anaknya.
"Saya nak buat cara yang diajar Tuan Guru" katanya perlahan sambil mengerling kepada Haji Mat Tahir. "Tapi janganlah takut, kalau melihat apa-apa pun" dia mengingatkan jiran-jiran Nang rarnai berkumpul di rumah tersebut.
Setelah berpesan demikian, Wak Samin pula menyandarkan belakangnya pada tiang tengah. Tubuhnya melenggok-lenggok seperti orang sedang beratip, tetapi suaranya tidak kedengaran. Semasa tubuhnya melenggok-lenggok ini, jenazah Syamsinar kembali bergerak-gerak galak. Wak Samin juga semakin kuat melenggok-lenggok hinggakan lantai rumah seperti bergegar.
Kira-kira 15 minit Wak Samin melenggok-lenggok, jiran-jiran yang ada di atas rumah menjadi terkejut bila melihat seekor harimau 'melompat masuk melalui jendela. Harimau itu terus mencangkung di hadapan Wak Samin. Haji Mat Tahir yang melihat harimau itu masuk dari jendela dalam mengecam itulah harimaunya yang ditemui di atas madarasah ayah nya.
Harimau itu berpaling ke arah Haji Mat Tahir sambil mengangguk-ngangguk kepala. Secara tidak disedari nya Haji Mat Tahir terus memeluk leher harimau itu dengan linangan airmata.. Harimau itu juga menitiskan air mata apabila dipeluk oleh Haji Mat Tahir menyebabkan orang-orang kampung yang menyaksikan kejadian itu tertanya-tanya sesama sendiri.
"Saya yang jemput Tuan Guru…….”  Wak Samin mengangkat kepala. Kemudian bangun melutut di hadapan harimau berkenaan Iantas mencium tangannya seperti pernah dilakukannya kepada aruah gurunya. Wak Samin menyuruh Haji Mat Tahir berundur ke belakang jauh sedikit dari tempat harimau itu terconggok. "Jenazah budak ni, anak Ratih diganggu saya dah cuba tapi gagal Tuan Guru" jelas Wak Samin seolah-olah bercakap dengan aruah tuan guru nya iaitu ayah Haji Mat Tahir sendiri.
Harimau berkenaan tidaklah bersuara, tetapi dia seakan-akan faham dengan kata-kata Wak Samin. Dia memerhatikan tubuh jenazah itu bergerak-gerak hingga bergoncang kuat. Kemudian harimau berkenaan menepuk Iantai tiga kali, sekaligus tubuh jenazah berhenti dari bergoncang. Beberapa minit selepas itu asap keluar semula dari kepala jenazah seperti berlaku semasa Wak Samin bertindak sebelumnya. Sebaik saja asap itu hilang tiba-tiba tubuh harimau itu terangkat sedikit, tetapi tidakiah terpelanting seperti Wak Samin.
Kemudian harimau itu melakukan perbuatan seperti menepuk-nepuk tangan untuk menghapuskan semua sekali asap yang masih berbekas di kepala jenazah. Asap itu hilang terus, tetapi tubuh jenazah kembali bergoncang kuat hingga sekali sekala jenazah itu terangkat beberapa inci ke udara. Semasa harimau ini menghadapi suasana yang menyelubungi jenazah, Wak Samin terus juga melenggok-lenggok kan badam seperti sedang beratip.
Jiran-jiran yang melihatnya memang nampak dengan jelas harimau tersebut terconggok di hadapan Wak Samin, bukannya bayangan saja. Apabila jenazah itu terangkat ke udara cepat-cepat harimau itu menampar tangannya ke Iantai, menyebabkan tubuh jenazah itu tidak jadi terangkat. Apabila goncangnya kuat, harimau itu menampar-nampar tangan seperti bertepuk sekaligus tubuh jenazah itu tidak jadi bergoncang.
Selepas suasana tenang beberapa minit, muncul pula kelkatu berterbangan terlalu banyak di sekitar jenazah terbujur. Cepat-cepat Haji Mat Tahir menyuruh diletakkan besen berisi air berhampiran jenazah supaya kelkatu-kelkatu itu jatuh ke air. Tetapi semakin banyak kelkatu-kelkatu itu jatuh ke air semakin bertambah banyak pula datangnya hinggakan kepaknya jatuh habis menutupi jenazah.
Melihatkan keadaan kelkatu yang banyak berterbangan hanya di sekitar mayat saja, harimau itu bangun mengelilingi jenazah. Walaupun lantai papan rumah Pak Ratih itu tidak rata, tetapi tidak kedengaran pun tapak kaki harimau itu memijak lantai semasa dia berjalan. Malah lantai itu juga tidak bergegar sekalipun kaki harimau bertubuh besar itu memijak lantai, sedangkan kalau orang yang berjalan akan kedengaran lantai itu berdebam debam dipijak.
Sambil berjalan mengelilingi jenazah ekor harimau itu melibas-libas ke kiri ke kanan. Setiap kali ekornya melibas, kelkatu-kelkatu itu dirembat oleh ekornya yang panjang. Selepas itu dia melibaskan ekornya ke tubuh jenazah tiga kali, lantas duduk semula terconggok di hadapan Wak Samin.
Kelkatu-kelkatu yang banyak berterbangan juga hilang entah ke mana. Bagaimanapun kepaknya yang Iuruh habis menutupi jena-zah. Haji Mat Tahir meminta izin dari harimau tersebut untuk menggantikan kain kelubung jenazah yang dipenuhi oleh kepak kelkatu. Harimau itu mengangguk-ngangguk lembut sama seperti aruah ayah Haji Mat Tahir mengangguk-ngangguk semasa dia mengajar di madarasah.
Semasa kain kelubung jenazah itu diangkat mereka melihat tubuh jenazah merekah-rekah seperti dituris dengan pisau, sama juga keadaannya dengan tatkala Syamsinar masih hidup. Ketika inilah harimau itu bangun menjilat-jilat kulit yang merekah-rekah itu hingga bertaup semula.
Selepas itu dia menyangkung semula di hadapan Wak Samin. Setelah kain kelubung jenazah diganti, tidak ada Iagilah kelihatan jenazah itu bergerak-gerak. Bagaimanapun orang yang berkumpul di rumah Pak Ratih masih juga cemas, kerana harimau itu masih juga ada tercangkung. Mereka percaya selagi harimau itu tercangkung di situ, bermakna gangguan ke atas jenazah tersebut masih belum berakhir. Sebab itulah harimau berkenaan masih tidak berundur selagi gangguan tersebut terus mengancam jenazah. Wak Samin juga masih tunduk melenggok-Ienggok kan badan, belum mengangkat muka seolah-olah perjuangannya masih belum berakhir.
Jangkaan mereka memang benar. Hanya sepuluh minit saja selepas keadaan tenang, tiba-tiba saja tabir langit-langit yang direntang selepas jenazah di bujurkan tiba-tiba saja bergenjur-genjur seperti direntap orang. Tidak lama kemudian dari tabir langit-langit itu gugur debu halus seperti kemenyan ditumbuk halus menimpa ke atas jenazah.
"Apakah malangnya kau, Syamsinar……..” isteri Pak Ratih mula mengongoi melihat kejadian yang terus menerus menimpa anaknya itu. "Kau dah tidak bernyawa lagi pun, masih menanggung, derita anak oiii" katanya merintih-rintih tidak dapat lagi menahan perasaan sebak yang menusuk-nusuk hulu hatinya.
"Sabarlah Pinah . ." Pak Ratih memujuk isterinya. "Samin tu sedang berusaha, Haji Mat Tahir juga sedang berusaha, Tok Guru juga sedang berusaha . . . I" ujarnya tersengguk-sengguk menahan kepiluan yang mengguris perasaannya. Namun dia cekalkan hati menghadapi dugaan yang demikian berat. Apatah lagi di depan matanya sendiri harimau jelmaan yang datang membantu itu, melakukan apa saja untuk keselamatan jenazah anaknya.
Tetapi Sapinah isterinya sudah tidak dapat bersabar lagi. Dia Cuba meronta-ronta seolah-olah mahu bangun melawan sendiri siapa saja yang berani mengganggu jenazah anaknya. Beberapa orang jiran perempuan ikut sama memegang Sapinah bagi menyabarkan perem-puan tersebut.
"Bangsat kau setan yang mengganggu Syamsinar" jerit Sapinah mengongoi panjang. Dia meronta-ronta kuat mahu melepaskan diri dari pegangan jiran-jiran yang menyabarkan nya. "Setan jahanam . . neraka jahanam tempat kau !" katanya nyaring melepaskan perasaan geram yang mendongkol di hati.
Memang Sapinah mahu menerkam ke arah debu yang jatuh dari tabir langit-langit hingga menimpa ke atas jenazah. Debu itu terlalu banyak keluar dari tabir langit-langit seperti tepung yang diayak, sekaligus harimau itu melompat melintasi tubuh jenazah seolah-olah menerkam mangsanya. Selepas itu kelihatan dia bergomol-gomol di atas lantai, tetapi tidak iangsung kendengaran lantai itu berdentam-dentam dipijak oleh harimau tersebut.
Semasa harimau berkenaan bergomol-gomol debu-debu yang banyak jatuh dari tabir langit-langit itu sedikit demi sedikit hilang. Terpaksa pula diganti dengan kain kelubung yang lain untuk menutup jena-zah. Debu yang jatuh menimpa kain kelubung itu memang berbau kemenyan, tetapi dari manakah datangnya kerana apabila dicurahkan ke dulang debu tersebut memenuhi sedulang lebih.
"Tuan Guru, tolong lah selamatkan Syamsinar" tersedu-sedu Sapinah memerhatikan harimau berkenaan kernbali duduk tercong-gok di hadapan Wak Samin.
Harimau itu menggeleng-geleng kepala sambil mendongak ke atas. Dia seolah-olah memahami apa yang terbendung di jiwa Sapinah.
 "Lama sangat Syamsinar menderita Tuan Guru. . ." kata Sapinah sayu dalam keadaan tubuhnya yang semakin lemah.
Terangguk-angguk kepala harimau itu, sama seperti aruah ayah Haji Mat Tahir mengangguk-ngangguk.
"Kak Pinah, semua orang sedang berusaha" sahut Haji Mat Tahir yang duduk melutut di sebelah harimau berkenaan. "Tetapi yang Maha Berkuasa hanya Allah SWT. Kalaulah benar harimau ni jelmaan aruah ayah, dia pun tak boteh buat apa-apa. Kerana yang sebenar-benarnya boleh menolong kita hanya Allah" ujarnya meminta supaya Saptnah bertenang dalam menghadapi dugaan tersebut.
Tetapi dia tahu hati seorang perempuan tidak sama dengan hati Pak Ratih, yang cekal sewaktu melihat kejadian yang menimpa anaknya itu. Lagi pun Pak Ratih tahu semua orang tidak membiarkan kejadian itu terus menerus menimpa jenazah Syamsinar. Mereka berusaha melakukan apa saja yang termampu bagi menentang bencana tersebut.
Selepas debu kemenyan itu hilang, di luar rumah kedengaran angin kencang mula bertiup. Mereka terdengar pohon-pohon kayu memukul-mukul dahan akibat angin kencang. Masing-masing mengawal api pelita supaya tidak padam ditiup angin yang membolos dari celah-celah lubang dinding.
Dalam masa angin bertiup kencang di luar ini, mereka nampak bayang hitam berhampiran dengan jenazah terbujur. Bagaimanapun sekali imbas mereka melihat bayang itu berpunca dari api lampu yang meliuk-liuk ditiup angin, hingga menyebab kan sekitar rumah samar-samar. Dalam samar-samar inilah mereka nampak bayang tersebut bagaikan tercegat di sisi jenazah.
Sekaligus pula harimau tersebut melompat menerkam bayang tersebut. Ketika ini mereka nampak juga harimau tersebut terpelanting juga, tetapi menerkam semula ke arah bayang yang samar-samar itu. Bagaimanapun lantai rumah sedikit pun tidak bergegar setiap kali harimau itu melompat menerkam.
"Itu dia, itu dia. . ." Sapinah tiba-tiba menjerit menudingkan jari-nya ke arah harimau yang melompat dan menghambur menerkam ke udara. "Aku nampak dia, aku nampak   bunuh setan Tok Guru, bunuh dia . . . . !" kata Sapinah menggertap-gertap bibir.
"Jangan merepek kau, Pinah!" Pak Ratih memarahi isterinya.
"Aku tak merepek" sahut Sapinah keras. "Kau tengok tu, Tok Guru sedang berlawan dengan setan tu. Aku nampak, aku nampak, jarinya menuding-nuding ke arah harimau yang melompat di sekitar jenazah. Tetapi siapa pun tidak tersentuh badannya sekali-pun rumah Pak Ratih itu kecil raja. Malah harimau itu bolehlah melompat dan menghambur seolah-olah di tengah padang yang luas.
"Sekarang…….”   suara Wak Samin mula bergemuruh di tengah keadaan rusuh di luar dengan ribut kencang bertiup dari segenap penjuru. "Kau terpaksa datang juga nak membantu, tapi kau takkan lepas. Aku tak akan undur lagi" kata Wak Samin keras dengan dua tangannya dilekapkan kuat-kuat ke lantai.
Beberapa kali pula jiran-jiran yang berkumpul di situ dapat mendengar bunyi laungan sayup di awan berulang kali seolah-olah menyahut cabaran Wak Samin.
Api lampu juga meliuk-liuk ditiup angin kencang. Haji Mat Tahir mengingatkan mereka supaya berjaga-jaga agar api lampu tidak padam ditiup angin. Dia sendiri bangun lantas duduk di hulu kepala jenazah dengan membacakan ayat-ayat suci Al-Quran Suara Haji Mat Tahir seolah-olah bergema di tengah kekalutan di luar rumah dengan angin bertiup kencang.
Di dalam kesamaran api pelita ini harimau tersebut terus melompat dan menghambur ke arah bayang yang kelihatan bergerak-gerak menghampiri jenazah. Beberapa minit melompat dan menghambur di tengah rumah, harimau itu terus menuju ke tingkap. Laungan sayup-sayup di udara kedengaran juga semasa harimau itu rnelompat ke luar tingkap.
Tidak lama kemudian barulah ribut itu menjadi reda. Setelah keadaan menjadi pulih, harimau yang melompat keluar dari tingkap itu tidak muncul semula. Jenazah Syamsinar juga tidaklah bergerak-gerak lagi.
"Mula-mula memang aku nampak harimau, tapi kemudiannya aku nampak aruah Tuan Guru" beritahu Sapinah dalam keletihan setelah di dapat mententeramkan semula hatinya. "Memang Tuan Guru yang aku nampak berlawan dengan Pak Kumin..." katanya antara percaya dengan tidak.
"Hus, merepek kau" Pak Ratih mendengus.
"Entahlah yel" keluh Sapinah. Tetapi dia hanya melihat seperti bayang Pak Kumin saja.
"Kadangkala setan memang pandai merupa rupa, supaya kita tuduh menuduh antara satu sama lain" jelas Haji
Mat Tahir apabila mendengar cerita Sapinah ternampak Pak Kumin dalam bayang-bayang semasa dia menjerit-jerit dalam suasana ribut kencang di luar.
Sapinah mengangguk ngangguk kepala. Kata-kata Haji Mat Tahir itu memang ada benarnya. Pak Kumin yang nampak berbayang-bayang pada penglihatan dia sebentar tadi sebenarnya seorang lelaki tua yang membujang, tinggal di hujung kampung. Dia tidak pernah mencampurl hidup bermasyarakat, dan tidak pernah pula meminta apa-apa bantuan dari masyarakat.
Kegemaran Pak Kumin hanya memancing ikan untuk dijual ke pasar. Bagaimana pula dia boleh ternampak bayang-bayang Pak Kumin semasa suasana kelamkabut itu?
Tidak lama selepas itu, Mak Sijam datang mencari Haji Mat Tahir memberitahu mengenai kejadian yang menimpa anak lelakinya Maswandi terjerit-jerit meminta tolong sewaktu tengah tidur. Pada mula nya dia merasa Maswandi hanya mengigau. Apabila suaminya Pak Deraham mahu mengejutkan Maswandi, didapati anaknya kejang tidak bernafas lagi'. Seluruh badan nya hancur bagaikan dicakar oleh harimau. Pak Deraham menyuruh isterinya Mak Sijam mencari Haji Mat Tahir guru agama di kampung itu, supaya dia dapat memberitahu orang-orang kampung mengenai nasib anaknya Maswandi.
"Saya ke madarasah, tapi mereka kata Pak Haji Mat ada di sini" ujar Mak Sijam termengah-mengah.
"Syamsinar juga dah meninggal senja semalam" beritahu Pak Ra-tih perlahan. Mak Sijam juga terkejut dengan kematian Syamsinar walaupun dia tahu gadis itu sakit sudah beberapa minggu. Dia sendiri sudah menziarahinya beberapa kali.
Setelah Mak Sijam balik, Pak Ratih memberitahu mengenai Pak Deraham pernah meminang Syamsinar untuk anaknya Maswandi. Tetapi pinangan itu ditolak oleh Pak Ratih, disebabkan Maswandi sebelumnya memang sudah menikah tetapi isterinya meninggal dunia. Pak Ratih menolaknya bukanlah disebabkan Maswandi duda atau sudah berumur 30 tahun, tetapi dia merasakan masanya belum tiba bagi Syamsinar berumahtangga.
Sebelum zohor semasa Syamsinar hendak diusung ke kubur orang-orang kampung menjadi gempar kerana Pak Kumin ditemui mati di dalam rumahnya. Keadaannya sama seperti jenazah Maswandi calar balar seperti dicakar harimau.
"Lepas itu baru orang tahu, Maswandi sering menemui Pak Kumin apabila pinangannya ditolak oleh Pak Ratih..." beritahu Wak Samin menceritakan semula kepada saya kisah yang berlaku di kampung halamannya dulu. "Boleh jadi ustaz tak percaya cerita tapi Haji Mat Tahir pun sama macam ustaz, pada mulanya dia ku-rang percaya..." dia menambah sambil mengerling ke arah saya.
Saya tidak menyahut kata-kata Wak Samin ini, tetapi saya percaya Wak Samin bercerita sesuatu yang benar pernah dialaminya.

No comments:

Post a Comment