Kejadian seperti yang pernah diceritakan oleh Wak Samin kepada saya ini, memang sukar hendak dipercayai kalau berpandukan kepada akal semata-mata. Tetapi bukannya semua orang mengalami peristiwa demikian. Kadang-kala sekiranya orang yang menceritakan itu orang yang tidak pernah mempelajari tentang ilmu-ilmu demikian, orang akan menuduhnya disebabkan lemah semangat pula hingga terbayang-bayang mengenai lembaga tersebut.
Hal
inilah berlaku kepada Jabal, apabila pembantu rumahnya tiba-tiba saja berhenti
kerja. Jabal datang menemui saya setelah diperkenalkan oleh Kadir Misai,
sewaktu dia masih berkhidmat di Kuala Lumpur. Tetapi Kadir Misai membawa Jabal
menemui saya bukanlah disebabkan pembantu rumahnya tiba-tiba saja berhenti
kerja. Kebetulan Jabal seorang peniaga berkawan rapat dengan Kadir Misai hendak
ke Mancis di Pahang menemui Aki Sahak sebabkan isterinya mengidap sakit
selalu diganggu oleh perasaan gugup.
Disebabkan
saya yang kenal baik dengan Aki Sahak, maka Kadir Misai membawa Jabal menemui
saya terlebih dulu 'sebelum bertalak ke Mancis. Apabila sampai di Mancis, Aki
Sahak mencebik bibir sambil mengatakan, "Buat apa susah-susah datang
jauh-jauh ni, ustaz ni pun boleh. Kenapa tak minta ustaz ni aje ubatkan isteri
awak?".
Jabal
mengerling ke arah Kadir Misai. Tetapi dia hanya tersenyum saja apabila
menyedari dirinya dikerling oleh Jabal dan isterinya Sirah.
"Kadir
yang ajak kami jumpa Aki . . . ." beritahu Jabal serba salah.
"Hisss,
ustaz ni guru saya" sahut Aki Sahak selamba.
"Janganlah
cakap macam tu Aki" cepat-cepat saya memotong kerana bimbang Jabal
tersalah anggap pula. Sebenarnya yang menjadi guru Aki Sahak ialah Tok Aji
bukan-nya saya.
"Ustaz
janganlah nak simpan kemenyan, bakar aje laaa biar kemenyan tu berbau"
ujar Aki Sahak tersengih-sengih.
"Dengan
ustaz ni payah sikit Aki, kalau Aki yang cakap macam tu eloklah tu. Kalau saya
yang cakap nanti marah pula dia" Kadir Misai macam menyokong kata-kata Aki
Sahak. Tetapi memang Kadir Misai tidak akan bercakap apa-apa mengenai diri saya,
sekiranya menghadapi masalah seperti Jabal ini.
Sejak
itulah Jabal tidak lagi menemui Aki Sahak, tetapi sering ke rumah saya.
Kebetulan pula pembantu rumahnya baru saja berhenti beberapa minggu, dan dia
mendapat seorang lagi pembantu rumah. Pembantu rumahnya sebelum itu berasal
dari Sitiawan, Perak tiba-tiba saja meminta berhenti kerja dengan tidak memberi
apa-apa sebab.
"Kalau
awak rasa gaji tidak memuaskan, saya akan tambah lagi" kata Jabal meminta
pembantu rumahnya itu jangan berhenti. Dia sanggup membayar lebih lagi
sekiranya pembantu rumahnya itu tidak mahu gaji sebanyak $200.00 itu. Apa
sangatlah mahu di-kira wang, kalau terlalu sukar mencari pembantu rumah.
Sekiranya
pembantu rumahnya itu tidak suka berkerja disitu, tentulah dia memilih kerja
yang lain seperti di kilang. Tetapi dia tidak berhenti kerana mahu berkerja di
kilang. Dia terus balik ke kampungnya di Sitiawan. Inilah yang mengherankan
Jabal suami isteri sejak mereka berpindah ke rumah yang baru disewanya di
Ampang.
"Nak
kata dia tak suka kerja dengan saya, tidak puia . . . . " jeias Jabal
keciwa. "Macam berat juga hatinya nak berhenti. Tapi, apalah agak masalah
sebenarnya, ustaz?" dia cuba mendapatkan pandangan saya.
Saya
hanya menggeleng kepala. Memang saya tidak tahu bagaimana mahu menjawab masalah
tersebut, kerana perasaan seseorang tidak dapat kita duga sama sekali. Kalau
Jabal sanggup membayar lebih dari $200.00 sebulan, tetapi pembantu rumahnya
tetap juga berhenti, saya fikir bukanlah disebabkan masalah gajinya tidak
cukup.
Pembantu
rumahnya yang baru berkerja di rumahnya seorang gadis dari Pahang. Hanya baru
beberapa hari saja dia berkerja di situ ketika saya datang ke rumah Jabal.
Sukar juga saya mahu mempastikan sama ada Saridah pembantu rumah Jabal itu
sanggup berkerja lama atau pun tidak di situ. Waktu saya sampai di rumah Jabal,
saya lihat Saridah tidak menampakkan tanda-tanda yang dia tidak suka berkerja
di situ,
"Cubalah
ustaz tanyakan pada Saridah ni, dia suka tak berkerja di sini?" bisik
Jabal meminta saya bertanyakan demikian kepa-da gadis berkenaan.
Sirah
juga serba salah dengan sikap pembantu rumahnya yang berhenti secara tiba-tiba
saja. Kalau mahu dikatakan dia bersikap kasar, sepanjang ingatan nya tidak
pernah dia berkasar dengan pembantu rumahnya. Malah dia menganggap sama seperti
adik sendiri saja. Tidak tahulah pula dia bagaimana pandangan pembantu rumahnya
terhadap dirinya.
Memang
dia kesulitan kalau tidak ada pembantu rumah kerana anaknya masih kecil lagi.
Dia memerlukan pembantu rumah menjaga anaknya semasa dia ke pejabat saja.
Apabila sudah balik sebelah petangnya, pembantu rumahnya boleh berihat. Memasak
pada sebelah malam dia sendiri lakukan, membasuh pakaian pun menggunakan mesin
basuh, berkemas rumah juga dia tidak mengharapkan sangat pembantu rumah. Tetapi
mengapa mereka berhenti juga tidak sampai sebulan berkerja di situ.
"Ustaz cubalah tengok-tengokkan rumah ni,
mana tau tak sesuai untuk kami tinggal..." Sirah pula berbisik semasa
Saridah masih lagi di dapur menyediakan minuman. "Siapa tuan rumah
ni?" soal saya perlahan.
"Cina..."
beritahu Jabal. "Pindah rumah dulu kami buat juga doa selamat" Sirah
cepat-cepat memotong.
"Rumah
ni tak ada apa-apa masalah" ujar saya memerhati di sekeliling.
"Tapi
macam mana dah empat orang pembantu rumah kami lari...?" keluh Sirah macam
tidak sabar dengan sikap pembantu pembantu rumahnya yang lalu apabila berhenti
secara tiba-tiba.
Saya
bangun berjalan ke bilik Saridah di tingkat bawah, semasa melihat gadis itu
datang dari dapur menatang dulang minuman. Dia juga tidak menghiraukan sangat
saya menuju ke biliknya. Langkah saya terhenti sebaik sampai hampir ke pintu
bilik apabila melihat asap colok keluar di situ. Tetapi saya tahu Jabal dan
isterinya Sirah, tidak melihat asap colok tersebut. Baunya terasa tengit
menusuk ke hidung, sedangkan Jabal, Sirah dan Saridah tidak terbau apa-apa pun.
Kemudian
saya balik semula duduk dengan tidak terus masuk ke bilik Saridah. Serba salah
juga saya mahu memberitahu Jabal mengenai asap colok yang saya lihat keluar
dari bilik Saridah, di samping baunya yang tengit itu.
"Beginilah..."
saya menghela nafas memerhati Saridah. "Kalau ada apa-apa yang mengganggu
Saridah cuba beritahu saya, bila dia tidur di bilik tu nanti" ujar saya
memuncungkan bibir ke arah bilik yang diuntukkan kepada Saridah.
Saridah
mengangguk.
Sebelum
saya balik, saya masuk ke bilik Saridah terlebih dulu. Saya berdiri di setiap
penjuru bilik sambil membacakan Ayatul-Kursi 33 kali di setiap penjuru, diikuti
dengan 4 ayat terawal dari Surat Al-Jin. Saya mengingatkan Saridah supaya
membacakan Surat Yassin sebelum masuk tidur.
Dia
mematuhi apa yang saya suruh dia melakukannya. Sebelum masuk tidur Saridah
mengambil wuduk, lantas menunaikan solat sunat dua rakaat. Selepas itu dia
terus membacakan Surat Yassin tiga kali. Malamnya terasa udara di sekeliling
panas menyebabkan dia sukar mahu melelapkan mata. Puas dia mengereng ke kiri ke
kanan, tetapi wap panas dari luar tetap mengganggu.
Sehingga
jam 12.00 malam, Saridah masih belum dapat melelapkan mata. Dia tidak tahu
sama ada Jabal ,dan isterinya Sirah mengalami seperti apa yang dirasainya itu.
Dia tidak mendengar lagi Jabal atau Sirah berbual-bual di biliknya. Suasana di
sekitar kawasan perumahan di Ampang itu sudah sepi walaupun sekali sekala
terdengar juga bunyi kereta menderu di jalan raya.
Dalam
keadaan demikianlah Saridah melihat seorang perempuan Cina sudah tua berkaki
lumpuh jalan menginsut punggung di siling rumah. Di tangannya memegang api
colok terketar-ketar. Dia mendengar nyonya Cina itu merungut-rungut dalam
bahasa yang tidak difahaminya. Suaranya seolah-olah tenggelam di kerongkong.
Kemudian
matanya mengerling ke arah Saridah yang terbaring di katil. Saridah melihat
tubuh nyonya Cina itu bagaikan jatuh dari siling bilik mahu menimpa dirinya.
Berdebar juga dia melihat nyonya Cina itu menginsut-insut punggung di siling
bagaikan dia sedang menginsut di lantai. Pada mulanya Saridah ketakutan juga
disebabkan nyonya Cina merenungnya dengan tenungan tajam, tetapi hatinya
menjadi berani setelah dilihatnya saya berdiri di setiap penjuru balik.
Dia
melihat seolah-olah saya memberi isyarat supaya dia tidak merasa takut.
"Apa
fasal kacau sama orang...?" Saridah rnendengar suara saya keras, tetapi
tidak tahu yang mana satukah saya. Dia melihat ada 4 diri saya berdiri di semua
penjuru.
"Gua
tatak kacau olang latuk..." sahut nyonya Cina terjatuh dari siling lantas
tertiarap di lantai. Bergegar juga lantai simin rumah berkenaan apabila
tubuh nyonya Cina tersebut jatuh berdebap. "Jangan malah sama gua
latuk" ujar nyonya tua itu terketar-ketar.
"Lu
mari sini, bikin takut sama orang...!" Saridah dapat mendengar dengan
suara saya membentak.
"Ini
gua punya lumah, latuk" kata nyonya tersebut terisak-isak.
"Bohong...!"
kata saya mengejek.
"Mutut
latuk, ini gua punya lumah...." semakin mendayu-dayu nyonya tua itu merintih.
Saridah
menjadi serba salah setelah melihat nyonya tua itu merintih-rintih. Hatinya
menjadi sayu melihatkan keadaan nyonya tua itu terinsut-insut punggung
ketakutan melihat saya berdiri di setiap penjuru. Ke mana saja dia berpaling
dia melihat saya tercegat bagaikan mengancam dirinya.
"Gua
tatak kacau, tapi semua amoi titun ini bilik ingat gua mau kacau" nyonya
tua itu tersengguk-sengguk mengurut dadanya Yang sebak. "Gua mali gua
punya lumah, gua mau titun ini bilik tapi atak amoi titun.” dia menangis
bertambah kencang.
Disebabkan
Saridah bertambah belas kesihan melihat keadaan nyonya itu, tidak ada lagi rasa
ketakutan mencengkam perasaannya. Dia mempelawa nyonya tua itu naik ke katil
bersamanya, tetapi nyonya tua berkenaan menolak. Dia juga melarang Saridah mendekati
dirinya.
"Gua mau celita-celita saja sama
amoi" ujarnya ramah.
"Betul nyonya tak kacau sama saya?"
soal Saridah memberanikan hati.
"Amoi
manyak baik, apa macam gua mau kacau" katanya mula menguntum senyum.
"Itu
latuk pun manyak baik, dia tatak hantam sama gua" dia mengerling ke arah
saya yang masih dilihatnya ada tercegat di tiap-tiap penjuru.
Saridah
bangun menyandarkan belakang ke katil. Dia cuba bangun mahu membantu nyonya tua
tersebut, tetapi kakinya terasa berat. Nyonya tua itu juga bertambah takut bila
melihat Saridah mahu menghampiri dirinya.
Nyonya
tua itu memberitahu Saridah, memang dia sentiasa datang ke bilik tersebut
apabila hatinya merasa rindu untuk melihat rumah berkenaan. Di bilik itulah dia
tinggal berseorangan di rumah batu dua tingkat di kawasan berkenaan. Anak-anaknya
sibuk dengan urusan perniagaan ke Singapura, ke Bangkok atau ke Jakarta dan
Manila.
Dalam
usia yang lanjut, ditambah pula menderita lumpuh beberapa tahun dia terkurung
di dalam bilik berkenaan dengan dijagai oleh seorang pembantu rumah. Sekalipun
anak-anaknya menyediakan perbelanjaan yang cukup di samping menggaji pembantu
rumah, tetapi dia sering kesepian menghadapi hari tuanya. Pembantu rumahnya
pula garang, dan sering mengherdik kalau dia meminta itu dan ini.
Dia
dituduh nenek tua yang cerewet. Pembantu rumahnya juga hanya akan memberi
perhatian yang secukup nya kepada dia apabila ada di antara anak-anaknya datang
menjengah ke rumah tersebut. Disebabkan tidak tahan lagi dengan sikap pembantu
rumahnya, nyonya berkenaan memarahi serta menghalau nya dari rumah itu. Sejak
itulah jiran-jiran tidak pernah lagi melihat pembantu rumahnya melayani nyonya
berkenaan.
Lebih
seminggu jiran jiran tidak tahu apa yang berlaku, kerana rumah itu sentiasa bertutup.
Pembantu rumah nya juga tidak datang menjengah. Jiran-jiran juga tidak melihat
nyonya tua itu menolak kerusi rodanya keluar, kerana tidak ada lagi pembantu
rumah yang menyorong kerusi roda nya. Mereka mengesyaki sesuatu perkara
berlaku, lantas melaporkan kepada pihak berkuasa.
Setelah
pintu rumah dipecahkan, pihak berkuasa dapat masuk lantas menuju ke bilik
nyonya tua lumpuh yang tidak berkunci. Apa yang dilihat ialah nyonya tua berkenaan
mati duduk di atas kerusi rodanya. Dia didapati sudah tiga hari meninggal dunia
disebabkan tidak makan. Kematian nyonya tua tersebut sebenarnya tidak
menyebabkan anak-anaknya berdukacita, kerana mereka merasakan kematian tersebut
sudah mengurangkan beban yang menyulitkan.
"Amoi
keleja baik-baik..." nyonya tua itu mengingatkan Saridah. Wajahnya murung
menahan kesebakan dada yang mengombak-ngombak. "Jaga itu nyonya
baik-baik, jangan kasi dia susah hati" ujarnya perlahan sambil mengesat
pelupuk mata.
Saridah
mengangguk lemah. Tetapi apabila dia mengangkat muka didapatinya kulit peiupuk
mata nyonya itu terkopak semasa tangannya mengesat ke situ. Daging mukanya juga
jatuh seperti lilin panas terbakar. Saridah mula diganggu ketakutan melihatkan
muka nyonya tua itu bertukar menjadi hodoh apabila kulit mukanya mula reput
sedikit demi sedikit.
"Nyonya
sudah mati ke?" pekik Saridah sekuat hati.
Nyonya
Cina itu mengangguk perlahan. "Tapi amoi jangan takut, gua tatak kacau
sama amoi" katanya memberi keyakinan pada Saridah.
"Tapi
nyonya sudah kacau semua orangl" bentak Saridah mencebik bibir bagaikan
meluat meluka muka nyonya tua itu yang bertambah reput sedikit demi sedikit.
"Gua
tatak kacau, tapi dia olang kacau sama gua" ujar nyonya Cina itu
mengesat-ngesat pelupuk matanya Setiap kafi dia mengesat pelupuk ma-ta, semakin
banyak pula kulit pipinya luruh hingga berlubang-iubang tulang pipinya.
"Apa
macam dia kacau nyonya?" soal Saridah keras.
"Dia
olang malah sama gua, dia olang mahu halau sama gua" katanya lantas melayang
semula ke siling atap dengan kepalanya tergantung ke bawah. Bau colok yang
di-pegangnya menusuk ke hidung, kerana api colok yang membara itu terus
membakar tangannya yang menggenggam kuat. Seluruh tangannya melecur, tetapi dia
tidak melepaskan colok tersebut sekali pun asapnya berkepul-kepul dari
genggaman tangan.
Saridah
melihat nyonya itu tidak berkata apa-apa lagi. Dia tergantung kaku di siling
atap laksana kelawar yang bergayut di pelepah kelapa. Sekali sekala kerusi rodanya
bergerak-gerak juga seolah-olah akan jatuh menimpa Saridah. Terpaksa pula
Saridah meronta-ronta mahu melepaskan kakinya yang berat tidak dapat digerakkan.
Semasa
menceritakan kepada saya keesokan harinya, Saridah tidaklah diganggu
ketakutan.
"Saya
rasa macam betul-betui terjadi, ustaz. Tapi nak kata mimpi, saya rasa tak macam
mimpi pula" kata Saridah berpaling pada Sirah yang mengerut-ngerutkan dahi
mendengar cerita pembantu rumahnya itu.
"Kau
mimpi agaknya. tu..." sahut Sirah perlahan.
"Boleh
jadi juga, kak" Saridah mengangguk.
Tetapi
memang Jabal diberitahu oleh jiran jiran mengenai rumah yang disewanya itu. Sebeiumnya
tidak ada orang yang mahu menyewa rumah tersebut setelah diberitahu mengenai
mayat nyonya tua yang dijumpa di bilik tingkat bawah setelah tiga hari
meninggat dunia. Memang penyewa-penyewa Cina tidak mahu menyewa rumah tersebut
setelah mendengar cerita berkenaan
Namun
Jabal beranikan hati menyewa rumah tersebut. Sewaktu mula-mula menyewa dulu,
Jabal terbau juga bau colok terbakar apabila dia turun ke tingkat bawah.
Bagaimanapun dia percaya bau colok itu dari jiran di seberang jalan yang juga
seorang Cina. Mana tahu bau coloknya sampai ke rumannya.
Lama
kelamaan bau colok tersebut tidaklah lagi dibaunya. Semasa isterinya Sirah
diganggu sakit kepala, dia juga sering terpandang-pandang bayang seorang nyonya
tua terkial-kial menyorong kerusi rodanya. Tangan nya memegang colok, manakala
sebelah lagi tangannya tergapai-gapai mahu mencapai tarmus air di atas almari.
Dia
begitu dahaga mahukan air, tetapi tidak berdaya bangun mencapai tarmus. Kakinya
juga bertambah berat tidak dapat digerakkan langsung.
Tetapi
Sirah percaya bayangan itu hanya hayalan saja, setelah dia mendengar mengenai
di rumah tersebut pernah ditemui nyonya ,tua mati di bilik tingkat bawah
terduduk di kerusi roda. Kesan api colok juga tergenggam di tangannya hingga
melecur.
Bayangan
itulah yang mengganggunya setiap kali sakit kepala mengganggu. Tetapi setelah
beberapa kali dibawa oteh Jabal menemui Aki Sahak, dan kemudiannya saya sendiri
dia tidak lagi mengadu diganggu sakit kepala. Bayangan nyonya tua di atas
kerusi roda juga tidak lagi muncul di depan matanya.
"Tak
tau nak kata, saya mimpi ke...atau, ternampak betul-betul nyonya itu..."
keluh Saridah mengingatkan semula peristiwa tersebut.
"Saya
juga nampak ustaz berdiri di setiap sudut bilik" katanya perlahan. Saya
hanya menghela nafas dengan penjelasan Saridah seolah olah dia sedang bermimpi
menemui nyonya tua yang dikatakan ditemui duduk di kerusi rodanya setelah 3
hari meninggal dunia.
"Dia
tak mengganggu, tapi orang yang duduk di bilik tu takut" kata saya
mengerling Saridah.
Apa
yang dilihat oleh Saridah sama seperti yang dapat saya Iihat bagaikan terbayang
perempuan tua itu terkial-kial menolak kerusi roda di bilik tersebut. Dia
terkial-kial mahu mengambil tarmus di atas almari, tetapi tidak terdaya mencapainya.
Merungut-rungut nyonya itu memarahkan dirinya kerana terlantar seorang diri
tidak dijagai oleh anak-anak.
Pembantu
rumah yang digaji oleh anak-anaknya pula bukanlah mahu membantu disebabkan usia
tuanya, tetapi disebabkan gaji yang diberi. Kasih sayangnya tidak tercurah
langsung, hingga kadang kala dia diherdik oleh pembantu rumahnya sendiri.
Apabila dia memberitahu kepada anak-anakny yang sekali sekala datang menjengah,
anak-anaknya itu akan menasihati pembantu rumah berkenaan supaya melayani
nyonya tua tersebut dengan baik.
Di
hadapan anak-anaknya pembantu rumah tersebut mengangguk, tetapi bila me-reka
semua sudah balik ke Singapura pembantu rumah itu akan memaki maki nyonya itu
sebagai perempuan tua bermulut jahat. Hiba benar hatinya dengan tuduhan
pembantu rumah tersebut. Sebab itulah dia menghalau pembantu rumah tersebut
dari rumah berkenaan. Biarlah dia lakukan semuanya Sendiri, kalau dirinya dianggap
menyusahkan orang.
"Semua
olang tatak suka gua, latuk ……. “ seolah-olah saya dapat mendengar nyonya tua
itu merintih-rintih.
"Dia
olang matah sama gua . . . . anak-anak gua pun tak suka sama gua. Tolong sama
gua latuk, tolong ho …… " kata-nya mendayu-dayu hiba.
"Apa
fasal nyonya kacau, ini orang punya amah?" soal saya lembut.
"itu
amah manyak jahat, dia cakap gua mulut busuk" ujarnya menggertap bibir.
"Mana
boleh itu amah cakap sama nyonya" kata saya perlahan lantas menghembus
mukanya dengan Aya-tul Kursi. "Itu amah bukan nyonya punya amah, dia tak
ada ka-cau nyonya!" kata saya mengingatkan dia supaya segera beredar meninggalkan
kawasan rumah berkenaan.
Dia
menangis terisak-isak bila saya mengingatkan tentang dirinya sudah tidak boleh
duduk lagi di situ. "Kalau nyonya mari, nanti saya bakar nyonya!"
ujar saya menghembuskan Surat Ikhlas tiga kali.
Tetapi
saya tidak memberitahu Saridah mengenai peristiwa tersebut kepadanya. Memang pembantu-pembantu
rumah Jabal sebelumnya pernah terserempak dengan lembaga nyonya itu, bukannya
di dalam mimpi. Mereka melihat sendiri lembaga nyohya itu muncul dengan
memegang colok di tangan. Nyonya itu memaki-maki mereka dalam bahasa Cina yang
tidak difahami.
Sebab
itulah mereka lantas berhenti secara tiba-tiba. Mereka juga tidak mahu memberitahu
Jabal mengenai apa yang dilihatnya, kerana mereka bimbang akan dimarahi oleh Jabal.
Mana tahu Jabal tidak percaya dengan dakwaan mereka menemui nyonya tua lumpuh
itu masuk ke bilik dengan kerusi roda. Nyonya tua itu memaki-maki. Sekalipun
mereka tidak faham biji butirnya, tetapi mereka dapat mengagak nyonya itu akan
bertindak sekiranya mereka cuba melawan.
Jabal
dapat mengetahui cerita tersebut melalui surat yang dikirimkan oleh bekas pembantu-pembantu
rumahnya yang berhenti secara mengejut. Mereka berharap Jabal akan mempercayai
penjelasan mereka dengan peristiwa bertemu dengan lembaga berkenaan. Mungkin
kalau diterang kan di hadapan Jabal, boleh jadi Jabal juga akan menganggapnya
sebagai mimpi juga.
"Saya
tak fikir Saridah bermimpi..” tiba-tiba Jabal bersuara mengerling isterinya.
"Kalau boleh cubalah ustaz bersihkan rumah ni dari gangguan". katanya
berpaling memandang saya.
Belum
sempat saya menyahut, Sirah lantas menyambut, "Kalau tidak, kenalah kami
berpindah juga…. “
Jabal
terus menghubungi keluarga nyonya tua semasa dia membayar sewa rumah. Terkejut
juga keluarganya mendengar cerita Jabal. Mereka memang mengakui tidak pernah
mengambil berat mengenai emaknya yang terlantar itu disebabkan urusan
perniagaan. Apatah lagi mereka sendiri tidak menetap di Kuala Lumpur disebabkan
keluarga mereka sendiri ada yang menetap di Singapura, di Manila, di Bangkok
dan di Jakar-ta.
Salah
seorang anak-nya telah memberikan sekeping gambar poskad emaknya yang dicamkan
oleh Saridah. Sebaik ditunjukkan gambar poskad itu kepadanya muka Saridah
menjadi pucat. Apabila Jabal menunjukkan gambar emak tuan rumah itu kepada
saya, memang saya camkan itulah gambar nyonya lumpuh memegang colok masuk ke
bilik Saridah.
No comments:
Post a Comment